Friday, November 17, 2023

 𝗩𝗜𝗗𝗘𝗢 𝗗𝗥 𝗔𝗚𝗨𝗦𝗦 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗕𝗔𝗥 𝗙𝗔𝗞𝗘, 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗜𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗕𝗔𝗗𝗜


1. Sehari kita disaji dengan video fake burukkan maruah Dr Aguss akhirnya dinafikan.


2. Saya tak nampak politik seperti ni membantu kita punyai suasana politik dan kerajaan yang lebih baik.


3. Saya berjanji pada diri saya untuk tidak sentuh isu maruah peribadi seperti ini tidak kira siapa.


4. Kerana saya bimbang hidup saya dihantui dengan dosa yang susah untuk saya padam dengan hanya bertaubat.


5. Saya percaya hak mengkritik saya tidak lebih dari perkara berkaitan polisi awam, tatakelola dan integriti politik.


6. Hal peribadi adalah rahsia insan dan Tuhannya. Di akhir hidupnya mungkin dia bertaubat dan Allah terima taubatnya lebih dari kita.


7. Kitapun tidaklah suci dari dosa sebab itu Nabi saw ajar kita sentiasa berdoa Allah pelihara Aurat (maruah) kita.


8. Sebab itu Islam syaratkan 4 saksi untuk buat tuduhan zina/liwat. Lihat dengan mata kepala sendiri dengan syarat saksi yang sangat ketat untuk pertahan maruah manusia. Jika gagal, kita pula disebat.


9. Dulu kita punyai TG Nik Aziz yang nasihatkan kita bila timbul isu seperti ini.


10. Hari ni 'pejuang Islam' yang jadi penyebar politik kotor ini. Sibuk betul mereka hari ni sebar ke group2. Sebahagiannya saya kenal.


11. Silap besar bila mereka jadikan orang seperti Cikgu Bard, Tun Faisal, Ratu Naga dan orang seumpama ini sebagai sumber maklumat mereka.


12. Letih je lah diajar hafal surah Al-Hujurat. Tapi bacaan tak lepasi kerongkong dan sampai ke hati untuk diambil pengajaran.


13. "Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini". Al-Hujurat:6.


14. Eloklah bertabayyun kerana hari ini ramai pelaku Qazaf yang Allah janjikan status Fasiq kekal bersama mereka selama-lamanya.


Ahmad Mursi

No comments:

Post a Comment