Kenapa dipanggil penunggang agama?
JIKA NABI AJAR MEMINTA SUDAH LAMA BAGINDA LAKUKAN
Semakin hari semakin menjadi jadi apabila ada yg dipanggil Ustaz, ada yg dipanggil lebai menggunakan media sosial atas nama agama utk meminta minta dari org ramai.
Dgn imej agama mereka dikatakan menggunakan atas nama agama utk meminta bantuan. Saya beri sedikit beberapa kes yg boleh dikaitkan sebagai penunggang agama.
———————————————————————————-
1) Contoh apabila beberapa pemimpin mereka kena saman kerana melakukan fitnah… pengikutnya disuruh membayar dgn meminta derma atau dikenali sebagai ‘tin milo’. Adakah adil kerana fitnah kamu dosa tersebut perlu ditanggung org lain?
2) Mereka berceramah sana sini hutang wajib dibayar, jika tidak roh tergantung tetapi apabila mereka berhutang beratus ribu diceritakan pula mereka yg menghalalkan hutang rohnya diangkat ke darjat yg lebih tinggi.
3) Baru2 ini kecoh mengenai seorang ustaz yg juga penceramah terkenal disoal salah seorang jemaah di sebuah masjid tempat beliau mengajar, sehingga didakwa terus tidak menyambung sesi ceramahnya di masjid tersebut.
Melalui satu perkongsian jemaah tersebut bangun bagi mewakili jemaah lain selepas ustaz itu mengeluarkan kenyataan apabila berusia 50 tahun, jemaah tidak perlu mengejar harta dunia lagi.
“Saya tahu ustaz ada tiga biji kereta mewah, ada tiga buah rumah. Kalau tidak silap ustaz kebun durian di Kuala Kangsar. Ceramah ustaz juga berbayar tetapi tidak pasti bayar cukai ataupun tidak.
“Betul kita tidak perlu berebut harta dunia, tapi golongan susah macam saya, rumah pun tiada lagi. Kami tidak boleh berehat, kerja hari-hari kami pun kerana Allah.
4) Ustaz Dusuki juga dikecam kerana kereta syarikatnya kemalangan memerlukan dana RM 5k utk membaiki pulih kenderaan tersebut.
Sdgkan netizen bertanya bukankah semua kereta mempunyai insuran. Mengapa claim pada org awam atau pengikutnya tetapi tidak kpd insuran?
5) Sebelum itu juga apabila melakukan solat hajat tertera no akaun bank utk mana2 pihak utk menderma. Kenapa begitu rupa…?
Ustaz selebriti skg ramai yg meletakkan harga yg tinggi utk mendengar ilmunya.
Yg pelik ramai antara mereka ke sana sini dgn pemandu dan PA menaiki kereta mewah sdgkan pengikut yg bermotorsikal itulah yg menderma utk dirinya.
6) Belum lagi kes derma atas nama Yayasan utk bantuan umat Islam di luar negara yg sdg dlm proses mahkamah yg melibatkan puluhan juta wang org awam. Khabarnya dana tersebut yg patut disalurkan kpd rakyat Palestin dilaburkan dgn pembelian emas malah ada juga dikatakan utk pembikinan filem.
———————————————————————————
Saya tertarik dgn sebuah cerita Umar Al Khatab. Suatu hari Khalifah Umar melewati sebuah masjid di dlmnya ada sekelompok anak muda.
Mereka begitu asyik beribadah, bahkan ada salah satu dari mereka sangat khusyuk. Khalifah Umar kemudian masuk ke dlm masjid dan menegur mereka.
Anak2 muda itu memperkenalkan diri mereka dan memberitahu mereka sdg sibuk beramal kpd Allah sambil meminta rezeki.
Lalu Umar meninggikan suara kpd mereka, “Hai, anak muda, keluarlah dari masjid dan bekerjalah! Jgn kalian menjadi pembohong. Harus kalian tahu, Allah tidak menghujankan emas dari langit.”
Ucapan Khalifah Umar itu membuat anak muda itu terkejut. Mereka sebelumnya berharap pujian dari Khalifah Umar.
Khalifah Umar berpesan, "Hai umat manusia carilah rezeki di muka bumi, jgn kalian menjadi beban org lain. Bekerjalah!”
Moral dari cerita ini Islam tidak menyuruh kita meminta minta. Berusahalah sendiri… sdgkan dlm solat hajat mu tetap minta bersedekah jadi apa yg tinggal keihklasan diri mu dlm amalan.
Kasihanilah ramai mereka yg kurang ilmu, kurang pendidikan, kurang faham tentang agama… yg kamu tipu mereka atas nama agama.
Ingatlah…
Rasulullah boleh kaya dengan mudah hanya minta duit daripada sahabat tapi Rasulullah tidak berbuat demikian..jika rumah Rasulullah tiada makanan baginda berpuasa..kita jauh daripada Sunnah..kita ambil kesempatan peribadi dengan menggunakan agama.
Gambar sekadar
#adminpartikeadilanrakyat
#salammalaysiamadani
#PMXterbaik
No comments:
Post a Comment