JIHAD : BERKATALAH BENAR
Di hadapan mereka yang miliki KUASA...
TIGA MINGGU saya tangguhkan komentar politik sebab keluar ke Balkan, sempena genap 100 tahun tahun jatuhnya khilafah. Tapi ramai pula tulis minta saya komen juga hal politik walau dari luar Negara.
Baik dah balik, saya komen.
1. Saya ambil dari 'ibrah Balkan dan jatuhnya Uthmaniyyah yg pada 4 Mac 1924. Genap 100 tahun...
Kenapa?
Ada kisahnya.
Ini yg saya pernah lalui. Realiti pemimpin.
2. Pernah lebih 10+ tahun lepas, ketika mana Pas masih bersama dalam Pakatan Rakyat (PR) dan bersedia masuki PRU13 yg sebulat suara letakkan Anwar Ibrahim sebagai satunya calon PM jika PR menang...
3. Masa itu saya ditanggungjawabkan bermusafir ke luar Negara bersama Haji Hadi Awang (termasuk pergi mancing & shopping). Saya pandu MPV, jadi jurubahasa, juga jadi event manager. Perjalanan hampir 2,000 km, hampir 2 hari dlm kereta, kerap berhenti dan banyak spend masa melihat alam semulajadi
4. Tiba² saya ditegur Setiausaha Politik Haji Hadi seraya ingatkan saya;
"...enta (kamu) jangan sesekali sebut nama Anwar Ibrahim atau Erdogan depan Ayah Cik (merujuk Haji Hadi Awang)"
Saya tanya kenapa?
Ayah Cik 'tak boleh gi' dengan dua orang tu. Ayah Cik akan rasa hati kalau enta sebut.
5. Lepas bermusafir saya tanya lagi, kenapa sampai macam itu?
Sedangkan Pas bersama dgn PKR & DAP dalam PR dan pendirian rasmi Pas istiqamah untuk Anwar sebagai ketua yg akan jadi PM, jika menang PRU13 kelak.
6. Jawapan diberi, panjang, meleret² cuba mereka² dan menokok tambah cerita itu ini. Tak specific. Tok Guru tak suka Anwar sebab tak suka Erdogan sebab khianat party lama dan khianat guru sendiri (Ustaz Erbakan).
Anwar pula rapat dgn Erdogan. Tapi Tok Guru terpaksa tunjuk sokong Anwar hanya kerana nak jaga hati ahli. Panjang lagi. Erdogan itu ini itu, Anwar itu ini itu pula sebenarnya.
Saya simpulkan sendiri...
7. Tok Guru itu adalah manusia bergelar Ustaz atau ulamak politik yg hatinya punya hasad dengki pada pencapaian & sokongan Anwar miliki. Dengki pada tahap yg sungguh mendalam dan terpendam lama. Dendam sejak "Anwar khianati dia" dgn masuk Umno...
8. Dan hakikatnya dia amat bencikan susuk Anwar itu selamanya, sekali pun berbeza dgn pendirian party yg dia pimpin. Pandangan dia dan party sejak 1999 adalah berbeza, sebab masa keputusan memberi sokongan itu, Ustaz Fadhil Nor yg mengepalai party. Dia tak pernah sokong pun.
9. Dan Tok Guru itu terpaksalah berlakon kononnya sokong Anwar sebagai bakal PM. Walhal hati dia penuh sifat kedengkian dan hipokrasi yg cuba dibendung & selindung.
10. Saya ditegur lagi, enta jangan sesekali tersebut nama dua manusia itu depan dia. Demi jaga hati Tok Guru. Saya tak faham, kalau tak suka sekali pun, biar saya dengar dari mulut Haji Hadi sendiri, kenapa dia pula yg beriya cuba sekat kebebasan saya.
Saya tak akur pada arahan SuPol itu. No hold barred. Biarlah saya tanya apa saya nak tahu dan faham.
Itu kisah lama.
11. Masa itu saya masih diamanahkan sebagai Setiausaha untuk Lujnah (Biro) Antarabangsa party lama.
12. Dari ada terjadi, saya ingatkan pada Sabda
Rasulullah SAW (status sahih dgn beberapa periwayatan);
CIRI kenapa musnahnya sesebuah Kerajaan satu ketika dahulu sifat pemimpin masa itu miliki dua sifat;
1. Sifat hasad dengki sesama mereka
2. Punya sifat benci dan permusuhan untuk menjatuhkan kawan yg berkuasa.
Hadith -
دبّ إليكم داءُ الأمم قبلكم: الحسدُ والبغضاء، هي الحالقة، لا أقولُ تحلقُ الشعر، ولكن تحلقُ الدين، والذي نفسي بيده لا تدخلوا الجنة حتى تؤمنوا، ولا تؤمنوا حتى تحابوا، أفلا أنبّئكم بما يُثبّت ذلك لكم، أفشوا السلامَ بينكم
13. Dan dalam semua kajian sejarah mengiyakan itulah antara faktor² utama kejatuhan Empayar² dan Khilafah sebelum ini, termasuklah Uthmaniyyah yg pernah kuasa ⅔ dunia.
Dalam pelbagai kisah sepanjang permusafiran dahulu di Andalusia dan baru ini di Balkan, apa yg hadith sebut itu sangat benar...! Benar² terjadi pada kita dahulu.
14. Dan saya lihat berdasarkan apa yg saya kenali, saya simpulkan, kedua sifat itu jugalah tertanam dan subur pada diri Haji Hadi Awang itu. Itulah nilaian politik saya sejak dulu. Itulah sebab dia tak suka Anwar. Tak suka sungguh sampai sanggup berkata bangga depan saya,
"ana dah tengking Anwar (dan Saifuddin) masa dia datang" nak bincang pasal Pakatan Rakyat tahun 2014 dahulu.
Rasa benci dan hasad yg subur semulajadi dalam diri dia sampai to the level tiada sedikit pun ruang berbicara atau bincang wujud.
15. Masa permusafiran ke Balkan baru ini.. dua hari sebelum pulang ke tanah air, selepas solah subuh di salah satu Masjid Tua di tengah Kota Sarajevo, saya diajak bersungguh² oleh 10 org pemuda muslim dari German (umur sekitar 35-45 tahun) yg melancong ke Bosnia untuk minum pagi bersama.
16. Mereka belanja saya kopi Bosnia dan spend masa hampir sejam sembang hal² perniagaan, kebudayaan, pendidikan di German, Bosnia, Turkey dan cabaran membesarkan anak² mereka di German.
17. Mereka kata "how we wish in one day, we want to travel to Malaysia and I want my kids to become like you new Prime Minister who is so strong in islamic principles...".
Mereka mengatakan banyak keburukan tentang islamophobia yg disuburkan oleh media & pemerintah di German.
18. Saya seronok sembang dengan depa. Dari secakir kopi, kami berpelukan & bertukar phone no. Saya akan jadi tetamu mereka kelak, dan mereka akan datang KL untuk cuti musim panas.
Balik Malaysia kelmarin...,
19. Baru saya tahu rupanya Anwar Ibrahim menjadi tetamu khas ke German.
20. Saya forwardkan photo² & video dua Pemimpin dunia di German tu. Mereka sungguh kagum dgn keberanian Anwar bercakap depan Ketua Negara mereka satu kebenaran dgn lantang dan tegas.
21. Mereka whatsapp saya, I'm speehless, I'm so proud with what I see. No one has ever dare to do this...
22. German Negara paling maju di Europah dan kuasa besar dunia. Negara teknologi sangat kaya. Malaysia antara rakan perlaburan utama German.
23. Apabila wartawan lontarkan soalan berkaitan pendirian & langkah Malaysia berkaitan P a l e s t i n e dan G h a z z a h, jawapan tegas berhadapan sekutu rapat I s r a e l itu ungguh membuka mata dunia.
24. Kalian sila tonton video yg saya sertakan, dengar juga yg penuh (link), dan bacalah sendiri setiap comments rakyat luar Malaysia, dari barat atau bukan Islam yg faham dan bersama apa yg diperjuangkan Malaysia.
25. Moga Allah anugerahkan Malaysia Negara Rahmah.
26. Moga Allah berikan kekuatan buat Perdana Menteri kita dalam memimpin Malaysia dan dunia dalam kebangkitan baharu. Malaysia & dunia semakin berbangga dan bersama kamu.
27. Sekali pun dalam Negara ini wujudnya manusia seperti Haji Hadi, Mahyuddin, Azmin atau pengkhianat lain yg selamanya dengki menjadi pengadu politik permusuhan tanpa henti pada perjuangan kamu Anwar, teruskan JIHAD pada kuasa yg kamu miliki.
28. Moga Allah tunjukkan kebenaran yg kamu perjuangan, dan musnah kan segala perancangan jahat manusia² jahat itu...
Done, comments politic...
No comments:
Post a Comment