Effendy
Saya nak tegur sikit perangai netizen. Kena tegur dah, sebab saya rasa melampau sangat. Terlalu emosi. Macam takde iman dah saya tengok dalam kes Zara. Ya, kita nak keadilan, tetapi jangan perangai macam orang putih zaman pertengahan dulu, dalam mereka nak buru ahli sihir, deme bakar semua perempuan dan kanak-kanak yang tak bersalah, sampai terbakar fabrik sosial. Keadilan bukan witch hunt. Jadi, ini senarai teguran saya, yang saya ringkaskan.
1. Bila berita lapor pelbagai berita, contohnya macam kes pembunuhan, kes sindiket jual budak 12 tahun sebagai pelacur, kes rompakan, dan apa saja kes jenayah, aku baca komen, semua tuduh kes-kes tersebut sebagai distraction kepada kes Zara. Netizen, mana boleh gini wahai netizen, ya, kita nak keadilan untuk Zara, tapi bukan bermaksud kita kena konspirasikan, tak nak amik tau, tolak segala jenayah yang lain. Jangan kerana keadilan buat Zara, kita campakkan keadilan untuk orang lain.
2. Mendesak supaya media paparkan wajah suspek kepada kes buli Zara. Dengar sini netizen, ada sebab kenapa budak-budak ni kita tak paparkan wajah. Mereka bawah umur. Bawah umur di Malaysia, kita lindungi wajah mereka. Ada akta, ada undang-undang. Lagipun kena tahu prinsip dalam undang-undang, seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Jadi, atas prinsip ni, dan budak-budak ni bawah umur, eloklah dilindungi. Nanti serupa macam mob attack zaman Witch Hunt dulu korang kerjakan. Sabar, biar undang-undang yang adili.
Awak semua menentang pembulian, tapi bila ditutup peluang nak cyberbully budak-budak ni, kemain awak pulak yang menggeletis. Dengar sini netizen, satu jenayah tak boleh dilawan dengan jenayah yang lain. Two wrong tak pernah menjadikan sesuatu perkara itu kebenaran. Siap awak petik kes-kes sebelum ni macam kes bakar tahfiz tu. Kenapa wajah mereka boleh kita dedahkan, padahal diaorang lupa, yang dedahkan dan leak pun netizen, tak pernah mahkamah, tak pernah media, tak pernah pihak polis. Sebab kita nak elakkan kejadian macam tu lah kita pastikan tak ada benda leak.
3. Lepas tu, ada pulak yang bengang kenapa ada peguam sekali adili suspek. Mereka pertikaikan sistem kehakiman, pertikaikan segala-galanya. Tenang, keadilan bukan bermaksud peguam keluarga Zara sahaja ada hak untuk pertahankan Zara, keadilan juga memberi peluang kepada para suspek untuk pertahankan diri mereka. Undang-undang di Malaysia juga mengenal pasti hak pertahankan diri iaittu Jus defensionis. Tenang, pendakwa raya dalam kes ni jugak bukan calang-calang. Dia yang bela adik Bella dalam kes lepas. Keadilan ialah apabila kita memberikan hak pembelaan kepada suspek juga.
4. Netizen mengecam apabila influencers-influencers yang ditahan polis. Netizen, kita kan nak keadilan untuk adik Zara, dan salah satu bentuk keadilan tu ialah kita kena pastikan semua kisah yang disebarkan di media sosial ni kisah benar, bukannya orang-orang yang mencapap tagihkan perhatian sebar cerita palsu. Keadilan tidak akan tertegak kalau kita tidak hentikan sebarang kisah-kisah palsu, sebab ia akan menganggu pengadilan dan penghakiman nanti. Jadi, polis memang bertindak tepat mengejar influencers yang dok menyamar jadi cikgu Zara, menyamar jadi pakar bedah, menyamar jadi pakar forensik dan banyak lagi. Apabila kita berjaya tapis kisah benar dan kisah rekaan, barulah keadilan mampu tertegak.
5. Netizen, ya, sistem kehakiman dan undang-undang kita ada kelemahan. Polis kita jugak. Tapi saya rasa keadilan mob, keadilan yang ditegakkan oleh mob ini lagi banyak kepincangannya. Saya akan bagi contoh-contoh untuk bagi kita muhasabab diri dari sejarah, apa yang berlaku apabila kita biarkan keadilan daripada mob mengambil alih rasional diri kita.
6. Apa yang saya nampak kat sekeliling saya sekarang ini kita panggil sebagai Histeria kolektif iaitu fenomena psikologi dan sosial apabila sekumpulan besar manusia mengalami ketakutan, panik, atau kepercayaan yang melampau secara serentak, sehingga tindak-tanduk mereka tidak lagi berpandukan logik atau bukti. Dalam keadaan ini, emosi kelompok menjadi lebih kuat daripada pemikiran individu. Orang ramai mula meniru reaksi sesama sendiri, lalu mencetuskan gelombang panik yang cepat merebak.
7. Kes terkenal di Salem, Massachusetts (1692) memperlihatkan bagaimana fitnah, kisah palsu dan histeria kolektif menjadikan 20 orang dihukum gantung dan ramai lagi dipenjara. Tiada bukti saintifik, hanya mimpi, khabar angin, dan testimoni yang dipengaruhi ketakutan. Itu adalah wajah klasik “keadilan mob”, hukuman berdasarkan emosi masyarakat, bukan undang-undang rasional.
8. Di Jerman, misalnya, berlaku siri perbicaraan yang kelak dikenang sebagai antara yang paling berdarah dalam sejarah Eropah. Würzburg Witch Trials antara tahun 1626 hingga 1631 telah meragut lebih 900 nyawa. Yang dituduh sebagai ahli sihir bukan sahaja wanita desa, tetapi juga kanak-kanak, malah ada dalam kalangan mereka yang berasal daripada keluarga bangsawan. Apa yang mencetuskan histeria ini bukanlah bukti kukuh, sebaliknya gabungan ketakutan terhadap wabak penyakit, kegagalan hasil tuaian, dan obsesi agama terhadap “musuh ghaib” yang mesti dikorbankan. Semuanya digantung kerana kita membiarkan masyarakat dirasuk amarah dan ketakutan.
9. Jadi, akhir kata daripada saya, bersabar, tenang, elak berkonspirasi, dan jangan terlalu emosi. Kita nak keadilan buat pihak Zara, tetapi jangan sesekali kita gadaikan prinsip keadilan yang lain kerana keterburuan kita. Saya percaya bahawa sistem undang-undang yang tertubuh ialah legasi kebijaksanaan tamadun dan nenek moyang kita yang pernah hadapi pelbagai pengajaran untuk lahir sistem yang ada hari ini. Berbanding pilih mob justice yang lagi bahaya, saya letakkan kepercayaan saya kepada sebuah sistem yang berusia ratusan tahun ini.
Terima kasih.
#KeadilanUntukZara
No comments:
Post a Comment