🇲🇾 PMX TEPAT & BIJAK: PERJANJIAN DAGANG RM1 TRILION DENGAN USA BUKAN “MENYERAH”, TETAPI LANGKAH STRATEGIK UNTUK MENANG BESAR!
Bukan langau namanya kalau tidak bising, Itulah tabie langau. Semua orang rasa dia layak mengulas walaupun tak pernah belajar apa pun tentang Ekonomi Antarabangsa. Actually bagi kami yang pernah kuliah Ekonomi ini pun, antara paper yang agak tough masa belajar dulu adalah Ekonomi Antarabangsa especially International' Monetary Economics dan Econometrics. Siapa yang basic maths dia tak kuat akan struggle betul untuk lulus paper ni, apatah lagi nak score A.
Baiklah, jangan buang masa. Jom kita ulas dan cuba fahami satu per satu apa yang sebenarnya sedang berlaku. Sila baca pelan-pelan sampai habis ya.
Bila PMX + Kerajaan Madani tandatangani perjanjian dagang besar dengan Amerika Syarikat — bernilai sekitar RM1 Trilion (±US$240 bilion), ramai yang cepat melatah.
Ada yang tuduh Malaysia “JUAL DIRI KEPADA AMERIKA”.
Kononnya PMX bodoh, perjanjian ini berat sebelah dan memihak kepada kuasa besar. Tapi bila kita kaji fakta dan strategi berdagang, langkah ini sebenarnya bijak dan berpandangan jauh untuk menjadikan Malaysia kuasa ekonomi baharu Asia Tenggara.
Apakah KEBIJAKSANAAN PMX nya? Jom kita ulas
______________
1. RM 1TRILION ~ BUKAN HUTANG ATAU BAYARAN KEPADA AMERIKA. IA PELABURAN & PEMBELIAN STRATEGIK
Nilai RM1 Trilion (US$240 bilion) itu bukan “duit Malaysia hilang ke Amerika”. Daripada mana datangnya angka 1 Trilion ini. Inilah pecahannya. Ia terdiri daripada:
✅ Pelaburan Malaysia di Amerika – sekitar US$70 bilion (RM330 bilion)untuk membuka peluang pasaran syarikat Malaysia di sana.
✅ Pembelian sektor berteknologi tinggi– seperti semikonduktor, data center, dan aeroangkasa bernilai US$150 bilion (RM700 bilion)yang akan dibawa masuk ke Malaysia.
✅ Pesanan kapal terbang MAG Malaysia Aviation Group ~ (bukan Kerajaan yang beli) dan pembelian LNG (gas asli cecair) – keperluan strategik jangka panjang negara.
Maknanya, ini bukan perbelanjaan sia-sia. Ia PELABURAN strategik untuk mempercepatkan transformasi industri Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi, digital dan hijau.
_________
2. KITA BELI, TAPI KITA JUGA DAPAT — AKSES PASARAN, TARIF RENDAH & PELUANG EKSPORT BERGANDA
Perjanjian ini membuka pintu besar untuk Malaysia menembusi pasaran Amerika, terutama bagi produk semikonduktor, tenaga boleh baharu, peralatan elektronik, dan teknologi digital. Sebelum ini, Malaysia hadapi kadar tarif tinggi dan sekatan tertentu. Kini, dengan perjanjian “reciprocal trade” ini:
🔷 Malaysia diberi KEUTAMAAN EKSPORT ke pasaran AS.
🔷 Taraf Malaysia sebagai RAKAN DAGANG STRATEGIK SERANTAU meningkat.
🔷 Syarikat tempatan dapat peluang kontrak & pemindahan teknologi (technology transfer).
Kesannya, LEBIH BANYAK PELABURAN DAN PEKERJAAN BERKUALITI TINGGI akan masuk ke Malaysia.
____________
3. RM1 TRILION ITU UNTUK 5–10 TAHUN, BUKAN SETAHUN/SEKALIGUS.
🔷 Ada pihak sengaja memutar fakta seolah-olah Malaysia SERAH RM1 trilion hari ini juga. Itu tak betul.
🔷 Hakikatnya, komitmen itu untuk tempoh 5–10 tahun, bukannya setahun. Pelaksanaan tergantung kepada keperluan pasaran dan projek sebenar.
🔷 Ini adalah perkara biasa (standard) dalam perjanjian antarabangsa — sama seperti kontrak pelaburan lain di ASEAN dan Eropah.
🔷 Maksudnya, Kerajaan boleh menilai semula, menyesuaikan atau menambah baik dari semasa ke semasa. Langkah ini memberi ruang fleksibiliti dan kawalan kepada Malaysia, bukan sebaliknya.
___________
4. KENAPA AMERIKA SETUJU? SEBAB MALAYSIA KINI DIHORMATI DI di BAWAH PMX
🔷 Presiden AS sendiri melihat Malaysia sebagai rakan penting dalam rantai bekalan global ~ (semikonduktor, tenaga, AI dan ekonomi digital).
🔷 Lawatan rasmi Presiden Trump ke Kuala Lumpur dan perjanjian ini adalah pengiktirafan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim dan kestabilan kerajaan Madani.
🔷 Kalau negara kita lemah atau tidak dipercayai, AS tidak akan tandatangan perjanjian sebesar ini.
PMX berjaya meletakkan Malaysia kembali di peta kuasa ekonomi dunia.
___________
5. KITA TIDAK “ SEMBAH AMERIKA ”, KITA BIJAK GUNA PELUANG.
🔷 Dalam dunia global sekarang, tiada negara maju atau membangun yang menolak hubungan dagang dengan kuasa ekonomi besar seperti AS.
China, Jepun, Korea Selatan, Singapura, India bahkan Arab Saudi — semua menandatangani perjanjian serupa.
🔷 Maknanya apa? Bukan Malaysia sahaja yang tandatangan. Banyak negara lain pun sign walaupun kadar mereka lebih tinggi.
🔷 Perbezaannya, PMX menegaskan Malaysia kekal bebas dan berprinsip. Malaysia tetap kekal tegas dalam isu Palestin, tetap berdaulat dan bebas bersuara.
🔷 Kita buat perjanjian 'atas dasar timbal balik (reciprocal)' — bukan tunduk, tapi dua-dua pihak untung.
____________
6. MANFAAT LANGSUNG KEPADA RAKYAT & NEGARA
Perjanjian ini bakal menjana:
🔷Ratusan ribu peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor semikonduktor, tenaga dan digital.
🔷Kenaikan pelaburan langsung asing (FDI) – kerana pelabur global nampak Malaysia sebagai hab stabil dan mesra perniagaan.
🔷Pemindahan teknologi dan kemahiran baru – menjadikan anak muda Malaysia sebagai tenaga kerja berteknologi tinggi.
🔷Kadar tukaran ringgit yang lebih kukuh** melalui peningkatan eksport dan keyakinan pelabur.
🔷Inilah cara sebenar membina ekonomi MADANI ~ ekonomi berasaskan ilmu, teknologi dan maruah.
____________
🔥 KESIMPULAN
✅ Jangan terperangkap dengan PROPAGANDA walaun dan mereka yang cuba menakut-nakutkan rakyat.
✅RM1 trilion itu bukan beban — ia pelaburan masa depan.
✅PMX dan Kerajaan Madani bijak, memilih jalan yang sukar tetapi betul — membuka pintu besar kepada kemakmuran baharu Malaysia.
✅Daripada hanya jadi penonton ekonomi dunia, kini Malaysia berdiri sama tinggi dengan kuasa besar — kerana keberanian, kebijaksanaan dan prinsip PMX.
__________________
Salam Madani 🎉
Hanapi Jusoh
29 Oktober 2025
Anwar Ibrahim
Saifuddin Nasution Ismail
Dr Zaliha Mustafa
Fahmi Fadzil
Fadhlina Sidek
Fuziah Salleh
#MalaysiaMadani #KerajaanMadani #BinaNegaraRahmah #ASEANSummit2025 #malaysia #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #PMX #KEADILAN
No comments:
Post a Comment