Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perancangan rahsia bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin untuk jadi Timbalan Perdana Menteri!
Menurut Muhyiddin, Hamzah telah berusaha membentuk gabungan dengan parti-parti lain dalam langkah yang dikaitkan dengan 'Bangkok Move'. Dalam pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ada perbincangan besar tentang masa depan politik negara!
Ini antara kenyataan Muhyiddin:
"Banyak pertimbangan (Hamzah dikenakan tindakan) tetapi itu di bawah Lembaga Disiplin. Saya tahu sikit-sikit sebab tidak wajar nak ulas satu persatu... Hamzah hendak jadi DPM, dan siapa jadi PM tak tahulah... ingat main-main ke, ini adalah perkara serius."
Pada Januari lalu, Ahmad Zahid, yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri, mengesahkan bahawa pertemuan dengan pemimpin-pemimpin PAS dan BERSATU telah berlangsung, dengan tujuan untuk menyatukan orang Melayu melalui sebuah kerjasama besar.
Zahid juga dilaporkan menyebut bahawa pertemuan tersebut melibatkan beberapa parti politik Melayu yang lain.
Sementara itu, Muhyiddin menegaskan bahawa menurut disiplin dalam partinya, Hamzah tidak sepatutnya bertemu mana-mana pemimpin parti lain tanpa mendapat mandat atau kebenaran daripada Majlis Tertinggi (MT) parti.
#MuhyiddinYassin #HamzahZainudin #ZahidHamidi #PerikatanNasional #PPBM #UMNO #politikmalaysia #isusemasa
No comments:
Post a Comment