Sunday, October 10, 2021

UKCG

 SESI 1

Tarikh : 28 Julai 2021
Jam : 08.00 - 10.00am
Panel : Dr.Zainal (SPP) & Ustaz Apendi (BPI KPM)

Jumlah calon : 7 orang

Pusingan 1 :
Perkenalkan diri/Sumbangan untuk sekolah/Pencapaian di Sekolah (BM)
Pusingan 2 :
Perkenalkan diri/Sumbangan untuk sekolah/Manhaj Ta'lim DINI/Turuq Tadris/Ghayah/Hadaf (ARAB)
Pusingan 3 :
Pengetahuan am pendidikan/PAK21/KBAT/Cara nak jadi guru berkualiti (BM)

SESI 2

Tarikh : 29 Julai 2021
Jam : 08.00am - 09.15am
Panel : En.Shabudin (SPP) & Ustaz Kamal (BPI KPM)

Jumlah calon : 7 orang

Pusingan 1:
kenalkan diri,apa sumbangan (BM)
Pusingan 2 :
apa anda pham tentang manhaj addini,pastu subjek apa mengajar di sekolah dan tajuk apa kamu mengajar minggu lepas (ARAB)
Pusingan 3 :
apa tu kemahiran insaniah,kenapa pnting dan peranan guru nak pupuk kemahiran tu pada pelajar (BM)

SESI 3

Tarikh : 29 Julai 2021
Jam : 09.30 am - 11.00am
Panel : Dr.Zainal (SPP) & Ustaz Apendi (BPI KPM)

Jumlah calon : 5 orang

Pusingan 1 : 
Kenalkan diri/Sumbangan di sekolah & Universiti/Kelebihan diri/ Sebab jadi guru (BM)
Pusingan 2 :
Ahdaf KBD mengikut subjek yang diajar/ Apa kemahiran yang boleh pelajar dapat dari cara pengajaran kita (ARAB)
Pusingan 3 : 
Bgaimana guru dapat mencapai hasrat visi tersebut? (BM)

SESI 4
Tarikh : 29 Julai 2021
Jam : 11.00 - 12.00pm
Panel : Dr.Zainal (SPP) & Ustaz Apendi (BPI KPM)

Jumlah calon : 5 orang

Pusingan 1 :
kenal diri, sumbangan sekolah & universiti dan mengapa kami perlu pilih anda untuk jadi guru (BM)
Pusingan 2 :
Turuq Tadris yang paling baik anda pilih untuk mengajar subjek anda dan objektif subjek anda kepada pelajar ? (ARAB)
Pusingan 3 :
Nyatakan maksud setiap warna di bendera Malaysia & bgaimana kah cara guru mencapai visi KPM (Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera) (BM)

SESI 5
Tarikh : 29 Julai 2021
Jam : 11.00 am - 12.00pm
Panel : Dato' Sabariah (SPP) & Ustaz Zuraini (BPI KPM)

Jumlah calon : 5 orang

Pusingan 1 :
perkenal diri / kekuatan yg ada sebagai guru (BM)
Pusingan 2 :
saya (dato) sebagai NGO, apakah setuju untuk saya bawak partition “sekolah berasrama penuh luar bandar”? aspirasi dan TS25 (BM)
Pusingan 3 :
perkenal diri (BM) / sebutkan 1 kaedah turuq tadris yg kamu lakukan dlm musim covid ni (ARAB)

SESI 6
Tarikh : 29 Julai 2021
Jam : 11.00am - 12.00pm
Panel : Dato' Zainal (SPP) & Ustaz Safian (BPI KPM)

Jumlah calon : 5 orang

Pusingan 1:
1. Perkenalkan diri dlm (BM)

  • nama
  • background study
  • pengalaman kerja
  • Sumbangan

2. Ceritakan tentang sekolah (ARAB)

Pusingan 2 :
pengalaman mengajar yg paling bermakna (pilih 1 hari yg paling best, 1 subjek, 1 tajuk je cukup) (BM)

  • pendapat: guru dini mengajar tak fully arabic: apa peranan guru dini untuk bangkit minat pelajar (BM)

Pusingan 3: (BM)

  1. Apakah 3 agensi lain yg meluluskan pengambilan guru
  2. Apakah 3 agensi yg mengutip cukai dalam negara
  3. Bolehkan foreigner diserap ke lantikan tetap
  4. Apakah gelaran duta diluar negara
  5. Siapakah yg melantik duta di luar negara
  6. Di manakah undang-undang digubal
  7. Soalan ni tak ingat apa tapi jawapannya: enakmen
  8. Siapakah ketua agama negeri setiap negeri
  9. Siapakah ketua agama bagi negeri tiada sultan
  10. Cuti apakah yg diambil ketika sakit

Kredit : Syams_syaz


Model 1

1.) Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.

A. Setuju               B. Tidak setuju

2.) Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru

A. Setuju               B. Tidak setuju

3.) Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja

A. Setuju              B. Tidak setuju

4.) Saya akan dipandang rendah jika merendah diri

A. Setuju              B. Tidak setuju

5) Berbincang teknik mengajar dengan rakan sejawat akan merugikan masa

A. Setuju              B. Tidak setuju

6) Jika dikritik, saya akan membalas dengan kritikan yang lebih tajam

A. Setuju             B. Tidak setuju

7) Saya akan cuba meningkatkan kemahiran mengajar pada bila-bila masa

A. Setuju            B. Tidak setuju

8) Melakukan kesilapan bukan perkara yang memalukan, yang pentingnya mesti berusaha membetulkanya.

A. Setuju           B. Tidak setuju

9) Jika tersilap, biar masa melupakanya

A. Setuju          B. Tidak setuju

10.) Apabila saya telah membuat keputusan, saya tidak suka orang menghalang saya melaksanakanya.

A. Setuju          B. Tidak setuju

11.) Di dalam mesyuarat, saya ambil inisiatif berucap memberi pendapat

A. Setuju           B. Tidak setuju

12.) Saya menepati masa melaksanakan tugas saya

A. Setuju           B. Tidak setuju

13.) Saya rajin bekerja dengan harapan majikan memuji saya

A. Setuju           B. Tidak setuju

14.) Apabila bekerja dengan rakan sejawat, biasanya saya memimpin dan banyak memberi arahandaripada mengikuti kata mereka.

A. Setuju          B. Tidak setuju

15.) Kurang wajar menghabiskan tugas lebih awal walaupun ada masa lapang

A. Setuju          B. Tidak setuju

16.) Saya berminat kerja guru kerana ia boleh mendapat gaji lumayan

A. Setuju          B. Tidak setuju

17.) Sungguhpun ada banyak risiko dan cabaran dalam tugas, saya bersikap positif menghadapinya.

A. Setuju          B. Tidak setuju

18.) Jika saya tidak gembira, saya akan memberi teguran tanpa mengira kedudukan orang

A. Setuju          B. Tidak setuju

19.) Jika prestasi saya ditegur, saya akan berusaha mengundur diri

A. Setuju           B. Tidak setuju

20.) Sebelum ambil tindakan, saya menimbang langkah-langkah kejayaan mencapai objektifnya.

A. Setuju            B. Tidak setuju


Jawapan Contoh Soalan Ujian INSAK IPG Model 1:

1.) A.            2.) A           3.) B           4.) B           5.) B          6.) B          7.) A           8.) A            9.) B         10.) B

11.) A         12.) A           13.) B        14.) B         15.) B         16.) B       17.) A          18.) B          19.) B        20.) A


Contoh Soalan Ujian INSAK  IPG

Model 2

1.) Guru yang bersifat lemah lembut, walaupun tegas, adalah sukar untuk mengawal disiplin muridnya.

A. Setuju        B. Tidak setuju

2.) Guru yang mengambil tidakan yang tegas adalah dibenci oleh muridnya.

A. Setuju         B. Tidak setuju

3.) Guru yang berilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran komunikasi interpersonal akan mengajar dengan penuh keyakinan

A. Setuju         B. Tidak setuju

4.) Saya berhibur diri untuk menghilangkan bosan bekerja

A. Setuju           B. Tidak setuju

5.) Keberkesanan penyampaian pelajaran adalah bergantung sahaja kepada kemahiran komunikasi guru

A. Setuju           B. Tidak setuju

6.) Daya ingatan saya lemah tetapi tidak menjejaskan prestasi mengajar

A. Setuju             B. Tidak setuju

7.) Daya kreatif bukan penting bagi guru mengajar dengan cara yang menarik

A. Setuju             B. Tidak setuju

8.) Sifat lemah lembut seseorang guru wanita yang cekap pula sesuai mengajar sekolah lelaki

A. Setuju             B. Tidak setuju

9.) Untuk mengawal disiplin, kita harus menjalin hubungan mesra dengan murid kita

A. Setuju            B. Tidak setuju

10.) Murid yang nakal harus dihukum

A. Setuju            B. Tidak setuju

11.) Amat malu merendah diri di depan orang

A. Setuju            B. Tidak setuju

12.) Sifat jujur akan dapat kepercayaan orang

A. Setuju             B. Tidak setuju

13.) Keberkesanan mengajar semua bergantung kepada bakat individu

A. Setuju             B. Tidak setuju

14.) Guru yang sering dibuli oleh murid adalah kerana guru yang bersifat penyayang.

A. Setuju             B. Tidak setuju

15.) Untuk mengawal disiplin murid, guru harus ambil tindakan hukuman dengan tegas

A. Setuju             B. Tidak setuju

16.) Komunikasi bukan lisan hanya digunakan untuk mengajar murid yang menghadapi masalah pendengaran

A. Setuju              B. Tidak setuju

17.) Guru patut membimbing murid yang tidak menumpukan perhatian

A. Setuju              B. Tidak setuju

18.) Untuk menarik hati murid, guru harus bergaya laissez fair.

A. Setuju               B. Tidak setuju

19.) Untuk berkomunikasi dengan berkesan, suara guru haruslah cukup lantang

A. Setuju              B. Tidak setuju

20.) Guru harus atur sesi kaunseling untuk murid yang sering melanggar disiplin kelas

A. Setuju              B. Tidak setuju

21.) Sebarang masalah disiplin yang ditimbulkan dalam kelas, walaupun ringan, harus dirujuk kepada guru disiplin.

A. Setuju            B. Tidak setuju

22.) Jika dihukum, murid akan membalas dendam.

A. Setuju            B. Tidak setuju

23.) Jika guru tidak mahir membuat demonstrasi, guru boleh berpura-pura suruh murid melakukanya

A. Setuju            B. Tidak setuju

24.) Murid akan takut menimbulkan masalah disiplin sekiranya ada peraturan bilik darjah dipamerkan.

A. Setuju            B. Tidak setuju

25.) Untuk mengurangkan masalah disiplin, gaya pengajaran guru harus bersifat autokratik.

A. Setuju           B. Tidak setuju

26.) Untuk mengajar dengan penuh keyakinan, guru harus mendapat galakan dan pujian muridnya.

A. Setuju           B. Tidak setuju

27.) Untuk mendapat sokongan dan nasihat, guru harus merendah diri dan bersikap positif.

A. Setuju            B. Tidak setuju

28.) Untuk mengawal masalah disiplin murid, guru harus memahami punca tingkah laku masalah muridnya.

A. Setuju           B. Tidak setuju

29.) Murid biasanya mencontohi kelakuan guru, sama ada baik atau buruk

A. Setuju           B. Tidak setuju

30.) Bukan guru yang berpengalaman sahaja boleh mengawal masalah disiplin dalam bilik darjah.

A. Setuju          B. Tidak setuju

31.) Saya amat sensitif kritikan orang lain sungguhpun saya telah berusahamenjalankan tugas dengan sempurna

A. Setuju          B. Tidak setuju

32.) Saya hanya menerima kritikan orang lain secara senyap-senyap agar menjaga imej saya.

A. Setuju          B. Tidak setuju

33.) Jika prestasi matematik lemah, saya akan takut mengajar

A. Setuju          B. Tidak setuju

34.) Suara saya kurang menarik, tetapi saya akan cuba mengatasi kelemahanya

35.) Mengajar murid menjadi insan yang berakhlak mulia adalah sama penting dengan mengajar ilmu dan kemahiran.

A. Setuju           B. Tidak setuju


Jawapan Contoh Soalan Ujian INSAK IPG Model 2:

1.) B         2.)B           3.) A           4.) B           5.) B           6.) B            7.) B            8.) A           9.) A            10.) B

11.) B      12.) A       13.) B         14.) B         15.) B          16.) B         17.) A          18.) B        19.) A       20.) A

21.) B      22.) B      23.) B       24.) B         25.) B          26.) B       27.) A           28.) A        29.) A        30.) A    

31.) B      32.) B       33.) B      34.) A         35.) A


Contoh Soalan Ujian INSAK IPG

Model 3

1.) Untuk mengajar dengan cekap, kita harus belajar menguasai kemahiran

A. Setuju           B. Tidak setuju

2.) Untuk menjaga imej saya, saya harus mendengar baik-baik kata orang.

A. Setuju            B. Tidak setuju

3.) Saya kurang minta bantuan orang kerana takut malu

A. Setuju             B. Tidak setuju

4.) Saya melayan padangan orang dengan respon positif

A. Setuju             B. Tidak setuju

5.) Saya rasa segan untuk ucap tahniah kepada rakan sejawat yang mencapai prestasi cemerlang

A. Setuju              B. Tidak setuju

6.) Selain membaca buku ilmiah, saya pula meneroka internet untuk menimba ilmu pengetahuan, demi meningkatkan prestasi saya.

A. Setuju            B. Tidak setuju

7.) Kemajuan masyarakat berbilang kaumbergantung kepada semangat bersatu padu

A. Setuju            B. Tidak setuju

8.) Tugas utama guru ialah mendidik murid menjadi insan yang cergas

A. Setuju            B. Tidak setuju

9.) Adalah tanggungjawab guru memberitahu murid menentang ajaran kolot ibu bapa

A. Setuju           B. Tidak setuju

10.) Jika guru melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi, murid akan sanjunginya.

A. Setuju           B. Tidak setuju

11.) Guru kelas juga guru disiplin

A. Setuju           B. Tidak setuju

12.) Pengajaran guru yang lebih berkesan adalah guru mempunya daya kretif

A. Setuju            B. Tidak setuju

13.) Saya memohon sebarang jawatan walaupun saya kurang berminat

A. Setuju           B. Tidak setuju

14.) Saya suka memberi arahan

A. Setuju          B. Tidak setuju

Saturday, October 9, 2021

 ALHAMDULILLAH dengan perkembangan terkini, jumlah kes baharu harian positif Covid-19 semakin menurun. Kes-kes kemasukan ke hospital dan unit rawatan rapi (ICU) juga semakin berkurang.

Para petugas barisan hadapan khususnya pasukan perubatan pula kelihatan kembali menarik nafas lega. Mereka tidak lagi seperti beberapa bulan lalu terpaksa menyaksikan kematian demi kematian setiap hari.

Agak-agaknya penggali kubur juga sudah boleh berehat sedikit. Menguruskan destinasi akhir seorang insan adalah tugas hakiki mereka tetapi menguruskan deretan mayat pastinya menjadi satu peristiwa yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hayat mereka.

Begitu juga perkembangan vaksinasi yang begitu memberangsangkan. Kini rakyat ternanti-nanti pengumuman ‘kemerdekaan’ untuk balik ke kampung sebaik sahaja vaksinasi dewasa mencapai 90 peratus.

Balik kampung kini menjadi satu nikmat yang tidak terhingga apabila sekian lama pintu sempadan negeri ditutup. Demi menjaga kemaslahatan kesihatan khususnya golongan ibu bapa di kampung halaman majoriti rakyat mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Kepada yang kaki ‘langgar’, itu terpulang kepada diri masing-masing. Hanya kerana kita seorang, habis satu kampung kena kuarantin. Tidak cukup itu, ada yang terpaksa bertarung nyawa di wad ICU. Malah ada yang tewas, kini hanya tinggal nama, batu nisan dan kenangan.

Sebelum diumumkan ‘kemenangan awal’ balik kampung. Pak menteri pun dah ingatkan, syarat utama kelak ialah mesti melakukan ujian calitan kendiri untuk memastikan agar mereka yang balik ke kampung tidak membawa sekali virus korona ini.

Malangnya, belum ada kebenaran lagi difahamkan geng-geng ‘langgar’ ni dah berduyun-duyun balik ke kampung. Nampaknya, rakyat kita sangat mudah lupa.

Selain nikmat balik kampung, rakyat kini telah memperoleh semula nikmat makan dan minum di restoran, kafe atau kedai makan. Menikmati hidangan teh tarik, roti canai, nasi lemak dan sebagainya sudah sinonim dengan budaya masyarakat hari ini.

Berbulan-bulan juga terpaksa membungkus apa sahaja juadah, silap percaturan nasi kandar bila bawa balik ke rumah atau pejabat dah jadi macam bubur. Almaklum pekerja kedai terlebih semangat menyiram kuah campur. Suka atau tidak terpaksalah telan juga.

Namun, kini sedikit terkilan dengan prosedur operasi standard (SOP) di kedai makan ini apabila suami isteri yang berkongsi katil dan anak-anak yang tinggal serumah, satu kereta tetapi apabila masuk ke restoran tidak dibenarkan duduk semeja.

Peliknya kepada ibu bapa yang bawa anak-anak bawah umur (pastinya belum vaksin) dibenarkan pula berhimpit-himpit satu meja. Penulis beberapa kali berdepan situasi ini apabila melihat kehampaan beberapa keluarga terpaksa keluar dari restoran kerana tidak dibenarkan duduk bertiga di satu meja.

Eloklah pihak bertanggungjawab selesaikan isu ini. Kita tidak menolak norma baharu serta SOP bagi mengawal dan mengekang wabak tetapi biarkan logik dan bersesuaian dengan keadaan.

Ibarat ‘lapuk-lapuk diganti, usang-usang dibaharui’. Norma baharu kehidupan tidak sewajarnya mengubah kita menjadi pelik dan kelihatan tidak cerdik.

 HANG JEBAT TIDAK DIBUNUH HANG TUAH


Suatu hari semasa Dr. Izham Nayan, 43 sedang berbual-bual dengan seorang lelaki warak yang dipanggilnya Pak Syeikh, terpacul dari mulut orang tua itu mengenai soal perpaduan orang Melayu silam.


“Hisss!! Sapa kata Hang Jebat mati dibunuh Hang Tuah? Mengarut..!! Pak Syeikh melenting ketika melontarkan kata-katanya.


“Ini tidak benar!” sambung Pak Syeikh lagi.

Dr. Izham terus mendengar kata-kata Pak Syeikh itu dengan penuh minat. Berdasarkan pengalaman Pak Syeikh itu, manakan bisa dua saudara pahlawan sateria melayu seagama yang telah mengaku bersaudara, berbunuh-bunuhan sesama sendiri?

Berdasarkan cerita Pak Syeikh, dua pahlawan Melayu bersaudara sedari kecil telah berjaya melawan lanun-lanun Siam yang mengganas di utara negeri Kedah.


Keberanian tujuh bersaudara itu menyebabkan mereka terpilih menjadi anak angkat Sultan Kedah seterusnya diutus membantu Sultan Melaka menghalau lanun-lanun yang bermaharajalela di perairan Melaka. Hang Tuah akhirnya dilantik menjadi Laksamana Melaka. Rakan-rakannya menjadi hulubalang istana.

“Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, hangpa semua pi tolong raja Melaka. Depa tu ada masaalah penyamun!


“Hang (loghat Kedah) ertinya kamu. Sekarang nama Lekir, Lekiu merupakan nama tempat di Kedah,” terang Pak Syeikh itu kepada Dr. Izham.


Pak Syeikh berhujah lagi, seandainya dua manusia kepala penyamun yang saling bermusuhan sekalipun, jika dikurung dalam sebuah rumah selama tujuh hari tujuh malam pasti mereka akan berbaik-baik semula.


“Inikan pula saudara sesumpah! Sebangsa dan seagama. Manakan boleh diterima akal, mereka bertarung tiga hari tiga malam tanpa henti, kemudian berbunuhan?” soal Pak Syeikh lagi.

Pak Syeikh mengulangi lagi bahawa Hang Tuah dan Hang Jebat tidak berbunuh-bunuhan sesama sendiri.

“Tak. Mereka berdua mencari akal macam mana nak selesaikan soal perpaduan bangsa Melayu. Setiap penyakit ada ubatnya!” beritahu Pak Syeikh.


Persoalan yang dilontarkan Pak Syeikh itu ada kebenarannya. Dr. Izham yang juga Pengarah Majlis Permuafakatan Ummah (PEWARIS) melihat hujah yang dibawa Pak Syeikh itu dari sudut positif.

Beliau membelek semula pelbagai versi naskah Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Moden Melayu. Berdasarkan kajian, terdapat sebanyak 11 versi kesemuanya ada menceritakan pertikaman antara Hang Jebat dan Hang Tuah. Mungkin apa yang diceritakan Pak Syeikh ini versi ke-12 yang terlepas pandang oleh pengkritik dan pengkaji sejarah Melayu.


Atau mungkin juga apa yang diceritakan Pak Syeikh ini suatu lagenda!. Atau mungkin suatu analogi baru yang sengaja dicipta untuk menolak versi bangsa Melayu sangup berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Versi baru ini lebih positif untuk perpaduan Melayu.

Dr. Izham terfikir ada baiknya Hang Jebat tidak mati di tangan Hang Tuah. Benar seperti kata Pak Syeikh itu bahawa selagi bernama Melayu, mana mungkin mereka sanggup berbunuh-bunuhan sesama sendiri! Inikan pula bertikam selama tiga hari tiga malam tanpa henti!


Dr. Izham melihat adengan ketika pertelingkahan berlaku antara Hang Jebat dan Hang Tuah suatu taktik paling hebat dalam sejarah kepahlawanan Melayu. Di sinilah letaknya seni persilatan orang Melayu.

Ketika itu para tali barut dan kroni Sultan Melaka dan Pateh Gajah Mada asyik mengendap untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Keadaan meyebabkan Hang Tuah dan Hang Jebat berhenti sebentar untuk mencari akal. Pada perkiraan Dr. Izham perlawanan tesebut tidak lebih hanyalah sebagai ‘berlatih’ saja. Maklumlah sudah lama Hang Jebat dan Hang Tuah tidak bertemu dan mempraktis ilmu persilatan masing-masing.


Pada hemat Dr. Izham, mana mungkin Hang Jebat sanggup melepaskan Taming sari yang keramat itu hingga terpacak ke lelangit bumbung istana? Melainkan ia dibuat secara sengaja! Ya! Taktik ini dipercayai disengajakan.

Akhirnya Hang Jebat mencederakan sendiri jari kelengkengnya dengan keris sultan yang dibawa Hang Tuah didalam gulungan langsir. Perbuatan Hang Jebat itu pula dilakukan secara beselindung bagi membolehkan tidak ada mata kroni Sultan Melaka mahupun Pateh Gajah Mada mengetahuinya.

Hang Tuah pula berpura-pura menyerang dengan keris Taming Sari yang telah bertukar tangan. Disinilah terletaknya kehebatan taktik Hang Tuah dan Hang Jebat.


Keris Taming Sari terkenal amat berbisa dan tidak wajar Hang Jebat menggunakan keris tersebut untuk melukai jarinya, melainkan ia mesti bertukar tangan dengan hang Tuah. “Kalau tak tukar, bila Hang jebat hiris jari kelengkeng boleh bawa maut!” hujah Dr. Izham.

Hang Jebat pula berpura-pura memekap perutnya dengan tangan kiri yang berlumuran darah, mengikat dan merenjiskan darah tersebut pada kain langsir istana. Para pengampu dan pembodek sultan bersorak mengatakan Hang Jebat sudah ditikam Hang Tuah! Walhasil…itu hanya sandiwara belaka.


“Orang bukan lihat luka, orang lihat darah…” kata Dr. Izham lagi.

Pada hemat Dr. Izham, keadaan itu membolahkan Hang Jebat mengamuk dengan selesa selama tujuh hari tujuh malam membunuh hanya para kroni, pengampu sultan dan pengadu domba kepada Hang Tuah.

Jika Hang Jebat ditikam dengan Taming Sari, mana mungkin pahlawan itu masih boleh mengamuk selama itu? Tentu tidak logik sebab keris Taming Sari amat berbisa.

Sekali lagi Dr. Izham berhujah, melainkan bukan keris Taming Sari yang digunakan sebaliknya keris milik Sultan Melaka dan luka kecil hanya pada jari kelengkeng sahaja bagi meyimbah darah ke perut Hang Jebat.


Setelah habis mengamuk Hang Jebat kononya dikatakan mati dirumah Hang Tuah. Sekali lagi kejadian ini tidak lojik. Namun tidak seorang pun dibenarkan melihat jenazah Hang Jebat.

“Syoknya, Hang Jebat mati diriba Hang Tuah!” cerita Dr. Izham.

Kononya Hang Tuahlah yang memandikan, mengapankan dan meyembahyangkan sendiri jenazah Hang Jebat.

Lojiknya, kata Dr. Izham selepas Hang Jebat membersihkan saki-baki pengampu, kroni sultan Hang Tuah dan Hang Jebat selepas itu kembali semula mendalami ilmu persilatan dengan guru mereka Adi Putera.


Dua pahlawan itu seterusnya memohon untuk pergi merantau sehinggalah ke Pattani membuka pesantren di sana dan mengajar murid-murid ilmu persilatan dan mengaji Al-Quran.

Melalui identiti baru itu mereka berdua berjaya melahirkan ramai pahlawan melayu yang hebat dan terkenal memerangi penjajahan di Nusantara.

Paling menarik, Dr. Izham menyatakan kesemua ahli keluarga Hang Jebat dan Hang Tuah pulang semula ke Kedah dan tinggal di Pulau Melaka di Langkawi.


Dr. Izham ada juga mendengar cerita orang bahawa Mahsuri adalah dari susur galur keturunan Hang Tuah. Mereka membawa bersama resepi makanan tradisi dan menamakannya sempena negeri Melaka.

Umpamanya cabai melaka kerana orang Melaka suka makan pedas, buah Melaka, gula Melaka dan lain lain lagi.

Akhir kalam, Dr. Izham sekali lagi bersetuju dengan Pak Syeikh bahawa dalam soal perpaduan orang Melayu : ‘Air dicincang tak akan putus!’


Sesukar manapun situasi yang dihadapi, pasti ada muslihat bagi menyelesaikannya tanpa mengorbankan nyawa orang Melayu.

Berdasarkan kisah Hang Tuah dan Hang Jebat tadi, pihak istana mahukan si Jebat dibunuh maka tidak ada masaalah bagi Tuah membunuh nama si Jebat. Perkara ini perlu dilakukan berhati-hati agar titah raja tetap keramat. Yang mati adalah nama Hang Jebat, bukan semangatnya. Hang Tuah dan Hang Jebat hidup sampai ke tua mencapai taraf makam wali.


Berdasarkan lagenda ini, Dr. Izham menyimpulkan bahawa orang Melayu telah banyak kali diuji sejak peristiwa Hang Tuah bertikam dengan Hang Jebat, Malayan Union dan peristiwa 13 Mei 1969.

“Menariknya, dalam menghadapi soal genting ini, orang Melayu kembali bersatu! Kembali kuat!” katanya.

Dr. Izham percaya orang Melayu sekali akan bersatu sekiranya survival kehidupan mereka diancam dan terancam oleh suasana sekeliling yang mencemaskan masa depan bangsa dan agama Islam.


“Jika tidak bersatu kata-kata ‘Takkan Melayu Hilang Didunia’ hanya tinggal nama!” kata Dr. Izham mengingatkan.


[ toyu ] Petikan dari Mastika edisi Disember 2010


Dropship produk #BMF


TELEGRAM 


Channel - https://t.me/ejendropshipprodukbmf


Group - https://t.me/DropshipBMF


Anda promote,kami pos,

Anda dapat komisyen...

Sambil2 je guna hp..


https://muslim2mart.blogspot.com/


https://sokongprodukmuslim.com

Tuesday, October 5, 2021

 

HUKUM BARU PAS - MENUMBANGKAN KERAJAAN PN SATU DOSA, MENYOKONG KERAJAAN PH JUGA SATU DOSA - MOKHTAR SENIK

 

"Jika menumbangkan kerajaan Melayu Islam ini bukan sebuah dosa PAS boleh lakukannya. Kalau bukan kerana memberikan kuasa keppada DAP/PH itu suatu dosa, PAS boleh melakukannya." - Mokhtar Senik (https://www.malaysiakini.com/news/594086 )
Kenapas Pas berdiam diri dan tidak menjadi 'King Maker" apabila berdepan dengan kes judi yang ditambah di era kerajaan PN? Mengapa Pas tidak menarik sokongan kepada kerajaan PN apabila dikatakan kes Adib telah ditutup tanpa ada tangkapan pembunuh Adib? Mengapa Pas berdiiam diri apabila OktoberFest masih berjalan dengan promosi terbuka? Kenapa Pas tidak lagi bising soal pramugari tidak menutup aurat? Mengapa Pas senyap dalam isu RUU Akta 355 meskipun Pas adalah menteri agama, dan pernah jadi menteri undang2?
Jawapannya mudah. Ianya telah dijawab oleh Mokhtar anak Senik seperti kata2 beliau di atas. Berdosa jika Pas meruntuhkan kerajaan yang menambahkan judi tersebut. Berdosa jika Pas menjatuhkan kerajaan yang tutup kes Adib. Berdosa jika Pas tidak sokong kerajaan yang memerintah tanpa mandat rakyat. Berdosa jika Pas menolak kerajaan yang memberikan peruntukan jutaan ringgit kepada Dong Zong, sebaliknya madrasah Mokhtar Senik tertunggak bil letrik hingga terpaksa minta derma. Banyak lagi Pas akan berdosa jika jatuhkan kerajaan tebuk atap ini.
Mengapa berdosa sokong kerajaan PH? Sebab, kerajaan PH telah kurangkan judi dari 22 kali setahun kepada 8 kali saja. Lebih berdosa Pas jika sokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah membayar royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini dirampas oleh kerajaan Umno/Bn. Amat berdosa buat Pas menyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah menghapuskan kuota kepada menteri2 untuk menunaikan ibadah haji. Tentulah berdosa kepada Pas jika menyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH bercadang untuk memberikan status tetap kepada guru2 KAFA. Paling berdosa buat Pas menyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah menghapuskan cukai GST dan menyiasat skandal 1MDB. Pas turut berdosa jika meyokong kerajaan PH kerana kerajaan PH telah membersihkan pengurusan Tabung Haji sehingga mendapat kepujian dari Ketua Audit Negara. Teramatlah berdosa Pas jika sokong kerajaan PH kerana berjaya mengawal harga barang, lebih2 lagi kerajaan PH berjaya kawal wabak Covid19 sehingga tiada kes baru dan tiada kes kematian.
Maka, amat bijak kenyataan Mokhtar anak Senik di dalam memberikan 'fatwa'. Walaun, sila bertakbir!!
WFAUZDIN NS

Saturday, September 18, 2021

Punca Air Con Tak Sejuk

 Nampak kecil tapi boleh buat kita rugi ratusan ringgit binatang ni... cerita dia minggu lepas aircond kereta x sejuk.. kadang2 sejuk.. bawak pegi bengkel.. konfiden kedai ckp kompresor rosak.. mmg dh siapkan bajetla nk untuk buat aircond.. total kena RM477 tukar kompresor rekon.. 


Lepas tukar pakai ok.. aircond sejuk.. tak sampai sehari aircond jadi balik kejap sejuk kejap panas..


Esok pegi balik kedai.. kedai buat-buat chek.. kata motor kipas aircond dah rosak.. Ok...kitapun bodoh xtau.. tukar jela motor kipas aircond RM110... lepas pasang ok.. sejuk.. x sampai sehari jadi balik..


Tiba-tiba dalam kepala otak terfikir pasal relay.. hari ni pegi sendiri kedai spare part cari binatang ni harga RM18.. Cabut sendiri dan pasang sendiri..


Alhamdulillah aircond sejuk balik.. time ni nak claim balik duit tukar kompresor dgn motor dah  x guna.. 


Total buat kedai RM587.. berbeza total buat sendiri RM18 je.. nampak x permainan kat situ.. so, kalau kereta korang ada masalah aircond kurang sejuk.. try dulu tukar sendiri binatang ni.. RELAY nama dia..


Sumber :  Wan

Monday, September 13, 2021

 

Catatan yang tersurat dan tersirat

CERITA TERSEMBUNYI 

Gambar ini menunjukkan
Perdana Menterinya, Najib Razak.
CERITA atau kisah yang tersirat lebih banyak daripada cerita dan kisah yang disurat. Seperti apa yang berada di balik gunung dan di atas puncaknya, lebih menarik, indah, unik dan mengkagumkan daripada apa yang ada di bawah atau di hadapannya. 

Kadang-kadang yang terselindung itu menakut dan menyeramkan. Hakikat ini sudah lumrah.

Dan kita pula hanya tahu apa yang tersurat dan disurati sahaja, sedangkan yang tersirat apa lagi yang sengaja disembunyikan atas nama rahsia masih banyak. 

Kadar pengetahuan dan radar pemandangan kita juga amat terhad. Walhal yang tersirat itu lebih indah ataupun menggerunkan.

Begitulah juga dengan kisah dan ceritera yang tersirat atau berlaku disebalik penurunan Mahiaddin Yassin sebagai perdana menteri yang dibuat secara terpaksa tempoh hari.

Yang tersurat dan diketahui kenapa beliau terpaksa meninggalkan kerusi “emas” itu, kerana beliau sudah hilang sokongan apabila 15 orang ahli Parlimen Umno menarik sokongan kepadanya. Pada masa sama beliau pengecut pula untuk membawa usul undi percaya kepadanya di Parlimen.

Tindakan menarik sokongan itu diketuai oleh ahli Parlimen Bagan Datuk yang juga presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, dan diyakini ia mendapat sokongan padu oleh ahli Parlimen Pekan yang juga bekas presiden Umno Najib Razak. Yang tersirat diyakini kejadian itu diaturkan demikian rupa. Maknawi yang tersirat ramai yang tidak tahu.

Motif Tersendiri.

Yang tersirat disebalik penarikan sokongan 15 MP Umno itu, adalah kisah yang tersirat. Ia ada motif tersendiri disebalik langkah itu dengan memberi alasan tersuratnya ada tujuh sebab kenapa Umno (kemudian hanya 15 MP sahaja) yang tarik sokongan.

Alasan utama penarikan sokongan itu kononnya kegagalan Mahiaddin sebagai perdana menteri menangani Covid, memulihkan eknonomi, tidak patuh titah Yang di-Pertuan Agong agar parlimen dibuka untuk persidangan seberapa segera.

Alasan lain diberikan Mahiaddin, kerana gagal atau enggan memenuhi tuntutan Umno, salah satunya agar diberikan moratarium secara automatik kepada peminjam bank seperti PKP 1:0 dan pengeluaran wang KWSP menerusi I-Citra secara langsum RM10,000.

Yang tersirat disebalik tindakan dan aksi itu ia adalah strategi Umno mahukan jawatan PM itu kosong. Kekosongan jawatan PM itulah yang diidam-idam dan diutamakan. Dalam hal ini, ahli Parlimen Bera, Ismail Sabri Yaakob (Mail Beranoko) hanya dijadikan toys, atau alat ataupun umpan semata-mata. Yang tersirat adalah nawaitu Zahid dan Najib, inginkan jawatan itu.

Ternyata taktik Umno tarik sokongan itu menyebabkan Mahiaddin terkesan dengan ancaman itu. Lantas beliau mencari helah dan ikhtiar (yang sudah dipasang Umno juga), dengan melantik Mail Beranoko  sebagai TPM. Dipercayai persetujuan Mahiaddin melantik Mail Beranoko itu, ia juga idea dan perancangan Umno yang halus.

Mahiaddin mengira dengan pelantikan Mail Beranoko kedudukannya selamat. Tanpa beliau sedari diam-diam beliau sebenarnya diberikan jaminan kosong oleh Mail Beranoko, apabila tidak semua 26 ahli Parlimen Umno yang diumumkan Mail Beranoko menyokongnya. Mail Beranoko berjaya memperdayakan Mahiaddin apabila melantiknya sebagai TPM.

Bagi Mail Beranoko dan Umno, pelantikannya memberi separuh kuasa kepada Umno dalam kerajaan PN yang bercita-cita untuk menguasai semula kerajaan. 

Sebab dan taktik itulah yang tersurat. Zahid dan Najib setuju dengan pelantikan songsang Mail Beranoko itu. Dikatakan songsang dan ganjil kerana Mail Beranoko bukan presiden parti, tetapi hanya selaku Naib Presiden sahaja. Tempua tidak akan bersarang rendah kalau tidak ada sesuatu.   

Mail Beranoko yang berasakan mujur dengan perkembangan itu persis orang mengantuk disorong bantal menerima pelantikan itu tanpa bantah dan senyum melebar hingga ke telinga. Baginya yang belum ada rekod cemerlang dalam kerjaya politik dapat mencatat sejarah buat dirinya dengan pelantikan itu. Apa tidaknya jawatan tertinggi yang menjadi cita-cita semua orang politik yang tidak gila.

Untuk menggambarkan semua agenda berjalan lancar, beliau memberi tahu, soal pelantikannya, beliau sudah bincang dengan presiden dan “Bossku” Najib Razak terlebih dahulu. Ertinya kedua orang itu merestuinya menerima jawatan itu, sedangkan dalam masa sama kerajaan itu dibentuk tanpa persetujuan Umno peringkat bawahan. Keputusan Umno menerusi PAU tidak mahu bersekongkol dengan Bersatu. Bukankah menjadi TPM kepada Mahiaddin itu sebagai bersengkokol?

Kegagalan Mahiaddin.

Mahiaddin pula gagal membaca startegi ini meyebabkan beliau terperangkap. Pelantikan Mail Beranoko itu tidak menyelesaikan masalahnya. Ia tidak menjamin kedudukannya sebagai PM tidak tergugat. Apa yang berlaku sebaiknya pelantkan Mail Beranoko itu makin mengusutkusaikan keadaan. Setelah menyedari itu, untuk menyelamatkan dirinya Mahiaddin cuba membentuk naratif baru, dengan mengajak pembangkang bersamanya.

Yang tersirat, sebelum menerima ancaman Umno dan ia menjadi kenyataan, sudah ada pihak Mahiaddin cuba membuat naratif politik baru dengan pembangkang, PH. Wakil Mahiaddin dipercayai Hamzah Zainuddin sudah berjumpa dan berbincang dengan Anwar Ibrahim dalam rangka membentuk naratif baru. Malangnya perbincangan itu gagal apabila Anwar menolaknya? Hal ini sesuatu yang tersirat.

Atas kegagalan itu maka Mahiaddin buat strategi lain. Beliau membuka kerjasama dengan lebih luas dan terbuka dengan pembangkang PH. Sebelum beliau membuat pengumuman (tawaran) terbuka, terlebih dahulu Mahiaddin menerusi wakilnya mengadakan perbincangan dengan pembangkang, DAP sebagai perintis. Beberapa orang pemimpin DAP berjumpa dan berunding dengan Tengku Zafrul Aziz atas alasan untuk pemulihan ekonomi negara, tetapi sebenarnya mewujudkan CSA (perjanjian sokongan) dengan DAP.

Difahamkan 10 orang ahli Parlimen DAP, diketuai Tonny Phua, Lim Guan Eng dan lain-lain bersetuju untuk mengadakan CSA dengan Mahiaddin. Yang tersirat disebalik CSA ini untuk menyelamatkan diri pemimpin DAP daripada tindakan mahkamah. Mereka bermaksud kalau menyokong kerajaan Mahiaddin dengan CSA, mereka akan terlepas daripada dikenakan tindakan. Malangnya cadangan CSA itu ditlolak oleh Majlis Presiden PH.

Tangkai kuasa.

Penolakan itu menjadikan Mahiaddin kecewa dan dilanda kebimbangan akan hilang jawatan. Beliau juga sudah menghidu tangkai kuasa politiknya makin rapuh dan memburuk. Akhirnya tidak ada pilihan lain selepas semua usahanya gagal, dia mengambil keputusan meletakkan jawatan. Peletakan jawatan ini dibuat selepas tawaran pelan kerjasama politik meretasi ideologi ditolak secara total. 

Peletakan jawatan PM oleh Mahiaddin secara tidak ikhlas dan sungguh mengecewakannya. Beliau dua kali kecewa, pertama gagal mengajak PH bersetuju untuk menyokongnya menerusi SCA, dan kedua apabila Mail Beranoko gagal membawa sokongan kepadanya daripada Umno sepenuhnya.

Teka teki dan hal-hal tersirat terus terdedah di sebalik peletakan jawatan Mahiaddin dan pelantikan Mail Beranoko sebagai TPM kemudian menlonjak ke jawatan PM. Sebenarnya Mahiaddin tidak rela hati sepenuhnya dengan pelantikan Mail Beranoko, tetapi sokongan itu kerana beliau tidak ada pilihan lain. Mahiaddin ada pilihan dari kalangan partinya sendiri seperti Azmin Ali atau Hamzah Zainuddin tetapi mereka tidak ada kekuatan.

Sandiwara Zahid Hamidi.

Sehari sebelum Yang di-Pertuan Agong memanggil ketua-ketua parti untuk mendapat kata putus dan persetujuan untuk melantik perdana menteri baru, Mahiaddin telah menghubungi Anwar Ibrahim secara peribadi. Tujuannya untuk mengajak PH bergabung dengan Bersatu bagi membentuk kerajaan baru. Tujuan Mahiaddin ini mahu menghalang jajaran politik baru antara Umno dengan PH yang ura-urakan tetapi tidak menjadi itu.

Pelawaan Mahiaddin itu tidak disambut oleh Anwar, kerana Mahiaddin masih lagi mahu menjadi PM. Alasan Anwar menolak rancangan itu kerana ia tidak munasabah, setelah meletak jawatan, masakan hendak pegang PM sekali lagi. Seandainya jawatan PM ditawarkan kepada Anwar mungkin terwujud kerjasama politik antara Bersatu dengan PH, sekaligus memulangkan semula “mandat” rakyat yang dikhianati. Itu munasabah.

Penolakan Anwar itu menyebabkan Mahiaddin tidak ada pilihan lain. Demi untuk mengelakkan jawatan PM terlepas kepada PH maka beliau terpaksa menyokong Mail Beranoko.

Yang untungnya Mail Beranoko. Tetapi yang tersirat kurang menyenangkan Mail Beranoko walaupun beliau sudah dipilih sebagai calon PM. Rupa-rupanya dicelah itu Zahid mengimpikan jawatan itu untuknya. Tanpa memintanya secara nyata beliau mahukan namanya dicalonkan sebagai PM. Bagaimana pun Mahiaddin menolaknya begitu juga sebahagian daripada ahli Parlimen Umno yang bukan dari kluster mahkamah.

Lantaran itu Zahid berputih mata dan berkering gusi, demi untuk memastikan jawatan PM diperolehi Umno, maka Zahid akur menerima Mail Beranoko sebagai PM walaupun hati kecilnya menolak.

Nampak disini macam mana licit dan berkehendaknya Zahid Hamidi. Sebab itulah sebaik mengangkat sumpah menjadi PM, Mail Beranoko tidak bergegas ke kediaman Zahid tetapi "berunga" menghadap Mahiaddin di Bukit Damansara. Menjelaskan disini Mail Beranoko lebih tunduk dan berterima kasih kepada Mahiaddin berbanding dengan presiden partinya Zahid.

Bukti lain dalam penyusunan kabinet Mail Beranoko tidak memenuhi kehendak Zahid dengan mengenepikan orang-orang Zahid seperti Shamsul Anuar Nasarah, Ahmad Jazlan Yaakob dan Ahmad Maslan. 

Kelentong dan hipokrasi politik Zahid Hamidi terdedah sekali lagi. Apabila beliau tidak disokong untuk jadi PM, khalayak di luar sana menganggap beliau bersama 14 orang ahli Parlimen akan memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim. Dengan mengira Anwar sudah mendapat 105 sokongan solid daripada pembangkang dan Bebas, Anwar sekurang-kurangnya mendapat 120 undi atau suara. 

Orang-orang Keadilan khasnya dan PH amnya sudah mula bersorak gembira kerana menjangkakan Yang di-Pertuan Agong akan mengeluarkan surat watikah pelantikan PM kepada Anwar Ibrahim.

Sesuatu yang sangat tragis dan ini celaka besar berlaku sewaktu ketua-ketua parti keluar daripada Istana Negara selepas menghadap Agong berlaku sandiwara hebat pelakonya Zahid Hamidi. Sewaktu keluar dari pintu pagar Itsana Negara kenderaan ketua-ketua parti berjujutan. 

Kenderaan yang membawa Anwar berada di hadapan dan diikuti kenderaan yang membawa presiden Umno, Zahid. Kenderaan membawa Zahid memberi signal lampu beberapa kali kepada kenderaan yang membawa presiden Keadilan, Anwar Ibrahim. Ia minta mendahuluinya.

Sebaik kenderaan membawa Zahid setentang dengan kenderaan membawa Anwar, kenderaan Zahid berhenti dan beliau menurunkan cermin sambil mengangkat tabik kepada Anwar, seraya berseru dengan tangan masih di dahi Zahid dilaporkan berkata; "you are my prime minister." 

Tabik hormat daripada Zahid itu sungguh menyenangkan dan satu congratulations awal untuk Anwar daripada seorang dianggap adik, sahabat dan rakan seperjuangan. Menerima itu tentulah bergegar jiwa Anwar dan menganggap Zahid bersama 14 orang Umno memberi sokongan kepadanya. 

Berpegang kepada tabik hormat dan congratulation itu, Anwar pulang dengan penuh kesyukuran. Mungkin sehingga malam Anwar tidak tidur mengenangkan apa yang berlaku pada hari-hari seterusnya dan kata-kata Zahid you are my prime minister menghiburnya.

Orang-orang dekat dengannya dan dapat mencuri pandang dengan peristiwa di pintu Istana Negara itu berasa bangga dan berterima kasih kepada Zahid. Bersumber "sunnah" Zahid Hamidi harapan telah diletakkan bahawa Anwar akan muncul sebagai perdana menteri.

Malangnya tidak sampai 48 jam selepas itu, semua harapan menggunung tinggi dan congratulation sebesar bukit Qaf daripada Zahid itu hancur lebur apabila Zahid bersama 14 ahli parlimen yang dianggap akan memberi sokongan kepada Anwar tidak berbuat demikian. Zahid bukan ikhlas dengan Anwar tetapi terus mempermainkan bapak Reformis itu. 

Zahid Hamidi tidak menyokong Anwar untuk jadi PM, sebaliknya terpaksa menyokong Mail Beranoko. Apakah Zahid sangat kedekut dan sengaja mahu mepermainkan Anwar untuk kesekian kalinya, atau kerana apa?  

Apakah Zahid ada memohon untuk Anwar melepaskan kes-kes mahkamahnya sekiranya Anwar jadi PM, dan Anwar tidak sedia akur? Meminta sebuah kejahatan daripada Anwar, tidak akan tertunai selamanya. Kepada Zahid dan sesiapa sahaja, mintalah sebuah kejujuran dan keikhlasan daripada Anwar, hatta dibalas dengan pengkhianatan kemudiannya beliau akan menunaikannya.  

Sekian catatan yang tersurat dan tersirat. [wm.kl.12: 13 pm 08/09/2021]

 

MoU: Zahid, Najib boleh ke penjara, Azmin tidak boleh paksa jadi TPM, kata Tony Pua

 


Dengan memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dengan kerajaan diterajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermakna, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak lagi boleh menekan agar beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Setiausaha Komunikasi DAP, Tony Pua juga berkata, MoU yang dimeterai semalam itu juga bermakna, Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kini berpeluang ke penjara kerana tidak akan ada lagi campur tangan kerajaan dalam perbicaraan di mahkamah.

“Dengan mengukuhkan kedudukan beliau sebagai PM melalui MoU, Ismail Sabri kini berada dalam kedudukan yang lebih kuat untuk menolak sebarang ancaman dan tuntutan oleh kluster mahkamah Umno dan kleptokrat, yang diketuai Najib Razak dan Zahid Hamidi, yang juga Umno Presiden.

“Sebaliknya, jika MoU tidak ditandatangani, tangan Ismail akan dilemahkan dan dia terpaksa mengalah atas permintaan kleptokrat.

Tony Pua

“Dengan adanya MoU yang ditandatangani, kami berharap Ismail Sabri tidak lagi perlu mengambil perhatian dengan berita yang dilaporkan kononnya beliau akan melantik Najib Razak sebagai ‘penasihat ekonomi’ kepada PM,” katanya dalam tulisan beliau.

Ahli Parlimen Damansara itu berpendapat Ismail Sabri juga selepas ini tidak lagi boleh diasak untuk mempengaruhi prosiding kehakiman atau pejabat Peguam Negara untuk menarik balik tuduhan yang tertangguh dalam kluster mahkamah, termasuk perbicaraan rasuah Najib dan Zahid.

“Saya hanya mahu satu perkara sahaja, tidak sabar untuk melihat kedua-duanya, Najib dan Zahid masuk penjara,” ujarnya.

Tony juga berkata, yang lebih menarik juga, Ismail Sabri juga tidak perlu lagi melayan sebarang permintaan dari kem Azmin Ali untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Ini kerana sebarang ancaman oleh puak Azmin Ali untuk memusnahkan kerajaan yang ada, tidak lagi ada kredibiliti,” tambahnya lagi.

Petang semalam, pemimpin PH dan kerajaan Ismail Sabri menandatangani MoU bersama untuk memberikan kestabilan politik bagi melawan Covid-19.

MoU Tranformasi dan Kestabilan Politik itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan Covid-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno berkata, MoU tersebut membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

MoU yang dimeterai semalam dilihat tidak akan ada lagi campur tangan kerajaan dalam perbicaraan di mahkamah.