Friday, May 23, 2025

Kenyataan Media Rafizi

 ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ๐— ๐—” ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—›


Saya telah mengendalikan banyak kempen politik sebelum ini. Tidak pernah dalam mana-mana kempen itu, yang begitu ramai rakyat biasa lantang menyokong dan membina naratif kempen yang memuncak, kemudian disusuli kekalahan yang begitu ketara.


Oleh itu, saya terhutang budi yang amat besar kepada rakyat Malaysia biasa yang menyokong kempen saya. Terima kasih yang tidak terhingga, hanya Allah yang dapat membalas kebaikan semua.


Saya tidak mahu meneruskan polemik mengenai keputusan pemilihan. Sejak kempen bermula, saya mengambil pendekatan telus dan lantang dalam menyuarakan kebimbangan saya terhadap pelbagai isu: daripada perubahan kepada sistem pengundian satu ahli satu undi, kepada integriti sistem pengundian digital, sehinggalah kepada sikap sambil lewa dalam menyelesaikan isu-isu ini.


Saya faham rasa kecewa dan putus asa di kalangan ahli biasa PKR dan penyokong. Kita memerlukan masa untuk pulih dari perasaan seolah-olah segala usaha dan dedikasi bertahun-tahun kepada idealisme PKR telah sia-sia.


Saya juga manusia biasa, tidak terkecuali daripada rasa yang sama, walaupun seketika. Hampir separuh usia dewasa saya, lebih tepat, hampir 27 tahun, telah saya curahkan kepada perjuangan ini: daripada menggerakkan Kempen Antarabangsa Bebaskan Anwar, menyertai kepimpinan awal Pemuda Keadilan, hinggalah menulis sebuah buku untuk menerangkan kes mahkamah Anwar Ibrahim kepada orang awam.


Saya meninggalkan kerjaya korporat yang baik pada usia yang muda, atas permintaan Anwar, untuk menjadi Ketua Staf beliau di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor. Sehingga kini, saya telah mengharungi 16 kes mahkamah: 7 jenayah dan 9 saman sivil, kerana mendedahkan pelbagai skandal kewangan awam. Mungkin saya menghabiskan lebih banyak masa di mahkamah berbanding peguam biasa. Saya pernah dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun (ditangguhkan dan diganti dengan bon berkelakuan baik) di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana peranan saya dalam mendedahkan skandal 1MDB.


Jujurnya, saya tidak langsung kecewa. Malah saya rasa agak lega kerana kini saya boleh kembali menjadi orang biasa, diselamatkan dari sandiwara kuasa dan politik kelas tinggi.


Saya terjebak di dalam gerakan reformasi (sebelum pun PKR dilancarkan) kerana sebuah idealisme. Saya mahu melihat perubahan kerajaan secara demokratik berlaku buat pertama kali kerana saya percaya persaingan sihat antara parti-parti politik adalah baik untuk rakyat. Saya percaya rakyat berhak mendapat pasukan terbaik untuk mentadbir negara. Persaingan mengangkat merit dan memaksa ahli politik lebih bertanggungjawab. Ia adalah penawar kepada budaya rasuah yang berleluasa di kalangan ahli politik kerana mereka boleh dihumban dari kuasa.


Saya mahu melihat sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif kerana kita adalah sebuah negara kecil. Masyarakat majmuk membuka fikiran kita untuk bersaing secara sihat. Ia membolehkan kita belajar antara satu sama lain supaya kita menggarap budaya kerja terbaik. Ia membina ihsan, kepercayaan dan rasa hormat. Persaingan mempersiapkan kita untuk bersaing di peringkat global. Semua ini mampu membawa kemakmuran dan kehidupan yang jauh lebih baik kepada ramai rakyat Malaysia.


Saya menyertai PKR kerana idealisme ini dan manfaatnya kepada rakyat. Saya tidak menyertai PKR demi jawatan atau kedudukan Menteri, apatah lagi untuk membina kekayaan. Saya faham nasib Anwar Ibrahim berkait rapat dengan PKR, namun saya percaya keabsahan PKR di mata rakyat melangkaui Anwar atau mana-mana individu. Pemimpin datang dan pergi, tetapi idealisme tetap kekal.


Saya kekal dalam PKR selama 27 tahun, lebih lama daripada ramai perintis dan tokoh parti yang lebih kanan, kerana saya percaya PKR baru berlari anak. Walaupun kita telah menyumbang dalam memberi pencerahan dan mematangkan masyarakat Malaysia, kita masih jauh daripada mencapai matlamat yang dijanjikan idealisme itu.


Saya tidak pernah percaya bahawa memegang jawatan dalam kerajaan adalah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat itu. Masyarakat mesti berubah lebih cepat daripada kerajaan untuk merealisasikan sebuah Malaysia yang majmuk dan progresif - cita-cita kita yang masih dalam pembikinan.


Saya amat berbangga dengan ahli biasa PKR dan penyokong yang tetap teguh mempertahankan idealisme ini sepanjang kempen, walaupun segala-galanya telah disusun untuk tidak memihak kepada saya. Cita-cita reformasi sebenarnya masih ada harapan.


Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat. Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa.


Saya tidak berniat untuk berputus asa dan lari dari cita-cita idealisme kita selama ini, iaitu Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik - cita-cita itulah yang telah menjerumuskan saya ke dalam aktivisme dan politik dahulu. Setiap satu masalah ada pelbagai penyelesaiannya. Setiap satu rintangan ada banyak jalan pintasnya.


Dengan lebih banyak masa yang ada, Insya Allah saya akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa selepas ini.


Dalam masa terdekat, sekurang-kurangnya saya akan cuba membalas seberapa banyak mesej sokongan yang saya terima.


Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.


Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya.


๐—ฅ๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐˜‡๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—บ๐—น๐—ถ

๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Friday, May 16, 2025

RCBO SELALU TRIP

 Komponen yang dibulatkan itu ialah RCBO (Residual Current Circuit Breaker with Overcurrent protection) — lebih spesifik, jenama Max Guard 40A 30mA.


RCBO ini berfungsi untuk memutuskan bekalan elektrik jika berlaku:

Kebocoran arus ke bumi (earth leakage) melebihi 30mA.

Overload atau short circuit pada litar tersebut.


Kenapa RCBO ini kerap "jatuh" (trip)?

Beberapa sebab umum:

1. Kebocoran arus ke bumi

Peralatan elektrik seperti water heater, mesin basuh, peti sejuk, atau wayar yang dah lama boleh menyebabkan arus bocor ke bumi.

Jika jumlah arus bocor melebihi 30mA, RCBO akan trip sebagai langkah keselamatan.

2. Overload (terlebih beban)

Terlalu banyak peralatan berkuasa tinggi pada satu litar (contohnya kettle, oven, iron serentak).

Ini boleh melebihi had 40A dan menyebabkan RCBO trip.

3. Short Circuit (pendek litar)

Wayar yang terkoyak atau sambungan longgar boleh menyebabkan short circuit.

4. RCBO itu sendiri rosak

Walaupun jarang, ada kemungkinan RCBO telah rosak atau terlalu sensitif.


Langkah Penyelesaian (Solution)

Langkah 1: Kenal pasti beban atau peralatan dalam litar RCBO ini

Cuba perhatikan peralatan mana yang dikendalikan oleh RCBO ini.

Cabut semua plug peralatan dalam kawasan berkaitan.

Pasang semula satu persatu dan perhatikan bila RCBO trip.


Langkah 2: Periksa kebocoran arus

Gunakan earth leakage tester (oleh juruelektrik bertauliah) untuk semak kebocoran arus.


Langkah 3: Periksa wiring

Minta juruelektrik periksa wiring dalam litar ini (terutamanya jika rumah sudah berumur >5 tahun).


Langkah 4: Ganti RCBO

Jika tiada masalah pada peralatan atau wiring, cuba tukar RCBO itu dengan yang baru — mungkin unit itu terlalu sensitif atau rosak.


Apabila berlaku kebocoran ke bumi Rccb tidak akan tanguh² untuk memutuskan litar dan adalah mustahil untuk boleh di onkan jika betul ada kebocoran ke bumi .Apa yg di hadapai ini 2 minggu atau sehari sekali .ada kemungkinan rccb bermaslah 


Kebocoran ke bumi berlaku apabila CT coil L & N mendapat bacaan yg berbeza akibat kebocoran ke bumi 

Dalam rccb terdapat komponen Shuntrip coil akan aktif untuk triping RCCB apabila terdapat kebocoran arus ke bumi dan 

Nota

Terdapat juga makenakal interlock dalam Rccb  

Jika parts ini rosak ianya akan menyebapkan trip walau tiada kebocoran. Ke bumi 

Wallahua'lam hanya pandangan

Wednesday, May 14, 2025

 60 komando vs. 400 komunis (komando menang).


๐Ÿ”ธOperasi Gubir 2 (20 April - 3 Mei 1976)


Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh di sebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka. 


Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu di situ berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.


Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih di sebuah kem di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Thailand.


Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat. 


Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu beliau mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut. 


Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara. 


๐Ÿ”ธ Formasi yang terlibat adalah seperti berikut :


1️⃣ Markas 2 Divisyen Infantri - Mej. Jen Dato' Mahmood Sulaiman


2️⃣ Markas 6 Briged Infantri - Brig. Jen. Dato' Arul Pragasam


3️⃣ Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon


4️⃣ Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee


5️⃣ No. 3 Skuadron Jurutera - Mej. Akhbar Khan


6️⃣ Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)


๐Ÿ”ถ Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)


a. Ketua Skuadron - Kapt. Sudirman Haji Ahmad


b. Ketua Terup - Lt. Aziz Rashid & Lt. Azizan


c. Anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) - 57 orang


๐Ÿ”ถ Kekuatan Detasmen Jurutera - Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera


a. Ketua - Lt. M Basri (23 April hingga 25 April 1976) diambilalih Lt. M Mior Safian


b. LLP - 18 anggota


Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGK


a. membina tempat mendarat helikopter


b. membersihkan jerangkap samar


๐Ÿ”ถ Serangan Udara


Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No.6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No.12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara. 


Beberapa jet Tebuan dilengkapi dengan minigun dan roket manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs.


Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.


Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran. 


Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thailand melalui terowong khas yang telah mereka bina.


Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.


๐Ÿ”ถ Pendaratan Pasukan Penggempur.


Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette. 


Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran. 


Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.


Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok. 


Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan. 


Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.


Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGK tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh. 


Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar di kawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.


Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:


 1️⃣ Sarjan Ahmad Jantan - cedera parah di kaki


2️⃣ Truper Yaacob Hassan - cedera parah di kaki


3️⃣ Truper Hussin Mahbeb - cedera parah di tangan


๐Ÿ”ถ Pembersihan Dalam Terowong


Pembersihan di dalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan.


Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera. 


Ketika di dalam terowong, team yang diketuai oleh Lt. Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl. Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana di dalam terowong itu agak gelap. 


Ketika itu Lt. M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan di sebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar di situ. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat di sebelah kanan.


Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan di punggung. Ketika itu juga L/Kpl. Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera di bahagian dada. 


Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.


๐Ÿ”ถ Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976


Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:


☠️ Lt. (U) Chung Ming Teck PTU, No.10 Skuadron, Kapten helikopter


☠️ Lt. (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No.10 Skuadron, Co-pilot


☠️ Sjn. Leong Yee Heng PTU, No.10 Skuadron, AQM


☠️ Kapt. (U) Choo Yeok Boo PGB, No.7 Skuadron (Kapten)


☠️ Kapt. (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No.7 Skuadron (Co-pilot)


☠️ Mej. Haris bin Rejab, MMLO Haadyai

Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri


☠️ Lt. Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD


☠️ L/Kpl. Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)


☠️ L/Kpl. Suandi bin Saim, X Skuadron RGK


Pada 27 April 1976, elemen jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point". 


Helikopter melakukan beberapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) di mana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.


๐Ÿ”ถ The Great Escape


◾1 Mei 1976


Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah. 


Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan. Mereka diingatkan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya mereka tidak diserang pada malam itu. 


Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat.


Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.


◾2 Mei 1976


Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak ke kawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis. 


Setiap helikopter menghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar. 


Dalam perjalanan mereka menemui sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin untuk menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.


Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel). 


Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh. 


Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas. 


Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pengganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh ke arah atas untuk mengelirukan penembak.


Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh menghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.


◾3 Mei 1976


Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggeledah kawasan itu. 


Mereka meneruskan perjalanan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia - Thailand terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok. 


Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.


Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar ke arah laluan di hadapan. 


Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat. 


Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang mendapatkan makanan.


Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.


AL-FATIHAH BUAT PEJUANG TANAH AIR YANG GUGUR......


HAPUSKAN ANCAMAN PENGGANAS YANG MENGANCAM KESELAMATAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR

Tuesday, May 6, 2025

 ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข

๐Ÿ• ๐™ˆ๐™š๐™ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“


๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025, yang kini memasuki fasa akhir, adalah kali pertama parti memilih pimpinan sebagai parti Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu persaingan sengit berlaku di setiap peringkat.


Pemilihan di peringkat cabang telah mengundang beberapa fenomena baru, termasuklah keadaan bila mana hanya calon Ketua Cabang menang tetapi keseluruhan jawatankuasa dan sayap-sayap dimenangi oleh pesaing. Saya juga dimaklumkan jumlah bantahan melebihi 190 di seluruh negara. 


๐—–๐˜‚๐˜๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ


Perkara-perkara ini membayangkan bahawa isu berbangkit semasa pemilihan sewajarnya diuruskan dengan baik untuk menjaga keharmonian parti di setiap peringkat, tidak kira pihak mana yang membuat bantahan.


Menyedari bahawa aduan-aduan dan isu yang timbul perlu diuruskan dengan harmoni, sebagai Timbalan Presiden, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara ini sepenuh masa, termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding, tanpa mengira kumpulan. 


Masa yang diperlukan adalah panjang. Sewajarnya, kerja-kerja mengurus parti yang memerlukan masa khusus seperti ini tidak dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri. Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baru yang wajar kita semai.


Oleh itu, saya telah membuat permohonan kepada YAB Perdana Menteri untuk bercuti dari tugas rasmi untuk memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi.


๐™„๐™จ๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™๐™ช๐™—๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ


Sepanjang tempoh saya bercuti dari 29 April ke 5 Mei (iaitu empat hari), saya telah mengadakan pelbagai pertemuan dan membawa isu-isu berbangkit mengenai pemilihan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP). 


MPP bertarikh 29 April 2025 bersetuju supaya satu audit bebas dijalankan untuk memastikan sistem pemilihan digital bebas dari campur tangan yang mempengaruhi keputusan akhir di peringkat cabang.


Laporan juru audit bebas ini dibentangkan di dalam MPP bertarikh 4 Mei 2025, seperti di dalam ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”. Berdasarkan laporan ini, MPP menerima gesaan Presiden supaya keputusan di peringkat cabang disahkan walaupun ada aduan-aduan berbangkit, agar parti boleh bergerak ke hadapan dan pemilihan peringkat pusat dapat diteruskan. 


Semasa audit bebas itu berjalan, seperti mana persetujuan MPP bertarikh 29 April 2025, calon-calon yang membuat aduan boleh melantik wakil teknikal mereka untuk turut serta sebagai pemerhati semasa proses audit. 


Saya sertakan laporan wakil teknikal yang dilantik calon mengenai keseluruhan proses audit di ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•. 


Atas prinsip ketelusan kepada semua anggota parti, saya percaya kedua-dua pandangan dari laporan-laporan ini boleh memberi konteks keseluruhan kepada pelbagai isu yang timbul.


Walau apa pun kesimpulan yang dibuat, saya menyeru supaya anggota-anggota parti menerima saranan untuk merapatkan saf dan memberi tumpuan mengukuhkan parti.


๐™Ž๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ข ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ช๐™จ๐™–๐™ฉ


Pun begitu, memandangkan sistem yang sama akan digunakan untuk pemilihan pimpinan pusat, saya menggesa supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera memastikan kelemahan-kelemahan sistem yang dibangkitkan di dalam kedua-dua laporan diperbaiki secepat mungkin.


Ini termasuklah perkara-perkara berikut:


i. Mengesahkan jumlah OTP yang dikeluarkan berbanding dengan jumlah eKYC, undi di pelayan S3 dan undi akhir yang direkodkan di blockchain, untuk mengenal pasti berapa banyak undi yang tercicir akibat kelemahan sistem;


ii. Melindungi versi kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ) yang dimuat naik di pelayan awan (๐˜ค๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ), memastikan versi yang betul dan sama digunakan sepanjang proses pemilihan, menyemak keseluruhan kod asal bagi setiap versi yang dimuat naik, untuk memastikan tidak ada kod berbeza yang memproses pengundian;


iii. Melindungi dan mengawal muat naik kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต) dengan menyemak log muat naik (๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ) sebelum, semasa dan selepas proses pengundian, bagi memastikan integriti sistem terjamin; dan


iv. Isu-isu teknikal lain yang dibangkitkan.


JPP bertanggungjawab memastikan proses pemilihan pusat (termasuk keabsahan dan kemampuan teknikal sistem) berjalan dengan lancar, untuk mengelakkan kontroversi berpanjangan selepas pemilihan pusat selesai.


๐™Ž๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ž ๐™‹๐™๐™๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ก๐™š๐™ฉ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™–๐™—๐™ž๐™ฃ๐™š๐™ฉ


Sepanjang saya bercuti, saya juga mengadakan pertemuan empat mata dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Perbincangan dengan YAB Datuk Seri Anwar berlaku dua kali dan sekali dengan YB Datuk Seri Saifuddin.


Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar, saya mengutarakan pandangan bahawa strategi kempen ke arah Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16) perlu diperkemaskan mengambil kira keadaan semasa rakyat.


Saya menyatakan bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi. Kebimbangan saya banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan (๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ), dan tidak menyerang (๐˜ฐ๐˜ง๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ) seperti rentak KEADILAN semasa menjadi pembangkang.


Itu kekuatan yang saya ada sebagai seorang ahli politik dan wajar disesuaikan dengan keperluan kempen di masa berbaki dua tahun sebelum PRU16. Kedudukan saya sebagai seorang menteri menyebabkan saya terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkan saya bersuara dengan lebih bebas, seperti sebelum ini. Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen KEADILAN yang dilihat tidak agresif.


Saya juga menyuarakan perkara yang sama kepada Datuk Seri Saifuddin dan menyatakan kesediaan saya untuk memberi laluan, agar saya boleh kembali berkempen secara bebas dan agresif ke arah PRU16 tanpa perlu terikat kepada peraturan kabinet dan kerajaan.


Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari kabinet. Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir.


๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ช๐™จ๐™–๐™ฉ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ


Saya berterima kasih kepada semua aktivis dan pimpinan KEADILAN di semua peringkat yang telah memberi pelbagai pandangan dalam tempoh seminggu yang lepas.


Kita perlu menerima hakikat bahawa beberapa kontroversi yang timbul akibat pemilihan kali ini (kecil atau besar) sedang diperhatikan rakyat. Sebab itu, saya berpendapat apa pun isu berbangkit, baik mengenai sistem, aduan, atau perkara-perkara lain, perlu ditangani secara berhemah kerana tingkah laku kita sepanjang proses ini dinilai rakyat.


Saya juga bersyukur kerana pengalaman 26 tahun dalam parti ini mendidik saya bahawa sesuatu jawatan itu adalah amanah yang berat, apatah lagi jawatan sebagai menteri. Maka, keputusan-keputusan kita mestilah dipandu oleh kebertanggungjawaban, bukannya berkait dengan pangkat dan kedudukan.


Saya menerima baik berita-berita bahawa Datuk Seri Saifuddin dan Saudari Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa hak untuk bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi.


Oleh itu, saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti.


Ia keputusan yang menang-menang bagi saya. 


Apa pun pilihan yang diambil perwakilan parti, ia membuka ruang kepada saya menawarkan sumbangan menguatkan parti menghadapi PRU16. 


Jika saya dipilih, saya boleh terus memainkan peranan di dalam kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden, dan dalam kerajaan melalui saluran kerajaan.


Jika saya tidak dipilih, saya boleh kembali sebagai seorang pemimpin akar umbi yang lincah berkempen di bawah.


๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

7 Mei 2025


๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—” (๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ)

https://drive.google.com/file/d/1YYFfsUxk-w62STft5zhGXep3GlrgEiw1/view?usp=sharing 


๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—• (๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ

https://drive.google.com/file/d/19Vwxx7Cteg78LAJqtWBxDUgfXNqtbg13/view?usp=drive_link

Tuesday, April 22, 2025

 Nasi Briyani Lamb Shank

Daging:

6 ketul lamb shank atau 2-3kg kambing/lembu (sebaiknya ada tulang)

Rebus sehingga lembut (2 – 2½ jam periuk biasa / 1 jam periuk tekanan tinggi)

Simpan air rebusan untuk masak nasi & kuah nanti


Bahan Tumis (Kisar Halus):

3 biji bawang holland

Segenggam bawang putih

3 inci halia


Rempah Kering (Kisar Kering):

2 sudu teh ketumbar

2 sudu teh jintan manis

1 sudu teh buah pelaga

2 batang kayu manis sederhana besar


Bahan Lain:

½ tin besar tomato puree

4 sudu makan cili sos

4 sudu makan rempah briyani kegemaran

½ cawan yogurt 

Sedikit gula 

Sedikit daun sup & daun bawang 

Minyak 


Cara Masak:

1.Tumis bahan kisar halus hingga wangi.

2.Masukkan kayu manis dan tumis lagi.

3.Masukkan rempah kisar kering dan rempah briyani, tumis hingga naik minyak.

4.Tambah sedikit air rebusan supaya rempah tidak terlalu kering.

5.Masukkan tomato puree & cili sos, kacau rata. Jika guna kambing, tambah sedikit gula.

6.Masukkan daging rebus dan 4-5 cawan air rebusan. Masak hingga kuah pekat dan sebati. Tambah air jika mahu lebih kuah.

7.Bila pekat, masukkan yogurt/susu cair.

8.Perasakan dgn garam dan gula, kemudian tabur daun sup & daun bawang. Siap!


Nasi Briyani 

Bahan-bahan:

3 cawan beras Taj Murni basmathi (cuci & toskan)


Bahan Tumis:

½ labu bawang holland (hiris halus)

2 sudu rempah briyani

1 batang kecil kayu manis

1 sudu kecil buah pelaga

1 sudu kecil bunga lawang

2 helai daun salam (jika ada)

2 helai daun pandan (jika ada)

Secubit gula

Air rebusan lamb shank/daging/kambing

Minyak 

Secubit saffron direndam dalam ½ cawan air suam (atau pewarna kuning)

Cara Masak:

1.Tumis bawang dgn kayu manis, buah pelaga & bunga lawang hingga wangi.

2.Masukkan rempah briyani dan tumis sekejap.

3.Masukkan beras, kacau perlahan supaya tidak pecah.

4.Tambah air rebusan secukupnya. Masukkan daun salam, daun pandan & secubit gula.

5.Masak dgn api sederhana.

6.Bila nasi masak, kaup balik perlahan.

7.Titiskan sedikit kuah briyani & larutan saffron di atas nasi.

8.Tutup periuk & biarkan sebati sebelum hidang. Siap!


✨ Hidangkan nasi briyani dgn lamb shank berkuah, acar & papadom! ๐Ÿ˜‹



Daging kambing masak pasamah❤respi ni arwah tok ajaq kami dulu2๐Ÿ˜Šmudahhh jaa masakkk pejam mata pon boley aihhhbb๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Respi cara arwah tok buat


Bahan


Kambing 2 kilo


Gempah daggin cap babas


Cili kering 10 tangkai*


Bawang besaq 5 biji*


Bawang kecik 10 *


Bawang putih 1 labu*


Halia 1 inci cikit*


Kas2 serbuk(1 sudu)


Gula melaka


Kerisik


Daun sup


Bawang bulat


Cara2


Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bgi sejuk baru blder bahan2 ini


Kemudian ambik bahan2 yang blder 2 tuang dlm kuali dn masuk kan qempah dn kambing masak bgi naik waggi dlm masa 20 minit


Bila dah naik minyak n waggi..masuk kan kerisik,gula melaka,garam n air 1 cawan cikit,masak dlm 5 minit masukan daun sup n bawang bulat dalam 3 minit dah boley makan


Credit : Zakuan Laris



Hi semua. Kali ni Manja nak kongsi resepi Air Asam Daging Versi Utara. Menu air asam dan daging ni sedap sangat samada di makan dengan nasi minyak, nasi tomato atau nasi putih juga. Manja kongsi resepi dan cara masak. Jom masuk dapur


Daging air asam utara


Bahan-bahan rebusan daging :


350g daging

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sup bunjut


Cara- cara :

1. Daging di potong kiub (5-6inci)

2. Masukan air ke dalam periuk, masukan sup bunjut, bawang putih (ditumbuk lumat) dan halia(tumbuk/hiris nipis).

3. Kemudian masukan daging. Rebus sehingga empuk dan lembut. 

4. Apabila daging sudah lembut, sebelum tutup api, masukan garam secukupnya. 

5. Keluarkan daging, apabila sudah sejuk sedikit hiris daging nipis dan saiz lebih kecil. 


Bahan-bahan Air Asam


Bahan kisar :

Cili besar merah

Cili api

Belacan

Air asam jawa


Bahan potong (hiris)

5 ulas bawang besar

1 biji tomato

2 tangkai cili besar merah

7 tangkai cili api

Limau

1 sudu besar kerisik

Garam

Gula


Cara-cara :

1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus.

2. Hiris tomato, cili besar merah, cili api dan bawang besar.

3. Masukan semua bahan yang dihiris, bahan yang dikisar,daging rebus ke dalam satu bekas yang sama. 

4. Masukan garam, gula, kerisik dan jus limau. 

5. Gaul rata dan sebati. Sedia untuk dihidang


#airasam #resepisimple #resep #resepi #resepmudah

Serabai

1 cawan nasi

1 cawan air

Blander bahan diatas


1 sudu kecil yis

2 sudu besar gula

3/4 cawan air suam

Campur semua dan biar yis kembang


11/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

Sedikit garam


Campur semua bahan di atas dan perap lebih kurang 1 jam

Sukat guna cawan yg sama,sis guna cawan metrik


Tq empunya resepi๐Ÿ˜˜

Wednesday, April 16, 2025

 URANG SABAH JELASKAN KENAPA SAMSURI "DITAHAN" DI KKIA SABAH


Sebagai urang Sabah, mari saya jelaskan kenapa MB Terengganu Samsuri Mokhtar "ditahan" di KKIA.


Ketika Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Sabah (dan Sarawak) dijanjikan beberapa kuasa autonomi seperti autonomi bahasa, autonomi agama dan sebagainya.


Kuasa-kuasa autonomi Sabah dan Sarawak ini termasuk autonomi imigresen dan disenaraikan di bawah "20 Points Agreement" (Sabah) dan "18 Points Agreement" (Sarawak).


Ini bererti, walaupun imigresen merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan, kuasa imigresen di Sabah dan Sarawak adalah di bawah kuasa Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak.


Sebab itu, semasa orang Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, imigresen Sabah atau Sarawak akan bagi satu slip yang membolehkan orang Semenanjung berada di Sabah atau Sarawak untuk suatu tempoh tidak melebihi 30 hari.


Begitu juga keadaannya sekiranya orang Sabah ke Sarawak, atau orang Sarawak ke Sabah. Orang Sabah ke Sarawak, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak. Orang Sarawak ke Sabah, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri Sabah.


Mudah kata, ibarat ada tiga imigresen lah.

1. Imigresen Semenanjung di bawah Kerajaan Persekutuan.

2. Imigresen Sabah di bawah Ketua Menteri Sabah.

3. Imigresen Sarawak di bawah Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak.


Jadi kenapa Samsuri "ditahan" kerana dilabel TCO?


Samsuri bukannya ditahan oleh PDRM. Ingat.

Samsuri "ditahan" oleh Imigresen Sabah.

PDRM dan Imigresen adalah unit yang berbeza.


Saya jangka, Imigresen Sabah cuma meminta Samsuri menunggu sebentar kerana nampak status TCO PDRM Samsuri, dan imigresen Sabah tidak kenal beliau. 


Penjawat awam Sabah tahu Samsuri ialah VIP, cuma mereka tidak kenal siapa VIP ini. Ye lah, Samsuri bukan PM, Samsuri bukan Menteri Persekutuan. Jauh-jauh di Terengganu, Samsuri ingat seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak kenal dia ke?


Maka sebagai langkah SOP, penjawat awam cuma minta VIP dari Terengganu ini menunggu sementara imigresen check siapakah VIP ini.


Gambar Samsuri bersilang kaki dan memicit telefon di ruang terbuka membuktikan perkara ini.


Samsuri tidak digari.

Samsuri tidak dkepung.

Samsuri tidak dilayan seperti penjenayah.

Samsuri tidak dihalang masuk.

Samsuri cuma diminta menunggu sebentar, sementara penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka.


Jadi isu ini bukan isu.


Sekiranya Samsuri berhasrat menjadi PM suatu hari nanti, kuasa autonomi Sabah Sarawak adalah perkara asas yang patut Samsuri ketahui.


Ingat. Persekutuan Malaysia bukan Semenanjung Malaysia sahaja. Persekutuan Malaysia dibentuk oleh Semenanjung Malaysia + Sabah + Sarawak.


PN boleh memainkan sentimen agama dan kaum di Semenanjung, tetapi sentimen ini tidak berkesan sama sekali di Sabah Sarawak.


Mungkin ini juga sebabnya sejak 1957/1963, PAS tidak pernah memenangi walau satu pun kerusi DUN atau Parlimen di Sabah Sarawak.


Masuk semua pilihan raya sejak 1957/1963, bungkus makan telur dalam semua pilihan raya.


Ketidakfahaman Samsuri tentang kuasa autonomi inilah antara sebabnya kami di Malaysia Timur bilang...... "PAS tidak relevan di Sabah Sarawak".

Thursday, April 10, 2025

 Kalau Boleh Ke Paris dan London, Mana Logiknya Disekat❓


Oleh: Mustafa Ali


Dalam satu kenyataan yang penuh drama dan konspirasi bak skrip Netflix siri The Spy, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘pengawasan senyap’ kerajaan - kerana dilabel sebagai TCO (Travel Control Order). Kononnya, hidup beliau dipantau, pergerakan dia dikesan, dan setiap perbualan mungkin sedang dirakam oleh "satu cawangan khas" yang entah siapa.


Tunggu dulu.


Sebelum kita semua mula sarung foil di kepala dan sembunyi telefon dalam peti ais, mari kita hadam satu perkara penting: TCO bukan Black Ops, bukan alat penyeksaan politik - ia SOP.


๐Ÿ’ขApa Itu TCO Sebenarnya?๐Ÿ’ข


TCO (Travel Control Office) bukan alat untuk sekat pembangkang, bukan alat untuk kawal sesiapa. Ia adalah unit keselamatan yang berada di setiap pintu sempadan - lapangan terbang, pelabuhan, dan checkpoint - yang akan merujuk nama individu tertentu yang perlu diberi perhatian demi keselamatan mereka sendiri.


Contoh? Menteri, MB, Raja, VIP, personaliti berisiko tinggi, malah kadang-kadang saksi kes penting pun akan dirujuk ke TCO jika perlu perhatian keselamatan.


๐Ÿ’ขJadi, Samsuri Dilabel Sebab Apa?๐Ÿ’ข


Bukan sebab dia ancaman. Tapi sebab dia mungkin berisiko jadi mangsa ancaman. Ya, sistem ini wujud supaya kalau apa-apa berlaku semasa MB berada di luar negara - misalnya, diculik pengganas semasa naik tuk-tuk di Bangkok - TCO tahu, KDN tahu dan negara boleh bertindak cepat.


Maksudnya? Ia bukan sekatan. Ia perlindungan. MB Terengganu patut bersyukur, bukan berfantasi jadi Bourne Identity.


๐Ÿ’ขTapi Dia Kata Dia Dipantau 24 Jam?๐Ÿ’ข


Well, kalau betul, kita minta beliau tunjuk bukti. Bukan rasa-rasa. Jangan nanti lepas ini semua orang yang terserempak dengan kereta tinted gelap mula fikir mereka diintip kerajaan.


Lebih pelik bila MB boleh ke Auckland masa banjir, boleh ke London dan Paris, boleh buat ceramah di kedai mamak - dan langsung tak dihalang. Jadi mana logiknya "disekat"? Kalau betul dia persona non grata, dia dah kena tahan kat imigresen Subang Skypark pun.


๐Ÿ’ขKalau TCO Ini Salah, Kenapa MB Kelantan Relax Sahaja?๐Ÿ’ข


Paling kelakar, MB Kelantan - juga dari PAS - tak pernah bising pasal TCO ini. Dia pun lalu pintu imigresen yang sama. Tapi mungkin beza dia dengan Samsuri adalah satu: MB Kelantan tak anggap diri dia watak utama dalam filem Mission: Impossible.


๐Ÿ’ขJangan Politikkan SOP๐Ÿ’ข


Buat kenyataan politik itu boleh, tapi jangan sampai rakyat keliru antara realiti dan halusinasi. Sistem negara ada sebabnya. Kalau semua perkara disensasikan sebagai “alat tekanan politik”, esok lusa bunyi lif berbunyi pun boleh jadi “sistem kawalan suara”.


MB sepatutnya gunakan peluang untuk bantu rakyat Terengganu yang perlukan capaian internet lebih baik, peluang ekonomi yang inklusif, dan pengurusan bencana yang cekap - bukan buat dongeng konspirasi TCO demi pancing simpati.


Samsuri, ini bukan filem James Bond. Ini pentadbiran negara.


Dan rakyat bukan penonton wayang yang mudah percaya tanpa semak fakta.