Friday, February 6, 2026

 Kita yang lahir-lahir terus beragama Islam sebenarnya sedang menikmati satu nikmat yang sangat besar dalam hidup. Nikmat ini bukan hasil usaha kita, bukan kerana kepandaian kita, dan bukan kerana pilihan kita sendiri. Ia adalah anugerah Allah yang diberikan sejak kita membuka mata di dunia. 


Allah mengingatkan dalam al-Quran:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.”

(Surah Ibrahim: 34)


Hidayah adalah nikmat paling mahal. Ramai manusia di luar sana mencari kebenaran sepanjang hidup mereka, membaca, mengkaji, bertanya, berfikir, namun belum sampai kepada Islam. Sedangkan kita, sejak kecil sudah diajar mengucap syahadah, mengenal solat, mengenal al-Quran, mengenal Nabi Muhammad SAW. Maka, sikap pertama yang sepatutnya lahir dalam diri seorang Muslim ialah rasa syukur, bukan rasa bangga diri atau rasa lebih mulia daripada orang lain.


Apabila kita melihat rakan-rakan yang bukan beragama Islam menunjukkan minat, kecenderungan, atau sekurang-kurangnya bersangka baik terhadap Islam, itu sebenarnya satu peluang besar untuk dakwah. Ia tanda hati mereka sedang terbuka. Pada saat itu, tugas kita bukan menghukum, bukan memperlekeh, bukan memandang rendah. Sebaliknya, kita raikan dengan akhlak yang baik, tutur kata yang lembut, dan doa yang ikhlas.


Allah berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik.”

(Surah an-Nahl: 125)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dakwah bukan dengan kemarahan, bukan dengan maki hamun, bukan dengan kebencian. Dakwah ialah dengan kebijaksanaan, kesabaran dan kasih sayang. Islam tidak berkembang kerana paksaan, tetapi kerana akhlak dan kebenaran.


Rasulullah SAW sendiri adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda terkenal dengan sifat lemah lembut walaupun terhadap orang yang memusuhinya. Allah memuji akhlak Baginda:


“Maka dengan rahmat daripada Allah, engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka.”

(Surah Ali ‘Imran: 159)


Allah mengingatkan:


“Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.”

(Surah al-Qasas: 56)


Kalau hidayah milik Allah, siapa kita untuk memperlekeh orang yang sedang mendekati Islam dengan cara mereka sendiri?


Bila seorang bukan Islam menyebut Alhamdulillah, itu bukan penghinaan. Itu tanda penghormatan. Itu tanda minat. Itu tanda hati sedang terbuka. Dalam dakwah, ini dipanggil pintu masuk. Tapi malangnya, ada yang melihat pintu itu sudah terbuka, tetapi memilih untuk menutupnya dengan kasar.


Atas nama “mempertahankan agama”, mereka memilih untuk memukul, bukan memimpin. Mengherdik, bukan membimbing. Menghina, bukan mendidik.


Allah berfirman dengan jelas:


“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik.”

(Surah an-Nahl: 125)


Soalnya mudah.. di mana hikmah dalam menghukum orang yang sedang belajar mengenal Islam?


Rasulullah SAW tidak membina Islam dengan maki hamun. Baginda membina umat dengan akhlak. Bahkan orang yang pernah meludah Baginda pun akhirnya masuk Islam kerana melihat kelembutan Baginda.


Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

(Riwayat Ahmad)


Kalau akhlak kita keras, sombong dan penuh syak wasangka, itu bukan sunnah. Itu ego.


Lebih menyedihkan, ada yang seolah-olah mahu memonopoli agama. Seolah-olah Islam ini milik satu parti, satu kumpulan, satu mazhab politik. Siapa di luar “kelompok mereka” dianggap mencemar kesucian.


Ini bahaya.


Islam tidak berkembang di Nusantara dengan ugutan. Ia berkembang dengan pedagang yang jujur, ulama yang sabar, pendakwah yang beradab. Dengan senyuman, bukan cacian.


Rasulullah SAW bersabda:


“Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Berilah khabar gembira, jangan membuat orang lari.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis ini seperti ditujukan khas kepada mereka yang suka menjauhkan manusia daripada Islam atas nama “mempertahankan Islam”.

Hakikatnya, orang bukan Islam tidak akan tertarik kepada Islam kerana slogan. Mereka tertarik kerana melihat Islam hidup dalam perbuatan. Dalam kejujuran. Dalam keadilan. Dalam kelembutan.


Bila rakan bukan islam kita menyebut Alhamdulillah, mungkin bagi sesetengah orang ia cuma ayat kosong. Tapi dalam dakwah, itulah benih. Benih yang boleh tumbuh menjadi iman  jika disiram dengan hikmah. Tapi akan mati jika disiram dengan kebencian.


Salam jumaat

 Bodoh tu bukan satu kesalahan. Yang salahnya bila kekal dalam kebodohan. Lebih salah lagi bila tambah dengan ego dan bongkak.


๐—ญ๐—ฎ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต masih nak jadikan ucapan Alhamdulillah oleh Nga Kor Ming sebagai isu walaupun video dari ๐—”๐˜‡๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—œ๐—ฑ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ sendiri mengatakan ia bukan masalah.


Aku rasa Zailah ni nama je MP PAS tapi dia tak follow PAS. Maksud aku, dia tak tengok video-video ceramah dari PAS selama ni.


Sebab kalau dia follow PAS, tentu dia pernah tengok video ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ฎ berceramah di pentas PAS. Mamat tu tak hanya sebut Alhamdulillah, malah pernah baca ayat al-Quran. Bukan makna tapi petikan ayat Quran terus.


Soal bunyi jangan tanya la. Memang hancur. Sebutan salah dan maknanya pun dah tentu lari. Pengikut PAS mesti pernah tengok video tu.


Tapi Zailah senyap masa tu. Jadi ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ke dia tengok video tu? Berapa kali dia tegur Bala dan ada tak dia suruh Bala masuk Islam?


Tu tak kira dia mengaku ๐—บ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐˜„. Bila dia mengaku mimpikan Nabi saw dan kekal dalam kafir, itu menghina Nabi saw.


Apa tindakan Zailah? Senyap je! Kalau tengokkan dia punya berani hari ni, tak mungkin dia senyap dengan perlakuan Bala tu. Jadi aku simpulkan dia tak follow PAS.


Atau sebenarnya dia nak ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜€๐˜‚ je. Sebab Nga Kor Ming tu dari DAP,  jadi dia tahu, bila dia main isu tu dia dapat bina 2 naratif.


Pertama, nak bagi nampak macam dia bela Islam la. Kedua, dia nak cipta naratif konon DAP menunggang kalimah Islamik. Dia nak semai kebencian.


Makhluk seperti Zailah ni takde bawa kebaikan untuk Islam pun. Selama dia jadi MP pun takde membantu rakyat. Dan sekarang dia merosakkan imej Islam.


Hilanglah slogan ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ. PAS nak buat Islam jadi hakmilik kekal mereka. Mungkin dah boleh tukar slogan jadi ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ ๐—ท๐—ฒ.


Fikir balik, umat Islam negara ni tak perlukan PAS pun sebaliknya PAS yang perlukan umat Islam negara ni untuk kekal wujud.


Tugasan dakwah dan menjaga kesucian Islam sudah terlaksana melalui banyak agensi kerajaan. Tanpa PAS pun Jabatan Agama mampu jalankan kerja.


Sedangkan PAS hanya datang dengan niat dapatkan kuasa dan untuk itu gunakan sentimen dan hasutan kebencian sebagai senjata.


PAS dah tak relevan dalam negara ni. Dah masanya untuk PAS diharamkan sebab PAS bawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

Wednesday, February 4, 2026

 Sejak semalam, bersepah kata negara kita dah tergadai kedaulatan.


Sebab kita dah serahkan 5,207 hektar tanah kat sempadan Sabah-Kalimantan (Nunukan) kepada Indonesia. 


Bunyi macam besar gila pengkhianatan tu, kan?

.... 


Rileks.


Tarik nafas. 


Ini cerita sebenar yang kita kena tahu.


1. APA BENDA ISU NI SEBENARNYA?

-----------------------------------------


Ini bukan isu jual tanah atau "hadiah" tanah. Ini isu Outstanding Boundary Problems (OBP). 


Maksudnya, kawasan sempadan yang dari zaman atuk nenek kita dulu tak jelas garisnya.


Bila ukur guna teknologi moden ikut perjanjian lama (tahun 1915 & 1928), baru nampak jelas siapa punya.

... 


2. MATEMATIK DIA MACAM NI:

-----------------------------------


Kawasan yang dipertikaikan di Sungai Sinapat & Sesai tu luasnya lebih kurang 5,987 hektar.


Bila ukur ikut 'watershed' (aliran air) dan garis latitud 4° 20':


✅ Malaysia DAPAT 780 hektar. (Sebab air sungai mengalir ke utara, masuk side kita).


✅ Indonesia KEKAL 5,207 hektar. (Sebab kawasan ni memang duduk di selatan garis tu).

... 


3. JADI, KITA RUGI KE?

-------------------------


TAK. 


Kita tak pernah "serah" tanah tu sebab tanah 5,207 hektar tu MEMANG ASALNYA hak Indonesia ikut perjanjian British-Belanda dulu.


 Cuma sekarang baru disahkan secara rasmi.


 Malah, kita untung sebab 780 hektar yang dulu samar-samar, sekarang sah jadi milik Malaysia.


4. SIAPA YANG BISING & PUTAR BELIT?

--------------------------------------------


Isu ni dimainkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan tentulah netizen politik yang cuba bawa naratif kononnya kedaulatan negara tergadai dan Malaysia dah serah tanah pada Indonesia.


Sentimen "tanah Melayu tergadai" yang dimainkan untuk bakar emosi rakyat, walhal masa kerajaan sebelum ini pun, proses rundingan ni berjalan atas asas yang sama, iaitu perjanjian antarabangsa. 


Tak ada seinci pun tanah kita yang hilang.

... 


Oleh itu, kita jangan cepat melenting bila nampak tajuk berita sensasi. 


Isu sempadan ni isu teknikal, bukan isu jua*l beli karipap. 


Kedaulatan negara kekal terpelihara.

Friday, December 5, 2025

 Dear Anwar: No Matter How Much You Give, Walaun Will Never Be Grateful


They would rather see Muhyiddin return (so his son-in-law can finally come home), or Sanusi—who has Chinese ancestry on his grandfather’s side—pretend to be the purest Malay of all, or even Tun M keep coming in and out of IJN, or Hadi Awang lead the country from a wheelchair.


Anwar,


The walaun will never appreciate you—no matter what you do, they will still curse you.


This year, the Federal Government’s allocation to Kedah has risen to RM9.7 billion, up from RM7.1 billion in 2021. 


Every single year, you have increased the yearly allocations to Kedah, Kelantan, and Terengganu far more than you have given to your own Pakatan Harapan states—Penang, Negeri Sembilan, and Melaka—even though the PH states contribute the most to national revenue, taxes, and GDP.


And what do you get in return? They call you “Maha Zalim”.


The Kedah Rubber City is a federal project under the Ministry of Economy. 


Yet when they launched it, they put up big Chinese signboards bragging that they brought in RM2.6 billion in investment. 


It was the Federal Government that secured the investment—they never once thanked you or even mentioned it, but claimed it as their own project.


During Muhyiddin’s time, the annual cash handouts were around RM5 billion. 


You raised it first to RM10 billion, then RM12 billion, and now the latest is RM15 billion. Yet they still complain, “Kita masih miskin, tak cukup!”


You work tirelessly, travelling the world to bring in investments, and still they accuse you of doing nothing. 


To them, Hadi Awang sitting in a wheelchair is doing more for the country than you running around everywhere.


You increased civil servants’ salaries—costing an extra RM10 billion a year—yet there are still Little Napoleons inside the system sabotaging you. 


Otherwise, how did the letters from Kamil Munin and Shamsul Iskandar get leaked in the first place?


You allocated RM2.6 billion for Islamic education—sekolah agama, tahfiz, pondok—yet they accuse you of being anti-Islam and a Jewish agent. 


To them, PAS PASTI that don’t pay teachers’ salaries on time represent the true defence of Islam.


During PN’s time, there were 22 special lottery draws a year. You reduced it to only 8, yet they claim they are more Islamic than you.


It was under DAP’s Anthony Loke as Transport Minister that MAS stewardesses were finally allowed to wear the tudung—something that never happened in the 33 months PN was in power. Yet they say you are the one who “tunduk kepada DAP”.


In your time, you built Masjid Madani all over the country. In their time, they sakau Jana Wibawa. And still they say they care more about Bumiputera than you.


You have never taken a single sen of salary as Prime Minister, yet they mock you and praise Dr Sam who increased his own salary to become the highest-paid Chief Minister in Malaysia.


You gazetted Malay reserve land, and they scolded you saying “tak cukup Melayu”. Yet they praise the Terengganu MB who sold land worth RM29 million to a PAS-friendly NGO for only RM550,000.


You gave RM200 million to Palestine, flew in their wounded children, gave 66 Palestinian students places in international schools, and pledged to help rebuild Gaza. To them it’s still not enough. Some of them even felt prouder when the Israeli flag was raised in Kelantan.


Anwar, you have given the walaun everything—yet not a single “thank you”. They still shout “Turun Anwar”, pray for your downfall, and slander you by saying you have HIV. 


To them, you’re not a real Malay or Muslim unless you do plastic surgery on the nose of the Tugu Negara statue. But even if you built an undersea tunnel LRT in Langkawi or promoted “flood tourism” in Kelantan, you still wouldn’t be good enough.


You took from your own loyal supporters and gave everything to the walaun. What did you get in return?


You want to promote a true, moderate Islamic philosophy through the Madani concept, yet they insult it by twisting the word into “Madani-non”.


You increased Bumiputera and Islamic funding by 100–300 % in almost every area, yet you never recognised UEC, never created special yearly allocations for non-Malays, and funding for vernacular schools and non-Muslim houses of worship is far lower than before. 


The ones who get nothing stay quiet. The ones who get everything still hurl all kinds of accusations. That, my friend, is the walaun.


Anwar, you have given a lot to the B40 walaun. But your M40—the new urban poor—are struggling. 


They work hard every day, yet you introduce all kinds of new taxes and cut subsidies, making life even harder for them. The walaun never thank you, while your own supporters are suffering.


Anwar, you must realise: no matter how hard you try, the walaun will always hate you, curse you, slander you, and do everything to bring you down. It has been three years of this. 


When are you going to wake up? In another two years, the walaun will kick you out of power. 


They would rather see Muhyiddin return (so his son-in-law can finally come home), or Sanusi—who has Chinese ancestry on his grandfather’s side—pretend to be the purest Malay of all, or even Tun M keep coming in and out of IJN, or Hadi Awang lead the country from a wheelchair.


You can build them entire cities, keep increasing handouts, raise their bonuses and salaries, keep funding tahfiz schools that will only produce future PAS voters—and they will still call you “pengkhianat Melayu dan Islam”.


You can keep organising “Perjumpaan Ulama Bersama Anwar” again and again, but to the walaun, only PAS ulama are the real ulama.

'

They conveniently forget: it is under your administration—with DAP holding the largest number of seats—that all these increases are happening.


When they were in power for 33 months without DAP:


→ Islamic education funding: only ~RM 700 million a year

→ Bumiputera education: RM 2 billion

→ Cash handouts: RM 5–7 billion

→ No civil-servant salary increase

→ EPF conventional dividends always higher than syariah


Under you and DAP (inside the government):


→ Islamic education: RM 2.6 billion

→ Bumiputera education: RM 6 billion

→ Cash handouts: RM 15 billion

→ Civil-servant salary increase worth RM 10 billion a year

→ EPF syariah dividends now equal or higher


All of this happened not when DAP was outside the government, but when DAP is inside the government—yet every single day they still slander DAP as anti-Islam and Zionist, and blame you for working with them.


Anwar, when will you finally see the truth?

Sunday, November 2, 2025

 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KENAPA PMX NAMPAK LAIN MACAM HEBATNYA?


Kadang kita tertanya:

Kenapa nama Anwar Ibrahim (PMX) makin disebut-sebut di dunia antarabangsa, sedangkan ramai bekas Perdana Menteri sebelum ni pun pernah duduk atas kerusi sama?


Apa beza dia dengan Mahathir, Muhyiddin, Hadi Awang dan geng-geng “veteran politik lama”?


Jawapan dia panjang, tapi senang difahami — sebab beza mereka bukan pada "umur, tapi pada jiwa dan wawasan".


________


1. PMX PEMIMPIN GLOBAL, BUKAN SEKADAR PEMIMPIN NEGARA


Orang macam Anwar ni rare.

Kalau Mahathir dulu hebat dengan "projek mega",

Anwar pula hebat dengan "pengaruh minda dan wacana global."


Beliau faham dunia, fasih bahasa diplomasi, dan tahu bila nak jadi tegas — tapi tak perlu menengking.

Beliau boleh sembang ekonomi dengan Trump, Biden, bincang dunia Islam dengan Erdogan, dan dalam masa sama minum teh tarik dengan rakyat marhaen tanpa canggung.


Itu skill tabie yang tak boleh dibuat-buat.


________


 2. MAHATHIR PANDAI BINA BANGUNAN, PMX PANDAI BINA PEMIKIRAN 


Tun Mahathir memang berjasa — tak boleh dinafikan. 


Tapi Malaysia hari ini bukan hanya perlukan pembangunan fizikal semata-mata.

Kita perlukan "pembinaan semula kepercayaan, integriti dan maruah."


Dan itulah kerja yang PMX tengah buat — Membina jiwa bangsa yang hilang arah selepas dua dekad politik perpecahan.


Kalau Mahathir bina menara,

Anwar bina makna.

Kalau Mahathir bina KLCC,

Anwar bina KELAS dan KREDIBILITI MALAYSIA di mata DUNIA.


________


3. MUHYIDDIN DAN HADI?  APATAH LAGI HAMZAH. MAAFLAH… TAPI DUNIA TAK KENAL 


Dua tiga nama ini mungkin gah di kalangan penyokong parti sendiri, tapi hakikatnya — dunia luar langsung tak ambil peduli. Even mungkin tak kenal.


Tak ada rekod dasar besar, tak ada impak diplomatik, tak ada ucapan yang jadi rujukan global.


Yang mereka cemerlang ~ 


Cuma politik sempit — sibuk kira siapa “musuh Islam” atau siapa “tak cukup Melayu”.


Sedangkan dunia hari ini tak menilai warna kulit atau serban seseorang, tapi "nilai, akhlak dan pencapaian".


Sebab tu bila PMX bercakap di pentas antarabangsa, dunia dengar.


Tapi bila yang lain bercakap… ramai senyum sopan, tapi dalam hati fikir: "Malaysia ni takkan masih bertekak benda sama lagi?" 


Atau 


" Parti sendiri tak terjaga, bergaduh sampai bila? 


__________


4. BENAR ANWAR TIDAK SEMPURNA, ANWAR BUKAN MALAIKAT — TAPI DIA JUJUR NAK UBAH MALAYSIA 


PMX bukan sempurna. Dia manusia biasa.

Tapi beza dia dengan pemimpin lain — dia tak hipokrit.


Dia tak jual nama agama untuk undi, tak main isu kaum untuk naikkan diri.

Dia bercakap tentang moral, rasuah, integriti maruah dan kemajuan — dalam nada yang boleh difahami rakyat dan dunia.


Dan itulah sebabnya orang luar hormat dia.

Mereka nampak Malaysia akhirnya ada pemimpin yang bercakap tentang Islam, tapi dengan kebijaksanaan dan kasih sayang — bukan kemarahan.


________


5. MALAYSIA PERLUKAN PEMIMPIN BERJIWA DUNIA, CAKNA RAKYAT ~ BUKAN BERJIWA DENDAM DAN IRI HATI 


Kalau kita nak Malaysia duduk sebaris dengan US, China, Jepun, Korea, Jerman, UK atau Singapura,

kita perlukan pemimpin BERJIWA BESAR, THINK BIG, bukan beremosi kecil.


Dan buat masa ini,

tak ada siapa dalam politik Malaysia yang setanding dengan PMX dari segi wawasan, pengalaman, karisma dan daya fikir.


Tun Mahathir sudah penat dengan dendam,

Muhyiddin sibuk dengan pengkhianatan,

Hadi pula tenggelam dalam retorik lama.


Yang tinggal sekarang CUMA satu sosok yang masih dilihat dunia dengan penuh harapan — iaitu Anwar Ibrahim. PMX


_________


6. DUNIA SEDANG LIHAT MALAYSIA SEMULA 


Sekarang, pelabur mula kembali.

Negara Islam lain mula merujuk kita.

Negara Barat pula mula menghormati pandangan Malaysia tentang keadilan global.


Lebih-lebih lagi selepas kejayaan Hebat Asean Summit 2025. Malaysia sudah Mendunia!


Dulu Malaysia macam negara tak gah di peta dunia. hilang arah, tapi di bawah PMX — kita mula bangkit semula sebagai 'negara berprinsip dan berkelas.'


__________


KESIMPULAN 


Anwar bukan sekadar Perdana Menteri,

dia adalah penyambung idealisme Malaysia yang kita impikan — adil, makmur, dihormati.


Kalau diberi ruang cukup dan tak disabotaj politik dalaman, Malaysia boleh melonjak setanding Korea dan Jepun. 


KITA DOAKAN PMX SENTIASA SIHAT. BERI PELUANG DAN KEPERCAYAAN KEPADA DIA UNTUK MEMIMPIN NEGARA SELAMA 2 PENGGAL, TANPA BANYAK GANGGUAN POLITIK, INSYAALLAH MALAYSIA SETARA  NEGARA MAJU LAIN 


Bukan sebab kita tiru mereka,

tapi sebab kita ada pemimpin yang faham makna kemajuan berteraskan nilai. Dan tahu cara nak mencapainya.


Inilah beza antara politikus biasa dengan negarawan sebenar.


Yang satu sibuk nak kekal berkuasa,

yang satu lagi sibuk nak kekalkan maruah negara.


Dan untuk Malaysia hari ini,

yang kita perlukan bukan lagi “orang kuat”,

tapi pemimpin bijaksana dan berjiwa besar.


Nama dia — Anwar Ibrahim 


________


Salam Madani


Hanapi Jusoh 


Saifuddin Nasution Ismail 

Dr Zaliha Mustafa 

Fahmi Fadzil 

Fadhlina Sidek 

Fuziah Salleh 

Tengku Zafrul 

#MalaysiaMadani #KerajaanMadani #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #KEADILAN #PMX #malaysia

Thursday, October 30, 2025

 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PMX TEPAT & BIJAK: PERJANJIAN DAGANG RM1 TRILION DENGAN USA BUKAN “MENYERAH”, TETAPI LANGKAH STRATEGIK UNTUK MENANG BESAR!


Bukan langau namanya kalau tidak bising, Itulah tabie langau. Semua orang rasa dia layak mengulas walaupun tak pernah belajar apa pun tentang Ekonomi Antarabangsa. Actually bagi kami yang pernah kuliah Ekonomi ini pun, antara paper yang agak tough masa belajar dulu adalah Ekonomi Antarabangsa especially International' Monetary Economics dan Econometrics. Siapa yang basic maths dia tak kuat akan struggle betul untuk lulus paper ni, apatah lagi nak score A. 


Baiklah, jangan buang masa. Jom kita ulas dan cuba fahami satu per satu apa yang sebenarnya sedang berlaku. Sila baca pelan-pelan sampai habis ya. 


Bila PMX + Kerajaan Madani tandatangani perjanjian dagang besar dengan Amerika Syarikat — bernilai sekitar RM1 Trilion (±US$240 bilion), ramai yang cepat melatah. 


Ada yang tuduh Malaysia “JUAL DIRI KEPADA AMERIKA”. 


Kononnya PMX bodoh, perjanjian ini berat sebelah dan memihak kepada kuasa besar. Tapi bila kita kaji fakta dan strategi berdagang, langkah ini sebenarnya bijak dan berpandangan jauh untuk menjadikan Malaysia kuasa ekonomi baharu Asia Tenggara.


Apakah KEBIJAKSANAAN PMX nya? Jom kita ulas

 

______________


1. RM 1TRILION ~ BUKAN HUTANG ATAU BAYARAN KEPADA AMERIKA. IA PELABURAN & PEMBELIAN STRATEGIK 


Nilai RM1 Trilion (US$240 bilion) itu bukan “duit Malaysia hilang ke Amerika”. Daripada mana datangnya angka 1 Trilion ini. Inilah pecahannya. Ia terdiri daripada:


✅ Pelaburan Malaysia di Amerika – sekitar US$70 bilion (RM330 bilion)untuk membuka peluang pasaran syarikat Malaysia di sana.


✅ Pembelian sektor berteknologi tinggi– seperti semikonduktor, data center, dan aeroangkasa bernilai US$150 bilion (RM700 bilion)yang akan dibawa masuk ke Malaysia.


✅ Pesanan kapal terbang MAG Malaysia Aviation Group ~ (bukan Kerajaan yang beli) dan pembelian LNG (gas asli cecair) – keperluan strategik jangka panjang negara.


Maknanya, ini bukan perbelanjaan sia-sia. Ia PELABURAN strategik untuk mempercepatkan transformasi industri Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi, digital dan hijau.


_________


2. KITA BELI, TAPI KITA JUGA DAPAT — AKSES PASARAN, TARIF RENDAH & PELUANG EKSPORT BERGANDA


Perjanjian ini membuka pintu besar untuk Malaysia menembusi pasaran Amerika, terutama bagi produk semikonduktor, tenaga boleh baharu, peralatan elektronik, dan teknologi digital. Sebelum ini, Malaysia hadapi kadar tarif tinggi dan sekatan tertentu. Kini, dengan perjanjian “reciprocal trade” ini:


๐Ÿ”ท Malaysia diberi KEUTAMAAN EKSPORT ke pasaran AS.


๐Ÿ”ท Taraf Malaysia sebagai RAKAN DAGANG STRATEGIK SERANTAU meningkat.


๐Ÿ”ท Syarikat tempatan dapat peluang kontrak & pemindahan teknologi (technology transfer).


Kesannya, LEBIH BANYAK PELABURAN DAN PEKERJAAN BERKUALITI TINGGI akan masuk ke Malaysia.


____________


3. RM1 TRILION ITU UNTUK 5–10 TAHUN, BUKAN SETAHUN/SEKALIGUS.


๐Ÿ”ท Ada pihak sengaja memutar fakta seolah-olah Malaysia SERAH RM1 trilion hari ini juga. Itu tak betul. 


๐Ÿ”ท Hakikatnya, komitmen itu untuk tempoh 5–10 tahun, bukannya setahun. Pelaksanaan tergantung kepada keperluan pasaran dan projek sebenar.


๐Ÿ”ท Ini adalah perkara biasa (standard) dalam perjanjian antarabangsa — sama seperti kontrak pelaburan lain di ASEAN dan Eropah.


๐Ÿ”ท Maksudnya, Kerajaan boleh menilai semula, menyesuaikan atau menambah baik dari semasa ke semasa. Langkah ini memberi ruang fleksibiliti dan kawalan kepada Malaysia, bukan sebaliknya.


___________


4. KENAPA AMERIKA SETUJU? SEBAB MALAYSIA KINI DIHORMATI DI di BAWAH PMX


๐Ÿ”ท Presiden AS sendiri melihat Malaysia sebagai rakan penting dalam rantai bekalan global ~ (semikonduktor, tenaga, AI dan ekonomi digital).


๐Ÿ”ท Lawatan rasmi Presiden Trump ke Kuala Lumpur dan perjanjian ini adalah pengiktirafan kepada kepimpinan Anwar Ibrahim dan kestabilan kerajaan Madani.


๐Ÿ”ท Kalau negara kita lemah atau tidak dipercayai, AS tidak akan tandatangan perjanjian sebesar ini.

PMX berjaya meletakkan Malaysia kembali di peta kuasa ekonomi dunia.


___________


5. KITA TIDAK “ SEMBAH AMERIKA ”, KITA BIJAK GUNA PELUANG.


๐Ÿ”ท Dalam dunia global sekarang, tiada negara maju atau membangun yang menolak hubungan dagang dengan kuasa ekonomi besar seperti AS.

China, Jepun, Korea Selatan, Singapura, India bahkan Arab Saudi — semua menandatangani perjanjian serupa. 


๐Ÿ”ท Maknanya apa? Bukan Malaysia sahaja yang tandatangan. Banyak negara lain pun sign walaupun kadar mereka lebih tinggi. 


๐Ÿ”ท Perbezaannya, PMX menegaskan Malaysia kekal bebas dan berprinsip. Malaysia tetap kekal tegas dalam isu Palestin, tetap berdaulat dan bebas bersuara.


๐Ÿ”ท Kita buat perjanjian 'atas dasar timbal balik (reciprocal)' — bukan tunduk, tapi dua-dua pihak untung.


____________


6. MANFAAT LANGSUNG KEPADA RAKYAT & NEGARA 


Perjanjian ini bakal menjana:


๐Ÿ”ทRatusan ribu peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam sektor semikonduktor, tenaga dan digital.


๐Ÿ”ทKenaikan pelaburan langsung asing (FDI) – kerana pelabur global nampak Malaysia sebagai hab stabil dan mesra perniagaan.


๐Ÿ”ทPemindahan teknologi dan kemahiran baru – menjadikan anak muda Malaysia sebagai tenaga kerja berteknologi tinggi.


๐Ÿ”ทKadar tukaran ringgit yang lebih kukuh** melalui peningkatan eksport dan keyakinan pelabur.


๐Ÿ”ทInilah cara sebenar membina ekonomi MADANI ~ ekonomi berasaskan ilmu, teknologi dan maruah.


____________


๐Ÿ”ฅ KESIMPULAN 


✅ Jangan terperangkap dengan PROPAGANDA walaun dan  mereka yang cuba menakut-nakutkan rakyat.


✅RM1 trilion itu bukan beban — ia pelaburan masa depan.


✅PMX dan Kerajaan Madani bijak, memilih jalan yang sukar tetapi betul — membuka pintu besar kepada kemakmuran baharu Malaysia.


✅Daripada hanya jadi penonton ekonomi dunia, kini Malaysia berdiri sama tinggi dengan kuasa besar — kerana keberanian, kebijaksanaan dan prinsip PMX.


__________________


Salam Madani ๐ŸŽ‰


Hanapi Jusoh

29 Oktober 2025


Anwar Ibrahim 

Saifuddin Nasution Ismail 

Dr Zaliha Mustafa 

Fahmi Fadzil 

Fadhlina Sidek 

Fuziah Salleh 

#MalaysiaMadani #KerajaanMadani #BinaNegaraRahmah #ASEANSummit2025 #malaysia #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #PMX #KEADILAN

Wednesday, October 22, 2025

Mengapa PAS Tunggang

 MENGAPA DAN APA PUNCANYA ORANG PAS DAN SEANGKATAN CIPTA DAN TUNGGUNG SEMUA ISU KHASNYA   DI BAWAH 


1) Mengapa orang Pas dan seangkatan ekstrim anti pmx ditahap mainkan  naratif Turun Anwar ?


2) Mengapa orang Pas dan seangkatan mainkan natatif kesemua kerajaan madani buat tak betul di tahap kerajaan madani gagal ? 


3) Mengapa orang Pas dan seangkatan ekstrim anti Dap, tetapi tidak Gerakan, Mca dan Mic? 


4) Mengapa Hindu masuk  Pas Hadi Awang benarkan baca ayat quran di khalayak lengkap  tafsir, tetapi time  Cina Dap lslam larang ?  


5) Mengapa orang Pas dan seangkatan label pemimpin dan penyokong orang Melayu kerajaan madani sekular dan liberal?


6) Mengapa miskipun dalam quran sebut Yahudi dan Nasrani musuh  umat lslam dan lslam, tetapi  orang Pas dan seangkatan terus mensasarkan CinaDap di tahap common enemy orang Melayu dan lslam?  


7) Mengapa orang Pas dan seangkatan dok main isu perkauman pada ketika sama  menyeru orang Melayu bersatu ?


8)Mengapa fatwa ulamak Pas bolak balik ?


Punca/ the root cause dalam bentuk  dipanggil akar kepada penyebab2 masalah  di atas sering dianggap sebagai punca pada masalah atau the common root cause ialah berikut


Kesemua pertanyaan di sebalik pelbagai masalah rakyat dan negara  orang Pas dan seangkatan cipta dan tunggang di atas  merupakan kesan/ the  effect  jangka panjang  manhaj politik Pas semenjak tubuh pilih c&p parti lkhwan  muslimin Mesir gandingkan fiqh akidah dengan fiqh jenayah hudud. Tujuannya ialah untuk tentang penjajah bersama sekutu tempatannya kerana menyebar fahaman sekular dan liberal, khasnya. Bukti tempatan Amanat Haji Hadi. 


Kesan gandingan fiqh diatas kerana diselubungi apa dipanggil preconceived ideas menyebabkan bukan sahaja tidak menggalak yb2 Pas berfikiran kritis, konstruktif, capai pemikiran aras tinggi  bagai, malah terperangkap pemikiran sesat sepanjang zaman perfectionisme ( lawan progressionisme)  di tahap sukar Pas  melahirkan calun pm.Contoh mudah prconceived ideas nak syurga undiah Pas. 


Dalam hal sama, untuk yb2 Pas  lulusan agama tidak ada satu subjek khusus dan wajib dalam sistem pendidikan lslam mempunyai unsur unite and lead ( lawan divide and rule), seperti subjek design bidang arkitek sistem pendidikan konvensional, terkenal penekanan  konsep pemikiran aras tinggi design thinking 101 sinonim crazy creative ideas. Ini berdasarkan lapuran medos mungkin menjelaskan mengapa majoriti warga Pas pilih Dr Samsuri sebagai calun pm, berbanding Tuan lbrahim.


Ditakdirkan datang era Pas tawun Umno Hadi Awang pi tangguh perjuangan hukum hudud bersama ruu335.


Kesannya Hadi Awang terpaksa lakukan apa dipanggil trade off atau hulur tarik.lni, dalam erti kata, memaksa Hadi Awang  mencari lain2 hukum  syarak sebagai pengganti hukum hudud mempunyai keluarbiasaan sama dan setaraf dengan hukum hudud  dari segi ia mudah takutkan, lemahkan dan akhirnya kalahkan musuh2 lslam Hadi Awang sendiri cipta. 


Bayangkan dengan hanya muslim melawak hukum hudud dan dan dicop kafir! Sedangkan, Hadi Awang seorang ustaz terkenal himpun dan karang beratus kitab   mana  mungkin tidak tahu,  Nabi  tidak benarkan sesiapa takutkan orang lslam untuk tujuan menipu ( HR Abu Daud). Mengapa tidak?


Pasca Pas tawun Umno  memperlihatkan orang Pas dan seangkatan  berani memanipulasi hukum fitnah, hukum munafik, hukum liwat, hukum minum arak,  hukum kafir harbi, hukum baca qunut nazilah, hukum non muslim baca quran, hukum rasuah, hukum menipu dan hukum menjatuhkan kerajaan yang zalim di tahap wujud unsur dipanggil gharar atau tidak pasti.Yang pasti ia hanya bertujuan untuk memburukan kerajaan madani yang ada Dap.Sebagai contoh, Dap kafir harbi.Tetapi tidak Mca, Gerakan, Mic, Hindaraf termasuk Hindu lndia yang masuk Pas.


Padahal fakta dari kajian lama sosiologi manusia mendedahkan  punca kaum2 minoriti  pendatang mudah bersatu tanpa diseru,  di samping auto kreatif adalah  kerana mereka sentiasa menerima ancaman dari common enemy bangsa majoriti peribumi, khasnya ancaman dihantar pulang ke negara asal.


Sebenarnya, dari sudut2 sosiologi manusia,  Hadi Awang mempunyai tujuan tersembunyi untuk memberi tahu seluruh orang Melayu bahawa kerajaan madani yang ada Dap sentiasa memberi ancaman kepada orang Melayu dan  lslam ditahap mensasarkannya sebagai common enemy orang Melayu dan lslam.la dengan harapan tinggi seluruh orang Melayu bersatu menyokong Pas. Ini  kerana pru 15 beri petunjuk Dap satu2nya parti Cina menjadi penghalang Pas jadi kerajaan selaฤฃi 98% Cina sokong PH dan selagi orang Melayu berpecah parti. 


Contoh terkini kerajaan madani beri  ancaman kepada orang Melayu  di atas merujuk dakwaan Pas orang Melayu dihalau dari Kampung Sungai Baru oleh kerajaan madani yang zalim! Hanya kerana Nga.menteri  bertanggungjawab mewakili Dap. 


Pun demikian, mengapa seluruh orang Melayu masih tidak menyokong Pas? Malah ia berkurangan?


Pada saya, orang Melayu waima ustaz  tidak yakin Yahudi dan Nasarai common enemy orang Melayu dan lslam kerana ia pernyataan umum dalam quran. Atau untuk maksud kajian ia terjumlah apa pengkaji Barat panggil preconceived ideas. Iaitu pandangan2 lama sinonim ahli agama atau gereja tidak dinafikan mempunyai kebenaran hakiki tersendiri, tetapi pihak pelontarnya tidak mampu mengemukakan sekali gus bukti2 dari kajian saintifik atau yang sistematik.


Dengan maksud, para pejuang penyatuan orang Melayu,  seperti Hadi Awang, Mahathir,  Mahyuddin  dan Redwan Tee masing2,  seperti saya, tidak dapat tidak, kena buktikan  secara sainstifik atau sistematik  bahawa, asal sistem ekonomi pasaran bebas ( kini lebih dikenali sistem ekonomi kapitalis) anjuran Barat  ialah prinsip muamalat lslam bersumberkan  maksud hadis, haram halang barang dagangan dihalang memasuki pasaran   ciptaan kumpulan  karyawan Yahudi keturunan  bani lsrael ( baca tafsir ayat 32 surah ad Dukhan) atas sebab2 tertentu di bawah amat tidak sesuai diamalkan oleh majoriti rakyat, khasnya, orang Melayu


Sebab2 tertentu dimaksudkan seperti dibawah


Pertama,  faktor paradoks;

Majoriti rakyat  Malaysia dalam  menjalani kehidupan dan berekonomi tidak tahu paradoks sistem ekonomi kapitalis, iaitu, sama ada mereka memilih  menafaatkan aspek2 advantages atau sebaliknya aspek disadvantages sistem ekonomi kapitalis dari penggunaan produk2 sistem ekonomi kapitalis, sama ada bentuk 2D, seperti apps tiktok atau bentuk 3D, seperti smart phone, percaya atau tidak,  sistem ekonomi kapitalis  akan tetap terus terjana dan terpacu. Malah, akan giat terjana  dan terpacu bila mana  majoriti rakyat Malaysia memilih manfaatkan aspek2 disadvantages sistem ekonomi kapitalis. Bezanya untuk rakyat Malaysia manfaatkan aspek2 advantages sistem ekonomi kapitalis dari penggunaan produks2 sistem ekonomi kapitalis di atas, setuju atau tidak,  individu rakyat Malaysia kena pastikan  dengan apa jua cara  mendidik diri sendiri masing2  menjadi golongan manusia  amanah dan bertanggungjawab dan sebaliknya. lni  dipanggil sepakterajang atau trick of trade  sistem ekonomi kapitalis. 


Kedua, faktor sekular;

Disebabkan  sistem ekonomi kapitalis dicipta dengan begitu cara dan rupa mesti berstatus sekular dan  perlu disuntik    empat serangkai rangkaian isme sekular budaya sistem ekonomi kapitalis dinamakan liberalisme, materialisme, konsumerisme dan hendonisme  untuk mainkan dwi peranan   bertentangan sebagai pepengaruh tak ubah peranan   jin kafir  dan jin lslam bagi mengiat penjanaan dan pemacuan sistem ekonomi kapitalis.Maksudnya, kesan manusia dipengaruhi pepengaruh jin kafir  telah menyebabkan majoriti rakyat Malaysia, khasnya, orang Melayu  di semua peringkat dan latar belakang  telah menjadi manusia tidak amanah dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri, kumpulan sendiri dan orang lain, termasuk ilmunya, agamanya, hartanya dan jawatannya dalam melakukan aktiviti2 ekonomi, dan sebaliknya. Yang mana, kayu ukur tidak langsung ditetapkan oleh sistem ekonomi kapitalis  ialah kedudukan tangga indeks persepsi rasuah antarabangsa Malaysia.  Bayangkan kedudukan Malaysia berdekad2 tidak berganjak sekelompok negara2 membangun dan mundur.Bukti terkini kes jenayah di kalangan murid sekolah menengah sedang menjadi2.


Maksud berstatus  sekular di atas, dari sudut tiga komponen ajaran lslam,  akidah, akhlak dan ibadah ( khusus dan umum) merujuk tindakan karyawan Yahudi di atas buang komponen akidah bersama subkomponen ibadah khusus sinonim habluminallah,  pada ketika sama,  mereka kekalkan  komponen akhlak dan subkomponen ibadah umum muamalat, munakahat dan jenayah sinonim habluminanas.


As trade off bagi  menampung ketiadaan komponen akidah di atas atas alasan  memberi banyak  disadvantages kepada sistem ekonomi kapitalis ia telah memaksa  karyawan Yahudi dan Nasrani di atas  terus terusan   mendidik bangsa masing2 menjadi manusia berakhlak seawal Barat keluar dari era kegelapan kurun ke15.lni, khasnya,  sifat amanah dan bertanggujawab, dan, pada  ketika  sama , golongan karyawan  mereka mencipta sistem tadbir urus negara dan tadbir urus ekonomi  bentuk sekular seadanya berfungsi sebagai apa dipanggil makanisme terjemahan dasar ( baca buku Dasar Awam di Malaysia oleh Prof Subtiha Marican) dikesan tidak wujud dalam tamadun lslam silam. 


Sebagai contoh, bidang saya arkitek,  Le Corbusier arkitek  tersohor kurun ke20 bangsa Prancis  menampilkan senibina  brutalism style. Merujuk usaha beliau  menyuntik unsur murni kejujuran, keterbukaan, keikhlasan, trasperen dan elak pemubaziran dalam penghasilan karyanya.


Sementara contoh mudah mereka secara rahsia buang aspek habluminahllah ajaran lslam dengan cara gantikan istilah Arab kepada istilah lnggeris, seperti al istisna' menjadi price in advance.Maksud secara rahsia di atas  ia tidak diajar oleh pensyarah2 kontrak pembinaan Barat serta dunia serta tidak disebut dalam dokumen kontrak piawai.


Atas alasan,politik  tidak terpisah dalam kehidupan   umat lslam, apa maknanya di atas, jika tidak,    manhaj politik dakwah para ustaz  kena gandingkan fiqh akhlak dengan fiqh muamalat lslam praktis. Maksudnya, ustaz2  menajar fiqh akhlak tok tok, di satu pihak, dan, di satu pihak lagi,  tok tok  fiqh muamalat klasik, mahupun ikut sirah, dari sudut sistem ekonomi kapitalis,  tidak berkesan untuk tingkatkan akhlak orang Melayu.


Begitu juga dakwah ustaz2 Pas. Dengan cara dakwah mereka gandingkan fiqh akhlak  dengan fiqh muamalat lslam praktis  setidak2nya  mereka akhirnya akan tahu   Anwar lbrahim bersama Rafizi Ramli  mampu  tunjuk ajar bos2 penjawat awam mengaplikasikan   makanisme terjemahan dasar  di atas bagi penghasilan sistem subsidi bersasar tidak mampu dilakukan oleh kerajaan lama BN dan PN. Malah, juga akan tahu  ia melibatkan usaha melakukan proses  dipanggil  transformtion lslamic knowledges into practice  melibatkan ingatan Allah kepada Nabi pada ayat 7 surah al Harys berbunyi, dengan demikian,  pastikan harta kekayaan negara tidak hanya beredar di kalangan orang2 kaya. 


Mengapa saya  tekankan muamalat lslam praktis atau applied muamalat ? Jawapan mudahnya ia mampu menterjemahkan selogan,  lslam as a way of life. Jawapan sukarnya di bawah


Ini kerana  asal  sistem tadbir urus negara dan sistem tadbir urus ekonomi di atas berperanan sebagai makanisme terjemahan dasar merupakan hukum2 muamalat lslam bentuk tidak sekular, iaitu, penuhi dan tepati  tiga komponen ajaran lslam di atas.


Antara contoh di bawah


Untuk keperluan tadbir urus negara 


Asal sistem pilihan raya umum ialah hukum muamalat bai al wakalah muqayydah bil ujrah 


Untuk keperluan tadbir urus ekonomi


Asal kontrak pembinaan bentuk lump sum, bills of quantities, turnkey dan design and build iaitu di bawah jenis price in advance ialah  hukum muamalat bai al istisna' 


Sementara,  alasan  mereka sekularkan hukum2 muamalat lslam di atas ialah berikut.


Pertama, untuk mereka pastikan penggunaan produk2 tadbir urus negara dan ekonomi  sistem ekonomi di atas diterima manusia sejagat, berbanding produks2 sistem ekonomi lslam, sosialis dan kominis.Bukti Hadi Awang perlekeh Bank lslam.Sementara  negara China kominis era presiden Deng Xio Peng membuka pintu  kepada sistem ekonomi kapitalis.


Kedua, akhlak atau adab boleh dilihat, dikesan dan diukur, seperti arahan pengistiharan harta oleh kerajaan kepada penjawat awam dan indeks perspsi rasuah antarabangsa,  berbanding akidah atau tqwa.


Malahan,  demo rakyat terbaharu di lndonesia sebagai buktinya. Dengan maksud, punca korapsi  berleluasa di lndonesia kerana hampir keseluruhan rakyat lndonesia 90% keturunan Melayu menjadi manusia tidak amanah dan bertanggunjawab.