Saturday, August 22, 2026

 1. Pak Ya hendak tanya satu perkara. Sejak bila PAS memegang geran hak milik Islam? Sejak bila UMNO menyimpan sijil pendaftaran bangsa Melayu? Lama sangat dua cerita ini diulang sampai ada orang percaya kalau PAS hilang kerusi, Islam pun akan kehilangan tempat tinggal. Kalau UMNO tumbang, Melayu pula kononnya terus menjadi bangsa tanpa rumah.


2. Setiap kali PAS susah, nama Islam dipanggil. Setiap kali UMNO hampir kehilangan kuasa, nama Melayu dilaungkan. Waktu menang, kerusi itu milik pemimpin. Waktu jawatan dibahagi, ahli disuruh tunggu. Tetapi apabila kuasa hendak terlepas, tiba-tiba kerusi itu menjadi kerusi Islam, kerusi Melayu dan kerusi seluruh ummah. Yang sebenarnya terancam itu agama dan bangsa, atau periuk nasi beberapa orang?


3. PAS tidak pernah melahirkan Islam. PAS lahir kerana sudah ada orang Islam. UMNO juga tidak pernah melahirkan Melayu. UMNO lahir kerana sudah ada orang Melayu. Tetapi selepas berpuluh tahun hidup di atas bahu umat dan bangsa, kedua-duanya berpusing mengaku merekalah yang memikul umat dan bangsa. Anak sudah mula mengaku dirinya ibu.


4. Cuba buang nama Islam daripada PAS. Tinggal apa yang boleh ditawarkan? Cuba buang nama Melayu daripada UMNO. Tinggal apa yang boleh dijual? Di situlah kita nampak siapa sebenarnya sedang memikul siapa. Bukan PAS yang menghidupkan Islam. Nama Islamlah yang selama ini menghidupkan PAS. Bukan UMNO yang melahirkan Melayu. Orang Melayulah yang selama ini memikul UMNO.


5. Sebab itu ahli tidak perlu diikat dengan tali. Cukup ditanam satu ketakutan dalam kepala. Kalau meninggalkan PAS, takut-takut dianggap meninggalkan perjuangan Islam. Kalau tidak lagi memangkah UMNO, takut-takut dituduh mengkhianati Melayu. Penjara paling kuat bukan yang dibuat daripada besi. Penjara paling kuat ialah apabila orang takut membuka pintunya sendiri kerana menyangka di luar sana Tuhan sudah tidak ada.


6. Yang peliknya, ketakutan itu hanya dikenakan kepada ahli. Semalam pemimpin suruh lawan seseorang sampai habis-habisan. Hari ini pemimpin yang sama naik pentas, bersalaman, berpelukan dan berkongsi mikrofon. Apabila pemimpin menjilat semula ludahnya, depa panggil itu strategi dan maslahat. Apabila ahli sekadar menukar undi, depa panggil pengkhianatan. Pemimpin boleh berpusing satu alam, ahli pula disuruh mati atas tanda pangkah lama.


7. Puluhan tahun PAS dan UMNO bermusuh. Adakah Islam pernah demam? Adakah Melayu pernah masuk ICU? Masjid tetap berdiri. Azan tetap berkumandang. Anak Melayu tetap lahir, membesar, bekerja dan membina keluarga. Yang demam hanyalah parti apabila undinya berkurang. Yang masuk ICU hanyalah pemimpin apabila kerusinya hendak terlepas.


8. Pak Ya tidak meminjam Islam daripada PAS. Jadi PAS tidak boleh mengambilnya semula hanya kerana Pak Ya mengkritik pemimpinnya. Islam Pak Ya bukan barang sewaan yang boleh ditarik balik apabila bayaran politik tidak dibuat. Darah Melayu Pak Ya pula bukan elaun bulanan yang boleh dihentikan oleh UMNO hanya kerana Pak Ya memilih jalan yang lain.


9. Parti cuma perahu. Islam dan Melayu bukan penumpang yang wajib mati bersama perahu itu. Kalau perahu bocor, kita tampal. Kalau nakhoda sudah mabuk kuasa, kita tukar. Kalau perahu sengaja dibawa menghentam batu, jangan pula penumpang disuruh tenggelam atas nama kesetiaan. Kesetiaan kepada parti tidak pernah lebih tinggi daripada kesetiaan kepada kebenaran.


10. Bahaya sebenar bukan apabila rakyat meninggalkan parti. Bahaya sebenar ialah apabila rakyat sudah tidak dapat membezakan antara membela agama dengan membela pemimpin yang menggunakan agama. Melayu pula tidak menjadi lemah kerana menukar pilihan. Melayu menjadi lemah apabila nama bangsanya hanya dicari sewaktu peti undi hampir terlepas daripada tangan.

Friday, August 21, 2026

 PAS dibayar untuk tutup isu Tabung Haji? 


Terdapat dakwaan beberapa tahun lepas ada pihak dari pimpinan UMNO telah bayar PAS agar "pecah dan perintah" dalam beberapa isu yang menjejaskan intergriti BN.


Urusniaga mereka ialah isu yang PH bawa masa tu, PAS kena bantu spin supaya rakyat tak percaya dengan fakta.


 - Puas hati dengan 1MDB Dan Tabung Haji tiada Sakau

 - Menafikan skandal FELDA.


Dah kena ugut. Duit dah terima lama dulu. Kerja janganlah separuh jalan.


Sebab tu Takiyuddin tak boleh berpura-pura bahas. Dia diarahkan menggagalkan perbahasan di Parlimen pada Hari yang di tetapkan agar UMNO tidak di malukan oleh MP Perpaduan. Gagal tangguh Perbahasan, Semua MP PN kecuali Bersatu Keluar Dewan adalah langkah terakhir agar dapat DI tangguhkan.


Bukti pembayaran bukan resit. Tapi gambar. Yang menunjukkan pihak yang bayar dan pihak yang terima duit cash dalam bagasi. Dan bersalam-salaman. Duitnya tak nampak. Nampak bertukar2 bagasi je. Yang bagi bukan ahli politik UMNO. Tapi wakilnya.


Yang terima wang ahli politik PAS.


Inilah bijaknya pimpinan UMNO buat kerja-kerja black op. Tak simpan bukti yang rosakkan nama sendiri.


Mana minmin tahu?

Kumpulan ini dah berpecah. Ada sokong BERSATU. Ada masih bersama UMNO ada yang tak terlibat dalam parti politik sebab bekas boss dia dah lari luar negara.

Wednesday, August 19, 2026

 KUALA LUMPUR: Kontroversi tindakan sebahagian Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan Dewan ketika perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka memberi dimensi baharu kepada percaturan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.


Episod itu mencetuskan kritikan terhadap pembangkang, khususnya ketika isu membabitkan pengurusan institusi umat Islam sedang dibahaskan di Parlimen.


Bagaimanapun, setakat ini belum terdapat tinjauan bebas atau data pilihan raya yang boleh mengesahkan dakwaan bahawa sokongan Perikatan Nasional (PN) di Melaka telah menjunam akibat isu walkout tersebut.


Namun dari sudut politik, kontroversi itu berpotensi menjadi antara faktor yang dinilai Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum menentukan bentuk kerjasama bagi menghadapi PRN Melaka.


BN-PN BELUM DIMUKTAMADKAN


Sebelum ini, Ahmad Zahid menyatakan BN terbuka untuk membincangkan kesinambungan kerjasama dengan PN di Melaka susulan kerjasama kedua-dua gabungan dalam PRN Negeri Sembilan.


Namun keterbukaan itu tidak bermakna kerjasama tersebut telah dimuktamadkan.


BN mempunyai kelebihan tersendiri di Melaka selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi DUN pada PRN 2021, sekali gus membentuk kerajaan negeri dengan majoriti besar.


Ahmad Zahid turut menegaskan BN berhasrat mempertahankan kesemua kerusi yang dimenanginya.


Keadaan itu menyebabkan sebarang rundingan dengan PN dijangka berdepan persoalan utama berapa banyak kerusi yang sanggup dilepaskan BN kepada rakan baharunya?


Sekiranya BN tidak mahu mengorbankan kerusi tradisinya, ruang untuk PN mendapatkan jumlah kerusi yang besar menjadi semakin sempit.


ISU RCI TH BOLEH JADI LIABILITI


Kontroversi walkout pula hadir pada waktu yang kurang sesuai.


RCI Tabung Haji mempunyai sensitiviti tersendiri kerana ia melibatkan sebuah institusi penting umat Islam.


Ahmad Zahid sebelum ini menegaskan UMNO dan BN tidak akan melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti berlaku penyelewengan, pecah amanah atau pelanggaran tadbir urus berdasarkan dapatan RCI.


Justeru, persepsi yang tercetus daripada tindakan meninggalkan Dewan ketika perkara berkenaan dibahaskan berpotensi menyukarkan usaha PN mempertahankan naratifnya kepada pengundi Melayu.


Namun kesan sebenar kontroversi itu terhadap kecenderungan pengundi Melaka hanya boleh ditentukan melalui kajian sentimen atau keputusan pilihan raya.


ZAHID PILIH JALAN SELAMAT?


Dalam keadaan itu, persoalan kini tertumpu kepada Ahmad Zahid. Adakah BN mempunyai alasan mencukupi untuk mengambil risiko membentuk kerjasama baharu dengan PN?


Atau lebih selamat untuk BN mengekalkan hubungan politik sedia ada bersama Pakatan Harapan (PH), termasuk DAP?


Walaupun hubungan BN-PH di Melaka pernah berdepan ketegangan, kedua-duanya masih berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.


Ahmad Zahid sendiri berulang kali menegaskan BN kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.


Atas pertimbangan kestabilan, kesinambungan pentadbiran Persekutuan dan kekuatan BN sendiri di Melaka, pilihan untuk meneruskan persefahaman dengan PH tidak boleh diketepikan.


Bagaimanapun, belum ada keputusan rasmi bahawa BN akan memilih PH-DAP berbanding PN untuk PRN Melaka.


MELAKA UJIAN SEBENAR


PRN Melaka akhirnya bakal menjadi ujian terhadap hala tuju politik BN selepas beberapa eksperimen kerjasama antara blok politik.


BN boleh meneruskan kerjasama dengan PN, kembali mencari formula bersama PH atau memilih bertanding berasaskan kekuatannya sendiri.


Tetapi satu perkara membezakan Melaka — BN memasuki gelanggang dengan kedudukan 21 kerusi dan tidak berada dalam keadaan terdesak mencari rakan untuk membentuk kerajaan.


Sekiranya kontroversi walkout terus memberi tekanan kepada PN, Ahmad Zahid mempunyai lebih banyak sebab untuk berhati-hati sebelum mengikat BN kepada satu kerjasama baharu.


Dalam politik, pilihan paling menarik tidak semestinya pilihan paling selamat.

Monday, August 17, 2026

 dalam sebuah saf, Islam mengajar kita satu disiplin yg sangat indah.


Imam hanya seorang.


makmum tidak mendahului Imam. tidak sesekali. tidak meninggikan suara mengatasi Imam. tidak memecahkan saf hanya kerana tidak menyukai bacaan Imam. bahkan jika imam tersilap sekalipun, Islam mendidik kita supaya menegur dgn adab bukan menghina dgn emosi.


begitu indah nya sebuah jemaah. 


jemaah tidak di bina oleh manusia yg sentiasa semua bersetuju, tetapi manusia yg tahu menghormati aturan. 


jika benar ada kekurangan, tegurlah dengan hikmah. jika benar ada kesilapan, betulkanlah dengan ilmu. namun janganlah kerana kecewa, kita memilih fitnah. janganlah kerana berbeza pandangan, kita mengorbankan adab. 


kerana fitnah tidak pernah membina sebuah negara. kebencian tidak pernah menyatukan sebuah bangsa. 

dalam kehidupan, tidak ada manusia yang sempurna.  


namun alangkah bertuahnya sebuah masyarakat apabila dipimpin oleh insan yang terus berusaha menjadi lebih baik; yang mengorbankan masa, tenaga dan fikirannya demi amanah yang dipikul; yang menganggap kuasa bukan sebuah kemewahan, tetapi sebuah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah. 


pemimpin akan datang dan pergi. 


tetapi adab rakyat terhadap pemimpin akan menjadi cerminan kematangan sesuatu bangsa.


jika mahu menukar imam, jangan ketika rakaat masih berlangsung.


sempurnakanlah dahulu solat itu dengan tertib.


sesudah salam, bermesyuaratlah dengan tenang. berbeza pandanganlah dengan hujah. buatlah keputusan dengan hikmah. 


itulah akhlak yang diajar oleh Islam. 


hari ni kita mudah melupakan seribu kebaikan hanya kerana satu kekurangan. terlalu mudah mempercayai satu fitnah sehingga menutup mata terhadap segala usaha yang telah dilakukan.


sedangkan lidah yang menyebarkan kebencian mungkin lebih berat hisabnya daripada tangan yang bersungguh-sungguh membina kesejahteraan.

hormat bukan tanda taksub. 

taat bukan bererti membenarkan setiap perkara. 

mengkritik bukan lesen untuk memfitnah. 


dan berbeza pandangan bukan alasan untuk memecahkan persaudaraan.  


kerana akhirnya...


negara tidak akan runtuh kerana kita berbeza pendapat. negara akan runtuh apabila adab digantikan dengan kebencian, ilmu digantikan dengan fitnah, dan amanah dikalahkan oleh nafsu kuasa. 


semoga Allah menjadikan kita makmum yang tahu menghormati imam, sahabat yang tahu menjaga sahabat, rakyat yang tahu menghargai setiap usaha yang baik, dan hamba yang sentiasa meletakkan adab mengatasi kebencian.


 kerana apabila adab terpelihara, ibadah menjadi indah. Dan apabila ibadah menjadi indah, inshaa Allah masyarakat menjadi sangat indah. 

Saturday, August 15, 2026

 Setelah laporan RCI, adakah Ashraf Wajdi ingin minta maaf?


Tabung Haji mangsa strategi fitnah masa kini


Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Diterbitkan:  Jan 26, 2016 3:18 PM


ULASAN

 Saya dihubungi banyak pihak mengenai penyebaran surat Bank Negara Malaysia (BNM) kepada menteri dan pengerusi Tabung Haji mengenai pendekatan Tabung Haji memberikan bonus dan dividen yang tinggi sepanjang 2012-14 hingga menyebabkan kejatuhan nilai rizab Tabung Haji.


Hanya bersandarkan surat ini, maka ramai telah menjatuhkan hukuman dan mencetuskan polemik fitnah seolah-olah kononnya Tabung Haji mengalami kerugian, dividen tidak mampu dibayar, pengurusan kewangan Tabung Haji lemah hinggalah kepada serangan-serangan peribadi bersifat ghibah dan fitnah terhadap beberapa individu pengurusan tertinggi Tabung Haji.


Saya tidak berhasrat untuk buat penjelasan satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji kerana pihak Tabung Haji telah pun diarahkan untuk mengeluarkan kenyataan penjelasan terperinci mengenai isu yang dibangkitkan pada hari ini.


Bagaimanapun, nasihat saya kepada 'pakar-pakar kewangan segera' Facebook dan media-media sosial lain, eloklah ambil kira beberapa poin dan garis panduan berikut sebelum buat ulasan mahupun komentar berbaur fitnah berasaskan surat BNM yang difahami di luar konteks dan sewenang-wenagnnya disebarkan:


(1) Kena faham apa maksud rizab? Apa beza rizab dan fungsinya bagi sebuah institusi kewangan seperti bank dengan institusi pelaburan seperti Tabung Haji. Kesannya juga berbeza.


(2) Kena faham model perniagaan sebuah bank dengan model perniagaan Tabung Haji. Bank buat duit dengan bagi pinjaman dengan menggunakan modal daripada wang-wang para pendeposit. Sedangkan Tabung Haji menjana keuntungan melalui pelbagai bentuk pelaburan termasuk dalam bidang harta tanah, pasaran saham, dan pemilikan syarikat dan subsidiari yang menjalankan pelbagai perniagaan termasuk Bank Islam.


(3) Kena faham beza struktur kunci kira-kira sebuah bank dengan kunci kira-kira Tabung Haji. Ini termasuklah komponen aset dan liabiliti dalam kunci kira-kira sebuah bank dengan komponen aset dan liabilitikunci kira-kira Tabung Haji.


(4) Memahami struktur kunci kira-kira Tabung Haji dan bezanya dengan sebuah bank akan membantu kita memahami apa bentuk risiko yang dihadapi oleh bank berbanding Tabung Haji yang menjadi kebimbangan BNM.


(5) Harus juga tahu bahawa Tabung Haji tidak dikawal selia BNM. Namun keprihatinan BNM ada asasnya jika Tabung Haji rugi hingga terpaksa guna wang negara untuk tanggung kerugian Tabung Haji jika ia berlaku, waiyyazubillah . Bagaimanapun, persoalannya apakah benar Tabung Haji rugi?


(6) Kena membaca dokumen kewangan atau kunci kira-kira dan penyata untung rugi Tabung Haji secara keseluruhannya bukan bergantung kepada satu bahagian sahaja seperti bahagian liabiliti dan rizab.


(7) Mesti memahami peraturan-peraturan perakaunan antarabangsa yang baru sebagaimana dikehendaki dalam International Financial Reporting Standard (IFRS) terutamanya aspek penilaian rizab, aset dan liabiliti yang digunakan.


Semua garis panduan di atas perlu diambil kira sebelum kita buat ulasan yang akhirnya menyebabkan kita begitu mudah menjatuhkan hukum bahkan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan fitnah dan tohmah tanpa rasa sedikit pun khuatir akan dosa jariah dan muflis akhirat yang diamarankan junjungan Nabi Muhammad SAW.


DR ASYRAF WAJDI DUSUKI timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Friday, August 14, 2026

 Politik memang penuh dengan emosi. Ada masa kita kecewa, marah dan tidak puas hati dengan kerajaan. Itu perkara biasa dalam demokrasi. Tetapi Anwar Ibrahim mengingatkan supaya kemarahan hari ini jangan sampai membuatkan kita mempertaruhkan masa depan negara.


Menurut Anwar, rakyat perlu menggunakan akal yang rasional ketika menilai kerajaan. Kalau ada kelemahan, kritik. Kalau ada kesilapan, tegur. Tetapi dalam masa sama, prestasi dan usaha yang dilakukan juga perlu dinilai secara adil.


Masalahnya, politik sentimen dan kebencian jauh lebih mudah dimainkan. Cukup dengan beberapa ayat provokasi, sesuatu isu boleh membakar emosi sehingga orang ramai tidak lagi berminat melihat fakta atau gambaran yang lebih besar.


Sedangkan mengurus sebuah negara bukan sekadar soal siapa paling pandai berpidato atau siapa paling kuat membangkitkan kemarahan rakyat. Ia melibatkan ekonomi, pelaburan, pekerjaan, pendidikan, kesihatan dan masa depan generasi seterusnya.


Sebab itu prestasi kerajaan sepatutnya menjadi antara ukuran utama. Adakah ekonomi bergerak ke arah lebih baik? Adakah pelaburan bertambah? Adakah tatakelola diperbaiki? Adakah rasuah dan ketirisan diperangi? Semua ini lebih penting untuk dinilai daripada sekadar sentimen politik.


Anwar sendiri berulang kali membawa mesej bahawa perubahan negara memerlukan masa. Ada pembaharuan yang mungkin tidak popular pada peringkat awal, tetapi kesannya perlu dilihat dalam tempoh lebih panjang dan bukan berdasarkan emosi sehari dua.


Bahaya politik kebencian ialah apabila rakyat mula melihat segala-galanya berdasarkan kem politik. Apa sahaja dibuat pihak yang kita tidak suka dianggap salah, manakala apa sahaja dilakukan pihak yang kita sokong dianggap betul.


Kalau budaya seperti ini dibiarkan, perbezaan politik boleh bertukar menjadi perpecahan masyarakat. Lebih membimbangkan apabila isu kaum, agama dan identiti dimainkan hanya untuk mendapatkan sokongan politik jangka pendek.


Pilihan politik hari ini boleh memberi kesan bertahun-tahun kepada negara. Sebab itu keputusan besar tidak sepatutnya dibuat hanya kerana sedang marah, kecewa atau termakan sentimen yang sedang hangat dimainkan.


Akhirnya rakyat tetap mempunyai kuasa untuk menilai dan menentukan siapa yang layak memimpin. Tetapi seperti seruan Anwar, biarlah penilaian itu dibuat dengan akal yang rasional — lihat prestasi, timbang fakta dan fikirkan masa depan negara sebelum membuat keputusan.

 1) Abdul Azeez Pengerusi TH 2013 - Mei 2018

2) Muhyiddin dipecat Umno Jun 2016 

3) Hamzah keluar Umno 5 bulan after Umno kalah & kemudian sertai BERSATU setelah berbincang dgn Zahid Hamidi utk membantu Umno. Hasilnya, BERSATU mula berpecah & ramai wakil rakyat BERSATU menyertai Parti Hamzah 

4) K'jaan dibwh Muhyiddin putuskan RCI TH pada Julai 2021, sebulan b4 MP Umno tarik sokongan terhadap Muhyiddin. 

5) 16 Aug 2021 Muhyiddin letak jawatan PM. 23 Sept 2021 Abdul Azeez dpt DNAA kes rasuah dari Mahkamah Sesyen. Genap sebulan Ismail Sabri angkat sumpah PM

6) Dis.2022 Abdul Azeez bebas semua pertuduhan rasuah. Tak sampai 2 minggu PMX angkat sumpah.

7) Sept.2023 Zahid Hamidi pula dpt DNAA all 47.

8) Feb 2026 Zahid mohon bebas (Mahkamah Tinggi) . Dlm pertimbangan.

9) Laporan RCI TH siap 2022. 

10) Julai 30, sehari b4 PRNN9, 'RCI TH tiada kaitan dgn Umno. Jgn buat Umno menimbulkan masalah'. Kata Pengerusi WAWASAN Hamzah yg bangkit pertahankan gabungan PN-BN yg bersedia utk bentuk k'jaan negeri. (Ulama Bisu) Hj Hadi diam tanda setuju. 


Mcm tu jer Ayatollah Hj Hadi Peneroka Haram PN, Zahid 47 & Hamzah goreng korg kat #PRNN9 yg dorg buat demi penyatuan Melayu, bukan utk diri sendiri. Yg salahnya Muhyiddin, sbb sumbangan masuk ke Acc parti. Patutnya masuk ke Acc sendiri mcm kes 1MDB.