Monday, August 17, 2026

 dalam sebuah saf, Islam mengajar kita satu disiplin yg sangat indah.


Imam hanya seorang.


makmum tidak mendahului Imam. tidak sesekali. tidak meninggikan suara mengatasi Imam. tidak memecahkan saf hanya kerana tidak menyukai bacaan Imam. bahkan jika imam tersilap sekalipun, Islam mendidik kita supaya menegur dgn adab bukan menghina dgn emosi.


begitu indah nya sebuah jemaah. 


jemaah tidak di bina oleh manusia yg sentiasa semua bersetuju, tetapi manusia yg tahu menghormati aturan. 


jika benar ada kekurangan, tegurlah dengan hikmah. jika benar ada kesilapan, betulkanlah dengan ilmu. namun janganlah kerana kecewa, kita memilih fitnah. janganlah kerana berbeza pandangan, kita mengorbankan adab. 


kerana fitnah tidak pernah membina sebuah negara. kebencian tidak pernah menyatukan sebuah bangsa. 

dalam kehidupan, tidak ada manusia yang sempurna.  


namun alangkah bertuahnya sebuah masyarakat apabila dipimpin oleh insan yang terus berusaha menjadi lebih baik; yang mengorbankan masa, tenaga dan fikirannya demi amanah yang dipikul; yang menganggap kuasa bukan sebuah kemewahan, tetapi sebuah tanggungjawab yang akan dipersoalkan di hadapan Allah. 


pemimpin akan datang dan pergi. 


tetapi adab rakyat terhadap pemimpin akan menjadi cerminan kematangan sesuatu bangsa.


jika mahu menukar imam, jangan ketika rakaat masih berlangsung.


sempurnakanlah dahulu solat itu dengan tertib.


sesudah salam, bermesyuaratlah dengan tenang. berbeza pandanganlah dengan hujah. buatlah keputusan dengan hikmah. 


itulah akhlak yang diajar oleh Islam. 


hari ni kita mudah melupakan seribu kebaikan hanya kerana satu kekurangan. terlalu mudah mempercayai satu fitnah sehingga menutup mata terhadap segala usaha yang telah dilakukan.


sedangkan lidah yang menyebarkan kebencian mungkin lebih berat hisabnya daripada tangan yang bersungguh-sungguh membina kesejahteraan.

hormat bukan tanda taksub. 

taat bukan bererti membenarkan setiap perkara. 

mengkritik bukan lesen untuk memfitnah. 


dan berbeza pandangan bukan alasan untuk memecahkan persaudaraan.  


kerana akhirnya...


negara tidak akan runtuh kerana kita berbeza pendapat. negara akan runtuh apabila adab digantikan dengan kebencian, ilmu digantikan dengan fitnah, dan amanah dikalahkan oleh nafsu kuasa. 


semoga Allah menjadikan kita makmum yang tahu menghormati imam, sahabat yang tahu menjaga sahabat, rakyat yang tahu menghargai setiap usaha yang baik, dan hamba yang sentiasa meletakkan adab mengatasi kebencian.


 kerana apabila adab terpelihara, ibadah menjadi indah. Dan apabila ibadah menjadi indah, inshaa Allah masyarakat menjadi sangat indah. 

No comments:

Post a Comment