Sunday, August 30, 2026

 Tahu tak apa masalah sebenar satu parti politik berjenama agama di Malaysia ini?


Mereka bukan tak bijak. Ramai berpelajaran tinggi. Ramai berpelajaran agama. Ramai yang hebat dan kaya.


Tetapi,

Ramai mereka yang ada satu penyakit. Penyakit yang kami sendiri sempat sedar dan berubat.

Penyakit itu namanya Ujub.

Merasa diri sendiri sentiasa betul. Paling pejuang, paling faham agama dan paling soleh. 


Jarang-jarang pandangan politik orang lain betul, walaupun ia bertaraf Mufti yang terpelajar. Mufti adalah alat kerajaan, pada pandangan mereka dari dulu sampailah sekarang.


Ijtihad politik. Siapa yang paling betul kalau bukan mereka sahaja? Kerjasamalah dengan siapapun, dalil siap sedia untuk dipulas. Semua kerjasama politik tak baik, melainkan jika mereka ada bersama. Yang lain semua tak bermanfaat bagi Islam, melainkan hanya mereka ada di dalamnya. Kerjasama tak bagus, tapi kalau tahalluf namanya baru bagus. 


Mencarut, maki hamun, melaknat semua itu pun tak jadi salah jika matlamatnya adalah untuk menyokong parti mereka. Mereka akan marah dan meradang kalau ada pemimpin berkata, "bebal dan melalak". Tapi pada masa yang sama akan bergelak ketawa dan menyokong pemimpin mereka yang mulutnya berzikir "pala bapak, pelaq, celaka, lan*au" dan macam-macam lagi. Itu, untuk mereka, adalah luahan kemarahan, tapi kalau orang lain adalah kebiadaban.


Ujubnya mereka sampai ada Tuan Gurau mereka yang berceramah mengatakan kalau nak jadi Ahlussunnah walJamaah yang paling betul, mesti bersama parti politik mereka. Itu konteks beragama. Kalau konteks bernegara, perlembagaan adalah produk penjajah, maka tidak wajib taat kepadanya. Kalau orang lain komen jadi subversif, kalau pimpinan mereka, itu adalah jihad menentang taghut.


Kalau kita bercakap soal akhlak dan adab mereka akan sodorkan isu lain yang tak berkaitan. Kalau kita bercakap dan kritik perihal ayam yang berak dalam rumah, mereka akan salahkan rumah. Ataupun akan bercakap tentang isu lalat di tong sampah yang dah bertahun tak dibersihkan. Ntahapapa... 


Macam-macam lagi masalahnya. Tapi semuanya berpangkalan di hati. Hati yang merasakan diri sendiri sahaja yang paling betul. Ini bukan penyakit manusia, ini penyakit.... 

No comments:

Post a Comment