Wednesday, August 26, 2026

 Islam tak pernah ajar pilih pemimpin semata-mata kerana pandai ceramah agama atau membawa nama parti Islam. Prinsipnya jelas: pilih orang yang qawiyul amin — berkebolehan, kuat bekerja dan amanah.


Wakil rakyat dah jadi terlalu selesa. Tak buat kerja pun rakyat tak boleh nak kata apa sebab dah diajar Islam yang wajibkan pilih mereka.


Selama ini, kita terlalu sibuk dengan syiar dan slogan agama, tetapi maqasid syariah kurang diberi perhatian. Syiar itu penting, namun Islam bukan sekadar apa yang disebut di pentas ceramah.


Peluang pekerjaan, kemudahan asas, bekalan air, kebersihan, keselesaan peniaga dan kesejahteraan rakyat juga sebahagian daripada tuntutan serta tujuan syariah. Malangnya, perkara begini seolah-olah dianggap tidak begitu penting.


Inilah kefahaman politik Islam sebenar yang sudah lama dilupai. Wakil rakyat bukan dinilai pada banyak mana dia bercakap tentang agama, tetapi sejauh mana dia mampu menjaga amanah dan menyelesaikan masalah rakyat.


Di Kelantan, pilihlah siapa pun, Melayu-Islam jugok. Tukar parti bukan tukar agama dan bukan menyerahkan negeri kepada orang lain.


Yang rakyat perlu tanya cuma satu: siapa sebenarnya lebih reti buat kijo?


DUN Kota Lama sudah menunjukkan buktinya. Kito bui ko ore lain pulok peretoh Kelate ni. Melayu-Islam jugok, cuma pilih hok lebih amanah, lebih berkebolehan dan reti buat kijo.

No comments:

Post a Comment