Monday, November 2, 2026

 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


ٱلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّٰهِ وَبَرَكَاتُهُ

Yaya


BoBoBoy guru thoriqat Ahmadiah yg Dari jalur


·

Al Allamah Syeikh Sidi Abdul Rashid ( 1918 - 1992 )


(Al-‘Allāmah (العلامة) ialah gelaran dalam bahasa Arab yang bermaksud orang yang sangat alim, luas ilmunya dan mendalam pengetahuannya.)


Nama lengkapnya ialah Syeikh Abdul Rashid Bin Syeikh Muhammad Said Bin Syeikh Jamaludin Bin Haji Idris al-Linggi dan beliau dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan.


Ayahnya Syeikh Muhammad Said al-Linggi salah seorang dari 7 wali Melayu..

Macam mana kisah nya BoBoBoy..


BoBoBoy


Guru ini sgt unik Dan sgt istimewa.. aturan berzikir2 tetap sama Dan guru ini pun seperti AI

Cara tetap sama

~Bertawasul

~Fatihah Aurad pembukaan 

~Zikir Nafi dn isbat 100 X

~Tahlil Ahmadiah 100 X

~Istigfar Kabir 13 X

~Selawat Azamiah 13 X

Dia pun pesan benda yang sama,jika baca zikir² 200 X

Selawat Dan istigfar kabir 13 +13 = 26 X kena baca untuk stabilkan..


Yaya


Guru ini tinggi level ke BoBoBoy


BoBoBoy


Saya tidak Tau level mana kedudukkan nya tetapi Ketika dia berSOLAT di sekeliling nya turut bergetar² seperti gempa bumi berlaku..di sisi tempat bersolat terdapat almari yg di dalam nya byk pinggang mangkuk tersusun..bergegar seperti gempa bumi berlaku .itu Sy lihat sendiri waktu belum mengerti ilmu Hakikat..Bila dah bljr sy ulangi pertanyaan tersebut...Guru tu ckp waktu tu dia tak sedar pun apa di keliling nya..Pernah suatu ketika berkumpul dgn ahli keluarga nya,anak nya alam benda sama spt ayah nya..Waktu tu anak Dan ayah ddk berhampiran..Saya Tanya anak nya pernah alami Karam di dlm SOLAT..Jasad di sejadah Batin solat di dalam Kubah..Spontan Ayah nya ckp tu di Baitul makmur di langit ke 7..( dlm hati Sy tentu dah SOLAT di sana)Terus sy bertanya bab Khusyuk dkt Ayah nya...Guru itu Berkata,ketika angkat takbir sahaja ketika SOLAT dia tak ingat apa² dah di keliling sbb ROH di dah di bawa ke mana² shj oleh ALLAH...Dah langit ke 7 pun sampai x perlu tnya byk2,sy Tanya bab latihan shj ketika itu,mcm mana blh sampai tahap itu..

Dia bg latihan terperinci Dan detail bab ini ..


Yaya


Blh share ke BoBoBoy?


BoBoBoy


InsyaAllah boleh je,nnti awk belanja Kambing golek Dan Secret Recipe 😄


Yaya


Boleh je,tetapi di online ni nak share jgk ke? Tentu ada yg nk Tau RAHSIA guru ini kan🤔..


BoBoBoy


Memang sy akui , RAHSIA ini setelah sy ulang alik ke rumah nya hampir 5 tahun jgk lah..baru 1 per 1 RAHSIA di buka nya..tetepi sesiapa berminat utk sy share bab PETUA SOLAT ini Sila Komen 


Nak Rahsia ❗❗❗


Cukup 100 Komen sy share ilmu ini..Jika tak cukup Komen lupakan shj ...ikuti shj Panduan solat di mana² media..


Yaya,waktu guru ini Masih hidup ada 2 org anak nya dpt petunjuk. Di mana di mlm hari ke dua2 anak nya lelaki Dan perempuan perlu tidur dlm berwuduk..lokasi mereka ddk berjauhan tetapi Perintah tidur berwuduk serentak


Yaya


2 org anak itu warisi ilmu ayah dia ke?


BoBoBoy


Yang lelaki tu selalu sy pm Whatssap jika tak paham sesuatu Hal,yg ppuan tu sy tak pasti.. Setelah mereka tidur dalam berwuduk mereka bermimpi di bawa melihat MAHLIGAI sgt2 besar Dan sangat indah..ketika mereka ingin memasuki ruang Mahligai tersebut terdapat SUARA melarang mereka memasuki ruang tersebut sebab ini milik Ayah nya.. Walaupun mereka anak tetapi Tidak di benarkan memasuki ruang MAHLIGAI itu .Esk nya si Abang Tanya adik perempuan itu pasal mimpi itu, ternyata mereka mimpikn cerita yg sama .HEBAT ALLAH aturkn utk anak² supaya YAKIN ilmu ayah nya .


Yaya


BoBoBoy,jom sy blja kambing golek 😍..nk Tau RAHSIA ni..


BoBoBoy


Berehhhhh,jom Yaya


Yaya


Korang nak Rahsia, jangan lupa Komen 


Nak Rahsia❗❗❗


Wa alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh


Saturday, October 31, 2026

 ONN HAFIZ, YANG BERTANDING LAWAN ATAU YANG DAH KIRA UNDI?


Ulasan SINDIQ


Belum buka peti undi, Onn Hafiz sudah begitu yakin pihak lawan membuang masa di Melaka. Hebat betul. Rakyat belum membuat keputusan, pemimpin pula sudah bercakap macam keputusan tersimpan dalam poket.


Dalam demokrasi, bertanding itu hak. Menawarkan pilihan kepada rakyat itu tanggungjawab. Kalau semua pencabar dianggap membuang masa, buat apa adakan pilihan raya?


Yakin dengan prestasi sendiri boleh. Menganggap keputusan rakyat sudah terjamin, itu terlebih yakin namanya.


Sebelum sibuk mengajar orang Melaka tentang pembaziran masa, elok juga Onn Hafiz bentangkan kerja rumah di Johor.


Pada 1 Oktober, laporan yang disiarkan portal NADMA menyebut lebih 200 rumah terjejas dalam banjir di Kampung Pasir Tampoi. ADUN Perling membangkitkan dakwaan kerosakan pam tali air serta aduan penduduk yang berulang. Ini persoalan penyelenggaraan dan tindakan susulan yang memerlukan jawapan jelas.


Pada 5 Oktober pula, mesyuarat pasukan petugas banjir kilat Johor Bahru masih membincangkan cadangan penyelesaian, kos dan jadual pelaksanaan. Usaha itu wajar diakui. Tetapi rakyat tentunya mahu tahu bila hasilnya dapat dirasai dan bagaimana kejadian berulang dapat dikurangkan.


Kalau hendak bercakap tentang masa, tanyalah penduduk yang berkali-kali mengemas rumah selepas banjir. Masa mereka pun berharga, Datuk.


Rekod bekalan air juga patut dijawab dengan jujur. Februari lalu, Simpang Renggam dan Benut melalui bekalan berjadual, termasuk tempoh 48 jam tanpa bekalan mengikut zon. Onn Hafiz kemudian memaklumkan penjadualan itu ditamatkan selepas keadaan pulih. Maka persoalannya: apakah persediaan jangka panjang supaya rakyat lebih terlindung apabila kemarau berulang?


Jenguk pula Negeri Sembilan. Menurut laporan 28 Oktober, pelantikan EXCO baharu masih menunggu proses mahkamah berhubung kesahihan pembatalan pelantikan 10 bekas EXCO. Menteri Besarnya menegaskan pentadbiran berjalan dan persediaan belanjawan diteruskan. Namun, kekosongan itu tetap menuntut penjelasan tentang pembahagian tanggungjawab dan akauntabiliti pentadbiran.


Slogan kestabilan memang sedap disebut di pentas. Rakyat berhak menilai bagaimana kestabilan itu diterjemahkan dalam pentadbiran.


Onn Hafiz boleh datang berkempen di Melaka. Tetapi bawalah rekod, penyelesaian dan hujah yang boleh diuji.


Peti undi belum dibuka, jangan berlagak macam rakyat sudah tandatangan cek kosong.

 PAS DAN WAWASAN PUTIH MATA , UMNO TERTELAN UMPAN PAS


Jika CSA antara BERSATU dan Kerajaan MADANI dimeterai seperti dilaporkan, ia bukan sekadar cerita peruntukan kawasan. Ia adalah tamparan politik kepada PAS dan Wawasan yang selama ini begitu yakin boleh mengatur jatuh bangun kerajaan melalui percaturan belakang tabir. Ketika PRU masih jauh, BERSATU memilih jalan paling praktikal, memastikan rakyat di kawasan mereka tidak terus menjadi mangsa permainan kuasa pembangkang.


CSA membawa satu makna jelas , sokongan bagi urusan keyakinan dan perbekalan kerajaan, termasuk Belanjawan 2027. Dalam bahasa mudah, Ahli Parlimen BERSATU yang terlibat berpeluang menumpukan kerja membaiki sekolah, menyelesaikan isu rakyat, memperkukuh kemudahan kampung dan membina keyakinan pengundi. Ini bukan soal membeli kesetiaan, tetapi soal memilih antara politik bising di pentas ceramah atau hasil yang boleh dilihat rakyat di kawasan.


PAS dan Wawasan pula nampaknya memilih jalan lain. Mereka terlalu ghairah mendekati BN melalui persefahaman politik di PRN Melaka, seolah-olah kerajaan MADANI boleh digugat dalam sekelip mata dengan menarik sokongan dan menolak Belanjawan. Namun politik bukan permainan congkak. Apabila BERSATU menawarkan sokongan bersyarat melalui CSA, angan-angan untuk melihat kerajaan tumbang akibat permainan angka itu boleh bertukar menjadi mimpi di siang hari.


Lebih ironis, persefahaman BN–PN di Melaka yang mahu dijual sebagai “penyatuan Melayu” kini berpotensi memakan diri Ahli Parlimen PN sendiri. PAS sibuk menjulang slogan perpaduan, Wawasan pula berharap mendapat tempat dalam percaturan baharu, tetapi BERSATU mengambil langkah yang memberi manfaat terus kepada kawasan mereka. Yang tinggal kepada PAS dan Wawasan mata merah mata menahan kemarahan melihat lawan politik memiliki ruang bekerja untuk rakyat.


UMNO pula perlu bertanya kepada diri sendiri , apakah untungnya terlalu cepat termakan naratif PAS? Ketika UMNO mengintai kerusi-kerusi yang pernah dimenangi BERSATU dan membayangkan pembahagian kuasa selepas PRU, BERSATU sedang membina semula tapak sokongan melalui perkhidmatan kawasan. 


Jika setiap kawasan mendapat sekitar RM2 juta setahun untuk projek rakyat, itu bukan angka kecil dalam politik akar umbi. Longkang dibaiki, surau dibantu, sekolah dinaik taraf dan keluarga susah disantuni semuanya menjadi modal membina kepercayaan yang tidak boleh dibalas dengan ceramah semata-mata.


PAS sejak dahulu gemar mengatur papan catur, tetapi sering lupa bahawa bidak juga mempunyai fikiran. Apabila BERSATU mendapat ruang melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat, PAS bukan sahaja kehilangan alasan untuk menyerang kerajaan, malah terpaksa menjawab mengapa mereka lebih ghairah bermain politik menjatuhkan kerajaan daripada memastikan kawasan wakil rakyat mereka mendapat manfaat.


Akhirnya, inilah akibat politik yang dibina atas sangkaan. PAS dan Wawasan menyangka hubungan dengan BN di Melaka akan membuka jalan ke Putrajaya. UMNO pula menyangka PAS ialah sekutu yang boleh dipercayai untuk mengukuhkan Melayu. Tetapi apabila BERSATU memilih CSA bersama PH dan rakyat mula melihat hasil di kawasan . PAS dan Wawasan mungkin putih mata, sementara UMNO sekali lagi perlu sedar bahawa mainan politik PAS yang memanipulasikan pernyatuan ummah adalah untuk mel

emahkan UMNO.

Friday, October 30, 2026

ATM ZAHID

 MASALAH KKDW DAH SEPADAN DENGAN MASALAH KAPAL LCS TLDM - KAPAL BELUM SIAP TAPI BERHUTANG DENGAN KONTRAKTOR BERBILLION.


Bukan main lagi isu bayaran kontraktor projek jalan luar bandar sebelum ini. Tetapi penjelasan terbaru Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat nampaknya menimbulkan persoalan besar terhadap pengurusan kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendedahkan bahawa masalah kelewatan pembayaran kontraktor Program Jalan Luar Bandar (JALB) berkait dengan komitmen perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang melebihi peruntukan asal.


Lebih mengejutkan, tunggakan bayaran kepada kontraktor kini mencecah RM1.05 bilion!


Persoalannya, bagaimana kementerian yang dipimpin seorang Timbalan Perdana Menteri boleh berdepan masalah komitmen sebesar ini?


Menurut MOF, sejak 2023, KKDW membuat komitmen perbelanjaan projek jalan luar bandar melebihi peruntukan tahunan asal yang diluluskan.


Pada 2023, peruntukan asal sekitar RM1.1 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar mencecah RM1.8 bilion.


Tahun berikutnya, peruntukan asal RM1.3 bilion berbanding perbelanjaan RM2 bilion. Pada 2025 pula, perbelanjaan meningkat kepada RM2.3 bilion berbanding peruntukan asal RM1.6 bilion.


Memang kerajaan kemudian membuat pindaan dan tambahan peruntukan, tetapi isu komitmen serta bayaran tertunggak masih belum selesai sepenuhnya.


Apa yang menarik, Zahid sebelum ini menegaskan bahawa perbelanjaan KKDW bagi tempoh 2023 hingga 2025 sebenarnya masih berada dalam jumlah peruntukan yang sudah dipinda.


Namun, penjelasan terbaru MOF menunjukkan masalah bukan sekadar jumlah akhir peruntukan selepas pindaan, tetapi juga soal bagaimana komitmen projek dibuat sebelum pembiayaan mencukupi diperoleh.


Malah, MOF terpaksa meluluskan tambahan RM500 juta pada September bagi membantu pembayaran kontraktor.


Peruntukan JALB untuk 2026 turut meningkat kepada RM3.1 bilion selepas mengambil kira kelulusan tambahan dan penyusunan semula peruntukan.


Lebih menarik, MOF menegaskan bahawa kementerian itu tidak membatalkan projek jalan luar bandar seperti yang didakwa sebelum ini.


Sebaliknya, KKDW diminta menangguhkan pengeluaran surat setuju terima baharu sementara tunggakan sedia ada diselesaikan.


Maknanya, sebelum mahu menambah komitmen projek baharu, bayaran kepada kontraktor yang sudah menjalankan kerja perlu diberikan perhatian.


Dalam keadaan kontraktor berdepan masalah aliran tunai, pembekal menunggu bayaran dan projek rakyat perlu diteruskan, persoalan mengenai disiplin kewangan kementerian bukan perkara kecil.


Zahid selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tentunya perlu memberikan penjelasan menyeluruh mengenai bagaimana tunggakan sebesar itu boleh berlaku dan apakah pelan penyelesaiannya.


Bagaimanapun, komitmen melebihi peruntukan asal tidak dengan sendirinya membuktikan berlaku penyelewengan atau kesalahan peribadi oleh Zahid.


Apa yang rakyat mahu ialah pengurusan yang jelas, kontraktor dibayar mengikut aturan dan projek pembangunan luar bandar tidak terjejas.


Kalau mahu bercakap tentang pembangunan desa, jangan sekadar berlumba mengumumkan projek baharu.


Pastikan dahulu komitmen yang dibuat mampu dibayar, supaya kontraktor tidak menanggung masalah dan rakyat tidak terus menunggu jalan yang dijanjikan.


Sumber: Penjelasan Menteri Kewangan II di Dewan Rakyat, 29 Oktober 2026; Bernama; Astro AWANI; kenyataan MOF.

Thursday, October 29, 2026

 MASALAH KKDW DAH SEPADAN DENGAN MASALAH KAPAL LCS TLDM - KAPAL BELUM SIAP TAPI BERHUTANG DENGAN KONTRAKTOR BERBILLION.


Bukan main lagi isu bayaran kontraktor projek jalan luar bandar sebelum ini. Tetapi penjelasan terbaru Kementerian Kewangan (MOF) di Dewan Rakyat nampaknya menimbulkan persoalan besar terhadap pengurusan kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mendedahkan bahawa masalah kelewatan pembayaran kontraktor Program Jalan Luar Bandar (JALB) berkait dengan komitmen perbelanjaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang melebihi peruntukan asal.


Lebih mengejutkan, tunggakan bayaran kepada kontraktor kini mencecah RM1.05 bilion!


Persoalannya, bagaimana kementerian yang dipimpin seorang Timbalan Perdana Menteri boleh berdepan masalah komitmen sebesar ini?


Menurut MOF, sejak 2023, KKDW membuat komitmen perbelanjaan projek jalan luar bandar melebihi peruntukan tahunan asal yang diluluskan.


Pada 2023, peruntukan asal sekitar RM1.1 bilion, tetapi perbelanjaan sebenar mencecah RM1.8 bilion.


Tahun berikutnya, peruntukan asal RM1.3 bilion berbanding perbelanjaan RM2 bilion. Pada 2025 pula, perbelanjaan meningkat kepada RM2.3 bilion berbanding peruntukan asal RM1.6 bilion.


Memang kerajaan kemudian membuat pindaan dan tambahan peruntukan, tetapi isu komitmen serta bayaran tertunggak masih belum selesai sepenuhnya.


Apa yang menarik, Zahid sebelum ini menegaskan bahawa perbelanjaan KKDW bagi tempoh 2023 hingga 2025 sebenarnya masih berada dalam jumlah peruntukan yang sudah dipinda.


Namun, penjelasan terbaru MOF menunjukkan masalah bukan sekadar jumlah akhir peruntukan selepas pindaan, tetapi juga soal bagaimana komitmen projek dibuat sebelum pembiayaan mencukupi diperoleh.


Malah, MOF terpaksa meluluskan tambahan RM500 juta pada September bagi membantu pembayaran kontraktor.


Peruntukan JALB untuk 2026 turut meningkat kepada RM3.1 bilion selepas mengambil kira kelulusan tambahan dan penyusunan semula peruntukan.


Lebih menarik, MOF menegaskan bahawa kementerian itu tidak membatalkan projek jalan luar bandar seperti yang didakwa sebelum ini.


Sebaliknya, KKDW diminta menangguhkan pengeluaran surat setuju terima baharu sementara tunggakan sedia ada diselesaikan.


Maknanya, sebelum mahu menambah komitmen projek baharu, bayaran kepada kontraktor yang sudah menjalankan kerja perlu diberikan perhatian.


Dalam keadaan kontraktor berdepan masalah aliran tunai, pembekal menunggu bayaran dan projek rakyat perlu diteruskan, persoalan mengenai disiplin kewangan kementerian bukan perkara kecil.


Zahid selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah tentunya perlu memberikan penjelasan menyeluruh mengenai bagaimana tunggakan sebesar itu boleh berlaku dan apakah pelan penyelesaiannya.


Bagaimanapun, komitmen melebihi peruntukan asal tidak dengan sendirinya membuktikan berlaku penyelewengan atau kesalahan peribadi oleh Zahid.


Apa yang rakyat mahu ialah pengurusan yang jelas, kontraktor dibayar mengikut aturan dan projek pembangunan luar bandar tidak terjejas.


Kalau mahu bercakap tentang pembangunan desa, jangan sekadar berlumba mengumumkan projek baharu.


Pastikan dahulu komitmen yang dibuat mampu dibayar, supaya kontraktor tidak menanggung masalah dan rakyat tidak terus menunggu jalan yang dijanjikan.


Sumber: Penjelasan Menteri Kewangan II di Dewan Rakyat, 29 Oktober 2026; Bernama; Astro AWANI; kenyataan MOF.

 KENYATAAN MEDIA


UMNO JANGAN JADI MUSANG BERBULU AYAM: BERTEDUH DI BAWAH KERAJAAN PERPADUAN, TETAPI BERPAKAT UNTUK MENUMBANGKAN RAKAN SENDIRI!.


1.Keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO untuk bekerjasama dengan PAS dan PN dalam PRN Melaka, membantu calon PN serta melancarkan manifesto bersama, menimbulkan satu persoalan besar tentang prinsip dan kesetiaan politik UMNO. Perkara ini dilaporkan oleh UMNO Online pada 28 Oktober 2026.⁠


2.Di Putrajaya, UMNO duduk semeja dengan PH dalam Kerajaan Perpaduan. Tetapi di Melaka dan sebelum ini berm7la di PRN Johor dan Negeri Sembilan, UMNO memilih untuk berpakat dengan PAS dan PN bagi menghadapi PH. Di satu meja mengaku rakan, di gelanggang pilihan raya membantu pihak yang menentang rakan sendiri.Ini adalah kali ketiga UMNO BN kianati rakan dan rakyat yang mengundi PH dengan me.bentuk pakatan jahat bersama PAS PN.


3.Ini bukan lagi soal perbezaan pendapat. Ini soal kejujuran dalam kerjasama politik. Rakyat berhak bertanya: apakah erti persahabatan jika di hadapan kita berjabat tangan, tetapi di belakang kita menyusun langkah bersama pihak yang mahu mengalahkan kita?


4.UMNO tidak boleh terus mahu menikmati teduhan pokok Kerajaan Perpaduan, sedangkan pada masa yang sama memegang kapak bersama pihak yang sedang menentang rakan di bawah pokok itu. Jangan bercakap tentang pokok rendang yang perlu dipertahankan, sedangkan tindakan sendiri menimbulkan persoalan siapa sebenarnya yang sedang menebang dahan kerjasama.


Kalau UMNO benar-benar memilih PAS dan PN sebagai rakan politiknya, nyatakan dengan berani. Jangan berselindung di sebalik alasan politik negeri berbeza daripada politik pusat, sedangkan keputusan sendiri menunjukkan kerjasama pilihan raya yang nyata.


5.Kalau sudah memilih jalan bersama PAS dan PN, UMNO perlu berani menjelaskan kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan. Jangan mahu dua-dua keuntungan. kuasa di Putrajaya dikongsi, tetapi di Melaka rakan kerajaan dijadikan sasaran.


6.Politik tidak sepatutnya menjadi permainan musang yang masuk ke reban dengan wajah sahabat, tetapi tindakannya menimbulkan curiga terhadap keselamatan penghuni reban. Rakyat tidak boleh dipaksa menerima percanggahan sebagai perkara biasa hanya kerana ia menguntungkan parti tertentu.


7.Saya ingin mengingatkan pimpinan UMNO jangan sampai rakyat melihat UMNO sebagai parti yang mahu menikmati hasil sebuah kerjasama, tetapi pada masa yang sama membantu melemahkan rakan yang menjayakannya.


Jika prinsip boleh berubah mengikut gelanggang, bagaimana rakyat hendak mempercayai janji yang dibuat selepas pilihan raya?.


8.Akhirnya, UMNO perlu menjawab dengan jelas: adakah UMNO benar-benar komited kepada Kerajaan Perpaduan, atau sekadar mahu kekal di dalamnya sementara membantu PAS dan dan rakannya menentang PH di luar?.


9.Jangan biarkan rakyat menanggung harga percanggahan politik yang dicipta oleh pemimpin UMNO sendiri. Jika UMNO telah membuat pilihan, beranilah memikul akibatnya. Dalam politik, yang paling merosakkan kepercayaan bukan semata-mata perbezaan pendapat, tetapi apabila kata kata persahabatan tidak seiring dengan tindakan.


10.Jangan jadi musang berbulu ayam. Jangan berteduh di bawah pokok yang sama sambil membantu pihak lain menggergaji batangnya. Kalau benar sudah memilih jalan yang berbeza, berterus teranglah kerana maruah politik tidak boleh dibina dengan dua wajah dan dua pendirian.


11.Yang menjadi taruhan bukan sekadar kerusi DUN Melaka. Yang dipertaruhkan ialah kepercayaan rakyat terhadap makna perkongsian kuasa, janji politik dan tanggungjawab kepada negara.


UMNO sudah memilih gelanggang  sekarang berani atau tidak memilih pendirian?


Kalau UMNO sudah memilih untuk berpakat dengan PAS dan PN bagi menentang PH di Melaka, mengapa UMNO masih mahu terus menikmati kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan di Putrajaya?


MAHFUZ OMAR

NAIB PRESIDEN

PARTI AMANAH NEGARA

KHAMIS 12.30PM 29 OKT 2026

TELUK MAS, KOTA MELAKA

MELAKA.

Tuesday, October 20, 2026

 Fitnah terhadap baginda ketika kempen PRN lalu masih melekat dan belum dibersihkan sehingga dipercayai oleh mereka di Luak Tanah Mengandung. Air mata Tunku Ampuan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang tumpah di KLIA1 masih belum kering.


Kacau-bilau di semua luak di Negeri Sembilan masih berlangsung. Kerajaan negeri pimpinan Aminuddin Harun yang sedang berkemudi dengan baik memukat pelabur terpaksa dibubarkan ekoran penarikan sokongan Umno.


Dr Akmal Saleh, Ketua Pemuda Umno belum menyanggah Siow Kong Choon dari MCA (bukan DAP ya) dan kita belum tahu mengapa MCA berani melawan raja Melayu seperti itu.


Dan paling penting, Ismail Lasim pada usia 67 tahun masih belum memberitahu kita, siapakah yang memaksa dia untuk menandatangani proklamasi menurunkan Yamtuan Besar?


Siapa yang akan membersihkan najis dari hujung Mahkota Hills ke Pulau Sebang?


Kes yang luar biasa anehnya


Ia tidak harus dibiar menjadi misteri seperti tanda tanya Bigfoot di Tampin.


Kita mesti diberitahu siapakah yang memaksa Ismail di Port Dickson. Apa yang sebenar berlaku di Port Dickson?


Tetapi Ahmad Zahid dan Ismail serta semua 18 orang Adun BN tidak boleh diizinkan menarik hand brake – khusus di kala PRN Melaka berada di persimpangan. Malah PRU juga bakal tiba.


Sekarang, kita perlu tahu siapakah yang membuat aniaya sehingga merosakkan habis keadaan stabil dan makmur di Negeri Sembilan sehingga menjadi bilau-kacau. Siapakah perlu bertanggungjawab mengharu-birukan Negeri Sembilan?


Ismail jangan bersenang hati setelah ‘dilempar ke bawah bas’ (kita juga mahu tahu siapa melemparkannya). Kita ulang: Surat Cara Proklamasi yang ditandatangani di Laguna Biru, Port Dickson pada pada 3 Ogos lalu terkait kedudukan Tuanku Muhriz adalah sesuatu yang besar dan bahaya.


Ismail mendakwa dokumen tersebut ditandatangani tanpa rela dan secara paksa (duress). Dia membuat laporan polis mengenai perkara tersebut pada 8 Sept dan kita mahu tahu hasil siasatan.


Siapakah yang memaksa Ismail melakukan itu?


Seorang menteri besar dengan kelulusan undang-undang boleh dipaksa menurunkan raja. Ini adalah kes yang luar biasa anehnya.


Ini kekal misteri, dan apa berlaku kepada Ismail itu tidak serumit kes simbah asid yang mudah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Misteri Ismail di Port Dickson ini bukan sesuatu yang enteng. Pada 8 Sept lalu akhbar Singapura, The Straits Times, menyatakan barisan kepimpinan tertinggi Umno termasuk Ahmad Zahid, Asyraf Wajdi Dusuki (setiausaha agung), dan Azalina Othman Said (Menteri Undang-Undang dan Ketua Penerangan Umno) turut hadir dalam pertemuan berkenaan.


Ada yang berbau derhaka


Mereka sudah membuat penafian. Kita juga tidak perlu menunggu hari akhirat untuk hal sebegini. Justeru Ismail harus tahu yang akur kepada Ahmad Zahid untuk “jangan lagi campur” di tengah porak-peranda dan hiruk-pikuk yang timbul di Negeri Sembilan itu adalah suatu kelakuan kurang ajar juga.


Itulah kepala daripada kemurkaan Tuanku Muhriz terhadap Ismail.


Lebih misteri, dalam laporan The Straits Times itu, Ismail dikatakan dipaksa menandatangani pengisytiharan tersebut under duress sementara kepimpinan tertinggi Umno didakwa bekerjasama rapat dengan Undang yang asal.


Bukan itu sahaja, dalam laporan berkenaan dikemukakan yang kononnya Ismail dihalang daripada meninggalkan pertemuan tersebut sehingga dia menyetujui langkah yang mahu diambil ke atas Tuanku Muhriz itu.

Meskipun kejadian itu berlaku pada 3 Ogos, Ismail tetap melaksanakan angkat sumpah jawatan exco di hadapan Tuanku Muhriz pada 7 Ogos.


Tidak semua perkara boleh menjadi NFA. Satu penganiayaan terhadap institusi diraja dan adat telah terjadi di Negeri Sembilan yang mengambil masa berdekad-dekad untuk dipulihkan. Ahmad Zahid tidak boleh cuci tangan dengan menyorong Adun Umno Negeri Sembilan untuk berkelakuan seperti biasa.


Tangan BN, PAS dan Wawasan masih ada bau penderhakaan.


FAISAL TEHRANI