Tuesday, February 17, 2026

 Kalau Pemuda Umno sudah lupa, aku boleh tolong ingatkan apa dah jadi sewaktu tiga parti Melayu "bersatu", Februari 2020 hingga Oktober 2022.


Semuanya ada di sini ๐Ÿ‘‡ Ringkas + padat ๐Ÿ‘


Pada saat negara berdepan Covid-19 yang mengancam nyawa dan pekerjaan rakyat, pemimpin kerajaan gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) asyik bercakaran.


Tumpuan mereka hanya untuk mengekalkan atau merampas kuasa sehingga hilang fokus untuk mengekang virus, menguatkan ekonomi yang terjejas dan memajukan Malaysia.


Sesungguhnya memang sahihlah Langkah Sheraton telah bertukar ibu segala pengkhianatan yang memporak-perandakan negara sehingga penggal pilihan raya ke-14 menjadi kekacauan politik terbesar dalam sejarah.


Kami ringkaskan 10 tema kecil bagi memahami pelbagai peristiwa antara majlis makan malam di Hotel Sheraton pada 23 Februari 2020 hingga pembubaran Parlimen pada 10 Oktober 2022.


1. Kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ditumbang di ambang Covid-19 


■ Tindakan lompat parti bermula hujung Februari 2020 ketika Covid-19 mula tersebar ke serata dunia

■ Negara tidak sedia tangani masalah ekonomi akibat virus baharu dan luar jangka itu walau pakej rangsangan RM20 bilion dibentang


2. Sabah pula diganggu, Umno ingin rampas kuasa 


■ Kerajaan baharu PN-BN ganggu kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan), bekas sekutu HARAPAN, sehingga Dewan Undangan Negeri bubar pada Julai 2020

■ Gabungan persekutuan di peringkat negeri bertempur sesama sendiri dalam pilihan raya Sabah pada September 2020

■ Selepas pilihan raya, gabungan peringkat negeri PN-BN bentuk kerajaan baharu pada September 2020 tetapi masih ada rasa tidak puas hati

■ Kajian sahkan gelombang Covid-19 naik di Sabah setelah pilihan raya sehingga jadi makin parah


3. Menteri besar ditumbang di tengah wabak 


■ BN naik menguasai kerajaan Johor melalui menteri besar baharu hujung Februari 2020

■ Ketua menteri Melaka (Pakatan Harapan) dijatuhkan, diganti dengan Umno pada Mac 2020

■ PAS dengan PN menyingkirkan kerajaan HARAPAN di Kedah pada Mei 2020

■ Kerajaan negeri Perak bertukar tangan, daripada HARAPAN kepada gabungan PN-BN pada Mac 2020

■ BN goncang pentadbiran Perak, menteri besar PN letak jawatan Disember 2020


4. Darurat politik tidak kawal virus, kes makin meningkat 


■ Bimbang ditumbang Umno, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin persembah permohonan darurat pada Oktober 2020

■ Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-Raja tidak perkenan darurat

■ Darurat diisytihar di seluruh negara mulai 11 Januari hingga 1 Ogos 2021. Sebanyak 2,232 kes positif Covid-19 direkodkan

■ Tetapi kes naik mendadak antara April hingga Ogos 2021. Pada Ogos sahaja, 632,982 kes dan 7,640 kematian dicatat – jumlah tertinggi

■ Krisis politik meledak lagi. Ahli parlimen Umno tarik sokongan dan kerajaan Muhyiddin tumbang, diganti Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 21 Ogos


5. Istana tegur tindakan politik, desak bahas Ordinan Darurat 


■ Pada Februari 2021, Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan Parlimen boleh bersidang walau darurat tetapi kerajaan abaikan nasihat

■ Pada Jun, Al-Sultan Abdullah bertitah sidang Parlimen perlu “secepat mungkin”, mesti bahas Proklamasi Darurat, Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara

■ Raja-Raja Melayu zahirkan pandangan tiada keperluan darurat diteruskan

■ Pada Julai 2021, Yang di-Pertuan Agong sekali lagi zahirkan pandangan Parlimen perlu bersidang “secepat mungkin”


6. Tiada tumpuan isu Covid, Sultan titah segerakan vaksinasi 


■ Pada 8 Jun 2021, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor gesa percepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk penduduk negeri ini

■ Pada 16 Jun, Raja-Raja Melayu sepakat desak program vaksinasi dipertingkat, kurangkan birokrasi bagi segerakan imuniti kelompok


7. Gabungan PN-BN goncang, pemimpin Umno ganti Muhyiddin 


■ Kes terus meningkat antara April hingga Ogos 2021. Pada Ogos sahaja, 632,982 kes dan 7,640 kematian dicatat – jumlah tertinggi dalam sejarah negara

■ Krisis politik meledak lagi. Seramai 15 ahli parlimen Umno tarik sokongan, kerajaan Muhyiddin tumbang pada awal Ogos

■ Tidak lama kemudian, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilantik perdana menteri ketiga dalam tempoh tiga tahun setengah

■ Bimbang kerajaannya dijatuhkan, Ismail Sabri minta sokongan wakil-wakil rakyat HARAPAN melalui perjanjian persefahaman

■ HARAPAN selamatkan negara tidak stabil, desak gubal Akta Antilompat Parti dan sejumlah lagi reformasi bagi kukuhkan pentadbiran


8. Pilihan raya negeri awal, krisis sesama Umno 


■ Kerajaan negeri Sabah bergoncang hanya beberapa bulan selepas HARAPAN ditumbangkan pada Februari 2020

■ Tidak cukup percakaran antara BN dengan PN pada Ogos 2021, pemimpin Umno Melaka pula berperang sesama sendiri hingga kerajaan negeri dibubarkan awal Oktober

■ Pilihan raya negeri terpaksa dibuat pada November. Semua parti dalam kabinet BN-PN bertempur sesama sendiri dalam persaingan tiga penjuru dengan HARAPAN

■ Tidak lama selepas ini, krisis politik di Johor pula meletus. Dewan Undangan Negeri dibubarkan pada Januari 2022

■ Sekali lagi, pilihan raya negeri terpaksa diadakan. Semua parti dalam kabinet BN-PN bertempur lagi dalam persaingan tiga penjuru dengan HARAPAN pada Mac 2022


9. Berbalah dan terus bertempur sesama sendiri 


■ Syarat kerjasama BN bersama PN, pilihan raya umum perlu diadakan segera, sasaran awal Umno pada awal 2021 ketika Covid-19 masih serius

■ BN sentiasa ugut pentadbiran Muhyiddin untuk tarik sokongan sepanjang hujung 2020 dan 2021 hingga berundur pada Ogos 2021

■ BN sentiasa desak pilihan raya umum diadakan segera hingga ganggu pentadbiran Ismail Sabri, terpaksa bubar Parlimen walau penggal tamat tempoh pada tahun depan

■ PAS pula tidak tetap pendirian, sukar tentukan bersama Umno dalam Muafakat Nasional atau bersama Bersatu dalam PN

■ Bertelingkah jawatan timbalan perdana menteri pula pada Julai 2022 antara PN dan BN. PAS pula dakwa tidak tahu-menahu walau pemimpinnya saksikan perjanjian


10. Satu kabinet, dua suara – tiada lagi kerajaan stabil 


■ Walau BN dan PN cuba tonjolkan imej “stabil” tetapi hakikatnya sejarah buktikan krisis demi krisis muncul sejak HARAPAN ditumbangkan

■ Pada saat akhir, 12 menteri PN hantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong agar tidak bubarkan Parlimen setelah didesak BN bertubi-tubi

■ Ismail Sabri terpaksa ikut telunjuk parti yang sering tekan pentadbiran, lalu umum pembubaran Parlimen pada petang 10 Oktober 2022


(Nota: Nombor 4, 5, 6 dan 7 di dalam graf ini ๐Ÿ‘‡menunjukkan peristiwa politik seperti keterangan di atas tadi ๐Ÿ‘†. Peristiwa atau krisis politik ini ada kaitan dengan wabak Covid-19).

Thursday, February 12, 2026

 "I'm Not Against Chinese People, Just Against DAP" – Really?


Dr Akmal Saleh, the Umno Youth chief, says he's not anti-Chinese. He just doesn't like DAP, the political party. He says there's a big difference.


In a podcast interview by Khairy Jamaludin, Akmal tried to explain that when he fights with DAP, it's only about their ideas and policies – not about race. To prove his point, he said "My in-laws are Chinese," like that settles everything.


Wait, What Did He Just Say?


But then things got confusing. When the host asked if DAP is still racist toward Malays, Akmal quickly said: "Of course! It has racist DNA. It exists."


Let's think about this: He says it's not about race, it's about politics. But then he says DAP has "racist DNA" that might take 10 to 20 years to fix. But remember, it's totally not about race!


Does that make sense to you?


"I Only Defend, I Never Attack"


Akmal also said he never starts fights – he only defends his community. Here are some things he "defended":


- A flag that was hung upside down

- Socks that had the word "Allah" on them

- Chinese school certificates

- A neighbourhood development plan


The thing is, if you don't like what a political party does, you just say the party's name, right?


For example, if you don't like PAS's ideas, you say "PAS is wrong" – not "Malays are wrong."


So why does Akmal keep saying "Chinese this" and "Chinese that" instead of just saying "DAP"? If it's really only about politics, why bring up race at all?


We Don't Need Populist Politicians


Malaysia already has too many politicians like this. They create drama to get attention and make themselves look important. They make noise about small things to get their names in the news.


Some converts especially love using these tactics to build fake careers. They act "more holy than thou" and pick fights over nothing to prove themselves.


We're tired of this childish behaviour. We're fed up with leaders who create unnecessary tension and division just to stay relevant.


Malaysian people are smarter than this. We can see through these cheap tricks.


What We Don't Hear From Him... 


You know what's interesting? When there's a big corruption scandal involving important people in his own party, Akmal suddenly becomes very quiet. He doesn't "defend" anything then. Funny boh? 


What Malaysia Really Needs


Malaysia doesn't need leaders who say "I'm not racist" but then do things that divide people by race.


We don't need politicians who organize street protests over socks and flags (which were obviously accidents) while ignoring real problems like corruption.


We don't need populists who make big noise about small things while staying silent about big problems.


We need leaders who can disagree about ideas without making everything about race. Who can criticize other politicians without making people angry at each other. Who understand that saying "I have Chinese relatives" doesn't automatically make you right.


The Truth is in Actions, Not Words


Akmal says he can work with DAP politicians "if sensitive issues are handled carefully." Maybe he should follow his own advice la! 


When you say you only oppose a party's politics but you keep bringing up race, you're not fooling anyone. Your actions tell the real story.


Malaysian people – Malay, Chinese, Indian, and everyone else – are tired of this immature politics. We're done with leaders who divide us for their own benefit.


We can all see through this act. Actions speak louder than words, and right now, Akmal's actions are telling a very different story from what he's saying.


We deserve better leaders than this. Leaders who unite us, not divide us. Leaders who solve real problems, not create fake ones.


It's time for these populist politicians to grow up – or step aside.


Pic. credit FMT

Friday, February 6, 2026

 Kita yang lahir-lahir terus beragama Islam sebenarnya sedang menikmati satu nikmat yang sangat besar dalam hidup. Nikmat ini bukan hasil usaha kita, bukan kerana kepandaian kita, dan bukan kerana pilihan kita sendiri. Ia adalah anugerah Allah yang diberikan sejak kita membuka mata di dunia. 


Allah mengingatkan dalam al-Quran:

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak akan mampu menghitungnya.”

(Surah Ibrahim: 34)


Hidayah adalah nikmat paling mahal. Ramai manusia di luar sana mencari kebenaran sepanjang hidup mereka, membaca, mengkaji, bertanya, berfikir, namun belum sampai kepada Islam. Sedangkan kita, sejak kecil sudah diajar mengucap syahadah, mengenal solat, mengenal al-Quran, mengenal Nabi Muhammad SAW. Maka, sikap pertama yang sepatutnya lahir dalam diri seorang Muslim ialah rasa syukur, bukan rasa bangga diri atau rasa lebih mulia daripada orang lain.


Apabila kita melihat rakan-rakan yang bukan beragama Islam menunjukkan minat, kecenderungan, atau sekurang-kurangnya bersangka baik terhadap Islam, itu sebenarnya satu peluang besar untuk dakwah. Ia tanda hati mereka sedang terbuka. Pada saat itu, tugas kita bukan menghukum, bukan memperlekeh, bukan memandang rendah. Sebaliknya, kita raikan dengan akhlak yang baik, tutur kata yang lembut, dan doa yang ikhlas.


Allah berfirman:

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik.”

(Surah an-Nahl: 125)


Ayat ini jelas menunjukkan bahawa dakwah bukan dengan kemarahan, bukan dengan maki hamun, bukan dengan kebencian. Dakwah ialah dengan kebijaksanaan, kesabaran dan kasih sayang. Islam tidak berkembang kerana paksaan, tetapi kerana akhlak dan kebenaran.


Rasulullah SAW sendiri adalah contoh terbaik dalam hal ini. Baginda terkenal dengan sifat lemah lembut walaupun terhadap orang yang memusuhinya. Allah memuji akhlak Baginda:


“Maka dengan rahmat daripada Allah, engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka.”

(Surah Ali ‘Imran: 159)


Allah mengingatkan:


“Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.”

(Surah al-Qasas: 56)


Kalau hidayah milik Allah, siapa kita untuk memperlekeh orang yang sedang mendekati Islam dengan cara mereka sendiri?


Bila seorang bukan Islam menyebut Alhamdulillah, itu bukan penghinaan. Itu tanda penghormatan. Itu tanda minat. Itu tanda hati sedang terbuka. Dalam dakwah, ini dipanggil pintu masuk. Tapi malangnya, ada yang melihat pintu itu sudah terbuka, tetapi memilih untuk menutupnya dengan kasar.


Atas nama “mempertahankan agama”, mereka memilih untuk memukul, bukan memimpin. Mengherdik, bukan membimbing. Menghina, bukan mendidik.


Allah berfirman dengan jelas:


“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik.”

(Surah an-Nahl: 125)


Soalnya mudah.. di mana hikmah dalam menghukum orang yang sedang belajar mengenal Islam?


Rasulullah SAW tidak membina Islam dengan maki hamun. Baginda membina umat dengan akhlak. Bahkan orang yang pernah meludah Baginda pun akhirnya masuk Islam kerana melihat kelembutan Baginda.


Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

(Riwayat Ahmad)


Kalau akhlak kita keras, sombong dan penuh syak wasangka, itu bukan sunnah. Itu ego.


Lebih menyedihkan, ada yang seolah-olah mahu memonopoli agama. Seolah-olah Islam ini milik satu parti, satu kumpulan, satu mazhab politik. Siapa di luar “kelompok mereka” dianggap mencemar kesucian.


Ini bahaya.


Islam tidak berkembang di Nusantara dengan ugutan. Ia berkembang dengan pedagang yang jujur, ulama yang sabar, pendakwah yang beradab. Dengan senyuman, bukan cacian.


Rasulullah SAW bersabda:


“Permudahkanlah, jangan menyusahkan. Berilah khabar gembira, jangan membuat orang lari.”

(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Hadis ini seperti ditujukan khas kepada mereka yang suka menjauhkan manusia daripada Islam atas nama “mempertahankan Islam”.

Hakikatnya, orang bukan Islam tidak akan tertarik kepada Islam kerana slogan. Mereka tertarik kerana melihat Islam hidup dalam perbuatan. Dalam kejujuran. Dalam keadilan. Dalam kelembutan.


Bila rakan bukan islam kita menyebut Alhamdulillah, mungkin bagi sesetengah orang ia cuma ayat kosong. Tapi dalam dakwah, itulah benih. Benih yang boleh tumbuh menjadi iman  jika disiram dengan hikmah. Tapi akan mati jika disiram dengan kebencian.


Salam jumaat

 Bodoh tu bukan satu kesalahan. Yang salahnya bila kekal dalam kebodohan. Lebih salah lagi bila tambah dengan ego dan bongkak.


๐—ญ๐—ฎ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ต masih nak jadikan ucapan Alhamdulillah oleh Nga Kor Ming sebagai isu walaupun video dari ๐—”๐˜‡๐—ต๐—ฎ๐—ฟ ๐—œ๐—ฑ๐—ฟ๐˜‚๐˜€ sendiri mengatakan ia bukan masalah.


Aku rasa Zailah ni nama je MP PAS tapi dia tak follow PAS. Maksud aku, dia tak tengok video-video ceramah dari PAS selama ni.


Sebab kalau dia follow PAS, tentu dia pernah tengok video ๐—•๐—ฎ๐—น๐—ฎ berceramah di pentas PAS. Mamat tu tak hanya sebut Alhamdulillah, malah pernah baca ayat al-Quran. Bukan makna tapi petikan ayat Quran terus.


Soal bunyi jangan tanya la. Memang hancur. Sebutan salah dan maknanya pun dah tentu lari. Pengikut PAS mesti pernah tengok video tu.


Tapi Zailah senyap masa tu. Jadi ๐˜€๐˜†๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐˜€๐˜‚ ke dia tengok video tu? Berapa kali dia tegur Bala dan ada tak dia suruh Bala masuk Islam?


Tu tak kira dia mengaku ๐—บ๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ถ ๐—ท๐˜‚๐—บ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ก๐—ฎ๐—ฏ๐—ถ ๐˜€๐—ฎ๐˜„. Bila dia mengaku mimpikan Nabi saw dan kekal dalam kafir, itu menghina Nabi saw.


Apa tindakan Zailah? Senyap je! Kalau tengokkan dia punya berani hari ni, tak mungkin dia senyap dengan perlakuan Bala tu. Jadi aku simpulkan dia tak follow PAS.


Atau sebenarnya dia nak ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐˜€๐˜‚ je. Sebab Nga Kor Ming tu dari DAP,  jadi dia tahu, bila dia main isu tu dia dapat bina 2 naratif.


Pertama, nak bagi nampak macam dia bela Islam la. Kedua, dia nak cipta naratif konon DAP menunggang kalimah Islamik. Dia nak semai kebencian.


Makhluk seperti Zailah ni takde bawa kebaikan untuk Islam pun. Selama dia jadi MP pun takde membantu rakyat. Dan sekarang dia merosakkan imej Islam.


Hilanglah slogan ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฎ. PAS nak buat Islam jadi hakmilik kekal mereka. Mungkin dah boleh tukar slogan jadi ๐—œ๐˜€๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ถ ๐—ท๐—ฒ.


Fikir balik, umat Islam negara ni tak perlukan PAS pun sebaliknya PAS yang perlukan umat Islam negara ni untuk kekal wujud.


Tugasan dakwah dan menjaga kesucian Islam sudah terlaksana melalui banyak agensi kerajaan. Tanpa PAS pun Jabatan Agama mampu jalankan kerja.


Sedangkan PAS hanya datang dengan niat dapatkan kuasa dan untuk itu gunakan sentimen dan hasutan kebencian sebagai senjata.


PAS dah tak relevan dalam negara ni. Dah masanya untuk PAS diharamkan sebab PAS bawa lebih banyak kerosakan daripada kebaikan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

Wednesday, February 4, 2026

 Sejak semalam, bersepah kata negara kita dah tergadai kedaulatan.


Sebab kita dah serahkan 5,207 hektar tanah kat sempadan Sabah-Kalimantan (Nunukan) kepada Indonesia. 


Bunyi macam besar gila pengkhianatan tu, kan?

.... 


Rileks.


Tarik nafas. 


Ini cerita sebenar yang kita kena tahu.


1. APA BENDA ISU NI SEBENARNYA?

-----------------------------------------


Ini bukan isu jual tanah atau "hadiah" tanah. Ini isu Outstanding Boundary Problems (OBP). 


Maksudnya, kawasan sempadan yang dari zaman atuk nenek kita dulu tak jelas garisnya.


Bila ukur guna teknologi moden ikut perjanjian lama (tahun 1915 & 1928), baru nampak jelas siapa punya.

... 


2. MATEMATIK DIA MACAM NI:

-----------------------------------


Kawasan yang dipertikaikan di Sungai Sinapat & Sesai tu luasnya lebih kurang 5,987 hektar.


Bila ukur ikut 'watershed' (aliran air) dan garis latitud 4° 20':


✅ Malaysia DAPAT 780 hektar. (Sebab air sungai mengalir ke utara, masuk side kita).


✅ Indonesia KEKAL 5,207 hektar. (Sebab kawasan ni memang duduk di selatan garis tu).

... 


3. JADI, KITA RUGI KE?

-------------------------


TAK. 


Kita tak pernah "serah" tanah tu sebab tanah 5,207 hektar tu MEMANG ASALNYA hak Indonesia ikut perjanjian British-Belanda dulu.


 Cuma sekarang baru disahkan secara rasmi.


 Malah, kita untung sebab 780 hektar yang dulu samar-samar, sekarang sah jadi milik Malaysia.


4. SIAPA YANG BISING & PUTAR BELIT?

--------------------------------------------


Isu ni dimainkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab dan tentulah netizen politik yang cuba bawa naratif kononnya kedaulatan negara tergadai dan Malaysia dah serah tanah pada Indonesia.


Sentimen "tanah Melayu tergadai" yang dimainkan untuk bakar emosi rakyat, walhal masa kerajaan sebelum ini pun, proses rundingan ni berjalan atas asas yang sama, iaitu perjanjian antarabangsa. 


Tak ada seinci pun tanah kita yang hilang.

... 


Oleh itu, kita jangan cepat melenting bila nampak tajuk berita sensasi. 


Isu sempadan ni isu teknikal, bukan isu jua*l beli karipap. 


Kedaulatan negara kekal terpelihara.

Friday, December 5, 2025

 Dear Anwar: No Matter How Much You Give, Walaun Will Never Be Grateful


They would rather see Muhyiddin return (so his son-in-law can finally come home), or Sanusi—who has Chinese ancestry on his grandfather’s side—pretend to be the purest Malay of all, or even Tun M keep coming in and out of IJN, or Hadi Awang lead the country from a wheelchair.


Anwar,


The walaun will never appreciate you—no matter what you do, they will still curse you.


This year, the Federal Government’s allocation to Kedah has risen to RM9.7 billion, up from RM7.1 billion in 2021. 


Every single year, you have increased the yearly allocations to Kedah, Kelantan, and Terengganu far more than you have given to your own Pakatan Harapan states—Penang, Negeri Sembilan, and Melaka—even though the PH states contribute the most to national revenue, taxes, and GDP.


And what do you get in return? They call you “Maha Zalim”.


The Kedah Rubber City is a federal project under the Ministry of Economy. 


Yet when they launched it, they put up big Chinese signboards bragging that they brought in RM2.6 billion in investment. 


It was the Federal Government that secured the investment—they never once thanked you or even mentioned it, but claimed it as their own project.


During Muhyiddin’s time, the annual cash handouts were around RM5 billion. 


You raised it first to RM10 billion, then RM12 billion, and now the latest is RM15 billion. Yet they still complain, “Kita masih miskin, tak cukup!”


You work tirelessly, travelling the world to bring in investments, and still they accuse you of doing nothing. 


To them, Hadi Awang sitting in a wheelchair is doing more for the country than you running around everywhere.


You increased civil servants’ salaries—costing an extra RM10 billion a year—yet there are still Little Napoleons inside the system sabotaging you. 


Otherwise, how did the letters from Kamil Munin and Shamsul Iskandar get leaked in the first place?


You allocated RM2.6 billion for Islamic education—sekolah agama, tahfiz, pondok—yet they accuse you of being anti-Islam and a Jewish agent. 


To them, PAS PASTI that don’t pay teachers’ salaries on time represent the true defence of Islam.


During PN’s time, there were 22 special lottery draws a year. You reduced it to only 8, yet they claim they are more Islamic than you.


It was under DAP’s Anthony Loke as Transport Minister that MAS stewardesses were finally allowed to wear the tudung—something that never happened in the 33 months PN was in power. Yet they say you are the one who “tunduk kepada DAP”.


In your time, you built Masjid Madani all over the country. In their time, they sakau Jana Wibawa. And still they say they care more about Bumiputera than you.


You have never taken a single sen of salary as Prime Minister, yet they mock you and praise Dr Sam who increased his own salary to become the highest-paid Chief Minister in Malaysia.


You gazetted Malay reserve land, and they scolded you saying “tak cukup Melayu”. Yet they praise the Terengganu MB who sold land worth RM29 million to a PAS-friendly NGO for only RM550,000.


You gave RM200 million to Palestine, flew in their wounded children, gave 66 Palestinian students places in international schools, and pledged to help rebuild Gaza. To them it’s still not enough. Some of them even felt prouder when the Israeli flag was raised in Kelantan.


Anwar, you have given the walaun everything—yet not a single “thank you”. They still shout “Turun Anwar”, pray for your downfall, and slander you by saying you have HIV. 


To them, you’re not a real Malay or Muslim unless you do plastic surgery on the nose of the Tugu Negara statue. But even if you built an undersea tunnel LRT in Langkawi or promoted “flood tourism” in Kelantan, you still wouldn’t be good enough.


You took from your own loyal supporters and gave everything to the walaun. What did you get in return?


You want to promote a true, moderate Islamic philosophy through the Madani concept, yet they insult it by twisting the word into “Madani-non”.


You increased Bumiputera and Islamic funding by 100–300 % in almost every area, yet you never recognised UEC, never created special yearly allocations for non-Malays, and funding for vernacular schools and non-Muslim houses of worship is far lower than before. 


The ones who get nothing stay quiet. The ones who get everything still hurl all kinds of accusations. That, my friend, is the walaun.


Anwar, you have given a lot to the B40 walaun. But your M40—the new urban poor—are struggling. 


They work hard every day, yet you introduce all kinds of new taxes and cut subsidies, making life even harder for them. The walaun never thank you, while your own supporters are suffering.


Anwar, you must realise: no matter how hard you try, the walaun will always hate you, curse you, slander you, and do everything to bring you down. It has been three years of this. 


When are you going to wake up? In another two years, the walaun will kick you out of power. 


They would rather see Muhyiddin return (so his son-in-law can finally come home), or Sanusi—who has Chinese ancestry on his grandfather’s side—pretend to be the purest Malay of all, or even Tun M keep coming in and out of IJN, or Hadi Awang lead the country from a wheelchair.


You can build them entire cities, keep increasing handouts, raise their bonuses and salaries, keep funding tahfiz schools that will only produce future PAS voters—and they will still call you “pengkhianat Melayu dan Islam”.


You can keep organising “Perjumpaan Ulama Bersama Anwar” again and again, but to the walaun, only PAS ulama are the real ulama.

'

They conveniently forget: it is under your administration—with DAP holding the largest number of seats—that all these increases are happening.


When they were in power for 33 months without DAP:


→ Islamic education funding: only ~RM 700 million a year

→ Bumiputera education: RM 2 billion

→ Cash handouts: RM 5–7 billion

→ No civil-servant salary increase

→ EPF conventional dividends always higher than syariah


Under you and DAP (inside the government):


→ Islamic education: RM 2.6 billion

→ Bumiputera education: RM 6 billion

→ Cash handouts: RM 15 billion

→ Civil-servant salary increase worth RM 10 billion a year

→ EPF syariah dividends now equal or higher


All of this happened not when DAP was outside the government, but when DAP is inside the government—yet every single day they still slander DAP as anti-Islam and Zionist, and blame you for working with them.


Anwar, when will you finally see the truth?

Sunday, November 2, 2025

 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ KENAPA PMX NAMPAK LAIN MACAM HEBATNYA?


Kadang kita tertanya:

Kenapa nama Anwar Ibrahim (PMX) makin disebut-sebut di dunia antarabangsa, sedangkan ramai bekas Perdana Menteri sebelum ni pun pernah duduk atas kerusi sama?


Apa beza dia dengan Mahathir, Muhyiddin, Hadi Awang dan geng-geng “veteran politik lama”?


Jawapan dia panjang, tapi senang difahami — sebab beza mereka bukan pada "umur, tapi pada jiwa dan wawasan".


________


1. PMX PEMIMPIN GLOBAL, BUKAN SEKADAR PEMIMPIN NEGARA


Orang macam Anwar ni rare.

Kalau Mahathir dulu hebat dengan "projek mega",

Anwar pula hebat dengan "pengaruh minda dan wacana global."


Beliau faham dunia, fasih bahasa diplomasi, dan tahu bila nak jadi tegas — tapi tak perlu menengking.

Beliau boleh sembang ekonomi dengan Trump, Biden, bincang dunia Islam dengan Erdogan, dan dalam masa sama minum teh tarik dengan rakyat marhaen tanpa canggung.


Itu skill tabie yang tak boleh dibuat-buat.


________


 2. MAHATHIR PANDAI BINA BANGUNAN, PMX PANDAI BINA PEMIKIRAN 


Tun Mahathir memang berjasa — tak boleh dinafikan. 


Tapi Malaysia hari ini bukan hanya perlukan pembangunan fizikal semata-mata.

Kita perlukan "pembinaan semula kepercayaan, integriti dan maruah."


Dan itulah kerja yang PMX tengah buat — Membina jiwa bangsa yang hilang arah selepas dua dekad politik perpecahan.


Kalau Mahathir bina menara,

Anwar bina makna.

Kalau Mahathir bina KLCC,

Anwar bina KELAS dan KREDIBILITI MALAYSIA di mata DUNIA.


________


3. MUHYIDDIN DAN HADI?  APATAH LAGI HAMZAH. MAAFLAH… TAPI DUNIA TAK KENAL 


Dua tiga nama ini mungkin gah di kalangan penyokong parti sendiri, tapi hakikatnya — dunia luar langsung tak ambil peduli. Even mungkin tak kenal.


Tak ada rekod dasar besar, tak ada impak diplomatik, tak ada ucapan yang jadi rujukan global.


Yang mereka cemerlang ~ 


Cuma politik sempit — sibuk kira siapa “musuh Islam” atau siapa “tak cukup Melayu”.


Sedangkan dunia hari ini tak menilai warna kulit atau serban seseorang, tapi "nilai, akhlak dan pencapaian".


Sebab tu bila PMX bercakap di pentas antarabangsa, dunia dengar.


Tapi bila yang lain bercakap… ramai senyum sopan, tapi dalam hati fikir: "Malaysia ni takkan masih bertekak benda sama lagi?" 


Atau 


" Parti sendiri tak terjaga, bergaduh sampai bila? 


__________


4. BENAR ANWAR TIDAK SEMPURNA, ANWAR BUKAN MALAIKAT — TAPI DIA JUJUR NAK UBAH MALAYSIA 


PMX bukan sempurna. Dia manusia biasa.

Tapi beza dia dengan pemimpin lain — dia tak hipokrit.


Dia tak jual nama agama untuk undi, tak main isu kaum untuk naikkan diri.

Dia bercakap tentang moral, rasuah, integriti maruah dan kemajuan — dalam nada yang boleh difahami rakyat dan dunia.


Dan itulah sebabnya orang luar hormat dia.

Mereka nampak Malaysia akhirnya ada pemimpin yang bercakap tentang Islam, tapi dengan kebijaksanaan dan kasih sayang — bukan kemarahan.


________


5. MALAYSIA PERLUKAN PEMIMPIN BERJIWA DUNIA, CAKNA RAKYAT ~ BUKAN BERJIWA DENDAM DAN IRI HATI 


Kalau kita nak Malaysia duduk sebaris dengan US, China, Jepun, Korea, Jerman, UK atau Singapura,

kita perlukan pemimpin BERJIWA BESAR, THINK BIG, bukan beremosi kecil.


Dan buat masa ini,

tak ada siapa dalam politik Malaysia yang setanding dengan PMX dari segi wawasan, pengalaman, karisma dan daya fikir.


Tun Mahathir sudah penat dengan dendam,

Muhyiddin sibuk dengan pengkhianatan,

Hadi pula tenggelam dalam retorik lama.


Yang tinggal sekarang CUMA satu sosok yang masih dilihat dunia dengan penuh harapan — iaitu Anwar Ibrahim. PMX


_________


6. DUNIA SEDANG LIHAT MALAYSIA SEMULA 


Sekarang, pelabur mula kembali.

Negara Islam lain mula merujuk kita.

Negara Barat pula mula menghormati pandangan Malaysia tentang keadilan global.


Lebih-lebih lagi selepas kejayaan Hebat Asean Summit 2025. Malaysia sudah Mendunia!


Dulu Malaysia macam negara tak gah di peta dunia. hilang arah, tapi di bawah PMX — kita mula bangkit semula sebagai 'negara berprinsip dan berkelas.'


__________


KESIMPULAN 


Anwar bukan sekadar Perdana Menteri,

dia adalah penyambung idealisme Malaysia yang kita impikan — adil, makmur, dihormati.


Kalau diberi ruang cukup dan tak disabotaj politik dalaman, Malaysia boleh melonjak setanding Korea dan Jepun. 


KITA DOAKAN PMX SENTIASA SIHAT. BERI PELUANG DAN KEPERCAYAAN KEPADA DIA UNTUK MEMIMPIN NEGARA SELAMA 2 PENGGAL, TANPA BANYAK GANGGUAN POLITIK, INSYAALLAH MALAYSIA SETARA  NEGARA MAJU LAIN 


Bukan sebab kita tiru mereka,

tapi sebab kita ada pemimpin yang faham makna kemajuan berteraskan nilai. Dan tahu cara nak mencapainya.


Inilah beza antara politikus biasa dengan negarawan sebenar.


Yang satu sibuk nak kekal berkuasa,

yang satu lagi sibuk nak kekalkan maruah negara.


Dan untuk Malaysia hari ini,

yang kita perlukan bukan lagi “orang kuat”,

tapi pemimpin bijaksana dan berjiwa besar.


Nama dia — Anwar Ibrahim 


________


Salam Madani


Hanapi Jusoh 


Saifuddin Nasution Ismail 

Dr Zaliha Mustafa 

Fahmi Fadzil 

Fadhlina Sidek 

Fuziah Salleh 

Tengku Zafrul 

#MalaysiaMadani #KerajaanMadani #TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah #BinaNegaraRahmah #KEADILAN #PMX #malaysia