Saturday, September 23, 2023

 Pada zaman Saidina Ali, ada satu kisah berkenaan salah dalam tafsiran al-Quran.


Disebabkan salah dalam pentafsiran al-Quran, menyebabkan kelompok Khawarij isytiharkan halal darah dan wajib perangi pemerintahan Saidina Ali.


ibn Abbas minta dengan Saidina Ali untuk menggunakan lidahnya untuk melemahkan 6000 orang tentera Khawarij yang sedang bersiap sedia untuk menyerang kerajaan saidina Ali.


pada peringkat awal, Saidina Ali menolak kerana bimbang Khawarij bunuh ibn Abbas. Setelah Ibn Abbas memberikan penjelasan dan alasan yang meyakinkan, maka Saidina Ali pun izinkan ibn Abbas berjumpa dengan mereka.


Dalam kalangan 6000 orang tentera khawarij itu, dibahagikan kepada tiga kelompok. Setiap kelompok ada 2000 orang.


Ibn Abbas fokus pada 2000 orang sahaja. kerana, kejayaan menarik 2000 tentera pun sudah cukup melumpuh serangan khawarij.


Apabila Ibn Abbas berada pada kelompok 2000 orang, Ibn Abbas tanya kelompok khawarij tersebut.


"apa yang menyebabkan kamu nak serang saidina Ali?", Tanya Ibn Abbas.


"sebab 3 perkara" jawab mereka.


"boleh kamu ceritakan kepadaku tiga perkara tersebut?"


"pertama, Saidina Ali tidak melaksanakan hukum Allah, sedangkan tidak ada hukum kecuali hukum Allah


"kedua, Semasa kekalahan tentera Aisyah dalam perang jamaal, Ali tidak bahagikan harta ghanimah kepada para tentera, sedangkan pembahagian harta ghanimah ada dalam syariah


"ketiga, semasa Ali menjadi Khalifah, dia minta tidak dipanggil dengan gelaran "amirul Mukminin (ketua orang beriman), sedangkan ia adalah amalan para khalifah sebelum dia. Apabila dia tidak mahu dipanggil "amirul Mukminin", itu membuktikan bahawa dia adalah "amirul Kafirin" (ketua orang kafir)".


Ibn Abbas kata: Mahukan aku menjawab tiga-tiga soalan ini. Jika aku mampu menjawabnya, mahukan kamu semua ikuti aku dan tinggalkan kelompok yang mahu menyerang saidina Ali ini?"


mereka menyatakan persetujuan.


Ibn Abbas pun jawab:


pertama, dalam al-Quran, Allah ada sebut bahawa apabila berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka pihak lelaki perlu lantik seorang pembuat hukum dan di pihak perempuan juga perlu lantik seorang pembuat hukum.


persoalannya, pembuat hukum yang disebut dalam ayat al-Quran itu; apakah dia adalah Tuhan atau manusia?


jawab mereka: "manusia".


maka demikian juga Saidina Ali dalam membuat keputusan negara.


Jelas, khawarij salah dalam mentafsirkan al-Quran yang berkaitan dengan konsep hakimiyyah. Ia diperbetulkan oleh Ibn Abbas.


kedua, berkenaan Saidina Ali yang tidak bahagikan secara harta ghanimah setelah Aisyah dan tenteranya kalah dalam perang Jamaal. 


bukankah Aisyah adalah ibu segala orang beriman?


jawab mereka; benar.


apakah sanggup kita merampas dan membahagikan secara harta ghanimah dari harta ibu kita sendiri?


Mereka pun faham bahawa mereka sudah salah dalam mentafsirkan hadis yang berkaitan dengan harta ghanimah.


ketiga, berkenaan Saidina Ali minta agar dia tidak dipanggil sebagai Amirul Mukminin; semasa perjanjian Hudaibiyyah, apabila wakil Quraish minta untuk padam perkataan "dari Muhammad Rasulullah" dalam surat perjanjian dan ia dipadam sendiri oleh Nabi saw.


Apakah ketika Nabi saw sendiri padam perkataan "Muhammad rasulullah" dalam surat perjanjian yang dengan itu Nabi Muhammad bukan lagi Rasulullah?


mereka jawab: Baginda tetap rasulullah.


maka demikian juga Saidina Ali yang minta tidak dipanggil dengan Amirul Mukminin.


Ternyata, khawarij gagal faham logika yang terkandung disebalik permintaan saidina Ali tersebut.


kisah ini ada disebut dalam Sunan al-Nasaie dan beberapa buah kitab-kitab tarikh.


Dari sini jelas, pada era sahabat dahulu, kalangan yang memesongkan pentafsiran al-Quran itu pernah berlaku dalam kalangan orang islam sendiri.

Thursday, September 21, 2023

 TAK SAMA TUDUH "KAU RASUAH!" DAN "KAU PELIWAT" DISISI ISLAM. TAK BERBALOI UNTUK WALAUN PERTAHAN QAZAF


Ahmad Mursi


1. PMX cakap hal tata kelola, MP Putrajaya balas Qazaf hal peribadi. Itu bukan tujuan Parlimen.


2. Menuduh "kau perasuah!" tak sama tuduh "kau peliwat!" disisi perundangan Islam.


3. Keduanya tetap dosa jika ia fitnah dan tiada asas. Tapi tak dikira Qazaf dengan tuduh "kau perasuah!".


4. Qazaf ni tuduhan zina/liwat tanpa 4 saksi. Ada dalil qat'ie dan 1 dari 6 kesalahan Hudud.


5. Video Mahathir akui mahkamah dapati Anwar tak bersalah, Pendakwaraya ditukar dan dibayar 5 juta pastikan Anwar disabitkan. YDPA pula telah beri pengampunan dan Kesnya dibersihkan.


6. JIKA BENAR SEKALIPUN, dalam Islam, setelah dihukum ikut syariat, pesalah kembali ke dalam masyarakat sebagai insan yang telah bersih dari dosanya.


7. Jadi jika Radzi Jidin nak buat tuduhan baru, bawakan 4 saksi dengan syarat yang ketat, lihat dengan mata kepala sendiri sejelas umpama burung masuk ke sangkar.


8. Sukar syarat ni? Memanglah. Kalau ada sekalipun, maksudnya perlakuan itu berlaku secara terbuka. Itu dah jadi hal kepentingan awam sebab itu Islam hukum.


9. Dosa peribadi boleh taubat, tapi kesalahan libatkan kepentingan awam, Islam sangat tegas.


10. Dalam masa sama Islam larang mengintip hal peribadi di tempat tertutup dengan ayat 12 Surah Al-Hujuraat: "Wala tajassasu".


11. 4 kali Maiz bin Malik mengadu kepada Rasulullah SAW dia telah berzina tetapi baginda tolak (a) palingkan wajah mengelak, (b) persoal kewarasannya (c) menghalau Maiz balik dan disuruh bertaubat. Hanya dihukum setelah Iqrar kali ke-4.


12. Tak berbaloi walaun berkempen isu liwat berbanding dosa besar yang masuk ke akaun peribadi walaun. Carilah isu lain. Saya sekadar mengingatkan kerana rasa kasih dan sayang.


Ahmad Mursi

Tuesday, September 19, 2023

 Pada era Saidina Umar jadi khalifah, Abu Bakrah telah lakukan qazaf pada Mughirah bin Syu'bah


Saidina Umar minta Mughirah bawakan saksi yang adil. Tiga orang datang dan menjadi saksi.


Apabila Saidina Umar tanya kepada setiap tiga orang itu: apakah kamu nampaknya seperti kayu celak masuk dalam botol celak?


 ketiga-tiga saksi itu menyatakan tidak - mereka hanya nampak di luar kain selimut yang bergerak sahaja.


Saidina Umar pun nyatakan, kalau mereka tidak mahu tarik penyaksian dan minta maaf, mereka akan dikenakan hukuman qazaf.


Mereka pun tarik kesaksian.


Saidina Umar tanya pula pada Abu Bakrah pula. Ternyata  dia bertegas dengan sikapnya.


 Saidina Umar menyatakan bahawa dia bakal dikenakan hukuman qazaf jika tidak tarik pendakwaan. Abu Bakrah tetap bertegas. Dengan itu, Abu Bakrah dikenakan sebatan 80 kali sebagai kesalahan qazaf.


Kisah ini ada tercatat dalam tarikh tabari dan bidayah Ibn Kathir.

Friday, August 25, 2023

 *Bimbang PAS Menjadi Alat Sebar Fahaman Syiah*


Ada seorang sahabat bertanya kepada saya, adakah saya gembira dengan kemenangan PAS dalam PRN enam negeri yang baru berlangsung ini. Memandangkan saya dulu dikenali sebagai orang kuat PAS... Maka dia ingin mengetahui adakah saya masih gembira dengan kemenangan PAS.


Saya jawab, saya sedih dan takut.


Saya sedih kerana PAS menang dengan fitnah. Dan PAS parti politik paling banyak kalah saman fitnah.


Saya takut kerana PAS mula mengamalkan dan sebarkan fahaman SYIAH. Lama kelamaan ahli2 PAS akan menjadi musuh kpd faham Ahli Sunnah Waljamaah yg diamalkan di Malaysia dan Nusantara. 


Sebenarnya sedari dari awal (zaman Yusuf Rawa)  PAS terpengaruh dengan semangat revolusi Islam Iran dan kebetulan Iran berfahaman SYIAH.


Namun berpegang kepada kata-kata hikmah bahawa kebaikan itu adalah mutiara umat Islam yang tercicir, kutiplah walau di mana sahaja, maka PAS meniru beberapa perkara dari revolusi Islam Iran.


1. Kepimpinan Ulama dan Majlis Syura Dewan Ulama PAS


Sebelum ini, tiada slogan seperti itu. Pada mulanya slogan ini dijangka dapat menyatukan penyokong PAS dan mengembalikan sokongan kepada PAS sebagai sebuah parti Islam yang mendokong kepimpinan ulama dan ulama itu menurut hadith adalah pewaris nabi. 


Konon-kononya inilah parti yang paling benar dan berjuang dalamnya adalah ibadah.


Namun konsep ini kemudian menjadi senjata makan tuan apabila ‘dihijack’ oleh Geng Ustaz dan kemudiannya mengamalkan ketaksuban seperti mana Ayatollah di Iran di mana Hj Hadi Awang, Presiden PAS diangkat sebagai pemimpin yang maksum, dikhabarkan dia kerap bermimpi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW dan pernah berbincang dengan Nabi SAW (kenyataan oleh Mursyidul Am PAS Ust Hashim Jasin).


Sikap taksub ini  menyebabkan ahli PAS jumud dan tidak boleh berfikir dengan baik... 

Dan ia juga menyebabkan sikap melampau. 


Contohnya, mengkafirkan Perlembagaan Persekutuan sbg sekular, mengkafir-harbikan DAP,   menuduh orang yang menolak perjuangan PAS sebagai menolak perjuangan Islam, memulaukan mereka yang keluar dari PAS dan mengkafirkan sesetengah golongan yg tak sokong PAS.


2. PAS juga secara terbuka amal sikap Taqiyyah (sembunyi fakta sebenar) 


Mereka ni munafik berbohong dan bermuka-muka. Hadi Awang mengaku wajib berbohong demi parti (PAS). Bohong Nik Abduh juga tidak dianggap bohong oleh PAS.


Sebab itu, PAS selamba je bohong, contohnya bab nak buat hudud, RUU355 dan batal PTPTN.


3. Nikah mutaah - 


Benda ni PAS tak buat lagi, tapi mendengar ‘gurauan’ Nik Amar yang muslimat2 muda tak dapat jadi wakil rakyat tak apa dah… Jadi isteri muda Menteri pun ok... 


Nikah muda dan poligami ni memang tak salah... Tapi salahnya bila nikah dengan cara tak betul seperti kes Timbalan Menteri dari PAS dan EXCO dari Terengganu baru2 ni.


Hairan juga dengan sesetengah YB PAS yang langgar undang-undang bab nikah ni... Depa ada kecenderungan ikut mutaah ka?


4. Sikap melampau -


Syiah ni dia melampau dalam tindakan... Termasuk dalam ibadah dia. Sambutan hari Asyura dia penuh dengan darah. 


Sering kali berlaku pembunuhan di tempat yang ramai syiah seperti di  India, Pakistan, Iraq.


Kau tengok PAS, dulu ada kejadian Tragedi Memali... iya... Walau pun ada salah dari Kerajaan pusat, tapi kesan *Amanat Hj Hadi* yg dakwa mati lawan kerajaan itu jihad dan syahid dan sikap Ibrahim Libya tu pasti juga ada sahamnya.


Sekarang, Pemuda PAS dah mula buat kawat dan perarakan bersenjata… 

Walau pun hanya replika tetapi itulah permulaannya...


PAS juga setiap kali pilihanraya akan buat pelbagai replika perang… Tujuan PAS untuk menanam semangat perang dalam PRU. 


Nak perang siapa? Walhal, semua pengundi dan parti2 politik berdaftar ikut Perlembagaan. 


Sebab itu PAS jadi melampau…Sebab anggap pilihanraya sebagai satu peperangan bukan lagi politik. Ayat2 yg dibaca pada penyokong pun berkaitan perang. 


Macam parti lain kafir. Malah ada juga ajar ayat Nabi Musa menentang Firaun. Seolah-olah parti lain Firaun.


5. Jabatan Amal PAS (para militeri) tu ilham dari Iran, malah lagu pun dari sana. 


Tak salah unit Amal tu... Bagus, cuma pengaruh itu yang kita takut. Rakyat Syiah di Lebanon (Hiizbollah) ada unit seperti unit Amal dan juga tentera. Sekarang PAS dah mula buat replika perang... Dan akan datang, siapa tahu apa berlaku... Sebab amalan Takfiri (kafir mengkafir) masih kuat diamalkan oleh  warga PAS.


6. golongan Ulama PAS iktiraf Syiah


Sebab itu tak hairan ramai pemimpin PAS dikaitkan dengan Syiah termasuk yang dah keluar PAS join parti Amanah. Mungkin terpengaruh dengan ‘keharusan’ ulama PAS termasuk Haji Hadi yang sering ke muktamar dunia Syiah di Iran.


Kawan saya jadi takut… Dia tanya, kerajaan tak boleh buat apa2 ke?


Syiah ni kuat berlakon dan pandai berpura-pura. Susah nak tangkap. Cara terbaik nak tolak Syiah ni… kena tolak PAS dan politik fitnah yang diamalkan oleh PAS...


Jika kita iqtikat Ahli Sunnah kita kena tolak PAS yg Syiah... Bagi ulamak mereka bersihkan kembali parti mereka dari pimpinan pro-Syiah. In Syaa Allah, PAS akan kembali ke landasan perjuangan yang sebenar.


#adminpartikeadilanrakyatmalaysia 

#demirakyatuntukrakyat 

#MalaysiaMadani 

#PMX

Monday, August 21, 2023

 Tadi dihubungi wartawan untuk beri komen isu berikut.


[a]

MB kelantan kata dua ADUN Kerajaan perpaduan lawan perjuangan Islam. Politik  Pas pun banyak buat tohmah, kutuk dan tidak islamik. Tidak patut dilabel 2 ADUN lawan perjuangan Islam.


Komen:


1. Untuk menutup kelemahan pentadbiran PAS yang memerintah kelantan, PAS terpaksa membuat tuduhan palsu terhadap musuh politik mereka yang kononnya tidak memperjuangkan Islam. Pendekatan ini sudah diamalkan oleh PAS sejak sekian lama lagi.


2. Islam ajar, politik adalah mengurus tadbir rakyat dengan baik. Justeru, kalau dilihat dalam cara pengurusan air, Selangor lebih mengikut perjuangan politik Islam berbanding Kelantan; menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyat, Selangor lebih ikut perjuangan politik Islam berbanding kelantan.


3. Menggunakan jenama Islam di saat gagal memberi kebajikan pada rakyat, ia sama meletakkan jenama zam-zam pada botol yang dalamnya ada air arak. 


[b]

Pemimpin pas pernah kata politik PH hanyalah falsafah semata mata. Politik Pas Quran dan sunah. maka anggota Pas tepat kepada tafsiran ahli sunnah wal jamaah. 


Komen;


1. Demokrasi tidak ada dalam al-Quran dan hadis. Demokrasi berasal dari orang falsafah era Yunani kuno. PAS pula terlibat dengan Demokrasi. Jadi, PAS juga terjebak dengan falsafah.


2. Dalam ahli Sunnah wal Jamaah, politik adalah urusan bagaimana mahu menjadikan rakyat mendapat kebaikan yang baik. Kalau PAS mengaitkan politik dengan aqidah, bermakna PAS terpengaruh dengan faham khawarij atau syiah.


Wallahu 'alam.

Thursday, August 17, 2023

 Siapa yang mencantas Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz setelah kemenangan PAS di Kelantan pada tahun 2013 PRU ke-13?

.

Pagi hari 6 Mei 2013, setelah diumumkan keputusan pilihanraya umum ke-13 pada malam 5 Mei 2013, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah bersiap siap untuk bertandang ke istana.

.

Beliau bersiap siap untuk menggalas sekali lagi, tanggungjawab sebagai Menteri Besar Kelantan.

.

Pagi itu, anaknya melalui Nik Abduh menahan pemergiannya, dengan alasan apa tuan puan?

.

Alasan seakan akan seperti Istana tak susun lagi program.

.

Mendengar alasan itu, Almarhum tunggulah dirumahnya. Mungkin jika sudah siap beliau akan dipanggil.

.

Tengok macam sudah lewat, tiada orang memanggil lagi.

.

Jadi nak keluar dari rumahlah nak ke Istana.

.

Tiba tiba, keluar dari mulut seseorang.

.

"Tak perlu pergilah, dah selesai dah majlis angkat sumpah"

.

Tak terkata apa Almarhum...

.

Terus sahaja Almarhum pergi melawat sahabat baiknya.

.

Dan berbual bual dengan sahabat baiknya.

.

Apa yang dibualkan?

.

"Mereka tak mahu dah ke ambo"

.

.

Saya ingin bertanya kepada penyokong PAS, pernah dengar cerita ini?

.

Kalau penyokong PAS tak pernah dengar cerita ini, mohon tanya Dato' Amar atau Nik Abduh.

.

Kalau mereka menafikan atau mereka cakap saya bohong, sila saman saya. IDGAF.

.

Kalau kena saman, baru seluruh alam akan tahu cerita ini sedalam dalamnya. Ya, bila kena saman, pemberita akan memberikan fokus sepenuhnya.

.

Waktu itu, otak penyokong PAS mungkin akan tergerak gigi gearnya. Selama ini bersawang tak pernah digunakan.

.

Cerita ini menyebabkan saya meluap luap benci kepada Nik Abduh, apa laknat yang terkena padanya sampai sanggup buat khianat kepada bapa sendiri?

.

Kepala perancang kerja khianat ini?

.

Tanya Dato Amar, siapa kepala perancang kerja khianat ini?

.

Tanya juga, ulama jahat mana lagi yang memberikan restu untuk kerja khianat ini dibuat?

.

Rasanya apa yang saya tulis ini, akan viral tak?

.

Dan satu lagi, rasa rasanya lah kan, adakah penyokong PAS tahu cerita ini?

.

Kifarahnya....

.

Nik Abduh kena khianat dengan pengkhianat.

.

Tukang khianat pun kena khianat dengan ulama jahat yang merestui kerja kerja khianat ini.

.

Sekian dimaklumkan.

.

Akhir kata, jangan khianat.

.

Kerana khianat akan sentiasa mencari jalan untuk datang kembali kepada si pengkhianat.

Thursday, August 3, 2023

 Engkau (Wahai Hati) bagai air yang jernih (asalnya bersih dari sebarang kotoran dosa)


Di dalam bekas (diselaputi) yang berdebu (kotoran dosa),


Zahirnya (diselaputi) kotoran (dosa) itu terlihat,


Kesucian (kebersihan hati) terlindung jua (dengan kotoran dosa),


Cinta bukan hanya di mata,

Cinta hadir di dalam jiwa,


Biarlah salah di mata mereka (orang yang tidak faham hakikat cinta)


Biar (abaikan sahaja) perbezaanterlihat antara kita (iaitu mereka yang tidak faham hakikat cinta dengan kita yang berada dalam kecintaan Ilahi)


Ku harapkan kau (Wahai Allah) kan terima (hati yang penuh dengan cinta ini)


Walau dipandang hina (oleh orang yang tidak faham perasaan cinta Ilahi)


Namun hakikat cinta kita (iaitu cinta manusia terhadap Tuhan)


Kita yang rasa (orang yang bercinta sahaja faham)


Suatu hari nanti (iaitu, kiamat nanti)


Pastikan bercahaya (iaitu nyata segala-galanya)


Pintu akan terbuka (hijab akhirat terserlah)


Kita langkah bersama (kita semua akan berada di alam akhirat kelak)


Di situ (iaitu di alam akhirat) kita lihat 


Bersinarlah hakikat (terserlah hakikat Ilahi)


Debu jadi permata (pencinta Ilahi yang dipandang hina itu, hakikatnya adalah mulia)


Hina jadi mulia


Bukan khayalan yang aku berikan (alam satu lagi adalah realiti sebenar)

 

Tapi keyakinan yang nyata (ia hanya difahami melalui kepercayaan dalam hati)


Kerana cinta,

lautan berapi, Pasti akan kurenang jua (kalau ada cinta pada Ilahi, kena hina macam mana pun, ia tidak menjadi terganggu)