Wednesday, December 13, 2023

 Info daripada daripada group Whatsapp 


LANGKAH POLITIK TERAKHIR SAKA TUA: MAHATHIR MENGULANGI SKRIP FITNAH 1998 


Mahathir sedang menggerakkan segala langkah politik ke arah ketidakstabilan politik negara. Ini yang sedang berlaku. Apa sahaja isu yang dimainkan oleh pembangkang atau aktivis media sosial pembangkang pada waktu ini merupakan blueprint yang disusun oleh Mahathir sebagai mastermind utama. Penulis akan kupas satu persatu.


Mahathir tahu pada Januari 2024 akan ada peralihan kekuasan di Istana Negara.  Mahathir cukup gerun dengan peralihan kuasa ini. Buku bertemu ruas. Cukup setakat itu penulis katakan. Yang tahu akan tahu. Maka, Mahathir sedang gerakkan sedaya upaya agar ada peralihan kuasa politik di peringkat Putrajaya. 


Apa yang Mahathir sedang lakukan di belakang tabir? Setelah Mahathir mendapat sokongan dari pemimpin utama PAS dan Bersatu, Mahathir setuju untuk menggerakkan semula skrip fitnah 1998 bagi menjayakan agenda ketidakstabilan politik negara. Bermula dengan pengumuman Mahathir bahawa Dr Samsuri boleh menjadi Perdana Menteri sebelum PRU-16 dalam kempen di PRK Kemaman. Ini bukan sekadar cakap kosong. Benda telah cuba disusun. 


Mahathir juga telah mengadakan siri pertemuan dengan aktivis media sosial pembangkang. Antaranya Papagomo, Parpukari. Mahathir menghantar Khairudin Batu Kawan untuk bertemu dengan beberapa pemimpin utama UMNO seperti Isham Jalil. 


Terkini Presiden PAS Hadi Awang mengeluarkan kenyataan cuba menyamakan  Pakatan Harapan dengan Israel. Ini semua adalah move terancang. Sehari sebelumnya Muhyiddin Yassin membuat cadangan agar UMNO menilai semula kedudukan kerjasama dengan Pakatan Harapan. Disusuli dengan kenyataan Isham Jalil yang mahu UMNO keluar dari koalisi Kerajaan Perpaduan. 


Papagomo pula terus memainkan isu 3R di platform Tik Tok dan media sosial. Membakar semangat perkauman, radikal pelampau agama dengan cuba mengaitkan Istana. Tugasan utama Papagomo yang diberikan Mahathir adalah untuk sentiasa memainkan teori konspirasi dengan membakar semangat untuk menyemai nilai ekstremis dan radikal dikalangan pengundi muda. Satu tindakan tepat oleh PDRM untuk simpan malaun ni. Sebaiknya dakwa ektremis ni bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi. Kalau dapat dia belayar 5 tahun pun bagus. Terpulang kepada PDRM, AG. Itu yang sebaiknya demi menjaga ketenteraman awam.


Parpukari Cili Kasi Taruk Salim pula ditugaskan oleh Mahathir untuk memainkan semula fitnah liwat dengan mengulang bahan video, aktor yang pernah terlibat. Kita tidak terkejut mengapa banyak pula video berkaitan fitnah seks ini sudah mula dimainkan di media sosial milik akaun pembangkang. Malaun ini merupakan pentaksub tegar Mahathir. Jika Mahathir suruh makan tahi pun, dia akan lakukan. 


Ini diawali dengan dengan serangan Chegubard cuba mengaitkan dengan isu CIA dan IMF. Malah Chegubard juga telah mengeluarkan fatwa bahawa PMX merupakan Dajjal.


Ini ringkasan plot politik yang sedang berlaku ketika dan selepas PRK Kemaman:


1. Chegubard - isu CIA, IMF dan Dajjal.


2. Papagomo - isu 3R cuba kaitkan Istana.


3. Parpukari Salim - isu fitnah seks.


4. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin - mahu UMNO keluar dari kerjasama dengan PH - DAP.


5. Presiden PAS Hadi Awang - Pakatan Harapan bukan sahaja liberal tetapi dah serupa dengan Israel.


Skrip fitnah sama yang diulang-ulang dari 1998 lagi. Tak susah untuk kita kesan siapakah dalang dan mastermind di sebalik semua gerakan ini.


Dakyah ekstremisme dan radikal pelampau agama, kaum yang begitu dasyat sedang dimainkan selepas PRK Kemaman untuk menukar Perdana Menteri dalam apa juga keadaan. 


Matlamat menghalalkan cara.


Siapa kepala di belakang gerakan politik ini semua?


Tidak lain dan tidak bukan adalah Mahathir.


Jadi apa tindakan kita? 


Mahu biarkan puak pelampau ini terus mainkan semua isu ini lagi? 


Cadangan penulis mungkin agak keras dan keterlaluan. Tetapi hakikatnya hanya operasi berskala Ops Lalang saja yang boleh menebat semua kegilaan dan pelampauan yang sedang dilakukan oleh puak ekstremis, radikal pelampau kaum dan agama dalam negara ini. Minta maaf jika penulis boleh katakan yang Kerajaan Perpaduan sudah banyak sangat bagi muka kepada puak ini hingga mereka berani bertindak di luar batas.


Sama ada kita membiarkan saja mereka dengan jalur keras mereka.


Atau kita juga harus bertindak keras demi kepentingan lebih besar untuk negara.


Ini bukan lagi pertimbangan politik, sebaliknya keputusan demi kepentingan negara.


Sekian.

Credit: ZZ

Tuesday, November 21, 2023

 TUDUH MAHKAMAH SYARIAH BAKAL BERKUBUR, KETUA HAKIM NEGARA TEGUR PEGUAM PAS 


✍️  Ahmad Mursi


1. Tengku Maimun tegur Peguam PAS Yusfarizal yang wakili Majlis Agama Islam Kelantan kerana ucapan itu. 


2. Tengku Maimun dalam amarannya berkata, petisyen ini bukan untuk lemahkan agama Islam atau Mahkamah Syariah, tapi ia berkait isu kompetensi Kerajaan Negeri gubal undang2. Bukan merendahkan enakmen dan Mahkamah Syariah.


3. Ketua Hakim ingatkan supaya ditegakkan prinsip undang2 dan tidak menghasut.


4. Ucapan MB Kelantan lebih teruk dengan menuduh kes Nik Elin sama saja dengan usaha membatalkan Al-Quran dan Hadis. Hairan macamana boleh jadi MB tak faham hal ni. Itukan Takzir?


5. Isunya samada DUN Kelantan gubal undang2 berkait perkara diluar bidangkuasa atau tidak seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan senarai Negeri.


6. Hal Perlembagaan ni kena buat kerja di Parlimen dan DUN. Bukan menghasut di padang Merbok khasnya perkara yang tidak benar.


7. Terangkat kening saya dengar ucapan Tuan Ibrahim, dia akan ambik alih putrajaya jika kerajaan gagal selamatkan syariah. 33 bulan dulu kamu buat apa? Kes mula zaman kamu jadi Menteri.


8. Kerajaan Madani telah berusaha hantar wakil peguam menjadi amicus curiae (MAIWP) untuk berhujah dan membantu Mahkamah.


9. Apa jua keputusan Mahkamah, kerajaan boleh perbaiki dan perkukuh pentadbiran undang2 syariah melalui pindaan perlembagaan dan undang2. Ini bukan pengakhiran Mahkamah Syariah seperti didakwa dan dihasut. 


10. Kedudukan Mahkamah Syariah adalah dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan dan akan terus wujud.


11. Perlembagaan dan Undang2 sifatnya hidup. Dah banyak kali diperbaiki untuk harmonikan sistem Syariah dan Sivil.


12. Malah Menteri Agama kita Dato Dr. Na'im sebelum ini merupakan Ketua Pegarah merangkap Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Malayia (JKSM) yang memang kerjanya perbaiki pentadbiran Mahkamah Syariah dan Kehakiman Syariah.

Friday, November 17, 2023

 π—©π—œπ——π—˜π—’ 𝗗π—₯ π—”π—šπ—¨π—¦π—¦ π——π—œπ—¦π—˜π—•π—”π—₯ π—™π—”π—žπ—˜, π—§π—œπ—”π——π—” π—¨π—‘π—§π—¨π—‘π—š π— π—”π—œπ—‘ π—œπ—¦π—¨ π—£π—˜π—₯π—œπ—•π—”π——π—œ


1. Sehari kita disaji dengan video fake burukkan maruah Dr Aguss akhirnya dinafikan.


2. Saya tak nampak politik seperti ni membantu kita punyai suasana politik dan kerajaan yang lebih baik.


3. Saya berjanji pada diri saya untuk tidak sentuh isu maruah peribadi seperti ini tidak kira siapa.


4. Kerana saya bimbang hidup saya dihantui dengan dosa yang susah untuk saya padam dengan hanya bertaubat.


5. Saya percaya hak mengkritik saya tidak lebih dari perkara berkaitan polisi awam, tatakelola dan integriti politik.


6. Hal peribadi adalah rahsia insan dan Tuhannya. Di akhir hidupnya mungkin dia bertaubat dan Allah terima taubatnya lebih dari kita.


7. Kitapun tidaklah suci dari dosa sebab itu Nabi saw ajar kita sentiasa berdoa Allah pelihara Aurat (maruah) kita.


8. Sebab itu Islam syaratkan 4 saksi untuk buat tuduhan zina/liwat. Lihat dengan mata kepala sendiri dengan syarat saksi yang sangat ketat untuk pertahan maruah manusia. Jika gagal, kita pula disebat.


9. Dulu kita punyai TG Nik Aziz yang nasihatkan kita bila timbul isu seperti ini.


10. Hari ni 'pejuang Islam' yang jadi penyebar politik kotor ini. Sibuk betul mereka hari ni sebar ke group2. Sebahagiannya saya kenal.


11. Silap besar bila mereka jadikan orang seperti Cikgu Bard, Tun Faisal, Ratu Naga dan orang seumpama ini sebagai sumber maklumat mereka.


12. Letih je lah diajar hafal surah Al-Hujurat. Tapi bacaan tak lepasi kerongkong dan sampai ke hati untuk diambil pengajaran.


13. "Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini". Al-Hujurat:6.


14. Eloklah bertabayyun kerana hari ini ramai pelaku Qazaf yang Allah janjikan status Fasiq kekal bersama mereka selama-lamanya.


Ahmad Mursi

Thursday, November 2, 2023

 APA SEBENARNYA MAKSUD 'LIBERAL' YANG DIJADIKAN SENJATA AKIDAH PAS INI?


1. Perkataan Liberal akan sebabkan Walaun dan Ostaz PAS hilang akal kerana otak mereka telah diisi dengan definisi songsang oleh Ulama PAS dan berbeza dengan definisi ditempat lain.


2. Mereka terpengaruh dengan apa yang berlaku di Indonesia bila ada pihak yang punyai kefahaman Islam yang salah menjenamakan diri mereka dengan Islam liberal tapi itu tidak mengubah makna liberal yang difahami ditempat lain dan konteks yang lain.


3. Kita tidak boleh sekat walaun dan ustaz PAS untuk isi otak mereka dengan makna yang salah tapi jangan jadikan perkataan itu sebagai senjata untuk serang akidah orang lain.


4. Dulunya, puak Khawarij gunakan perkataan islami seperti Kafir, Munafik, Fasiq, Musuh Allah terhadap musuh politik, Kini mereka punyai istilah moden seperti Liberal dan Sekular dll untuk tujuan yang sama.


5. Liberal dalam konteks politik, ekonomi, sosial, pendidikan, kebudayaan punyai makna berbeza cuma otak Walaun akan switch ke makna yang salah dan sempit tadi secara automatik dalam semua keadaan.


6. Sebab itu mereka meroyan memfitnah PMX bila terjumpa perkataan 'liberal' dalam pengenalan Rukun Negara di buku tulis yang wujud sejak 1970.


7. Kalau PMX punyai akidah pincang seperti yang walaun dakwa, PMX akan bercakap, berdebat, mempertahankan akidah pincang itu tapi sebaliknya PMX sentiasa promosi Islam yang sebenar.


8. Khawarij sangat suka jadikan isu akidah sebagai senjata politik. 


***********************


INI 10 MAKSUD LIBERAL YANG OPEN AI JELASKAN


1. Definition: Liberalism is a political and philosophical ideology that emphasizes individual rights, freedom, and equality as fundamental values.


2. Origin: Liberalism emerged in the 17th and 18th centuries during the Enlightenment period in Europe, particularly in countries like England and France.


3. Core Values: Liberals believe in protecting individual liberties, limited government intervention, and the rule of law.


4. Democracy: Liberalism often advocates for representative democracy, where people elect leaders to make decisions on their behalf.


5. Economic Philosophy: Liberalism supports market economies with some government regulation to ensure fairness and prevent monopolies.


6. Social Equality: Liberals seek to reduce social inequalities and discrimination through policies like civil rights and social welfare programs.


7. International Cooperation: Liberals favor diplomacy and international organizations to promote peace and cooperation among nations.


8. Human Rights: Liberalism champions the protection of human rights, such as freedom of speech, religion, and assembly.


9. Modern Use: Today, liberalism continues to shape many Western democracies and is associated with both conservative and progressive variations.


10. Political Parties: Liberal parties can be found in many countries, often as a centrist or center-left political option.

Saturday, September 23, 2023

 Pada zaman Saidina Ali, ada satu kisah berkenaan salah dalam tafsiran al-Quran.


Disebabkan salah dalam pentafsiran al-Quran, menyebabkan kelompok Khawarij isytiharkan halal darah dan wajib perangi pemerintahan Saidina Ali.


ibn Abbas minta dengan Saidina Ali untuk menggunakan lidahnya untuk melemahkan 6000 orang tentera Khawarij yang sedang bersiap sedia untuk menyerang kerajaan saidina Ali.


pada peringkat awal, Saidina Ali menolak kerana bimbang Khawarij bunuh ibn Abbas. Setelah Ibn Abbas memberikan penjelasan dan alasan yang meyakinkan, maka Saidina Ali pun izinkan ibn Abbas berjumpa dengan mereka.


Dalam kalangan 6000 orang tentera khawarij itu, dibahagikan kepada tiga kelompok. Setiap kelompok ada 2000 orang.


Ibn Abbas fokus pada 2000 orang sahaja. kerana, kejayaan menarik 2000 tentera pun sudah cukup melumpuh serangan khawarij.


Apabila Ibn Abbas berada pada kelompok 2000 orang, Ibn Abbas tanya kelompok khawarij tersebut.


"apa yang menyebabkan kamu nak serang saidina Ali?", Tanya Ibn Abbas.


"sebab 3 perkara" jawab mereka.


"boleh kamu ceritakan kepadaku tiga perkara tersebut?"


"pertama, Saidina Ali tidak melaksanakan hukum Allah, sedangkan tidak ada hukum kecuali hukum Allah


"kedua, Semasa kekalahan tentera Aisyah dalam perang jamaal, Ali tidak bahagikan harta ghanimah kepada para tentera, sedangkan pembahagian harta ghanimah ada dalam syariah


"ketiga, semasa Ali menjadi Khalifah, dia minta tidak dipanggil dengan gelaran "amirul Mukminin (ketua orang beriman), sedangkan ia adalah amalan para khalifah sebelum dia. Apabila dia tidak mahu dipanggil "amirul Mukminin", itu membuktikan bahawa dia adalah "amirul Kafirin" (ketua orang kafir)".


Ibn Abbas kata: Mahukan aku menjawab tiga-tiga soalan ini. Jika aku mampu menjawabnya, mahukan kamu semua ikuti aku dan tinggalkan kelompok yang mahu menyerang saidina Ali ini?"


mereka menyatakan persetujuan.


Ibn Abbas pun jawab:


pertama, dalam al-Quran, Allah ada sebut bahawa apabila berlaku perbalahan antara suami dan isteri, maka pihak lelaki perlu lantik seorang pembuat hukum dan di pihak perempuan juga perlu lantik seorang pembuat hukum.


persoalannya, pembuat hukum yang disebut dalam ayat al-Quran itu; apakah dia adalah Tuhan atau manusia?


jawab mereka: "manusia".


maka demikian juga Saidina Ali dalam membuat keputusan negara.


Jelas, khawarij salah dalam mentafsirkan al-Quran yang berkaitan dengan konsep hakimiyyah. Ia diperbetulkan oleh Ibn Abbas.


kedua, berkenaan Saidina Ali yang tidak bahagikan secara harta ghanimah setelah Aisyah dan tenteranya kalah dalam perang Jamaal. 


bukankah Aisyah adalah ibu segala orang beriman?


jawab mereka; benar.


apakah sanggup kita merampas dan membahagikan secara harta ghanimah dari harta ibu kita sendiri?


Mereka pun faham bahawa mereka sudah salah dalam mentafsirkan hadis yang berkaitan dengan harta ghanimah.


ketiga, berkenaan Saidina Ali minta agar dia tidak dipanggil sebagai Amirul Mukminin; semasa perjanjian Hudaibiyyah, apabila wakil Quraish minta untuk padam perkataan "dari Muhammad Rasulullah" dalam surat perjanjian dan ia dipadam sendiri oleh Nabi saw.


Apakah ketika Nabi saw sendiri padam perkataan "Muhammad rasulullah" dalam surat perjanjian yang dengan itu Nabi Muhammad bukan lagi Rasulullah?


mereka jawab: Baginda tetap rasulullah.


maka demikian juga Saidina Ali yang minta tidak dipanggil dengan Amirul Mukminin.


Ternyata, khawarij gagal faham logika yang terkandung disebalik permintaan saidina Ali tersebut.


kisah ini ada disebut dalam Sunan al-Nasaie dan beberapa buah kitab-kitab tarikh.


Dari sini jelas, pada era sahabat dahulu, kalangan yang memesongkan pentafsiran al-Quran itu pernah berlaku dalam kalangan orang islam sendiri.

Thursday, September 21, 2023

 TAK SAMA TUDUH "KAU RASUAH!" DAN "KAU PELIWAT" DISISI ISLAM. TAK BERBALOI UNTUK WALAUN PERTAHAN QAZAF


Ahmad Mursi


1. PMX cakap hal tata kelola, MP Putrajaya balas Qazaf hal peribadi. Itu bukan tujuan Parlimen.


2. Menuduh "kau perasuah!" tak sama tuduh "kau peliwat!" disisi perundangan Islam.


3. Keduanya tetap dosa jika ia fitnah dan tiada asas. Tapi tak dikira Qazaf dengan tuduh "kau perasuah!".


4. Qazaf ni tuduhan zina/liwat tanpa 4 saksi. Ada dalil qat'ie dan 1 dari 6 kesalahan Hudud.


5. Video Mahathir akui mahkamah dapati Anwar tak bersalah, Pendakwaraya ditukar dan dibayar 5 juta pastikan Anwar disabitkan. YDPA pula telah beri pengampunan dan Kesnya dibersihkan.


6. JIKA BENAR SEKALIPUN, dalam Islam, setelah dihukum ikut syariat, pesalah kembali ke dalam masyarakat sebagai insan yang telah bersih dari dosanya.


7. Jadi jika Radzi Jidin nak buat tuduhan baru, bawakan 4 saksi dengan syarat yang ketat, lihat dengan mata kepala sendiri sejelas umpama burung masuk ke sangkar.


8. Sukar syarat ni? Memanglah. Kalau ada sekalipun, maksudnya perlakuan itu berlaku secara terbuka. Itu dah jadi hal kepentingan awam sebab itu Islam hukum.


9. Dosa peribadi boleh taubat, tapi kesalahan libatkan kepentingan awam, Islam sangat tegas.


10. Dalam masa sama Islam larang mengintip hal peribadi di tempat tertutup dengan ayat 12 Surah Al-Hujuraat: "Wala tajassasu".


11. 4 kali Maiz bin Malik mengadu kepada Rasulullah SAW dia telah berzina tetapi baginda tolak (a) palingkan wajah mengelak, (b) persoal kewarasannya (c) menghalau Maiz balik dan disuruh bertaubat. Hanya dihukum setelah Iqrar kali ke-4.


12. Tak berbaloi walaun berkempen isu liwat berbanding dosa besar yang masuk ke akaun peribadi walaun. Carilah isu lain. Saya sekadar mengingatkan kerana rasa kasih dan sayang.


Ahmad Mursi

Tuesday, September 19, 2023

 Pada era Saidina Umar jadi khalifah, Abu Bakrah telah lakukan qazaf pada Mughirah bin Syu'bah


Saidina Umar minta Mughirah bawakan saksi yang adil. Tiga orang datang dan menjadi saksi.


Apabila Saidina Umar tanya kepada setiap tiga orang itu: apakah kamu nampaknya seperti kayu celak masuk dalam botol celak?


 ketiga-tiga saksi itu menyatakan tidak - mereka hanya nampak di luar kain selimut yang bergerak sahaja.


Saidina Umar pun nyatakan, kalau mereka tidak mahu tarik penyaksian dan minta maaf, mereka akan dikenakan hukuman qazaf.


Mereka pun tarik kesaksian.


Saidina Umar tanya pula pada Abu Bakrah pula. Ternyata  dia bertegas dengan sikapnya.


 Saidina Umar menyatakan bahawa dia bakal dikenakan hukuman qazaf jika tidak tarik pendakwaan. Abu Bakrah tetap bertegas. Dengan itu, Abu Bakrah dikenakan sebatan 80 kali sebagai kesalahan qazaf.


Kisah ini ada tercatat dalam tarikh tabari dan bidayah Ibn Kathir.