Wednesday, January 1, 2025

 Anwar bukan sekejam Mahathir utk aniaya Najib 

SOLIDARITI PAS NAJIB BOLEH MUSNAHKAN BERSATU 


Solidariti utk Najib digerakkan oleh PAS bukan dari UMNO. Digerakkan oleh PAS bukan dari BERSATU. Dlm erti kata lain gerakan ini bukan dari pembangkang atau Perikatan Nasional tetapi dari PAS.


Ramai yg silap bila mengatakan gerakan ini dari Perikatan Nasional. Tidak benar ia hanya tindakan sendirian PAS yg berlebih lebihan dan dlm agama mereka ini bersifat munafik. 


Sdgkan UMNO parti Najib sendiri, setahu saya setakat ini tidak ada surat rasmi mengajak ahlinya bersolidariti utk Najib. 


Jika anak2 Najib berbuat demikian kita faham sebagai anak samada bapanya bersalah atau tidak mereka akn perjuangkan nasib bapa mereka.


Jika lihat situasi skg yg berlebih lebihan utk solidariti ini adalah PAS. Muhyiddin, Hamzah, Azmin tidak berbuat demikian kerana mereka tahu jika Najib berada tahanan rumah dan PAS bertemu dan adakan perjanjian, bukan perkara pelik jika PAS tinggalkan BERSATU.


Sdgkan Najib di penjara pemimpin PAS sudah berbincang dgn Presiden UMNO, Zahid Hamidi dgn tawarkan jawatan Perdana Menteri. 


Pemimpin BERSATU tidak senang dgn tindakan PAS bertemu Zahid dgn tawaran tersebut tapi apa nak buat terpaksa memendam rasa sb mereka tahu BERSATU hanyalah sebagai penumpang di dlm Perikatan Nasional.


Dlm erti kata lain PAS selfish utk menjadi kerajaan bersama UMNO. PAS juga pasti akn melantik pimpinan UMNO utk mengetuai pembangkang dan bukan lagi BERSATU.


Maka pemimpin BERSATU yg dianggap membuli PAS berdasarkan barisan pimpinan Perikatan Nasional baru2 ini, pasti akn diketepikan begitu sahaja.


PAS tahu BERSATU hanya menunggang mereka. Jika UMNO beri sekali lagi pilihan samada BERSATU atau UMNO pastinya PAS kali ini akn bersama UMNO. Sbnya mudah, BERSATU bukan lagi berkuasa atau dlm erti kata lain Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri.


Tapi dlm masa yg sama Muhyiddin, Hamzah dan Azmin berharap PAS tidak akn meninggalkan mereka kerana kes sabitan mahkamah sdg berjalan. 


BERSATU tahu bekerjasama dgn UMNO bermakna batu nisan utk mereka. Ini kerana niat BERSATU penubuhannya mahu talkinkan UMNO. UMNO bila berkuasa tentulah juga mahu talkinkan BERSATU kerana dianggap ‘rival’ sokogan undi Melayu.


Cuba kita nilai dlm solidariti Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sendiri antara individu paling nampak kedepan. Baik dlm Parlimen mahupun luar Parlimen, berulang kali dia persoalkan tentang Titah Adendum.


Sebagai peguam, dia sendiri tahu seorang Perdana Menteri tidak boleh sesuka hati keluar kenyataan melebihi mahkamah tetapi sengaja dilakukan utk tujuan persepsi.


Lepas AGC keluarkan kenyataan permohonan tahanan rumah Najib tu perlu lalui Lembaga Pengampunan, bukan main lagi Takiyuddin mainkan naratif. Siap nak buat anjuran perhimpunan solidariti nak tuntut keadilan kononnya. 


Kata mereka, PMX boleh, kenapa Najib tak boleh? Semalam saya sudah tulis bahawa kes Anwar beliau melalui proses tersebut yg mana public boleh sahaja google kenyataan media dari pihak Istana.


Jahatnya Takiyuddin, satu masa dulu dia lah antara individu yg paling mahu Najib dihukum dan ke 'dalam'. Siap kata penjarakan Najib adalah jalan mudah utk singkirkan UMNO. 


Tak cukup dgn tu, Takiyuddin juga pernah memberitahu PAS tidak menyokong BN jika masih di bawah Najib. Tiba2 dia yg berteriak di sana sini, keluarkan memo dan mengajak org ramai bersolidariti  utk Najib… hipokrit.


Malah Muhyiddin Yassin pernah berkata org yg kerumun Najib di mahkamah itu sebenarnya sebab nak tengok 'perompak' dgn lebih dekat lagi. 


Tahniah saya ucapkan kpd UMNO sendiri yg menghormati perlembagaan. Bagaimana UMNO mahu pulih jika tumpuan mereka hanya kpd Najib yg satu dunia sudah mengetahui kes mantan PM itu adalah kes terbesar korupsi dlm sejarah dunia.


Kita kena ingat Najib baru sahaja dipenjarakan 2 tahun. Kesnya melibatkan wang rakyat berbillion ringgit. Jika dia dibenarkan apa kata rakyat dan dunia yg melibatkan pelabur luar negara.


Sdgkan Najib sudah dikurangkan separuh hukuman penjara. Hukuman Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kpd RM50 juta. Nak apa lagi? Jika boleh duduk rumah semua org nak buat perkara sama.


Tiba2 DS Anwar dikatakan kejam? 

Benarkah kejam sdgkan Muhyiddin Yasintidak pernah pertahankan Najib waktu dia menjadi PM. Ismail Sabri PM UMNO tidak pernah bersuara atau membawa ke Lembaga Pengampunan utk Najib.


Sedikit kronologi, dlm Agenda Lembaga Pengampunan 10 agenda sahaja tetapi Anwar dah bantu sampai masuk dlm agenda ke 11. AG pun terkejut nama Najib tiba2 muncul.  


Kuasa yg ada pada Anwar hanya setakat membantu Najib dipertimbang utk didengari petisyen pengampunannya.  


Namun apa keputusan Agong Anwar tidak boleh hendak paksa. Agong hendak bagi pengampunan penuh ke, pengampunan separuh ke, gantung hukuman ke atau lain2 itu hak baginda.


Konon wujud adendum Najib, utk pengetahuan sehari selepas Lembaga pengampunan sudah buat keputusan, baru Agong tambah kelegaan. 


Dapat Tahanan rumah, beberapa jam sebelum jam 12.00 malam bila Baginda tamat tempoh jadi Agong.  

AG masa tu pula, tafsir Adendum tu TIDAK sah, kerana ianya dibuat di luar Lembaga Pengampunan. 


Itu sebab Najib buat semakan kehakiman dan bukan pertikai keputusan Lembaga Pengampunan. Biar Mahkamah pula tafsir sama ada Agong boleh buat titah tambahan di luar Lembaga Pengampunan. Biarlah mahkamah memutuskan sama ada Titah itu sah atau tidak sah.


Percayalah Anwar bukan pendendam dan bukan sekejam Mahathir. Walaupun Najib pernah penjarakannya tetapi Anwar akn maafkan.


Tapi soal kepentingan rakyat seperti salahguna kuasa Najib, Anwar serahkan kpd mahkamah utk tentukan. Itu hak rakyat bukan hak dirinya lagi.


Anwar juga pernah berkata, layani Najib itu sebagai mantan Perdana Menteri dan jgn layani Najib sepertimana yg pernah beliau lalui di penjara. Itulah insan bernama Anwar yg tidak meletakkan dendam dlm perjuangannya utk memerdekakan rakyat.


Cuma yg saya kagum dgn PAS ini bagaimana mereka menghimpunkan ratusan ribu pengikut dgn mudah memperhambakan pemikiran mereka. Bagaimana mereka boleh yakinkan org Melayu Islam bahawa pemimpin mereka duta tuhan, ada nombor keahlian syurga dan bermacam mcm lagi karut marut… salah satu keajaiban dunia.


#nakmundurpilihpas

Monday, December 30, 2024

 Resepi Roti Kampung (Paung)

Versi mudah tanpa uli

1cawan air suam

3 sudu makan gula

1/2 st garam

1st yis

(Kalau sebati)

Tambah 21/2 cawan gandum

Kacau sebati.

Tambah 2 sudu minyak/ butter

Rehatkan hingga naik 2x ganda

Bentukkan.

Rehatkan sehingga Naik 2x ganda.

Bakar 10-15 Minit suhu 190°c

Selamat Mencuba ♥️

Kredit empunya resepi


RESEPI MEE HAILAM SEDAP & SIMPLE.


Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.


Bahan2nya:


1/2 kg. mee kuning

1/4 kg daging ayam dan daging lembu

10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)

3 ulas bawang putih *

3 ulas bawang merah *

1 sudu besar cili boh

1 ikat sawi hijau

1 potong kobis

1/2 batang lobak merah

1 bungkus ‘baby corn’

2 tangkai daun sup dan daun bawang

2 biji limau nipis

1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)

Sos cili

Sos tomato

Kicap(warna asal Bkn mcm ni,kami suka mkn kicap sb tu boh byk2)


* Ditumbuk terlebih dahulu

* Ayam dan daging direbus dahulu


Cara2 Membuatnya.


Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.


Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.


Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.

Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)

Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.


Kemudian anda masukkan mee.

Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.

Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.


Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)

Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.


Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.

Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.


Cdt: jessie ooi

Tuesday, December 17, 2024

 Tun, Berhentilah Memecah-Belah Melayu: 2 Kali Jadi PM, Melayu Susah Dan Miskin


Tun Dr. Mahathir Mohamad memegang tampuk pemerintahan Malaysia selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri ke-4 (1981–2003) dan kemudiannya kembali sebagai Perdana Menteri ke-7 selama hampir 22 bulan (2018–2020). Dalam tempoh itu, beliau sering menggunakan naratif “membela Melayu” sebagai landasan politiknya. Namun, persoalan besar yang terus menjadi perbincangan adalah: jika benar perjuangannya untuk Melayu, mengapa setelah lebih dua dekad memerintah, orang Melayu masih kekal dalam keadaan yang susah dan tertinggal?


1.Melayu Susah di Era Tun


Semasa era pemerintahan Tun sebagai PM ke-4, beliau melaksanakan pelbagai dasar ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1971, Tun Dr. Mahathir memperkukuhkan agenda DEB dengan melaksanakan dasar penswastaan, projek mega, dan pembangunan infrastruktur. Namun, walaupun terdapat sedikit kejayaan dalam meningkatkan taraf ekonomi segelintir elit Melayu, ia juga menghasilkan ketidaksamarataan yang ketara.


Kekayaan dan peluang ekonomi lebih tertumpu kepada segelintir golongan elit Melayu, sementara majoriti orang Melayu biasa kekal dalam keadaan serba kekurangan. Tambahan pula, amalan kronisme dan nepotisme yang berkembang sepanjang pentadbiran beliau menjadi punca utama ketirisan dalam pelaksanaan dasar-dasar ini. Peluang yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat kebanyakan sering hilang kerana diagihkan kepada golongan tertentu.


2.PM Kali Kedua: Melayu Masih Tidak Dibela


Ketika Tun kembali sebagai PM ke-7 di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau diberi peluang sekali lagi untuk membuktikan komitmennya terhadap orang Melayu. Namun, apa yang berlaku? Fokus pentadbirannya lebih kepada isu reformasi institusi dan usaha melawan rasuah. Walaupun ini adalah perkara penting, ia tidak menyelesaikan masalah langsung yang dihadapi oleh masyarakat Melayu seperti kos sara hidup, pendidikan, dan jurang ekonomi yang semakin melebar.


Malah, keputusan beliau untuk meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada Februari 2020 mencetuskan krisis politik yang serius, membawa kepada ketidakstabilan yang memudaratkan negara dan masyarakat Melayu. Sekiranya benar Melayu adalah keutamaan beliau, mengapa beliau memilih untuk melepaskan tanggungjawab pada saat genting itu?


3.Perjumpaan Meja Bulat: Taktik untuk Ganggu PMX


Baru-baru ini, perjumpaan meja bulat yang dianjurkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menarik perhatian ramai. Walaupun dilihat sebagai satu usaha untuk membincangkan isu-isu negara, bagi saya, pertemuan ini tidak lebih daripada satu taktik politik untuk mengganggu usaha Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam memulihkan semula Malaysia.


Pertemuan tersebut turut disertai oleh tokoh-tokoh politik dan individu yang dikenali mempunyai agenda tersendiri, termasuk mereka yang sebelum ini secara terbuka menentang Kerajaan Perpaduan. Kehadiran pihak-pihak yang berniat jahat dan sering mempersoalkan legitimasi kerajaan jelas menunjukkan bahawa meja bulat ini bukanlah bertujuan mencari solusi, tetapi lebih kepada usaha melemahkan kestabilan kerajaan.


Tun dan beberapa peserta pertemuan ini sering menggunakan naratif Melayu tergugat, namun naratif ini sebenarnya hanyalah alat politik untuk menghasut dan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Jika benar mereka ikhlas mahu membela rakyat, kenapa mereka tidak menyokong agenda Kerajaan Perpaduan yang sedang berusaha keras untuk memperbaiki ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan mengembalikan kepercayaan dunia terhadap Malaysia?


4.Dengki dan Niat Jahat terhadap Kerajaan Perpaduan


Meja bulat ini jelas membabitkan pihak-pihak yang tidak senang hati melihat kejayaan Kerajaan Perpaduan. Mereka memilih untuk menyerang dan menghalang usaha Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada menstabilkan politik negara, memulihkan ekonomi, dan memartabatkan semula Malaysia di mata dunia.


Naratif yang dibawa dalam perjumpaan ini bukan sahaja tidak membantu, malah mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat. Tun dan sekutunya perlu sedar bahawa rakyat sudah muak dengan permainan politik lama yang hanya menguntungkan segelintir elit politik, sementara rakyat biasa terus terhimpit dengan pelbagai masalah.


5.Masa untuk Bersama Membina, Bukan Menghancurkan


Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk bangkit semula. Taktik seperti perjumpaan meja bulat ini hanya merugikan rakyat dan melemahkan keyakinan terhadap negara. Tun, yang telah memimpin negara selama lebih 24 tahun, seharusnya menggunakan pengalaman dan pengaruhnya untuk menyokong usaha pemulihan negara, bukan mencetuskan kekacauan dan membiarkan dirinya diperalatkan oleh pihak-pihak yang ingin menghancurkan kestabilan Kerajaan Perpaduan.


6.Tun Perlu Berhenti


Tun perlu menyedari bahawa legasinya sudah cukup besar. Beliau telah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali dan memimpin negara lebih daripada 24 tahun. Sumbangannya, baik atau buruk, sudah menjadi sebahagian daripada sejarah. Kini, tiba masanya untuk beliau berundur sepenuhnya dan memberi ruang kepada generasi baharu untuk membawa idea dan pendekatan segar.


7. Seruan kepada Semua Pemimpin


Malaysia tidak lagi memerlukan permainan politik lama yang penuh dengan perbalahan. Semua pihak, termasuk Tun, perlu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang adalah peluang untuk memperbaiki segala kerosakan yang telah berlaku. Namun, ia hanya boleh berjaya jika semua pihak memberi sokongan dan berhenti daripada menggugat kestabilannya.


Kesimpulan


Malaysia tidak boleh lagi menjadi mangsa kepada ego dan strategi politik individu. Tun Dr. Mahathir masih boleh meninggalkan kesan positif dengan menyokong usaha pemulihan negara, bukannya terus menimbulkan kekacauan. Masa untuk merosakkan sudah berlalu. Kini adalah masa untuk membina.


Seperti yang dinyatakan oleh rakyat, “Berhentilah memporak-perandakan, dan bantulah membina semula.” Melayu tidak perlukan alasan; mereka perlukan tindakan dan keikhlasan. Masa depan negara bergantung kepada pemimpin yang berani berubah dan mendahulukan rakyat.


Muhamad Nur Ismail 

18 Disember 2024

Wednesday, August 7, 2024

 Mee Goreng Mamak ❤️

.

Bahan:

.

✅Mee kuning 450g(5 org makan)

✅Lada kering+Bwg Merah+Bwg putih (blend)

✅Sayur Sawi@Taugeh

✅Fish cake@Fish ball

✅Sotong@Udang

✅Telur 2biji

✅Kicap (6sudu mkn)

✅Seafood sos adabi (2sudu mkn)

✅Sos Cili (2sudu mkn)

✅Perencah Maggi Kari (stgh paket)

✅Garam (secukup rasa)

.

Cara buat:

.

1. Tumis lada kering yg dah diblend hingga garing

2. Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.

3. Masukkan sotong@udang dan fishcake@fishball

4. Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dgn garam

5. Akhir sekali masukkan mee kuning yg sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak

.

Tadaaa dah siapp untuk dimakan.. Selamat mencuba 😘

.


Kredit Pemilik Foto

Moga Sama2 Dapat Manfaat ❤️ Dunia Akhirat


Petua pisang goreng rangup, warna cantik & lembut.. boleh juga goreng keledek, keladi atau ubi kayu

.

Mak Sipah kan tak berapa ada gigi, jadi dia tak suka bancuhan yg guna tepung beras. Nak guna yg segera, dia mabuk pulak kalau ada msg.. Jadi kak NN buat gini :

.

1/2 paket tepung gandum

Secubit garam - nak sihat guna garam buluh

Gula - sweetality 3-4 sudu kecil

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar air kapur makan

2 sudu besar minyak masak

Air suhu bilik

.

Air kapur tu akan jadikan bancuhan tepung + kunyit jadi warna oren~ eiiii lawanyaa!! Pastu ia akan menjadikan tepung tu rangup..

.

Biasanya mmg buat bancuhan tepung tu lebih.. ramai peminatnya.. dah habis goreng pisang… goreng tepungnya pulak.. buat besar2.. sekejapan habis.. cuba tau! sedappp


Kredit empunya resepi


Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2

1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)

1biji telur

2 sudu majerin

1sudu kecil garam(larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais

2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti

*masukan air garam+telur

*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn

*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)

*canaikan jd mcm dlm gambar

*sedia utk di gorengπŸ˜‰



RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID

kena cuba buat sodappp

============================

BAHAN-BAHAN :

✔ 2 kilo mee kuning, dicelur

✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel

✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar

✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar

✔ 3 ulas bawang putih, dikisar

✔ 3 biji bawang merah, dikisar

✔ 1 inci halia, dikisar

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 3 batang serai, dititik

✔ 1 inci lengkuas, dititik

✔ 5 sudu makan rempah kari daging

✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

✔ minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 80g tepung gandum

✔ ¼ camt serbuk kunyit

✔ garam

✔ air secukupnya

✔ minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN

✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil

✔ daun sup, dimayang

✔ bawang goreng

✔ telur rebus, dibelah dua

✔ lada hijau, dipotong bulat

✔ taugeh, dicelur

✔ limau kasturi, dibelah dua

=================

CARA-CARA PENYEDIAAN

=================

CARA TEPUNG UDANG KERING

✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.

✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH

✔ Panaskan minyak dalam periuk.

✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.

✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.

✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.

✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Okey, selamat mencuba

Thursday, August 1, 2024

 KITA TIDAK DAPAT MENGUBAH POLEMIK LAMPAU TETAPI MASIH MAMPU MENGHARMONIKANNYA


Ikhtilaf antara Asya'irah-Matudiyyah vs sebahagian Hanabilah begitu juga antara iltizam mazhabi vs tidak iltiazam mazhabi pada pada masa silam adalah suatu yang telah berlaku dan tidak dinafikan bahawa kerangka pemikiran tersebut diwarisi oleh pengikut masing-masing sehingga ke hari ini dalam bentuk wacana yang serupa. 


Pada hemat saya, ia tidak bermakna kita harus meneruskannya dengan melihat pada titik-titik ikhtilaf dalam menentukan perspektif yang lebih tepat sebagai anutan masing-masing. Sebagai generasi kini, kita pasti tidak mampu memadamkan kisah-kisah ikhtilaf yang tegang berdasarkan latarbelakang setiap zamannya. Namun ia tidak bermakna, kita tidak mempunyai ruang untuk meminimumkannya.


Sekitar tahun 2017 dahulu, saya pernah mengusulkan perlunya usaha taqrib antara Asya'irah-Matudiyyah vs Salafiyyah dan juga antara Syafi'iyyah vs selain Syafi'iyyah sekurang-kurangnya dalam konteks Malaysia. Walau pun pada hakikatnya, usaha taqrib tersebut agak sukar dijayakan antara yang menyokong atau menentangnya.


Sebagai pengikut Asya'irah dan bermazhab Syafie, saya secara peribadi melihat ikhtilaf yang sentiasa panas pada hari ini masih berlegar dalam konteks wacana yang sama iaitu perspektif memperihalkan anggota Tuhan seperti tangan, muka, kaki, istiwa' alal 'arsy, nuzul, ketawa dan lain-lain yang dinamakan ayat-ayat sifat atau nas-nas mutasyabihat. Memang perbahasan ini akan timbul kerana ia ada dalam sumber hukum iaitu al-Quran dan sunnah. Orang yang mendalami ilmu-ilmu akidah pasti akan mendepani persoalan-persoalan tersebut sama ada di peringkat rendah atau pengajian tinggi.


Kita boleh mengambil inspirasi ke arah al-i'tilaf (Ψ§Ω„Ψ₯Ψ¦Ψͺلاف) daripada pengalaman al-Azhar memperkenalkan subjek fiqh muqaran dalam silibusnya. Objektif subjek ini untuk mencairkan semangat ketaksuban kepada satu-satu mazhab yang pada praktikalnya sukar untuk berdamai. Dunia semakin berkembang. Kerana itu, kebergantungan kepada satu mazhab fikah sahaja akan menyukarkan pencarian solusi bagi memenuhi kemaslahatan umat Islam. Kadang-kadang ada solusi yang boleh dicapai dalam fatwa pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali selain daripada mazhab Syafie. Sekalipun fiqh muqaran bukanlah mengajar penuntut agar meninggalkan mazhab masing-masing, namun sekurang-kurangnya semua penuntut membaca pendapat dan hujah mazhab-mazhab lain secara adil dan jujur. Begitu juga pentarjihan pendapat dalam subjek tersebut bukan suatu yang muktamad kerana bergantung kepada dapatan pengajarnya.


Guru kami, al-Marhum Prof Muhammad Hussin Qindil (Mantan Dekan Kuliyyah Syariah wal Qanun, al-Azhar Cawangan Damanhur) bermazhab Syafie, beliau mengajar subjek fiqh muqaran dan fiqh al-sunnah. Dalam kedua-dua subjek itu, bukan semua beliau tarjihkan mazhab Syafie. Kita membaca alasan-alasan pertarjihannya. Malah beliau juga menegaskan, jika kamu mempunyai alasan-alasan lain, silakan tarjih.


Subjek fiqh muqaran merupakan subjek wajib yang menggabungkan semua pelajar al-Azhar pelbagai mazhab termasuk Hanbali-Salafi. Dalam kelas, selalunya Dr Hussin terpaksa menhadapi kritik-kritik daripada pelajar pelbagai mazhab terutamanya pada tahun satu pengajian (zaman saya dahulu menggunakan sistem penggal). Bukan calang-calang orang boleh mengajar fiqh muqaran kerana harus menguasai turath setiap mazhab. Saya teringat pernah terjadi apabila seorang pelajar yang mempertikaikan bolehnya dibaca sayyidina Muhammad dalam solawat doa tasyahhud. Agak tegang tetapi beliau menjelaskan istihbabnya menurut mazhab Syafie. 


Kembali kepada fokus penulisan ini, mungkin kita perlu mengemaskini (saya tidak kata mengubah) silibus pengajian tinggi akidah sama ada di pihak Asya'irah atau Salafiyyah-Wahhabiyyah iaitu dengan menyebut pendapat-pendapat rival masing-masing dengan jujur berdasarkan apa yang dihujahinya dengan betul. Ia disebut sebagai pendapat kedua atau ketiga selain pendapat pegangan kita. Misalnya dalam bicara ayat sifat, semua kita bersepakat mentaqdiskan Allah SWT dan mentanzihkanNya daripada penyerupaan makhluk. Hanya apabila memperihalkan bentuk tanzih, kita daripada aliran Asya'irah membincangkan pendapat yang disepakati ulama kita. Namun disebutkan juga pendapat Salafiyyah dalam isu tersebut dengan hujah-hujah mereka. Dalam konteks ini, pendapat-pendapat lain dalam keluarga ASWJ sebagai satu ijtihad juga yang perlu dihormati, namun kita mentarjihkan pendapat kita berdasarkan hujah-hujah yang diyakini. Sebagaimana perihalnya dalam fiqh muqaran tanpa memperlecehkan mazhab-mazhab lain.


Dalam pengajian secara komparatif ini, kemukakanlah sisi-sisi harmoni yang menjadi maqasid utama setiap aliran dalam wacana ayat-ayat sifat. Sisi-sisi negatif yang merosakkan al-i'tilaf seperti label mujassimah, musyabbihah pada Wahhabiyyah-Salafiyyah atau Jahmiyyah, ahli kalam bid'ah pada Asya'irah perlu dijauhi. Saya percaya pengikut Salafiyyah pun tahu pemikiran tajsim dan tasybih makhluk pada Allah adalah satu kekufuran. Begitu juga, menta'tilkan sifat Allah oleh Jahmiyyah kepada Asya'irah sangat tidak tepat kerana perkara itu telah dinafikan sejak awal lagi melalui pengajian sifat 20. Begitu juga labelan ahli kalam adalah sesat juga telah pun dimurnikan kekeliruan itu. Semua sisi-sisi negatif ini kita akan terlerai jika kita menelaah rujukan aliran masing-masing.


Pentarjihan ayat-ayat sifat sama ada menurut perspektif Asya'irah-Maturidiyyah atau Wahhabiyyah-Salafiyyah itu adalah ijtihad pegangan masing-masing yang menyerlahkan maqasid taqdis dan tanzih. Pada saya, aliran Mujassimah, Musyabbihah, Jahmiyyah, Mu'attilah (termasuk Muktazilah dan Syiah) sebenar sememangnya pernah wujud dan dihukum kesesatannya oleh ulama ASWJ. Namun yang ada pada hari ini, bukanlah termasuk pun dalam kategori itu. Ulama Asya'irah hari ini pun menafikan ajaran mereka berasal Muktazilah atau Jahmiyyah. Salafiyyah pun menolak mereka termasuk dalam ajaran Mujassimah.


Oleh kerana kedua-dua menafikan labelan itu, maka apa yang boleh dibuat oleh generasi hari ini?. Adakah meneruskan ikhtilaf masa lampau atau memurnikan sisi-sisi negatif yang merosakkan i'tilaf?.


Memang benar, kita mesti mempertahankan keyakinan yang menjadi fundamental akidah masing-masing. Namun tidak salah jika diceritakan pendapat kedua atau ketiga dengan jujur dan membuang sisi-sisi negatif yang ada padanya di samping pegangan kita. Jika tidak dapat bersatu keseluruhannya, jangan pula diperbesarkan sisi-sisi negatif yang menjarakkannya. 


Saya percaya tokoh-tokoh ilmuan yang harmoni tidak gusar untuk membicarakan sisi-sisi harmoni yang ada pada setiap aliran lain. Kita tidak perlu bertaqiyyah dalam hal ini untuk membeli kepercayaan pihak lain. Kita hanya perlu ikhlas dan mengharapkan perpaduan umat Islam lebih akrab. Mungkin kita tidak mampu mengubah ikhtilaf di Timur Tengah, namun budaya Nusantara-Melayu kita yang terkenal dengan kesopanan dan keberadaban boleh menguburkan sisi-sisi negatif, 


Dalam hal ini, apabila pihak autoriti agama di Perlis mula menggunakan kitab-kitab fikah mazhab Hanbali, ia satu usaha yang bagus untuk mengurangkan jurang ikhtilaf. Begitu juga dalam fatwa negeri-negeri lain, ia tidaklah terlalu ketat dengan fatwa mazhab Syafie. Proses islah dan tajdid fikah yang segar tetap diamalkan oleh negeri-negeri lain sebenarnya. Perkara ini boleh disahkan oleh sesiapa yang terlibat dalam jawatankuasa fatwa negeri-negeri.


Kita cuba bergerak ke arah kerangka faham akidah ASWJ pula. Justeru, silibus akidah yang mentakfirkan sesama umat Islam sudah tidak efektif untuk diajar dalam konteks semasa di saat kita menghadapi cabaran ideologi Barat dan doktrin pemikiran sesat yang lebih menggugat cara hidup umat Islam.


Dr. HK

1.8.2024

Wednesday, July 24, 2024

Memoir 205 Tengku Razaleigh

 Buku Memoir 205 Tengku Razaleigh Hamzah mencatatkan bagaimana orang Umno telah di kafirkan oleh Pas sejak pilihanraya negara yang pertama selepas merdeka 1959.


Semuanya adalah kerana perebutan undi orang melayu yang ketika itu di ungguli oleh Umno yang lansung tidak ada kena mengena dengan agama Islam.


Yang di ceritakan pada umum kenapa Pas keluar dari Umno ialah kerana Umno menyokong judi loteri namun hal yang sebenarnya ialah kegagalan Allahyarham Ahmad Fuad dalam perebutan jawatan presiden Umno (ketika itu  Yang DiPertua UMNO) dengan Tunku Abdul Rahman.


Kegagalan Ahmad Fuad merebut jawatan presiden Umno telah menyebabkan beliau membawa keluar biro agama Umno dan menubuhkan Pas.


Namun sokongan orang melayu terus bersama-sama Umno yang menyebabkan Pas menggunakan tektik mengkafirkan Umno sebagai cara untuk menarik orang melayu yang kuat dengan pegangan islam agar tidak menyokong Umno.


Maka tektik ini di guna terus menerus sehingga ke hari ini cumanya kafir itu bertukar-tukar seperti di bawah : -


1946 - 1951 - Umno Islam sebab depa adalah ahli Umno

1951 - 1971 - Umno Kafir sebab depa keluar dari umno

1971 - 1978 - Umno islam sebab depa masuk Barisan Nasional

1978 - 2020 - Umno Kafir sebab di singkirkan dari Barisan Nasional

1990 - 1995 - Semangat 46 islam sebab 46 pecahan Umno yang bersama depa dalam APU

1999 - 2004 - DAP, PKR, PRM islam sebab depa ada dalam BA

2004 - 2008 - PKR islam DAP Kafir sebab masih bersama PKR tapi tidak bersama DAP

2008 - 2013 - PKR, DAP islam sebab depa ada dalam Pakatan Rakyat

2013 - sekarang - DAP kafir, PKR Kafir sebab depa keluar dari Pakatan Rakyat

2018 -  - Amanah, Bersatu Kafir (Kafir baru serpihan Pas dan Umno)

2020 - 2022 - Umno islam, MCA islam, MIC islam sebab depa berkawan dengan Barisan Nasional

2022 - sekarang- Umno kafir,  Bersatu islam, Gerakan Islam sebab dah tak berkawan dengan Umno dan depa ada dalam PN


Kesimpulannya semuanya kerana politik dan tidak ada kena mengena dengan agama.

Sunday, July 21, 2024

 

MURSYID AM PAS vs MP DIGANTUNG


Dzulkarnain Abidin


1. Mursyid Am Pas kata, boleh baca qunut nazilah apabila jemaah PN ditekan secara politik.


2. Maknanya, MA Pas mengaku, "ulama" Pas yang baca qunut nazilah di parlimen itu menyasarkan doanya kepada kerajaan hari ini.


3. Kita tahu, kini Pas memang tertekan sebab tak dapat jadi kerajaan dan tak dapat nak tebuk atap.


4. Kalau itu tekanannya, "ulama" Pas baca qunut nazilah atas alasan yang salah. Alasan itu tak memenuhi syarat qunut nazilah dibaca.


5. Sebelumnya, MP PN digantung kata, qunut nazilah itu bukan menyasarkan kerajaan, PM atau speaker.


6. Eh, macam mana Mursyid Am Pas bercanggah dengan MP PN digantung? 


7. MP PN digantung tak rujuk ulama Pas? Atau ulama Pas tak sejalan dengan MP PN digantung?


8. Mungkin depa dua dok dalam grup wasap berbeza. Mis komunikesyen...!