Sunday, January 12, 2025

 Kene simpan ilmu ni baik-baik.


1) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi

 Surah - fussilat, ayat 44


2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.

 - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel

 - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat


3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.

 - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya

 - Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali

 - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh


4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri

 Surah Al - Baqarah, ayat 102


5 ) Resdung

 - Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan

 - Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)

 - Setiap kolah masjid, 1 botol.

 - Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung

 - Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.

 - Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'

 - Masukkan air ke dalam hidung & buang semula

 - Ulang sebanyak 7 kali

 Surah Al - Anbya', ayat 83


6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)

 - Gunakan minyak zaitun

 - Baca Al - Fatihah & Ayat kursi

 - Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :

 Surah At- Taubah ayat 14

 &

 surah Al - Hashr ayat 21


7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita

 - Menggunakan madu asli

 - Baca Al- Fatihah & Ayat kursi

 - Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu

 - Makan 1 sudu sehari

 Surah An -Nahl, ayat 69


😎 Angin pasang

 - Menggunakan madu

 - Amalkan ayat- ayat di bawah ini

 -Surah Al - Isra', ayat 82

 Surah Al - Hashr, ayat 21

 Surah Ash - Shua'ra' ayat 70


9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung

 Bahan - bahan :

 - Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)

 - Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)

 - Buah kelapa (yang berhingus)

 Cara - cara :

 - Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.

 - Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.

 - Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.

 - Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.

 - Minum air kelapa yang telah suam.

 *Satu bji kelapa, selang 2 hari.


10) Susah tidur malam

 Surah Al - kahf, ayat 11


11) Merawat histeria

 - Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..

 - Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.

 *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain

 - As saffat , ayat 7


[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]


Simpan kat wall fb masing-masing

Tuesday, January 7, 2025

 Menang 2-1 bukan Najib terus balik rumah

KENAPA PEMBANGKANG GHAIRAH?


Bawa ‘surat sokongan’ dan diterima utk dibicarakan. Sebelum ini saya ada menulis Najib diberikan hak utk memohon pengampunan oleh Agong sendiri.


Jadi kita nasihatkan gunakan saluran yg betul dan tiada siapa menafikan apa2 hak Najib. Malah PMX sendiri yg membawa masuk agenda pengampunan Najib. 


Yg peliknya sebelum ini pembangkang tidak pernah menggerakkan sebarang usaha dlm kes Najib ini. Kalau ada pun tidak serius atau benar2 ada gerakan sebagaimana Anwar selalu melakukannya sebelum ini dgn memasukkan satu tambahan agenda utk Najib.


Tapi ramai yg tidak faham dan hanya mendengar persepsi pembangkang. Baiklah cuba baca betul2, isunya begini….πŸ‘‡


Adendum tahanan rumah wujud ke?

Mahkamah Rayuan putuskan bahawa perkara ini wajar diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.


Kalau wujud, sah atau tidak?

Tidak sah kerana tidak dimasukkan di dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan.


Apa yang masuk Lembaga Pengampunan?

Pengurangan hukuman terkini DS Najib.


Boleh buat rayuan ke kalau ianya wujud?

Mahkamah Tinggi akan dengar dan putuskan kelak.


Jadi Najib bebas ke sekarang sebab adendum wujud? 

Belum bebas. Masih di penjara menjalani hukuman 6 tahun penjara & denda 50 juta.


Kerajaan tipu! Sembunyikan adendum?

Kerajaan tak pernah nafikan. Kerajaan hanya hormati prosedur mahkamah.


Adakah kerajaan masukkan agenda permohonan pengampunan diraja kepada YDPA Sultan Ibrahim?

Tiada permohonan baru ke Lembaga Pengampunan oleh DS Najib, dan Istana Negara sudah keluarkan kenyataan perlu melalui mesyuarat Lembaga Pengampunan baharu di bawah YDPA ke 17 Sultan Ibrahim. Kerajaan sekarang menjunjung titah YDPA dan mengikuti proses undang-undang negara, bukan main langgar je macam PAS derhaka.


—————/——————/ 


Yang anda perlu fahami dari perbicaraan 6 Januari 2025 membuktikan


(1) Dato' Seri Anwar Ibrahim yang memohon dimasuk agenda Pengampunan DS Najib di dalam Lembaga Pengampunan untuk pertimbangan YDPA-16.


(2) YDPA Ke-16 di dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan Setuju mengurangkan hukuman DS Najib. Tetapi di dalam mesyuarat tidak memutuskan untuk memberi tahanan rumah kepada YDPA.


(3) Peguam Negara tidak mencabar atau menafikan kewujudan Titah Adendum. Hanya pada 6 Januari 2025 Pejabat Istana Pahang mengeluarkan surat berkaitan pengesahan wujudnya Titah Adddum. AGC membenarkan pembuktian kewujudannya di mahkhamah


(4) Bukti Kerajaan MADANI pimpinan PMX sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, memberi jaminan keadilan kepada DS Najin melalui proses undang-undang berlaku dengan tertib. 


(5) Kes 6 Januari 2025 ini bukti jelas bahawa PMX tidak campur tangan urusan mahkamah DS Najib, malahan memberi jaminan keadilan diberikan melalui proses perundangan mengikut lunas perlembagaan. Malahan jangan di lupa, DS Anwar Ibrahim yang mengusulkan pengampunan DS Najib dipertimbang oleh YDPA-16 dalam Lembaga Pengampunan. 


(6) DS Najb, Ahli keluarga beliau dan penyokong sudah pasti tahu akan keikhlassn PMX memastikan DS Najib diberi keadilan dalam permohonan rayuannya. Ada PMX halang? -  Tidak. Malahan PMX yang persembah di dalam Lembaga Pengampunan. Pasti ini tidak dilupakan DS Najib, ahli keluarga dan penyokongnya. 


(7) Peristiwa ini juga dengan terang dan jelas menunjukkan PAS berkelakuan biadap terhadap Sultan & Raja Melayu. Sibuk bising  bersorak dengan sokongan tidak ikhlas semata-mata kepentingan politik. MENANG SORAK MARUAH TERGADAI. Jangan lupa siapa yang sindir dengan mengguna perkataan BIAWAK. sukar dinafi sebenarnya PASDerhakaTegar


———-/———/


Pandangan Buzze Azam ( dibawah) dari sudut pandangan yg lebih mudah difahami.πŸ‘‡


Kes samada adendum wujud atau tidak sebenarnya baru bermula.


1. Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan majoriti 2-1 yang telah di ketahui ramai.


2. Cuma saya nak ulas sedikit dalam bahasa awam agar semua dapat memahami situasi yang sedang berlaku selaras dengan sistem perundangan negara.


3. Di Mahkamah Rayuan hari ini, Hakim belum lagi membicarakan samada Titah Adendum itu wujud atau tidak. Belum lagi.


4. Yang di bicarakan hari ini adalah samada keputusan Mahkamah Tinggi menolak memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman Najib, samada keputusan itu (tidak memberikan kebenaran) adalah keputusan yang betul atau tidak.


5. Masih ingat kan apabila Hakim Mahkamah Tinggi menolak daripada memberikan Kebenaran Semakan Kehakiman atas alasan antaranya bahawa Afidavit yg di failkan Zahid Hamidi dan Wan Rosdy sebagai Keterangan Dengar Cakap (hearsay).


6. Jadi, untuk melawan hujahan "Hearsay" di atas, team Najib memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk memasukkan bukti tambahan melalui Afidavit Nizar yang mengesahkan berkaitan adendum berkenaan berdasarkan komunikasi beliau dengan Baginda Sultan Pahang.


7. Prosiding Semakan Kehakiman ni ada 2 peringkat. Peringkat 1 adalah Kebenaran (leave) manakala Peringkat 2 adalah Merit. Di Peringkat 1 Merit kes (samada titah adendum itu wujud atau tidak) belum lagi akan di pertimbangkan oleh mahkamah (itu kena lepas Peringkat 1 baru pergi Peringkat 2)


8. Pertimbangan mahkamah (di Peringkat 1) adalah samada kes Pemohon munasabah atau tidak untuk di teruskan perbicaraan di Peringkat 2.


9. Jadi di sebabkan tiada cubaan penafian oleh Pejabat Peguam Negara (di Peringkat 1) (sepertimana Hakim rasa "terganggu" dgn surat istana yang di kemukakan hari ini) maka majoriti Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan Najib telah melepasi syarat minima untuk melepasi Peringkat 1 untuk pergi ke Peringkat 2.


10. Jadi sebab itulah saya katakan bahawa isu samada Titah Adendum itu wujud atau tidak sebenarnya hari ini baru bermula apabila Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan memerintahkan perbicaraan Peringkat 2 di teruskan di Mahkamah Tinggi di hadapan Hakim berbeza.


Sekian perkongsian saya.


Kredit : Norman Radzuan 


@highlight

PAS PATUT MALU KEPADA DAP ..


Marah betul Anthony Loke kepada Tok Dor Hadi yang cuba mengaitkan DAP dalam isu addendum. Perbuatan Tok Dor itu disifatkan Loke sangat jijik dan keji. Kata Loke, cara Tok Dor dan PAS itu sudah difahami benar, tujuan Hadi mengaitkan DAP dengan isu itu kerana ingin jatuhkan pentadbiran Anwar Ibrahim.


Manusia bernama Hadi Awang ini TIDAK pernah diam daripada melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Anwar. SEMUA sudut dan apa dilakukan Anwar dilihat sebagai TIDAK baik. 


Tingkah laku Hadi itu menyebabkan Setiausaha Agung DAP itu menyifatkan ia sebagai gila kuasa dan gelojoh, sanggup gunakan apa saja cara sama ada syari’ atau TIDAK, untuk merampas kuasa di Putrajaya. 


Hakikat kelakuan Tok Dor sanggup gunakan apa saja ini terbukti apabila beliau menggunakan hampir SEMUA jenis hewan dan binatang sebagai analogi poltiiknya.


TIDAK malukah kita sebagai orang Islam apabila Loke yang bukan Muslim boleh mengatakan begitu kepada seorang dianggap ulama, fakeh dalam agama, TIDAKkah kata-kata itu mencabar kita selaku umat Islam?


Walau pun hati kita pedih dengan kecaman Loke dan juga kawan-kawan lainnya dalam DAP, sebelum ini termasuk yang menyeru orang PAS bertaubat, tetapi kita TIDAK boleh pertikaikan kerana apa yang mereka kata itu benar dan tepat belaka.


Apakah keadaan songsang ini, di mana sepatutnya orang Muslim menegur orang kafir menunjukkan kita sudah berada di ambang kiamat. Atau nilai dan akhlak kita sebagai Muslim sebenarnya sudah rosak akibat nafsu politik jahiliah seperti dipraktiskan Tok Dor itu. 


Trims.


Minit Mesyuarat Lembaga Pengampunan 


1. DS Samsul Iskandar Setiausaha Politik Kanan PMX mencadangkan agar minit mesyuarat didedahkan supaya dapat menoktahkan isu titah addendum ini.


2. Bahagian Hal Ehwal Undang-undang JPM telah mengeluarkan kenyataan yang tidak akan mendedahkan minit tersebut. 


3. Antara yang teruk difitnah dalam kes addendum ini ialah PMX, Menteri Wilayah, Menteri, Menteri Dalam Negeri, Menteri Undang-undang dan Peguam Negara. Tak terkecuali ialah DAP.


4. Kerajaan amat bersopan dengan Tuanku YDPA sehingga terbeban dengan fitnah.


5. Ditambah lagi apabila jurucakap Najib Razak, LSS seorang cina yang tidak faham bab tatasusila dengan Raja-Raja ni. Mereka heret semua demi capai impian mereka. 


Boleh pulak ikut cina dalam bab ni. Sedangkan sebelum ni kemain anti cina. 


6. Yang pelik boleh pulak ramai pengikut termasuk pegawai kerajaan dan tentera, sedangkan sebenarnya YDPA dan Raja Melayu sedang dihina dalam kes ini.


7. Sekarang verbatim mesyuarat itu telah terdedah. Saya tak boleh nak lampirkan kerana kuartir dengan OSA.


8. Baik, apa isu dalam minit itu?


9. Pertama, Tuanku arahkan Pengampunan Penuh macam DSAI dapat. Dengan alasan-alasan yang Tuanku berikan. Kita pun faham hubungan Sultan Abdullah sebagai Sultan Pahang dan Najib Razak sebagai mantan MB Pahang.


10. Kemudian Peguam Negara nasihatkan, tak boleh. Sebab akan rosakkan sistem Kehakiman. Memandangkan banduan Najib ada banyak kes lagi. Ya lah. Ampun, lepas tu salah pulak kes lain. Masuk balik. Kan kartun tu.


11. Kedua dalam minit tu baginda sebut, Saya hanya ada tiga pilihan iaitu Pardon ( Pengampunan penuh) Tunda hukum dan lega hukum.


12. Ketiga Tuanku pesan perkara ini jangan didedahkan kepada umum. Menteri Wilayah pun setuju.


13. Keempat, akhirnya selepas mendapat nasihat Peguam Negara keputusan akhir adalah seperti yang kita maklum.


14. Baik dekat sini kita faham bahawa Tuanku sangat faham Undang-undang. Faham akan keterhadan kuasa Tuanku seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan. 


15. Itulah keputusan Tuanku selepas mendapat nasihat Majlis Lembaga Pengampunan. 


16. Tapi kemudiannya yang kita boleh anggap mungkin Peguam Najib tak puas hati masih lagi merayu, maka Tuanku buat titah tambahan.


17. Titah addendum ini boleh lah kita anggap sebagai percubaan Tuanku untuk bantu lagi banduan Najib Razak. Walhal Tuanku sendiri maklum yang perkara tersebut mesti dalam mesyuarat lembaga pengampunan. 


18. Baik. Titah ini seperti kita sedia maklum juga telah di nasihatkan oleh Peguam Negara untuk tidak dilaksanakan. 


19. Saya rasa Tuanku pun ok je tak laksana. Sebab ianya adalah diluar mesyuarat. Kalau dalam mesyuarat pun, mesti Peguam Negara akan beri nasihat sama ada boleh atau tidak dilaksanakan. 


20. Tapi punya tak beradabnya Najib Razak dan peguamnya apabila terus mendesak perkara ini sehingga ke pengetahuan umum. Malah heret rakyat untuk membincangkannya.


21. Sedangkan Tuanku dah tolong banyak dan masih cuba menolong dengan titah addendum. Hargai lah Tuanku.


22. Tuanku Sultan Abdullah adalah YDPA yang paling banyak cabarannya dalam lima tahun pemerintahan baginda.


23. Empat Perdana Menteri dalam satu penggal. Krisis tebuk atap, darurat dan wabak. 


24. Sehingga baginda murka dengan kerajaan PN pada masa itu.


25. Baginda yang semasa pemerintahannya sangat dikasihi rakyat sepatutnya dapat bersara dengan tenang.


26. Tapi terpaksa pula berdepan dengan sikap tamak Najib Razak dan peguamnya.


27. Sepatutnya redha sahajalah apabila titah addendum itu tidak dapat dilaksanakan. 


28. Mohonlah dengan YDPA baru Sultan Ibrahim. 


29. Bukankah kamu banyak jasa? Mohonlah lagi.


30. Bukankah kamu anak Tun Razak? Mohonlah lagi.


31. Kenapa bodoh sangat untuk dedahkan Tuanku kepada kritikan tidak wajar?


32. Tindakan kamu bukan sahaja bodoh, tapi juga biadab.


33. Kalau kamu Melayu dan sayangkan Raja-Raja Melayu, kamu patut tarik balik kes ini.


34. Bertenang, muhasabah diri dan bertaubat. 


35. Mohon balik dengan YDPA Sultan Ibrahim. 


36. Kemudian tengok pula apa seterusnya. 


37. PMX dah beri jaminan takkan halang dan campur tangan kalau Majlis Lembaga Pengampunan buat apa-apa keputusan.


Majoriti rakyat memerhati.


Terima kasih. 


ATADAFA (ambil tahu dan faham)


Fairul al Qasas


Wednesday, January 1, 2025

 Anwar bukan sekejam Mahathir utk aniaya Najib 

SOLIDARITI PAS NAJIB BOLEH MUSNAHKAN BERSATU 


Solidariti utk Najib digerakkan oleh PAS bukan dari UMNO. Digerakkan oleh PAS bukan dari BERSATU. Dlm erti kata lain gerakan ini bukan dari pembangkang atau Perikatan Nasional tetapi dari PAS.


Ramai yg silap bila mengatakan gerakan ini dari Perikatan Nasional. Tidak benar ia hanya tindakan sendirian PAS yg berlebih lebihan dan dlm agama mereka ini bersifat munafik. 


Sdgkan UMNO parti Najib sendiri, setahu saya setakat ini tidak ada surat rasmi mengajak ahlinya bersolidariti utk Najib. 


Jika anak2 Najib berbuat demikian kita faham sebagai anak samada bapanya bersalah atau tidak mereka akn perjuangkan nasib bapa mereka.


Jika lihat situasi skg yg berlebih lebihan utk solidariti ini adalah PAS. Muhyiddin, Hamzah, Azmin tidak berbuat demikian kerana mereka tahu jika Najib berada tahanan rumah dan PAS bertemu dan adakan perjanjian, bukan perkara pelik jika PAS tinggalkan BERSATU.


Sdgkan Najib di penjara pemimpin PAS sudah berbincang dgn Presiden UMNO, Zahid Hamidi dgn tawarkan jawatan Perdana Menteri. 


Pemimpin BERSATU tidak senang dgn tindakan PAS bertemu Zahid dgn tawaran tersebut tapi apa nak buat terpaksa memendam rasa sb mereka tahu BERSATU hanyalah sebagai penumpang di dlm Perikatan Nasional.


Dlm erti kata lain PAS selfish utk menjadi kerajaan bersama UMNO. PAS juga pasti akn melantik pimpinan UMNO utk mengetuai pembangkang dan bukan lagi BERSATU.


Maka pemimpin BERSATU yg dianggap membuli PAS berdasarkan barisan pimpinan Perikatan Nasional baru2 ini, pasti akn diketepikan begitu sahaja.


PAS tahu BERSATU hanya menunggang mereka. Jika UMNO beri sekali lagi pilihan samada BERSATU atau UMNO pastinya PAS kali ini akn bersama UMNO. Sbnya mudah, BERSATU bukan lagi berkuasa atau dlm erti kata lain Muhyiddin bukan lagi Perdana Menteri.


Tapi dlm masa yg sama Muhyiddin, Hamzah dan Azmin berharap PAS tidak akn meninggalkan mereka kerana kes sabitan mahkamah sdg berjalan. 


BERSATU tahu bekerjasama dgn UMNO bermakna batu nisan utk mereka. Ini kerana niat BERSATU penubuhannya mahu talkinkan UMNO. UMNO bila berkuasa tentulah juga mahu talkinkan BERSATU kerana dianggap ‘rival’ sokogan undi Melayu.


Cuba kita nilai dlm solidariti Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan sendiri antara individu paling nampak kedepan. Baik dlm Parlimen mahupun luar Parlimen, berulang kali dia persoalkan tentang Titah Adendum.


Sebagai peguam, dia sendiri tahu seorang Perdana Menteri tidak boleh sesuka hati keluar kenyataan melebihi mahkamah tetapi sengaja dilakukan utk tujuan persepsi.


Lepas AGC keluarkan kenyataan permohonan tahanan rumah Najib tu perlu lalui Lembaga Pengampunan, bukan main lagi Takiyuddin mainkan naratif. Siap nak buat anjuran perhimpunan solidariti nak tuntut keadilan kononnya. 


Kata mereka, PMX boleh, kenapa Najib tak boleh? Semalam saya sudah tulis bahawa kes Anwar beliau melalui proses tersebut yg mana public boleh sahaja google kenyataan media dari pihak Istana.


Jahatnya Takiyuddin, satu masa dulu dia lah antara individu yg paling mahu Najib dihukum dan ke 'dalam'. Siap kata penjarakan Najib adalah jalan mudah utk singkirkan UMNO. 


Tak cukup dgn tu, Takiyuddin juga pernah memberitahu PAS tidak menyokong BN jika masih di bawah Najib. Tiba2 dia yg berteriak di sana sini, keluarkan memo dan mengajak org ramai bersolidariti  utk Najib… hipokrit.


Malah Muhyiddin Yassin pernah berkata org yg kerumun Najib di mahkamah itu sebenarnya sebab nak tengok 'perompak' dgn lebih dekat lagi. 


Tahniah saya ucapkan kpd UMNO sendiri yg menghormati perlembagaan. Bagaimana UMNO mahu pulih jika tumpuan mereka hanya kpd Najib yg satu dunia sudah mengetahui kes mantan PM itu adalah kes terbesar korupsi dlm sejarah dunia.


Kita kena ingat Najib baru sahaja dipenjarakan 2 tahun. Kesnya melibatkan wang rakyat berbillion ringgit. Jika dia dibenarkan apa kata rakyat dan dunia yg melibatkan pelabur luar negara.


Sdgkan Najib sudah dikurangkan separuh hukuman penjara. Hukuman Najib dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kpd RM50 juta. Nak apa lagi? Jika boleh duduk rumah semua org nak buat perkara sama.


Tiba2 DS Anwar dikatakan kejam? 

Benarkah kejam sdgkan Muhyiddin Yasintidak pernah pertahankan Najib waktu dia menjadi PM. Ismail Sabri PM UMNO tidak pernah bersuara atau membawa ke Lembaga Pengampunan utk Najib.


Sedikit kronologi, dlm Agenda Lembaga Pengampunan 10 agenda sahaja tetapi Anwar dah bantu sampai masuk dlm agenda ke 11. AG pun terkejut nama Najib tiba2 muncul.  


Kuasa yg ada pada Anwar hanya setakat membantu Najib dipertimbang utk didengari petisyen pengampunannya.  


Namun apa keputusan Agong Anwar tidak boleh hendak paksa. Agong hendak bagi pengampunan penuh ke, pengampunan separuh ke, gantung hukuman ke atau lain2 itu hak baginda.


Konon wujud adendum Najib, utk pengetahuan sehari selepas Lembaga pengampunan sudah buat keputusan, baru Agong tambah kelegaan. 


Dapat Tahanan rumah, beberapa jam sebelum jam 12.00 malam bila Baginda tamat tempoh jadi Agong.  

AG masa tu pula, tafsir Adendum tu TIDAK sah, kerana ianya dibuat di luar Lembaga Pengampunan. 


Itu sebab Najib buat semakan kehakiman dan bukan pertikai keputusan Lembaga Pengampunan. Biar Mahkamah pula tafsir sama ada Agong boleh buat titah tambahan di luar Lembaga Pengampunan. Biarlah mahkamah memutuskan sama ada Titah itu sah atau tidak sah.


Percayalah Anwar bukan pendendam dan bukan sekejam Mahathir. Walaupun Najib pernah penjarakannya tetapi Anwar akn maafkan.


Tapi soal kepentingan rakyat seperti salahguna kuasa Najib, Anwar serahkan kpd mahkamah utk tentukan. Itu hak rakyat bukan hak dirinya lagi.


Anwar juga pernah berkata, layani Najib itu sebagai mantan Perdana Menteri dan jgn layani Najib sepertimana yg pernah beliau lalui di penjara. Itulah insan bernama Anwar yg tidak meletakkan dendam dlm perjuangannya utk memerdekakan rakyat.


Cuma yg saya kagum dgn PAS ini bagaimana mereka menghimpunkan ratusan ribu pengikut dgn mudah memperhambakan pemikiran mereka. Bagaimana mereka boleh yakinkan org Melayu Islam bahawa pemimpin mereka duta tuhan, ada nombor keahlian syurga dan bermacam mcm lagi karut marut… salah satu keajaiban dunia.


#nakmundurpilihpas

Monday, December 30, 2024

 Resepi Roti Kampung (Paung)

Versi mudah tanpa uli

1cawan air suam

3 sudu makan gula

1/2 st garam

1st yis

(Kalau sebati)

Tambah 21/2 cawan gandum

Kacau sebati.

Tambah 2 sudu minyak/ butter

Rehatkan hingga naik 2x ganda

Bentukkan.

Rehatkan sehingga Naik 2x ganda.

Bakar 10-15 Minit suhu 190°c

Selamat Mencuba ♥️

Kredit empunya resepi


RESEPI MEE HAILAM SEDAP & SIMPLE.


Mee hailam sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Amat jarang kita merasai mee hailam sedap nie kerana banyak kedai yang tidak menyediakannya. Saya pernah merasai mee hailam di salah sebuah kedai makan. Rasanya memang sedap lagipun penyediaannya adalah amat simple dan rasanya juga sedap.


Bahan2nya:


1/2 kg. mee kuning

1/4 kg daging ayam dan daging lembu

10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)

3 ulas bawang putih *

3 ulas bawang merah *

1 sudu besar cili boh

1 ikat sawi hijau

1 potong kobis

1/2 batang lobak merah

1 bungkus ‘baby corn’

2 tangkai daun sup dan daun bawang

2 biji limau nipis

1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)

Sos cili

Sos tomato

Kicap(warna asal Bkn mcm ni,kami suka mkn kicap sb tu boh byk2)


* Ditumbuk terlebih dahulu

* Ayam dan daging direbus dahulu


Cara2 Membuatnya.


Pertama sekali anda tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.


Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar2 masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.


Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.

Selepas itu anda masukkan pula ajinomoto, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)

Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.


Kemudian anda masukkan mee.

Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.

Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.


Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)

Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.


Setelah siap anda boleh menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.

Mee hailam sedap dan simple anda telah pun siap.


Cdt: jessie ooi

Tuesday, December 17, 2024

 Tun, Berhentilah Memecah-Belah Melayu: 2 Kali Jadi PM, Melayu Susah Dan Miskin


Tun Dr. Mahathir Mohamad memegang tampuk pemerintahan Malaysia selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri ke-4 (1981–2003) dan kemudiannya kembali sebagai Perdana Menteri ke-7 selama hampir 22 bulan (2018–2020). Dalam tempoh itu, beliau sering menggunakan naratif “membela Melayu” sebagai landasan politiknya. Namun, persoalan besar yang terus menjadi perbincangan adalah: jika benar perjuangannya untuk Melayu, mengapa setelah lebih dua dekad memerintah, orang Melayu masih kekal dalam keadaan yang susah dan tertinggal?


1.Melayu Susah di Era Tun


Semasa era pemerintahan Tun sebagai PM ke-4, beliau melaksanakan pelbagai dasar ekonomi yang bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup orang Melayu. Walaupun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan oleh Tun Abdul Razak pada tahun 1971, Tun Dr. Mahathir memperkukuhkan agenda DEB dengan melaksanakan dasar penswastaan, projek mega, dan pembangunan infrastruktur. Namun, walaupun terdapat sedikit kejayaan dalam meningkatkan taraf ekonomi segelintir elit Melayu, ia juga menghasilkan ketidaksamarataan yang ketara.


Kekayaan dan peluang ekonomi lebih tertumpu kepada segelintir golongan elit Melayu, sementara majoriti orang Melayu biasa kekal dalam keadaan serba kekurangan. Tambahan pula, amalan kronisme dan nepotisme yang berkembang sepanjang pentadbiran beliau menjadi punca utama ketirisan dalam pelaksanaan dasar-dasar ini. Peluang yang sepatutnya dimanfaatkan oleh rakyat kebanyakan sering hilang kerana diagihkan kepada golongan tertentu.


2.PM Kali Kedua: Melayu Masih Tidak Dibela


Ketika Tun kembali sebagai PM ke-7 di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH), beliau diberi peluang sekali lagi untuk membuktikan komitmennya terhadap orang Melayu. Namun, apa yang berlaku? Fokus pentadbirannya lebih kepada isu reformasi institusi dan usaha melawan rasuah. Walaupun ini adalah perkara penting, ia tidak menyelesaikan masalah langsung yang dihadapi oleh masyarakat Melayu seperti kos sara hidup, pendidikan, dan jurang ekonomi yang semakin melebar.


Malah, keputusan beliau untuk meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada Februari 2020 mencetuskan krisis politik yang serius, membawa kepada ketidakstabilan yang memudaratkan negara dan masyarakat Melayu. Sekiranya benar Melayu adalah keutamaan beliau, mengapa beliau memilih untuk melepaskan tanggungjawab pada saat genting itu?


3.Perjumpaan Meja Bulat: Taktik untuk Ganggu PMX


Baru-baru ini, perjumpaan meja bulat yang dianjurkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menarik perhatian ramai. Walaupun dilihat sebagai satu usaha untuk membincangkan isu-isu negara, bagi saya, pertemuan ini tidak lebih daripada satu taktik politik untuk mengganggu usaha Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dalam memulihkan semula Malaysia.


Pertemuan tersebut turut disertai oleh tokoh-tokoh politik dan individu yang dikenali mempunyai agenda tersendiri, termasuk mereka yang sebelum ini secara terbuka menentang Kerajaan Perpaduan. Kehadiran pihak-pihak yang berniat jahat dan sering mempersoalkan legitimasi kerajaan jelas menunjukkan bahawa meja bulat ini bukanlah bertujuan mencari solusi, tetapi lebih kepada usaha melemahkan kestabilan kerajaan.


Tun dan beberapa peserta pertemuan ini sering menggunakan naratif Melayu tergugat, namun naratif ini sebenarnya hanyalah alat politik untuk menghasut dan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat. Jika benar mereka ikhlas mahu membela rakyat, kenapa mereka tidak menyokong agenda Kerajaan Perpaduan yang sedang berusaha keras untuk memperbaiki ekonomi, meningkatkan taraf hidup rakyat, dan mengembalikan kepercayaan dunia terhadap Malaysia?


4.Dengki dan Niat Jahat terhadap Kerajaan Perpaduan


Meja bulat ini jelas membabitkan pihak-pihak yang tidak senang hati melihat kejayaan Kerajaan Perpaduan. Mereka memilih untuk menyerang dan menghalang usaha Dato’ Seri Anwar Ibrahim daripada menstabilkan politik negara, memulihkan ekonomi, dan memartabatkan semula Malaysia di mata dunia.


Naratif yang dibawa dalam perjumpaan ini bukan sahaja tidak membantu, malah mengundang perpecahan dalam kalangan rakyat. Tun dan sekutunya perlu sedar bahawa rakyat sudah muak dengan permainan politik lama yang hanya menguntungkan segelintir elit politik, sementara rakyat biasa terus terhimpit dengan pelbagai masalah.


5.Masa untuk Bersama Membina, Bukan Menghancurkan


Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk bangkit semula. Taktik seperti perjumpaan meja bulat ini hanya merugikan rakyat dan melemahkan keyakinan terhadap negara. Tun, yang telah memimpin negara selama lebih 24 tahun, seharusnya menggunakan pengalaman dan pengaruhnya untuk menyokong usaha pemulihan negara, bukan mencetuskan kekacauan dan membiarkan dirinya diperalatkan oleh pihak-pihak yang ingin menghancurkan kestabilan Kerajaan Perpaduan.


6.Tun Perlu Berhenti


Tun perlu menyedari bahawa legasinya sudah cukup besar. Beliau telah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali dan memimpin negara lebih daripada 24 tahun. Sumbangannya, baik atau buruk, sudah menjadi sebahagian daripada sejarah. Kini, tiba masanya untuk beliau berundur sepenuhnya dan memberi ruang kepada generasi baharu untuk membawa idea dan pendekatan segar.


7. Seruan kepada Semua Pemimpin


Malaysia tidak lagi memerlukan permainan politik lama yang penuh dengan perbalahan. Semua pihak, termasuk Tun, perlu meletakkan kepentingan rakyat di hadapan. Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang adalah peluang untuk memperbaiki segala kerosakan yang telah berlaku. Namun, ia hanya boleh berjaya jika semua pihak memberi sokongan dan berhenti daripada menggugat kestabilannya.


Kesimpulan


Malaysia tidak boleh lagi menjadi mangsa kepada ego dan strategi politik individu. Tun Dr. Mahathir masih boleh meninggalkan kesan positif dengan menyokong usaha pemulihan negara, bukannya terus menimbulkan kekacauan. Masa untuk merosakkan sudah berlalu. Kini adalah masa untuk membina.


Seperti yang dinyatakan oleh rakyat, “Berhentilah memporak-perandakan, dan bantulah membina semula.” Melayu tidak perlukan alasan; mereka perlukan tindakan dan keikhlasan. Masa depan negara bergantung kepada pemimpin yang berani berubah dan mendahulukan rakyat.


Muhamad Nur Ismail 

18 Disember 2024

Wednesday, August 7, 2024

 Mee Goreng Mamak ❤️

.

Bahan:

.

✅Mee kuning 450g(5 org makan)

✅Lada kering+Bwg Merah+Bwg putih (blend)

✅Sayur Sawi@Taugeh

✅Fish cake@Fish ball

✅Sotong@Udang

✅Telur 2biji

✅Kicap (6sudu mkn)

✅Seafood sos adabi (2sudu mkn)

✅Sos Cili (2sudu mkn)

✅Perencah Maggi Kari (stgh paket)

✅Garam (secukup rasa)

.

Cara buat:

.

1. Tumis lada kering yg dah diblend hingga garing

2. Masukkan seafood sos adabi,sos cili,kicap,perencah maggi kari dan sedikit air.

3. Masukkan sotong@udang dan fishcake@fishball

4. Masukkan sayur dan telur kacau sebati perasakan dgn garam

5. Akhir sekali masukkan mee kuning yg sudah dibasuh gaul sebati sehingga masak

.

Tadaaa dah siapp untuk dimakan.. Selamat mencuba 😘

.


Kredit Pemilik Foto

Moga Sama2 Dapat Manfaat ❤️ Dunia Akhirat


Petua pisang goreng rangup, warna cantik & lembut.. boleh juga goreng keledek, keladi atau ubi kayu

.

Mak Sipah kan tak berapa ada gigi, jadi dia tak suka bancuhan yg guna tepung beras. Nak guna yg segera, dia mabuk pulak kalau ada msg.. Jadi kak NN buat gini :

.

1/2 paket tepung gandum

Secubit garam - nak sihat guna garam buluh

Gula - sweetality 3-4 sudu kecil

1 sudu kecil serbuk kunyit

1 sudu besar air kapur makan

2 sudu besar minyak masak

Air suhu bilik

.

Air kapur tu akan jadikan bancuhan tepung + kunyit jadi warna oren~ eiiii lawanyaa!! Pastu ia akan menjadikan tepung tu rangup..

.

Biasanya mmg buat bancuhan tepung tu lebih.. ramai peminatnya.. dah habis goreng pisang… goreng tepungnya pulak.. buat besar2.. sekejapan habis.. cuba tau! sedappp


Kredit empunya resepi


Roti canai homemade. Buat sendiri je lepas tu boleh makan bila2

1/2 kg tepung gandum (saya guna cap ros)

1biji telur

2 sudu majerin

1sudu kecil garam(larutkan dalam air)

1/2 cawan air sejuk peti ais

2 sudu susu pekat *tepung+majerin+susu jadikan serbuk roti

*masukan air garam+telur

*masukan air sikit2 sampai doh tak melekat kat tgn

*bulat2 kan rendam dgn minyak(2 jam@lebih)

*canaikan jd mcm dlm gambar

*sedia utk di gorengπŸ˜‰



RESEPI MEE REBUS HAJI WAHID

kena cuba buat sodappp

============================

BAHAN-BAHAN :

✔ 2 kilo mee kuning, dicelur

✔ 1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel

✔ 4 biji keledek, direbus dan dikisar

✔ 1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar

✔ 3 ulas bawang putih, dikisar

✔ 3 biji bawang merah, dikisar

✔ 1 inci halia, dikisar

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 3 batang serai, dititik

✔ 1 inci lengkuas, dititik

✔ 5 sudu makan rempah kari daging

✔ garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

✔ minyak untuk menumis

BAHAN TABURAN TEPUNG UDANG KERING

✔ 1/2 cawan udang kering, dikisar

✔ 80g tepung gandum

✔ ¼ camt serbuk kunyit

✔ garam

✔ air secukupnya

✔ minyak untuk menggoreng

BAHAN HIASAN

✔ tauhu yang digoreng, dipotong kecil

✔ daun sup, dimayang

✔ bawang goreng

✔ telur rebus, dibelah dua

✔ lada hijau, dipotong bulat

✔ taugeh, dicelur

✔ limau kasturi, dibelah dua

=================

CARA-CARA PENYEDIAAN

=================

CARA TEPUNG UDANG KERING

✔ Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.

✔ Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

CARA MASAK KUAH

✔ Panaskan minyak dalam periuk.

✔ Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

✔ Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau.

✔ Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.

✔ Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

CARA HIDANGAN.

✔ Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh.

✔ Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

Okey, selamat mencuba

Thursday, August 1, 2024

 KITA TIDAK DAPAT MENGUBAH POLEMIK LAMPAU TETAPI MASIH MAMPU MENGHARMONIKANNYA


Ikhtilaf antara Asya'irah-Matudiyyah vs sebahagian Hanabilah begitu juga antara iltizam mazhabi vs tidak iltiazam mazhabi pada pada masa silam adalah suatu yang telah berlaku dan tidak dinafikan bahawa kerangka pemikiran tersebut diwarisi oleh pengikut masing-masing sehingga ke hari ini dalam bentuk wacana yang serupa. 


Pada hemat saya, ia tidak bermakna kita harus meneruskannya dengan melihat pada titik-titik ikhtilaf dalam menentukan perspektif yang lebih tepat sebagai anutan masing-masing. Sebagai generasi kini, kita pasti tidak mampu memadamkan kisah-kisah ikhtilaf yang tegang berdasarkan latarbelakang setiap zamannya. Namun ia tidak bermakna, kita tidak mempunyai ruang untuk meminimumkannya.


Sekitar tahun 2017 dahulu, saya pernah mengusulkan perlunya usaha taqrib antara Asya'irah-Matudiyyah vs Salafiyyah dan juga antara Syafi'iyyah vs selain Syafi'iyyah sekurang-kurangnya dalam konteks Malaysia. Walau pun pada hakikatnya, usaha taqrib tersebut agak sukar dijayakan antara yang menyokong atau menentangnya.


Sebagai pengikut Asya'irah dan bermazhab Syafie, saya secara peribadi melihat ikhtilaf yang sentiasa panas pada hari ini masih berlegar dalam konteks wacana yang sama iaitu perspektif memperihalkan anggota Tuhan seperti tangan, muka, kaki, istiwa' alal 'arsy, nuzul, ketawa dan lain-lain yang dinamakan ayat-ayat sifat atau nas-nas mutasyabihat. Memang perbahasan ini akan timbul kerana ia ada dalam sumber hukum iaitu al-Quran dan sunnah. Orang yang mendalami ilmu-ilmu akidah pasti akan mendepani persoalan-persoalan tersebut sama ada di peringkat rendah atau pengajian tinggi.


Kita boleh mengambil inspirasi ke arah al-i'tilaf (Ψ§Ω„Ψ₯Ψ¦Ψͺلاف) daripada pengalaman al-Azhar memperkenalkan subjek fiqh muqaran dalam silibusnya. Objektif subjek ini untuk mencairkan semangat ketaksuban kepada satu-satu mazhab yang pada praktikalnya sukar untuk berdamai. Dunia semakin berkembang. Kerana itu, kebergantungan kepada satu mazhab fikah sahaja akan menyukarkan pencarian solusi bagi memenuhi kemaslahatan umat Islam. Kadang-kadang ada solusi yang boleh dicapai dalam fatwa pendapat mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali selain daripada mazhab Syafie. Sekalipun fiqh muqaran bukanlah mengajar penuntut agar meninggalkan mazhab masing-masing, namun sekurang-kurangnya semua penuntut membaca pendapat dan hujah mazhab-mazhab lain secara adil dan jujur. Begitu juga pentarjihan pendapat dalam subjek tersebut bukan suatu yang muktamad kerana bergantung kepada dapatan pengajarnya.


Guru kami, al-Marhum Prof Muhammad Hussin Qindil (Mantan Dekan Kuliyyah Syariah wal Qanun, al-Azhar Cawangan Damanhur) bermazhab Syafie, beliau mengajar subjek fiqh muqaran dan fiqh al-sunnah. Dalam kedua-dua subjek itu, bukan semua beliau tarjihkan mazhab Syafie. Kita membaca alasan-alasan pertarjihannya. Malah beliau juga menegaskan, jika kamu mempunyai alasan-alasan lain, silakan tarjih.


Subjek fiqh muqaran merupakan subjek wajib yang menggabungkan semua pelajar al-Azhar pelbagai mazhab termasuk Hanbali-Salafi. Dalam kelas, selalunya Dr Hussin terpaksa menhadapi kritik-kritik daripada pelajar pelbagai mazhab terutamanya pada tahun satu pengajian (zaman saya dahulu menggunakan sistem penggal). Bukan calang-calang orang boleh mengajar fiqh muqaran kerana harus menguasai turath setiap mazhab. Saya teringat pernah terjadi apabila seorang pelajar yang mempertikaikan bolehnya dibaca sayyidina Muhammad dalam solawat doa tasyahhud. Agak tegang tetapi beliau menjelaskan istihbabnya menurut mazhab Syafie. 


Kembali kepada fokus penulisan ini, mungkin kita perlu mengemaskini (saya tidak kata mengubah) silibus pengajian tinggi akidah sama ada di pihak Asya'irah atau Salafiyyah-Wahhabiyyah iaitu dengan menyebut pendapat-pendapat rival masing-masing dengan jujur berdasarkan apa yang dihujahinya dengan betul. Ia disebut sebagai pendapat kedua atau ketiga selain pendapat pegangan kita. Misalnya dalam bicara ayat sifat, semua kita bersepakat mentaqdiskan Allah SWT dan mentanzihkanNya daripada penyerupaan makhluk. Hanya apabila memperihalkan bentuk tanzih, kita daripada aliran Asya'irah membincangkan pendapat yang disepakati ulama kita. Namun disebutkan juga pendapat Salafiyyah dalam isu tersebut dengan hujah-hujah mereka. Dalam konteks ini, pendapat-pendapat lain dalam keluarga ASWJ sebagai satu ijtihad juga yang perlu dihormati, namun kita mentarjihkan pendapat kita berdasarkan hujah-hujah yang diyakini. Sebagaimana perihalnya dalam fiqh muqaran tanpa memperlecehkan mazhab-mazhab lain.


Dalam pengajian secara komparatif ini, kemukakanlah sisi-sisi harmoni yang menjadi maqasid utama setiap aliran dalam wacana ayat-ayat sifat. Sisi-sisi negatif yang merosakkan al-i'tilaf seperti label mujassimah, musyabbihah pada Wahhabiyyah-Salafiyyah atau Jahmiyyah, ahli kalam bid'ah pada Asya'irah perlu dijauhi. Saya percaya pengikut Salafiyyah pun tahu pemikiran tajsim dan tasybih makhluk pada Allah adalah satu kekufuran. Begitu juga, menta'tilkan sifat Allah oleh Jahmiyyah kepada Asya'irah sangat tidak tepat kerana perkara itu telah dinafikan sejak awal lagi melalui pengajian sifat 20. Begitu juga labelan ahli kalam adalah sesat juga telah pun dimurnikan kekeliruan itu. Semua sisi-sisi negatif ini kita akan terlerai jika kita menelaah rujukan aliran masing-masing.


Pentarjihan ayat-ayat sifat sama ada menurut perspektif Asya'irah-Maturidiyyah atau Wahhabiyyah-Salafiyyah itu adalah ijtihad pegangan masing-masing yang menyerlahkan maqasid taqdis dan tanzih. Pada saya, aliran Mujassimah, Musyabbihah, Jahmiyyah, Mu'attilah (termasuk Muktazilah dan Syiah) sebenar sememangnya pernah wujud dan dihukum kesesatannya oleh ulama ASWJ. Namun yang ada pada hari ini, bukanlah termasuk pun dalam kategori itu. Ulama Asya'irah hari ini pun menafikan ajaran mereka berasal Muktazilah atau Jahmiyyah. Salafiyyah pun menolak mereka termasuk dalam ajaran Mujassimah.


Oleh kerana kedua-dua menafikan labelan itu, maka apa yang boleh dibuat oleh generasi hari ini?. Adakah meneruskan ikhtilaf masa lampau atau memurnikan sisi-sisi negatif yang merosakkan i'tilaf?.


Memang benar, kita mesti mempertahankan keyakinan yang menjadi fundamental akidah masing-masing. Namun tidak salah jika diceritakan pendapat kedua atau ketiga dengan jujur dan membuang sisi-sisi negatif yang ada padanya di samping pegangan kita. Jika tidak dapat bersatu keseluruhannya, jangan pula diperbesarkan sisi-sisi negatif yang menjarakkannya. 


Saya percaya tokoh-tokoh ilmuan yang harmoni tidak gusar untuk membicarakan sisi-sisi harmoni yang ada pada setiap aliran lain. Kita tidak perlu bertaqiyyah dalam hal ini untuk membeli kepercayaan pihak lain. Kita hanya perlu ikhlas dan mengharapkan perpaduan umat Islam lebih akrab. Mungkin kita tidak mampu mengubah ikhtilaf di Timur Tengah, namun budaya Nusantara-Melayu kita yang terkenal dengan kesopanan dan keberadaban boleh menguburkan sisi-sisi negatif, 


Dalam hal ini, apabila pihak autoriti agama di Perlis mula menggunakan kitab-kitab fikah mazhab Hanbali, ia satu usaha yang bagus untuk mengurangkan jurang ikhtilaf. Begitu juga dalam fatwa negeri-negeri lain, ia tidaklah terlalu ketat dengan fatwa mazhab Syafie. Proses islah dan tajdid fikah yang segar tetap diamalkan oleh negeri-negeri lain sebenarnya. Perkara ini boleh disahkan oleh sesiapa yang terlibat dalam jawatankuasa fatwa negeri-negeri.


Kita cuba bergerak ke arah kerangka faham akidah ASWJ pula. Justeru, silibus akidah yang mentakfirkan sesama umat Islam sudah tidak efektif untuk diajar dalam konteks semasa di saat kita menghadapi cabaran ideologi Barat dan doktrin pemikiran sesat yang lebih menggugat cara hidup umat Islam.


Dr. HK

1.8.2024