Wednesday, May 14, 2025

 60 komando vs. 400 komunis (komando menang).


๐Ÿ”ธOperasi Gubir 2 (20 April - 3 Mei 1976)


Susulan kepada pertempuran dan serang hendap yang dilancarkan oleh pengganas komunis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil keputusan untuk melancarkan serangan balas terhadap musuh di sebuah kawasan yang disyaki kubu kuat mereka. 


Dianggarkan 400 anggota pengganas berkubu di situ berserta dengan 3,600 jerangkap samar yang telah dipasang sekitarnya.


Operasi dirancang berdasarkan maklumat SEP (Surrendered Enemy Personnel) yang dikenali sebagai Abdullah. Dia mengatakan yang dia telah dilatih di sebuah kem di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Thailand.


Kem tersebut mampu menempatkan beberapa ratus pengganas komunis dan dilengkapi dengan generator elektrik dan juga mesin cetak. Bagaimanapun dia tidak dapat memastikan lokasi kem tersebut dengan tepat. 


Seorang pegawai tentera mengatakan dia pernah nampak kawasan kebun sayur seperti yang dikatakan oleh Abdullah dan mahu beliau mengikutnya untuk mengecam kawasan tersebut. 


Bagaimanapun Abdullah enggan kerana khuatir akan keselamatan dirinya. Setelah berbincang, mereka bersetuju untuk melakukan tinjauan dari udara. 


๐Ÿ”ธ Formasi yang terlibat adalah seperti berikut :


1️⃣ Markas 2 Divisyen Infantri - Mej. Jen Dato' Mahmood Sulaiman


2️⃣ Markas 6 Briged Infantri - Brig. Jen. Dato' Arul Pragasam


3️⃣ Rejimen Gerak Khas Malaysia (1 RGKM) - Lt. Kol Hasbullah Bon


4️⃣ Markas Jurutera 2 Divisyen - Lt. Kol Mei York Chee


5️⃣ No. 3 Skuadron Jurutera - Mej. Akhbar Khan


6️⃣ Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)


๐Ÿ”ถ Kekuatan Pasukan Penggempur - X Skuadron, 1 RGKM (60 sukarela)


a. Ketua Skuadron - Kapt. Sudirman Haji Ahmad


b. Ketua Terup - Lt. Aziz Rashid & Lt. Azizan


c. Anggota Lain - Lain Pangkat (LLP) - 57 orang


๐Ÿ”ถ Kekuatan Detasmen Jurutera - Gabungan 1 & 2 Terup, 3 Skuadron Jurutera


a. Ketua - Lt. M Basri (23 April hingga 25 April 1976) diambilalih Lt. M Mior Safian


b. LLP - 18 anggota


Tugasan Utama Jurutera - membantu pasukan komando RGK


a. membina tempat mendarat helikopter


b. membersihkan jerangkap samar


๐Ÿ”ถ Serangan Udara


Pada 16 April 1976, jet-jet CL-41G Tebuan dari No.6 Skuadron dan F5E Tiger II dari No.12 Skuadron TUDM telah terlibat dalam melakukan serangan udara. 


Beberapa jet Tebuan dilengkapi dengan minigun dan roket manakala sebahagian lagi membawa bom-bom 500 lbs.


Helikopter Allouette bertindak sebagai Forward Air Controller (FAC) untuk menandakan sasaran.


Serangan pertama tidak memberi banyak kesan kerana kawasan hutan tebal cukup memberi perlindungan kepada sasaran. 


Bagaimanapun serangan bertubi-tubi itu akhirnya berjaya membuatkan sebahagian besar pengganas komunis berundur ke sempadan Thailand melalui terowong khas yang telah mereka bina.


Laporan yang diterima keesokkannya menunjukkan terdapat kesan-kesan darah dikawasan sasaran.


๐Ÿ”ถ Pendaratan Pasukan Penggempur.


Percubaan pertama gagal kerana mereka diserang terlebih dahulu oleh penganas komunis. Percubaan kali ke-2 diiringi oleh helikopter gunship Allouette. 


Anggota-anggota komando Gerakhas (RGK) menggunakan 3 buah helikopter Nuri untuk masuk ke kawasan sasaran. 


Ini adalah satu-satunya cara 'insertion' kerana kawasan sekitar telah dipasang banyak jerangkap samar.


Helikopter ke-2 mula-mula menurunkan anggota, bagaimanapun teknik rapelling tidak dapat dilakukan kerana tali tersangkut dipokok. 


Kaedah winching (menggunakan kabel yang dijana mesin) kemudian digunakan. 


Bagaimanapun, kedatangan mereka disedari oleh pasukan musuh. Pengganas komunis menembak helikopter dengan pelancar grened M79 tetapi tersasar mengenai pokok.


Pertempuran berlangsung selama kira-kira setengan jam. Kedudukan tersebut akhirnya berjaya ditawan oleh RGK tetapi memakan korban dengan 11 anggota RGK terbunuh, manakala 22 pengganas komunis dapat dibunuh. 


Mereka meneruskan pembersihan jerangkap samar di kawasan laluan dan menyediakan Landing Point (LP) untuk pendaratan anggota jurutera yang akan meneruskan kerja-kerja memusnahkan jerangkap samar serta membuat penyiasatan dan kajian lanjut keatas terowong yang ditemui.


Dalam proses pengeledahan dan pembersihan 3 anggota cedera RGK telah tercedera terkena jerangkap samar, mereka ialah:


 1️⃣ Sarjan Ahmad Jantan - cedera parah di kaki


2️⃣ Truper Yaacob Hassan - cedera parah di kaki


3️⃣ Truper Hussin Mahbeb - cedera parah di tangan


๐Ÿ”ถ Pembersihan Dalam Terowong


Pembersihan di dalam terowong diteruskan pada 25 April 1976. Laluan dalam terowong yang telah dibersihkan dari jerangkap samar akan diletupkan.


Tugas ini dilaksanakan oleh Terup 1 dan Terup 2 dari 3 Skuadron Jurutera. 


Ketika di dalam terowong, team yang diketuai oleh Lt. Meor telah berada jauh dihadapan. Lt. M Basri dengan ditemani L/Kpl. Abdullah pula menuruni 31 anak tangga didalam terowong tersebut. Mereka menggunakan lampu suluh kerana suasana di dalam terowong itu agak gelap. 


Ketika itu Lt. M Basri terlihat satu guni beras yang diletakkan di sebelah kiri laluan dan mengesyaki terdapat jerangkap samar di situ. Beliau mengarahkan anggota-anggota lain mengikuti rapat di sebelah kanan.


Sebaik saja Lt. Muda Basri melangkah kakinya ke kanan, tiba-tiba berlaku satu letupan kuat. Dia rebah dan senjata yang dibawanya terpelanting. Dia telah mengalami kecederaan di punggung. Ketika itu juga L/Kpl. Abdullah menjerit memberitahu bahawa dia tercedera di bahagian dada. 


Sememangnya jerangkap samar itu dipasang pada ketinggian yang menjadikan jantung sebagai sasaran. Beliau diusung naik keluar dari terowong dalam keadaan parah dan setibanya di permukaan, beliau menghembuskan nafas terakhir.


๐Ÿ”ถ Tragedi Nuri Ditembak Jatuh - 26 April 1976


Sebuah helikopter Nuri yang membawa bekalan peluru, bahan letupan (untuk memusnahkan terowong) dan juga 11 penumpang serta krew telah ditembak jatuh oleh pengganas komunis. Berikut adalah senarai mangsa yang terkorban didalam tragedi itu:


☠️ Lt. (U) Chung Ming Teck PTU, No.10 Skuadron, Kapten helikopter


☠️ Lt. (U) Wan Munsiff bin Wan Salim KPK, No.10 Skuadron, Co-pilot


☠️ Sjn. Leong Yee Heng PTU, No.10 Skuadron, AQM


☠️ Kapt. (U) Choo Yeok Boo PGB, No.7 Skuadron (Kapten)


☠️ Kapt. (U) Mustapha Kamal bin Mohamad Shafie KPK, No.7 Skuadron (Co-pilot)


☠️ Mej. Haris bin Rejab, MMLO Haadyai

Kapt Sulaiman bin Abdullah, 6 Briged Infantri


☠️ Lt. Ibrahim bin Zakaria, Batalion ke-3 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)

Sjn Kamis bin Dolmat, Batalion ke-3 RAMD


☠️ L/Kpl. Kamarulzaman bin Zakaria, X Skuadron Rejimen Gerakhas (RGK)


☠️ L/Kpl. Suandi bin Saim, X Skuadron RGK


Pada 27 April 1976, elemen jurutera dan sebahagian anggota komando dikeluarkan dari kubu pengganas tersebut setelah berjaya memusnahkan terowong dan bunker. Mereka bergerak menuju ke "extraction point". 


Helikopter melakukan beberapa penerbangan ulang-alik sehinggalah ia disedari oleh sepasukan pengganas komunis. Penerbangan terpaksa dihentikan, baki 18 anggota komando RGK terpaksa ditinggalkan dan mereka diarah melakukan RV (rendezvous) disatu kawasan berhampiran LP (landing point) di mana sepasukan komando akan menanti ketibaan mereka untuk dibawa keluar.


๐Ÿ”ถ The Great Escape


◾1 Mei 1976


Kumpulan 18 anggota komando itu diketuai oleh Lt. M Aziz Rashid (bersara Lt. Kol). Dianggarkan terdapat seramai 60 pengganas komunis mengepung lokasi mereka. Kawasan ini ditanam dengan anak pokok getah. 


Pengganas komunis datang dengan menaiki lori. Lt. M Aziz memecahkan anggotanya kepada 3 kumpulan. Mereka diingatkan tidak menembak musuh kecuali kehadiran mereka sangat jelas kerana hendak menjimatkan peluru. Anehnya mereka tidak diserang pada malam itu. 


Beliau sempat menghubungi Z Skuadron dan dia dimaklumkan helikopter Nuri tidak dapat mengambil mereka kerana lokasi didapati tidak selamat.


Seterusnya, beliau diarahkan untuk RV dengan sepasukan komando yang telah ditugaskan untuk menyelamatkan mereka.


◾2 Mei 1976


Markas Taktikal di Gubir telah menghantar 2 x helikopter Allouette (gunship) ke lokasi yang dilaporkan oleh Lt. M Aziz. Beliau telah mengarahkan Alouette tersebut menembak ke kawasan tertentu yang dipercayai ada pengganas komunis. 


Setiap helikopter menghamburkan 200 butir peluru meriam 20 mm HE (High Explosive). Lt. M Aziz dan anggotanya bergerak keluar tetapi tidak mengikut "track" yang sedia ada dikhuatiri ianya telah dipasang jerangkap samar. 


Dalam perjalanan mereka menemui sebuah kem pengganas komunis yang telah ditinggalkan secara tergesa-gesa mungkin untuk menyelamatkan diri dari serangan helikopter Allouette tadi.


Menyedari yang musuh akan terus memburu mereka menjelang malam, Lt. M Aziz mengarahkan anggotanya membuat "rumah batu" (hammock juga digelar Jungle Hotel - Jungtel). 


Ini bukan kebiasaan bagi anggota komando kerana mereka biasanya tidur berhamparkan ponco diatas tanah. Rupanya ini adalah umpan untuk mengelirukan pasukan musuh. 


Mereka bergerak meninggalkan lokasi itu dan menuju ke kawasan tinggi untuk membuat serang hendap.Seperti malam sebelumnya, arahan jangan menembak kecuali kehadiran musuh jelas. 


Selain itu anggota diingatkan kemungkinan pengganas komunis akan memasang lampu suluh pada hujung kayu panjang dan menyuluh ke arah atas untuk mengelirukan penembak.


Sebagaimana yang dijangkakan, memang benar musuh menghampiri kawasan khemah (Jungtel) mereka kerana kelihatan cahaya lampu suluh menghala keatas.


◾3 Mei 1976


Menjelang pagi mereka turun semula ke Jungtel dan mendapati banyak kesan tapak kaki disitu, dianggarkan kira-kira 40 pengganas komunis telah menggeledah kawasan itu. 


Mereka meneruskan perjalanan ke RV dan apabila tiba dikawasan sempadan Malaysia - Thailand terdapat tanda lakaran jerangkap samar yang dilekatkan pada 2-3 batang pokok. 


Memang pengganas komunis akan meninggalkan tanda jika sesuatu kawasan itu telah dipasang jerangkap samar supaya kawan-kawan mereka akan menghindari kawasan tersebut.


Bagi mengelak dari terkena jerangkap samar, mereka mengikat 3 beg galas (haversack) dengan tali dan melontar ke arah laluan di hadapan. 


Kemudian tali akan ditarik perlahan-lahan sekiranya ada jerangkap samar yang meletup, itu tidak akan memudaratkan mereka kerana mereka berada dalam jarak yang selamat. 


Proses ini diulang sehinggalah mereka selamat tiba di kawasan RV. Sepasukan komando RGK dari Y Skuadron yang diketuai oleh Lt. M Rajasegaran telah menanti mereka. Inilah kali pertama dalam beberapa hari mereka berpeluang mendapatkan makanan.


Seterusnya mereka bergerak menuju ke LP dan diterbangkan oleh helikopter Nuri ke Kem Gubir. Ketika disana, Lt. M Aziz telah dimaklumkan pihak atasan telah menyediakan 18 keranda seandainya mereka tidak dapat kembali dengan selamat.


AL-FATIHAH BUAT PEJUANG TANAH AIR YANG GUGUR......


HAPUSKAN ANCAMAN PENGGANAS YANG MENGANCAM KESELAMATAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR

Tuesday, May 6, 2025

 ๐˜’๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข

๐Ÿ• ๐™ˆ๐™š๐™ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“


๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜๐—”๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ


Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) 2025, yang kini memasuki fasa akhir, adalah kali pertama parti memilih pimpinan sebagai parti Kerajaan Persekutuan. Sudah tentu persaingan sengit berlaku di setiap peringkat.


Pemilihan di peringkat cabang telah mengundang beberapa fenomena baru, termasuklah keadaan bila mana hanya calon Ketua Cabang menang tetapi keseluruhan jawatankuasa dan sayap-sayap dimenangi oleh pesaing. Saya juga dimaklumkan jumlah bantahan melebihi 190 di seluruh negara. 


๐—–๐˜‚๐˜๐—ถ ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐˜‚๐—ด๐—ฎ๐˜€ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜€๐—บ๐—ถ


Perkara-perkara ini membayangkan bahawa isu berbangkit semasa pemilihan sewajarnya diuruskan dengan baik untuk menjaga keharmonian parti di setiap peringkat, tidak kira pihak mana yang membuat bantahan.


Menyedari bahawa aduan-aduan dan isu yang timbul perlu diuruskan dengan harmoni, sebagai Timbalan Presiden, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara ini sepenuh masa, termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding, tanpa mengira kumpulan. 


Masa yang diperlukan adalah panjang. Sewajarnya, kerja-kerja mengurus parti yang memerlukan masa khusus seperti ini tidak dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri. Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baru yang wajar kita semai.


Oleh itu, saya telah membuat permohonan kepada YAB Perdana Menteri untuk bercuti dari tugas rasmi untuk memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi.


๐™„๐™จ๐™ช ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™๐™ช๐™—๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ


Sepanjang tempoh saya bercuti dari 29 April ke 5 Mei (iaitu empat hari), saya telah mengadakan pelbagai pertemuan dan membawa isu-isu berbangkit mengenai pemilihan kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP). 


MPP bertarikh 29 April 2025 bersetuju supaya satu audit bebas dijalankan untuk memastikan sistem pemilihan digital bebas dari campur tangan yang mempengaruhi keputusan akhir di peringkat cabang.


Laporan juru audit bebas ini dibentangkan di dalam MPP bertarikh 4 Mei 2025, seperti di dalam ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”. Berdasarkan laporan ini, MPP menerima gesaan Presiden supaya keputusan di peringkat cabang disahkan walaupun ada aduan-aduan berbangkit, agar parti boleh bergerak ke hadapan dan pemilihan peringkat pusat dapat diteruskan. 


Semasa audit bebas itu berjalan, seperti mana persetujuan MPP bertarikh 29 April 2025, calon-calon yang membuat aduan boleh melantik wakil teknikal mereka untuk turut serta sebagai pemerhati semasa proses audit. 


Saya sertakan laporan wakil teknikal yang dilantik calon mengenai keseluruhan proses audit di ๐—Ÿ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—•. 


Atas prinsip ketelusan kepada semua anggota parti, saya percaya kedua-dua pandangan dari laporan-laporan ini boleh memberi konteks keseluruhan kepada pelbagai isu yang timbul.


Walau apa pun kesimpulan yang dibuat, saya menyeru supaya anggota-anggota parti menerima saranan untuk merapatkan saf dan memberi tumpuan mengukuhkan parti.


๐™Ž๐™ž๐™จ๐™ฉ๐™š๐™ข ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ช๐™จ๐™–๐™ฉ


Pun begitu, memandangkan sistem yang sama akan digunakan untuk pemilihan pimpinan pusat, saya menggesa supaya Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bertindak segera memastikan kelemahan-kelemahan sistem yang dibangkitkan di dalam kedua-dua laporan diperbaiki secepat mungkin.


Ini termasuklah perkara-perkara berikut:


i. Mengesahkan jumlah OTP yang dikeluarkan berbanding dengan jumlah eKYC, undi di pelayan S3 dan undi akhir yang direkodkan di blockchain, untuk mengenal pasti berapa banyak undi yang tercicir akibat kelemahan sistem;


ii. Melindungi versi kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ) yang dimuat naik di pelayan awan (๐˜ค๐˜ญ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฅ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ท๐˜ฆ๐˜ณ), memastikan versi yang betul dan sama digunakan sepanjang proses pemilihan, menyemak keseluruhan kod asal bagi setiap versi yang dimuat naik, untuk memastikan tidak ada kod berbeza yang memproses pengundian;


iii. Melindungi dan mengawal muat naik kod asal (๐˜ด๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ณ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฆ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต) dengan menyemak log muat naik (๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜บ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜ญ๐˜ฐ๐˜จ) sebelum, semasa dan selepas proses pengundian, bagi memastikan integriti sistem terjamin; dan


iv. Isu-isu teknikal lain yang dibangkitkan.


JPP bertanggungjawab memastikan proses pemilihan pusat (termasuk keabsahan dan kemampuan teknikal sistem) berjalan dengan lancar, untuk mengelakkan kontroversi berpanjangan selepas pemilihan pusat selesai.


๐™Ž๐™ฉ๐™ง๐™–๐™ฉ๐™š๐™œ๐™ž ๐™‹๐™๐™๐Ÿญ๐Ÿฒ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ก๐™š๐™ฉ๐™–๐™ ๐™–๐™ฃ ๐™…๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™–๐™—๐™ž๐™ฃ๐™š๐™ฉ


Sepanjang saya bercuti, saya juga mengadakan pertemuan empat mata dengan YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Perbincangan dengan YAB Datuk Seri Anwar berlaku dua kali dan sekali dengan YB Datuk Seri Saifuddin.


Dalam pertemuan dengan Datuk Seri Anwar, saya mengutarakan pandangan bahawa strategi kempen ke arah Pilihanraya Umum ke-16 (PRU16) perlu diperkemaskan mengambil kira keadaan semasa rakyat.


Saya menyatakan bahawa saya bersedia untuk tidak bertanding Timbalan Presiden dan tidak menyertai kabinet untuk memberi tumpuan kepada kempen akar umbi. Kebimbangan saya banyak berkisar kepada keadaan semasa yang mana kempen kerajaan dilihat terlalu bertahan (๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ), dan tidak menyerang (๐˜ฐ๐˜ง๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ด๐˜ช๐˜ท๐˜ฆ) seperti rentak KEADILAN semasa menjadi pembangkang.


Itu kekuatan yang saya ada sebagai seorang ahli politik dan wajar disesuaikan dengan keperluan kempen di masa berbaki dua tahun sebelum PRU16. Kedudukan saya sebagai seorang menteri menyebabkan saya terikat dengan konsensus pentadbiran kerajaan dan menyukarkan saya bersuara dengan lebih bebas, seperti sebelum ini. Ia menyumbang sedikit sebanyak kepada keadaan kempen KEADILAN yang dilihat tidak agresif.


Saya juga menyuarakan perkara yang sama kepada Datuk Seri Saifuddin dan menyatakan kesediaan saya untuk memberi laluan, agar saya boleh kembali berkempen secara bebas dan agresif ke arah PRU16 tanpa perlu terikat kepada peraturan kabinet dan kerajaan.


Kedua-dua mereka memberi pandangan bahawa ada keperluan untuk saya kekal bertanding Timbalan Presiden dan menjadi sebahagian dari kabinet. Saya nyatakan bahawa saya akan mengambil kira semua pandangan dalam membuat keputusan akhir.


๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ข๐™ž๐™ก๐™ž๐™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™ช๐™จ๐™–๐™ฉ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ


Saya berterima kasih kepada semua aktivis dan pimpinan KEADILAN di semua peringkat yang telah memberi pelbagai pandangan dalam tempoh seminggu yang lepas.


Kita perlu menerima hakikat bahawa beberapa kontroversi yang timbul akibat pemilihan kali ini (kecil atau besar) sedang diperhatikan rakyat. Sebab itu, saya berpendapat apa pun isu berbangkit, baik mengenai sistem, aduan, atau perkara-perkara lain, perlu ditangani secara berhemah kerana tingkah laku kita sepanjang proses ini dinilai rakyat.


Saya juga bersyukur kerana pengalaman 26 tahun dalam parti ini mendidik saya bahawa sesuatu jawatan itu adalah amanah yang berat, apatah lagi jawatan sebagai menteri. Maka, keputusan-keputusan kita mestilah dipandu oleh kebertanggungjawaban, bukannya berkait dengan pangkat dan kedudukan.


Saya menerima baik berita-berita bahawa Datuk Seri Saifuddin dan Saudari Nurul Izzah Anwar menunjukkan minat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti. Dari awal lagi, saya menyatakan bahawa hak untuk bertanding itu adalah hak masing-masing dan wajar kita raikan dalam semangat demokrasi.


Oleh itu, saya mengalu-alukan pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden KEADILAN dalam pemilihan kali ini dan akan turut serta calon-calon lain menggunakan pentas pemilihan kali ini untuk memperkuatkan parti.


Ia keputusan yang menang-menang bagi saya. 


Apa pun pilihan yang diambil perwakilan parti, ia membuka ruang kepada saya menawarkan sumbangan menguatkan parti menghadapi PRU16. 


Jika saya dipilih, saya boleh terus memainkan peranan di dalam kepimpinan parti sebagai Timbalan Presiden, dan dalam kerajaan melalui saluran kerajaan.


Jika saya tidak dipilih, saya boleh kembali sebagai seorang pemimpin akar umbi yang lincah berkempen di bawah.


๐—ฅ๐—”๐—™๐—œ๐—ญ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐— ๐—Ÿ๐—œ

7 Mei 2025


๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—” (๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—”๐—จ๐——๐—œ๐—ง ๐—•๐—˜๐—•๐—”๐—ฆ)

https://drive.google.com/file/d/1YYFfsUxk-w62STft5zhGXep3GlrgEiw1/view?usp=sharing 


๐—Ÿ๐—”๐— ๐—ฃ๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—• (๐—Ÿ๐—”๐—ฃ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—œ๐—ž๐—”๐—Ÿ

https://drive.google.com/file/d/19Vwxx7Cteg78LAJqtWBxDUgfXNqtbg13/view?usp=drive_link

Tuesday, April 22, 2025

 Nasi Briyani Lamb Shank

Daging:

6 ketul lamb shank atau 2-3kg kambing/lembu (sebaiknya ada tulang)

Rebus sehingga lembut (2 – 2½ jam periuk biasa / 1 jam periuk tekanan tinggi)

Simpan air rebusan untuk masak nasi & kuah nanti


Bahan Tumis (Kisar Halus):

3 biji bawang holland

Segenggam bawang putih

3 inci halia


Rempah Kering (Kisar Kering):

2 sudu teh ketumbar

2 sudu teh jintan manis

1 sudu teh buah pelaga

2 batang kayu manis sederhana besar


Bahan Lain:

½ tin besar tomato puree

4 sudu makan cili sos

4 sudu makan rempah briyani kegemaran

½ cawan yogurt 

Sedikit gula 

Sedikit daun sup & daun bawang 

Minyak 


Cara Masak:

1.Tumis bahan kisar halus hingga wangi.

2.Masukkan kayu manis dan tumis lagi.

3.Masukkan rempah kisar kering dan rempah briyani, tumis hingga naik minyak.

4.Tambah sedikit air rebusan supaya rempah tidak terlalu kering.

5.Masukkan tomato puree & cili sos, kacau rata. Jika guna kambing, tambah sedikit gula.

6.Masukkan daging rebus dan 4-5 cawan air rebusan. Masak hingga kuah pekat dan sebati. Tambah air jika mahu lebih kuah.

7.Bila pekat, masukkan yogurt/susu cair.

8.Perasakan dgn garam dan gula, kemudian tabur daun sup & daun bawang. Siap!


Nasi Briyani 

Bahan-bahan:

3 cawan beras Taj Murni basmathi (cuci & toskan)


Bahan Tumis:

½ labu bawang holland (hiris halus)

2 sudu rempah briyani

1 batang kecil kayu manis

1 sudu kecil buah pelaga

1 sudu kecil bunga lawang

2 helai daun salam (jika ada)

2 helai daun pandan (jika ada)

Secubit gula

Air rebusan lamb shank/daging/kambing

Minyak 

Secubit saffron direndam dalam ½ cawan air suam (atau pewarna kuning)

Cara Masak:

1.Tumis bawang dgn kayu manis, buah pelaga & bunga lawang hingga wangi.

2.Masukkan rempah briyani dan tumis sekejap.

3.Masukkan beras, kacau perlahan supaya tidak pecah.

4.Tambah air rebusan secukupnya. Masukkan daun salam, daun pandan & secubit gula.

5.Masak dgn api sederhana.

6.Bila nasi masak, kaup balik perlahan.

7.Titiskan sedikit kuah briyani & larutan saffron di atas nasi.

8.Tutup periuk & biarkan sebati sebelum hidang. Siap!


✨ Hidangkan nasi briyani dgn lamb shank berkuah, acar & papadom! ๐Ÿ˜‹



Daging kambing masak pasamah❤respi ni arwah tok ajaq kami dulu2๐Ÿ˜Šmudahhh jaa masakkk pejam mata pon boley aihhhbb๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Respi cara arwah tok buat


Bahan


Kambing 2 kilo


Gempah daggin cap babas


Cili kering 10 tangkai*


Bawang besaq 5 biji*


Bawang kecik 10 *


Bawang putih 1 labu*


Halia 1 inci cikit*


Kas2 serbuk(1 sudu)


Gula melaka


Kerisik


Daun sup


Bawang bulat


Cara2


Goreng ke semua bahan2 yang wan tanda*sampai kuning, dah goreng bgi sejuk baru blder bahan2 ini


Kemudian ambik bahan2 yang blder 2 tuang dlm kuali dn masuk kan qempah dn kambing masak bgi naik waggi dlm masa 20 minit


Bila dah naik minyak n waggi..masuk kan kerisik,gula melaka,garam n air 1 cawan cikit,masak dlm 5 minit masukan daun sup n bawang bulat dalam 3 minit dah boley makan


Credit : Zakuan Laris



Hi semua. Kali ni Manja nak kongsi resepi Air Asam Daging Versi Utara. Menu air asam dan daging ni sedap sangat samada di makan dengan nasi minyak, nasi tomato atau nasi putih juga. Manja kongsi resepi dan cara masak. Jom masuk dapur


Daging air asam utara


Bahan-bahan rebusan daging :


350g daging

3 ulas bawang putih

1 inci halia

1 sup bunjut


Cara- cara :

1. Daging di potong kiub (5-6inci)

2. Masukan air ke dalam periuk, masukan sup bunjut, bawang putih (ditumbuk lumat) dan halia(tumbuk/hiris nipis).

3. Kemudian masukan daging. Rebus sehingga empuk dan lembut. 

4. Apabila daging sudah lembut, sebelum tutup api, masukan garam secukupnya. 

5. Keluarkan daging, apabila sudah sejuk sedikit hiris daging nipis dan saiz lebih kecil. 


Bahan-bahan Air Asam


Bahan kisar :

Cili besar merah

Cili api

Belacan

Air asam jawa


Bahan potong (hiris)

5 ulas bawang besar

1 biji tomato

2 tangkai cili besar merah

7 tangkai cili api

Limau

1 sudu besar kerisik

Garam

Gula


Cara-cara :

1. Kisar semua bahan kisar sehingga halus.

2. Hiris tomato, cili besar merah, cili api dan bawang besar.

3. Masukan semua bahan yang dihiris, bahan yang dikisar,daging rebus ke dalam satu bekas yang sama. 

4. Masukan garam, gula, kerisik dan jus limau. 

5. Gaul rata dan sebati. Sedia untuk dihidang


#airasam #resepisimple #resep #resepi #resepmudah

Serabai

1 cawan nasi

1 cawan air

Blander bahan diatas


1 sudu kecil yis

2 sudu besar gula

3/4 cawan air suam

Campur semua dan biar yis kembang


11/2 cawan tepung beras

1/2 cawan tepung gandum

Sedikit garam


Campur semua bahan di atas dan perap lebih kurang 1 jam

Sukat guna cawan yg sama,sis guna cawan metrik


Tq empunya resepi๐Ÿ˜˜

Wednesday, April 16, 2025

 URANG SABAH JELASKAN KENAPA SAMSURI "DITAHAN" DI KKIA SABAH


Sebagai urang Sabah, mari saya jelaskan kenapa MB Terengganu Samsuri Mokhtar "ditahan" di KKIA.


Ketika Persekutuan Malaysia dibentuk pada tahun 1963, Sabah (dan Sarawak) dijanjikan beberapa kuasa autonomi seperti autonomi bahasa, autonomi agama dan sebagainya.


Kuasa-kuasa autonomi Sabah dan Sarawak ini termasuk autonomi imigresen dan disenaraikan di bawah "20 Points Agreement" (Sabah) dan "18 Points Agreement" (Sarawak).


Ini bererti, walaupun imigresen merupakan kuasa Kerajaan Persekutuan, kuasa imigresen di Sabah dan Sarawak adalah di bawah kuasa Ketua Menteri Sabah dan Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak.


Sebab itu, semasa orang Semenanjung ke Sabah atau Sarawak, imigresen Sabah atau Sarawak akan bagi satu slip yang membolehkan orang Semenanjung berada di Sabah atau Sarawak untuk suatu tempoh tidak melebihi 30 hari.


Begitu juga keadaannya sekiranya orang Sabah ke Sarawak, atau orang Sarawak ke Sabah. Orang Sabah ke Sarawak, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak. Orang Sarawak ke Sabah, tertakluk di bawah kuasa imigresen Ketua Menteri Sabah.


Mudah kata, ibarat ada tiga imigresen lah.

1. Imigresen Semenanjung di bawah Kerajaan Persekutuan.

2. Imigresen Sabah di bawah Ketua Menteri Sabah.

3. Imigresen Sarawak di bawah Ketua Menteri (sekarang "Premier") Sarawak.


Jadi kenapa Samsuri "ditahan" kerana dilabel TCO?


Samsuri bukannya ditahan oleh PDRM. Ingat.

Samsuri "ditahan" oleh Imigresen Sabah.

PDRM dan Imigresen adalah unit yang berbeza.


Saya jangka, Imigresen Sabah cuma meminta Samsuri menunggu sebentar kerana nampak status TCO PDRM Samsuri, dan imigresen Sabah tidak kenal beliau. 


Penjawat awam Sabah tahu Samsuri ialah VIP, cuma mereka tidak kenal siapa VIP ini. Ye lah, Samsuri bukan PM, Samsuri bukan Menteri Persekutuan. Jauh-jauh di Terengganu, Samsuri ingat seluruh Malaysia termasuk di Sabah Sarawak kenal dia ke?


Maka sebagai langkah SOP, penjawat awam cuma minta VIP dari Terengganu ini menunggu sementara imigresen check siapakah VIP ini.


Gambar Samsuri bersilang kaki dan memicit telefon di ruang terbuka membuktikan perkara ini.


Samsuri tidak digari.

Samsuri tidak dkepung.

Samsuri tidak dilayan seperti penjenayah.

Samsuri tidak dihalang masuk.

Samsuri cuma diminta menunggu sebentar, sementara penjawat awam melaksanakan tanggungjawab mereka.


Jadi isu ini bukan isu.


Sekiranya Samsuri berhasrat menjadi PM suatu hari nanti, kuasa autonomi Sabah Sarawak adalah perkara asas yang patut Samsuri ketahui.


Ingat. Persekutuan Malaysia bukan Semenanjung Malaysia sahaja. Persekutuan Malaysia dibentuk oleh Semenanjung Malaysia + Sabah + Sarawak.


PN boleh memainkan sentimen agama dan kaum di Semenanjung, tetapi sentimen ini tidak berkesan sama sekali di Sabah Sarawak.


Mungkin ini juga sebabnya sejak 1957/1963, PAS tidak pernah memenangi walau satu pun kerusi DUN atau Parlimen di Sabah Sarawak.


Masuk semua pilihan raya sejak 1957/1963, bungkus makan telur dalam semua pilihan raya.


Ketidakfahaman Samsuri tentang kuasa autonomi inilah antara sebabnya kami di Malaysia Timur bilang...... "PAS tidak relevan di Sabah Sarawak".

Thursday, April 10, 2025

 Kalau Boleh Ke Paris dan London, Mana Logiknya Disekat❓


Oleh: Mustafa Ali


Dalam satu kenyataan yang penuh drama dan konspirasi bak skrip Netflix siri The Spy, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mendakwa dirinya menjadi mangsa ‘pengawasan senyap’ kerajaan - kerana dilabel sebagai TCO (Travel Control Order). Kononnya, hidup beliau dipantau, pergerakan dia dikesan, dan setiap perbualan mungkin sedang dirakam oleh "satu cawangan khas" yang entah siapa.


Tunggu dulu.


Sebelum kita semua mula sarung foil di kepala dan sembunyi telefon dalam peti ais, mari kita hadam satu perkara penting: TCO bukan Black Ops, bukan alat penyeksaan politik - ia SOP.


๐Ÿ’ขApa Itu TCO Sebenarnya?๐Ÿ’ข


TCO (Travel Control Office) bukan alat untuk sekat pembangkang, bukan alat untuk kawal sesiapa. Ia adalah unit keselamatan yang berada di setiap pintu sempadan - lapangan terbang, pelabuhan, dan checkpoint - yang akan merujuk nama individu tertentu yang perlu diberi perhatian demi keselamatan mereka sendiri.


Contoh? Menteri, MB, Raja, VIP, personaliti berisiko tinggi, malah kadang-kadang saksi kes penting pun akan dirujuk ke TCO jika perlu perhatian keselamatan.


๐Ÿ’ขJadi, Samsuri Dilabel Sebab Apa?๐Ÿ’ข


Bukan sebab dia ancaman. Tapi sebab dia mungkin berisiko jadi mangsa ancaman. Ya, sistem ini wujud supaya kalau apa-apa berlaku semasa MB berada di luar negara - misalnya, diculik pengganas semasa naik tuk-tuk di Bangkok - TCO tahu, KDN tahu dan negara boleh bertindak cepat.


Maksudnya? Ia bukan sekatan. Ia perlindungan. MB Terengganu patut bersyukur, bukan berfantasi jadi Bourne Identity.


๐Ÿ’ขTapi Dia Kata Dia Dipantau 24 Jam?๐Ÿ’ข


Well, kalau betul, kita minta beliau tunjuk bukti. Bukan rasa-rasa. Jangan nanti lepas ini semua orang yang terserempak dengan kereta tinted gelap mula fikir mereka diintip kerajaan.


Lebih pelik bila MB boleh ke Auckland masa banjir, boleh ke London dan Paris, boleh buat ceramah di kedai mamak - dan langsung tak dihalang. Jadi mana logiknya "disekat"? Kalau betul dia persona non grata, dia dah kena tahan kat imigresen Subang Skypark pun.


๐Ÿ’ขKalau TCO Ini Salah, Kenapa MB Kelantan Relax Sahaja?๐Ÿ’ข


Paling kelakar, MB Kelantan - juga dari PAS - tak pernah bising pasal TCO ini. Dia pun lalu pintu imigresen yang sama. Tapi mungkin beza dia dengan Samsuri adalah satu: MB Kelantan tak anggap diri dia watak utama dalam filem Mission: Impossible.


๐Ÿ’ขJangan Politikkan SOP๐Ÿ’ข


Buat kenyataan politik itu boleh, tapi jangan sampai rakyat keliru antara realiti dan halusinasi. Sistem negara ada sebabnya. Kalau semua perkara disensasikan sebagai “alat tekanan politik”, esok lusa bunyi lif berbunyi pun boleh jadi “sistem kawalan suara”.


MB sepatutnya gunakan peluang untuk bantu rakyat Terengganu yang perlukan capaian internet lebih baik, peluang ekonomi yang inklusif, dan pengurusan bencana yang cekap - bukan buat dongeng konspirasi TCO demi pancing simpati.


Samsuri, ini bukan filem James Bond. Ini pentadbiran negara.


Dan rakyat bukan penonton wayang yang mudah percaya tanpa semak fakta.

Wednesday, March 26, 2025

 ADAKAH ORANG MELAYU MAHU MELIHAT MASJID TERSEBUT AKHIRNYA DAPAT DIBINA OLEH JAKEL ATAU TIDAK?

Oleh : Lokman Adam


Semakin hari semakin bercelaru minda rakyat, khususnya orang Melayu akibat isu pemindahan kuil ditanah milik Jakel.  Hendak dialihkan salah, hendak dikekalkan akhirnya Masjid tidak dapat dibina.


Pertamanya, izinkan saya mengimbau kembali kronologi kes kuil tersebut :-


• Kuil itu dikatakan sudah berada disitu 130 tahun yang lalu.   Ada yang kata, ianya usia pokok, bukan usia bangunan.


• Tahun 2008, tapak asal kuil itu ditempatkan secara sementara dilokasi sekarang atas arahan DBKL untuk memberi laluan kepada pembangunan di kawasan tapak kuil asal.


• Tahun 2014 pula, DBKL telah menjual tanah tersebut kepada syarikat swasta, iaitu Jakel.  Tanah tersebut milik DBKL, tidak ada sebab kenapa DBKL perlu minya izin sesiapa untuk menjualnya. Apapun, isu tersebut sudah selesai dan berlalu. Sekarang ini, tanah tersebut sudah menjadi milik Jakel.  Kuil itupun hanya sebahagian kecil sahaja dari keseluruhan tanah milik Jakel.


• Pada tahun 2020, Jakel sudah dapat kelulusan pembangunan untuk membina sebuah masjid dengan syarat perlu selesaikan dengan pihak kuil terlebih dahulu.


• Dari tahun 2020, sampai sekarang, dah bertukar 4 Perdana Menteri. Semua tidak berani nak membantu untuk selesaikan masalah ini untuk beri laluan pada pembinaan masjid ni.


• Tahun 2025 ni, bila PM setuju untuk hadir ke majlis pecah tanah Masjid MADANI ni. DBKL telah bantu untuk mengusahakan agar kuil dapat dipindahkan dari tanah milik Jakel tersebut ke lokasi lain.


Keputusan Kerajaan, Kuil itu akan berpindah ke tanah yang telah dikenalpasti lebih kurang 50 meter dari tapak sedia ada. Ramai orang Melayu yang bising bila pihak kuil diberi tanah gantian.  Namun mereka tidak sedar, betapa besarnya rahmat yang kita dapat, bila selesainya isu ini, akhirnya Masjid MADANI dapat dibina tanpa sebarang halangan lagi.


Sebenarnya kerajaan ada 3 pilihan :-


1. Biarkan Jakel dan kuil selesaikan di mahkamah untuk tentukan hak masing-masing. Ini akan mengambil masa yang sabgat lama. Jika Jakel menang di mahkamah, komuniti kuil tu mungkin akan tidak setuju dan mungkin akan berlaku ketegangan kaum. Sebaliknya, jika pihak kuil menang sebab ada “legitimate expectation” diberikan sebelum ni, orang Melayu pula akan marah. Jadi, kalau teruskan dengan cadangan ni, ketegangan kaum mungkin akan berlaku, Masjid tak boleh dibina secepat mungkin. Proses mahkamah pasti akan berpanjangan. Kena lalu Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.


2. Robohkan kuil tu sebab ceroboh tanah milik swasta. Inipun sama. Jika Kerajaan ambil tindakan ni, akan berlaku ketegangan kaum, Masjid Madani akhirnya tidak akan dapat dibina dengan segera.


3. Beri sebahagian tanah kerajaan untuk bina kuil ni, dan kemudiannya digazetkan tanah tersebut kepada rumah ibadat untuk kuil itu terus beroperasi seperti biasa. Dengan kaedah ini, Masjid MADANI pun boleh dibina dengan harmoni. Tiada ketegangan kaum, masjid boleh dibina tanpa kacau ganggu, kuil boleh beroperasi di tapak baru seperti ditapak lama.


*Persoalan:*


1. Adakah kuil dapat tanah free? Tanah yang diberikan tu adalah tanah milik kerajaan. Gazetkan untuk rumah ibadat. Tetap menjadi milik kerajaan. Kalau kita jual tanah tu pada kuil, kita tak boleh jual mahal untuk rumah ibadat. Harga yang sangat minimum. Tapi bila dah jual, dah jadi milik dia. Suka hati dia nak buat apa, termasuk jual balik tanah tu dengan harga semasa. Sebaliknya solution Kerajaan ni win-win. Semua dapat bahagian masing-masing.


2. Firdaus Wong buat tuduhan ada deal RM 2 juta dengan kuil. Jangan sebarkan fitnah. Kerajaan tak bagi apa-apa pampasan pun. Yang PM sebut, Jakel yang akan berikan sedikit pampasan pada pengurusan kuil. Itu antara Jakel dan kuil. Firdaus Wong kena minta maaf sebab sebarkan fitnah.


3. Ada yang tanya kos pemindahan dan pembinaan tu siapa akan tanggung? Kuil tu tanggung sendiri la. Mereka kena hantar building pelan untuk mohon Perintah Pembangunan dari DBKL, kena la lalu proses. Macam Menteri Wilayah sebut, pembangunan tapak ini tertakluk kepada syarat-syarat pembangunan yang berkuat-kuasa.


4. PAS cuba kaitkan isu ni dengan isu Kampung Sungai Baru. Katanya kuil diberi tapak percuma, pemilik Kg Sg Baru yang mana semua orang Melayu, ditindas macam di Palestin. Isu ni jauh berbeza. PAS janganlah tunggang isu ini membabi-buta.  Tanah itu dah jadi milik pemajupun. Majoriti dah bersetuju. Urusan pengambilan tanah ini pun dibuat masa zaman PN memerintah (tahun 2021). Zaman Anuar Musa yang mula bayar pampasan ikut nilai yang valuer berikan. Lebih 95% pampasan dah selesai sebelum Dr. Zaliha jadi Menteri Wilayahpun. Mahathir pula bangkitkan pasal nilai pampasan. Dia ni dah 22 tahun 22 bulan jadi Perdana Menteri pun tak faham ke yang valuer bertauliah dah buat penilaian tanah. Nilai tanah ni bukan boleh main petik dari langit je. Majoriti dah keluar dari Kg Sg Baru, tinggal beberapa orang sahaja masih tinggal disitu. Ada dua jalan penyelesaian, sama ada nak masukkan semula yang ramai (majoriti) yang sudah keluar dari situ, atau nak keluarkan yang sikit (minoriti) dari tapak tersebut?Mestilah keluarkan yang sikit. 


*Kesimpulan:*


1. Dalam isu ni, perlu lihat dengan hati terbuka dan jangan main sentimen kaum dan agama. Kita sebagai orang Islam patutnya bersatu sebab akhirnya Masjid yang besar di Masjid India ni akhirnya dapat dibina. Besar rahmat yang kita akan dapat.


2. Apalah sangat sebahagian tanah hanya dengan keluasan 4,000 kaki persegi (yang tu pun masih tanah milik kerajaan) dibandingkan dengan kemungkinan ketegangan kaum dan agama berlaku.


3. Perkara yang paling utama, peletakan batu asas masjid ni dapat diteruskan, tiada ketegangan dan rusuhan akan berlaku dan semua dapat hidup dengan harmoni.


Namun apa boleh buat, 

walau apapun usaha baik yang kerajaan Madani cuba laksana, penghasut tetap akan menghasut.  Yang penting, kita semua kena fikir dengan waras untuk kebaikan bersama.  Berhentilah dari jadi batu api dan menyemarakkan kebencian antara kaum.  Cukup-cukuplah politik melampau ini.  Kan bagus akhirnya Masjid siap, masyarakat india dapat lokasi rumah ibadat baru.


#LokmanNoorAdamOfficial #UMNOMalaysia #BarisanNasional #SoladiritiNajibRazak #ZahidHamidi #MalaysiaMadani #SekretariatMediaPerpaduan #KerajaanMadani #InfoSemasaNegara

Monday, March 17, 2025

 KUAH ROJAK PEKAT LIKAT MEMIKAT ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Bahan2...

๐Ÿ’š segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap ngan air panas yea dalam 5mnit je pas tu toskan)

๐Ÿ’š Belacan(cikpooja guna belacan melaka dan cikpooja guna separuh dr dalam pic dibawah ye..rujuk pic)

๐Ÿ’š 1cwn gula merah(bukan gula perang yea..)

๐Ÿ’š 3cwn gula pasir

๐Ÿ’š 1/2cwn kicap(kicap yg dok makan ngan nasi tu)

๐Ÿ’š 5sb sos cili

๐Ÿ’š 3sb tepung jagung(dibancuh dgn 1/2cwn air)

๐Ÿ’š 2sb garam(bleh boh ckit2 kalau takut masin)

๐Ÿ’š 2sb bijan

๐Ÿ’š Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar


Cara2 masaknya....


๐Ÿ‘‰ cili + belacan +secwn air diblande smpai halus(masukkan lam kuali)

๐Ÿ‘‰ Gula merah dibancuh dgn secawan air dan ditapis(masukkan lam kuali)

๐Ÿ‘‰ Masukkan gula pasir

๐Ÿ‘‰ Masukkan kicap dan sos cili


๐Ÿ‘‰ Masak dulu semua bahan2 td smpai mendidih...jaga2 sbb dia cepat meruap ..kang melimpah banjir plak dapo kome...selalu kacau2 kuah tu yea...

๐Ÿ‘‰ Bila kuah dah mendidih... masukkan garam secukupnya.. supaya balance rasa dia...

๐Ÿ‘‰ Pas tu masukkan air bancuhan tepung jagung td... kacau2 sebati...

๐Ÿ‘‰Time nih mmg kene kacau selalu guna api slow yea.....

๐Ÿ‘‰ Masak smpai kuahnya agak pekat...

๐Ÿ‘‰ Barulah masukkan 2sb bijan dan 2sb kacang tanah yg di blande....kacang blande yg lebih tu bila time nak makan..baru ditabur lagi atas rojak na...

๐Ÿ‘‰ Masak lagi smpai pekat hitam memikat...


Siap sudahhhh ๐Ÿ˜...


Sekian ..


Kredit : cik pooja


Resep peyek kacang tanah


1 sdt ketumbar

4 siung bawang putih

1 ruas kencur

1 sdt garam

1 sdt kaldu ayam

20 sdm tepung beras (200 gr)

3 sdm tepung tapioka (30 gr)

Santan bubuk/instan

250 ml Air

150 gr kacang tanah

Daun jeruk secukupnya


SUP TULANG MERAH.

BAHAN : -

1kg gearbox

1kg daging

1 mangkuk Cili kering (kisar)

2 sudu tepung jagung (bancuh air)

3sdb Sos cili

1 tin kecil tomato puree

3sdb Sos Tiram

Lobak Merah dipotong panjang

Kentang dibelah 4

1 tin Kacang Peas

ketumbar,Jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis. Bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (kisar halus) @ ambil isi dalam sup bunjut jea senang.

Bunga Lawang/ kayu Manis (yg ni tak perlu hancurkan.

3 labu Bawang merah besar /5ulas bawang putih/ Halia (kisar)

Serai (ketuk)

Sup bunjut (3 bunjut)

Kiub pati lembu @ ayam @ ikan bilis

garam secukup rasa

CARA-CARA :-

Rebus daging/gearbox bersama halia hiris/ serai sampai dagingnya empuk. Dah lembut ketepikan .

Panaskan minyak tumis bahan kisar bawang Putih/merah/ halia, serbuk jintan(bahan kisar halus tadi).Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan. Seterusnya masukkn tomato puree, gaul sebati masukkan cili kisar, Masukkan sos tiram/sos cili. Masak sampai betul2 pecah minyak dan aroma tumisan dia membangkit selera.

Selesai menumis, masukkan kentang dan lobak merah .masak sampai dia empuk dan seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta daging dan gearbox masak sehingga mendidih, last sekali masukkan tepung jagung dan garam secukup rasa.bila dah cukup rasa baru masukkn kacang peas dan gaul rata.siap! Boleh dimakan bersama nasi atau roti perancis.

Selamat mencuba! ๐Ÿ˜‰

Kredit Asal Tengku RosElyza Raja Muhammad


Tadi anak bongsu aku minta nak makan mee goreng.


Fuhh benda mudah, aku memang suka. So aku buat Mee Goreng Telur Pecah Last.


Yer ada resipi pecah telur dulu baru masuk mee okeh. Aku suka pecah telur last sekali.


Bahan-bahan:


200gm mee kuning, cuci dan toskan.

3 ulas bawang putih cincang halus.

1 ketul isi ayam/fishball potong dadu

1 genggam taugeh jika suka

1 pokok sayur sawi jika suka

2-3 sudu cili kisar

3 sudu kicap pekat manis

1 sudu sos tiram

1 sudu sos cili

1 sudu sos tomato

2 biji telur

Sedikit daun bawang dan sup untuk hiasan.


Cara nak buat:


1. Tumiskan bawang dan masukkan ayam/fishball/fishcake or whatever you like dan biar masak. 


2. Pastu masukkan cili kisar. Kacau sampai cili masak dan masukkan kicap dan segala sos tadi, biar didih dan masukkan mee lalu kacau sebati.


3. Pastu masukkan taugeh dan sayur jika mahu, kacau sampai sayur layu dan pecahkan telur dan kacau sebati.


Siap.


Boleh hidang dengan hirisan daun bawang dan daun sup serta telur mata untuk lebih umphhh.


#superdaddy


Terima Kasih Empunya RESEPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU ) boleh kita try buat nmpak sedappp sgt❤️


BAHAN - BAHAN


1 kg beras pulut

1 kg gula merah

2 cawan gula putih

Santan secukup lemak

(selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2 kg lebih sikit)

Daun pandan


Cara-cara ๐Ÿ‘‰Beras pulut direndam 4-5jam

Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan

๐Ÿ‘‰Masak gula merah dan tapis dahulu

๐Ÿ‘‰Kemudian masukkan gula putih

๐Ÿ‘‰Masukkan santan & daun pandan


Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi


๐Ÿ‘‰Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat

(mcm meletop2 gitu ๐Ÿ˜†) Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik


Tutup api dan masukkan dalam bekas


Resepi Char Kuew Teow Sedap 


Bahan -Bahan :


sebungkus kue teow

tauge

daun kucai

udang

bawang putih

5 titik minyak bijan

telur 2 biji

cili mesin (ikut kepedasan yg diingini, saya buat tak pedas sgt dlm 3 sudu je...)

kicap pedas manis sesudu

kicap manis (ikut rasa)

sos char kuey teow dlm 2-3 sudu


Cara Memasak :


1) pecahkan telur dan buat mcm scramble egg tu..then keluarkan


2) goreng udang sebentar dan keluarkan


3) titik bawang putih dlm minyak yg sama, tumis hingga naik bau, kemudian masukkan cili mesin...tumis hingga garing, masukkan sedikit air mengikut keperluan.


4)masukkan kicap pekat manis, kicap manis, sos char kuey teow, didihkan sebentar.


5) masukkan kue teow, kacau sebentar dan masukkan udang dan telur, kacau sebati masukkan daun kucai. Titikan minyak bijan sedikit...Perisakan masakan. Kalau rasa tawar, blh tambah kicap atau garam (saya tak letak garam)...last sekalu masukkan tauge, dan tutup api. Kacau. Sekian..


Kredit : Nanny Amm


RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 4-6 org makan)


Bahan2:

3cwn beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan

1 sudu besar minyak sapi

2 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)

1/2tin susu cair

1 biji bawang besar, dimayang halus

3 ulas bawang merah*

5 ulas bawang putih*

2 inci halia*(*dikisar halus)

1 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 helai daun pandan, siat dan simpulkan

Segenggam daun ketumbar ( optional)

Segenggam bawang goreng

Sedikit gajus

Sesikit kismis

Pewarna oren /saffron

1 kiub ayam maggi

Garam secukup rasa

2 s/b rempah beriani saya guna brand (Gemini) bancuh dgn sedikit air

Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna - biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5

4bji telur rebus (lpas nasi masak letak je dlm nasi)


Cara-cara:

- Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali...


- Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan2 kisar bersama rempah beriani tadi...Tumis hingga wangi...


-Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang...


-Masukkan kismis..Kacau rata...


- Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair...Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)...Biarkan mendidih...


- Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering...


- Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng...


- Tutup tudung periuk dan biar nasi betul2 masak...


- Bila nasi betul2 masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan2 tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna oren..Jgn terlebih gaul nanti nasi akan patah2... Seelok2nya gunakan chop stick atau garfu..


-siap boleh letak telur rebus dlm nasi.

Selamat Mencuba


Credit:Fathimah Saari


๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ฃ๐—œ ๐—ž๐—จ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—–๐—”๐—ก๐—š ๐—ฆ๐—˜๐——๐—”๐—ฃ ๐Ÿ˜‹๐Ÿ‘

⁣

Kuah kacang simple

Blend

3 btg serai

2 inchi halia

2 biji bawang merah(besar)

Segenggam cili kering

⁣

Tumis sampai pecah minyak

Masukkan 2 sudu kecil asam jawa adabi tanpa biji tu.. (masukkan sikit2.. takut masam sangat nnt)

Masukkan kacang goreng blend kering 2 cawan.. kalau x pekat.. tambah lagi..

Masukkan gula melaka @ gula biasa dan garam ikut suka hati.. kuah kacang sedap kalau manis

Pecah minyak sekali lg..

Siapppppp

⁣

Nasi impit rebus sblm tido lg sng.. kuah kacang buat awl x apa.. makin lama panas kann makin sedap .

Ada suka masuk udang kering.. terpulang..

Kalau kuah pekat sangat masukkan air k..selamat mencuba

⁣

Kredit : ๐™–๐™—๐™™๐™ช๐™ก ๐™ง๐™–๐™ฏ๐™–๐™  ๐™–๐™—๐™™๐™ช๐™ก ๐™ง๐™–๐™๐™ž๐™ข

jom follow beliau untuk resepi yang lebih bermanfaat ๐Ÿซฐ


Rebus telur 7 mnit

Buat air asam 10 mnit

Makan jgn tnye brpa mnit sbb 2x tambah๐Ÿ˜‚


Resepi telur๐Ÿฅš

Basuh telur bersih2 msukkan dlm periuk. Jgn besar sgt biar ngam2 dgn telur lgi baik..air sama paras dgn telur.. Letak atas dapur. Buka api plg besar..igt PALING BESAR.. klu x tak jadi... Set time 7 minit... Jgn lebih jgn xckup 7 minit nt bru cntik cm nih...


Air Asam๐Ÿฒ

*Cili api

*bawang besar

*tomato

Hiris ke cincang ke ikut suka..


-Asam jawa

-Garam ckup rasa

-Aji ckup rasa

-Air suam

Bancuh sebati.. Sebati kau๐Ÿ˜…


Kupas telur bawah air paip sbb nk bg telur tu elok licin xkoyak2...toskan & Potong letak dlm mangkuk. Msukkan cili tomato n bawang. Tuang air asam.. Jgn makan trus.. Korg lek2 dlu.. 15 mnit gtu blh la mkn. Sbb dia dah meresap n sebati...


Rasa dia lemak2 telur tu.. Ada masam, masin, pedas n plg penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi๐Ÿ˜…


Selamat mencuba guys๐Ÿ˜Š


kredit: norul haisyu

REMPEYEK RANGUP

Bahan-Bahan: (dapat dalam 50 keping)


2 cawan tepung beras

2 sb tepung jagung

2 cawan santan pekat

Secubit garam secukupnya

2 cawan kacang tanah

1 sb jintan halus

Ikan Bilis secukupnya

Bahan Kisar:


1 sb jintan halus

1 sb ketumbar

1 sb udang kering

3 ulas bawang putih

Cara Membuat:


1. Basuh kacang dan tapiskan biarkan kering. Seeloknya dijemur dulu, Lz anginkan bawah kipas angin je. Blend bawang putih, udang kering, ketumbar dan jintan.


2. Masukkan tepung, santan dan garam. Letak 2 cawan santan dulu. Kemudian tengok cair pekatnya adunan. Tambahkan 1/4 cawan santan lagi. Tambah lagi santan kalau terlalu pekat. Hingga dapat ketepatan bancuhan. Akhir sekali taburkan jintan halus.


3. Ok, bahan bancuhan mestilah tak pekat dan tak terlalu cair. Panaskan 2 senduk minyak. Kita nak goreng lembab dahulu rempeyek ni. Ambil sedikit adunan dalam senduk dan letak kacang letak bilis.


4. Kemudian, mula menggoreng. Goreng hingga habis, tapi goreng separuh masak ye. Akhir sekali baru lah kita goreng rempeyek tadi sekali lagi dalam minyak yang banyak dan penuh. Bahagian yang ada kacang kita letak dibawah nak kasi kacang dan bilis masak dulu.


5. Goreng hinga garing. Ok dah siap, letak dalam bekas lapikkan kertas. Biarkan sejuk dan minyak turun. Aci dak, bilis dan kacang penuh macam ni. Selamat Mencuba!.


Makan kat kdai mahal.buat sendri berbaloi2..


1 periuk buat.. buat msam2 n pedas mmg sdp..


RESEPI SUP TULANG THAI


1kg tulang (rebus dlu dgn halia smpai empuk)


Serai ketuk

Lengkuas ketuk

Bawang putih ketuk

Bawang besar hiris

Halia ketuk..

Akar ketumbar ketuk2

Daun limau purut


Tumis smua bahan,kemudian masuk kan tulang yg dah di rebus bersama air rebusan.(sy amek separuh shj air rebusan dan tambah air lagi)..mendidih masuukn air lemon,saderi tomato n perasa n daun ketumbar.. da rasa dah siap ok da boleh makan ๐Ÿ˜…


credit : Sarra Ahmad Kamal‎


Tadi buat dah pastu licin..

Mak repeat pulaq suruh buat ..

Maknanya..๐Ÿ˜„

๐Ÿฅฐ

MEE KUAH 

Ada yg suka ka๐Ÿค—


Ini respi cara sya๐Ÿ’


1.Tumis bawang putih,pastu letak ayam ka @ apa saja nak


2.Masukkan sedikit cili blend..tpi sya ketuk ja cili melaka masani nak cepat๐Ÿ˜…

Klu nak pedas pakai cili merah


3.Masukkan air,sos cili,sos tiram,,gula garam,aji ikut masing2 la


4.Masukkan sayur ikut lah,tambah tomato klu nak sedap ya,sedikit bancuhan tepung jagung agar pekat pastu letak telur,lagi sedap klu jadi sebiji tak hancur..masing2 la kan๐Ÿ˜


5.Pastu masukkan mee yg dibasuh..nak sedap lagi percik kicap kipas udang sikit..emmm tak tau nak habaq ๐Ÿ˜„

-

Akhir sekali tabur daun bawang ..klu nak letak perahan limau nipis lagi sedap๐Ÿ˜‹


Nah sya halalkan respi tuk semua..


saya kongsikan semula resepi mee rebus Johor cara saya..

RESEPI MEE REBUS JOHOR:

.

Bahan-bahan :

sepeket mee kuning dicelur

4 biji keledek,direbus dan dikisar.

1 cawan tauchu,dicuci dan dikisar.

6 ulas bawang putih,dikisar.

3 biji bawang merah,dikisar

1 inci halia,dikisar.

3 batang serai,dititik.

1 inci lengkuas,dititik.

5 sudu makan ➡️ https://tekan.la/bahan-rahsia-kelazatan

Udang kering

Udang basah kopek kulit

(Dikisar)

garam,gula secukupnya minyak untuk menumis.

Bahan taburan: tepung beras n gandum

serbuk kunyit.

garam.

air secukupnya.

Bawang besar didadu

Daun bawang racik halus

minyak untuk menggoreng.


Bahan hiasan :

tauhu yang digoreng,dipotong kecil.

daun sup,dimayang.

bawang goreng.

telur rebus,dibelah dua. lada hijau,dipotong bulat.

taugeh,dicelur.

limau nipis dibelah dua.

Cara penyediaan :

1-Cara untuk tepung rangup

● Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata.

● Cara menggoreng ada teknik sikit.

● tuang tepung guna senduk Ditepi Kuali..sprti buat rempeyek

● Angkat dan toskan.

● Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.

.

2- Cara untuk kuah :

● Panaskan minyak dalam periuk.

● Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik.

● Kemudian tumis bawang putih,bawang merah,halia dan udang kering dan udang basah yang telah dikisar hingga naik bau.

● Masukkan rampah kari kacau rata, 

● Kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar 

(selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat.

● Masukkan garam dan gula

● Siap dihidangkan.


#resepimudah

#resepisimple

#koleksiresepi

#resepiharian


Salam Ramadhan๐Ÿ’š

.

Credit : Suhaili Marsya

Ayah saya tukang masak rumah kenduri. Dan dia memang suka memperbaharui masakan dia terutamanya nasi... Pelbagai jenis nasi dia masak dan dia olah. Semuanya sedap2 dan semestinya mendapat pujian. Masak kerana Allah tiada sebarang caj dikenakan.... ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ ayah

RESEPI NASI BIRYANI ayah saya punya style 


1kg beras basmathi (basuh toskan)

Sedikit daging dan tulang utk amek stok je (daging tu nanti buat kari pulak) 

2-3 labu Bawang besar*

6 ulas bwg putih*

2 inci halia*

5-6 biji buah keras

*Separuh dihiris separuh diblend 

3 helai daun pandan

Serba sedikit Jintan manis jintan putih kayu manis bunga lawang pelaga cengkih utk tumisan 

1 senduk rempah beriani (ayah saya beli kedai mamak rempah briani ni) 

1 senduk minyak sapi + sedikit myk masak

Suku tin kecil tomato puri

1/2 tin tomato sup 

3 sdb oren sunquit

Sedikit jagung segar dan kismis

Sedikit gula batu dan garam secukup rasa

Secawan susu cair

Air secukupnya


Panaskn minyak sapi dan minyak masak. Masukkn bahan tumisan dan bawang2 yg hiris... dah garing masukkan tulang n daging. kacau sekejab baru masukkan air biar sampai mendidih utk ambil stok daging. Pastu angkat daging n tulang tu ketepikan. Masukkan bahan blend renih skejab dan masukkan rempah briani. Biar memekat. Masukkan tomato puri tomato sup gula batu dan oren Sunquit. Nampak dah masak cantik masukkan air. Dah menggelegak masukkan beras dan susu cair. Masukkan jagung dan kismis. Tgk kalau air kurang tambahkan sedikit air. Nak masukkan dlm rice cooker pn boleh lg senang. Tanak sehingga nasi masak.


Bahan2 tu sahabat2 blh la agak2 ye... Sbb biasa ayah saya masak utk banyak.  


Slmt mencuba.... Moga menjadi la ye 

Tkurang tu saya mohon maaf ye


Kredit Resepi : nor shakinah md zainal


๐—ก๐—”๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—œ๐—ก๐—ฌ๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—Ÿ๐—˜

⁣

- 3 cawan beras basmathi

- 1/2 cawan margerin/planta

- 3 1/2 cawan air

- 1 cawan susu cair

- 2 kuntum bunga lawang

- 2 batang kulit kayu manis

- 3 biji buah pelaga

- 2 helai daun pandan

- garam secukupnya

- 1 kuib stok ayam

- Pewarna kuning

⁣

BAHAN KISAR:

- 6 biji bawang merag

- 3 ulas bawang putih

- 1 cm halia

⁣

BAHAN HIASAN:

- bawang goreng

- daun bawang dihiris

⁣

CARA :

1. Panaskan margerin dalam periuk. Tumis bahan yang dikisar.

2. Masukkan bahan tumis rempah 3 sekawan bersama daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras yang siap dicuci, garam, air dan susu cair juga stok kiub ayam.

4. Apabila nasi telah kering masukkan pewarna kuning. Letakkan bercapuk atau setompok-setompok. Tutup dan biarkan seketika.

5. Setelah kering, kacau rata. Biarkan seketika dan setelah masak, bolehlah dihidang bersama bahan hiasan. Siap!

⁣

- DAGING BERIANI -

- 1 kilo daging ( rebus hingga lembut )

- 1/2cawan minyak

- 1 cawan air

- 125 gm rempah beriani ( agak-agak )

- 2 tangkai daun ketumbar

- sedikit garam

- 2 biji kentang dipotong 4

- sedikit susu cair ( agak2 )

- 2 sudu cili kisar

⁣

BAHAN KISAR:

- 7 biji bawang merah

- 5 ulas bawang putih

- 3 labu bawang besar

- 1 1/2 cm halia

⁣

CARA :

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan masukkan rempah beriani dan cili kisar.

2. Masukkan daging dan daun ketumbar yang telah dipotong bersama kentang. Tambahkan ait dan garam dan perasa. Masak sehingga pekat. Hias dengan tomato ceri. Siap!


SELAMAT MENCUBA ✌️


Kredit: Angah Izan

⁣