Monday, October 20, 2025

Langkah Kajang Utk menghalang pengkhianatan

 Adalah manusia yang sebut dalam komen posting saya pasal Langkah Kajang, kononnya inilah bukti Datuk Seri Anwar Ibrahim gila kuasa.

Sebelum kita mulakan cerita ni, kita kena faham satu perkara asas  dalam politik, jawatan yang kita sandang atau menang adalah melalui tiket parti. Macam mana sekali pun, kita terikat kepada tanggungjawab dengan parti yang memberi kita kedudukan itu. Tanpa parti, tiada siapa yang akan berada di tampuk kuasa. Jadi, bila parti mengambil langkah politik tertentu, ia bukan kerana seseorang individu tamak, tapi kerana parti ada tanggungjawab untuk mempertahankan dasar, hala tuju dan amanah rakyat.

Baik… Langkah Kajang ini sebenarnya bukan soal gila kuasa. Ia soal strategi politik yang muncul daripada keperluan untuk menyelesaikan kebuntuan antara kepimpinan kerajaan negeri dengan parti yang menaunginya.

Ketika itu tahun 2014, Selangor diterajui oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang pentadbir yang cekap dan berintegriti. Tapi di sebalik kecekapan itu, mula timbul ketegangan antara beliau dengan pimpinan parti KEADILAN. Banyak keputusan kerajaan negeri tidak lagi dibincangkan dalam parti mahupun dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (keadilan,Pas dan DAP). Beberapa isu besar seperti projek air, Lebuhraya Kidex dan urusan konsesi tertentu menimbulkan keresahan dan perbezaan pandangan.

Maka lahirlah satu idea politik yang dikenali sebagai Langkah Kajang , satu usaha untuk membuka ruang politik baharu dan mengembalikan semula pentadbiran negeri kepada dasar reformasi yang diperjuangkan parti. Ia bukan untuk menyingkirkan sesiapa secara peribadi, tapi untuk memastikan kerajaan negeri terus berada di landasan dan prinsip parti.

Rafizi Ramli, selaku Ketua Strategi KEADILAN ketika itu, menjelaskan bahawa Langkah Kajang dirancang untuk memperkukuh kedudukan Pakatan Rakyat serta menstabilkan politik negeri menghadapi tekanan dan cubaan menggugat dari Barisan Nasional. Masa itu, jangan lupa ,Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berdepan tekanan besar, dengan pelbagai fitnah dan kes mahkamah yang jelas bertujuan menyekat perjalanan politik beliau.

Kerusi DUN Kajang dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding dan seterusnya mengambil alih jawatan Menteri Besar. Namun, sebelum sempat PRK berlangsung, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas Anwar  menyebabkan beliau tidak layak bertanding. Lalu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan tempat itu, dan menang dengan majoriti besar.

Apabila proses menukar Menteri Besar bermula, Khalid enggan berundur. Di situlah timbul krisis dalaman. PAS ketika itu berpecah pandangan, manakala Sultan Selangor menolak pencalonan tunggal Wan Azizah dan meminta lebih dari satu nama. Hasilnya, selepas proses rundingan yang panjang, Azmin Ali akhirnya dilantik sebagai Menteri Besar baharu.

Jadi bila ada yang kata Langkah Kajang bukti Anwar gila kuasa, mereka sebenarnya tidak memahami konteks dan sejarah sebenar. Dalam politik berasaskan parti, jawatan bukan milik individu. Ia milik amanah yang diserahkan melalui parti untuk dilaksanakan. Bila berlaku percanggahan arah dan prinsip, parti wajib mencari penyelesaian dan itulah yang berlaku ketika itu.

Kalau kita pandang semula hari ini, Langkah Kajang bukan kegagalan. Ia sebuah pengalaman politik yang membentuk jalan ke arah perubahan besar negara. Dari krisis itu lahir kesedaran dan keazaman baharu yang akhirnya menyatukan blok pembangkang menjadi Pakatan Harapan, yang kemudiannya berjaya menumbangkan kerajaan lama pada tahun 2018.

Jadi, kalau benar DS Anwar Ibrahim gila kuasa, sudah lama beliau memilih jalan mudah untuk bersekongkol dengan mereka yang berkuasa demi kepentingan diri. Tapi beliau tidak. Beliau memilih jalan sukar  jalan perjuangan, penjara, dan pengorbanan.

Langkah Kajang bukan lambang kerakusan kuasa. Ia lambang kesetiaan pada prinsip, keberanian mengambil risiko demi memperbetulkan arah perjuangan. Dan kalau itu dianggap “gila kuasa”, maka barangkali itulah “kegilaan” yang telah membawa negara ini ke arah perubahan yang kita nikmati hari ini.

Saturday, October 18, 2025

 Hari ni saya nak bercerita mengenai tuduhan Liwat 1 terhadap PMX kita. Saya kena ceritakan kisah ini supaya dapat membuka mata dan hati orang muda yang tak pernah tahu dan dengar pasal ni. 

Baiklah..  dalam kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, terlalu banyak keraguan yang kalau kita teliti satu per satu, memang jelas menunjukkan betapa tuduhan itu penuh dengan pengaturan dan permainan kuasa. Ini bukan soal nak bela individu, tapi soal keadilan  sebab keadilan yang pincang terhadap seorang pemimpin akhirnya menjadi racun kepada seluruh sistem negara.

Pertama sekali, kita kena ingat konteks masa tu. Tahun 1998 ,masa negara tengah bergolak dengan krisis ekonomi, rakyat susah, dan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri waktu tu lantang bersuara tentang rasuah, kronisme dan penyelewengan. Beliau mula bercakap tentang reformasi ekonomi dan integriti dalam pentadbiran. Di situlah muncul pertentangan besar antara beliau dan Tun Mahathir. Tak lama selepas itu, beliau dipecat, dan tak sampai seminggu, tuduhan liwat pun muncul. Macam kebetulan yang terlalu “sempurna”.

Isu & Keraguan Utama

a. Tarikh kejadian yang “tidak wujud”

Azizan mendakwa kejadian liwat berlaku pada tahun 1992 di Tivoli Villas, Bangsar.

Namun, semasa kes dibicarakan, mahkamah diberitahu bahawa unit Tivoli Villas yang disebut sebenarnya belum siap sepenuhnya atau belum dihuni pada tarikh yang disebut.

Akibatnya, pendakwaan terpaksa meminda tarikh kejadian beberapa kali, dari tahun 1992 → 1993 → 1994.

Ini menimbulkan persoalan besar tentang konsistensi dan kredibiliti saksi utama (Azizan) serta kekuatan bukti pendakwaan.

Hakim Mahkamah Tinggi AP membenarkan pindaan tarikh itu, tapi ramai pengamal undang-undang ketika itu menganggap ia pelanggaran prinsip asas keadilan, kerana tertuduh tidak dapat mempertahankan diri terhadap pertuduhan yang berubah-ubah.

b. Tiada bukti fizikal atau saintifik

Tiada bukti DNA, tiada rekod perubatan, dan tiada saksi bebas yang menyokong dakwaan liwat itu.

Kes bergantung sepenuhnya kepada testimoni Azizan, yang dibuat enam tahun selepas kejadian tanpa laporan polis atau bukti fizikal.

Doktor yang memeriksa Azizan juga tidak menemukan tanda fizikal konsisten dengan liwat berulang seperti yang didakwa.

c. Dakwaan “konspirasi politik”

Tuduhan muncul beberapa hari selepas Anwar dipecat oleh Mahathir pada September 1998.

Ramai pemerhati, termasuk Amnesty International, Human Rights Watch dan Inter-Parliamentary Union (IPU) menyatakan bahawa kes itu bermotif politik untuk menjatuhkan Anwar.

Amnesty International menamakan Anwar sebagai “Prisoner of Conscience”, bermaksud dia dipenjarakan kerana pendirian politik, bukan kerana jenayah sebenar.

d. Layanan fizikal & polis

Semasa dalam tahanan Bukit Aman, Anwar dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor, hingga mengalami mata lebam teruk.

Gambar “black eye” menjadi simbol kezaliman dan membuktikan penyeksaan semasa siasatan, menimbulkan persoalan besar tentang integriti keseluruhan siasatan polis.

Rahim Noor kemudian mengaku bersalah atas serangan itu dan dijatuhkan hukuman penjara.

Hakim Augustine Paul juga dikritik kerana sering menolak permohonan pembelaan, termasuk permintaan dokumen, saksi, dan soal balas.

Akibatnya, perbicaraan dianggap berat sebelah dan tidak adil oleh pemerhati antarabangsa.

f. “Tilam” yang dibawa ke mahkamah

Salah satu simbol pelik dalam kes ini ialah tilam yang diheret masuk ke mahkamah oleh pihak polis kononnya mengandungi kesan DNA.

Akhirnya tiada kaitan DNA Anwar ditemui, dan bukti itu dianggap tidak relevan serta memalukan pendakwa. Saya ulang ... Tiada bukti DNA ditemui diatas katil tersebut. 

g. Hukuman & rayuan

Anwar dijatuhkan hukuman 9 tahun penjara (liwat) dan 6 tahun penjara (salah guna kuasa) — dijalankan berturutan (total 15 tahun).

Pada 2 September 2004, Mahkamah Persekutuan membebaskan dan melepaskan Anwar daripada sabitan liwat dengan keputusan 2–1.

Panel: Tun Abdul Hamid Mohamad, Tan Sri Tengku Baharudin Shah, Datuk Rahmah Hussain.

Majoriti menyatakan: bukti Azizan tidak boleh dipercayai, tidak konsisten dan tidak disokong bukti lain.

Keputusan ini secara tidak langsung mengiktiraf kelemahan besar kes pendakwaan.

Zaman tu belum ada media sosial, belum ada TikTok, belum ada X atau Facebook. Apa yang rakyat tahu hanyalah apa yang disiarkan di TV, radio, dan akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3. Dan semua saluran ini waktu itu berada di bawah kawalan kerajaan. Maka bayangkan, setiap malam berita utama akan buka dengan wajah Anwar .. bukan sebagai Timbalan Perdana Menteri yang berjasa, tapi sebagai pesalah moral, pengkhianat, peliwat, malah ada yang cuba kaitkan dengan amalan songsang dan salah guna kuasa. Cerita ini diulang ulang sehingga melekat diminda rakyat pada ketika itu.

Rakyat ketika itu juga tidak punya pilihan lain selain percaya. Imej Anwar yang selama ini bersih, petah berucap, dan berkarisma  hancur sekelip mata. Naratifnya diatur begitu licik: supaya orang bukan sekadar hilang kepercayaan pada beliau, tapi juga merasa jijik dan muak dengan namanya. Inilah taktik paling kejam bukan hanya menjatuhkan karier politik seseorang, tetapi membunuh watak dan maruahnya di mata rakyat.

Selepas beliau dipenjara, gerakan Reformasi meletus di jalanan. Rakyat turun bukan sebab percaya atau tidak kepada kes liwat itu, tapi kerana mereka nampak sendiri kezaliman yang berlaku. Mereka tahu, kalau pemimpin setinggi Anwar pun boleh diperlakukan begitu tanpa keadilan, apatah lagi rakyat biasa. Dari situlah lahir kesedaran politik baru yang akhirnya membawa perubahan besar dalam landskap politik Malaysia.

Dan itulah sebabnya, bila hari ini masih ada yang ulang-ulang tuduhan lama terhadap DS Anwar Ibrahim tanpa faham konteks sejarahnya, ia sebenarnya menunjukkan betapa kuatnya propaganda zaman dulu masih melekat. Mereka tak tahu bahawa kes itu sudah dibuktikan pincang, saksi utama berubah-ubah, bukti tiada, dan akhirnya Mahkamah sendiri membebaskan beliau.

Sebab itu kita kena celik sejarah. Kena tahu, bagaimana fitnah boleh jadi senjata politik paling tajam bila digabung dengan kuasa, media, dan ketakutan rakyat.

Monday, September 15, 2025

 MENGKAMBING HITAM KAN PENJAWAT AWAM ?

1- Kenyataan Shahidan Kassim yang menyalahkan penjawat awam dalam isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru menimbulkan persoalan besar. Umum mengetahui, penjawat awam hanyalah pelaksana dasar. Keputusan untuk menggubal atau mengekalkan sesuatu dasar datang daripada kerajaan dan menteri yang sedang berkuasa.

2- Jika semua perkara mahu diletakkan beban di bahu penjawat awam, maka apakah tugas menteri? Adakah sekadar menikmati gaji, elaun dan segala kemudahan, tanpa berani menanggung keputusan yang dibuat ketika mereka duduk di kerusi kuasa?

3- Pewartaan Seksyen 4 dan 8 Akta Pengambilan Tanah dibuat pada Jun 2021, ketika rakyat terkepung dengan lockdown penuh. Dalam suasana rakyat hilang kerja dan tertekan, kerajaan kekal meneruskan dasar pengambilan tanah. Ini bukan keputusan kecil, ia adalah keputusan politik yang mempunyai implikasi besar kepada rakyat.

4- Sebagai Menteri Wilayah ketika itu, Shahidan mempunyai kuasa eksekutif untuk menangguh, mengkaji semula, atau membatalkan pewartaan tersebut jika benar mahu melindungi rakyat. Tetapi itu tidak berlaku. Maka persoalan yang wajar ditanya, mengapa hari ini kesalahan diletakkan kepada penjawat awam, sedangkan kuasa sebenar ada di tangan menteri?

5- Lebih menarik, kenyataan ini juga bercanggah dengan kenyataan seorang calon Perdana Menteri dari PAS, yang secara lebih bijak menyatakan bahawa kerajaan boleh membatalkan sekali gus jika benar mahu berpihak kepada rakyat. Di sini kita lihat kontras, seorang cuba mengalih tanggungjawab, seorang lagi mengakui kuasa eksekutif ada di tangan kerajaan.

6- Setakat ini, tiada kenyataan konkrit yang menunjukkan KSN diberi kuasa undang-undang untuk menggantikan Menteri Wilayah dalam meluluskan pewartaan Seksyen 8 pada Jun 2021. Tanpa bukti sebegitu, kenyataan menyalahkan penjawat awam hanya kelihatan seperti cubaan “cuci tangan”.

7- Rakyat harus menilai dengan waras. Kritikan terhadap dasar bukan soal peribadi, tetapi soal prinsip kepimpinan. Menteri ada kuasa, menteri juga harus ada keberanian menanggung keputusan. Menyalahkan penjawat awam hanya melemahkan kredibiliti politik itu sendiri.

8- Inilah yang rakyat perlu ingat, pemimpin datang dan pergi, tetapi dasar yang mereka buat meninggalkan kesan kepada generasi. Maka, jangan biarkan ada sesiapa pun melepaskan tanggungjawab dengan menuding jari kepada pelaksana, sedangkan kuasa sebenar ada di tangan mereka yang bergelar menteri.

Saturday, September 13, 2025

 17. Sedap suruh orang lain cuci taik dia.

Benarlah kata Nabi, rosaknya umat apabila urusan mereka diuruskan oleh golongan Ruwaibidoh.

Apa itu Ruwaibidoh?

Orang-orang bodoh yang palatao nak menguruskan hal umat.

Demi Allah, orang ini tak layak langsung jadi PM.

Kerajaan sekarang boleh batalkan?

 Macam mana begini punya ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—น boleh jadi Timbalan Presiden PAS? Eh ada pulak yang calonkan sebagai ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ. Hancur negara. Boleh jatuh papa dibuatnya.

Tuan Ibrahim kata kalau kerajaan sebelum ni luluskan, kerajaan sekarang ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป. Ewah ewah. Dia ingat macam main monopoli agaknya. Tak pun main ๐—ฝ๐—ผ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ธ-๐—ฝ๐—ผ๐—ป๐—ฑ๐—ผ๐—ธ?

Tahu apa masalahnya? Masalahnya, pemaju dah pun bayar ๐—ฝ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ป kepada penduduk. Tak setakat itu, pemaju juga bayarkan ๐˜€๐—ฒ๐˜„๐—ฎ ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ถ๐˜ penduduk selama ini.

Kalau kerajaan sekarang batalkan, siapa yang akan tanggung kerugian tu? Dah tentu pemaju ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป. Berapa ratus juta pulak kerajaan sekarang kena tanggung?

Kenapa kena korbankan ๐—ฑ๐˜‚๐—ถ๐˜ ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜†๐—ฎ๐˜ kesan ketamakan dan ๐—ธ๐—ฒ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป kerajaan sebelum ni? Persoalan yang lebih jelas, kenapa kerajaan sebelum ni ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ธ masa buat keputusan?

Itu tak kira pelabur yang lari kerana bimbang mereka juga ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป sekiranya melabur di sini. Dia bukan reti semua tu sebab PAS memang ๐—ฏ๐—ผ๐—ฑ๐—ผ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ต.

Tuan Ibrahim tak payah ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ๐˜ dengan ๐˜๐—ฎ๐—ถ-๐—ฐ๐—ต๐—ถ kesilapan PN terhadap MADANI. Kenapa tak ambil sikap ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ฏ? Kenapa bersifat ๐—บ๐˜‚๐—ป๐—ฎ๐—ณ๐—ถ๐—ธ dan ๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต?

PN dulu sanggup ๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜€ tanah Kg. Sg. Baru binakan ๐—”๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ต 1960 kerana percaya ianya satu projek yang baik. Kenapa baik waktu itu tak baik waktu sekarang?

Apa salah ambil tanggungjawab, berikan penjelasan kepada rakyat kenapa ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ถ๐˜๐˜‚ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น? Ini tidak. PAS jadi ๐˜๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜‚๐—ป dan menghasut rakyat dengan ๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐˜€๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป.

Tak boleh bayangkan bila ๐—บa๐—ธ๐—ต๐—น๐˜‚๐—ธ-๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ต๐—น๐˜‚๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—น macam ni memerintah negara. Memang jatuh papa dalam sekelip mata. Tak termasuk lagi berapa banyak yang akan ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜‚ kalau puak dia yang berkuasa. Guane boh?

Raja Gelap II 

.

Friday, September 12, 2025

 Projek Kampung Sg Baru tak wajar diputar belit, pampasan cecah RM3.8 juta – Sanita

Oleh Kasthuri Jeevendran

11 September 2025

KUALA LUMPUR – Polemik pembangunan semula Kampung Sungai Baru di sini menjadi tumpuan hari ini.

Namun di sebalik kekecohan yang berlaku, Pengerusi Kebajikan Pemilik Hartanah Kampung Sungai Baru, Sanita Yunus tampil menjelaskan isu sebenar yang menurutnya jauh berbeza daripada gambaran tersebar di media sosial.

Menurutnya, projek pembangunan semula ini lahir daripada inisiatif penduduk sendiri bukan paksaan daripada mana-mana pihak luar.

“Persatuan kami ditubuhkan pada 2016 oleh generasi terdahulu yang melihat keadaan rumah semakin uzur manakala pajakan tanah pula semakin singkat.

“Majoriti penduduk pada waktu itu sedar mereka tidak mampu membaiki rumah sendiri maka diputuskan untuk mencari pemaju bagi membangunkan semula kampung ini.

“Jadi jangan salah faham, bukan pemaju yang datang cari kami tetapi kami yang keluar mencari pemaju,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sanita mendedahkan, pampasan yang diberikan pemaju sangat munasabah dan tinggi malah ada yang mencecah sehingga RM1 juta hingga RM3.8 juta bagi satu unit rumah teres mengikut keluasan.

“Kalau ikut penilaian kerajaan, nilai asal sekitar RM400 sekaki persegi tapi pemaju bersetuju memberi pampasan RM850 sekaki persegi, hampir dua kali ganda lebih tinggi.

“Jadi sebenarnya ia tawaran yang sangat baik dan jarang berlaku dalam projek pembangunan semula,” katanya.

Jelasnya lagi, hampir semua penduduk menerima pampasan tersebut termasuk yang berpindah ke penempatan sementara.

Bagi pemilik rumah teres, selain pampasan mereka turut menerima bayaran sewa bulanan sebanyak RM2,500 selama lapan tahun.

“Penduduk yang dipindahkan ke flat transit juga tidak perlu bayar sewa kecuali kos utiliti asas. Pemaju menanggung segalanya. Jadi di mana lagi silapnya? Kebajikan mereka tetap dijaga sepanjang menunggu projek siap,” katanya.

Menyentuh mengenai penentangan yang masih berlarutan, Sanita mendedahkan, ia hanya melibatkan segelintir kecil penduduk khususnya pemilik rumah flat yang berdepan isu pembahagian faraid.

“Bila harta itu dibahagi sesama adik-beradik yang ramai, sudah tentu bahagian yang diterima lebih kecil. Mungkin sebab itu ada rasa tidak puas hati.

“Tetapi jangan pula perkara ini diputar belit seolah-olah keseluruhan projek ini menindas penduduk lain yang sememangnya mahukan pembangunan ini,” tegasnya.

Menurutnya, semua pampasan utama telah dibayar sejak 2023 malah difahamkan bagi mereka yang tidak bersetuju, isu tersebut dibawa ke mahkamah dan sedang melalui proses sewajarnya.

“Jangan kata penduduk tidak diberi pilihan. Hak mereka dijamin malah proses mahkamah membuktikan sistem ini telus. Jadi tidak timbul isu kononnya ada penindasan atau rampasan tanah,” katanya.

Dalam pada itu, Sanita turut mengakui perjalanan projek itu bukan mudah kerana berdepan pelbagai cabaran politik sejak beberapa tahun lalu.

“Kita lalui pelbagai Menteri Wilayah, ada yang menyokong, ada yang ragu-ragu tetapi akhirnya keputusan mahkamah berpihak kepada pembangunan ini.

“Menteri Wilayah yang ada sekarang, Dr. Zaliha (Mustafa) telah memberi sokongan padu dan memastikan semua berjalan ikut peraturan,” ujarnya.

Namun yang lebih merunsingkan, katanya, persepsi masyarakat luar yang mudah terpengaruh dengan naratif media sosial tanpa memahami fakta sebenar.

“Kebanyakan yang hadir buat kecoh ketika operasi pengosongan bukan penduduk. Kami di kampung ini semua kenal antara satu sama lain. Jadi jelas, orang luar yang tiada kena-mengena cuba ambil kesempatan,” dakwanya.

Sanita berkata, lebih 220 keluarga telah menandatangani perjanjian dengan pemaju dan akan kembali mendiami Kampung Sungai Baru setelah projek siap.

“Ini hasrat kami sejak sekian lama. Kami mahu melihat ekonomi bumiputera di bandar berkembang dan masyarakat Melayu di Kuala Lumpur menikmati kediaman yang lebih moden, lebih selesa tetapi tetap di tanah tumpah darah sendiri,” katanya.

Justeru beliau menyeru orang ramai untuk tidak lagi mempercayai fitnah atau provokasi yang berlegar di media sosial.

“Datanglah ke pejabat persatuan, bertanya terus kepada kami atau berbincang dengan pemaju. Jangan mudah terpedaya dengan cerita separuh benar. Projek ini adalah usaha penduduk sendiri demi masa depan anak cucu kami.

“Doakan projek ini berjalan lancar. Kami mahu kembali ke rumah baharu kami selepas lapan tahun menunggu. Jangan salah ertikan perjuangan kami, ini bukan isu politik bukan isu kaum tetapi soal kelangsungan hidup penduduk Kampung Sungai Baru,” ujarnya.

– MalaysiaGazette

Isu Tanah Kg. Sg Baru

 Dilema Seorang Peguam di Kampung Bharu: Bila Impian Lebih Mahal Dari Realiti. 

Akar keluargaku di Kampung Bharu bukan sekadar sejarah ,ia darah daging. Dan dengan hubungan itu datang satu amanah yang berat: aku menjadi peguam kepada keluarga sendiri, dan kepada ramai pemilik tanah di kawasan ini. Tugasan aku kelihatan mudah di atas kertas ,pastikan tanah warisan ini dijual dengan harga yang berpatutan.

Tetapi realitinya, perjuangan aku bukan berdepan pemaju. Bukan dengan agensi kerajaan. Musuh terbesar aku adalah sesuatu yang lebih licik dan berbahaya: impian palsu yang ditanam selama bertahun-tahun, dan janji manis politikus yang memperdagangkan harapan.

Harga Mimpi Yang Tak Masuk Akal

Udara di Kampung Bharu penuh dengan sejarah,

dan penuh dengan harapan. Tapi harapan itu telah bertukar menjadi khayalan kolektif. Politikus datang silih berganti, berbisik janji-janji RM2000 hinga RM 4000,sekaki, angka yang tak pernah pun muncul dalam penilaian rasmi JPPH. Tapi mereka tahu, impian itu sedap didengar. Ia buat rakyat rasa tanah mereka emas, dan sesiapa yang bercakap tentang realiti akan dilihat sebagai pengkhianat.

Dan itulah yang terjadi pada aku.

Aku tunjuk fakta, penilaian rasmi antara RM450 hingga RM500 sekaki. Aku bawa kes-kes lampau. Aku bentangkan Akta Pengambilan Tanah. Tapi nasihat berasaskan undang-undang itu dianggap hina. Aku digelar “anjing pemaju”, “perompak”, malah dituduh menjual kampung sendiri.

Yang menyedihkan, orang yang kata begitu… adalah org kampung aku sendiri. 

Kebenaran Yang Tidak Popular

Aku tak marah. Aku faham. Dalam dunia yang sentiasa merugikan orang kecil, mereka mahu percaya ada sesuatu yang luar biasa menanti. Tapi aku tak dibayar untuk menjual mimpi. Tugasku ialah menyediakan strategi undang-undang yang realistik dan mampu bertahan dalam sistem.

Dan kebenarannya sangat pahit: bila kau menolak tawaran yang baik kerana percaya ada tawaran ‘lebih baik’ yang tak pernah wujud, kau bukan melawan ,kau sedang berjudi. Dan perjudian itu akhirnya memusnahkan banyak keluarga.

Tragedi Kampung Sungai Baru: Dari Rundingan ke Pengusiran

Apa yang berlaku di Kampung Sungai Baru adalah tragedi moden ,satu amaran kepada semua yang terlalu percaya mimpi.

Tahun-tahun lalu, pemaju tampil dengan tawaran luar biasa: pampasan tunai dan unit-unit rumah moden, mencecah nilai RM8.1 juta bagi satu lot. Majoriti penduduk terima. Tapi segelintir enggan. Mereka yakin tanah mereka boleh dapat lebih ,lebih tinggi dari tawaran pemaju, lebih tinggi dari realiti pasaran.

Dan bila rundingan gagal, pemaju menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960. Mahkamah menetapkan harga berdasarkan penilaian rasmi kerajaan: RM450 ke RM500 sekaki. Jauh lebih rendah dari apa yang pernah ditawarkan sebelum ini.

Dari Mahkamah ke Jalanan

Hari ini, mereka yang melawan, yang paling lantang, yang paling percaya mereka sedang berjuang untuk nilai sebenar hartanah mereka , akhirnya menjadi mangsa keadaan.

Tiada lagi pampasan berjuta.

Tiada lagi rumah baru.

Yang tinggal hanya wang tunai yang tidak setimpal… dan satu notis pengusiran.

Dan bila rumah mereka dirobohkan, bila polis datang, bila tangisan bertukar jadi jeritan ,ia bukan lagi soal nilai tanah. Ia jadi soal maruah yang tercalar. Tapi maruah itu tidak dicuri. Ia tergadai oleh keputusan silam, dipandu oleh mimpi yang dijual oleh orang-orang yang tidak akan tinggal pun di sini.

Kesimpulan: Siapa Sebenarnya Yang Menghancurkan Kampung Kita?

Dalam naratif politik, pemaju dan kerajaan sentiasa jadi penjahat.

Tapi dalam realiti yang aku lihat dengan mata sendiri, musuh sebenar adalah jangkaan yang tak masuk akal, dan pemimpin yang memanipulasi warisan demi undi.

Kampung Bharu tak musnah kerana pemaju.

Ia musnah kerana masyarakatnya sendiri dihasut untuk menolak rundingan yang adil, demi mengejar ilusi.

Ia musnah kerana lebih ramai percaya cakap orang politik berbanding peguam sendiri. Jadi sewaktu kau berguling-guling. Membaling batu dan berteriak di tengah jalan. 

Mana saudagar-saudagar air liur yg menjanjikan impian tu? Adakan mereka akan jamin kau keluar penjara? Atau kau nak carik peguam “anjing pemaju” ni dtg jamin kau. 

#kampungbarukl #sungaibaru