MELAYU DAN ISLAM WAJIB DIPERTAHANKAN, TETAPI JANGAN JADIKAN KETAKUTAN SEBAGAI MODAL POLITIK
Saturday, August 8, 2026
Tuesday, August 4, 2026
Analisis Implikasi Politik Sekiranya DAP Memutuskan Keluar Daripada Kerajaan Perpaduan
Kedudukan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar Ibrahim kini berada di bawah sorotan tajam pemerhati politik tanah air. Landskap politik negara dijangka berdepan ketidaktentuan baharu susulan tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang dijadualkan mengadakan Persidangan Kebangsaan Khas pada 16 Ogos 2026.
Perhimpunan khas ini bermatlamat memberikan ruang kepada para perwakilan parti untuk mengundi usul penting, sama ada mahu kekal menjadi sebahagian daripada pentadbiran persekutuan atau memilih untuk mengundurkan diri.
Hakikatnya, masa depan dan keabsahan pentadbiran Anwar bergantung sepenuhnya kepada sejauh mana bentuk tindakan yang bakal diambil oleh DAP. Terdapat dua gambaran utama yang boleh berlaku, bergantung kepada sama ada parti tersebut sekadar melepaskan jawatan dalam kabinet atau bertindak radikal dengan menarik balik sokongan parlimen secara menyeluruh.
Dalam senario pertama, DAP mungkin membuat keputusan untuk keluar daripada pentadbiran kabinet namun kekal menyokong kepimpinan Anwar di peringkat parlimen. Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, sebelum ini pernah memberi bayangan bahawa sekiranya perwakilan memilih untuk mengundurkan diri, para pemimpin parti berkemungkinan besar hanya akan melepaskan portfolio sebagai menteri dan timbalan menteri.
Melalui pendekatan ini, 40 Ahli Parlimen DAP akan terus memberikan sokongan kepada Anwar di Dewan Rakyat sehingga pilihan raya umum yang akan datang. Langkah ini membolehkan Kerajaan Perpaduan kekal berdiri teguh dari segi bilangan kerusi, meskipun struktur pentadbiran persekutuan akan mengalami perombakan besar tanpa penglibatan pemimpin DAP dalam Jemaah Menteri.
Berbeza pula keadaannya sekiranya DAP mengambil tindakan lebih drastik melalui senario kedua, iaitu menarik balik sokongan parlimen secara total. Pentadbiran Kerajaan Perpaduan pada masa ini menikmati sokongan kukuh melebihi majoriti dua pertiga dengan menguasai lebih daripada 148 kerusi daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen.
Sekiranya blok 40 kerusi DAP dikeluarkan daripada persamaan tersebut, jumlah sokongan terhadap pentadbiran Anwar akan merosot dengan ketara ke paras di bawah 112 kerusi, iaitu angka minimum yang diperlukan untuk membentuk majoriti mudah. Impaknya, kerajaan persekutuan akan serta-merta berdepan situasi kerajaan tergantung, sekali gus menggugat keabsahan Anwar sebagai Perdana Menteri kerana kehilangan sokongan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
Sekiranya situasi kehilangan majoriti ini benar-benar terjadi, Perlembagaan Persekutuan menyediakan dua saluran penyelesaian utama yang boleh diambil oleh Perdana Menteri. Pilihan pertama adalah dengan membentuk pakatan politik baharu dalam kadar segera. Anwar perlu mengadakan rundingan bersama blok pembangkang atau parti-parti kecil lain untuk mengumpul semula sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen bagi mengekalkan kuasa.
Sekiranya usaha membina pakatan baharu gagal dicapai, Anwar tertakluk kepada pilihan kedua iaitu menghadap Yang di-Pertuan Agong. Dalam pertemuan tersebut, beliau perlu mempersembahkan peletakan jawatan seluruh Jemaah Menteri atau memohon perkenan Seri Paduka Baginda untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum mengejut.
Oleh yang demikian, keputusan yang bakal dimaktubkan dalam Persidangan Kebangsaan Khas DAP kelak bukan sahaja menentukan hala tuju parti tersebut, malah menjadi penentu utama kestabilan serta kelangsungan pemerintahan negara.
Sumber:Facebook//Cardock
APA AKAN JADI KALAU GABUNGAN PH-PAS PRU 16
Jika formula simulasi ditukar kepada gabungan PH + PAS ia akan membentuk sebuah "Super-Coalition" yang mampu menyapu bersih sekitar 135 hingga 145 kerusi Parlimen di Semenanjung.
Secara matematik pilihan raya, cantuman undi penyokong bandar (PH) dengan undi teras Melayu-Islam luar bandar (PAS) akan menghasilkan sebuah blok politik yang mustahil dikalahkan oleh mana2 parti lain.
Gabungan ini akan membunuh terus pengaruh BN (UMNO) dan baki Bersatu di Semenanjung.
Kawasan utara dan timur akan lumpuh sepenuhnya buat pencabar lain. Di Kelantan, Terengganu, dan Kedah, PAS sedia dominan. Di Perak dan Pulau Pinang, apabila kerusi Melayu tradisi PAS dicampurkan dengan kerusi bandar milik PH, gabungan ini akan menang hampir 100% kerusi. BN dan Bersatu tidak akan mempunyai ruang langsung untuk bernafas.
Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya - 35 Kerusi.
PH+PAS menguasai 33 - 35 kerusi.
Analisis:
Wilayah Lembah Klang akan menyaksikan kemenangan mutlak. Bandar padat disapu oleh PH, manakala kawasan pinggir dan luar bandar Selangor seperti Kapar, Sungai Besar, Kuala Selangor, Hulu Selangor disapu bersih hasil cantuman undi PAS dan PH....BN akan kehilangan baki semua kerusi margin mereka di Selangor.
Negeri Sembilan, Melaka, Johor - 45 Kerusi. PH+PAS menawan 30 - 33 kerusi.
Analisis:
Kawasan selatan adalah kubu tradisi BN. Namun, dengan formula PH+PAS, kubu BN akan runtuh. Sebagai contoh, di kerusi campuran Johor yang mempunyai 45% hingga 55% pengundi Melayu, undi bukan Melayu (PH) yang dicampurkan dengan sekitar 20%-30% undi Melayu tegar PAS sudah lebih daripada cukup untuk menumbangkan calon BN dengan majoriti mudah.
Kenapa Formula PH+PAS Menghasilkan Angka Paling "Monster"?
Gabungan Dua "Kolam Undi" Terbesar:
PH memegang kolam undi terbesar bukan Melayu dan kelas menengah bandar. PAS pula memegang kolam undi terbesar Melayu luar bandar. Apabila kedua-dua kolam ini dicantumkan, ia merangkumi hampir 75% hingga 80% daripada keseluruhan pengundi di Semenanjung.
Kematian Politik BN & Bersatu:
Tanpa kerjasama PAS, Bersatu akan kehilangan jentera akar umbi dan identiti mereka. BN pula akan kehilangan kelebihan di kawasan campuran kerana mereka tidak lagi boleh mengharapkan undi bukan Melayu untuk menyelamatkan mereka (kerana undi bukan Melayu sudah disapu bersih oleh PH).
Pengulangan Sejarah (Model Pakatan Rakyat 2008-2013): Secara sejarahnya, semasa era Pakatan Rakyat (DAP + PKR + PAS), gabungan ini berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN buat kali pertama dalam sejarah.
Jika ia berlaku semula pada PRU16 dengan kekuatan PAS yang jauh lebih besar sekarang, mereka dengan mudah boleh mendapat majoriti dua pertiga di peringkat Parlimen Semenanjung sahaja.
Gabungan PH+PAS bukan sahaja mendapat 2/3 kerusi Melayu, tetapi mampu menyapu bersih hampir 100% daripada keseluruhan kerusi majoriti Melayu di Semenanjung Malaysia.
Jika gabungan PH+PAS ini menguasai sekitar 115 kerusi Melayu, ditambah pula dengan 25 hingga 30 kerusi bandar/bukan Melayu yang dimenangi mudah oleh PH, jumlah keseluruhan kerusi mereka di Semenanjung sahaja adalah sekitar 140 hingga 145 kerusi.
Angka ini sudah melebihi majoriti 2/3 daripada keseluruhan 165 kerusi Parlimen Semenanjung (110 kerusi diperlukan untuk 2/3 Semenanjung).
Ini bermakna, secara formula matematik etnik, pakatan PH+PAS adalah satu-satunya formula yang boleh memberikan dominasi mutlak merentasi semua kaum dan wilayah di Semenanjung tanpa perlukan persaingan sengit.
Gabungan PH+PAS dianggap oleh penganalisis sebagai formula yang paling stabil untuk hubungan kaum. Model ini menggabungkan dua parti dengan keahlian terbesar di Malaysia, yang bermaksud ia mewakili hampir keseluruhan spektrum rakyat. PH mewakili majoriti masyarakat bandar dan bukan Melayu, manakala PAS memegang sokongan padu masyarakat luar bandar dan Melayu-Islam.
Kesimpulan simulasi:
Walaupun PAS bersama PH, MP Melayu adalah blok etnik yang paling besar dan dominan dengan 84 MP.
Saturday, August 1, 2026
Entah siapa Penulis ini. Tapi kandungannya jelas. Saya bersetuju hampir semua perkara.
PMX. Buat Total Reform. Tak payah kesian2 lagi.
PH sudah kalah 2 kali berturut² dan PH sudah banyak kali ditikam oleh musuh dan kawan sendiri.
Namun bagi saya, PMX jangan bubarkan Parlimen terlebih awal.
Teruskan mandat sehingga tamat penggal.
Dan PMX dah boleh buat reform habis-habisan.
Ini bukan lagi masanya untuk bermain selamat atau cuba memuaskan semua pihak.
Gunakan baki tempoh pentadbiran untuk laksanakan reform secara total.
Reform institusi.
Reform ekonomi.
Reform GLC.
Reform tatakelola.
Reform perkhidmatan awam.
Reform politik.
PMX jangan simpan apa² lagi dah.
Jangan lagi terlalu menjaga kelompok atau kem tertentu.
Time to ditch your clans sir.
Kalau ini benar² penggal terakhir PMX, biarlah ia dikenang sebagai penggal yg mengubah negara, bukan sekadar untuk menstabilkan negara semata².
History rarely remembers leaders who played safe. It remembers those who had the courage to change the course of a nation.
It might be your last term, Sir.
Now , time to drop the bombs.
Either you die a hero, or you live long enough to become the villain.
Suatu ketika dahulu, rakyat menilai kerajaan berdasarkan prestasi ekonomi, peluang pekerjaan, pembangunan dan kebajikan yang dibawa. Hari ini, keadaan itu dilihat semakin berubah apabila sentimen kaum dan agama menjadi faktor utama dalam menentukan pilihan.
Isu seperti pertumbuhan ekonomi, kemasukan pelaburan, kestabilan kewangan dan peningkatan pendapatan rakyat semakin kurang menjadi topik utama dalam kempen politik. Sebaliknya, perdebatan lebih tertumpu kepada soal identiti dan emosi.
Akibatnya, pencapaian sesebuah kerajaan sering tenggelam walaupun terdapat pelbagai dasar atau inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. Apa yang lebih mudah menarik perhatian ialah naratif yang membangkitkan rasa takut atau curiga terhadap pihak lain.
Dalam suasana seperti ini, ahli politik tidak lagi perlu bekerja terlalu keras untuk membuktikan kemampuan mentadbir. Mereka hanya perlu memastikan sentimen tertentu terus dimainkan sehingga hari pengundian.
Keadaan itu juga menyebabkan isu rasuah, salah guna kuasa dan kelemahan pentadbiran tidak lagi menjadi penilaian utama. Selagi seseorang pemimpin dilihat mempertahankan kaum atau agama, kelemahannya lebih mudah dimaafkan.
Sedangkan kesan daripada pentadbiran yang lemah tetap dirasai oleh semua. Harga barang, peluang pekerjaan, pelaburan dan nilai mata wang tidak memilih bangsa atau agama apabila ia memberi kesan kepada kehidupan rakyat.
Lebih membimbangkan, generasi muda juga mula membesar dalam suasana politik yang lebih menekankan perbezaan berbanding penyelesaian. Sedangkan masa depan negara memerlukan persaingan idea, bukannya persaingan siapa paling lantang memainkan sentimen.
Demokrasi yang sihat sepatutnya mendorong rakyat menilai rekod pencapaian, kejujuran dan kemampuan seseorang pemimpin. Itulah ukuran yang lebih adil berbanding hanya melihat latar belakang kaum atau agama.
Ini bukan bermaksud identiti kaum dan agama tidak penting. Nilai tersebut tetap perlu dihormati, namun ia tidak sepatutnya menjadi perisai untuk melindungi kegagalan mentadbir atau menutup isu integriti.
Jika trend ini berterusan, politik negara akan terus dipenuhi retorik yang memecah-belahkan masyarakat. Yang rugi ialah rakyat, manakala yang paling untung ialah ahli politik yang gagal menunjukkan pencapaian tetapi berjaya memenangi hati pengundi melalui sentimen semata-mata
HISHAMMUDDIN RUNDING PERJANJIAN AKHIR PADA 17 JULAI 2014, KERAJAAN BN PAS SEKARANG.
Penyelewengan dana rakyat untuk membina sistem pertahanan negara yang dianugerahkan terus kepada syarikat yang dikawal tabung amanah yang sepatutnya menjaga kebajikan perajurit
Apabila projek dan dana diselewengkan, bukan sahaja tabung amanah mengalami kerugian, sistem pertahanan negara terdedah kepada pelbagai risiko apabila kelengkapan dan persenjataan menjadi lapuk dan ketinggalan zaman
Mangsa seterusnya ialah perajurit yang terus dipinggirkan dan tidak terbela, sedangkan jika berbilion ringgit yang diselewengkan melalui perolehan projek-projek pertahanan ini tidak berlaku, wang itu boleh digunakan untuk memberi elaun dan pencen yang lebih baik kepada perajurit
Hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), YB Wong Kah Woh mengeluarkan kenyataan mengenai dapatan-dapatan PAC yang meneliti pengendalian projek Littoral Combat Ship (LCS) yang telah berlarutan sejak 2011.
Untuk makluman orang ramai, projek yang dianugerahkan secara terus dalam tahun 2011 telah menelan belanja RM6 bilion setakat 2022 tetapi satu kapal perang pun belum disiapkan. Mengikut jadual kontrak, sepatutnya lima kapal perang telah disiapkan dan diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) untuk beroperasi.
Sebenarnya saya telah mengumpul maklumat dan mengkaji skandal ini sejak beberapa bulan lalu atas kapasiti saya sebagai orang awam.
Berikut adalah maklumat penting yang perlu diketahui oleh orang awam:
Pada 16 Disember 2011, Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Lantikan (“Letter of Award”atau LOA) kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) untuk membina dan membekalkan enam “second generation patrol vessels”(SGPV) “littoral combat ship” (LCS) dengan jumlah kontrak RM9 bilion. Menteri Pertahanan pada ketika itu yang bertanggungjawab menguruskan projek ini ialah Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, presiden UMNO sekarang.
Kerajaan Persekutuan menandatangani kontrak akhir dengan BNS bagi kontrak berjumlah RM9 bilion ini pada 17 Julai 2014. Menteri Pertahanan pada ketika itu, yang merundingkan perjanjian akhir ialah Dato’ Seri Hishamuddin Hussein, Menteri Kanan kerajaan gabungan PAS-UMNO-Bersatu sekarang.
Saya bermula pada hari ini dengan soalan yang mudah:
Siasatan yang dilakukan secara dalaman setakat ini menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya RM890 juta telah diselewengkan dari projek ini, baik dari segi penipuan, wang yang dipindahkan kepada pihak yang bertujuan menipu kontrak, duplikasi kontrak dengan tuntutan berganda dan pelbagai penyelewengan ini.
Saya percaya siasatan dalaman ini telah sampai kepada Hishamuddin Hussein. Sebagai menteri yang menandatangani kontrak dalam tahun 2014, beliau juga menteri yang menandatangani perjanjian tambahan (“supplementary contract”) pada 31 Mei 2022 untuk menghidupkan kembali projek ini.
Sebagai menteri pertahanan yang paling lama menguruskan projek ini, beliau sudah tentu tahu tentang segala laporan dalaman mengenai penyelewengan projek ini.
Kenapa sehingga sekarang beliau tidak mengambil tindakan untuk menangani penemuan penyelewengan berjumlah RM890 juta itu kerana tidak ada satu kes pun yang dibawa terhadap pihak-pihak yang dinamakan terlibat di dalam penyelewengan tersebut?
Skandal ini bakal memerangkap UMNO menjelang PRU15 kerana ia akan membuktikan bagaimana UMNO menuduh Pakatan Harapan menjual aset negara, sedangkan di bawah pentadbiran UMNO:
Persenjataan dan pertahanan negara terbengkalai sehingga ketinggalan berbanding jiran kita seperti Indonesia
Nasib perajurit yang kebanyakannya Melayu diabaikan apabila dana yang sepatutnya memanfaatkan mereka hangus akibat penyelewengan
Friday, July 31, 2026
RCI
Sejak semalam, ramai yang bukannya sibuk meneliti salah urus dalam Tabung Haji. Perkara pertama yang dicari ialah perkataan “sakau” dalam laporan RCI.
Tentulah perkataan “sakau” tidak digunakan. Ini laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, bukannya teks ceramah politik.
Tetapi laporan itu merekodkan beberapa perkara serius yang menimbulkan persoalan besar tentang tadbir urus dan penggunaan wang dalam Tabung Haji.
Antara yang paling jelas ialah bonus istimewa berjumlah RM2.193 juta yang dibayar kepada beberapa pengarah, bekas pengarah dan pegawai dalam kumpulan TH Properties pada 2017 dan 2018.
RCI bersetuju bahawa pembayaran tersebut melanggar beberapa peruntukan Akta Syarikat 2016 kerana proses kelulusan yang ditetapkan tidak dipatuhi. Suruhanjaya kemudian mencadangkan supaya usaha dibuat untuk mendapatkan semula bonus berkenaan. (Perenggan 3.12.19 dan 3.12.28–3.12.29, ms. 102–106)
Laporan RCI turut merekodkan empat laporan polis yang dibuat selepas siasatan dalaman dimulakan oleh pengurusan baharu TH pada pertengahan 2018. (Perenggan 3.15.1, ms. 155)
Antaranya ialah dakwaan penggunaan wang Yayasan Tabung Haji yang menyalahi perlembagaan yayasan serta dakwaan salah nyataan dan penyembunyian maklumat dalam penjualan 95 peratus saham TH Indo Plantations yang dianggarkan bernilai AS$910 juta. (Perenggan 3.15.2–3.15.4, ms. 155–156)
Satu lagi laporan melibatkan dakwaan manipulasi laporan kesesuaian tanah sehingga sebuah syarikat berkaitan TH membeli ladang di Indonesia bernilai sekitar AS$58 juta. (Perenggan 3.15.5–3.15.7, ms. 156–157)
Laporan polis keempat pula dibuat berhubung dakwaan salah nyataan kepada Lembaga Pengarah bagi membolehkan TH mengisytiharkan hibah tinggi untuk tahun kewangan 2017. Ketika laporan RCI disediakan, siasatan polis telah dilengkapkan dan kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. (Perenggan 3.15.8–3.15.10, ms. 157–158)
Beberapa laporan turut dibuat kepada SPRM.
Ia melibatkan dakwaan rasuah dalam pembelian Ladang Weida, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan restoran, rasuah dalam kerja pengubahsuaian, pemalsuan dokumen pembekalan anak pokok getah serta penyelewengan dalam anak syarikat TH Properties. Menurut RCI, siasatan SPRM terhadap dakwaan tersebut masih berjalan ketika laporan itu disediakan. (Perenggan 3.15.21–3.15.22, ms. 163–164)
RCI berpandangan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan tegas dan segera terhadap setiap laporan polis atau aduan tersebut. (Perenggan 3.15.11, ms. 159)
RCI juga menyenaraikan pelbagai pelaburan yang menyebabkan kerugian kepada TH dan anak-anak syarikatnya. Suruhanjaya berpandangan anggota Lembaga, pengarah anak syarikat, pihak pengurusan dan kakitangan yang terlibat patut dipertanggungjawabkan. (Perenggan 3.14.7, ms. 155)
Jadi, adakah RCI membuat keputusan bahawa seseorang telah “sakau” wang Tabung Haji?
Tidak. RCI bukan mahkamah jenayah dan tidak membuat keputusan bersalah terhadap mana-mana individu atas kesalahan mencuri atau rasuah.
Tetapi RCI memang mengesahkan bahawa pembayaran bonus tertentu melanggar Akta Syarikat dan mencadangkan wang itu diperoleh semula. RCI turut merekodkan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pemalsuan dokumen dan salah nyataan yang telah dibawa kepada polis serta SPRM.
Apa yang pasti, masalah Tabung Haji ketika itu bukan sekadar tersalah kira.
Ada kelemahan tadbir urus, pembayaran tanpa proses yang sah, keputusan pelaburan yang menyebabkan kerugian serta dakwaan penyelewengan yang cukup serius sehingga memerlukan campur tangan pihak berkuasa.
Kalau mahu berbahas, bahaskan perkara yang direkodkan oleh RCI. Jangan berpura-pura semua masalah itu tidak wujud hanya kerana Suruhanjaya tidak menggunakan bahasa ceramah politik.