Saturday, September 19, 2026

 KECEWA NAMUN BERHARAP


Kecewa dengan keputusan lembaga, namun ini negara hukum.


Jika proses ada kelompongan maka ia perlu ditampung, jika tidak sekarang, maka nanti. Pasti.


Rasuah adalah kos masa depan, turut bakal beri kesan kepada generasi pewaris. Semua tuntutan masa depan kosnya sedang kita bayar, kini. Segala skim dan lorongan kemajuan insan, kita bina kini, bukan nanti.


Terkebil-kebil pencopet dan pencuri roti mengintai di sebalik jeriji, menunggu untung nasib kalau-kalau lembaga turut sedia menghayati nasib mereka pula. Kelihatannya seperti tidak.


Mereka hanya pelaku-pelaku salah debu. Melekat di baju ketika lalu. Bukan pesalah kahang yang bau hamisnya kekal berpanjangan sampai 'pulang'.


Negara sudah membayar 50b dan terus membayar hingga 2028, namun pesalahnya bakal bersenang lenang di rumah dan penyokong pula berdulu-kemudian menghulur bantuan kewangan agar senang lenang warga kayangan itu segera dapat dinikmati.


Alasannya? Jasa


Rupanya umat kita tidak tahu definisi 'jasa'.


Umat lupa bahawa Escobar juga dianggap nabi di kampung sendiri kerana 'jasa' menjaga nasib warga Medellin, atas darah dan dana narkoba.


Malah ada makcik berkata 'tidak kisah apa yang orang hendak kata, itu antara dia dengan Allah'.


Jika demikian, seluruh kesalahan curi bakal berhujah yang sama - tunggu saja nanti nasib di sana. Kita tutup mahkamah dan penjara - Hujah yang rompong.


Persoalan hijab samawi tidak terpakai dalam kes melibatkan hak sesama manusia, makcik. Begitu juga sumpah, kelak sesiapa saja bersumpah di dalam masjid bakal bolos daripada sistem keadilan yang ada, seandainya sumpah boleh dijadikan bahan bukti.


Lebih aneh, ada teman-teman yang perjuangannya bernuansa Islami turur ber-hamdallah sejurus dianugerah tahanan rumah.


Bersyukur demi apa? Demi peluang kembali berkuasa, atau demi kembali berleluasa?


Kita harus tekal menerbitkan bibit benci kepada rasuah.


Dalam satu forum saya kata 'rasuah perlu disamakan dengan najis b*bi, baru orang Melayu mengerti merasa jijik kepadanya'.


Saya sekonyong-konyong dibetulkan oleh Tan Sri Ayob Khan dengan katanya, "Sayed, rasuah bahkan lebih buruk. B*bi ada waktunya bisa jadi harus tatkala darurat. Namun rasuah, jika melibatkan 33 juta rakyat, mampukah pelakunya memohon maaf kepada semua?"


Saya terduduk. Benarlah, hikmah bisa dikurniakan Allah swt kepada sesiapa yang Dia kehendaki.


Dia juga bisa menariknya kembali.

Tuesday, September 15, 2026

ZAHID HAMIDI MUNGKIN KECUNDANG, JOHARI GHANI DISEBUT2 BAKAL TPM

 15 September 2026


Sebagai Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri, apabila Ahmad Zahid Hamidi telah secara terbuka menunjukkan perbezaannya dengan Perdana Menteri, malah berani pula bertindak menyindir dan memperlekeh, langkah  yang wajar diambilnya ialah membawa keluar UMNO daripada kerajaan.


Tiada sebab untuk seorang Timbalan Perdana Menteri kekal lagi bersama Perdana Menteri, sedangkan macam-macam perkataan sudah dihamburkan kepada  bossnya itu.


Tetapi,  Zahid  Hamidi ini ada pelik sikit, setelah pelbagai kata-kata diluahkannya, kemudian dengan selamba beliau berkata, tiada apa-apa masalah antaranya dengan orang yang macam-macam telah dikatanya itu.


Kalau tiada masalah, kenapa mengata macam-macam?


Selain itu, setakat ini sekurang-kurangnya sudah dua kali beliau menggesa PRU16 dipercepatkan, tapi kemudian mengatakan UMNO akan kekal bersama kerajaan sehingga habis penggal.


Kalau nak bertahan sampai habis penggal, buat apa mendesak PRU dipercepatkan?


Dalam penutup PAU baru-baru, Zahid Hamidi mencabar agar UMNO disingkirkan daripada kerajaan perpaduan.


Tetapi, semasa sidang media selepas itu, beliau sekali lagi mengatakan UMNO akan kekal dalam kerajaan hingga habis penggal.


Kenapa setelah berani mencabar, tetapi masih ingin kekal dalam kerajaan?


Sepatutnya, jika berani mencabar, mesti berani juga untuk keluar.


Itu baru ‘gentle’, bak kata anak-anak muda zaman sekarang.


Pun begitu, bagi DAP khususnya, tindak-tanduk Zahid Hamidi sejak akhir-akhir dianggap sudah melampaui batas, bukan saja atas kapasitinya sebagai Timbalan Perdana Menteri, tetapi juga dalam keadaan UMNO masih merupakan komponen dalam kerajaan perpaduan.


Sebab itu, DAP menggesa agar Majlis Presiden PH mengadakan mesyuaratnya dengan segera untuk membincangkan perkara tersebut.


Dalam hal tersebut, selain tidak mustahil timbul desakan agar UMNO dipecat daripada kerajaan, malah besar kemungkinan turut didesak ialah agar Zahid Hamidi dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Di kalangan beberapa pihak dalam PH, isu mengganti Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri ini sudah menjadi perbualan yang makin hangat sejak akhir-akhir ini.


Dirasakan Zahid Hamidi tidak sesuai dan tidak layak lagi menjadi orang nombor dua dalam kerajaan berikutan tindak-tanduknya kebelakangan ini.


Nama yang disebut-sebut dan dianggap paling layak dan paling sesuai jadi pengganti Zahid Hamidi ialah Johari Ghani, Menteri MITI merangkap Naib Presiden UMNO yang kini sedang bersama Perdana Menteri dalam lawatan rasmi ke India.


Sebagai Perdana Menteri, walau dalam kerajaan yang ada pelbagai parti, Anwar sepanjang masa tetap mempunyai hak untuk melucut dan menukar ganti penyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri.


Dengan Zahid Hamidi sendiri yang mengatakan UMNO akan terus bersama dengan kerajaan perpaduan sehingga habis penggal, bermakna menukar  penyandang jawatan Timbalan Menteri daripada kalangan pemimpin UMNO yang lain adalah sesuatu yang dibenarkan.


Kekalnya UMNO bersama dengan kerajaan perpaduan tidak bermakna Presiden UMNO  mesti kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri.


Kuasa melantik Timbalan Perdana Menteri adalah hak mutlak Perdana Menteri.


Jika itu menjadi kenyataan, Zahid Hamidi dijangka akan terkecundang tidak lama lagi selagi beliau tidak tidak bertindak lebih dulu untuk membawa keluar UMNO meninggalkan kerajaan. 


Kalau setelah tidak lagi berjawataan Timbalan Perdana Menteri, barulah Zahid Hamidi mahu membawa UMNO keluar kerajaan, tindakan itu bukan saja sudah terlambat, bahkan berisiko akan ditentang oleh menteri-menteri UMNO sendiri. - ShahbudinHusin 15Sept2026.

Sunday, September 13, 2026

DOA AGAR MURID RAPAT DENGAN GURUNYA

 13 September 2026

1 Rabiulakhir 1448H


Kami dididik di bawah jalur perdamaian, kasih sayang, islah dan merapatkan persaudaraan.


وَإِن طَآئِفَتَانِ مِنَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱقْتَتَلُوا۟ فَأَصْلِحُوا۟ بَيْنَهُمَا ۖ


“Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya….” (Al-Hujurat: 9)


Limpahannya bukan sesama Islam sahaja, bahkan ke seluruh anak Adam. Apatah lagi saudara sesama Malaysia.


🌹 Kita juga terdidik untuk memuliakan orang yang lebih berumur dari kita, menyayangi orang yang lebih muda dan tidak kurang pentingnya; MENGENALI dan MENGIKTIRAF hak orang yang lebih alim daripada kita. 


Daripada Ubadah bin as-Samit r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:


لَيْسَ مِنْ أُمَّتِي مَنْ لَمْ يُجِلَّ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا، وَيَعْرِفْ لِعَالِمِنَا حَقَّهُ


“Bukanlah daripada kalangan umatku mereka yang tidak memuliakan orang yang lebih tua, tidak menyayangi orang yang lebih muda, dan tidak mengenali/mengiktiraf hak orang yang berilmu (guru) saru kalangan kami”. (Musnad Ahmad, no. 22807 -Hadith Hasan Sohih)


🌹Pesanan Imam Abu Hanifah rh.a agar jangan biadap atau menyakiti guru.


مَنْ جَفَا أُسْتَاذَهُ حُرِمَ بَرَكَةَ الْعِلْمِ، وَلَا يَنْتَفِعُ بِه


“Barang siapa yang berbuat kasar/tidak beradab kepada gurunya, maka dia akan diharamkan daripada mendapat keberkahan ilmu dan tidak dapat memanfaatkan ilmu tersebut”.


🌹 Imam al-Ghazali rh.a pula dalam Ihya' Ulumuddinnya menuntut kita agar “rendah diri sedikit” dan sentiasa mendengar bicara sang guru dengan teliti.


لَا يَنَالُ الْعِلْمَ إِلَّا بِالتَّوَاضُعِ وَإِلْقَاءِ السَّمْعِ، وَمَنْ لَمْ يَتَوَاضَعْ لِأُسْتَاذِهِ فِيهِ، فَقَدْ 

خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا


“Tidak akan mendapat ilmu itu melainkan dengan bertawaduk (rendah hati) dan mendengarkan (ajaran guru). Barang siapa yang tidak bertawaduk kepada gurunya, sungguh dia telah merugi dengan kerugian yang amat besar”.


🌹 Sangat indah syair Imam Syafie rh.a menasihatkan para murid agar sentiasa bersabar dalam mencari ilmu:


اصْبِرْ عَلَى مُرِّ الْجَفَا مِنْ مُعَلِّمٍ 

فَإِنَّ رُسُوبَ الْعِلْمِ فِي نَفَرَاتِهِ


وَمَنْ لَمْ يَذُقْ مُرَّ التَّعَلُّمِ

سَاعَة 

تَجَرَّعَ نُعْسَ الْجَهْلِ طُولَ حَيَاتِهِ


"Bersabarlah atas sikap keras/tegas seorang guru - Kerana sesungguhnya kegagalan meraih ilmu itu berpunca daripada menjauhi dan membenci guru”


“Barang siapa yang belum pernah merasakan pahitnya menuntut ilmu walau sesaat - Dia akan meneguk hinanya kebodohan sepanjang hayatnya”


🌹 Sangat mengharapkan semua pihak bersabar dengan guru masing-masing.


Jangan cabar guru, apatah lagi guru yang berjuang untuk agama, bangsa, tanah air dan negara.


Guru yang melaksanakan Maqasid Syariah (tujuan utama pensyariatan); berusaha siang dan malam bagi mencapai dan merealisasikan kepentingan-kepentingan rakyat jelata (hamba-hamba Allah SWT) 

لِتَحْقِيقِ مَصَالِحِ الْعِبَادِ

                   

ISLAM SUBUR DAN MEKAR DI MALAYSIA


DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS

Saturday, September 12, 2026

"Beli 'guru' ratusan juta, tapi kalah dengan beberapa baris caption PMX.

 Bila Ratusan Juta Duit Musuh Lebur Hanya Kerana Beberapa Baris Ayat PMX


​Dalam kancah politik moden hari ini, perang persepsi bukan lagi sekadar perdebatan idea, tetapi sudah bertukar menjadi industri bernilai ratusan juta ringgit. Pihak lawan sanggup melabur dana yang sangat besar demi menyewa tentera siber (cybertroopers), pakar strategi imej, serta pencipta kandungan semata-mata untuk membina naratif propaganda.


​Salah satu strategi terkini mereka adalah cuba mepopularkan frasa seperti "guru" dan menjadikannya satira politik untuk meledingkan imej serta menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun, apakah hasilnya? Strategi mahal itu akhirnya lebur begitu sahaja—rugi berasap di pihak musuh, tetapi bertukar menjadi modal keuntungan politik buat PMX.


​Sejarah Membuktikan: Anwar Bukan Ahli Politik ‘Kastam Semalam’


​Kesilapan terbesar pihak lawan ialah memandang rendah latar belakang dan pengalaman insan bernama Anwar Ibrahim. Beliau bukannya pemimpin yang lahir daripada makmal politik segera atau dibentuk oleh dana kempen PR yang gergasi. Beliau ialah seorang maestro politik massa yang telah melayari krisis politik tanah air lebih daripada 40 tahun.


​Jika diteliti sejarah:


​Era 1970-an: Beliau sudah memimpin gerakan belia dan massa menerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), mengasah bakat kepimpinan dan komunikasi politik terus dengan rakyat di akar umbi.


​Era 1980-an hingga 1990-an: Beliau memegang jawatan penting dalam kerajaan—daripada Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan, sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri.


​Era 1998 hingga 2022: Beliau melalui ujian paling ketat dalam sejarah politik Malaysia—diumpan dengan pelbagai tuduhan, dipenjarakan, merintangi gelombang Reformasi, dan bersilih ganti berdepan dengan pelbagai pentadbiran Perdana Menteri (daripada Tun Dr. Mahathir, Tun Abdullah Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hingga Datuk Seri Ismail Sabri).


​Seorang veteran yang sudah lali dengan pelbagai bentuk serangan politik, pemenjaraan, dan propaganda selama empat dekad tidak akan dengan mudah digoyahkan oleh kempen satira media sosial berbayar.


​Psikologi Politik Massa & Kegagalan ROI Pihak Lawan


​Pihak lawan mungkin memiliki modal yang tebal, tetapi mereka ketagihan taktik cetek. Dalam ilmu komunikasi politik, kempen serang persepsi (damage-campaign) hanya akan berkesan jika mangsa panik dan tersilap langkah.


​Namun, Anwar menggunakan kekuatan kepimpinan massanya. Cukup sekadar beberapa baris muat naik yang tenang, padat, dan bersahaja di dinding media sosial rasmi beliau, segala naratif palsu yang dibina dengan kos ratusan juta itu terus runtuh dan hilang taringnya.


​Apabila respons yang diberikan penuh wibawa dan tenang, satira yang direka oleh pihak lawan bertukar menjadi senjata makan tuan. Masyarakat melihat kebalikan imej: pihak lawan kelihatan kian terdesak dan membazir, manakala PMX kekal fokus menguruskan ekonomi dan pentadbiran negara.


​Impak Kerugian: Pengajaran Buat Musuh Politik


​Dalam istilah perniagaan, pelaburan bernilai ratusan juta ini menghasilkan Return on Investment (ROI) yang negatif. Pihak lawan bukan sahaja rugi dari segi kewangan, malah rugi dari segi kredibiliti di mata rakyat.


​Inilah perbezaan mendasar antara ahli politik buatan wang ringgit dengan tokoh politik massa yang dibentuk oleh sejarah. Wang ringgit boleh membeli trending hashtag, akaun palsu, dan video satira, tetapi ia tidak mampu membeli ketahanan mental, pengalaman 40 tahun, dan seni penguasaan massa yang dimiliki oleh seorang PMX.


​Pada akhirnya, musuh terduduk melihat dana ratusan juta mereka lebur menjadi debu, manakala Anwar Ibrahim terus melangkah—menukarkan setiap serangan musuh menjadi tangga kejayaan politiknya.

Wednesday, September 2, 2026

 Seorang anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) menafikan dakwaan bekas ketua audit negara Madinah Mohamad bahawa ia tidak pernah memanggilnya untuk memberi keterangan.


Pengerusi TH, Rashid Hussain, berkata suruhanjaya itu sebenarnya telah menyerahkan sapina kepada Madinah.


Bagaimanapun, katanya, Madinah memohon untuk hadir dalam prosiding bersama timbalan pengarah bahagian audit kewangan ketika itu, Mona Othman, namun permintaan tersebut ditolak RCI.


“Semasa prosiding RCI, kami meneliti keterangan saksi secara seorang demi seorang. Jadi, kami tidak membenarkan beliau (memberi keterangan bersama Mona),” katanya pada dialog awam mengenai TH di Tenera Hotel & Suites di sini.


Rashid merupakan antara enam anggota RCI yang dipengerusikan bekas ketua hakim negara Raus Sharif.


Rashid turut berkata RCI memberi Madinah peluang mengemukakan jawapan bertulis terhadap 75 soalan daripada suruhanjaya itu, yang kemudian dikemukakannya dalam bentuk akuan berkanun.


“Ia direkodkan sebagai kenyataan saksi. Beliau menyerahkannya pada 1 April 2022,” katanya.


Sebelum ini, Madinah mendakwa beliau tidak diberi peluang untuk didengar kerana tidak dipanggil memberi keterangan dalam prosiding RCI meskipun bersedia untuk berhadapan dengan panel berkenaan.


Beliau berkata, dirinya sudah berada di lokasi prosiding dijalankan, namun namanya tidak dipanggil selepas menunggu lebih 30 minit.


Madinah yang berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara dari 2017 hingga 2019, turut mempertahankan auditnya terhadap penyata kewangan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017, dengan berkata beliau mengutamakan kepentingan negara ketika itu.


RCI mendapati TH menyembunyikan kedudukan kewangan sebenar selama bertahun-tahun, dengan melaporkan keuntungan RM3.4 bilion pada 2017 sedangkan ia sepatutnya mencatatkan kerugian bersih RM1.4 bilion mengikut piawaian perakaunan yang sewajarnya, iaitu perbezaan hampir RM4.8 bilion.


Suruhanjaya itu turut mengkritik Jabatan Audit Negara kerana tidak menjalankan audit yang lebih ketat terhadap penyata kewangan TH bagi tempoh 2014 hingga 2017.

Sunday, August 30, 2026

 DOA HARI KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA 1957

Oleh: Sahibus Samahah Almarhum Tn. Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Hj. Muhammad Said Al-Linggi (Mufti Pertama Kerajaan Negeri Sembilan)

 

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ


اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،


[Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.]


اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،


[Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.]


اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،


[Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.]


اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

[Ya Allah! Jadikanlah Engkau sebagai penjaga bagi bangsa kami (Melayu), bagi mereka (kaum yang lain) dan bagi negara ini (Persekutuan Malaysia) daripada segala bala bencana, dan pelindung kami dan mereka daripada segala musibah. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Turunkanlah kemarahan-Mu dan kemurkaan-Mu ke atas kezaliman dan kerosakan. Ya Allah! Awasilah kami dengan pandangan-Mu yang tidak pernah lena, dan bentengilah kami dengan perlindungan dan benteng-Mu yang tidak dapat dikalahkan. Ya Allah! Jadikanlah panji Islam sentiasa berkibar, dan makmurkanlah tempat-tempat berdirinya agama dan kebenaran]


Oleh,


AlMarhum Syeikh Haji Ahmad bin Syeikh Haji Muhammad Said Al-Linggi. Doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.

__

☪️ Memahami Tarekat Tasawuf, Memperkasa Para Ikhwan, Memperteguh Institusi Tarekat

__


 Tahu tak apa masalah sebenar satu parti politik berjenama agama di Malaysia ini?


Mereka bukan tak bijak. Ramai berpelajaran tinggi. Ramai berpelajaran agama. Ramai yang hebat dan kaya.


Tetapi,

Ramai mereka yang ada satu penyakit. Penyakit yang kami sendiri sempat sedar dan berubat.

Penyakit itu namanya Ujub.

Merasa diri sendiri sentiasa betul. Paling pejuang, paling faham agama dan paling soleh. 


Jarang-jarang pandangan politik orang lain betul, walaupun ia bertaraf Mufti yang terpelajar. Mufti adalah alat kerajaan, pada pandangan mereka dari dulu sampailah sekarang.


Ijtihad politik. Siapa yang paling betul kalau bukan mereka sahaja? Kerjasamalah dengan siapapun, dalil siap sedia untuk dipulas. Semua kerjasama politik tak baik, melainkan jika mereka ada bersama. Yang lain semua tak bermanfaat bagi Islam, melainkan hanya mereka ada di dalamnya. Kerjasama tak bagus, tapi kalau tahalluf namanya baru bagus. 


Mencarut, maki hamun, melaknat semua itu pun tak jadi salah jika matlamatnya adalah untuk menyokong parti mereka. Mereka akan marah dan meradang kalau ada pemimpin berkata, "bebal dan melalak". Tapi pada masa yang sama akan bergelak ketawa dan menyokong pemimpin mereka yang mulutnya berzikir "pala bapak, pelaq, celaka, lan*au" dan macam-macam lagi. Itu, untuk mereka, adalah luahan kemarahan, tapi kalau orang lain adalah kebiadaban.


Ujubnya mereka sampai ada Tuan Gurau mereka yang berceramah mengatakan kalau nak jadi Ahlussunnah walJamaah yang paling betul, mesti bersama parti politik mereka. Itu konteks beragama. Kalau konteks bernegara, perlembagaan adalah produk penjajah, maka tidak wajib taat kepadanya. Kalau orang lain komen jadi subversif, kalau pimpinan mereka, itu adalah jihad menentang taghut.


Kalau kita bercakap soal akhlak dan adab mereka akan sodorkan isu lain yang tak berkaitan. Kalau kita bercakap dan kritik perihal ayam yang berak dalam rumah, mereka akan salahkan rumah. Ataupun akan bercakap tentang isu lalat di tong sampah yang dah bertahun tak dibersihkan. Ntahapapa... 


Macam-macam lagi masalahnya. Tapi semuanya berpangkalan di hati. Hati yang merasakan diri sendiri sahaja yang paling betul. Ini bukan penyakit manusia, ini penyakit....