Wednesday, July 24, 2024

Memoir 205 Tengku Razaleigh

 Buku Memoir 205 Tengku Razaleigh Hamzah mencatatkan bagaimana orang Umno telah di kafirkan oleh Pas sejak pilihanraya negara yang pertama selepas merdeka 1959.


Semuanya adalah kerana perebutan undi orang melayu yang ketika itu di ungguli oleh Umno yang lansung tidak ada kena mengena dengan agama Islam.


Yang di ceritakan pada umum kenapa Pas keluar dari Umno ialah kerana Umno menyokong judi loteri namun hal yang sebenarnya ialah kegagalan Allahyarham Ahmad Fuad dalam perebutan jawatan presiden Umno (ketika itu  Yang DiPertua UMNO) dengan Tunku Abdul Rahman.


Kegagalan Ahmad Fuad merebut jawatan presiden Umno telah menyebabkan beliau membawa keluar biro agama Umno dan menubuhkan Pas.


Namun sokongan orang melayu terus bersama-sama Umno yang menyebabkan Pas menggunakan tektik mengkafirkan Umno sebagai cara untuk menarik orang melayu yang kuat dengan pegangan islam agar tidak menyokong Umno.


Maka tektik ini di guna terus menerus sehingga ke hari ini cumanya kafir itu bertukar-tukar seperti di bawah : -


1946 - 1951 - Umno Islam sebab depa adalah ahli Umno

1951 - 1971 - Umno Kafir sebab depa keluar dari umno

1971 - 1978 - Umno islam sebab depa masuk Barisan Nasional

1978 - 2020 - Umno Kafir sebab di singkirkan dari Barisan Nasional

1990 - 1995 - Semangat 46 islam sebab 46 pecahan Umno yang bersama depa dalam APU

1999 - 2004 - DAP, PKR, PRM islam sebab depa ada dalam BA

2004 - 2008 - PKR islam DAP Kafir sebab masih bersama PKR tapi tidak bersama DAP

2008 - 2013 - PKR, DAP islam sebab depa ada dalam Pakatan Rakyat

2013 - sekarang - DAP kafir, PKR Kafir sebab depa keluar dari Pakatan Rakyat

2018 -  - Amanah, Bersatu Kafir (Kafir baru serpihan Pas dan Umno)

2020 - 2022 - Umno islam, MCA islam, MIC islam sebab depa berkawan dengan Barisan Nasional

2022 - sekarang- Umno kafir,  Bersatu islam, Gerakan Islam sebab dah tak berkawan dengan Umno dan depa ada dalam PN


Kesimpulannya semuanya kerana politik dan tidak ada kena mengena dengan agama.

Sunday, July 21, 2024

 

MURSYID AM PAS vs MP DIGANTUNG


Dzulkarnain Abidin


1. Mursyid Am Pas kata, boleh baca qunut nazilah apabila jemaah PN ditekan secara politik.


2. Maknanya, MA Pas mengaku, "ulama" Pas yang baca qunut nazilah di parlimen itu menyasarkan doanya kepada kerajaan hari ini.


3. Kita tahu, kini Pas memang tertekan sebab tak dapat jadi kerajaan dan tak dapat nak tebuk atap.


4. Kalau itu tekanannya, "ulama" Pas baca qunut nazilah atas alasan yang salah. Alasan itu tak memenuhi syarat qunut nazilah dibaca.


5. Sebelumnya, MP PN digantung kata, qunut nazilah itu bukan menyasarkan kerajaan, PM atau speaker.


6. Eh, macam mana Mursyid Am Pas bercanggah dengan MP PN digantung? 


7. MP PN digantung tak rujuk ulama Pas? Atau ulama Pas tak sejalan dengan MP PN digantung?


8. Mungkin depa dua dok dalam grup wasap berbeza. Mis komunikesyen...!

Friday, July 19, 2024

Sifat 20

 saya berpendapat, dasar pemikiran Asyairah dan maturidiyyah bukan pengaruh dari falsafah Yunani, tetapi ia memberi pencerahan terhadap kekeliruan dari pihak yang menggunakan pendekatan Yunani.


Hujah saya begini.


(a)

pembinaan bagi metode dan manhaj bagi aliran Asyairah dan Maturidiyyah adalah dari kaedah pendalilan yang boleh melahirkan keputusan Qatie.


Kaedah pembinaan metode dan manhaj sebegini, sudah diguna pakai oleh al-Imam Abu hanifah, al-Imam Malik dan al-Imam al-Syafie, iaitu dikala umat islam belum pernah kenal lagi tradisi falsafah Yunani.


Contohnya, kaedah usul al-Fiqh ada menyebut: setiap suruhan adalah wajib.


kaedah ini diasaskan kepada beberapa premis:

Solat adalah wajib, kerana dalam al-Quran ada suruhan solat.

Puasa adalah wajib, kerana dalam al-Quran ada suruhan berpuasa.

Zakat adalah wajib, kerana dalam al-Quran ada suruhan berzakat.

Haji adalah wajib, kerana dalam al-Quran ada suruhan buat haji.


apabila semua amalan-amalan wajib ini, dalam al-Quran menggunakan suruhan, maka disimpulkan bahawa sebarang suruhan dalam al-Quran adalah wajib.


kesimpulan sebegini dibuat sebelum umat islam kenal lagi tradisi Yunani. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan premis-premis yang konsisten.


Pendekatan sebegini, turut sama pernah diguna pakai oleh IBN TAIMIYYAH dalam perbahasan hukum yang melibatkan manat, iaitu ketika beliau memfatwakan hukum menyedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati.


walaupun tidak ada dalam nas menyebut berkenaan menyedekahkan pahala bacaan al-Quran kepada si mati, tetapi Ibn Taimiyyah memfatwakan keizinan itu. 


kesimpulan sebegitu dibuat dengan logika begini;

dalam hadis, ada menyebut keizinan sedekah pahala kepada si mati, jika dilakukan ibadat badaniyyah yang bernama sedekah.

dalam hadis, ada menyebut keizinan sedekah pahala kepada si mati, jika dilakukan ibadat badaniyyah yang bernama haji badal.

dalam hadis ada menyebut keizinan sedekah pahala kepada si mati, jika dilakukan ibadat badaniyyah yang bernama memberi minum kepada jemaah haji.

makanya, diizinkan sedekah pahala kepada si mati, jika melakukan ibadat badaniyyah.

justeru, membaca al-Quran adalah ibadat badaniyyah, makanya sedekahkan pahalanya adalah diizinkan.


cara pembinaan kaedah ini sudah diperkenalkan oleh para ulama mazhab sebelum era falsafah Yunani masuk dalam kalangan umat islam lagi.


(b)

saya kira, kesimpulan begitu boleh difahami oleh manusia secara fitrah. Contohnya:

seorang bayi kena cerek air yang panas, maka dia rasa sakit.

bayi itu kena periuk nasi yang panas, maka dia rasa sakit.

Bayi itu kena kayu api yang panas, maka dia rasa sakit.

bayi itu kena api yang menyala, dia rasa panas, maka dia rasa sakit.

makanya, otaknya secara automatik boleh simpulkan bahawa rasa panas boleh melahirkan rasa sakit.

makanya, apabila dia melihat sesuatu yang berasap dan keluar api, sejak dari awal lagi dia cuba jauhkan diri seperti menangis dan sebagainya.


saya kira, hal sebegini juga berlaku pada kucing. 

Ada seseorang itu,dia tidak suka kucing.

Setiap kali kucing A datang kepadanya, dia akan sepak. bukan sekali, tetapi berkali-kali. Dengan itu, kelihatan kucing itu akan menjauhkan diri dari kepada orang tersebut.


kesimpulan sebegini tidak perlu kepada mantik aristotle atau pengaruh yunani. Kalau kucing dapat simpulkan begitu, masakan manusia yang mempunyai akal tidak dapat memahaminya.


(c)

metode dan manhaj aqidah Asyairah dan maturidiyyah diperkenalkan dengan usul sifat 20. Yang semua ini kita tahu, ia bukan terbina dari akal, tetapi terbina atas premis-premis yang banyak dari ayat-ayat al-Quran dan hadis. lalu, dikuatkan dengan logika akal.


Contohnya, sifat Wujud Allah merentasi imaginasi akal. 

asas ini datang dari banyak ayat al-Quran, seperti surah al-Ikhlas. Apabila Allah kata bahawa dia adalah Esa, sudah pasti DIA maha wujud. kerana, apabila ada esa, sudah pasti ada wujud. tidak masuk akal dikatakan bahawa tidak wujud, tetapi ada keesaan.


walaupun tidak disebut "wujud", tetapi dengan menyebut bahawa Dia "ahad" - esa, maka sudah pasti wujud.


ia sama seperti al-Quran ada sebut: jangan kamu kata kepada ibu bapa kamu "oh" sekalipun. 


secara aklinya difahami, sepak dan pukul ibu bapa lebih-lebih lagi tidak dibolehkan.


kefahaman ini bukan perlu kepada falsafah Yunani. ini sudah difahami sejak umat Islam era awal lagi. malah, sejak turun wahyu pun, para sahabat sudah faham.


demikian juga, wujud bagi Allah itu merentasi akal, kerana dalam hadis bahawa Nabi saw ada menyatakan: syurga itu, tidak dapat dicerap dengan mata, tidak dapat dicerap dengan telinga, malah hati pun tidak terlintas.


kalau syurga yang bersifat makhluk pun, mata, telinga serta hati tidak dapat diimaginasikan, sudah pasti tidak dapat diimaginasikan adalah Zat Allah yang maha wujud.


untuk memahami ini, tidak perlu kepada pengaruh falsafah Yunani. Secara akli manusia sihat pun dapat fahaminya. Apatah lagi, dari kalangan orang-orang yang bijak.


kalau ini dasarnya, maka difahami kaedah wujud Allah merentasi akal bukan pengaruh falsafah Yunani, tetapi secara fitrah manusia dapat memahaminya.


(d)

Apabila kaedah-kaedah ini sudah dibina, tiba-tiba datang kalangan musuh yang menggunakan falsafah Yunani bertanya bahawa Allah itu apakah dia berjirim atau berjisim, maka perlu dijawab keraguan yang dibangkitkan oleh pihak yang terpengaruh falsafah tersebut.


Sebab, orang yang berfikir secara falsafah akan bertanya, apakah Allah itu wujud seperti manusia yang boleh dijuzuk-juzukkan; apakah wujud Allah seperti nyawa yang tidak dapat dijuzuk-juzukkan?


Apabila ada soalan-soalan falsafah sebegini, maka perlu diperjelaskan terlebih dahulu jenis-jenis isykal yang dibangkitkan oleh gaya berfikir falsafah tersebut, lalu dibantah dengan metode dan manhaj yang sudah dibina berasaskan penjelasan perkara (a) di atas.


(e)

jadi di sini, saya simpulkan bahawa metode dan manhaj Asyairah dan maturidiyyah bukan dibina dari falsafah Yunani, tetapi berasaskan metode dan manhaj yang telah diguna pakai oleh ulama salaf. 


tetapi, falsafah Yunani masuk sebagai mencipta keraguan, lalu dibantah dengan metode dan manhaj mereka dengan difahami terlebih dahulu maksud yang digunakan oleh falsafah Yunani tersebut.


Wallahu 'Alam.

Sunday, July 7, 2024

Kehebatan Mat Kilau

 Al-Fatihah buat Pahlawan Mat Kilau


Mat Kilau seorang yang sangat pantas seperti kilat , Beliau boleh pergi 1 ke 1 musuh dalam sekelip mata. Yang sempat dilihat musuh hanya bayang . Seperti kita melihat cahaya dari kilat. 


Itulah kelebihan Mat Kilau - Pantas seperti Kilat. Nama Mat Kilau digelar kerana kepantasannya. 


Nama Mat Kilau Diberi Kerana "Kelincahannya". 


"Mat Kilau Tu Orang Handal , Sepelepah Daun Nyior(Kelapa) Gugur , Dia Dah Tahu Berapa Banyak Regisnya (Lidi)" 


"Mat Kilau Boleh Pergi Ke Sesuatu Tempat Dengan Cepat , Dia Boleh Ghaib Sekelip Mata."


"Mat Kilau Kalau Bertarung Dia Boleh Bunuh Dan Libas 9 Orang Musuh Dengan Parang Dalam Sekelip Mata"


"Mat Kilau Pernah Merampas Seekor Kucing Dari Mulut Harimau Dengan Sekelip Mata , Dan Menengking Harimau Itu."


Demikianlah Kelincahan Pahlawan Pahang Ini "Mat Kilau" Banyak Lagi Kelebihan Yang Allah Beri Padanya. 


"Pernah Seekor Lembu Jatuh Dalam Telaga , Mat Kilau Menaikkan Lembu Itu Dengan Sebelah Tangannya Sahaja."


"Pernah Seorang Pendekar Yang Bernama Awang Kelana Ingin Menguji Kehandalannya , Ketika Mat Kilau Sedang Mandi Embun , Awang Kelana Merejam Lembingnya Dari Belakang Dan Lembing Itu Tepat Terkena Pada Badan Belakang Mat Kilau , Tetapi Tiada Apa Yang Terjadi Ibarat Merejam Lembing Ke Batu Yang besar."


"Ketika Mat Kilau Pergi Ke Kuantan Bersama Menantunya , Dia Menyuruh Agar Menantunya Balik Dahulu Kerana Mat Kilau Ingin Berjumpa Dato Bahaman@Tok Peramu , Ketika Menantunya Sampai Di Rumah , Mat Kilau Telah Pun Berada Di Rumah."


"Ketika Pihak Inggeris Tahu Kelemahan Kekebalan Mat Kilau Adalah Emas , Maka Mereka pun Membuat Peluru Emas , Tetapi Peluru Emas itu Hanya Menembusi Kulit Mat Kilau Sahaja Bukan Dagingnya."


Masih ada lagi beberapa kisah dan Kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini , Tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi Rahsia pada siapa yang tahu. Apapun Hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang Empunya segala Kehebatan Dan Keilmuan Yang Diberi Pada Hamba-Nya Yang Soleh. 


Mari kita sama-sama mengimbau kembali perjuangan Allahyarham Mat Kilau. 


Ketika Mat Kilau bersembunyi beliau pernah menetap di Kg Penar Patani, semasa pelariannya dengan nama Mat Siam. Hugh Clifford meminta Raja Siam mengarahkan Sultan Kelantan iaitu Sultan Mansur supaya menyerahkan Mat Kilau hidup atau mati kepadanya.


Kata Mat Kilau “Saya pura-pura mati dan kamu boleh membawa ‘mayat’ saya dan menyerahkannya kepada Sultan Kelantan. Sultan boleh memaklumkan kepada Raja Siam yang saya telah meninggal dunia ketika bertempur!”


Kata Mat Kilau lagi, “Itu mudah saja, kerana saya boleh buat ramuan untuk diminum, selepas meminumnya saya akan pengsan selama dua hari. Keadaan saya bagaikan orang mati. Kamu boleh bawa mayat saya kepada Sultan tetapi ada syarat dan jaminannya”


“Syaratnya, mayat saya mesti dibungkus dengan kain kuning, orang ramai boleh melihat dari jauh sahaja. Apabila sampai di tanah perkuburan, mayat saya boleh digantikan dengan batang pisang” kata Mat Kilau kepada Haji Abdullah serban hijau yang ditugaskan untuk menangkapnya tetapi bertukar menjadi sahabat seperjuangannya selepas menyaksikan Mat Kilau boleh ghaib didepan matanya sendiri!


“Jaminannya, ayah saya Tok Gajah dan Datuk Bahaman mesti berada disisi mayat saya hingga dibawa ke tanah perkuburan, anak-anak murid saya juga dibenarkan mengiringinya, itu sebagai jaminan saya tidak dikhianati”


Lalu Mat Kilau meminum ramuannya dan pengsan lalu dianggap mati, diusung ke anjung istana negeri Kelantan disaksikan orang ramai. Sultan Mansur pun menghantar utusan ke Siam dengan menyatakan mayat Mat Kilau sudah ada dan terbunuh ketika bertempur. Raja Siam pun percaya lalu memaklumkan kepada Inggeris. Sewaktu hendak menanamkan ‘mayat’ itu, tubuh Mat kilau dilarikan oleh anak-anak muridnya lalu mereka menggantikannya dengan batang pisang!


Namun rahsia itu terbocor oleh salah seorang muridnya menyebabkan Raja Siam dan Inggeris sangat marah. Pada mulanya Siam mahu menyerang kelantan tetapi bila mendapat tahu Mat Kilau dan pengikutnya sanggup berjuang mempertahankan Kelantan, Siam mulai kecut perut dan tidak jadi menyerang Kelantan. Demi menjaga keamanan negeri kelantan, Mat Kilau pun berpindah ke Kg Pasir Nering.


Semasa di Kg Pasir Nering, Mat Kilau diserang Inggeris, satu peluru hinggap dibadannya ketika itu mengoyakkan kulit belikatnya tetapi tidak mampu menembusi daging dan tulangnya! Rupa-rupanya salah seorang anak muridnya belot dan membocorkan rahsia kepada Inggeris bahawa tubuh Mat Kilau hanya lut dengan peluru emas sahaja! Benar, selepas diperiksa peluru itu diperbuat dari emas tulen!!! Bayangkan berapa butir peluru yang dibuat oleh Inggeris dengan menggunakan hasil bumi Pahang iaitu emas semata-mata ingin membunuh pahlawan tanah air Pahang!!! Betapa jahatnya mereka!


Mat Kilau dalam pelarian mendapat perlindungan Tok Ku Paloh di Terengganu, sempat pula berguru dengan wali Allah dan Khalifah Tareqat Naqsyabandiah yang bergelar Qutubul Zaman itu! Tokku Paloh menukar nama ayahnya Tok Gajah kepada Tok Fakir Lebai Salam dan Mat kilau di sebut nama asalnya iaitu Muhammad!


Sekali lagi Mat kilau pura-pura mati pada tahun 1895, untuk mengaburi mata Siam dan Inggeris, lalu mayatnya di kuburkan di Kampung Dalam Limau, Bunut Payung Kelantan. Sultan Kelantan menggantikannya dengan batang pisang lalu menyuruh Mat Kilau melarikan diri!


Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua orang tokoh ternama dari kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tokku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan. Mat Kilau juga agak mahir dengan ilmu hutan hingga boleh menyusup masuk ke Terengganu mahupun Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.


Berita tergempar dari akhbar diseluruh Negara pada 1895 menyatakan “Ketua Pendehaka, iaitu Dato’ Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintah Siam pada bulan Oktober, 1895" manakala The Free Press pula menyatakan bahawa “Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditahan, akibatnya dia telah cedera parah di muka dan di kepalanya. Oleh kerana luka-luka itu sangat parah, maka dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah”.


Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press pada 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat seorang pejuang terbilang ini, akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tidak diketahui orang ramai kecuali beberapa orang sahabatnya sahaja seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.


Disebabkan Mat Kilau dianggap sebagai ‘penderhaka’ oleh Inggeris, maka terpaksalah beliau mengasingkan diri serta berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang.


Semenjak 1930, Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam. Pada Disember 1969, Allah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada masa itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim supaya memperkenalkan dirinya yang sebenar.


26.12.1969, pada hari Jumaat, selepas Solat Jumaat, Mat Kilau membuat Pengisytiharan dirinya di masjid Kampung Pulau Tawar setelah sekian lama menukar namanya sebagai Mat Siam kerana memegang amanah Almarhum Sultan Abdullah.


Seluruh rakyat Malaysia terkejut dan terharu mendengar berita menggemparkan itu. Hati seluruh rakyat berdebar-debar menanti keputusan “Ahli Jawatankuasa Menyiasat Mat Kilau” yang dilantik oleh kerajaan negeri Pahang. Akhirnya, pada jam 10.30 pagi Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan dan disahkan sebagai Mat Kilau yang sebenar oleh Menteri Besar Pahang, Raja Tan Sri Yahya Mohd She, oleh itu maka sahlah Mat Siam itu adalah Mat Kilau anak kepada Imam Rasu atau Tok Gajah, Pendekar Pahang yang terbilang itu!


Pada tanggal 16 ogos 1970, pada usia 123 tahun, Pendekar Sufi terbilang ini telah menghembuskan nafas terakhirnya dan disemadikan di tanah perkuburan Pulau Tawar bersebelahan dengan kubur ibunya Teh Mahada atas wasiat Mat Kilau sendiri sementara ayahnya telah meninggal dunia dalam pelarian dan dikuburkan di kampung Pasir Nering, Terengganu. 


Kata-kata semangat Mat Kilau untuk renungan anak bangsa :


“Aku rela mati semasa bertempur dengan penjajah daripada menyerah dan mati di tali gantung mereka!”


"Jaga Agama , Jaga Bangsa dan Tanah Air, Jangan Sampai Bangsaku Tiada Negara."


Al-Fatihah buat Allahyarham Mat Kilau

.


Kredit Pemilik Foto

Note‼️jika ada percanggahan atau penambahan info, boleh kongsikan di ruangan komen 


Moga Allah kurniakan lebih ramai lagi pejuang seperti pahlawan pahlawan Melayu terdahulu bagi menghadapi cabaran Akhir Zaman ini 🀲 Aamiin

Saturday, June 22, 2024

 M Sudarmaji Matal 


*Hipokrit PN & KJ isu Blackrock*


Subsidiary CNMC, iaitu CNMN Mining yang melombong emas di Kelantan ada kaitan dengan Blackrock. Ada PN & KJ bising?


KJ dilantik jadi Pengarah CGS International pada March 2024. Ada kaitan dengan Blackrock. Kenapa tak resign? 


Vaksin Pfizer dan Astrazeneca. Ada kaitan dengan Blackrock. Masa ini KJ okay pula.


Sama ok macam KJ jadi duta air Vida. Dydo tu pun Blackrock. Tak marah diri sendiri, KJ?


Blackrock ialah firma kewangan & pelaburan. Ia diasaskan oleh Larry Fink pada tahun 1988 di New York City.


Blackrock menguruskan pelaburan (pengurus aset) dan telah melabur di pelbagai syarikat di pelbagai negara dan bertahun² lamanya sehingga menjadi syarikat mega (taikun) dan gergasi. 


Blackrock melabur bukan sahaja di israel malah di semua negara dalam syarikat-syarikat kerana teras perniagaan mereka ialah pemilikan ekuiti (saham) bagi tujuan menjana keuntungan mewakili para pelabur. 


Dalam ertikata lain, Blackrock ibaratnya syarikat pengurus aset. Blackrock tidak uruskan syarikat² yang mereka ada saham, ia kekal ditadbir oleh pasukan profesional.


Blackrock juga melabur di Google, Meta, Apple. Tetapi bukan Blackrock yang mengurus Google, META & Apple.


Sehingga ke hari ini ada ke KJ, PN & pemimpin politik pembangkang memboikot Google, META & APPLE?


Tuduhan yang kata BLACKROCK kuasai LAPANGAN TERBANG kita adalah KARUT, FITNAH & PROPAGANDA.

Faktanya ialah yang menguruskan Lapangan Terbang adalah Konsortium Gateway Development Alliance (GDA). Khazanah ada saham 40%. KWSP ada 30%. Baki lagi 30% saham dimiliki Global Infrastructure Partners (GIP). 


GIP tahu apa?

HQ dia kat New York.

GIP juga ialah firma pelaburan. Kewangan & pengurus aset. Sama je macam Blackrock. Bezanya Blackrock tahap gergasi. GIP anak ikan.


30% under GIP inilah yang dilaporkan mahu dijual sahamnya kepada BLACKROCK.


KHAZANAH ada 40% + KWSP ada 30% total 70%.


Tiba² dapat kat pembangkang, 30% = majoriti & boleh kuasai MAHB?


Matematik apa ini?


Penjualan saham bawah GIP kepada Blackrock belum muktamad. GIP boleh jual saham sekalipun MAHB mula beri keuntungan kerana GIP ialah firma pelaburan. Jualbeli ekuiti adalah cara mereka menguruskan perniagaan & ianya bukan pelik. 


Yang pelik ialah bersepah lagi syarikat berkaitan Blackrock, PN & KJ support setiap hari tetapi bising pasal saham GIP seolah²nya dia la terpaling suci bebas Blackrock. Tengok HP sendiri dulu. HP kau pun Blackrock bising apa nak menghakimi orang lain?

Saturday, June 15, 2024

Doa Hari Arafah

 DOA YANG TERBAIK PADA HARI ARAFAH OLEH JAKIM


✔1. Ya Allah kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar - selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus


✔2. Ya Allah masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan yg beriman.. yang menerima kitab amal di tangan kanan kami.


✔3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (saw).


✔4. Ya Allah masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (saw), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus.


✔5. Ya Allah selamatkanlah rakan-rakan bukan Islamku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam.


✔6. Ya Allah, satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata kerana Mu.


✔7. Ya Rabb, sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku.


✔8. Ya Allah terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal.


✔9. Ya Allah, apabila aku telah meninggal, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi


✔10. Ya Allah kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman.


✔11. Ya Allah, masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari Arash Mu.


✔12. Oh Tuhanku, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam

✔13. Ya Allah tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan Nabi Mu (saw).


✔14. Ya Allah ampunilah aku dan tingkatkanlah kurnian Rahmat dan Rezeki Mu


✔15. Ya Allah berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu.


✔16. Ya Allah ya Rabb, sucikan niatku hanya untuk Mu semata dan lindungi aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk nunjuk dan mengungkit ungkit nikmat.


✔17. Oh Penciptaku dan Tuhanku, jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku.

18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.


✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.


✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.


✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.


✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.


✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.


✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.


✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.


✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.


✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..


✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.


✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.


✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.


✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.


Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.


Tutup dgn selawat.



✔18. Oh Tuhanku, jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepada Mu dan kepada ibu bapaku.

✔19. Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal.

✔20. Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka.

✔21. Ya Allah, tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja Sadakatul Jariah.

✔22. Ya Allah, berkati hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku.

✔23. Ya Allah, lindungi aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini.

✔24. Tuhanku, berkati hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, yang terbaik di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dari Mu Ya Allah.

✔25. Ya Allah tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepada Mu.

✔26. Ya Rabb, selamatkan aku dari kemunafikan.

✔27. Ya Allah, izinkan aku dan isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu..

✔28. Ya Allah lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka.

✔29. Ya Allah ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil.

✔30. Ya Allah, aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kufur,putus asa, salah laku dan syirik.

✔31. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari.

Semoga kita semua menjadi penghuni SYURGA FIRDAUS. Hapuskan dosa kami, Ya Allah.

Tutup dgn selawat.

Friday, May 24, 2024

Belimbing Asamboi

 Kalau sesiapa yg ada pokok belimbing buloh tu jgn lah biarkan dia luruh dan busuk mcm tu je. Sayanginya. Kita boleh buat belimbing asam boi. Mak oii sedapnya sampai boleh dikunyah gitu je sampai setengah piring sekali hadap...

Meh saya ajar buat...

Setengah kilo belimbing yg siap dibersihkan, masukan dlm bekas pelastic dan masukkan garam dua sudu besar dan tuangkan air suam 500grm. Biarkan seharian untuk buang getah dan kurangkan rasa masam belimbing tu.

Lepas seharian buang air garam tu dan masukkan tujuh sudu gula, lima biji cili padi merah, lima sudu besar cuka, tiga sudu besar garam dan sepuluh biji asam boi puteh (asamasin).

Kacau rata rata dan tuangkan air suam 500gm aja ye. Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama dua hari baru boleh makan sebab nak bagi rasa asamboi meresap dlm belimbing. Lagi lama lagi sedap. SELAMAT MENCUBA.


RESEPI NASI GORENG DAGING 


BAHAN DAN CARA MEMASAK :


1.Tumis bwg putih, bwg merah(saya slalu x letak), daun bawang( kalau xde xyah), ciki padi ketuk


2.Letak telur, kacau bagi garing.


3.Letak daging, tabur sikit rempah sup (xletak pun xpe), kalau yg suka kari boleh letak serbuk kari sikit.


4.Masuk sos tiram, fish sauce, perasa yang disukai


5.Masuk nasi, tabur white pepper.


6.Kacau dgn api sederhana, kalau kering, letak sikit mnyak, kalau tawar tambah fish sauce/kicap manis etc.


7.Letak sayur kailan kejap.


8.Tabur sikit mnyak sapi, tutup api.


Kredit Empunya Resepi

#resepinasi


TART NENAS PREMIUM πŸ’•


Bahan Bahan : 


Bahan A : 

500g mentega tulen

3/4 cawan susu pekat 

3 sb minyak sapi tulen

1 sb esen vanilla


Bahan B :

2 biji kuning telur


Bahan C( diayak ) : 

1 cawan tepung jagung

1 cawan tepung kastard bird

1/4 cawan susu tepung

2 sk emplex

6 - 7 cawan tepung gandum cap ros


Bahan Lain :

inti tart nenas premium 

egg wash 

acuan tart nenas 


Cara Cara :


satukan ke semua Bahan A di dalam bekas dan kacau sebati . 

masukkan Bahan B , aduk rata . 

kemudian masukkan Bahan C kecuali tepung gandum dan gaul sebati .

akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau lagi sehingga sebati .

tepung tidak perlu dihabiskan jika adunan sudah tidak melekat dijari .

setelah adunan siap , masukkan doh ke dalam acuan tart .

tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur .

susun di dalam loyang yang telah dialas dengan kertas pembakar .

sapukan egg wash pada bahagian atas tart nenas . 

ulang proses sehingga selesai .

bakar pada suhu 180• selama 25 minit atau sehingga masak bergantung kepada oven masing masing .


Kredit: Farisya

Resepi Biskut Raya