KENYATAAN MEDIA
MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN
12 Oktober 2021
PENAMAAN KETUA MENTERI CARETAKER MELAKA
Majlis Presiden meneliti kenyataan Setiausaha Kerajaan Neger Melaka semalam khusus
berhubung penamaan Datuk Seri Utama Sulaiman Ali sebagai Ketua Menteri yang mengetuai
Kerajaan 'caretaker' Melaka.
Dalam kenyataan tersebut, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mengakui bahawa Perlembagaan
Neger Melaka tidak memperuntukkan fungsi dan peranan sebuah Kerajaan 'caretaker' dan
seterusnya merujuk konvensyen sistem demokrasi berparlimen di negara-negara Komanwel
Penting ditegaskan bahawa Pakatan Harapan menolak pembubaran DUN sebagai tidak
berperlembagaan taktala neger Melaka mash menghadapi wabak COVID-19 dan adanya
gabungan parti yang mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN.
Ole demikian Pakatan Harapan
menolak penamaan DSU Sulaiman selaku Ketua Menteri 'caretaker' Melaka kerana beliau telah
jelas hilang sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka sebelum DUN Melaka
dibubarkan dan tidak lagi mampu mengetuai Kerajaan Neger Melaka.
Perbincangan sepatutnya diadakan terlebih dahulu di antara Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka,
blok majoriti yang diketuai sdr Adly Zahari bersama blok DSU Idris Haron, dan blok minoriti yang
diketuai DSU Sulaiman sebelum menamakan sesiapa untuk memegang jawatan tersebut.
Malah seperti yang berlaku di Perak pada 2009 mahupun Melaka itu sendiri pada 2020, seharusnya blok majoriti diberi peluang mengetuai pentadbiran negeri.
Pakatan Harapan mengulangi pendirian bahawa Pilihan Raya Neger tidak patut diadakan pada
waktu ini dem mengelak berlakunya gelombang ke-empat penularan wabak COVID-19.
Darurat juga tidak sesuai memandangkan ia akan menimbulkan kegusaran di kalangan pelabur pada
ketika usaha menghidupkan semula ekonomi negara sedan diperhebat.
Oleh itu, perbincangan perlu diadakan agar semua pihak memastikan Perlembagaan Negeri
Melaka ditegakkan dan dihormati dengan mewajibkan mana-mana kerajaan termasuk Kerajaan
'caretaker' diwakili oleh golongan majoriti ADUN-ADUN.
Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Madius Tangau
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO)
No comments:
Post a Comment