Saturday, November 27, 2021

 Najib buat laporan polis.


Zaharin Mohd Yasin.....✍️


Najib Razak OKT dalam kes SRC buat laporan Polis minta pihak Polis apa yang dia katakan sebagai persembunyian fakta.


2. Laporan media telah mengatakan bahawa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2013 hingga tahun 2017.


3. Persoalannya pemindahan itu berlaku di zaman siapa jadi Perdana Menteri?


4. Dan bukankah Najib Razak sendiri telah menubuhkan team siasatan terdiri berapa orang penting, saperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara , Gabenor Bank Negara dan juga SPRM.. apa yang mereka siasat dan apa dapatan mereka dari siasatan?


5. Seperkara lagi bukankah CEO IMDB di lantikan Najib Razak terkenal dengan ilmu yang luas dalam hal ehwal akaun dan kewangan. Adakah mereka tidak mengesan akan aliran kewangan itu.


6. Kata dahulu ada pasukan audit yang melakukan audit termasuk audit negara sendiri terhadap IMDB, tak kan mereka tak jumpa ada aliran kewangan kepada pihak yang bukan berkepentingan.


7. Dengan laporan "Bahawa polis telah mengetahui mengenai perkara ini sejak tahun 2019 di bawah rejim kerajaan Pakatan Harapan tetapi masih menyiasat sehingga kini hampir penghujung tahun 2021," dakwa Najib lagi”


8. Ini memberi makna bahawa yang menyembunyikan fakta itu.. bukan Kerajaan Goverment Of The Day masa itu tetapi pasukan penyiasat yang dilantik oleh Najib Razak sendiri.


Ini pandangan saya.  Siapa agak yang mencadaNgan OKT Najib Razak buat laporan polis? Masa kejadian itu berlaku Jho Low masih berhubung dengan Najib Razak. Anak tiri dia masih berkawan dengan Jho Low.. - zmy


Sang Kelembai

Nov 27. 2021

Kuala Lumpur.

 Pagi ini saya telah diminta memberikan pendapat mengenai kenyataan Menteri Kewangan tidak akan membayar wang dari petroleum kpd Kerajaan Kelantan atas nama royalti - tetapi atas nama wang ihsan saja. 


Ekoran dari itu, Gerakan R akan menggerakkan semula aktiviti mereka. 


Berikut ada komen saya :


Royalti : Antara Telus, Syukur dan Tawar Menawar


1. Tuntutan royalti petroleum di era Pas menjadi sebahagian Kerajaan Pusat boleh dijayakan melalui kuasa tawar menawar antara menteri kabinet Pas dan Petronas serta Perdana Menteri.


Malangnya, hal ini tidak berlaku.


2. Ngo R sepatutnya terlebih dahulu mendesak anggota Kabinet dari Pas memainkan peranan mereka dgn bersungguh sungguh ketika Allah memberikan mereka peluang keemasan sekarang.


3. Pada masa sama, Kerajaan Kelantan mesti telus dan berterus terang dengan Rakyat Kelantan tentang penggunaan wang ihsan petroleum yg telah diterima.


Sehingga kini, rakyat jelata tidak mendapat apa apa maklumat bagaimana wang beratus ratus juta itu telah dibelanjakan.


Lebih menyedihkan, bila adanya perbelanjaan membeli kereta mewah utk anggota kerajaan ketika rakyat ternanti nanti utk melihat limpahan manafaat yg boleh dinikmati oleh rakyat biasa dari hasil khazanah bumi itu.


4. Ngo R wajar mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan kpd rakyat semua perbelanjaan dari wang ihsan itu.


5. Kerajaan Kelantan juga mesti berani melantik juru audit luar untuk memeriksa akaun wang berkenaan dan kemudian membentangkannya kepada Rakyat Negeri Kelantan jika ia mengamalkan ketelusan dan jujur dgn rakyat.


6. Kerajaan Kelantan juga perlu mengambil kesempatan dari kedudukan yg ada untuk mengemaskan lagi tuntutan royalti itu.


Ini termasuk, berunding dengan Kerajaan Pas Terengganu untuk menentukan sempadan laut antara Kelantan dan Terengganu dan kemudian menggazetkannya.


Kedudukan sempadan laut ini nanti amat perlu untuk menentukan kejayaan sebahagian tuntutan Kelantan.


7. Terakhir, perjuangan tuntutan royalti turut dijayakan oleh banyak pihak, termasuk media dan sebahagian rakyat sendiri.


Antaranya, tuan tuan punya bot yg telah meminjamkan bot mereka untuk meninjau pelantar minyak yg ada di perairan Kelantan dan pasukan media yg ikut bersama.


Kejayaan mendapat ratusan juta wang petroleum, sekali pun atas nama wang ihsan, harus disyukuri. Antaranya, dengan meraikan mereka dan memberikan tanda peringatan sebagai satu cara penghargaan.


Sebaliknya, Kerajaan Negeri telah bersikap seperti tikus jatuh ke beras!


Datuk Husam Musa

26 Nov 2021

Friday, November 26, 2021

 PM Dan Kera jagaan yang ada hari ini adalah PILIHAN 114 Ahli Parlimen BN/PN (PENGKHANAT NASIONAL/TEBUK ATAP) Dan lantikan YDPA! Oleh itu PM Dan Kera jagaan ini akan terus menjaga kepentingan Dan keselesaan pihak yang memilih Dan melantiknya sahaja kerana nasib kera jagaan ini terletak pada tangan 114 Ahli Parlimen pengkhianat ini. Sekiranya Ahli Parlimen ini menarik sokongan mereka dari kera jagaan Pak Mael seperti mana yang berlaku kepada PM YIDIN, maka tumbanglah Pak Mael Dan kera jagaannya! Rakyat sudah tidak ada Kuasa kerana Kuasa itu telah berpindah kepada 114 Ahli Parlimen pengkhianat, katak, penunggang agama Dan PERASUAH melalui lantikan YDPA! Oleh itu  mereka bukan nak menjaga kepentingan rakyat kerana rakyat tidak memilih mereka pada PRU14 lalu. Jadi mengapa mereka nak membela kepentingan rakyat? Menjaga kehendak Dan kepenting semua 114 Ahli parlimen yang memilih mereka adalah akan diutamakan! Rakyat Malaysia perlu insaf Dan sedar supaya jangan jadi seperti pengundi BN Melaka baru-baru ini. Kenaikan harga barangan ini adalah kesan keputusan PRN Melaka baru-baru ini. Perbelanjaan besar yang digunakan oleh parti BN Dan PN semasa PRN Melaka adalah dipercayai datang dari sumber rasuah Dan dikeluarkan oleh tauke-taule besar. Merekalah (tauke-tauke besar Dan Ahli perniagaan seperti pengeluar Dan pembekal)) dipercayai dalang di sebalik kenaikan harga barangan Hari ini! Rakyat Malaysia perlu sedar Dan insaf tentang Hal ini supaya tidak menjadi seperti pengundi BN/PN PRN Melaka! Oleh itu campakkan kesemua 114 Ahli Parlimen BN/PN ke dalam tong sampah pada PRU15 Dan PILIHLAH parti yang berupaya membela nasib pengundi Dan rakyat! PRN Melaka wajib memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia yang benci rasuah, pengkhianat, penunggang agama Dan sewaktu dengannya!

Thursday, November 25, 2021

 Kenyataan Media

Jingga13 Pahang


23 November  2021


 DAP PUSAT WAJIB AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP ADUN DAP BILUT ATAS KECELUPARANNYA!*


Adun DAP Bilut harus sedar bahawa selama ini sekiranya PH kalah adalah kerana *

_DAPPHOBIA_ dikalangan orang Melayu yang ditiupkan sentimen tersebut oleh UMNOBN dan sekarang ditambah pula  Perikatan Nasional ( PPBM dan PAS ) yang sememangnya Anti DAP, mereka membakar hati orang Melayu dengan  label anti Islam, anti melayu, komunis, anti hudud, rasis dan sebagainya. Malah Keadilan atau Amanah dituduh sebagai 'kuda tungganan DAP'. Sedarlah Adun Bilut bahawa orang Melayu tidak undi PH kerana DAP bukan kerana Anwar Ibrahim! 


Walaupun melayu UMNOBN atau PN terpalit dengan isu rasuah, penyelewengan dan skandal yang menjijikkan, namun orang melayu lebih sanggup memilih perasuah, penyangak dan penyamun asalkan jangan PH yang bersekongkol dengan DAP! Propaganda kalau undi PH , 'cina akan berkuasa' , 'cina akan jadi Perdana Menteri' atau  Ketua Menteri' dan macam-macam fitnah lagi dipercayai kerana orang Melayu telah dibuta dan dimomokkan sudah sekian lama terutama Melayu kampung. 


Inilah senjata ampuh yang digunakan oleh UMNOBN dan PN yang gagal ditangkis oleh DAP dan tidak membantu menafikan tohmahan dan fitnah yang sengaja dicipta agar orang Melayu menjauhi PH terutama apabila calon Keadilan dan parti Amanah yang bertanding atas tiket PH di kawasan majoriti Melayu . 


Sejauh manakah ADUN DAP Bilut telah mengambil inisiatif agar orang Melayu mampu menolak propaganda yang dimainkan oleh UMNOBN dan PN yang mendakwa mereka adalah parti Melayu Islam?


Fenomena DAPPhobia dikalangan orang Melayu yang ditanam sejak peristiwa 13 Mei 1969 oleh UMNO sehingga sekarang yang telah menyebabkan ada dikalangan majoriti orang Melayu menolak PH di PRN Melaka tetapi ADUN DAP Bilut dengan niat jahat cuba bernunding jari kepada DS Anwar Ibrahim. 


Adun DAP Bilut seharusnya sedar bahawa DAP yang menjadi liabiliti kepada PH. DAP sewajarnya berusaha menghapuskan persepsi negatif yang dimainkan oleh UMNOBN dan PN ini. Setiap kali PRU atau PRN isu ini akan terus diputarkan dan dimainkan kembali cerita yang sama membakar hati orang Melayu .


Ada dikalangan pimpinan DAP sengaja meniupkan sentimen perkauman sehingga menjadi bahan dan bukti sikap anti melayu dan anti Islam. Pimpinan DAP Pusat wajar berhati-hati, mendidik dan mendisiplinkan kepimpinan mereka daripada mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman.


Jingga13 Pahang mendesak agar satu tindakan tegas harus diambil terhadap ADUN DAP Bilut tersebut yang dilihat tidak menghiraukan notis 24jam dari Keadilan serta enggan tarik balik kenyataan beliau. Tindakan ini adalah bagi menjernihkan semula hubungan dalam Pakatan Harapan Negeri Pahang dan Pusat yang agak tegang disebabkan isu ini! 


Nasihat Jingga13 Pahang kepada ADUN DAP Bilut agar jangan sibuk hendak menuding jari kepada orang lain, sedarlah satu jari kamu tunding kepada orang lain ada tiga jari kepada kamu. Kejayaan dan kekalahan PH harus dikaji dan diperbaiki. Bukannya sibuk mencari salah orang lain. PH bukan individu tetapi secara muafakat dan kolektif semua kepimpinan PH . 


Muafakat*Prihatin*Berani 


AHMAD SHAHRIL BIN ISMAIL

Koordinator 

Jingga13 Pahang

Tuesday, November 23, 2021

 Untuk nak tau sesuatu ungkapan itu benar-benar dari nabi, ulama dahulu buat disiplin ilmu hadis. Nak faham ilmu itu pun, bertahun-tahun kena belajar. 


Untuk nak tau, sesuatu ayat al-Quran atau hadis itu difahami dengan betul, ulama dahulu buat disiplin ilmu usul al-Fiqh. Nak faham ilmu itu pun, kena belajar berbelas-belas tahun.


Ulama dahulu nak hindari sebarang kekeliruan dalam memahami Allah; bimbang difahami Allah dengan menyamakan dengan makhluk, maka ulama dahulu buat disiplin ilmu kalam.


semua ini adalah disiplin ilmu berkaitan dengan "dalil".


untuk nak tau sesuatu itu benar-benar dari sumber yang boleh dipercayai, orang belajar ilmu usul al-Hadis.


untuk nak tahu sesuatu kefahaman itu benar, orang belajar ilmu Usul al-Fiqh.


kalau sekadar melalui mimpi, ulama dulu tak perlu ajar ilmu usul al-hadis dan usul al-Fiqh.

 UMNO USAH TERLALU AWAL BERMIMPI MAMPU MENANG PRU15 SEPERTI KEJAYAAN DI MELAKA

admin23 November 2021Politik Semasa14 Comments

A A A

Susulan kejayaan cemerlang BN dalam PRN Melaka, UMNO terlihat cenderung mahu PRU15 diadakan dengan segera.


UMNO kini seolah-olah cukup yakin mereka mampu untuk memenangi PRU15 segemilang kejayaan yang telah dicapai BN di Melaka baru-baru ini.


Melihat sekali lalu kejayaan BN di Melaka itu memanglah ternampak rakyat sudah memihak kepada BN semula setelah menumbangkannya pada PRU tahun 2018 yang lalu.


Tetapi jika diteliti dengan lebih mendalam, sambil mengambil kira faktor-faktor lain, hakikatnya tidaklah semudah itu untuk UMNO kembali menjadi pilihan rakyat.


Baik PRU15 cepat atau dilambatkan, keputusan PRN Melaka belum boleh diambil kira sebagai ukuran untuk kejayaan dalam PRU15 akan datang.


Fakta-fakta di bawah adalah pertimbangannya.


Pertama, kalau dikira peratusan undi popular BN pada PRN Melaka baru-baru ini berbanding PRU14 lalu, peningkatannya cuma 0.5 peratus saja.


Pada PRU14, BN meraih undi popular sebanyak 37.5 peratus berbanding PH yang bertanding menggunakan lambang PKR memperolehi sokongan sebanyak 50.8 


Untuk PRN baru-baru ini, undi popular BN ialah sebanyak 38 peratus berbanding PH menurun kepada 35 peratus.


Ini bermakna, setelah lebih tiga tahun berlalu selepas PRU14, peningkatan sokongan BN hanyalah 0.5 peratus saja, sementara sokongan PH merosot dengan banyak iaitu 15 peratus kerana pengundi atas pagar dan pengundi luar lebih memilih untuk tidak keluar mengundi.


Persoalannya, apakah pengundi atas pagar dan pengundi luar masih mempunyai pertimbangan yang sama seperti di Melaka ketika PRU14 nanti?


Kedua, salah satu faktor BN lebih diterima ialah kerana dalam PRN Melaka ini ia telah menampilkan sekitar 85 peratus calon-calon muka baru yang bukan saja mempunyai kelayakan lebih baik, malah masih bersih daripada sebarang kekotoran dan pertuduhan di mahkamah.


Apakah dalam PRU15 nanti, jika ia diadakan dalam waktu terdekat ini dan di ketika Zahid Hamidi masih sebagai Presiden UMNO serta Najib Razak juga masih menonjolkan dirinya sebagai figura yang seolah-olah menguasai parti itu, maka calon-calon baru dapat ditonjolkan dengan peratusan yang besar sebagaimana dalam PRN Melaka?


Apakah tidak mungkin pemimpin lama dan kitar semula, malah sebahagiannya yang menjadi sebab BN kecuncang pada PRU 2018 dan pemimpin terbabit sendiri turut tewas dalam pilihanraya tersebut, terus terpilih lagi sebagai calon?


Begitu juga mereka yang tergolong dalam kluster mahkamah, sama ada masih dibicarakan, sudah dihukum atau dilepaskan tapi diragui cara bagaimana mereka itu dilepaskan, apakah turut akan dicalonkan untuk bertanding lagi?


Jika belum disabitkan apa-apa kesalahan, sebagai Presiden UMNO dan Pengerusi BN, hampir pasti Zahid Hamidi akan bertanding lagi dalam PRU15 ini, begitu dengan Najib yang walaupun sudah dijatuhi hukuman bersalah oleh mahkamah dan kesnya dalam proses rayuan, tapi oleh kerana tiada ketetapan muktamad beliau tidak boleh bertanding di ketika proses rayuannya belum diputuskan, maka pasti beliau juga mahu bertanding lagi.


Kalau calon-calon lama dan tua, malah sebahagiannya dilabel kluster mahkamah seperti Zahid Hamidi, Najib dan lain-lainnya misalnya masih diberi keutamaan UMNO untuk ditonjolkan sebagai calon, bolehkah dijamin pengundi akan membuat keputusan seperti di PRN Melaka?


Ketiga, PRN tidak sama serta jauh berbeza dengan PRU dan pengundi mempunyai pertimbangan yang berlainan antara memilih parti untuk menerajui kerajaan negeri dengan kerajaan pusat.


Isu seperti kediaman RM100 juta yang dipohon Najib atas kapasitinya sebagai bekas Perdana Menteri mungkin tidak begitu mempengaruhi sentimen pengundi di Melaka, tetapi belum tentu isu seperti itu atau skandal-skandal lain kalau ada, ditambah lagi jika ramai pemimpin kluster mahkamah diletakkan sebagai calon, ia masih mengekalkan sokongan pengundi kepada BN.


Apakah pengundi sedia memilih sebuah parti yang begitu tercemar dengan pilihan calon-calon yang meragukan untuk mentadbir negara ini?


Keempat, keadaan BN ketika ini hanya tinggal dianggotai empat parti saja lagi iaitu UMNO, MCA, MIC dan PBRS.


Jika UMNO merasakan, berdasarkan keputusan PRN Melaka, mereka boleh memperolehi semula mandat rakyat dengan mudah dalam PRU15, ini sudah tentu suatu pertimbangan yang salah.


Bukan saja salah kerana kekuatan empat parti itu tidak sepadan dengan hasrat untuk menang sekurang-kurangnya minimum 112 daripada 222 kerusi Parlimen, malah kedudukan pengundi bukan Melayu bersama kerusi campuran di bandar dan separa bandar yang diketahui tidak pro kepada kerajaan, semua ini bakal menambahkan lagi kesukaran BN dalam hasratnya mengejar kemenangan itu.


Kalau ketika dianggotai 13 parti pun BN boleh dikalahkan, apakah hanya dengan tinggal empat parti, kemenangan senang-senang boleh dicapai?


Hanya melihat pencapaian di Melaka, mimpi UMNO bahawa mereka mampu menjadi kerajaan semula melalui pintu depan, lalu mendesak agar PRU15 diadakan seberapa segera, ia tidak mustahil akhirnya adalah igauan ngeri yang berpunca kerana tidur malam terlupa membasuh kaki. – ShahbudinHusin 23/11/2021

 Kecenderungan Umno untuk mendesak PRU-15 diadakan dengan kadar segera memperlihatkan parti itu tidak mengambil peduli situasi rakyat dan negara yang masih lagi berdepan dengan wabak pandemik Covid-19.


Keputusan itu menguatkan lagi dakwaan bahawa parti itu menggunakan pilihan raya sebagai muslihat terakhir untuk merebut lebih banyak kuasa dengan mengorbankan kesejahteraan, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia.


Jangan ingat kemenangan di Melaka, Umno mampu meraih undi rakyat. Kalau dikira peratusan undi popular BN pada PRN Melaka baru-baru ini berbanding PRU14 lalu, peningkatannya cuma 0.5 peratus saja.


Pada PRU-14, BN meraih undi popular sebanyak 37.5 peratus berbanding Pakatan Harapan (PH) yang bertanding menggunakan lambang PKR memperolehi sokongan sebanyak 50.8 peratus.


Jadikan ikhtibar PRN di Sabah sebelum ini yang menyebabkan kes jangkitan wabak Covid-19 meningkat secara mendadak sehingga menyebabkan beribu nyawa rakyat menjadi korban akibat kerakusan dan ketamakkan kuasa oleh pemerintah.


Juga terdapat jangkaan gelombang kes Covid-19 akan berlaku bulan hadapan.


Kita berharap kepimpinan Umno seharusnya berpegang kepada perjanjian memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan dan PH.

 I don't intend to promote UMNO-BN, but this is quite interesting.

.

The UMNO Deputy President, Tok Mat Hasan, who is the BN strategist for the recent Melaka election, has appeared on Astro Awani and listed down the main factors why BN won with a landslide in Melaka. I will share those factors here:

1. The low voter turnout is the biggest help for UMNO-BN. According to Tok Mat, if the turnout was more than 65%, then UMNO-BN would NOT have won with a landslide like this.

2. Some voters didn't get out to vote due to COVID19.

3. Many voters from outside Melaka decided not to travel back to Melaka to vote. This is probably because it's "just" a State election instead of a General Election. Voters who work in cities outside Melaka are usually voters who would have voted for the Opposition.

4. The tight SOPs due to the pandemic have given an advantage to UMNO-BN. According to Tok Mat, the SOPs ensured that the Opposition could not organise their usual speeches (ceramah) with large crowds. He said that these large crowds would influence certain voters to be swayed to the Opposition, because such voters are the type who would want to be with the stronger party (winning team).

5. The strength of UMNO-BN lies in their local grassroots (local machinery) in the towns and villages of Melaka. UMNO-BN only needed to mobilise their "in situ" supporters to campaign for them.

6. UMNO-BN decided to put up new candidates and young candidates from their Women wing and Youth wing. Putting up new faces as candidates, can show that UMNO has changed (**even when the leaders of the party are the same old men LOL**).

Monday, November 22, 2021

 RAFIZI DAN NURUL IZZAH


Setiap kali berlaku sesuatu yang merugikan PH kesalahan diletakkan kepada Anwar Ibrahim seolah-olah semua kesalahan itu menjadi tanggungjawabnya. Memang selaku ketua beliau kena dipertanggungjawabkan. Namun begitu tidak semua masalah dihadapi PH menjadi tanggungjawabnya seorang. Atas apa-apa yang berlaku perlu dipertanggungjawab secara berjemaah. 


Kata Tok Dor secara kolektif.


Kekalahan PH dalam Pirane Melaka telah dibebankan kepada beliau secara lamsum. Macam-macam komen dan kritikan yang didengari. Salah satu ialah mendesaknya berundur. Permintaan itu adalah alasan paling akhir sebenarnya. Saya yakin beliau sdang menuju ke garis akhir tidak lama lagi. 


Kalau beliau berundur, siapa yang patut menjadi pengganti? Orang hanya minta beliau berundur tetapi tidak menamakan siapa sebagai penggantinya. 


Secara umum disuruh mengambil alih tempatnya orang muda. Ini wajar, memandangkan Anwar sudah berusia, dah lapok. Tetapi siapakah orang muda itu?


Pagi tadi seorang sahabat daripada Terengganu minta saya sampaikan kepada Anwar mengenai hal ini. Dia menyebut dua  nama sebagai ganti Anwar' Rafizi Ramli dan Nurul Iazzah. Saya percaya bukan sahaja, kawan saya itu sahaja yang terpandang dua nama ini, tetapi orang lain juga.


Meminta atau Anwar berundur saya juga merasakan wajar. Tetapi dua nama itu disebut sebagai mengisi kekosongan itu kurang tepat. Betapa hebat, popular dan berpotensinya Rafizi dan Nurul Izzah tetapi keupayaan keduanya belum mencukupi untuk menandingi keupayaan, populariti dan kemantapan perjuangan Anwar dari segi apa sahaja. Usah bercakap soal prinsip, idealisme perjuangan, dari segi kekuatan dan iltizam perjuangan sahaja tidak memadai. 


Perjuangan memerlukan seorang bukan sahaja popular, berani tetapi yang sabar dan boleh menahan diri. Sanggup menghadapi apa sahaja kerenah, tidak mudah kecewa dan melarikan diri. Prinsip yang harus ada pejuang akan mati paling akhir atau paling awal daripada pengikut. Tidak melarikan diri dan mengambil cuti, kerana tiada istilah cuti dalam perjuangan. 


Kalau jadi pemimpin hanya mahu muncul waktu senang, mengutip bunga-bunga kejayaan, tidak mahu menghidu kebusukan dan memikul beban kesusahan, itu bukan sifat pemimpin. 


Berbalik kepada dua sosok itu mereka perlu melengkap diri, seperti Anwar, punya sifat tidak kenal mengalah, berputus asas, mudah pedih telinga atau dalam istilah orang Kelantan babil. Milikilah sifat dimiliki Anwar baru mereka boleh dipacang untuk menjadi pemimpin.


Aneh hari ini mereka adalah pemimpin parti tetapi komitmen mereka tidak kelihatan. Apa kerana mereka tidak senang dan berbulu dengan Anwar. Sikap sedemikian tidak perlu ada kerana handicap dan persaiangan tetap akan dalam apa jua jemaah atau organisasi. Bukankan pejuang itu perlu kekuatan jiwa dan mantel.  Walahu'alam. Trims.

Sunday, November 21, 2021

 Relevankah lagi Anwar Ibrahim?


Tektik berperang, berpolitik dan berniaga sama

FORMULA PLATFORM & SASARAN PENGUNDI  


Adakah masih relevan lagi DS Anwar Ibrahim dlm arena politik tanahair? Ini antara yg sering dijadikan bahan kritikan oleh sesetengah pengulas politik bila setiap kali PH menerima kekalahan. Tanya saya DS Anwar masih relevan.


Dalilnya kenapa waktu Tun menjadi PM dan PH tewas beberapa kali pada pilihanraya kecil tiada suara sumbang mengatakan Tun sudah tidak relevan. Malah Dap dan Amanah masih mahu mengangkat Tun sebagai PM seterusnya jika tidak silap saya. 


Dalil seterusnya, Najib dahulu ketika BN tewas PRU14, KJ kata secara terbuka mengatakan Najib sudah tidak relevan hingga bekas PM itu tidak dibenarkan berkempen di pilihanraya kecil.


Tapi kini Najib comeback sebagai 'banduan' yg perlu proses mahkamah utk membebaskannya dari hukuman. Yg mengejutkan kita dia diangkat sebagai 'bosku' oleh sebilangan org Melayu. Anda hairan...jgn hairan kerana disitulah betapa penting peranan media mensucikan Najib.


Dalil seterusnya Muhyiddin dan Hadi Awang partinya tewas, tidak ada pula mengatakan kedua mereka tidak lagi relevan. Setakat ini karimastik Anwar masih belum boleh ditandingi. Dia masih relevan berbanding dgn Najib yg sudah didapati bersalah dgn pelbagai skandal. 


Kenapa Najib boleh comeback dlm keadaan reputasinya yg buruk? Ia semua berkait rapat dgn peranan media... Najib atau team medianya bijak memainkan isu popular rakyat.


Contoh selepas kemenangan PRN Melaka cepat2 Najib mengarahkan Tengku Zafrul  tekan butang i-Citra  sebanyak RM 10k  secepat mungkin. Tahukah anda jika Zafrul mengikuti apa yg disarankan oleh Najib ratusan ribu mereka yg cukup akaun 1 mereka akn melupakan kes RM 100 juta pemohonan Najib membina mahligainya. 


Walaupun pada dasarnya ia tidak bagus kpd pencarum utk masa depan mereka tetapi Najib sgt bijak memahami apa kehendak rakyat di kalangan org Melayu. Kita kena akui bagaimana bijak Najib dan team media serta penasihatnya mengangkat kembali dirinya sebagai bosku.


Apa kelemahan org Melayu?... RM RM RM. Sdgkan kita (PH) terlalu teknikal utk meminta wang KWSP diberikan kpd rakyat. Mana ada pemimpin PH yg lantang bersuara seperti Najib soal KWSP ini. Awal2 kita dah kalah bersaing isu popular.


Imej DS Anwar dilihat teruk berbanding Najib kerana team PH atau PKR sendiri tidak ada inisiatif atau proaktif utk mencipta DS Anwar sebagai hero rakyat. Kita masih mengharap style lama... dtg beramai ramai ikut pemimpin kita dah konfiden boleh menang... syok sendiri.


20 tahun dahulu saya pernah dihadiahkan oleh seorang tauke Cina sebuah buku The Art Of War tulisan Sun Tzu yg ramai antara kita sudah membacanya. Pada ketika saya bertanya utk apa saya baca buku ini. Jawab tauke tersebut buku ini perlu dikhatam kerana dia melihat saya berminat dgn politik dan dunia perniagaan.


TEKTIK PEPERANGAN & POLITIK


BN bijak mencari kelemahan org Melayu. Benar mereka berperang  dgn kita bukan secara anak jantan kerana mereka mengikat mulut dan tangan kita tetapi mereka tidak peduli. 


Mereka gunakan kesempatan itu utk berkempen di media perdana di semua stesen TV dan akhbar. Mereka tetap gula2 kan org Melayu dgn sampul RM. Formula ini tetap relevan.


Tektik berpolitik yg digunakan oleh BN selain itu menakut nakutkan org Melayu dgn DAP. Mereka berjaya melahirkan persepsi tersebut dgn jayanya dgn mencari kelemahan pengundi2 Melayu.


Sepertimana sejarah membuktikan pihak tentera2 dlm peperangan dahulu berlawan akn gunakan pelbagai taktik tak kira samada taktik kotor atau tidak asal menang.


Pernah mendengar kisah perang Pelusium antara Parsi dan Mesir. Ketika itu Cambyses II tahu masyarakat Mesir menganggap kucing adalah binatang yg paling mulia.


Jadi dia mengarahkan tenteranya membuat perisai bentuk kucing selain membawa ribuan kucing di barisan hadapan. Oleh kerana tentera Mesir tidak sanggup membunuh kucing tersebut maka kubu mereka sgt mudah dicerobohi. Mesir menganggap ia suatu jenayah perang. Tapi adakah tentera Parsi peduli?


PLATFORM YG TEPAT


PH perlu ada Media rasmi seperti saya katakan semalam. Jgn mengharapkan kpd facebooker atau cytro kerana ia tidak mencapai sasaran pengundi. Bila ada media rasmi dan teamnya maka mudahlah kita mengatur strategi.


Facebooker dan cytro hanya org biasa yg kadang2 kurang info, penulisan beremosi, kritikan yg tidak berfakta dan kadangkala ada yg penuh kata2 makian. Kita mesti ada media rasmi yg dilihat pemberitaan, content dan pengurusannya profesional.


Platform mesti tepat. Dgn mempunyai team, peralatan, studio kita juga mampu membuat content utk pelbagai medsos yg ada. Ingat jgn pandang ringan kpd Tik Tok kerana di situ adalah medium utama kpd golongan remaja mendapatkan pelbagai info.


Facebook hanya medium utk golongan dewasa atau mereka yg suka membaca tetapi bukan utk anak2 muda. Platform yg tepat utk menyalurkan info sgt penting.


Ingat team media Najib bijak mainkan isu2 remaja. Pasal bola pun Najib nak komen dan dia juga menggunakan Tik Tok utk membeli jiwa anak muda.


SASARAN PENGUNDI


Kenapa saya katakan kita mesti tahu platform yg tepat utk sasaran pengundi yg diperlukan. Saya juga Otai Reformasi jika hendak ceritakan perjuangan 1998 tapi kita mesti ingat golongan anak2 muda ini tidak mahu tahu lagi sejarah pengorbanan kita dahulu yg ada dipukul, ditangkap dan sebagainya. 


Yg mereka hanya ingin tahu apa yg mereka boleh dapat jika memilih PH? Ya golongan reformis jgn dilupakan tetapi kelompok golongan usia begini samada di pihak PH, BN atau PN sudah sukar utk kita mengubah pendirian mereka. Org PH tetap pangkah PH dan org BN tetap pangkah BN.


Pengikut PAS tu walaupun matahari terbelah dua sekalipun tidak akn mengubah pendirian mereka utk memangkah PAS. Jadi kita jgn buang masa dgn kelompok usia 40an ke atas.


Jadi siapakah sasaran pengundi yg perlu parti kerahkan utk mendekati mereka? Mereka adalah anak2 muda yg masih belum berparti atau yg kurang berminat berpolitik.


Golongan inilah yg perlu kita sasarkan kerana mereka ini ibarat kain putih. Mereka naif tentang politik jadi perlu didekati utk mereka faham perlunya mereka peduli soal politik demi masa depan negara yg lebih baik atau paling kurang mereka undi PH.  


Selain aktiviti remaja dan keperluan mereka seperti pinjaman perniagaan...media sosial adalah platform terbaik utk kita didik mereka dari terperangkap dgn politik rasuah. Perlu ingat merekalah pengundi baru atau pengundi 18 yg perlu kita fokus utk didekati.


Golongan apakah lagi yg perlu kita dekati? Golongan pengundi atas pagar yg menjadi penentu kemenangan mana2 parti.  Golongan mengundi berdasarkan kpd kuasa media yg boleh mempengaruhi minda mereka. Sb mereka tidak akn menjadi ahli parti tetapi hanya mengharap persepsi yg dicipta oleh media.


POSTMORTEM TERBAIK


Apakah postmortem terbaik? Pemimpin please jgn hanya memanggil punahsihat2 anda. Mereka hanya memberi dalil mengikut pandangan apa yg ada dibenak kepala mereka atau sekadar dengar2 sahaja.


Begitu juga jgn tanya kpd penganalisis politik. Mereka juga hanya membuat andaian semata mata. Kita perlukan kajian yg jujur dan tepat.


Kita mahu kajian impak yg boleh kita ambil tindakan segera. Bagaimana caranya? Selain kajian melalui data2 dari bilik gerakan...kajian yg lebih tepat caranya hantar team dari pusat utk bertemu sekurang kurangnya 300 pengundi di setiap DUN di Melaka. Bertanya sendiri kpd mereka mengundi atas dasar apa?


1. Logo (tak suka logo PH)

2. Calon (bukan pilihan org tempatan)

3. Tolak calon pengkhianat

4. Parti 

5. Bencikan DAP

6. Isu tempatan

7. Isu nasional

8. Bosku

9. Abah

10. Anwar Ibrahim 


Jika majoriti mengatakan kerana takut DAP bermakna kita gagal dalam menguasai media kerana maklumat yg benar tidak sampai. 


Begitu juga jika mereka sayangkan Bosku bermakna kita gagal mengusai media utk menjadikan DS Anwar ketua Pakatan Harapan sebagai harapan org Melayu. Ini semua jika benar berlaku bermakna media kita tidak berfungsi.


Maaf kata bila saya baca beberapa flyers calon2 ADUN PH mcm flyers produk ubat kuat atau produk kurus badan. Sepatutnya mesti ada flyers khas utk menghebahkan kebaikkan PH 22 bulan memerintah Melaka dan menghebahkan keburukkan musuh jika rakyat memilih mereka.


Sebab itu saya katakan pengalaman itu penting. Kita sarankan buat flyers mereka buat tapi flyers itu tidak memberi impak. Bagus lagi text flyers minyak gamat😂


MEDIA PH


Kenapa perlu Media rasmi PH. Ia umpama Skop Prodution buat filem dgn kos yg tinggi, pelakon/ yg hebat, pengarah yg hebat, skrip filem yg baik tetapi tidak mahu buat promosi. Perniagaan atau pembikinan filem tanpa promosi umpama bunuh diri. 


Sebab itu dulu saya ada menulis bagaimana Coca Cola dan Pepsi beratus juta berbenlanja hanya utk tujuan promosi. Kalau tiada promosi org akan lupa kita.


Begitulah juga PH...  kita ada Anwar Ibrahim, Saifuddin, Mat Sabu, Salahuddin, Lim Kit Siang dan lain2 tetapi kita tiada media utk sampaikan kpd rakyat. 


Jika Anwar, Mat Sabu dan pimpinan dtg setiap hari ke DUN yg dihadiri punasihat2 tapi tidak boleh berceramah apa guna mereka hadir jika sekadar utk melambaikan tangan.


Pengundi mahukan maklumat bukan dtg melambaikan tangan kpd mereka. Sdgkan BN menggunakan berita TV Perdana berkempen dari siang hingga lewat malam. BN berkempen 365 hari setahun. Kita berkempen selama 10 hari saja. Akhirnya mereka berjaya 'branding'kan persepsi buruk kpd PH.


Situasi lebih teruk bila ada SOP pandemik, kita hanya mampu berkempen sesama kita. Tunjuk gambar kita melawat kawasan sahaja sambil menikmati makanan yg enak. Kita menang sorak kampung tergadai.


Jadi sekali lagi pesanan saya sudah bersediakah kita menghadapi PRU15 dlm masa terdekat dgn menguasai atau sekurangnya mempunyai media rasmi sebagai komunikasi rasmi antara PH dan rakyat?


Apapun kita jgn terlalu panik walaupun parti kita ibarat menerima pukulan TKO. Ini kerana peratusan 25%-23% atau jumlah undi masih tidak byk berbeza dgn BN. Cuma kerana sistem pilihanraya negara yg membuatkan kita merasakan keputusan itu sgt teruk buat PH.

 Kerajaan Melaka 25%


25% pengundi Melaka memilih BN untuk memimpin untuk tempoh lima tahun mendatang. 


35% tidak turun mengundi, manakala 

40% tidak memilih BN.


Dari aspek kerusi di DUN, 75% milik BN berbanding kerus pembangkang sebanyak 25%.


Jadi, yang menang, jangan happy sangat. Yang kalah, jangan sedih sangat.


Yang tak undi, yang undi rosak, dan tak pulangkan undi... Ni tak perlu demand macam-macam sangat, dan tak payah komen banyak-banyak..😅


Catatan Jumlah Undi (data tak rasmi):


BN - 122,741 = 25%

PH - 114,457 = 23%

PN - 77,731 = 16%

PUTRA - 367

IMAN - 167

Blok Bebas - 4,226 = 0.1%


Undi rosak dan tak pulangkan kertas undi - 6,379 = 1.3%


Tidak undi - 175, 507 = 35%

Jumlah pengundi - 495,196


#PRNmelaka

#JadikanPengajaran

#NextElectionGunaLogoPKR

#DgrKataUmbiDibawah

#TolakKatakPNgkhianatanDanSakaTua96

 ** *Rakyat Malaysia telah tiba di Persimpangan Jalan.*  **


         Jika kita tidak bersatu maka lebih 20 tahun lamanya seruan Reformasi oleh ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan sia-sia, apabila negara kembali di bawah pemerintahan regim Barisan Nasional.


         Secara kesatnya, rakyat Malaysia sekali lagi perlu mengalu-alukan bekas "Wanita Pertama" dan suaminya, walaupun segala usaha telah dilakukan bagi membetulkan keadaan sebelum ini.


         Kelihatan kebanyakan rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Harapan mahu menyaksikan perubahan, tetapi mereka entah bagaimana mudah terpengaruh oleh laskar siber upahan dan terkaman pendapat oleh ahli politik yang banyak wang.


         Pada pilihan raya umum akan datang, satu pendekatan baharu juga dijangka untuk menonjolkan calon-calon  Bebas yang terdiri terutamanya daripada tokoh berpengaruh untuk mencuri undi daripada PH. Apabila undi berpecah, BN akan mempunyai kelebihan berbanding PH.


         Apabila Melaka jatuh ke tangan Barisan Nasional, telahan pertama yang diberikan oleh cyber trooper yang menyamar sebagai penyokong PH ialah: “Anwar tidak relevan lagi.”


         Saya pernah mendengar rentak lagu yang sama didendangkan apabila katak-katak politik melompat keluar dari kerajaan PH pada 2020, menyebabkan keruntuhan kerajaan pilihan rakyat.


         Soalan saya: Apa kaitan Anwar dengan ini? Jika orang ramai yang menyahut seruan Reformasi bertekad untuk melihat perubahan, maka mereka perlu teguh dan kekal pada landasan yang betul.


         Jika kita memberi perhatian dan pemerhatian yang cukup, banyak das-das tembakan hanya ditujukan kepada pemimpin utama: sama ada Anwar dalam PH atau Lim Guan Eng dalam DAP. Sebelum ini, bapa Lim, Kit Siang jadi bahan diserang.


         Alasannya jelas. Sama seperti  permainan catur, kemenangan terbesar dicapai jika anda dapat "membunuh" raja. Selama bertahun-tahun, Anwar telah menjadi sasaran begitu banyak sekali kempen fitnah dan pembunuhan karakter.


Ada sesuatu yang tidak kena jika Anwar dilemparkan ke penjara sebanyak dua kali kerana dakwaan kesalahan yang dilakukannya, tetapi tiada seorang pun dari kluster mahkamah atau ahli politik yang telah dikenal pasti kesalahannya dipenjarakan.


         Rakyat Malaysia, sila bangkit! Banyak yang boleh diperkatakan mengenai pilihan raya negeri Melaka tetapi saya hanya akan memberikan ulasan sepintas lalu tentang perkara ini. Pertama, ia adalah pilihan raya negeri yang sangat hampir dengan Pilihan Raya Umum.


         Kedua, sempadan masih ditutup dan wabak Covid-19 masih belum reda. Ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara tidak dapat pulang. Ketiga, kebanyakan kita sibuk dengan urusan harian kita sendiri, dan kita langsung tidak pedulikan pilihan raya negeri ini kerana sedar bahawa pilihan raya umum hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.


         Saya percaya menjelang PRU15, ia sekali lagi menjadi persoalan sama ada kita mahu negara kembali kepada regim lama yang diketahui perasuah. Bagi saya, adalah jauh lebih baik bagi sebuah kerajaan dibina atas integriti daripada kerajaan di mana pemimpin korup yang sama cuba untuk membuat kemunculan semula.


         Tiada parti politik yang sempurna. Ada orang baik dan ada yang jahat dalam setiap parti. Oleh itu, kita perlu melakukan perubahan semula dalam cara kita berfikir.


         Penyokong PH harus bertanya soalan, jika Anwar sudah terlalu tua, bagaimana pula dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, malah ahli politik tercemar, seperti Najib Abdul Razak dan timbalannya, Zahid Hamidi? Adakah mereka lebih muda daripada Anwar?


         Pada saya, seruan untuk sistem dua parti dalam negara demokrasi masih relevan. Kita terlalu obses mengharapkan PH akan menjadi serba sempurna, walaupun mengetahui sangkaan sedemikian adalah tidak realistik.


         Kita tidak memberikan PH masa yang mencukupi untuk melaksanakan reformasi, dengan menyedari dan mengambil kira bahawa kerajaan di bawah Dr Mahathir, penuh dengan katak politik yang mempunyai agenda sendiri, hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.


         Kita tidak boleh tidak menghiraukan perancangan besar yang telah didedahkan oleh beberapa pemimpin Umno sejak awal lagi bahawa PH akan tumbang pada separuh pertama pemerintahannya. Apa yang ramai orang tidak nampak ialah bahawa segala tipu daya yang berlaku di dalam dan di luar PH itu sendiri bukanlah salah orang baik-baik di dalam PH sendiri.


          Kalau PH ada orang macam Azmin Ali, Mahiaddin Yassin, Maszlee Malik, malah Dr Mahathir, BN pun ada orang macam Najib, Zahid, Ahmad Mazlan dan seumpamanya.


Malah, apa yang kita lihat dahulu, banyak intimidasi politik dilakukan melalui orang seperti Ibrahim Ali, Jamal Mohd Yunos (kini Dato' Seri), dan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Johan Mahkota Wilayah (JMW).


         Saya takut dan bimbang bahawa jika BN menang PRU15, ramai daripada mereka ini yang akan mengisi jawatan yang akan membawa negara ke jalan yang batil.


Oleh Stephen Ng


(terjemahan daripada bahasa Inggeris asal)

Monday, November 15, 2021

 

Tiga contoh ‘parti lebai’ tunggang agama, apa bukti PH bawa agenda komunis?

 



Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN / November 16 , 2021

Pasal itulah saya panggil pemimpin parti tunggang agama itu sebagai lebai. Pasal apa? Pasal bercakap ikut sedap mulut. Pantang boleh mekropon, merapu selalulah. Lebailah katakan!

Ya, saya tahulah, bukan semua lebai merapu. Tapi lebai parti tunggang agama ini memang kaki merapu. Bukan takat merapu, meraban lagi.

Hat baru sekali, lebai tu kata, PH bawa agenda komunis. Ni lebai, bagi tau la, apa agenda komunis yang PH bawa? Takat kata macam tu, sapa pun boleh kata.

Bila saya kata parti tunggang agama buat kerja menunggang agama, saya sebut contoh. Ni saya bawak tiga contoh parti lebai tunggang agama:

(1) Orang lain buat haram, lebai buat halal.

(2) Baca ayat Quran tala kat orang lain, lupa kat diri sendiri.

(3) Sembang berjuang Islam, tapi sokong pengkhianat.

Okay, lebai bawak pula contoh PH bawa agenda komunis. Saya nak tahu jugak. Sebab, setakat yang saya tahu, kawan rapat parti komunis adalah kawan parti tunggang agama.

Apabila hangpa bohong, orang tau hangpa bohong. Saya kesian kat hangpa. Dahlah bohong dapat dosa, undi pun hangpa tak dapat.

Sudah-sudahlah lebai. Bawa betobatlah!

 

Saturday, November 13, 2021

 Bersungguh benar penyokong DAP serang DS Anwar. Aku tengok kalau ada saja berita tentang mantan Adun UMNO yang bertanding atas tiket PH, dalam ruangan komen memang penuh dengan serangan terhadap DS Anwar.


Sebenarnya ini bukan perkara baru. Serangan terhadap DS Anwar bermula sejak Langkah Sheraton lagi. Pada ketika itu DS Anwar dicerca kerana dikatakan enggan bekerjasama dengan Mahathir menyebabkan PH hilang kerajaan.


Padahal hakikat sebenarnya, PH telah pun buat tawaran kepada Mahathir tetapi ditolak. Mahathir hanya buat u-turn apabila melihat DS Anwar mula mendapat sokongan. U-turn Mahathir hanya untuk nafikan sokongan terhadap DS Anwar.


Tapi katalah DS Anwar setuju bekerjasama dengan Mahathir ketika itu. Manakah Mahathir akan dapat kerusi bagi cukupkan majoriti? Tentulah daripada katak. Kan? Tapi masa itu DS Anwar dicerca kerana enggan terima katak. Sekarang dah terbalik.


Kemudian mereka marah lagi ketika DS Anwar menolak tawaran Mahiaddin untuk PH bersama dalam kerajaan apabila UMNO menarik balik sokongan. Mereka kata rugi tolak tawaran kerana itu peluang untuk buat reformasi sistem.


Haik? Bukan Mahiaddin itu katak juga? Lagilah katak paling besar. Katak daging, gitu. Pada waktu itu tidak pula bercerita tentang prinsip. Sebaliknya DS Anwar yang tolak tawaran itu kerana prinsip pula yang dihina. Ini apa jenis manusia ni?


(Tambahan) Selepas UMNO tarik balik sokongan terhadap Mahiaddin, DS Anwar dikritik kerana dikatakan tidak berusaha mencari majoriti. Aku nak tanya, masa tu, kalau DS Anwar berusaha cari majoriti, apa yang PH akan dapat? Bukan katak? Masa tu DS Anwar disuruh pula cari katak. Begitu?


Sudah-sudahlah bersifat hipokrit. Aku nampak seolah pemimpin DAP marah DS Anwar terima mantan Adun bukan kerana prinsip. Tapi kerana dendam. Kerana kekentalan DS Anwar menolak kerjasama dengan pengkhianat telah gagalkan cita-cita mereka berada dalam kerajaan semula.


Serangan terhadap DS Anwar pada ketika ini hanya untuk melunaskan dendam yang lama terpendam.


Pemimpin DAP, sila nasihatkan penyokong anda supaya jaga adab. Jangan berterusan memalu gendang. Jangan sampai paluan gendang kamu kami sambut. Berat jadinya nanti.


Waktu begini, kita perlu bersama. Pemimpin setiap parti elakkan bercakap, menulis atau berkomentar perkara yang tidak perlu. Tak usah terlebih tunjuk bijak. Nanti nampak bodoh.


PH mesti bergerak sebagai satu unit. Tapi kalau kamu sudah rasa kuat bersendiri, jalankan sendiri. Jangan terus bawa nama PH tapi bertindak mahu asing-asing. Itu pun khianat juga namanya.


 

Raja Gelap

Monday, November 8, 2021

 Alhamdulillah, Allah beri lagi kesempatan pagi ini untuk menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Al-Hassaniah Kampung Pantai..


Kesempatan yang ada juga saya ambil untuk menziarahi kubur ibunda tercinta dan Almarhum Mufti Haji Hassan Bin Abu Bakar, bekas Mufti Kerajaan Negeri Melaka.


"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia,  maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman "

‎آَمِيـٍـِنْ آَمِيـٍـِنْ يَآ رَبَّ آلٌعَآلَمِِيِن


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN DARI SAYA.🌹


#ustazjulas #PartiAmanahNegara #kualalinggi #Amanah #N01




Saturday, November 6, 2021

 Ikan Siakap dan Kapal Selam


Ada persamaan antara ikan siakap dan kapal selam. Persamaannya ialah kedua-duanya tinggal di air. Ikan siakap boleh menyelam dan begitulah juga kapal selam. Sementara bezanya ialah ikan siakap ciptaan Tuhan manakala kapal selam pula adalah ciptaan manusia.


Baru-baru ini kita digemparkan dengan cerita sebuah restoran di Langkawai yang menjual hidangan masakan ikan siakapnya dengan harga hampir mencecah RM 2000.00. Pelanggan tersebut mahu masakan ikan siakap yang sesuai untuk dimakan tujuh orang sahaja. Tetapi hidangan masakan yang disediakan sehingga boleh dimakan untuk seramai 30 orang. Dengan harga yang sebegitu untuk makanan tujuh orang sekeluarga memanglah sangat mahal.


Cerita hidangan ikan siakap yang mahal ini hanyalah satu dari berbagai-bagai cerita yang agak pelik di negara ini. Selain cerita hidangan ikan yang mahal ini banyak lagi cerita-cerita yang pelik berlaku di negara ini. Antaranya ialah cerita mengenai kapal selam.


Untuk menguatkan pertahanan melalui laut banyak negara di dunia ini membeli atau membuat kapal selam. Negara ini tidak terkecuali membeli kapal selam untuk menguatkan pertahanan melalui tentera laut.


Beberapa tahun yang lalu kita dihebohkan dengan cerita kapal selam. Kapal selam yang kononnya tercanggih dibeli dari Perancis itu dikatakan sangat hebat tetapi kapal selam itu tidak boleh menyelam di laut. Bermacam-macam alasan diberikan kenapa kapal selam tersebut tidak boleh menyelam. 


Cerita pembelian kapal selam yang harganya berbilion ringgit ini dan jauh lebih mahal dari pembelian negara lain terhadap kapal selam jenis yang sama ini menimbulkan cerita berangkai pula. Cerita berangkai tersebut ialah bila pembelian kapal selam ini dikaitkan pula dengan seorang wanita cantik dari negara asing. Cerita wanita cantik ini pula tidak berakhir di situ. Cerita tersebut menjadi meleret-leret dan berpanjangan.


Selain cerita kapal selam yang tidak boleh menyelam ini terdapat juga kisah kapal selam yang juga dibina tidak siap-siap. Kos untuk pembinaan kapal selam tersebut juga telah menelan belanja berbillion-billion ringgit. 


Kisah kapal selam ini yang tidak boleh menyelam dan tidak siap-siap pembinaannya ini menunjukkan bagaimana wang rakyat telah diselewengkan dengan begitu mudah sekali. Jumlah yang diselewengkan bukan sedikit, tetapi merupakan satu jumlah yang sangat besar. Tiada langsung rasa tanggungjawab ahli politik yang menguruskan pembelian dan pembuatan kapal tersebut. Seolah-olah wang rakyat yang berjumlah berbillion-billion ringgit itu boleh digunakan mereka dengan sesuka hati. 


Jika perbuatan tersebut berlaku di negara maju tentu sahaja mereka yang terlibat telah berada di dalam penjara sekarang untuk tempoh yang sangat lama. Tetapi di negara ini cerita tersebut menjadi bahan untuk orang yang terlibat berdolak dalik dan menipu rakyat. Memang ternyata jelas perbezaan sikap rakyat dan pemimpin di negara maju yang bertanggungjawab terhadap bidang yang diceburi. Seorang peniaga atau pengusaha restoran di negara maju akan melayan pelanggannya dengan jujur dan amanah, tiada niat langsung untuk menipu. Sementara seorang pemimpin atau ketua di negara maju akan memimpin rakyatnya dengan jujur dan tidak menipu.


Cerita hidangan ikan siakap yang mahal dan kapal selam yang tidak boleh menyelam dan tidak siap-siap dibuat di negara ini adalah satu gambaran kebobrokan masyarakat di negara ini. Ia gambaran sebuah masyarakat yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Gambaran masyarakat yang mengambil kesempatan dari kepercayaan yang diberi oleh pelanggan. Begitu juga dengan ahli politik yang menguruskan pembelian dan pembuatan kapal selam tersebut. Mereka telah khianat kepada rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat.


Tentang perbuatan ahli politik yang khianat dan diikuti perbuatan khianat mereka oleh rakyat terdapat pepatah yang menyatakan, ikan busuk dari kepala. Pepatah ini bermaksud segala perbuatan buruk dari masyarakat dimulai dari perbuatan pemimpin atau ketua yang berkelakuan buruk dalam masyarakat tersebut. Perbuatan pemimpin atau ketua yang buruk tersebut akan diikuti pula oleh rakyat atau pengikut mereka.


Sebagai bangsa dan rakyat yang beradab dan berakhlak, rakyat negara ini sepatutnya malu dengan perbuatan mengambil kesempatan  dan tidak amanah yang berlaku di negara ini. Hal ini demikian supaya ikan tidak terus busuk dari kepala. Kita sepatutnya malu menjadi orang Malaysia yang mempunyai pemimpin dan ketua yang berperangai hodoh seperti itu.


Taufiq Ismail sasterawan besar dari Indonesia ketika merakam kejadian hodoh dan buruk di negaranya menerbitkan sebuah kumpulan puisinya Malu (Aku) Jadi Orang Indonesia. Judul kumpulan puisi itu diambil dari judul salah satu puisinya dalam kumpulan tersebut.


Maka kita orang Malaysia amat wajar jika turut berkata malu aku jadi orang Malaysia dengan apa yang berlaku sekarang di negara ini. Kecualilah kita telah menjadi bangsa yang tidak punya malu dengan apa yang berlaku di negara kita sekarang!


Hasni Abas ialah penggiat seni dan budaya. Beliau lulus ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Politik dari USM dan ijazah Sarjana Sastera dan UPM. Beliau telah menulis sejak tahun 1980-an.


Kuala Lumpur 

6 November 2021.

Friday, November 5, 2021

 Enakmen Kanun Jenayah Syriah yang paling pelik ...dalam sejarah... 


PAS PERLUKAN PERUBAHAN PARADIGMA


1. Dua hari lepas, kerajaan Kelantan PAS menguatkuasakan 24 peruntukan baharu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang antaranya melibatkan persetubuhan dengan mayat, sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam, memutarbelitkan ajaran Islam, dan persetubuhan dengan bukan manusia.


2. Reaksi pertama saya ialah apakah negeri ini pelik, rakyatnya pelik, atau pemimpinnya pelik? Apakah PAS memikirkan inilah caranya untuk menyelamatkan negeri yang ramai rakyatnya susah sekarang? 


3. Jika PAS mengutamakan pelaksanaan jenayah Islam, kenapa tidak diperjuangkan RUU 355 sementara berkuasa di peringat pusat? RUU 355 ini tentunya lebih meluas lagi pengunaannya di seluruh persekutuan dan melibatkan jenayah yang lebih kerap dilakukan berbanding dengan kesalahan bersetubuh dengan mayat atau bersetubuh dengan bukan manusia.


4. Sudah ditelitikah kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan itu sama ada bertentangan atau tidak dengan perlembagaan persekutuan, khususnya perbuatan unnatural sex itu? 


5. Tahukah pemimpin PAS, dalam kes Iki Putra, mahkamah persekutuan telah memutuskan mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang telahpun berada di bawah undang-undang persekutuan, termasuklah jenayah unnatural sex?  


6. Jika unnatural sex ini teruk di Kelantan, kenapakah setelah memerintah 31 tahun baharu tahun ini kesalahan jenayah ini diperkenalkan? 


7. Dalam memerintah Kelantan, PAS perlu tahu memilih prioriti. Rakyat hendakkan air paip bersih, peluang pekerjaan dan perniagaan serta kemudahan infrastruktur yang baik. 


8. Ini tidak, lain yang rakyat hendak, lain pula yang diberikan. Misalnya, rakyat dikenakan hukuman 6 bulan penjara atau denda RM1000 jika tidak menutup aurat. Bagaimana jika pakai seluar pendek, bagaimana jika pakai kain nampak lutut? Apakah itu dikenakan denda juga?


9. Enakmen Kanun Jenayah Syariah juga menyatakan menjadi satu kesalahan bagi mereka yang memutarbelitkan ajaran Islam. Apakah maksud memutar belitkan ajaran Islam itu? Apakah ia merujuk kepada ajaran sesat atau termasuk juga mereka yang selalu memberikan fatwa agama yang berbelit-belit?


10. Sementara kerajaan Kelantan boleh teruskan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan Enakmen yang telah diluluskan, baik juga kiranya pemimpin PAS menggunakan masa dan tenaga untuk mengatasi masalah air, kebersihan, masalah dadah dan pil kuda, mengatasi masalah ekonomi rakyat, membangunkan pelancongan, dan menggiatkan projek kraftangan tempatan. 


11. Kerajaan Kelantan juga perlu perjuangkan banyak lagi isu besar lain seperti isu rasuah, literasi rakyat, alam sekitar, dan kewangan negeri yang selalu defisit. Jika ini tidak kerajaan PAS perjuangkan, negeri akan terus mundur dan merosot. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi sekarang, bayangkan apa yang akan berlaku dalam tempoh 10 tahun dari sekarang?


12. Mengulas tindakan kerajaan PAS Kelantan ini, kawan saya berkata “PAS laksanakan enakmen ini kerana ia tidak memerlukan modal. Modalnya air liur sahaja, mudah jual sebab melibatkan dosa pahala.” 


13. Kata seorang lagi kawan saya: Luckily, I notice that "stupidity" is not on the list.


Sesungguhnya PAS ini pelik dan memerlukan perubahan paradigma. Begitulah!