Friday, September 23, 2022

 FAHAMKAN KENAPA ZAMAN TUN LANTIK GOPAL SRI RAM DAN V SITHAMBARAM..BAGAIMANA PENDAKWAAN BOLEH DILEMAHKAN..


1- Hari ini bila hakim Mahkamah tinggi membebaskan Zahid Hamidi, keputusan Penghakiman itu ada asasnya.. Sapa baca tulisan aku..Malah ia dalam jangkaan aku bila membaca keterangan saksi mengaitkan Tun Mahathir dan Shafie Afdhal. Bukan sebab Zahid Hamidi itu tidak bersalah, Kes Zahid bagi aku kukuh, Tetapi Peguam Bela Zahid telah berjaya menimbulkan keraguan terhadapa kelemahan saksi pendakwaan. pada sudut teknikal, Zahid dibebaskan..


2- Pembebasan Zahid Hamidi samalah juga bagaimana Tg Adnan dibebaskan biarpun dalam perbicaraan terang terang Tg Adnan mengakui menerima duit sumbangan berjumlah RM2 juta yang diberikan oleh Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong ialah derma politik untuk UMNO Wilayah Persekutuan.. Malah Tg Adnan kata RM 2 Juta ia ibarat duit Poket di dalam Mahkamah..


3- Dan hari ini mungkin kita faham kenapa pada Zaman Tun, Peguam Luar atau (Timbalan Pendakwa Raya Kanan adhoc ) seperti Dato’ V. Sithambaram, Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan seperti Gopal Sri Ram digunakan bagi memperkuatkan Pendakwaan. Sudah pasti sebagai seorang bekas Hakim persukutuan faham tentang asas pendakwaan yang kukuh yang tidak dapat ditolak oleh Hakim perbicaraan..


4- Dan kita juga perlu faham kenapa Kepakaran luar dilantik mengetuai dan dilantik dalam agensi seperti SPRM dan PDRM.. Dan kalau dilihat dari kelemahan dan masalah dan agensi ini kita akan faham..Samaada melibatkan Peguam Negara, Pendakwaraya, SPRM dan PDRM.. Banyak kes yang kalah disebabkan kelemahan agensi ini, hatta Scammer seperti Addy Kanna pun tak dapat didakwa. 


5- Masa aku kena sekat dengan Mark, Aku ada mesej seorang Sahabat menegur  bila laporan kenyataannya saksi Pendakwaan David Tan Siong Sun , pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB)  dalam keterangannya mengatakan , Dia memberi sumbangan politik berjumlah RM2.6 juta kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, Dan Shafie Afdhal , masa tu aku dan anggap ianya seperti disengajakan bagi melemahkan Pendakwaan.


6- Tapi masa aku tegur tu, Sahabat terutama dari penyokong PKR bersorak riang bila nama Tun dan Shafie disebut, Aku dah katakan, Kenyataan ini sebenarnya strategi Pembelaan melemahkan Pendakwaan, Pertama mewujudkan persepsi ianya pendakwaan Politik.. Kedua akan menyebabkan kesaksiannya dipertikai dan mengelirukan asas pendakwaan  yang sepatutnya terfokus kepada tertuduh.


7- Akhirnya kenyataan aku terbukti, asas Penghakiman hari ini 3 Saksi pendakwaan ini tidak boleh dipercayai. Dari cara Duit itu diberikan, Soal Jumlah wang Tunai, Soal logik sampul digunakan memuatkan hampir setengah Juta ringgit berbanding Beg digunakan dalam Kes Rosmah.. 


8-Bila Kenyataan ini Dibuat ? Ketika Soalan Balas Peguam Bela.. Kita harus Faham, 3 orang ini juga rakan subahat Zahid Hamidi, Macam kedudukan Rizal Mansor dalam kes Rosmah..Andai kata lah Rizal Mansor mengubah kenyataan dan kesaksian, Dah pasti Rosmah boleh dibebaskan..Dah tidak mustahil strategi ini boleh berlaku dalam Kes Najib jika ada semakan Kehakiman, UMNO ni licik..


9- Apakah begitu bodoh logik Duit beratus ribu diletakkan dalam sampul ketika ketika itu diterima sebagai rakaman percakapan, Siasatan dibuat pegawai SPRM , Kalau aku pegawai siasatan, Aku tak sebodoh itu nak terima sebagai rakaman percakapan..Apakah logik ini tidak pernah difikirkan..Ia boleh jadi satu kelemahan.. seperti kes lain, ia juga boleh jadi disengajakan.. Itu sebab dalam banyak kes, keterangan saksi , Bahan bukti seperti Dadah, wang Tunai boleh hilang dalam simpanan SPRM dan Polis.. Sebab apa perlu dibimbangkan jika ianya berlaku, Sebab ia boleh jejaskan Pendakwaan..


10- Peguam bela Hisyam Teh Poh Teik adalah peguam yang sama dalam kes rayuan Terakhir Najib..Strategi yang sama digunakan..Dan memang itulah tugas Peguam Bela, Mencetuskan Keraguan Kes, Tak hairan Strategi yang sama cuba digunakan, Iaitu cuba mencemar dan mempertikaikan krdebiliti Hakim Mohd Nazlan Ghazalie, hatta Ketua Hakim Negara, Naratif itu cuba digunakan UMNO..


11- Kenapa Peguam yang sama ini tidak mahu berhujjah, dan tidak pertikaikan Fakta Kes, Sebab Pendakwaraya V. Sithambaram, Dan Gopal Sri Ram begitu hebat dalam Pendakwaan mereka, Semua Hujjah Peguam Bela Najib dijawab dengan baik dan kadang kadang Sinis. Semua Money Trail, Keterangan saksi kukuh.. Sampaikan si Shafie Abdullah hilang kata kata, Tak Hairan berulang kali Rosmah cuba gugurkan Pendakwaraya Gopal Sri Ram. 


12- Tu sebab aku marah kalau pemimpin PH sendiri kadang kadang tidak bijak, Sebagai contoh, Bila Najib dulu cuba kaitkan Tan sri Zeti, Berapa ramai pemimpin PH guna hujjah yang sama  ? masuk Perangkap.. sampai dibangkitkan ke Parlimen.. hanya Sebab dikatakan Zeti itu orang Tun Mahathir, Begitu mudah kita diperdaya Najib dan Zahid. 


13- Masa aku menulis marah dalam kes Zeti, ada yang pertikai tulisan aku, dan terbukti akhirnya bukan hanya Zeti cuba dikaitkan, Hatta Hakim Mohd Nazlan Ghazalie, Tun Maimun cuba dikaitkan , Kredebiliti depa cuba difitnahkan. Tu sebab aku tegur orang PH yang bersorak gembira bila nama Tun dan Shafie Afdhal disebut saksi. Sedangkan depa tak sedar, Mereka sedang diperdaya penyamun dan Penyangak melemahkan Pendakwaan


14- Dalam kita melawan Kejahatan, Lawan Penyamun dan Penyangak, Bukan sekadar kita hebat menyanyikan lagu penyamun..Tetapi kena lebih bijak dari mereka.. Membaca tipu daya musuh dua tiga langkah kedepan.. Tu sebab antara kata kata yg masyhur dinisbahkan dgn saidina Ali..


الحق بلا نظام يغلبه الباطل بنظام


Kebenaran yg tidak tersusun akan dikalahkan kebathilan yg tersusun.


Ipohmali


23 SEPT 2022

No comments:

Post a Comment