Wednesday, September 21, 2022

 

ULANG KISAH NAJIB- SUSUNGALUR DIA KINI DITAHAN: PERJALANAN TERAKHIR NAJIB - DARI SEORANG BIDUAN KEPADA SEORANG BANDUAN

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Ahad - 28/08/2022

(  1 -  26  )

 

 

1.  Walaupun kecil namun jasa beliau kepada saya  tetap dikenang dan di hargai

 

2.  Sebenarnya "NAJIB   ADALAH   AKITEK  KEMUSNAHAN  DIRI  SENDIRI"  -  itu adalah  kata - kata Haniff Khatri , seorang Peguam Kanan sewaktu di temuramah oleh Raggi Jessy Rithaudeen, blogger yang bersifat  'serious' dan 'fokus'  terhadap apa yang di lakukannya.

 

3.  Ada 2 pesanan Nabi Besar kita Muhammad SAW :

 

i.  Di akhir zaman akan terdapat pemimpin yang tidak beramanah, berbohong  dan  tidak  menunaikan janji

 

ii.  Peperangan yang paling besar ialah melawan nafsu

 

4.  Sudah pasti Tun Abdul Razak dan isteri ( Al-fatihah ) merasa malu dan hampa apabila anak kandung mereka , Najib telah  MENCONTENG  ARANG  DI MUKA  MEREKA 

 

5.  Tun Razak , Perdana Menteri ke 2 selepas Tengku Abdul Rahman terkenal  dengan usaha beliau membangunkan  negara ini dan dalam masa sama amat tegas  MENENTANG  segala salahguna kuasa dan amalan rasuah apatah lagi merompak , menyamun dan mencuri harta negara iaitu wang rakyat

 

6.  Najib MENGHANCURKAN segala yang di perjuangkan oleh arwah ayah nya 

 

7.  Begitu seriusnya beliau sehingga cadangan anak - anak  membina sebuah kolam renang  di Seri Taman , rumah kediaman rasmi  ditolak atas alasan beliau tidak mahu menyalah guna wang rakyat walaupun mungkin ketika itu kos pembinaan kolam renang tersebut berharga RM50,000 sahaja

 

8.  Ini jauh berbeza dengan Najib , anak kandung Tun Razak yang  juga  Perdana Menteri ke 6 apabila polis menemui ratusan ribu wang tunai , barang kemas yang di perbuat dari emas dan berlian dan ratusan jam tangan dan 'tiara' dan  beg tangan berjenama semasa mereka mengeledah rumah Najib di Taman Duta dan di apartment mewah Pavilion Kuala Lumpur9.  Ini lah beberapa tindakan Najib bagi  tujuan :



MENUTUP  BANGKAI GAJAH  DENGAN NYIRU



i.  Memecat  SERTA MERTA  Ghani Patail sebagai Peguam Negara atas alasan konon nya beliau sakit , dan melantik Apandi Ali sebagai  penggant



Tugas pertama Apandi ialah mengeluarkan satu perintah  No Further Action ( NFA )  terhadap Najib dalam kes 1MD



ii.  Tukar beberapa pegawai polis yang terlibat dengan penyiasatan kes 1MD



iii.  Pindahkan pegawai SPRM atau 'Cold Storage' ke Jabatan Perdana Menteri ( JPM 



iv.  Melantik sebagai Timbalan Menteri Pengurusi PAC dan menggantikan dengan kroni beliau



v.  Meletakan Lapuran Audit Negara  dibawah Official  Secret  Act  ( OSA ) atau  Akta Rahsia Resmi dengan satu tujuan , mengelakkan orang ramai dari membacanya



vi.  Mengehadkan  soalan  berkaitan 1MDB di Parlimen



vii.  Menangkap dan mempenjarakan Khairuddin Abu Hassan dan Peguamnya , Matthias Chang dibawah undang - undang  SOSMA  ketika mereka sedang  berangkat  ke USA  bagi membuat lapuran tentang 1MDB  di sana



Baru - baru ini Mahkamah memerintahkan Kerajaan membayar RM300,000 beserta Kos kepada  Khairuddin



viii.  Khalid Bakar , Ketua Polis Negara  ketika itu menangkap  dan bertindak  liar dengan  menggunakan telefon bimbit atau hand fon  sesiapa saja  yang  menyentuh  isu 1MDB



x.  Saya dan beberapa orang rakan pernah di lokap di balai polis Jinjang kerana menentang Najib  dan UMNO/BN kerana menipu  Pilihanraya


 JIKA TIDAK ADA APA - APA , MENGAPA TEMPUA BERSARANG RENDAH ?

xi. Megapa berbagai salahlaku seperti merampas buku - buku kartun dan mempenjarakan Zunar , pelukis kartun yang di ikhtiraf Antarabangsa jika Najib tidak bersalah

xii. Mengapa takut kepada lukisan Fahmi Reza ?

10. Kononnya Najib akan ambil tindakan undang - undang terhadap Department of Justice ( DOJ ) Amerika Syarikat pada hari Selasa 2hb April 2019 , maka rakyat menunggu seperti : PONGGOK RINDUKAN BULAN

setiap Selasa demi Selasa rakyat menunggu tapi masih tidak berlaku ; tiba - tiba pada hari Selasa 23hb Ogos 2022 bukan Najib menyaman DOJ tapi sebaliknya beliau di dapati bersalah dalam kes SRC International dan di hantar ke penjara Kajang bagi menjalankan hukuman selama 12 tahun dan denda RM210 juta

11. Berbagai usaha dilakukan termasuk SUMPAH LAKNAT bagi membuktikan beliau bersih dari segala pertuduhan namun ALLAH SWT lebih mengetahui segala yang tersembunyi justeru beliau tetap didapati bersalah dan dihukum penjara  

12. Apa yang dilakukan Najib ialah mendapatkan simpati rakyat dan pada masa sama menyuntik kebencian kepada Kerajaan pimpinan Ismail Sabri dan Badan Kehakiman

13. Itulah sebenarnya BALASAN ALLAH SWT terhadap SUMPAH LAKNAT yang dilafazkan nya - beliau bukan saja menipu rakyat tetapi yang lebih serius telah menipu ALLAH SWT

14. Kira - kira 300 penyokong Najib dari Pekan berhimpun di luar Mahkamah memberi sokongan moral kepada Wakil Rakyat mereka

15. Saya masih teringat kisah 'CINA MATI' , lagi kuat laungan dan tangisan , lagi besar 'upah' yang diberi

16. Selepas di lacurkan , lazimnya pelacur tidak akan bertanya dari mana sumber kewangan diperolehi , yang penting mereka dibayar

17. Kini ramai juga yang mahukan pengampunan Di Raja segera diberi kepada Najib termasuklah rombongan kira - kira 300 orang yang menyerahkan memorandum di Istana Negara

18. Bagi pihak NGO BERSIH pula difahamkan mereka telah dapat kumpul hampir 100 ribu tandatangan secara atas talian atau online meminta Agong tidak memberi pengampunan

19. Saya percaya Agong akan melaksanakan pengampunan mengikut Perlembagaan dan reaksi rakyat dan pandangan Negara Luar terhadap sistem kehakiman kita

20. Jika Agong memberi pengampunan dalam kes SRC International ini , apakah Agong akan memberi pengampunan kepada 4 kes lain yang sedang dibicarakan , dan adakah Agong akan juga memberi keampunan kepada Rosmah , Zahid Hamidi , Azeez Rahim dan mungkin ramai lagi jika di dapati bersalah termasuk mengampunkan Lim Guan Eng DAP dan Syed Saddiq MUDA  

21. Adalah lebih baik jika setiap kali negara menyambut Merdeka dan Hari Kelahiran Rasmi , Agong memberi keampunan kepada pesalah yang jauh lebih kecil seperti pencuri yang di penjarakan kerana mencuri setin milo untuk diberi kepada anak yang lapar , pencuri wang surau sebanyak RM2.00 sahaja dan pencuri seluar dalam perempuan yang dipenjara 2 tahun , geladangan dan ramai lagi yang boleh di ampunkan tambah pula kos sara hidup kini naik melambung tinggi

22. Apa pun yang berlaku bak kata Hakim Mahkamah Rayuan : 


NAJIB IS A NATIONAL EMBARRASSEMENT  

memalukan negara bukan sahaja di sini bahkan seluruh dunia 


 23. 'MALU APA BOSS KU' akan di lupai dalam masa terdekat ini - PERCAYALAH

24. 'Cash Is Not King After All'

25. INI LAH LEGASI NAJIB TUN RAZAK SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG PERTAMA DI PENJARAKAN 

26. ADIOS MY  MY FRIEND !!!

Wassalam.          

Terima kasih.



 


 

No comments:

Post a Comment