Tuesday, September 27, 2022

 Sheikh Yusuf al-Qaradhawi lahir pada bulan september 1926 di Shafat at-Turab, Mesir. Nama sebenar beliau adalah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. 


Bapanya meninggal dunia ketika beliau masih kecil iaitu sekitar 2 tahun. Beliau dibesarkan oleh ibunya, bapa saudara dan datuknya.

Ketika berusia 5 tahun, beliau telah dihantar untuk menghafaz al-Quran dan beliau berjaya menamatkan hafazannya pada usia 10 tahun.


Ketika berada di peringkat thanawi (pendidikan menengah), ibunya juga meninggal dunia. Beliau memang seorang pelajar yang cemerlang sejak peringat thanawi, beliau selalu dapat nombor satu tapi beliau mendapat tempat kedua di seluruh Mesir pada peperiksaan akhir.


Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar dalam kuliah Usuluddin dan berjaya menamatkan pelajaran (undergraduate-nya) pada tahun 1952 serta menjadi pelajar terbaik. Kemudian beliau sambung bahasa arab, master dan Phd. Cuma Phd beliau mengambil masa yang lama sebab keadaan politik Mesir ketika itu, beliau terpaksa tunggu 13 tahun dan akhirnya berjaya menamatkan Phdnya pada tahun 1973.


.


Beliau sebenarnya sudah berhijrah ke Qatar sejak beliau sambung Phd dan menetap disana. Beliau menubuhkan beberapa pertubuhan dakwah dan mengetuai sebahagiannya serta menjawat jawatan penting dalam beberapa pertubuhan penting. Berikut merupakan jawatan beliau :


- Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar.


- Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961


- Pengarah bahagian Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan pada tahun 1973.


- Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar pada tahun 1977 sehingga tahun 1989/90


- Pada tahun 1991, menjadi Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah, Universiti Qatar.


- Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah.


- Ahli Majlis Diraja Untuk Pengajian Tamadun Islam di Jordan, Oxford Islamic Centre for Studies


- Ahli Majlis Universiti Islam Antarabangsa Islamabad


- Majlis Pusat Penyelidikan Tamadun di Qatar


- Ahli Lembaga Fiqh Islam di Mekah


- Ahli Liga Kesusasteraan Islam


- Ahli Gabungan Ekonomi Islam di Kaherah


- Ahli Majlis Dana Islam di Qatar


- Ahli Yayasan Media Islam Antarabangsa di Islambad, Pakistan.


- Pengarah Lembaga Pengawasan Syariah di beberapa bank Islam termasuk Bank al-Taqwa yang berpusat di Swizterland dan Bank Islam Qatar.


.


Beliau juga dikurniakan dengan pelbagai anugerah diperingat antarabangsa termasuk Tokoh Maal Hijrah 2009, Anugerah Raja Faisal 1994, Anugerah Sultan Hasanal-Bolkiah dalam bidang Fiqh pada tahun 1997 dan banyak lagi.


Antara guru beliau adalah Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya'rawi, Syeikh Hasan al-Banna, Syeikh Mahmud al-Daftar, Syeikh Muhammad Abd al-Rahman al-Bisar, Syeikh Abdul Fattah Shahathah, Syeikh Mahmud Fayyadh, Syeikh Abu Zaid Shalabi, Syeikh Abdul Halim Mahmud


Selama 70 tahun beliau dalam bidang dakwah, beliau berjaya mengarang banyak kitab merangkumi bidang fiqh dan usul fiqh, ekonomi Islam, al-Quran dan hadis, akidah, dakwah dan pendidikan, akhlak serta kebangkitan Islam (politik). Walaupun terdapat beberapa kontroversi dalam pemikiran beliau, jutaan manusia mengambil manfaat daripada karya beliau. Hari ini iaitu pada 26 September 2022, beliau telah kembali ke rahmatullah.


إنا لله وإنا إليه راجعون


Semoga Allah mengampuni, merahmati serta menempatkan beliau dalam kalangan roh orang-orang yang beriman serta soleh.

 

W/a

No comments:

Post a Comment