Tuesday, November 29, 2022

 LUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK HADAP APA YANG CUBA LKS SAMPAIKAN..


Hadi Awang telah mencabuli prinsip Rukun Negara dalam serangannya terhadap DAP – terutamanya empat dari lima prinsip Rukun Negara


Saya terkejut seperti mana orang lain juga apabila membaca serangan terkini Presiden PAS, Hadi Awang, yang menuduh “DAP yang tidak beragama dan tidak bermoral” sebagai mempromosi Islamofobia.


Dia telah mencabuli Rukun Negara dalam serangannya terhadap DAP ini – terutamanya empat dari lima prinsip, Kesetiaan kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang-undang, dan Kesopanan dan Kesusilaan.


Hadi amatlah salah apabila menuduh DAP sebagai “tidak beragama dan tidak bermoral”, apatah lagi apabila dia menuduh DAP sebagai bersifat Islamofobia.


Adakah ini sebabnya mengapa Hadi enggan menerima Rukun Negara sebagai prinsip asas pembinaan negara untuk Malaysia?


Saya bersetuju dengan cabaran Ketua Penerangan PKR yang merupakah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, kepada PAS untuk membuat laporan polis atas tuduhan mereka yang mengatakan DAP mempromosikan Islamofobia sekiranya mereka mempunyai sebarang bukti. Malah, sekiranya benar tuduhan ini, menjadi tanggungjawab Hadi kepada negara untuk melaporkan perkara ini kepada pihak polis. 


Serangan terkini Hadi terhadap DAP ini menimbulkan persoalan mengenai siapakah watak sebenar Hadi Awang. 


Semasa kempen PRU15, Hadi telah menuduh yang DAP ini kononnya anti Melayu, Islam, dan Raja, perkara-perkara yang bukan sahaja bersifat fitnah tetapi merupakan penipuan terang-terangan. Kini dia menuduh pemimpin DAP sebagai komunis pula. 


Saya telah menjadi seorang Ahli Parlimen selama 50 tahun sebelum ini dan menjadi seorang Ketua Pembangkang selama kira-kira 30 tahun, dan saya tidak pernah pula tahu yang saya adalah seorang komunis. 


Bagaimanakah Cawangan Khas PDRM yang amat efisien sekalipun tidak tahu yang saya seorang komunis, tetapi Hadi tahu?


Adakah Hadi masih ingat mengenai apa yang dikatakannya semasa pilihan raya kecil Teluk Intan pada bulan Mei 2014?


Hadi telah memuji Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP untuk PRK Teluk Intan kerana memilih DAP sebagai parti politik pilihannya walaupun sebagai seorang Melayu.


Abdul Hadi membidas pengkritik yang telah mengkritik PAS kerana bekerjasama dengan DAP, mengatakan yang PAS mempunyai lebih banyak persamaan dengan DAP berbanding dengan UMNO. 


Dia mengatakan: “Kita percaya Dyana berani untuk menjadi seorang calon, apatah lagi seorang calon DAP.”


Abdul Hadi mengingatkan ahli-ahli PAS bahawa DAP telah membantu PAS semasa Barisan Nasional cuba untuk menumbangkan parti Islamis tersebut dari memerintah Kelantan semasa Darurat Kelantan 1977.


Dia mengatakan walaupun terdapat banyak perbezaan di antara DAP dan PAS, seperti mengenai apa yang halal dan haram, alkohol, khinzir, hudud, kedua-dua parti ini bersetuju bersama untuk menghapuskan perkara-perkara seperti kemiskinan, penindasan, dan rasuah.


Hadi patut memberitahu rakyat Malaysia apa yang berlaku selepas PRK Teluk Intan pada tahun 2014, di mana pimpinan PAS tiba-tiba memutuskan yang mereka mempunyai lebih banyak persamaan dengan UMNO, menyokong Najib Razak dan skandal 1MDB?


Adakah PAS di bawah Hadi menyokong rasuah dan secara khususnya, skandal kewangan 1MDB?


Yang manakah Hadi Awang yang sebenar – Hadi Awang di PRK Teluk Intan pada tahun 2014 atau Hadi Awang dalam PRU-15 pada tahun 2022?


Bagaimanakah seorang pemimpin Islam yang tulen boleh berlakon sebegini?


Kini Hadi sedang menyerang para pemimpin Melayu dalam DAP, menuduh mereka sebagai “Melayu liberal dan bodoh”.


DAP dan para pemimpin Melayu DAP tidak menolak Islam, tetapi mereka menolak Hadi sebagai seorang pemimpin Islam, sebagaimana Arab Saudi, yang mana Hadi tidak dapat lawat walaupun dia adalah Duta Khas Perdana Menteri semasa dalam kerajaan Ismail Sabri.


Adakah Hadi bersetuju dengan mukadimah Rukun Negara yang menyatakan Malaysia “mendukung cita-cita” untuk “mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya”, “menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak”, dan “membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden”?


Adakah Hadi bersetuju yang kita patut menggunakan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat – Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat – yang bertemu di Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia?


Adakah dia akan bersetuju dengan cadangan yang saya buat dua hari lepas, supaya semua gabungan dan parti-parti politik bersetuju bahawa Malaysia patut menjadi negara pertama di dunia untuk menyelesaikan masalah terbesar dalam era maklumat – politik toksik penipuan, syak wasangka, fitnah, perkauman, dan keagamaan?


Sebelum PRU14, politik toksik sebegini telah menuduh bahawa kononnya saya akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya Pakatan Harapan menang dalam pilihan raya umum ke-14. 


Apabila penipuan dan fitnah ini terbukti salah pada 9 Mei 2018, penipuan dan fitnah baharu pula telah direka untuk menuduh yang kononnya sayalah kuasa sebenar di sebalik kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan di Putrajaya, dan kononnya Dr. Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Azizah Ismail, dan Mohamad Sabu semuanya hanyalah boneka saya – walaupun pada masa yang sama, saya juga difitnah sebagai pengkhianat “perjuangan orang Cina”. 


Saya telah dituduh sebagai menerima RM1 billion dari Mahathir untuk mengizinkannya menyertai dan mengetuai Pakatan Harapan dan dituduh kononnya menerima RM1.2 billion dari sumber di Israel untuk mempromosi kepentingan mereka. 


Terdapat pelbagai lagi tuduhan mengenai kekayaan yang mengalir kepada saya untuk menjadikan saya kononnya orang yang paling kaya di Malaysia – tetapi dana berbillion-billion ini hanya wujud di dalam dunia politik toksik penipuan dan kebencian yang disebarkan oleh para pemimpin politik yang terdesak dan oportunis.


Saya telah dituduh sebagai seorang komunis; dituduh sebagai bertanggungjawab menyebabkan rusuhan 13 Mei 1969, kononnya memimpin demonstrasi jalanan di Kuala Lumpur sambil melaungkan slogan anti-Melayu dan anti-Islam sedangkan saya tidak berada di Kuala Lumpur pun selepas Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969; digambarkan sebagai syaitan, puaka, malah jembalang; kononnya saya ini anti Melayu, Islam, dan Raja; kononnya sayalah agen KGB, CIA, MI6, atau pihak perisikan Australia.


Saya juga telah dituduh sebagai kononnya mahu memisahkan Semenanjung Malaysia kepada dua bahagian, Pantai Timur untuk orang Melayu dan Pantai Barat untuk orang Cina.


DAP telah dimomokkan dengan pelbagai bentuk penipuan dan fitnah, tetapi Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng, adalah satu-satunya pemimpin politik di Malaysia yang pernah mengorbankan masa hadapan kerjaya politiknya sebagai Ahli Parlimen, malah ke penjara, dengan melintasi garisan etnik, untuk mempertahankan maruah seorang gadis Melayu bawah umur, ketika dia merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka pada tahun 90-an.


Tidak ada pemimpin politik lain, sama ada dari UMNO, MCA, MIC, PAS, atau parti-parti lain yang pernah membuat pengorbanan sebegini.


DAP telah dituduh sebagai berada di sebalik langkah kerajaan Pakatan Harapan pada hujung tahun 2018 untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Perkauman (ICERD) sedangkan para Menteri dan pemimpin DAP tidak tahu-menahu apa-apa pun mengenai perkara ini. Perkara ini telah dibuktikan benar dengan kejadian yang berlaku baru-baru ini.


Malah, selepas PRU15, sebelum Anwar Ibrahim membentuk Kabinet dan kerajaannya, DAP telah dituduh sebagai menjadi “dominan” dalam kerajaan baharu Anwar Ibrahim. 


Para pemimpin politik yang bertanggungjawab tidak boleh membiarkan politik toksik penipuan, syak wasangka, dan kebencian yang menunggang sentimen perkauman dan keagamaan untuk terus berleluasa kerana perkara ini berpotensi untuk memusnahkan negara kita atau menghumbankan Malaysia ke arah menjadi sebuah negara yang gagal dan berpecah belah. 


Politik toksik ini perlulah dilawan dengan hujah, fakta, dan kebenaran.


Adakah Hadi akan bersetuju yang semua gabungan dan parti-parti politik di Malaysia bangkit dan tinggalkan politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan – yang merupakan masalah besar dalam era maklumat – untuk bersatu membina sebuah Malaysia yang lebih baik, yang merupakan sebuah negara bertaraf dunia di mana rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, atau politik, dapat berbangga sebagai rakyat Malaysia, dengan bersetuju bahawa perkara ini perlu menjadi Agenda Nasional Bersama untuk lima tahun yang akan datang?


LIM KIT SIANG

Selasa, 29 November 2022

Monday, November 28, 2022

 𝐃𝐎𝐍𝐆 𝐙𝐎𝐍𝐆


1. Dong Zong mula start mengelabah sebaik sahaja Anwar disahkan sebagai Perdana Menteri.


2. Dong Zong ini siapa? Jurucakap siapa? Apa planningnya? Kenapa merentan? Kenapa nak menimbulkan satu kegusaran terhadap umat Islam bagi mendatangkan persepsi?


3. Pertama. Kau semua kena siasat siapa parti politik yang mendominasi atau menguasai fikrah DONG ZONG. 


4. Aku pernah baca penulisan ISMA dulu. Pasal DONG ZONG. Aku tak terima bulat-bulat tapi dari pembacaan tersebut, sedikit sebanyak dapat aku rumuskan;


- DONG ZONG dikuasai pemikiran MCA dan GERAKAN.


- Mereka bertentangan dengan DAP. Sebab DAP nak lawan dari luar selepas Tun Mahathir jadi PM. Bagi DAP, DONG ZONG perlu bebas dari fikrah politik dan menumpukan usaha dalam bidang pendidikan semata-mata. Manakala DONG ZONG tak mahu. Mereka nak bersama-sama kerajaan BN untuk kuatkan sistem pendidikan kecinaan. Bagi Lim Kit Siang masa tu, dia kata UMNO parti perkauman. Jadi bila pengurusan DONG ZONG memutuskan untuk bersama-sama BN, Lim Kit Siang sangat bengang.


- Mereka merasakan jalan terbaik untuk mencapai tuntutan ialah dengan menjadi MCA dan GERAKAN (calon) demi meneruskan kelangsungan pendidikan kecinaan. Sementara DONG ZONG sentiasa menuntut dari dalaman, DAP pula akan bersuara lantang dari luar jika tuntutan itu dapat menambahbaik mutu pendidikan kecinaan.


- Kerana kuasa, pengaruh dan network, maka pendidikan kecinaan kian subur di bumi ini.


5. Penulisan ISMA tu kena cari balik la. Aku tak jumpa keyword yang tepat sebab tu aku gagal cari artikel lama tu. 


6. Jadi bila PH naik jadi pembangkang, DONG ZONG yang dikuasai fikrah politik tertentu mulalah merentan buat hal macam-macam. 


7. PH pula gagal bab komunikasi dan merasakan semua pihak ada kebebasan bersuara. Isu-isu perkauman menjadi memuncak kerana dasar PH yang terbuka pada kepelbagaian pendapat termasuklah pendapat berunsur fitnah. Tak tahu nak nangis ke ketawa kat sini.


8. Pertama kali guna taktik itu berjaya, so mereka cuba guna semula taktik yang sama untuk meresahkan umat Islam. Yelah, dah hilang kuasa kembali kan. Kali ini kena bersama-sama dengan musuh politik pula apabila Zahid setuju bersama Anwar membentuk 

𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐏𝐀𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐘𝐃𝐏𝐀.


9. Maka, tak sempat menyempat, keluar kenyataan, tak sempat menyempat juga bebudak PN pi SCREENSHOT dan cakap macam-macam. Kononnya ada modal nak serang Anwar. Kononnya la kan.


10. Punyalah tak bijak sebab serangan mereka tertumpu kepada desakan. Desakan sesiapa pun boleh mendesak. Kau pun boleh maaa. Takan dengan desakan kau dah tumbang? Hak ala. 


11. Kalau aku jadi bebudak PN neh, aku akan ajak bebudak UMNO dan PH berbincang. Aku tertarik dengan benda yang DONG ZONG ada tetapi kita tak ada.


12. Aku nampak mereka ada kesatuan dan semangat yang kuat untuk memastikan pendidikan kecinaan mereka dilengkapi dengan fasiliti dan subjek yang condong kepada apa yang dorang mahukan.


13. Semangat itulah yang aku nak bebudak PN, PH dan BN neh bersama-sama bila bercakap pasal SEKOLAH KEBANGSAAN. Kenapa tengok DONG ZONG yang merentan. Dia nak merentan dia punya pasal. Yang kita neh bila nak bersama-sama untuk naiktaraf kualiti pendidikan dan prasarana sekolah awam kita. 


14. Apa yang kita boleh buat sebagai PERSENDIRIAN, AJK, DAN ORGANISASI. Kita pun boleh merentan sama kan? Malah kita lebih ramai, lebih meluas. Kenapa kita tak FOCUS kepada hak sekolah kebangsaan terlebih dahulu?


15. Kita dulu kena bersama-sama. Tubuhkan organisasi. Lantik jawatankuasa, buat mesyuarat, fikirkan tentang tuntutan dan lakukan desakan. 


16. DONG ZONG tu dah lari jauh meninggalkan kita sementara kita masih bergaduh pasal dia. Sementara kita bergaduh sekolah mereka semakin canggih dan lengkap serba serbi. Kita bergaduh tapi sekolah kebangsaan ketinggalan. Sedih. Minta kertas A4 pun mak bapa marah. 


17. Jadi inilah kesimpulan aku. Aku tak peduli DONG ZONG nak merentan apa. Yang aku peduli apa yang aku boleh merentan untuk naikkan kualiti sekolah kebangsaan. Apakah aku kena merentan seorang diri? Atau aku kena merentan dalam organisasi PH? Atau apakah lebih baik aku mengajak semua yang sefikrah aku tanpa kira idelogi politik untuk sama-sama merentan. Ada organisasi, itu lebih baik. Kerana kita berpusat. Siapa yang boleh mulakan? Siapa yang patut ketuai? Aku tak nampak nama lain selain dari MFS.


https://www.dongzong.my/v3/ms/info/jawatankuasa-dong-zong/jawatan-pusat.html


https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/06/01/dong-zong-backs-mca-stand/


https://www.malaysiakini.com/news/593628


#AnwarPM10

 UEC


Banyak geng PN/ PAS guna UEC sebagai modal perkauman. 


Mari kita tengok fakta yang ada. 


Ketika PH memerintah 22 bulan, bukan saja UEC tidak diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA, malah masuk Maktab Perguruan pun tidak boleh guna UEC. Itu keputusan Jemaah Menteri. 


Ini menyebabkan DAP dibantai oleh Gerakan dan MCA. DAP terciduk. Walhal benda tu masuk dalam manifesto. 


Parti Gerakan juga cukup gembira bilamana UEC diiktiraf di Sabah. Siap puji melambung. Tahun 2019, Parti Gerakan siap sound Menteri Maszlee Malik kenapa nak tunda pengiktirafan UEC. 


Sekarang parti Gerakan dah duduk sekolam dengan PN/ PAS. Tapi bab ni mereka senyapkan. 


Zaman PN jadi Menteri Pendidikan, tahun 2020 mereka pun iktiraf UEC untuk masuk buat program perguruan. Itu takde pulak nak diberitahu. Saya kepilkan bukti kenyataan Kementerian Pendidikan tahun 2020 masa Menteri Radzi Jiddin berkuasa. 


Peliknya, zaman DAP dalam Kerajaan, UEC tak diiktiraf bukan saja untuk kemasukkan IPTA, nak jadi cikgu pun tak boleh. Zaman PN/PAS dibolehkan pula. Pastu dok canang benda ni jadi retorik politik kaum dan agama. 


Tu sebab kalau propaganda kaum ni, kita kena hati2 betul. Mereka menangguk di air keroh. 


Pada saya, kalau pun nak iktiraf UEC, ketatkan syaratnya. Jangan bagi begitu saja la. Kita hanya ada satu Dasar Pendidikan Negara. Boleh masukkan syarat ketat kena dapat kredit dalam Kertas SPM Bahasa Melayu dan Sejarah serta kena hadir kursus Kenegaraan sebulan. 


Kalau tak sampai sudah tak settle. Kutu2 ni pulak buat modal politik nak berkuasa. Bila mereka naik, 2x5. 


Salam hormat,

Liyana Marzuki

Sunday, November 27, 2022

 Anwar Perdana Menteri buat semua kaum…

SEMUA PIHAK MESTI BUAT LAPORAN POLIS 


Saya meneliti berpuluh klip video sepanjang Ds Anwar dipilih menjadi PM. Jelas beliau adalah PM rakyat Malaysia yg sebenar benarnya.


Beliau disambut sepanjang jalan di mana2 sahaja oleh pelbagai kaum samada Melayu, Cina, India dan lain2. Malah di pejabat2 pelbagai kaum, di kedai2 makan dan di pusat membeli jelas pelbagai kaum menjerit kegembiraan bila DS Anwar dipilih menjadi PM10.


Beliau bukan hipokrit atau oportunis… di depan Melayu cakap lain, di depan Cina cakap lain, di depan India cakap lain, di depan Kadazan cakap lain… bagi beliau semua rakyat Malaysia wajar dilayani seadilnya.


Anwar Ibrahim bukan PM utk satu kaum. Dia adalah PM yg diimpikan. Oleh kerana pimpinannya yg terbukti hebat dan berintegriti….Saham terus meningkat, ringgit menampakkan pemulihan dan dijangka bulan hadapan pelaburan mula hadir.


Tugas kita belum selesai. Seterusnya bagaimana kita ingin memulihkan pemikiran anak2 muda yg telah dirosakkan pemikiran mereka di doktrin kebencian antara kaum.


Baru dua jam angkat sumpah sudah ada fitnah jahat mengatakan iklan arak berleluasa. Masih ada yg main isu bangsa…. 


Saya menerima aduan rakan2 tak kurang 10 org mengadu anak2 mereka bertanya… 


1) Betulkah Anwar jadi PM azan dah tak boleh

2) Betul ke Anwar sokong LGBT

3) Betulkah Cina menguasai kerajaan

4) Betulkah pergi sekolah kena pakai skirt

5) Betulkah pangkah selain parti agama masuk neraka

6) Betulkah jika pangkah PH jadi kafir


Semua ini ditonton di Tik Tok.


Dan byk lagi isu perkauman telah dimainkan. Oleh kerana itu saya syorkan kawan2… please screenshot mereka yg membuat content rasis utk dibuat laporan polis dan seterusnya menyaman mereka. Jika tidak dihentikan kebencian antara kaum ia sgt bahaya utk negara utk jenerasi mendatang.


Kita harap pihak polis akn menangkap kpd mana2 pengguna media sosial yg menggunakan isu kebencian antara kaum. Jika dibiarkan hingga ia menjadi barah… ia sudah terlambat.


_*norman R*_

Saturday, November 26, 2022

 FAQ menjawab naratif WALAUNCAI


WALAUNCAI: Dulu kata mereka sakau. Yang team satu kata DAP. Sekarang mereka sanggup gadai prinsip untuk bekerjasama demi kuasa. Nampak sangat gila kuasa.


JAWAPAN: Kalau PH boleh bina kerajaan sendiri tanpa BN, PH akan bina tanpa BN. BN pun tidak mahu bina kerajaan dengan PH. Namun, ini titah Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dan sebagai rakyat yang taat kepada Raja, maka Anwar Ibrahim dan Barisan Nasional menerima titah perintah YDPA demi untuk kelangsungan negara.

Masalahnya, yang masih berpolitik adalah puak WALAUNCAI yang tidak boleh move on. Sedangkan rakyat sekarang ini mahu fokus kepada ekonomi.


WALAUNCAI: PN berprinsip. PN menolak kluster mahkamah.


JAWAPAN: Berprinsip? Sekwatu kerajaan 30 bulan Muhyidin dan Ismail Sabri, bukankah kamu Bersama kluster mahkamah termasuk Najib Razak? Dimana prinsip pada waktu itu? Kenapa kamu boleh tetapi kerajaan sekarang tidak boleh?


WALAUNCAI: Ini kerajaan DAP. Kerajaan Komunis


JAWAPAN: Ini #KERAJAANYDPA. Adakah kamu berani menuduh YDPA sebagai agen komunis juga kerana bersetuju melantik PH dan DAP sebagai kerajaan?


WALAUNCAI: Kerajaan ini tidak sah!


JAWAPAN: Keabsahan sesebuah kerajaan hanya boleh ditentukan dalam undi percaya/tidak percaya di dalam parlimen. Kerajaan PN tidak pernah membuktikan mereka mempunyai keabsahan apabila takut membuat undi percaya/tidak percaya sepanjang 30 bulan memerintah. 


WALAUNCAI: Bagaimana boleh dilantik seorang bekas banduan menjadi Perdana Menteri


JAWAPAN: Sekali lagi WALAUCAI mahu menghina institusi diraja yang telah memberi pengampunan penuh setelah mendapat nasihat dari badan undang-undang. Anwar Ibrahim telah diampunakan dari seluruh kesalahan (tuduhan bersifat politik untuk membunuh kerjaya politik beliau) dan dengan ini, beliau tidak ada sebarang rekod jenayah (dihapuskan) dan segala pencen sebelum ini dikembalikan kerana beliau TIDAK bersalah. Persoalannya, siapa mereka berani mempersoalkan Yang Di Pertuan Agong?


WALAUNCAI: Nah, sebelum ini pun kerajaan dilantik Yang Dipertuang Agong. Kenapa sebelum ini pertikai?


JAWAPAN:

Pertama: kerajaan sebelum ini dibentuk dari kejatuhan kerajaan yang sah dan bukan melalui sistem demokrasi pilihanraya

Kedua: Kerajaan sebelum ini tidak pernah diuji keabsahan mereka di Parlimen. Mereka mengelakkan untuk mengadakan undi percaya/tidak percaya kerana mereka tahu mereka tidak punya kekuatan.


WALAUCAI: Anwar dalam satu wawancara membenarkan LGBT


JAWAPAN:


Apa yang Anwar sebut itu merujuk kepada perkara yang dipanggil TAJASSUS. Apa itu Tajasus?


Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”


Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.

Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)


WALAUNCAI: Anwar Ibrahim membawa ajaran Islam liberal


JAWAPAN: Tidak ada istilah Islam liberal, Islam komunis, Islam wahabi, Islam kuburi, Islam PAS. Yang ada hanya Islam. Semua akan ada pelbagai intepretasi mengenai Islam mengikut pemahaman dan ilmu masing-masing. 


PERTAMA, Selagi ia selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal jamaah, maka ia masih dalam kerangka Ijtihad. 


KEDUA, sehingga kini WALAUNCAI tidak berjaya membuktikan, apakah “ajaran” Anwar Ibrahim yang liberal tersebut sehingga dikatakan bercanggah dengan Islam? Kadang kala, kita lihat ilmuan itu sebagai bercanggah dengan Islam bukan sebab dia bercanggah, tapi sebab ilmu kita yang cetek.


JAWAPAN UMUM:


Akhirnya WALAUNCAI akan bermain disekitar Agama dan Bangsa. Mereka menyebut DAP, tapi hakikatnya mereka menyebut Cina. Mereka takut menyebut cina kerana takut dipanggil rasis. 


Sekian. Ada lagi kita tambah


Iswardy Morni 


Free to use. Gunalah sebaiknya

Wednesday, November 16, 2022

 #DAP AKAN KUASAI NEGARA JIKA PH MENANG


1. Naratif inilah yang menjadi modal kempen politik dua parti gabungan Melayu pada PRU15 kali ini.


2. Katanya DAP akan menang 42 kerusi, manakala PKR 50 kerusi dan Amanah 20 kerusi. Jumlah 112 kerusi. 


3. Bagus juga ramalan ini. Maka analisis mereka, DAP ada 41 kerusi Cina dan PKR ada 12 kerusi Cina, menjadikan kerusi Cina dalam PH berjumlah 53. Sedangkan Melayu hanya 59 kerusi.


4. Oleh itu, lebih baik sokong BN atau PN. Jika BN boleh dapat 35 kerusi dan PN dapat 35 kerusi, Sabah Sarawak (42 kerusi) boleh bergabung dan membentuk kerajaan. 


5. Daripada 112 kerusi gabungan BN, PN, Sabah dan Sarawak, jumlah kerusi Cina dan bukan Melayu mungkin hanya 38. Maka jumlah kerusi Melayu-Islam 74 buah. 


6. Kenapa isu ini sering ditimbulkan untuk menafikan kemenangan PH? Sebabnya sangat mudah memainkan "sentimen" pengundi. Dengan mewujudkan "ketakutan" negara ini akan diperintah oleh Cina dan nasib Melayu akan menjadi seperti nasib Melayu di Singapura, mereka mungkin akan mendapat sokongan.


7. Betulkah nasib Melayu Singapura ditindas dan terlalu buruk? Adakah penduduk Melayu Singapura mahu berhijrah ke Malaysia jika ditawarkan status kewarganegaraan? Data menunjukkan tidak ramai Melayu Singapura yang mahu berhijrah (jika mereka ditindas) ke Malaysia melainkan beberapa orang artis Melayu yang tahu pasaran dunia hiburan lebih terjamin di Malaysia.


8. Bagi saya perpecahan Melayu berpunca daripada parti UMNO sendiri. PAS keluar daripada UMNO kerana tidak bersetuju dengan pemimpin UMNO yang tidak mahu melaksanakan Islam dalam pemerintahan, kerana UMNO memang sebuah parti sekular.


9. Anwar Ibrahim dipecat daripada UMNO. Begitu juga Mahiaddin Yassin. Kedua-duanya adalah disebabkan mereka tidak bersetuju dengan Presiden UMNO dalam hal melibatkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Yang tinggal dalam UMNO hanya "yes man", tukang angguk walaupun tahu ketua mereka terlibat dalam pelbagai skandal salahguna kuasa.


10. Jika dianalisis, BN/UMNO sudah mula ditolak pengundi sejak 1990. Namun, Mahathir menggunakan persempadanan semula kawasan pilihanraya (gerrymandering) yang menguntungkan BN untuk menyelamatkan parti itu. Maka pada 1995, BN menang bergaya. 


11. Pada PRU11 (1999), BN sekali lagi hilang sokongan (merosot). Maka. Sekali lagi "gerrymandering" dijadikan senjata. BN kembali menang besar pada 2004 di bawah pimpinan Pak Lah.


12. Namun, sejak PRU12 (2008), BN sekali lagi ditolak oleh pengundi. Majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan. 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang.


13. BN sekali lagi merosot undinya pada PRU13 (2013) dan pada PRU14 (2018), BN tumbang. Ini sejarah. Kenapa? Kerana BN dilihat tidak lagi mementing rakyat, tetapi sebaliknya menjadi parti yang bergelumang dengan najis rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa. BN ditolak oleh Melayu dan bukan Melayu yang "sedar".


14. Apa pilihan orang Melayu dalam PRU15 kali ini?


15. Melayu kena bersatu sokong PH. Maka dengan itu kerusi Melayu dalam PH akan bertambah. DAP maksimum 42 kerusi. Jika Melayu nak kuat dalam PH kena menangkan 100 kerusi Melayu. Baharulah Melayu kuat. Ini kerana calon Melayu dalam PH ialah 142 orang, berbanding BN 122 dan PN 136.


16. Melayu perlu bersatu dalam PH, bukan dalam BN yg terbukti merosakkan negara dengan amalan politik wang dan rasuah. Bukan dalam PN yang tiada pendirian. Ratib dan naratif perkauman dan agama sempit makin ditolak dan semakin tidak relevan. 


17. Ratib menakut-nakutkan Melayu dengan DAP yang kononnya komunis dan Cina nak rampas negara inilah yang menyebabkan Melayu terus berpecah, walhal adalah mustahil dengan hanya maksimum 60 kerusi Parlimen, Cina akan menjadi PM, kedudukan Raja-raja Melayu terancam, Bahasa Melayu akan dibincang dan Islam dikeluarkan sebagai agama rasmi negara. Ini kerana semua itu dijamin di sisi Perlembagaan dan Raja-raja Melayu adalah kata pemutus dalam Negara Berlembagaan ini.


18. Negara ini perlu ditadbir dengan cekap, adil dan saksama, bukan dengan dasar pilih kasih. Akibat dasar pilih kasih dan "patronage" (perlindungan) kaum inilah maka Melayu hanya mengharapkan kabel untuk naik dan berjaya dalam bisnes dan kehidupan. 


19. Kita sepatutnya menguatkan jati diri bangsa dengan sifat dan sikap yang betul, beradab, jujur, berdisiplin, bermaruah, kerja kuat, berani mengambil risiko, mempunyai kemahiran dan kepakaran, serta cemerlang dalam pendidikan, bukannya bergantung kepada kuota untuk mendapat tempat. Masa untuk bergantung kepada kuota sepatutnya sudah berlalu. Inilah yg selama ini melemahkan bangsa Melayu.


20. Melayu sebenarnya boleh cemerlang dan mampu bersaing dengan bangsa lain dalam semua aspek kehidupan jika diberi kefahaman, motivasi dan kaedah sebenar untuk berjaya. Dalam pendidikan, jika kita tidak mampu bersaing dalam dunia akademik, itu bukan bermakna jalan mati. 


21. Sistem pendidikan kita perlu mengutamakan bidang kemahiran vokasional, teknikal dan digital yg praktikal sehingga 60%. Di sinilah perlunya kita ubah sistem pendidikan dan ini memerlukan pemimpin yang betul dan berani melakukan perubahan. 


22. BN dan PN nampaknya sudah tumpul dan ketiadaan idea, kecuali beberapa orang, kerana asyik mengutamakan kuasa dan kepentingan diri berbanding  membina negara ke jalan yang betul. Melayu di negara ini majoriti dan kita perlu bersatu dengan memberi peluang kepada pemimpin baharu mengubah keadaan. 


23. Kita tidak perlu takut kepada bangsa lain. Melayu kena kuat untuk bersaing. Melayu kena dipimpin oleh pemimpin yang berintegriti, bermaruah, genius dan bertaraf antarabangsa, bukan pemimpin yang korup dan hanya mengatakan diri sendiri. 60 tahun BN memerintah, tapi kenapa Melayu masih layu di bumi sendiri? Kerana kita memilih pemimpin yang salah! 


24. Pada PRU15 kali ini, kita pilihlah pemimpin yang betul. Kita juga perlu pemimpin pembangkang yang berintegriti dan berwibawa, bukan yang emosional dan menjerit-jerit tanpa adab di sidang Parlimen dan DUN. Pilih pemimpin yang matang, berdisiplin, berintegriti, berilmu dan beradab.


25. Jika kita mahu perubahan, pilihlah PH. Jika kita mahu negara ini diperintah oleh orang yang sama, terpulanglah.


26. Jika kita mahu ekonomi negara maju dan pelabur luar datang ke Malaysia, pilihlah PH. Jika mahu mengekalkan yang sedia ada dan ekonomi semakin malap, terserahlah.


27. Mengharapkan hasil yang berbeza daripada pemimpin dan kaedah yang sama adalah sesuatu yang mustahil!


28. Masa depan negara adalah pilihan kita semua. Yang penting, turunlah mengundi walaupun hujan dan banjir, kerana kita berhak memilih dan menentukan halatuju negara tercinta ini.


Dr. Bam Al-Haj

#OrangKecil

Pemerhati Politik dan Penulis Buku.

14.11.2022.

 Orang tua celaka ni ada ke ceramah sapot GTA? Dia tinggal terbongkang gitu je. Nak ceramah nak bantai PH pasal ICERD kena kat muka dia. Nak bantai PH kurangkan 400juta dana bantu melayu kena kat muka dia. Nak bedal LGE pasal kurangkan peruntukan nelayan dan petani kena balik kat dia pasal dia yg suruh.


Apa yang Megathir ni tak buat untuk rosakkan emej PH sebelum dia letak jawatan? Dia paksa tulisan Jawi kat skolah2 cina supaya org cina marah PH. Dia tangkap org2 India kononnya itu sokong penganas tamil supaya kaum india marah. Dia rancang rusuhan sehingga Adib terkorban supaya apa? Supaya org2 melayu marah PH. Lengkap sabotaj dia dalam PHi baru dia letak jawatan.


Itu lah Mahathir. Dia berpura pura insaf sokong PH dan berjaya menipu pimpinan untuk lantik dia jadi PM7 dan bermula sejak hari pertama dia dah sabotaj PH dengan melantik LGE jadi menteri kewangan supaya mudah jadi kambing hitam. Lantik Tomy Thomas, Lantik Whirta Murty, Lantik menteri uruskan icerd. 


Aku? Awal2 lagi aku bantah Mahathir masuk PH. Namun apakan daya. Rupanya kita merancang, Allah juga ada perancanganNya. Rupanya Allah nak bersihkan parti PH dari pengkhianat2. Semua pengkhianat2 sudah nyah keluar sendiri dari PH. 


Mudah mudahan Allah teruskan rencanaNya menyelamatkan negara kita dengan meletakkan pemimpin yg betul mentadbir negara kita. Pemimpin yg lama teruji. Difitnah, dipenjara,.. bangkit menentang rasuah, bercakap soal rakyat, ..


Sosok pimpinan itulah Anwar Ibrahim.


Sekian


Man Toba @ King Jason Ori

Aktivis Bloggers

 16 November 2022


TENDER PEROLEHAN MERIAM 155MM SELF-PROPELLED HOWITZER (SPH) KEPADA SYARIKAT BERKAITAN KELUARGA TIMBALAN MENTERI PERTAHANAN, IKMAL HISYAM ABDUL AZIZ


Sebelum ini, saya telah mendedahkan bagaimana Kementerian Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad bagi kontrak perolehan meriam 155MM self-propelled Howitzer (SPH) dan mengarahkan supaya perolehan ini diberikan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat yang berusia kurang dari tiga tahun pada jumlah tender sebanyak RM854,345,900.


Saya juga telah menyebut sebelum ini bahawa syarikat ini ada hubung kait dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri, iaitu Ikmal Hisyam Abdul Aziz, calon Perikatan Nasional bagi Parlimen Tanah Merah.


Untuk membawa kembali perhatian orang ramai kepada perkara ini, saya sertakan dokumen-dokumen yang mengesahkan bahawa tender ini telah diarahkan untuk diberikan secara rundingan terus:


SURAT MENOLAK PERMOHONAN TENDER TERHAD DAN ARAHAN RUNDINGAN TERUS DIBERIKAN


SURAT NIAT (LETTER OF INTENT) KEPADA MA ANALYTICS SDN BHD BERTARIKH 25 JULAI 2022


SURAT SOKONGAN PERDANA MENTERI AGAR PEROLEHAN INI DIBERIKAN KEPADA MA ANALYTICS SDN BHD


Perkara ini tidak dinafikan dengan bukti yang kukuh oleh Ikmal Hisyam Abdul Aziz. Kementerian Pertahanan pula hanyalah menyebut bahawa tender ini belum dimuktamadkan tetapi tidak menafikan bahawa Surat Niat sebenarnya telah dikeluarkan kepada MA Analytics.


Hari ini, saya ingin mengemukakan bukti bahawa MA Analytics Sdn Bhd adalah syarikat yang berkait rapat dengan Ikmal Hisyam Abdul Aziz melalui anak (Ikmal Hazlan Ikmal Hisyam) dan isteri (Norihan Ayob).


Saya juga telah mengesahkan melalui laman Facebook Norihan Ayob bahawa penama adalah isteri kepada Ikmal Hisyam Abdul Aziz, seperti petikan skrin di bawah:


Kaitan di antara MA Analytics Sdn Bhd dengan anak dan isteri Ikmal Hisyam Abdul Aziz adalah melalui syarikat-syarikat seperti berikut:


MA Analytics Sdn Bhd dimiliki secara bersama oleh Nadzrin Azrai bin Ruslan (50% saham) dan Abdul Karim bin Hamzah (50%)


Abdul Karim bin Hamzah adalah rakan kongsi kepada Ikmal Hazlan Ikmal Hisham dalam sebuah syarikat bernama Ilhamin Trading Sdn Bhd


Seorang lagi rakan kongsi kepada Ikmal Hazlan Ikmal Hisham iaitu Ahmad Azmi Noordin adalah rakan kongsi kepada isteri Ikmal Hisham iaitu Norihan Ayob dalam syarikat Seyakin Holdings Sdn Bhd


Seorang lagi rakan kongsi kepada Ikmal Hazlan Ikmal Hisham iaitu Mohamed Nazari Noordin ada saham di dalam syarikat anaknya (Mohamed Ridzwan Mohamed Nazari) iaitu Hikmat Abadi Sdn Bhd 


Syarikat ini (Hikmat Abadi Sdn Bhd) mempunya alamat yang sama dengan MA Analytics Sdn Bhd iaitu Suite 31-09, Q Sentral.


Saya percaya bukti-bukti ini cukup untuk menunjukkan bahawa MA Analytics Sdn Bhd, syarikat setahun jagung yang diberikan Surat Niat untuk membekalkan meriam SPH kepada Angkatan Tentera Malaysia adalah berkait dengan Ikmal Hisham Abdul Aziz melalui anak dan isterinya.


Pendedahan saya hari ini membuktikan bahawa bukan sahaja projek LCS telah mengalami masalah, projek persenjataan yang lain seperti meriam SPH juga telah diberikan (melalui Surat Niat) kepada syarikat yang berkaitan dengan Timbalan Menteri Pertahanan sendiri.


Perkara ini tidak ubah seperti apa yang pernah berlaku semasa projek LCS dahulu apabila syarikat Alizes Marine Ltd dan Mega P Asia Sdn Bhd yang berkait dengan Latiff Ahmad, mantan Timbalan Menteri Pertahanan mendapat tender-tender perbekalan projek LCS.


Kedua-dua Latiff Ahmad dan Ikmal Hisham Abdul Aziz adalah pemimpin kanan Perikatan Nasional.


Sudah sampai masanya Muhyddin Yassin berhenti mendabik dada kononnya Perikatan Nasional adalah gabungan yang bersih.


RAFIZI RAMLI

Thursday, November 10, 2022

 APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI


Dr. Madhi Hasan


Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? 


Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam PRU. 


Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak dipecat dari UMNO  iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar  berada di dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding (PRU-12). 


Pada pandangan sebahagian rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain. 


Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.


Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


(i) Perdana Menteri pertama yang pernah dipenjarakan


Anwar akan menempah tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela, Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa.  


Bermula dengan ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976,  Anwar kemudiannya  menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018. 


Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai tahanan ISA di Kamunting dan sembilan  tahun di dalam penjara Sungai Buloh. 


Mengapakah reputasi dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan rasuah dan liwat? 


Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier politik Anwar.


Badan-badan perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in Jeopardy: Malaysia 2000”. 


Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner of Conscience” kepada Anwar.


(ii) Perdana Menteri pertama daripada parti berbilang kaum


Kesemua Perdana Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai  Perdana Menteri yang menerajui sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). 


Pada masa dahulu parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. 


Anwar berjaya membuktikan bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di semua 222 kawasan parlimen.


Anwar adalah pemimpin politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. 


Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.


(iii) Perdana Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam


Anwar akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an. 


Di bawah kepimpinan Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia. 


Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal Sheikh Yusuf al-Qaradhawi  dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.


Apabila Anwar menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. 


Hari ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.


(iv) Perdana Menteri pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan


Anwar akan menjadi Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara.  


Kredibiliti Anwar sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir tersebut. 


Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.


(v) Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan


Setakat ini hanya Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. 


Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu  selama lebih tujuh tahun (1991-1998).


Walaupun tanpa kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang negara.  Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. 


Prestasi beliau turut menarik perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai “Finance Minister of the Year” pada tahun 1996.  Antara jasa beliau ialah memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai perbankan Islam.


Krisis pandemik, ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara. 


Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma, keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler dalam Perang Dunia Kedua. 


Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memimpin negara ini keluar dari krisis. 


Dr. Madhi Hasan ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor.

Wednesday, November 9, 2022

 Nukilan Iswardy Morni - Sebarkan


MALAYSIA DAN PERUBAHAN : 5 SEBAB KENAPA ANDA, BAKAL MENENTUKAN ARAH MALAYSIA DALAM PRU15


PEDAHULUAN


1. Ambil masa membaca makalah ini. Kalau hari ini anda rasa ada kelapangan membacanya. Kalau tidak, simpan dan baca sewaktu anda ada sedikit waktu membacanya.


2. Makalah ini BUKAN bertujuan untuk menghasut anda. Itu kerja orang lain. Itu pertama. Ia ditulis bertujuan memberi satu cara pandang atau perspektif anda dalam melihat masa hadapan.


3. Masa hadapan siapa mungkin anda bertanya? Anwar Ibrahim? Muhyidin yassin? Ismail sabri? Tidak... Bayangkan ianya masa depan anda, anak-anak anda, pasangan anda sendiri dalam tempoh Lima tahun akan datang ini.


5 PERKARA YANG PERLU KITA AKUI


1. Negara sedang sakit


 - Suka atau tidak, peduli atau tidak, ini negara kita, dan kita tidak boleh kemana mana. Melainkan anda boleh Bermastsutin dan pindah ke negara lain, anda pada hakikatnya, telah "lekat" di sini.


- Anda tidak perlu bertanya atau percaya dengan orang politik macam saya untuk mengetahui keadaan negara ini.


- Anda cuma perlu menjenguk sedikit keluar dan melihat bagaimana keadaan diri anda dan orang sekeliling. Tanyakan "apakah hidup aku kini lebih baik dari semalam?" 

"Apakah masa depan aku dan keluarku terjamin selepas ini?"

"Apakah pekerjaan dan pendapatan ku akan ada kestabilan atau aku boleh kehilangan ia pada bila-bila masa? Bagaimana keadaan anak aku bila mereka dewasa nanti?"


-Jawab soalan-soalan ini dengan jujur dan dari situ, kita akan tahu sama ada negara kita sedang sakit atau tidak. Kalau kita jujur pada diri, kita akan jumpa jawapannya. 


2. PEMIMPIN YANG KROUP


- Kita tidak perlu menjadi penganalisa politik untuk mengetahui skandal-skandal korupsi yang melanda negara kita. Cukup kita ada akal yang sihat dan jiwa yang aman. Kita tahu, kes Najib, Rosmah, Zahid, Azeez baling, pemimpin pemimpin UMNO dan sekutu yang telah dipenjara, sedang dibicara atau bakal dipenjara meneiti di dara akhbar dan segenap sosial media.


- Tanya pada diri kita, adakah ini bukan satu perkara yang merosakkan dan menyakitkan negara?


- Billon (mungkin trillion) duit itu digunakan untuk kegunaan dan kekayaan peribadi pemerintah, sedangkan ia boleh dimanfaatkan kepada anda, anak anak anda, kaum keluarga anda, tetapi mereka gunakan hanya untuk kesenangan diri mereka sendiri sahaja. 


- Kita tanya pada jiwa. Kita rasa, adakah ini BUKAN satu kesalahan dan penyakit yang besar? 


3. KORUPSI BERLELUASA


- Sesudah mengakui kebenaran perkara kedua, cuba kita imbas kembali, adakah kita pengalaman "terpaksa" melayan pegawai kerajaan dan bukan kerajaan yang korup? Atau anda ada kenal, orang terdekat yang bercerita mereka terpaksa melayan korupsi dari pegawai-pegawai ini? Kalau ya, bermakna, kanser rasuah itu telah merebak teruk ke dalam negara kita. 


- Imbas kembali peristiwa dan cerita-cerita itu. Fikirkan kenapa ia berlaku? Jawapannya mudah, ikan itu mula busuk dari kepalanya. Kalau kepalanya busuk, masakkan badan dan ekornya tidak ikut sama. 


4. HARGA BARANG YANG NAIK TETAPI GAJI TETAP SAMA. ITU KESAN RASUAH


- Kita mungkin tidak nampak, direct correlation atau kaitan langsung antara korupsi dan harga barang dan pendapatan rakyat.


- Ada yang bertanya, apa kaitan korupsi dan harga barang naik? Pendapatan rendah? Bukankah itu pasaran dunia?


- Jawapan mudahnya begini. Korupsi, akan meningkatkan kos berniaga (cost of doing busines). Setuju?


- Kalau projek itu bernilai 10 juta katakan, disebabkan orang ini minta 10%, yang itu mintak komisen, yang ini mintak "hadiah" dan duit "pelincir", maka pendapatan syarikat itu telah menurun. Maka, dia kena kurangkan gaji pekerja, anda, atau kurangkan kos binaan atau kedua-duanya sekali. Lantas, yang terkesan adalah pendapatan anda.


- Kemudian, demi menampung pendapatan yang telah hilang dari korupsi tadi, maka dia pun meningkatkan kos jualan sehingga barang-barang menjadi semakin mahal dan ada rumah yang kita bina, tapi kita hanya mampu "tengok" dan bukan miliki. 


5. PEMIMPIN TERDAHULU TELAH GAGAL 


- Kita telah merdeka dari 1957 dan membentuk Malaysia bersama Sarawak dan sabah sejak 1963. Persoalannya ada 2. Adakah pemimpin-pemimpin yang ada sebelum ini berjaya, atau gagal menangani isu yang menyebabkan negara sakit ini?


- Perikatan/BN memerintah dari 1955 sehingga 2018 sebelum di sambung oleh Pakatan Harapan selama 22 bulan. Selepas itu di sambung 30 bulan oleh Perikatan Nasional dan UMNO kembali.


- Selain tempoh 22 bulan di bawah Pakatan Harapan itu, tidak ada satu pun kerajaan yang komited untuk menyelesaikan masalah Rasuah dan korupsi ini. Kita tidak dengar sebarang tangkapan pun sewaktu Muhyidin Yassin memerintah. Malah, parti yang korup itulah, yang membantunya membentuk kerjaaan dan mengangkatnya menjadi Perdana Menteri.


- Setelah mereka tidak yakin Muhyidin akan dapat menyelamatkan mereka dari kes mahkamah dan dakwaan, sekali lagi mereka khianat dan menjatuhkan kerajaan PN dan Ismail Sabri dari UMNO diangkat menjadi Perdana Menteri.


- Persoalannya, kenapa Ismail Sabri? Kenapa tidak presiden UMNO, Zahid Hamidi? Jawapan mudah dan tersiratnya, kerana Zahid itu Korup yang sedang menjalani lebih 80 kes dan dakwaan dan pelindung pemimpin yang korup yang tunggu dibebaskan.


- Nampaknya, anda sudah sampai disini membaca. Setakat ini anda setuju apa yang saya tulis ini? Kalau ya, teruskan membaca.


5 SEBAB KENAPA KITA WAJIB MENGUNDI DAN ANGKAT ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI


1. PENYELAMAT


- Disamping kita perlu menghapuskan korupsi, supaya bila bos kaya dia tak takut bayar gaji tinggi, kita juga perlukan pelaburan dari luar ke dalam negara.


- Sewaktu sebelum diangkat menjadi Menteri Kewangan terbaik Asia pun, Anwar Ibrahim sendiri sememangnya seorang tokoh yang dikagumi dan di pandang dunia. Hubungan nya dengan dunia luar, menjadi satu 'wajah' kepada negara membina keyakinan agar mereka lebih yakin melabur di negara kita.


- beliau juga berpengalaman menjadi menteri kewangan sehingga memulihkan ekonomi negara dari debt to GDP ratio 80% pada zaman Mahahtir-Daim pada tahun 92 kepada hanya 32% pada tahun 97, dan buat kali pertama, belanjawan negara menjadi surplus (pendapatan melebihi perbelanjaan). Kerana apa? Sikapnya yang teliti, tidak korup dan cermat. Namun sikap itu mengundang benci dan dendam kroni dan kleptokrat yang memfitnah beliau dengan cerita jijik liwat (kerana nak sabit kes rasuah dia clean).


- Namun kita akui, nak menyelamatkan negara, dia bukan kerja 'superman' seorang. Dia kerja kumpulan seperti Avengers. Maka disini kita ada Rafizi Ramli, Izzah, maszlee malik, dan ahli ahli parlimen yang hebat dari latar belakang pelbagai membantu beliau mengubati negara yang sakit ini.


- Maka avengers ini perlukan anda letakkan mereka ditempat yang betul. Itu tugas anda. 


2. PEMIMPIN BEBAS SKANDAL RASUAH


- Saya bagi perumpamaan. Kalau kita nak rawat kucing yang sakit, kita asingkan dia. Kita tidak boleh campurkan dengan kucing sakit yang lain. Nanti dia lambat sembuh.


- begitulah perumpanaan kalau kita nak rawat negara ini. Kita tidak boleh campur pemimpin yang korup dan tidak korup sekali. Ia akan tetap menyebabkan negara hancur dan semakin sakit.


- Oleh itu, kita mesti dan wajib elakkan negara ini dibentuk dengan kerajaan campuran. 


- kerajaan campuran ialah kerajaan yang tidak stabil. Masing-masing akan ada agenda dan demand sendiri. Masing-masing mahu supaya tuntuan mereka di dahulu kan dan bukan tuntutan rakyat. Ingat, akta anti lompat parti hanya terpakai untuk individu yang melompat, dan bukannya parti (atau en block) 


3. NEGARA PERLU DI RAWAT SEGERA ATAU....


- Ada yang berhujah, ala tak perlu undi sekarang. Kita tunggu sahaja nanti. Mungkin tunggu 5 tahun sahaja nanti.


- Jawapan mudah saya, negara bukan cedera ringan. bukan luka di jari. Juga bukan calar di kaki. Negara sekarang berada dalam wad ICU. Sekarang dalam bantuan pernafasan. Menunggu "penyelamat" menyelamatkan ia dari terus rebah dan parah. Namun penyelamat ini, hanya akan masuk kalau dibenarkan oleh ANDA. Ya, anda. Anda sekarang pemegang kunci siapa yang anda benarkan masuk ke dalam bilik ICU tersebut. Adakah anda akan membenarkan doktor yang sebenar yang mampu merawat penyakit negara ini, atau anda akan bagi laluan kepada doktor PALSU yang sanggup menipu sijil dan pengalaman. 


- Maka ini sekarang terletak di tangan anda


4. MASA DEPAN YANG GELAP ATAU CERAH


- Masa depan negara 5 tahun akan datang juga ditentukan oleh ANDA. Pengundi muda, tua, miskin kaya, pandai, kurang bijak, upaya atau kurang upaya. Anda penentu kepada masa depan negara. Proses mengundi mungkin mengambil masa tidak sampai 5 minit. Anda pergi dan beratur mungkin sejam dua. Namun, keputusan anda untuk keluar itu, walaupun satu undi, kesannya akan menentukan negara ini GELAP atau CERAH dalam 5 tahun akan datang ini. 


- Pilihan di tangan anda


5. PERLU KESTABILAN POLITIK


- Akhir sekali, negara perlukan kestablian politik bagi memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur. 


- UMNO boleh berikan kestabilan politik, tetapi ia parti yang dipenuhi oleh pemimpin Kurap dan Korup


- Perikatan Nasional TIDAK boleh menjamin kestabilan politik kerana ia pasti dibayangi oleh UMNO dan parti mereka dipenuhi katak-katak yang sanggup melompat bila ada peluang, Mungkin ada yang kata, individu tidak boleh melompat sebab akta lompat parti. Tuan-tuan, bagi pengkhianat, kalau kena HARGANYA, apa lah sangat hilang sebuah kerusi itu.


- Tinggal Pakatan Harapan. Pengkhianat dari PKR sudah melompat. Parti sudah dibersihkan. Begitu juga saka-saka dan katak-katak dari UMNO ke Bersatu dan Bersatu keluar. Sudah pun melompat pergi. Maka, Pakatan Harapan bersih. Tanpa kata, tanpa koruptor. Malah Parti Keadilan sendiri meminta ahlinya menandatangani 3 dokumen


1. Kalau khianat, bayar parti RM10 juta

2. Kena potong gaji

3. Istihar harta dan kalau harta lebih kaya sewaktu jadi YB, maka rakyat boleh nilai dan humban mereka dalam PRU seterusnya.


KESIMPULAN


Sekarang, anda sudah selesai membaca. Tiba masa anda berfikir. 1 undi anda mungkin anda rasa tidak bernilai dan tidak takut ia hilang kalau tidak datang. Namun percayalah, satu undi anda itu, boleh menentukan arah masa depan negara dalam tempoh 5 tahun kehadapan ini. Percayalah.


Pakatan Harapan pilihan saya. Tuntas. Anda bagaimana?


Iswardy Morni

9/11/2022

Petrajaya Kuching Sarawak

Tuesday, November 8, 2022

 DAP


1. Setiap kali PRU, PRN, PRK, segala mak nenek pilihanraya, DAP akan dijadikan modal oleh parti-parti melayu.


2. Mereka akan gunakan hujah DAP.


3. Dan lawan mereka akan mempertahankan DAP.


4. Kat situ je dah sibuk buang masa untuk mencari salah DAP dan dalam masa yang sama memberikan idea bagaimana nak membetulkan DAP.


5. DAP bukannya bodoh. Setelah satu Malaysia bercakap dan memberikan review tentang DAP. Mereka juga berfikir dan mengambil keputusan untuk membiarkan idea-idea tertentu meresapi DAP.


6. Sebagaimana DAP diwajahkan milik orang cina, mereka membiarkan orang melayu masuk malah dijadikan calon pilihanraya. Sebagaimana DAP diwajahkan dengan orang tua, mereka biarkan orang muda terlibat, sebagaimana DAP diwajahkan dengan bahasa cina, mereka mula pelbagaikan bahasa.


7. Terima kasih kepada orang melayu yang begitu struggle membetulkan DAP sehingga mereka berubah dan menjadi lebih terbuka. 


8. Sementara itu parti melayu yang dulu berpecah dua, kepada tiga kepada empat dan kini entahkan berapa. Mereka barangkali terlupa untuk membetulkan parti sendiri sehingga bergolak lebih teruk, berpecah lebih banyak malah bergaduh paling kerap.


9. Dalam berpecah paling teruk itu pun, masih disalahkan adalah DAP.


10. Dalam bergaduh paling teruk itu pun, yang dikatakan punca adalah DAP.


11. Dalam kempen pilihanraya kali ini pun, masih lagi menggunakan modal lama.


12. Masih lagi DAP mahu menguasai Malaysia, menindas melayu, menghapuskan Monarki, menukar bahasa dan agama rasmi.


13. Dulu, ya dulu kerana bukan semua bersekolah dan berpendidikan tinggi, maka, tuduhan seperti itu boleh memasuki minda.


14. Tetapi dengan pendidikan, dengan pengetahuan dan kebolehan mengakses maklumat, tuduhan seperti itu dengan mudahnya boleh dipatahkan. Scare tactics yang lapuk ini terkesan hanya pada mereka yang buta maklumat dan fakta tentang Perlembagaan Negara.


15. Apakah DAP boleh menghapuskan Monarki? Jawapannya tidak. Monarki tidak akan tandatangan apa-apa yang boleh menghapuskan kedudukan mereka dalam negara ini. Untuk tukar Bahasa Melayu, Agama Islam, bukan hanya perlu DAP tetapi perlu 2/3 Ahli Parlimen. Untuk bentang dan bahaskan hal itu, tak perlu sampai ke peringkat Parlimen pun, sudah pasti bergolak dibawahnya terlebih dahulu. 


16. Jadi jika DAP mahu menghapuskan apa yang dikatakan hak istimewa bumiputera, bahasa melayu dan sewaktu dengannya, apakah orang melayu akan berdiam diri?


17. Yang sebenarnya orang melayu ini lalai.


18. Mereka sibuk memperkatakan apa yang DAP tak buat. Benda yang tidak dibuat itu diperbesar-perbesarkan seolahnya DAP akan buat bila berkuasa.


19. Yang sebenarnya apa yang DAP dan parti-parti cina lain buat ialah, mereka sibuk memperkasakan bangsa mereka. Jatidiri bangsa mereka supaya mereka boleh jadi kuat dan boleh survive di alam kehidupan ini.


20. Mereka bukan serabut nak fikir untuk hapuskan kedudukan melayu. Mereka sibuk nak pastikan kedudukan anak bangsa mereka terjamin dengan memastikan anak bangsa mereka mendapat segala pendidikan terbaik dalam dunia.


21. Hatta sijil UEC itu pun mereka pastikan ia memenuhi standard dan piawaian antarabangsa. Supaya anak bangsa mereka boleh terbang bebas, jauh dan menjadi berjaya walau dimana sahaja mereka berada.


22. Ini yang mereka struggle fikirkan. Ini yang buat mereka bersatu walaupun berlainan fikrah politik. Mereka boleh bergaduh apa sahaja tetapi dalam pendidikan mereka sepakat bahawa ia tidak boleh ada campurtangan politik. Yang terbaik disini. Nak menderma disini. Nak membantu disini.


23. Sekolah mereka menjadi antara yang terbaik fasiliti di Malaysia.


24. Malah semakin ramai melayu dan non chinese mahu bersekolah disini.


25. Sementara itu apa yang melayu buat?


26. Sibuk takutkan diri sendiri. Takutkan orang lain. Kerana bodoh Perlembagaan Negara. Pada PRU 15 DAP bertanding 55 kerusi. Tak sampai pun separuh dari 222. Entahkan menang semua entahkan tidak. Dan itu pun masih biarkan diri dirasuki maklumat tidak benar.  Sanggup buang masa untuk hidup dalam ketakutan atas maklumat rekaan.


27. Setelah kita sampaikan maklumat ini kepada mereka. Datang secara baik. Betulkan dengan baik. Kepada kita dipanggil anjing. Barua. Puppet.


28. Apa kita tak boleh bercakap perkara betul ke?


29. Kemudian dibalas kepada kita ini, ini yang DAP buat bila berkuasa.


30. Bila kita tengok, alahai, ini langsung tak membabitkan perubahan dalam structure asas perlembagaan negara pun.


31. Hanya pergaduhan membabitkan perbezaan pendapat dalam hal tertentu, perbezaan polisi dan perbezaan fikrah politik serta kepercayaan.


32. Perkara yang sama turut dilakukan oleh parti-parti lain, parti-parti melayu juga.


33. Ambil sahaja contoh DAP dwibahasa dalam kenyataan politik mereka, itu salah. Bila parti lain buat, itu tak apa. Billboard kempen tulisan besar dalam bahasa cina itu tak apa, jangan bila DAP yang buat itu salah. DAP dilarang menunjukkan jatidiri kecinaan mereka tetapi parti lain tak apa. Dalam ertikata lain DAP perlu diajar kurang ajar terhadap bangsa yang Allah lahirkan mereka. DAP tak boleh, tak patut dan mesti benci kepada cina, sesuatu yang mereka dilahirkan dengannya. Mereka tak boleh rasa bersyukur dan berterima seadanya terhadap bangsa sendiri. Mereka mesti membuang segala-galanya untuk buktikan yang mereka hormat pada bangsa berbeza, atau lebih tepat bangsa melayu, sebab ada bangsa melayu yang takut dengan mereka jika mereka tunjukkan mereka itu orang cina. 


34. Adat berbangsa, walaupun kita mungkin tak mahu, atau lakukan secara tak sengaja, sudah tentu sedikit sebanyak kita akan mempertahankan jatidiri bangsa yang kita dilahirkan, kerana inilah diri kita. Kita juga tak akan berbeza dari DAP. 


35. Apa yang perlu kita tekankan ialah raikan kepelbagaian, anjurkan tolenrasi dan saling menghormati. Ini yang perlu kita lakukan. Sepertimana kita, DAP juga bukannya maksum. Akan ada saatnya, malah telah pun berlaku, mereka tergelincir dari landasan seperti parti-parti melayu yang lain, pada ketika itu, kita datangkan teguran, supaya mereka tidak meneruskan kesalahan, tetapi jangan bias sehingga mengabaikan parti-parti melayu. 


36. Dalam masa kita sibuk membetulkan DAP, parti itu menambahbaik luar dan dalam, segala bentuk review dilambung keatas mereka, yang positif yang negatif, mereka ambil dan kaji, sementara parti-parti melayu dilemakkan dengan teguran manja, berkias dan lembut. Tak cukup dengan itu, siap pakaikan protection. 


37. Kita manusia boleh mati. Kerana kita ada nyawa. Tetapi parti yang tak bernyawa juga boleh mati. Terutamanya parti yang disekelilingi pengampu, perasuah dan dijulang pula perkara yang salah. 


#KitaBoleh

 *_Luahan hati Dato' Dr Abdul Razak bin Kechik, mantan Pengarah Hospital Besar KL dan penerima Anugerah  Pendakwah Negara..._*


السلام عليكم


Maaf ini pilihan raya...kita boleh berkempen parti apa pun... cuma jangan bergaduh.


Saya kenal DSAI pada mula dia kempen tubuh ABIM. *Dia adalah naqib saya dan saya adalah naqib kpd isterinya.* Jadi saya sangat mengenali mereka. 


*Beratus ribu orang lagi anak didik beliau.* Dia sentiasa berada dlm hati dan doa kami. Tidak ada pemimpin yg berada di hati rakyat seperti DSAI.


*DSAI tidak pernah liwat sesiapa.* Ini adalah fitnah besar ke atas seorang pejuang agama bangsa dan negara. Character assassination. Siapa yg tuduh, sokong atau setuju fitnah ini dia kena bawa 4 orang saksi yg adil (surah Nur:4) yg telah tengok Anwar membuat benda terkutuk ini seperti 'orang tengok benang masuk lubang jarum' (Dr Yusof Qardhawi dari maksud hadith). Jika dia tak boleh bawa saksi2 ini, hendaklah dia memohon maaf kpd DSAI dan bertaubat kepada Allah sebelum Allah mengambil nyawanya ( al buruj:10). Mesej saya ni bukan mesej politik yg boleh dimain2kan... mesej ni mesej Islam.


*Orang tuduh dia mirip kpd/sokong/ejen Yahudi* dgn melihat video2 lakunan dan lapuran2 tertentu khusunya drp  orang yg ingin menjatuhkannya, tanpa disahkan benar ( fatabaiyyanu). *Ini juga fitnah besar. Kena bertaubat (sekurang2nya sbb tidak tabayyun).* Yahudi tidak sebodoh yg kita sangka. Mereka tak dedah perancangan mereka. Yang mereka kata 'Yahudi kata' adalah ciptaan pengfitnah. Kitalah yg bodoh, bukan yahudi.


Politik kita sepanjang zaman adalah *politik fitnah dan menakut2 kan kerana umumnya orang Melayu ni sebahagiannya bodoh, dangkal, mudah percaya, mudah tertipu, mudah lupa.* Selalunya, menang sorak kampung tergadai. Kita kurang keyakinan diri dan suka menyalahkan orang. Kita takutkan orang Melayu kepada DAP, padahal Gerakan, MCA dan parti2 rasis yg lain lagi dahsyat.* DAP tidak rasis: ada Cina, Melayu, India dll di dalamnya. Saya tanya Melayu Penang, kebanyakan org Melayu kata DAP lebih baik dari Gerakan. Cuba tanya.


Sistem pendidikan telah  memisahkan kita sampai kita tak kenal satu sama lain. Sebab itu kita tuduh menuduh. Saya belajar bersama mereka dan hingga sekarang antara kawan baik saya adalah mereka.


Mereka adalah rakyat negara ini, jadi tidak ada istilah kafir zimmi dan harbi. *layanan kena sama rata mengikut perlembagaan.* Kita *kena belajar hidup bersama seperti yg Allah suruh (49:13).* _Lita'a rofu._ Barulah kita boleh dakwah mereka. *Ni, dah lah kita tak dakwah mereka, kita cari jalan gaduh.* 


Mereka org bukan Islam banyak memikir dan kerja kuat dan jadi orang berjaya. Mengapa kita tak ikut seperti mereka. *Patut orang Islam kena lebih hebat.* 


Ramai pemimpin2 kita orang baik tapi dangkal. Ramai ulamak tetapi dangkal. Bukan senang nak laksanakan Islam dlm negara majmuk seperti Malaysia apatah lagi jika bangsa lain lebih maju dari kita. Dahulu politik kafir mengkafir, kemudian hudud,  sekarang tak tahu lah apa. Mengapa tidak _'lita'a rofu'_. Mengapa tidak dakwah?


Kita boleh tengok Kelantan yg telah diperintah lama oleh PAS. *Walaupun negeri kaya dgn balak, emas, besi, manganese dn galian2 lain, apa jadi dgn orang Islam? Sosio ekonomi paling rendah di Semenanjung.* Rakyat keluar cari makan di negeri2 lain. Yg kaya pun lari keluar. 


*_Sewaktu covid, exco naik gaji berganda2, tukar mercedes kpd yg baru. Dari lapuran akhbar. Mana jiwa Umar al Khattab r.a yg menjadi kurus di zaman pemerintahannya._* 


Orang2 yg boleh memikirkan masa depan dicantas. YB Husam, anak didik TGNA sgt hebat pemikirannya... tetapi dicantas. Serious brain drain. Tinggal yg dangkal. Apa erti membangun bersama Islam itu?


*Dato' Dr Abdul Razak bin Kechik* 

*_Penerima Anugerah Pendakwah Negara_*

 BUAT MEREKA YANG SAYANGKAN KJ..


1. Tersebar di media sosial yang pengundi Parlimen Sungai Buloh berbelah bahagi sama ada mahu mengundi HARAPAN atau BN dalam PRU kali ini.


2. Kata pengundi, mereka mahukan Anwar menjadi PM tetapi dalam masa yang sama tidak mahu kerjaya politik KJ tamat akibat kalah di Sungai Buloh.


3. Naratif ini memang wujud memandangkan KJ antara figura pelapis UMNO yang menjadi perhatian ramai.


4. Namun penulis melihat PRU kali ini akan menentukan untung nasib KJ sebagai pemimpin politik UMNO.


5. Setelah nama-nama besar seperti Shahidan, Tajuddin, Annuar Musa dan Noh Omar disingkirkan dengan begitu tragis sekali, KJ mungkin menjadi sasaran pemimpin BN khususnya kluster mahkamah untuk menyingkirkan beliau memandangkan mereka semua adalah pro- Ismail Sabri dan anti-kluster mahkamah.


6. Tetapi kluster mahkamah tidak berkeupayaan menolak pencalonan KJ atas faktor popularitinya, jika pimpinan BN membuang KJ dalam pencalonan kali ini, pastinya protes besar ahli kepada BN berlaku.


7. Oleh itu, cara yang paling strategik adalah meletakkan beliau di kerusi yang HARAPAN menjadi penyandangnya. 


8. Andaiannya, jika KJ kalah di situ, perjalanan politiknya akan berakhir. Ini andaian mereka. Belum tentu jadi.


9. Rakyat perlu membulatkan tekad untuk tidak mengundi UMNO/BN di semua kerusi termasuk Sungai Buloh.


10. Hal ini kerana, jika BN diberikan kemenangan dalam PRU kali ini, BN yang dipimpin oleh kluster mahkamah atau anti-KJ akan kembali bernyawa dan bermaya.


11. Tiada jaminan jika BN memerintah, KJ akan kekal selamat. Lihat semasa BN hanya mempunya kurang daripada 50 kerusi pun, KJ ditolak ke sini sana.


12. Setelah Tok Mat mengumumkan dia bertanding di Rembau, nasib KJ ketika itu celaru dan tiada arah tuju. Malah 2 hari sebelum pengumuman calon BN baru khabar angin menyatakan KJ bakal dihantar ke Sungai Buloh.


13. Ertinya semasa UMNO/BN sedang nazak pun, nasib KJ dipermainkan oleh pimpinan UMNO inikan pula jika BN diberi kuasa penuh memerintah.


14. Oleh itu,  jika BN dibenamkan dalam PRU kali ini termasuk Sungai Buloh, semua pimpinan UMNO/BN akan meletakkan jawatan dan proses rebranding semula UMNO/BN akan berlaku.


15. Ketika itu, KJ lah antara orang yang akan diberikan mandat memimpin UMNO/BN dan kerjaya politiknya akan kembali memuncak semula.


16. Jangan takut jika KJ tidak menjadi MP, beliau mampu hidup tanpa posisi tersebut sama ketika beliau menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO dulu.


17. Maka buat yang sayangkan KJ, hanya dengan membenamkan UMNO/BN secara total di semua kawasan akan membolehkan KJ terus berada dalam politik Malaysia.


18. Sebaliknya jika BN diberikan nyawa walaupun sedikit dalam PRU kali ini, nasib KJ akan terpinggir dan akan sama dengan tokoh-tokoh lain juga yang disingkirkan sebelum ini. 


#KitaBoleh

#TintaSiyasah

Saturday, November 5, 2022

 

UNDILAH PH DEMI KESTABILAN




Ulasan yang ana petik dari pengguna FB M Hafizul Hilmi :

Untuk yang terfikir nak mengundi PN

Dua gambar di bawah ini saya buat masa politik negara menghadapi dead-lock, Muhyiddin.pdf dijatuhkan oleh Umno dan tiada siapa yang dapat majoriti untuk jadi PM. Tujuannya adalah untuk menggambarkan senario kemungkinan yang ada untuk negara keluar dari kemelut politik.

Senario 1 masa tu secara teknikalnya sudah berlaku tapi kemudiannya Zahid dan Najib buat u-turn dalam masa tambahan, difahamkan kerana 'tuntutan politik' tidak dipenuhi.


Senario 2 pula jangkaan yang betul-betul terjadi bila Bersatu sanggup jilat balik ludahnya dan sokong Umno jadi PM.






Sejarah telah membuktikan jika berlaku dead-lock politik dan kerajaan pusat tak dapat dibentuk:


1. Pas akan cari semula Umno dan sanggup duduk dengan perasuah dan penyakau. Macam-macam dalil akan keluar.


2. PN - Muhyiddin, geng Azmin, Bersatu, dan Pas sanggup kembali berdakap dengan Umno demi mendapat kuasa dan laba politik.


Jika kita ambil senario PRU-14, bolehlah dikatakan bahawa parti-parti utama di Malaysia ini sudah ada fixed deposit kawasan Parlimen yang tersendiri. Katakan PH boleh push sampai 90 kerusi (data terkini Invoke 100 kerusi), PN kalau ambil tapak pengundi Pas katakan dapat 30 kerusi, BN dapat 50 kerusi, dan selebihnya lain-lain termasuk parti Sabah dan Sarawak.

(collective responsibility) untuk bawa dasar yang terbaik kepada rakyat.

4. Masing-masing akan cover kes jenayah sebab kalau 2-3 MP dihukum bersalah dan masuk penjara, runtuh lah kerajaan sendiri.

5. Kabinet akan jadi terlalu besar, timbalan menteri sampai 2-3 jawatan, duta itu duta ini yang takde guna seduit. 70 orang menteri akan makan gaji buta semata-mata untuk kekalkan sokongan kepada PM, sebijik macam kabinet Muhyiddin dan Ismail Sabri. Ini kita panggil kabinet kembung perut.

6. Kalau kerajaan tak stabil dan tak kuat, masalah rakyat tak akan selesai. Nak ubah sistem pendidikan tak lepas, nak imbangi kuasa kapitalis yang manipulasi pasaran tak mampu, nak lawan rasuah jauh sekali.

7. Pas masuk kaki dalam kerajaan pun RUU355 entah ke mana. Cabutan judi makin banyak, kilang arak tak tutup, ajaran sesat menjadi-jadi, konsert liar tumbuh macam cendawan, LGBT makin subur. Takde beza pun. Umno masuk kaki dalam kerajaan pun terkial-kial nak buang kes Najib dan Zahid. Bersatu pulak cuma fikir survival parti sahaja. Semuanya buang masa kita semua.

8. Dapat menteri tak guna, takde rasa tanggungjawab nak urus masalah stok makanan, ayam, daging, telur, apatah lagi semua negara luar dunia sibuk dengan isu food security. Sebab buat kerja letih-letih pun akhirnya parti PM yang dapat nama. Baik buat kerja ala kadar, datang meeting, potong reben, rasmi majlis, baca skrip dalam Parlimen, ambik elaun, cukup bulan dapat gaji.

Sebab itulah jangan bazirkan undi awak semua kepada PN. Saya sendiri dah tak sanggup nak bazirkan lagi 5 tahun dan mengharapkan masa depan generasi anak-anak jadi lebih baik.

Tulisan panjang-panjang ni memang tak sesuai jadi propaganda PRU. Semua orang nak suruh lukis (dah lukis kat bawah, siap ada gambar bukti).

Saya cuma nak mengajak kawan-kawan berfikir, 5 tahun adalah satu tempoh yang panjang untuk kita sekali lagi buang masa dengan politik kucar-kacir macam Langkah Sheraton. Kalau tak nak kesian kepada diri sendiri, kasihanilah generasi anak cucu yang baru nak mula bina kehidupan dalam negara Malaysia ini.


 𝐊𝐈𝐒𝐀𝐇 𝟑 𝐊𝐀𝐏𝐈𝐀𝐐 𝐃𝐈 𝐁𝐔𝐊𝐈𝐓 𝐌𝐄𝐑𝐓𝐀𝐉𝐀𝐌.


Kempen-kempen BN dan PN di kampung-kampung membawa naratif jangan undi kapiaq sebab kapiaq baik pun akan masuk neraka, kena undi melayu sebab melayu kalau merompak macam Najib pun akan masuk syurga dan mengajak perempuan berzina seperti pemimpin Pas Moktar Senik pun tetap akan masuk syurga.


Parlimen Bukit Mertajam menyaksikan pertandingan 3 penjuru di antara parti PH, BN dan PN di mana ketiga-tiga calon adalah kapiaq dan semasa penamaan calon pagi kelmarin yang paling ramai datang untuk menyokong kapiaq BN dan kapiaq PN adalah orang melayu malah 100% penyokong kapiaq PN adalah melayu.


Melayu yang datang menyokong kapiaq BN tak pelik sangat sebab selama ini pun YB2 kapiaq BN yang menang pun kerana undi orang melayu dan lebih 60 tahun orang melayu Umno telah menjadi hamba kepada pemimpin kapiaq MCA.


Yang paling lucunya pagi kelmarin ialah penyokong calon kapiaq PN yang 100% orang melayu memakai lebai bertakbir, berselawat dan berwahdah untuk calon kapiaq yang mereka kata akan masuk neraka.


Itu pun tak pelik sangat juga sebab semasa mereka bersama dengan kapiaq DAP dulu pun depa sembah kapiaq Lim Guan Eng juga.

Friday, November 4, 2022

 ANWAR IBRAHIM: HADI, HENTIKAN FITNAH!

ALOR SETAR 3 November 2022: Dato Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Pas  menabur fitnah apabila menuduh Pakatan Harapan (PH) berpakat dengan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Menurutnya, Abdul Hadi tidak sepatutnya berbohong ketika dia sering membawa imej Islamik dan dikenali serta dihormati sebagai seorang agamawan.


“Sekarang apabila sudah tak ada modal, Abdul Hadi kata PH dan UMNO berpakat. Pakat apa? Kamu bercakap tentang agama, Islam dan akhlak tetapi mana buktinya?


Kita lawan dalam pilihan raya, itu tak apalah tetapi buat apa tabur fitnah? Kalau kamu orang biasa tak tahu agama tak mengapalah tetapi kamu pakai jubah, serban sampai orang cium tangan tanda hormat tetapi cakap tak betul.


Mana boleh begitu? Kamu ustaz, tak boleh bohong begitu.


Dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana PH memasuki PRU15 dengan tekad memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.


Pendirian PH sama sekali berbeza dengan Presiden Pas yang sanggup ‘mengemis’ kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta sokongan bagi meneruskan kerjasama.”


Sebelum itu semasa menjawab soalan wartawan di Kuala Lumpur, Pengerusi PH itu berkata, prinsip dan dasar PH adalah tegas untuk memimpin dan memerintah dan bukannya seperti Pas yang sanggup bermain banyak ‘kolam’ atau rundingan dengan mana-mana parti.


Sehubungan itu, katanya sebarang gerakan yang dikaitkan dengan mana-mana gabungan selepas pilihan raya disifatkan sebagai satu hujah yang tidak berasas kerana PH masuk pilihan raya umum kali ini adalah untuk menang.


“Kita umumkan secara jelas Pakatan Harapan menawarkan dalam manifesto dan saya jelaskan dalam buku Madani apa yang kita jadikan wawasan dan hala tuju negara ini, kemudian kita berhasrat untuk menang serta semalam kita sebut sekurang-kurangnya majoriti mudah, maknanya supaya dapat memerintah.


Jadi sebab apa kita mahu kaitkan dengan UMNO, Pas atau mana-mana parti lain. Kita masuk pilihan raya untuk menang, kita merayu kepada rakyat untuk memberi laluan supaya apa yang disebut itu tidak berlaku.

Saya bukan macam Ustaz Hadi, dengan Tun Dr. Mahathir runding nak pakat, dengan Najib Tun Razak runding nak pakat kemudian dengan Ismail Sabri pun runding nak pakat dan sekarang dengan Muhyiddin Yassin. Dia boleh berlegar di banyak kolam, saya, dasar kita PH adalah untuk memimpin dan memerintah.


Ustaz Hadi ini pandangan dia, bagi saya tidak mewakili sosok yang sepatutnya ada. Seorang alim sepatutnya beri pandangan berdasarkan hujah dan fakta, bukan kecaman melulu.

Kita dalam politik ini hujah, bagi saya kita tegur Pas dengan hujah yang betul, judi bagaimana, RUU 355 di mana, jadi tak payah singgung dari segi yang dibuat andaian begitu rupa dan andaian itu tak ada asas begitu sekali.”

Tuesday, November 1, 2022

 Nama saya Rafizi Ramli.


Saya mencipta nama dalam politik sebagai pembongkar penyelewengan wang rakyat. Sejak 2011, sudah banyak ahli politik yang menjadi sasaran buruan saya.


Saya pernah membuat siri pendedahan terhadap menteri-menteri kanan seperti Shahrizat Jalil dalam skandal NFC, Najib dan Rosmah dalam skandal 1MDB. Saya pernah mendedahkan penyelewengan di tabung-tabung rakyat seperti MARA, Tabung Haji dan Felda.


Saya pernah membuat laporan SPRM terhadap Azmin Ali yang pada ketika itu Timbalan Presiden dalam PKR. Saya juga pernah mendedahkan bagaimana Nasharuddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS tersenarai dalam senarai penerima wang dari siasatan SRC. Saya juga mendedahkan bagaimana jutaan ringgit dibayar kepada Clare Rewcastle oleh presiden PAS Hadi Awang untuk menggugurkan kes saman Hadi terhadap penulis Sarawak Report itu.


Saya mendedahkan bagaimana pimpinan BERSATU, dulunya dari UMNO seperti Latiff Ahmad dan Ikmal Hisham terlibat dalam skandal perolehan pertahanan seperti kapal LCS dan meriam artileri SPH.


Orang UMNO dari 2011 hanya menjerit fitnah setiap kali saya membuat pendedahan walaupun saya menang semua kes di mahkamah mengenai skandal-skandal ini. Orang PAS dulunya paling kuat menjemput saya ke pentas ceramah mereka dan paling kuat mengulang skandal-skandal yang saya dedahkan untuk menyerang UMNO. Tetapi selepas menjadi teman sejati UMNO, mereka juga hanya menjerit fitnah kali ini.


Saya turun naik mahkamah selama 12 tahun dan ada 14 kes mahkamah. Tidak sampai sebulan saya kembali ke politik, saya kena naik mahkamah lagi.


Ramai yang tanya saya kenapa saya tidak serik-serik melawan rasuah? Kenapa saya ambil risiko? Saya bukan pernah dapat apa pun dari pendedahan-pendedahan yang saya buat, selain dari tidur dalam lokap.


Saya tegas melawan rasuah bukan untuk laba politik. Saya tahu orang yang makan rasuah ini ada di mana-mana kerana power corrupts, absolute power corrupts absolutely.


Saya benci rasuah kerana kesannya terlalu memusnahkan.


Bukan sahaja wang rakyat yang sepatutnya digunakan untuk membantu rakyat hilang, rasuah menyebabkan masyarakat membenarkan hak di ambil dari orang yang sepatutnya.


Bila satu syarikat dapat tender melalui rasuah, syarikat yang lebih baik dan layak itu dirampas haknya. Pekerja-pekerja mereka yang baik dinafikan rezeki yang halal.


Akhirnya rasuah akan melahirkan satu masyarakat yang pemalas, pembodek dan tidak mahu bersaing. Kalau semua boleh diperolehi dengan merasuah, kenapa perlu berfikir dan bekerja kuat.


Masyarakat begini tidak boleh hidup makmur. Yang digalakkan adalah pembodohan, bukan keyakinan berdikari, keyakinan dengan kecerdikan dan akal. Yang subur budaya merampas dan mencuri, yang mati budaya berlaku adil.


Rasuah membunuh jati diri kita, keluarga kita dan masyarakat kita.


Orang lain masuk politik demi cita-cita politik, maka mereka tidak gemar membuat pendedahan kerana mereka mungkin hilang kelayakan bertanding dan tidak jadi menteri.


Saya kembali ke politik kerana saya menganggap ini fardhu kifayah. Saya manusia biasa yang tidak pernah cukup pahala, ini usaha saya mencari sedikit pahala untuk akhirat.


Kita ada peluang membersihkan negara kita dari barah rasuah. Barah ini membunuh masyarakat.


Saya akan terus mainkan peranan saya. Saya ajak anda juga mainkan peranan anda di peti undi untuk membunuh rasuah.


#AyuhMalaysia

#IniUsahaKita

#KitaBoleh

#PartiKeadilanRakyat 

#PakatanHarapan

 Dari Rafizi Ramli

1 November 2022


RAKAN NIAGA LATIFF AHMAD DINAMAKAN SEBAGAI PENERIMA BAYARAN PALSU DALAM PROJEK SGPV


Saya mengalu-alukan pengumuman Dato’ Seri Latiff Ahmad, pimpinan BERSATU/Perikatan Nasional yang terpalit dengan skandal LCS untuk tidak bertanding dalam PRU15. 


Saya juga masih menunggu surat saman sivil dari beliau selepas pendedahan-pendedahan saya menunjukkan penglibatan beliau dalam skandal LCS melalui sebuah syarikat palsu yang bernama Alizes Marine Ltd.


Saya ambil maklum kenyataan beliau minggu ini yang beliau mempunyai tempoh masa enam tahun untuk mengemukakan saman sivil terhadap saya. Saya berharap beliau tidak menggunakan taktik yang sama seperti Najib Razak, yang berjanji untuk menyaman Wall Street Journal tetapi sehingga ke penjara belum memfailkan saman tersebut.


Walaupun telah mengumumkan persaraan dari politik, itu tidak bermakna Latiff Ahmad boleh bebas dari tuduhan-tuduhan berkait skandal LCS. 


Saya harap rakyat Malaysia bersabar sementara saya terus meneliti kes ini sehinggalah tangan-tangan ghaib yang menggugat keselamatan negara (demi kekayaan dan kepentingan diri) di bawa ke muka pengadilan.


Pengalaman saya menunjukkan usaha untuk membongkar tangan-tangan ghaib di sebalik skandal-skandal besar negara selalunya memakan masa yang cukup lama.


Sebab itu, bermula hari ini, saya ingin kembali memberi perhatian kepada skandal-skandal pertahanan negara iaitu LCS dan pembelian meriam Howitzer (SPH) yang telah saya dedahkan sebelum ini.


Sehingga kini, Latiff Ahmad cuba mengelak mengenai pembabitan beliau dalam syarikat-syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik LCS dengan hanya memberikan penafian-penafian mudah.


Satu-satunya penafian setakat ini adalah “Zainab bukan isteri saya”, sedangkan carian syarikat menunjukkan Latiff Ahmad adalah rakan kongsi Zainab dalam syarikat Alizes Marine Ltd yang dinamakan sebagai syarikat palsu yang mendapat kontrak pembekalan projek LCS.


Keterlibatan Latiff Ahmad dalam perolehan projek LCS lebih sukar untuk dinafikan kerana ada lagi beberapa syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Audit Forensik yang ada kaitan dengannya.


Jika siasatan dalaman setakat ini hanya menamakan satu syarikat yang ada kaitan dengan Latiff Ahmad, dia boleh membuat tuduhan bahawa siasatan terkeliru (seolah-olah ada individu lain yang bernama Latiff Ahmad). Apabila siasatan menamakan juga syarikat-syarikat lain yang ada kaitan dengannya, atau individu-individu yang dikenal pasti sebagai rakan perniagaannya, sudah tentu bukti-bukti ini mengukuhkan lagi penemuan siasatan dalaman bahawa Latiff Ahmad mendapat laba (secara salah) dari perolehan projek LCS.


Satu lagi dari syarikat yang dinamakan di dalam Laporan Forensik Audit yang mempunyai kaitan dengan Latiff Ahmad ialah sebuah syarikat yang didaftarkan di Singapura bernama JSD Corporation Pte Ltd.


Muka surat 75 Laporan Audit Forensik memperincikan bahawa syarikat ini mendapat bayaran sebanyak RM1.36 juta sebagai bayaran bagi khidmat teknikal dalam projek Second Generation Patrol Vessel (SGPV) sedangkan tidak ada bukti khidmat itu berlaku.


Perenggan 3.15.4.1 menyatakan bahawa pembayaran bagi “khidmat teknikal” seperti ini, termasuk kepada JSD Corporation Pte. Ltd. hanyalah bersandarkan satu invois kepada BNS (anak syarikat LTAT yang mendapat kontrak bagi projek-projek TLDM) sedangkan tiada bukti pun khidmat teknikal itu berlaku.


Perenggan 3.15.4.5 (muka surat 78) mendedahkan bahawa JSD Corporation Pte Ltd dibayar bagi khidmat teknikal pembinaan kapal perang, sedangkan syarikat itu adalah syarikat yang menyewakan kapal terbang. Ini menguatkan lagi penemuan bahawa bayaran-bayaran khidmat teknikal seperti ini adalah bayaran palsu untuk menipu projek-projek pertahanan laut yang dikendalikan TLDM.


Di hari-hari yang seterusnya, saya akan mendedahkan siapa di belakang JSD Corporation Pte Ltd, hubung kaitnya dengan tokoh-tokoh UMNO/BERSATU serta penglibatan mereka dalam pelbagai skandal selama ini. 


Saya menunggu maklum balas dari Latiff Ahmad untuk menafikan yang dia tiada kaitan dengan mana-mana individu di belakang JSD Corporation Pte Ltd yang telah dinamakan di dalam siasatan.


RAFIZI RAMLI