FAQ menjawab naratif WALAUNCAI
WALAUNCAI: Dulu kata mereka sakau. Yang team satu kata DAP. Sekarang mereka sanggup gadai prinsip untuk bekerjasama demi kuasa. Nampak sangat gila kuasa.
JAWAPAN: Kalau PH boleh bina kerajaan sendiri tanpa BN, PH akan bina tanpa BN. BN pun tidak mahu bina kerajaan dengan PH. Namun, ini titah Yang Di Pertuan Agong (YDPA) dan sebagai rakyat yang taat kepada Raja, maka Anwar Ibrahim dan Barisan Nasional menerima titah perintah YDPA demi untuk kelangsungan negara.
Masalahnya, yang masih berpolitik adalah puak WALAUNCAI yang tidak boleh move on. Sedangkan rakyat sekarang ini mahu fokus kepada ekonomi.
WALAUNCAI: PN berprinsip. PN menolak kluster mahkamah.
JAWAPAN: Berprinsip? Sekwatu kerajaan 30 bulan Muhyidin dan Ismail Sabri, bukankah kamu Bersama kluster mahkamah termasuk Najib Razak? Dimana prinsip pada waktu itu? Kenapa kamu boleh tetapi kerajaan sekarang tidak boleh?
WALAUNCAI: Ini kerajaan DAP. Kerajaan Komunis
JAWAPAN: Ini #KERAJAANYDPA. Adakah kamu berani menuduh YDPA sebagai agen komunis juga kerana bersetuju melantik PH dan DAP sebagai kerajaan?
WALAUNCAI: Kerajaan ini tidak sah!
JAWAPAN: Keabsahan sesebuah kerajaan hanya boleh ditentukan dalam undi percaya/tidak percaya di dalam parlimen. Kerajaan PN tidak pernah membuktikan mereka mempunyai keabsahan apabila takut membuat undi percaya/tidak percaya sepanjang 30 bulan memerintah.
WALAUNCAI: Bagaimana boleh dilantik seorang bekas banduan menjadi Perdana Menteri
JAWAPAN: Sekali lagi WALAUCAI mahu menghina institusi diraja yang telah memberi pengampunan penuh setelah mendapat nasihat dari badan undang-undang. Anwar Ibrahim telah diampunakan dari seluruh kesalahan (tuduhan bersifat politik untuk membunuh kerjaya politik beliau) dan dengan ini, beliau tidak ada sebarang rekod jenayah (dihapuskan) dan segala pencen sebelum ini dikembalikan kerana beliau TIDAK bersalah. Persoalannya, siapa mereka berani mempersoalkan Yang Di Pertuan Agong?
WALAUNCAI: Nah, sebelum ini pun kerajaan dilantik Yang Dipertuang Agong. Kenapa sebelum ini pertikai?
JAWAPAN:
Pertama: kerajaan sebelum ini dibentuk dari kejatuhan kerajaan yang sah dan bukan melalui sistem demokrasi pilihanraya
Kedua: Kerajaan sebelum ini tidak pernah diuji keabsahan mereka di Parlimen. Mereka mengelakkan untuk mengadakan undi percaya/tidak percaya kerana mereka tahu mereka tidak punya kekuatan.
WALAUCAI: Anwar dalam satu wawancara membenarkan LGBT
JAWAPAN:
Apa yang Anwar sebut itu merujuk kepada perkara yang dipanggil TAJASSUS. Apa itu Tajasus?
Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang..”
Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya. Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.
Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak”.( al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)
WALAUNCAI: Anwar Ibrahim membawa ajaran Islam liberal
JAWAPAN: Tidak ada istilah Islam liberal, Islam komunis, Islam wahabi, Islam kuburi, Islam PAS. Yang ada hanya Islam. Semua akan ada pelbagai intepretasi mengenai Islam mengikut pemahaman dan ilmu masing-masing.
PERTAMA, Selagi ia selari dengan fahaman Ahli Sunnah Wal jamaah, maka ia masih dalam kerangka Ijtihad.
KEDUA, sehingga kini WALAUNCAI tidak berjaya membuktikan, apakah “ajaran” Anwar Ibrahim yang liberal tersebut sehingga dikatakan bercanggah dengan Islam? Kadang kala, kita lihat ilmuan itu sebagai bercanggah dengan Islam bukan sebab dia bercanggah, tapi sebab ilmu kita yang cetek.
JAWAPAN UMUM:
Akhirnya WALAUNCAI akan bermain disekitar Agama dan Bangsa. Mereka menyebut DAP, tapi hakikatnya mereka menyebut Cina. Mereka takut menyebut cina kerana takut dipanggil rasis.
Sekian. Ada lagi kita tambah
Iswardy Morni
Free to use. Gunalah sebaiknya
No comments:
Post a Comment