Nukilan Iswardy Morni - Sebarkan
MALAYSIA DAN PERUBAHAN : 5 SEBAB KENAPA ANDA, BAKAL MENENTUKAN ARAH MALAYSIA DALAM PRU15
PEDAHULUAN
1. Ambil masa membaca makalah ini. Kalau hari ini anda rasa ada kelapangan membacanya. Kalau tidak, simpan dan baca sewaktu anda ada sedikit waktu membacanya.
2. Makalah ini BUKAN bertujuan untuk menghasut anda. Itu kerja orang lain. Itu pertama. Ia ditulis bertujuan memberi satu cara pandang atau perspektif anda dalam melihat masa hadapan.
3. Masa hadapan siapa mungkin anda bertanya? Anwar Ibrahim? Muhyidin yassin? Ismail sabri? Tidak... Bayangkan ianya masa depan anda, anak-anak anda, pasangan anda sendiri dalam tempoh Lima tahun akan datang ini.
5 PERKARA YANG PERLU KITA AKUI
1. Negara sedang sakit
- Suka atau tidak, peduli atau tidak, ini negara kita, dan kita tidak boleh kemana mana. Melainkan anda boleh Bermastsutin dan pindah ke negara lain, anda pada hakikatnya, telah "lekat" di sini.
- Anda tidak perlu bertanya atau percaya dengan orang politik macam saya untuk mengetahui keadaan negara ini.
- Anda cuma perlu menjenguk sedikit keluar dan melihat bagaimana keadaan diri anda dan orang sekeliling. Tanyakan "apakah hidup aku kini lebih baik dari semalam?"
"Apakah masa depan aku dan keluarku terjamin selepas ini?"
"Apakah pekerjaan dan pendapatan ku akan ada kestabilan atau aku boleh kehilangan ia pada bila-bila masa? Bagaimana keadaan anak aku bila mereka dewasa nanti?"
-Jawab soalan-soalan ini dengan jujur dan dari situ, kita akan tahu sama ada negara kita sedang sakit atau tidak. Kalau kita jujur pada diri, kita akan jumpa jawapannya.
2. PEMIMPIN YANG KROUP
- Kita tidak perlu menjadi penganalisa politik untuk mengetahui skandal-skandal korupsi yang melanda negara kita. Cukup kita ada akal yang sihat dan jiwa yang aman. Kita tahu, kes Najib, Rosmah, Zahid, Azeez baling, pemimpin pemimpin UMNO dan sekutu yang telah dipenjara, sedang dibicara atau bakal dipenjara meneiti di dara akhbar dan segenap sosial media.
- Tanya pada diri kita, adakah ini bukan satu perkara yang merosakkan dan menyakitkan negara?
- Billon (mungkin trillion) duit itu digunakan untuk kegunaan dan kekayaan peribadi pemerintah, sedangkan ia boleh dimanfaatkan kepada anda, anak anak anda, kaum keluarga anda, tetapi mereka gunakan hanya untuk kesenangan diri mereka sendiri sahaja.
- Kita tanya pada jiwa. Kita rasa, adakah ini BUKAN satu kesalahan dan penyakit yang besar?
3. KORUPSI BERLELUASA
- Sesudah mengakui kebenaran perkara kedua, cuba kita imbas kembali, adakah kita pengalaman "terpaksa" melayan pegawai kerajaan dan bukan kerajaan yang korup? Atau anda ada kenal, orang terdekat yang bercerita mereka terpaksa melayan korupsi dari pegawai-pegawai ini? Kalau ya, bermakna, kanser rasuah itu telah merebak teruk ke dalam negara kita.
- Imbas kembali peristiwa dan cerita-cerita itu. Fikirkan kenapa ia berlaku? Jawapannya mudah, ikan itu mula busuk dari kepalanya. Kalau kepalanya busuk, masakkan badan dan ekornya tidak ikut sama.
4. HARGA BARANG YANG NAIK TETAPI GAJI TETAP SAMA. ITU KESAN RASUAH
- Kita mungkin tidak nampak, direct correlation atau kaitan langsung antara korupsi dan harga barang dan pendapatan rakyat.
- Ada yang bertanya, apa kaitan korupsi dan harga barang naik? Pendapatan rendah? Bukankah itu pasaran dunia?
- Jawapan mudahnya begini. Korupsi, akan meningkatkan kos berniaga (cost of doing busines). Setuju?
- Kalau projek itu bernilai 10 juta katakan, disebabkan orang ini minta 10%, yang itu mintak komisen, yang ini mintak "hadiah" dan duit "pelincir", maka pendapatan syarikat itu telah menurun. Maka, dia kena kurangkan gaji pekerja, anda, atau kurangkan kos binaan atau kedua-duanya sekali. Lantas, yang terkesan adalah pendapatan anda.
- Kemudian, demi menampung pendapatan yang telah hilang dari korupsi tadi, maka dia pun meningkatkan kos jualan sehingga barang-barang menjadi semakin mahal dan ada rumah yang kita bina, tapi kita hanya mampu "tengok" dan bukan miliki.
5. PEMIMPIN TERDAHULU TELAH GAGAL
- Kita telah merdeka dari 1957 dan membentuk Malaysia bersama Sarawak dan sabah sejak 1963. Persoalannya ada 2. Adakah pemimpin-pemimpin yang ada sebelum ini berjaya, atau gagal menangani isu yang menyebabkan negara sakit ini?
- Perikatan/BN memerintah dari 1955 sehingga 2018 sebelum di sambung oleh Pakatan Harapan selama 22 bulan. Selepas itu di sambung 30 bulan oleh Perikatan Nasional dan UMNO kembali.
- Selain tempoh 22 bulan di bawah Pakatan Harapan itu, tidak ada satu pun kerajaan yang komited untuk menyelesaikan masalah Rasuah dan korupsi ini. Kita tidak dengar sebarang tangkapan pun sewaktu Muhyidin Yassin memerintah. Malah, parti yang korup itulah, yang membantunya membentuk kerjaaan dan mengangkatnya menjadi Perdana Menteri.
- Setelah mereka tidak yakin Muhyidin akan dapat menyelamatkan mereka dari kes mahkamah dan dakwaan, sekali lagi mereka khianat dan menjatuhkan kerajaan PN dan Ismail Sabri dari UMNO diangkat menjadi Perdana Menteri.
- Persoalannya, kenapa Ismail Sabri? Kenapa tidak presiden UMNO, Zahid Hamidi? Jawapan mudah dan tersiratnya, kerana Zahid itu Korup yang sedang menjalani lebih 80 kes dan dakwaan dan pelindung pemimpin yang korup yang tunggu dibebaskan.
- Nampaknya, anda sudah sampai disini membaca. Setakat ini anda setuju apa yang saya tulis ini? Kalau ya, teruskan membaca.
5 SEBAB KENAPA KITA WAJIB MENGUNDI DAN ANGKAT ANWAR IBRAHIM MENJADI PERDANA MENTERI
1. PENYELAMAT
- Disamping kita perlu menghapuskan korupsi, supaya bila bos kaya dia tak takut bayar gaji tinggi, kita juga perlukan pelaburan dari luar ke dalam negara.
- Sewaktu sebelum diangkat menjadi Menteri Kewangan terbaik Asia pun, Anwar Ibrahim sendiri sememangnya seorang tokoh yang dikagumi dan di pandang dunia. Hubungan nya dengan dunia luar, menjadi satu 'wajah' kepada negara membina keyakinan agar mereka lebih yakin melabur di negara kita.
- beliau juga berpengalaman menjadi menteri kewangan sehingga memulihkan ekonomi negara dari debt to GDP ratio 80% pada zaman Mahahtir-Daim pada tahun 92 kepada hanya 32% pada tahun 97, dan buat kali pertama, belanjawan negara menjadi surplus (pendapatan melebihi perbelanjaan). Kerana apa? Sikapnya yang teliti, tidak korup dan cermat. Namun sikap itu mengundang benci dan dendam kroni dan kleptokrat yang memfitnah beliau dengan cerita jijik liwat (kerana nak sabit kes rasuah dia clean).
- Namun kita akui, nak menyelamatkan negara, dia bukan kerja 'superman' seorang. Dia kerja kumpulan seperti Avengers. Maka disini kita ada Rafizi Ramli, Izzah, maszlee malik, dan ahli ahli parlimen yang hebat dari latar belakang pelbagai membantu beliau mengubati negara yang sakit ini.
- Maka avengers ini perlukan anda letakkan mereka ditempat yang betul. Itu tugas anda.
2. PEMIMPIN BEBAS SKANDAL RASUAH
- Saya bagi perumpamaan. Kalau kita nak rawat kucing yang sakit, kita asingkan dia. Kita tidak boleh campurkan dengan kucing sakit yang lain. Nanti dia lambat sembuh.
- begitulah perumpanaan kalau kita nak rawat negara ini. Kita tidak boleh campur pemimpin yang korup dan tidak korup sekali. Ia akan tetap menyebabkan negara hancur dan semakin sakit.
- Oleh itu, kita mesti dan wajib elakkan negara ini dibentuk dengan kerajaan campuran.
- kerajaan campuran ialah kerajaan yang tidak stabil. Masing-masing akan ada agenda dan demand sendiri. Masing-masing mahu supaya tuntuan mereka di dahulu kan dan bukan tuntutan rakyat. Ingat, akta anti lompat parti hanya terpakai untuk individu yang melompat, dan bukannya parti (atau en block)
3. NEGARA PERLU DI RAWAT SEGERA ATAU....
- Ada yang berhujah, ala tak perlu undi sekarang. Kita tunggu sahaja nanti. Mungkin tunggu 5 tahun sahaja nanti.
- Jawapan mudah saya, negara bukan cedera ringan. bukan luka di jari. Juga bukan calar di kaki. Negara sekarang berada dalam wad ICU. Sekarang dalam bantuan pernafasan. Menunggu "penyelamat" menyelamatkan ia dari terus rebah dan parah. Namun penyelamat ini, hanya akan masuk kalau dibenarkan oleh ANDA. Ya, anda. Anda sekarang pemegang kunci siapa yang anda benarkan masuk ke dalam bilik ICU tersebut. Adakah anda akan membenarkan doktor yang sebenar yang mampu merawat penyakit negara ini, atau anda akan bagi laluan kepada doktor PALSU yang sanggup menipu sijil dan pengalaman.
- Maka ini sekarang terletak di tangan anda
4. MASA DEPAN YANG GELAP ATAU CERAH
- Masa depan negara 5 tahun akan datang juga ditentukan oleh ANDA. Pengundi muda, tua, miskin kaya, pandai, kurang bijak, upaya atau kurang upaya. Anda penentu kepada masa depan negara. Proses mengundi mungkin mengambil masa tidak sampai 5 minit. Anda pergi dan beratur mungkin sejam dua. Namun, keputusan anda untuk keluar itu, walaupun satu undi, kesannya akan menentukan negara ini GELAP atau CERAH dalam 5 tahun akan datang ini.
- Pilihan di tangan anda
5. PERLU KESTABILAN POLITIK
- Akhir sekali, negara perlukan kestablian politik bagi memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur.
- UMNO boleh berikan kestabilan politik, tetapi ia parti yang dipenuhi oleh pemimpin Kurap dan Korup
- Perikatan Nasional TIDAK boleh menjamin kestabilan politik kerana ia pasti dibayangi oleh UMNO dan parti mereka dipenuhi katak-katak yang sanggup melompat bila ada peluang, Mungkin ada yang kata, individu tidak boleh melompat sebab akta lompat parti. Tuan-tuan, bagi pengkhianat, kalau kena HARGANYA, apa lah sangat hilang sebuah kerusi itu.
- Tinggal Pakatan Harapan. Pengkhianat dari PKR sudah melompat. Parti sudah dibersihkan. Begitu juga saka-saka dan katak-katak dari UMNO ke Bersatu dan Bersatu keluar. Sudah pun melompat pergi. Maka, Pakatan Harapan bersih. Tanpa kata, tanpa koruptor. Malah Parti Keadilan sendiri meminta ahlinya menandatangani 3 dokumen
1. Kalau khianat, bayar parti RM10 juta
2. Kena potong gaji
3. Istihar harta dan kalau harta lebih kaya sewaktu jadi YB, maka rakyat boleh nilai dan humban mereka dalam PRU seterusnya.
KESIMPULAN
Sekarang, anda sudah selesai membaca. Tiba masa anda berfikir. 1 undi anda mungkin anda rasa tidak bernilai dan tidak takut ia hilang kalau tidak datang. Namun percayalah, satu undi anda itu, boleh menentukan arah masa depan negara dalam tempoh 5 tahun kehadapan ini. Percayalah.
Pakatan Harapan pilihan saya. Tuntas. Anda bagaimana?
Iswardy Morni
9/11/2022
Petrajaya Kuching Sarawak
No comments:
Post a Comment