*_Luahan hati Dato' Dr Abdul Razak bin Kechik, mantan Pengarah Hospital Besar KL dan penerima Anugerah Pendakwah Negara..._*
السلام عليكم
Maaf ini pilihan raya...kita boleh berkempen parti apa pun... cuma jangan bergaduh.
Saya kenal DSAI pada mula dia kempen tubuh ABIM. *Dia adalah naqib saya dan saya adalah naqib kpd isterinya.* Jadi saya sangat mengenali mereka.
*Beratus ribu orang lagi anak didik beliau.* Dia sentiasa berada dlm hati dan doa kami. Tidak ada pemimpin yg berada di hati rakyat seperti DSAI.
*DSAI tidak pernah liwat sesiapa.* Ini adalah fitnah besar ke atas seorang pejuang agama bangsa dan negara. Character assassination. Siapa yg tuduh, sokong atau setuju fitnah ini dia kena bawa 4 orang saksi yg adil (surah Nur:4) yg telah tengok Anwar membuat benda terkutuk ini seperti 'orang tengok benang masuk lubang jarum' (Dr Yusof Qardhawi dari maksud hadith). Jika dia tak boleh bawa saksi2 ini, hendaklah dia memohon maaf kpd DSAI dan bertaubat kepada Allah sebelum Allah mengambil nyawanya ( al buruj:10). Mesej saya ni bukan mesej politik yg boleh dimain2kan... mesej ni mesej Islam.
*Orang tuduh dia mirip kpd/sokong/ejen Yahudi* dgn melihat video2 lakunan dan lapuran2 tertentu khusunya drp orang yg ingin menjatuhkannya, tanpa disahkan benar ( fatabaiyyanu). *Ini juga fitnah besar. Kena bertaubat (sekurang2nya sbb tidak tabayyun).* Yahudi tidak sebodoh yg kita sangka. Mereka tak dedah perancangan mereka. Yang mereka kata 'Yahudi kata' adalah ciptaan pengfitnah. Kitalah yg bodoh, bukan yahudi.
Politik kita sepanjang zaman adalah *politik fitnah dan menakut2 kan kerana umumnya orang Melayu ni sebahagiannya bodoh, dangkal, mudah percaya, mudah tertipu, mudah lupa.* Selalunya, menang sorak kampung tergadai. Kita kurang keyakinan diri dan suka menyalahkan orang. Kita takutkan orang Melayu kepada DAP, padahal Gerakan, MCA dan parti2 rasis yg lain lagi dahsyat.* DAP tidak rasis: ada Cina, Melayu, India dll di dalamnya. Saya tanya Melayu Penang, kebanyakan org Melayu kata DAP lebih baik dari Gerakan. Cuba tanya.
Sistem pendidikan telah memisahkan kita sampai kita tak kenal satu sama lain. Sebab itu kita tuduh menuduh. Saya belajar bersama mereka dan hingga sekarang antara kawan baik saya adalah mereka.
Mereka adalah rakyat negara ini, jadi tidak ada istilah kafir zimmi dan harbi. *layanan kena sama rata mengikut perlembagaan.* Kita *kena belajar hidup bersama seperti yg Allah suruh (49:13).* _Lita'a rofu._ Barulah kita boleh dakwah mereka. *Ni, dah lah kita tak dakwah mereka, kita cari jalan gaduh.*
Mereka org bukan Islam banyak memikir dan kerja kuat dan jadi orang berjaya. Mengapa kita tak ikut seperti mereka. *Patut orang Islam kena lebih hebat.*
Ramai pemimpin2 kita orang baik tapi dangkal. Ramai ulamak tetapi dangkal. Bukan senang nak laksanakan Islam dlm negara majmuk seperti Malaysia apatah lagi jika bangsa lain lebih maju dari kita. Dahulu politik kafir mengkafir, kemudian hudud, sekarang tak tahu lah apa. Mengapa tidak _'lita'a rofu'_. Mengapa tidak dakwah?
Kita boleh tengok Kelantan yg telah diperintah lama oleh PAS. *Walaupun negeri kaya dgn balak, emas, besi, manganese dn galian2 lain, apa jadi dgn orang Islam? Sosio ekonomi paling rendah di Semenanjung.* Rakyat keluar cari makan di negeri2 lain. Yg kaya pun lari keluar.
*_Sewaktu covid, exco naik gaji berganda2, tukar mercedes kpd yg baru. Dari lapuran akhbar. Mana jiwa Umar al Khattab r.a yg menjadi kurus di zaman pemerintahannya._*
Orang2 yg boleh memikirkan masa depan dicantas. YB Husam, anak didik TGNA sgt hebat pemikirannya... tetapi dicantas. Serious brain drain. Tinggal yg dangkal. Apa erti membangun bersama Islam itu?
*Dato' Dr Abdul Razak bin Kechik*
*_Penerima Anugerah Pendakwah Negara_*
No comments:
Post a Comment