BUAT MEREKA YANG SAYANGKAN KJ..
1. Tersebar di media sosial yang pengundi Parlimen Sungai Buloh berbelah bahagi sama ada mahu mengundi HARAPAN atau BN dalam PRU kali ini.
2. Kata pengundi, mereka mahukan Anwar menjadi PM tetapi dalam masa yang sama tidak mahu kerjaya politik KJ tamat akibat kalah di Sungai Buloh.
3. Naratif ini memang wujud memandangkan KJ antara figura pelapis UMNO yang menjadi perhatian ramai.
4. Namun penulis melihat PRU kali ini akan menentukan untung nasib KJ sebagai pemimpin politik UMNO.
5. Setelah nama-nama besar seperti Shahidan, Tajuddin, Annuar Musa dan Noh Omar disingkirkan dengan begitu tragis sekali, KJ mungkin menjadi sasaran pemimpin BN khususnya kluster mahkamah untuk menyingkirkan beliau memandangkan mereka semua adalah pro- Ismail Sabri dan anti-kluster mahkamah.
6. Tetapi kluster mahkamah tidak berkeupayaan menolak pencalonan KJ atas faktor popularitinya, jika pimpinan BN membuang KJ dalam pencalonan kali ini, pastinya protes besar ahli kepada BN berlaku.
7. Oleh itu, cara yang paling strategik adalah meletakkan beliau di kerusi yang HARAPAN menjadi penyandangnya.
8. Andaiannya, jika KJ kalah di situ, perjalanan politiknya akan berakhir. Ini andaian mereka. Belum tentu jadi.
9. Rakyat perlu membulatkan tekad untuk tidak mengundi UMNO/BN di semua kerusi termasuk Sungai Buloh.
10. Hal ini kerana, jika BN diberikan kemenangan dalam PRU kali ini, BN yang dipimpin oleh kluster mahkamah atau anti-KJ akan kembali bernyawa dan bermaya.
11. Tiada jaminan jika BN memerintah, KJ akan kekal selamat. Lihat semasa BN hanya mempunya kurang daripada 50 kerusi pun, KJ ditolak ke sini sana.
12. Setelah Tok Mat mengumumkan dia bertanding di Rembau, nasib KJ ketika itu celaru dan tiada arah tuju. Malah 2 hari sebelum pengumuman calon BN baru khabar angin menyatakan KJ bakal dihantar ke Sungai Buloh.
13. Ertinya semasa UMNO/BN sedang nazak pun, nasib KJ dipermainkan oleh pimpinan UMNO inikan pula jika BN diberi kuasa penuh memerintah.
14. Oleh itu, jika BN dibenamkan dalam PRU kali ini termasuk Sungai Buloh, semua pimpinan UMNO/BN akan meletakkan jawatan dan proses rebranding semula UMNO/BN akan berlaku.
15. Ketika itu, KJ lah antara orang yang akan diberikan mandat memimpin UMNO/BN dan kerjaya politiknya akan kembali memuncak semula.
16. Jangan takut jika KJ tidak menjadi MP, beliau mampu hidup tanpa posisi tersebut sama ketika beliau menjadi Naib Ketua Pemuda UMNO dulu.
17. Maka buat yang sayangkan KJ, hanya dengan membenamkan UMNO/BN secara total di semua kawasan akan membolehkan KJ terus berada dalam politik Malaysia.
18. Sebaliknya jika BN diberikan nyawa walaupun sedikit dalam PRU kali ini, nasib KJ akan terpinggir dan akan sama dengan tokoh-tokoh lain juga yang disingkirkan sebelum ini.
#KitaBoleh
#TintaSiyasah
No comments:
Post a Comment