Friday, November 4, 2022

 ANWAR IBRAHIM: HADI, HENTIKAN FITNAH!

ALOR SETAR 3 November 2022: Dato Seri Anwar Ibrahim berkata Presiden Pas  menabur fitnah apabila menuduh Pakatan Harapan (PH) berpakat dengan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).


Menurutnya, Abdul Hadi tidak sepatutnya berbohong ketika dia sering membawa imej Islamik dan dikenali serta dihormati sebagai seorang agamawan.


“Sekarang apabila sudah tak ada modal, Abdul Hadi kata PH dan UMNO berpakat. Pakat apa? Kamu bercakap tentang agama, Islam dan akhlak tetapi mana buktinya?


Kita lawan dalam pilihan raya, itu tak apalah tetapi buat apa tabur fitnah? Kalau kamu orang biasa tak tahu agama tak mengapalah tetapi kamu pakai jubah, serban sampai orang cium tangan tanda hormat tetapi cakap tak betul.


Mana boleh begitu? Kamu ustaz, tak boleh bohong begitu.


Dakwaan tersebut langsung tidak berasas kerana PH memasuki PRU15 dengan tekad memenangi sekurang-kurangnya 112 kerusi bagi memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan Persekutuan.


Pendirian PH sama sekali berbeza dengan Presiden Pas yang sanggup ‘mengemis’ kepada Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk meminta sokongan bagi meneruskan kerjasama.”


Sebelum itu semasa menjawab soalan wartawan di Kuala Lumpur, Pengerusi PH itu berkata, prinsip dan dasar PH adalah tegas untuk memimpin dan memerintah dan bukannya seperti Pas yang sanggup bermain banyak ‘kolam’ atau rundingan dengan mana-mana parti.


Sehubungan itu, katanya sebarang gerakan yang dikaitkan dengan mana-mana gabungan selepas pilihan raya disifatkan sebagai satu hujah yang tidak berasas kerana PH masuk pilihan raya umum kali ini adalah untuk menang.


“Kita umumkan secara jelas Pakatan Harapan menawarkan dalam manifesto dan saya jelaskan dalam buku Madani apa yang kita jadikan wawasan dan hala tuju negara ini, kemudian kita berhasrat untuk menang serta semalam kita sebut sekurang-kurangnya majoriti mudah, maknanya supaya dapat memerintah.


Jadi sebab apa kita mahu kaitkan dengan UMNO, Pas atau mana-mana parti lain. Kita masuk pilihan raya untuk menang, kita merayu kepada rakyat untuk memberi laluan supaya apa yang disebut itu tidak berlaku.

Saya bukan macam Ustaz Hadi, dengan Tun Dr. Mahathir runding nak pakat, dengan Najib Tun Razak runding nak pakat kemudian dengan Ismail Sabri pun runding nak pakat dan sekarang dengan Muhyiddin Yassin. Dia boleh berlegar di banyak kolam, saya, dasar kita PH adalah untuk memimpin dan memerintah.


Ustaz Hadi ini pandangan dia, bagi saya tidak mewakili sosok yang sepatutnya ada. Seorang alim sepatutnya beri pandangan berdasarkan hujah dan fakta, bukan kecaman melulu.

Kita dalam politik ini hujah, bagi saya kita tegur Pas dengan hujah yang betul, judi bagaimana, RUU 355 di mana, jadi tak payah singgung dari segi yang dibuat andaian begitu rupa dan andaian itu tak ada asas begitu sekali.”

No comments:

Post a Comment