Sunday, November 21, 2021

 Kerajaan Melaka 25%


25% pengundi Melaka memilih BN untuk memimpin untuk tempoh lima tahun mendatang. 


35% tidak turun mengundi, manakala 

40% tidak memilih BN.


Dari aspek kerusi di DUN, 75% milik BN berbanding kerus pembangkang sebanyak 25%.


Jadi, yang menang, jangan happy sangat. Yang kalah, jangan sedih sangat.


Yang tak undi, yang undi rosak, dan tak pulangkan undi... Ni tak perlu demand macam-macam sangat, dan tak payah komen banyak-banyak..πŸ˜…


Catatan Jumlah Undi (data tak rasmi):


BN - 122,741 = 25%

PH - 114,457 = 23%

PN - 77,731 = 16%

PUTRA - 367

IMAN - 167

Blok Bebas - 4,226 = 0.1%


Undi rosak dan tak pulangkan kertas undi - 6,379 = 1.3%


Tidak undi - 175, 507 = 35%

Jumlah pengundi - 495,196


#PRNmelaka

#JadikanPengajaran

#NextElectionGunaLogoPKR

#DgrKataUmbiDibawah

#TolakKatakPNgkhianatanDanSakaTua96

 ** *Rakyat Malaysia telah tiba di Persimpangan Jalan.*  **


         Jika kita tidak bersatu maka lebih 20 tahun lamanya seruan Reformasi oleh ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim akan sia-sia, apabila negara kembali di bawah pemerintahan regim Barisan Nasional.


         Secara kesatnya, rakyat Malaysia sekali lagi perlu mengalu-alukan bekas "Wanita Pertama" dan suaminya, walaupun segala usaha telah dilakukan bagi membetulkan keadaan sebelum ini.


         Kelihatan kebanyakan rakyat Malaysia yang menyokong Pakatan Harapan mahu menyaksikan perubahan, tetapi mereka entah bagaimana mudah terpengaruh oleh laskar siber upahan dan terkaman pendapat oleh ahli politik yang banyak wang.


         Pada pilihan raya umum akan datang, satu pendekatan baharu juga dijangka untuk menonjolkan calon-calon  Bebas yang terdiri terutamanya daripada tokoh berpengaruh untuk mencuri undi daripada PH. Apabila undi berpecah, BN akan mempunyai kelebihan berbanding PH.


         Apabila Melaka jatuh ke tangan Barisan Nasional, telahan pertama yang diberikan oleh cyber trooper yang menyamar sebagai penyokong PH ialah: “Anwar tidak relevan lagi.”


         Saya pernah mendengar rentak lagu yang sama didendangkan apabila katak-katak politik melompat keluar dari kerajaan PH pada 2020, menyebabkan keruntuhan kerajaan pilihan rakyat.


         Soalan saya: Apa kaitan Anwar dengan ini? Jika orang ramai yang menyahut seruan Reformasi bertekad untuk melihat perubahan, maka mereka perlu teguh dan kekal pada landasan yang betul.


         Jika kita memberi perhatian dan pemerhatian yang cukup, banyak das-das tembakan hanya ditujukan kepada pemimpin utama: sama ada Anwar dalam PH atau Lim Guan Eng dalam DAP. Sebelum ini, bapa Lim, Kit Siang jadi bahan diserang.


         Alasannya jelas. Sama seperti  permainan catur, kemenangan terbesar dicapai jika anda dapat "membunuh" raja. Selama bertahun-tahun, Anwar telah menjadi sasaran begitu banyak sekali kempen fitnah dan pembunuhan karakter.


Ada sesuatu yang tidak kena jika Anwar dilemparkan ke penjara sebanyak dua kali kerana dakwaan kesalahan yang dilakukannya, tetapi tiada seorang pun dari kluster mahkamah atau ahli politik yang telah dikenal pasti kesalahannya dipenjarakan.


         Rakyat Malaysia, sila bangkit! Banyak yang boleh diperkatakan mengenai pilihan raya negeri Melaka tetapi saya hanya akan memberikan ulasan sepintas lalu tentang perkara ini. Pertama, ia adalah pilihan raya negeri yang sangat hampir dengan Pilihan Raya Umum.


         Kedua, sempadan masih ditutup dan wabak Covid-19 masih belum reda. Ramai rakyat Malaysia yang menetap di luar negara tidak dapat pulang. Ketiga, kebanyakan kita sibuk dengan urusan harian kita sendiri, dan kita langsung tidak pedulikan pilihan raya negeri ini kerana sedar bahawa pilihan raya umum hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.


         Saya percaya menjelang PRU15, ia sekali lagi menjadi persoalan sama ada kita mahu negara kembali kepada regim lama yang diketahui perasuah. Bagi saya, adalah jauh lebih baik bagi sebuah kerajaan dibina atas integriti daripada kerajaan di mana pemimpin korup yang sama cuba untuk membuat kemunculan semula.


         Tiada parti politik yang sempurna. Ada orang baik dan ada yang jahat dalam setiap parti. Oleh itu, kita perlu melakukan perubahan semula dalam cara kita berfikir.


         Penyokong PH harus bertanya soalan, jika Anwar sudah terlalu tua, bagaimana pula dengan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad, malah ahli politik tercemar, seperti Najib Abdul Razak dan timbalannya, Zahid Hamidi? Adakah mereka lebih muda daripada Anwar?


         Pada saya, seruan untuk sistem dua parti dalam negara demokrasi masih relevan. Kita terlalu obses mengharapkan PH akan menjadi serba sempurna, walaupun mengetahui sangkaan sedemikian adalah tidak realistik.


         Kita tidak memberikan PH masa yang mencukupi untuk melaksanakan reformasi, dengan menyedari dan mengambil kira bahawa kerajaan di bawah Dr Mahathir, penuh dengan katak politik yang mempunyai agenda sendiri, hingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PH.


         Kita tidak boleh tidak menghiraukan perancangan besar yang telah didedahkan oleh beberapa pemimpin Umno sejak awal lagi bahawa PH akan tumbang pada separuh pertama pemerintahannya. Apa yang ramai orang tidak nampak ialah bahawa segala tipu daya yang berlaku di dalam dan di luar PH itu sendiri bukanlah salah orang baik-baik di dalam PH sendiri.


          Kalau PH ada orang macam Azmin Ali, Mahiaddin Yassin, Maszlee Malik, malah Dr Mahathir, BN pun ada orang macam Najib, Zahid, Ahmad Mazlan dan seumpamanya.


Malah, apa yang kita lihat dahulu, banyak intimidasi politik dilakukan melalui orang seperti Ibrahim Ali, Jamal Mohd Yunos (kini Dato' Seri), dan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Pangkat Keempat Johan Mahkota Wilayah (JMW).


         Saya takut dan bimbang bahawa jika BN menang PRU15, ramai daripada mereka ini yang akan mengisi jawatan yang akan membawa negara ke jalan yang batil.


Oleh Stephen Ng


(terjemahan daripada bahasa Inggeris asal)

Monday, November 15, 2021

 

Tiga contoh ‘parti lebai’ tunggang agama, apa bukti PH bawa agenda komunis?

 



Oleh ZOLKHARNAIN ABIDIN / November 16 , 2021

Pasal itulah saya panggil pemimpin parti tunggang agama itu sebagai lebai. Pasal apa? Pasal bercakap ikut sedap mulut. Pantang boleh mekropon, merapu selalulah. Lebailah katakan!

Ya, saya tahulah, bukan semua lebai merapu. Tapi lebai parti tunggang agama ini memang kaki merapu. Bukan takat merapu, meraban lagi.

Hat baru sekali, lebai tu kata, PH bawa agenda komunis. Ni lebai, bagi tau la, apa agenda komunis yang PH bawa? Takat kata macam tu, sapa pun boleh kata.

Bila saya kata parti tunggang agama buat kerja menunggang agama, saya sebut contoh. Ni saya bawak tiga contoh parti lebai tunggang agama:

(1) Orang lain buat haram, lebai buat halal.

(2) Baca ayat Quran tala kat orang lain, lupa kat diri sendiri.

(3) Sembang berjuang Islam, tapi sokong pengkhianat.

Okay, lebai bawak pula contoh PH bawa agenda komunis. Saya nak tahu jugak. Sebab, setakat yang saya tahu, kawan rapat parti komunis adalah kawan parti tunggang agama.

Apabila hangpa bohong, orang tau hangpa bohong. Saya kesian kat hangpa. Dahlah bohong dapat dosa, undi pun hangpa tak dapat.

Sudah-sudahlah lebai. Bawa betobatlah!

 

Saturday, November 13, 2021

 Bersungguh benar penyokong DAP serang DS Anwar. Aku tengok kalau ada saja berita tentang mantan Adun UMNO yang bertanding atas tiket PH, dalam ruangan komen memang penuh dengan serangan terhadap DS Anwar.


Sebenarnya ini bukan perkara baru. Serangan terhadap DS Anwar bermula sejak Langkah Sheraton lagi. Pada ketika itu DS Anwar dicerca kerana dikatakan enggan bekerjasama dengan Mahathir menyebabkan PH hilang kerajaan.


Padahal hakikat sebenarnya, PH telah pun buat tawaran kepada Mahathir tetapi ditolak. Mahathir hanya buat u-turn apabila melihat DS Anwar mula mendapat sokongan. U-turn Mahathir hanya untuk nafikan sokongan terhadap DS Anwar.


Tapi katalah DS Anwar setuju bekerjasama dengan Mahathir ketika itu. Manakah Mahathir akan dapat kerusi bagi cukupkan majoriti? Tentulah daripada katak. Kan? Tapi masa itu DS Anwar dicerca kerana enggan terima katak. Sekarang dah terbalik.


Kemudian mereka marah lagi ketika DS Anwar menolak tawaran Mahiaddin untuk PH bersama dalam kerajaan apabila UMNO menarik balik sokongan. Mereka kata rugi tolak tawaran kerana itu peluang untuk buat reformasi sistem.


Haik? Bukan Mahiaddin itu katak juga? Lagilah katak paling besar. Katak daging, gitu. Pada waktu itu tidak pula bercerita tentang prinsip. Sebaliknya DS Anwar yang tolak tawaran itu kerana prinsip pula yang dihina. Ini apa jenis manusia ni?


(Tambahan) Selepas UMNO tarik balik sokongan terhadap Mahiaddin, DS Anwar dikritik kerana dikatakan tidak berusaha mencari majoriti. Aku nak tanya, masa tu, kalau DS Anwar berusaha cari majoriti, apa yang PH akan dapat? Bukan katak? Masa tu DS Anwar disuruh pula cari katak. Begitu?


Sudah-sudahlah bersifat hipokrit. Aku nampak seolah pemimpin DAP marah DS Anwar terima mantan Adun bukan kerana prinsip. Tapi kerana dendam. Kerana kekentalan DS Anwar menolak kerjasama dengan pengkhianat telah gagalkan cita-cita mereka berada dalam kerajaan semula.


Serangan terhadap DS Anwar pada ketika ini hanya untuk melunaskan dendam yang lama terpendam.


Pemimpin DAP, sila nasihatkan penyokong anda supaya jaga adab. Jangan berterusan memalu gendang. Jangan sampai paluan gendang kamu kami sambut. Berat jadinya nanti.


Waktu begini, kita perlu bersama. Pemimpin setiap parti elakkan bercakap, menulis atau berkomentar perkara yang tidak perlu. Tak usah terlebih tunjuk bijak. Nanti nampak bodoh.


PH mesti bergerak sebagai satu unit. Tapi kalau kamu sudah rasa kuat bersendiri, jalankan sendiri. Jangan terus bawa nama PH tapi bertindak mahu asing-asing. Itu pun khianat juga namanya.


 

Raja Gelap

Monday, November 8, 2021

 Alhamdulillah, Allah beri lagi kesempatan pagi ini untuk menunaikan solat subuh berjemaah di Masjid Al-Hassaniah Kampung Pantai..


Kesempatan yang ada juga saya ambil untuk menziarahi kubur ibunda tercinta dan Almarhum Mufti Haji Hassan Bin Abu Bakar, bekas Mufti Kerajaan Negeri Melaka.


"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia,  maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman "

‎Ψ’َΩ…ِΩŠΩ€ٍΩ€ِΩ†ْ Ψ’َΩ…ِΩŠΩ€ٍΩ€ِΩ†ْ يَΨ’ Ψ±َΨ¨َّ Ψ’Ω„ٌΨΉَΨ’Ω„َΩ…ِِيِΩ†


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERJUANGAN DARI SAYA.🌹


#ustazjulas #PartiAmanahNegara #kualalinggi #Amanah #N01




Saturday, November 6, 2021

 Ikan Siakap dan Kapal Selam


Ada persamaan antara ikan siakap dan kapal selam. Persamaannya ialah kedua-duanya tinggal di air. Ikan siakap boleh menyelam dan begitulah juga kapal selam. Sementara bezanya ialah ikan siakap ciptaan Tuhan manakala kapal selam pula adalah ciptaan manusia.


Baru-baru ini kita digemparkan dengan cerita sebuah restoran di Langkawai yang menjual hidangan masakan ikan siakapnya dengan harga hampir mencecah RM 2000.00. Pelanggan tersebut mahu masakan ikan siakap yang sesuai untuk dimakan tujuh orang sahaja. Tetapi hidangan masakan yang disediakan sehingga boleh dimakan untuk seramai 30 orang. Dengan harga yang sebegitu untuk makanan tujuh orang sekeluarga memanglah sangat mahal.


Cerita hidangan ikan siakap yang mahal ini hanyalah satu dari berbagai-bagai cerita yang agak pelik di negara ini. Selain cerita hidangan ikan yang mahal ini banyak lagi cerita-cerita yang pelik berlaku di negara ini. Antaranya ialah cerita mengenai kapal selam.


Untuk menguatkan pertahanan melalui laut banyak negara di dunia ini membeli atau membuat kapal selam. Negara ini tidak terkecuali membeli kapal selam untuk menguatkan pertahanan melalui tentera laut.


Beberapa tahun yang lalu kita dihebohkan dengan cerita kapal selam. Kapal selam yang kononnya tercanggih dibeli dari Perancis itu dikatakan sangat hebat tetapi kapal selam itu tidak boleh menyelam di laut. Bermacam-macam alasan diberikan kenapa kapal selam tersebut tidak boleh menyelam. 


Cerita pembelian kapal selam yang harganya berbilion ringgit ini dan jauh lebih mahal dari pembelian negara lain terhadap kapal selam jenis yang sama ini menimbulkan cerita berangkai pula. Cerita berangkai tersebut ialah bila pembelian kapal selam ini dikaitkan pula dengan seorang wanita cantik dari negara asing. Cerita wanita cantik ini pula tidak berakhir di situ. Cerita tersebut menjadi meleret-leret dan berpanjangan.


Selain cerita kapal selam yang tidak boleh menyelam ini terdapat juga kisah kapal selam yang juga dibina tidak siap-siap. Kos untuk pembinaan kapal selam tersebut juga telah menelan belanja berbillion-billion ringgit. 


Kisah kapal selam ini yang tidak boleh menyelam dan tidak siap-siap pembinaannya ini menunjukkan bagaimana wang rakyat telah diselewengkan dengan begitu mudah sekali. Jumlah yang diselewengkan bukan sedikit, tetapi merupakan satu jumlah yang sangat besar. Tiada langsung rasa tanggungjawab ahli politik yang menguruskan pembelian dan pembuatan kapal tersebut. Seolah-olah wang rakyat yang berjumlah berbillion-billion ringgit itu boleh digunakan mereka dengan sesuka hati. 


Jika perbuatan tersebut berlaku di negara maju tentu sahaja mereka yang terlibat telah berada di dalam penjara sekarang untuk tempoh yang sangat lama. Tetapi di negara ini cerita tersebut menjadi bahan untuk orang yang terlibat berdolak dalik dan menipu rakyat. Memang ternyata jelas perbezaan sikap rakyat dan pemimpin di negara maju yang bertanggungjawab terhadap bidang yang diceburi. Seorang peniaga atau pengusaha restoran di negara maju akan melayan pelanggannya dengan jujur dan amanah, tiada niat langsung untuk menipu. Sementara seorang pemimpin atau ketua di negara maju akan memimpin rakyatnya dengan jujur dan tidak menipu.


Cerita hidangan ikan siakap yang mahal dan kapal selam yang tidak boleh menyelam dan tidak siap-siap dibuat di negara ini adalah satu gambaran kebobrokan masyarakat di negara ini. Ia gambaran sebuah masyarakat yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Gambaran masyarakat yang mengambil kesempatan dari kepercayaan yang diberi oleh pelanggan. Begitu juga dengan ahli politik yang menguruskan pembelian dan pembuatan kapal selam tersebut. Mereka telah khianat kepada rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil rakyat.


Tentang perbuatan ahli politik yang khianat dan diikuti perbuatan khianat mereka oleh rakyat terdapat pepatah yang menyatakan, ikan busuk dari kepala. Pepatah ini bermaksud segala perbuatan buruk dari masyarakat dimulai dari perbuatan pemimpin atau ketua yang berkelakuan buruk dalam masyarakat tersebut. Perbuatan pemimpin atau ketua yang buruk tersebut akan diikuti pula oleh rakyat atau pengikut mereka.


Sebagai bangsa dan rakyat yang beradab dan berakhlak, rakyat negara ini sepatutnya malu dengan perbuatan mengambil kesempatan  dan tidak amanah yang berlaku di negara ini. Hal ini demikian supaya ikan tidak terus busuk dari kepala. Kita sepatutnya malu menjadi orang Malaysia yang mempunyai pemimpin dan ketua yang berperangai hodoh seperti itu.


Taufiq Ismail sasterawan besar dari Indonesia ketika merakam kejadian hodoh dan buruk di negaranya menerbitkan sebuah kumpulan puisinya Malu (Aku) Jadi Orang Indonesia. Judul kumpulan puisi itu diambil dari judul salah satu puisinya dalam kumpulan tersebut.


Maka kita orang Malaysia amat wajar jika turut berkata malu aku jadi orang Malaysia dengan apa yang berlaku sekarang di negara ini. Kecualilah kita telah menjadi bangsa yang tidak punya malu dengan apa yang berlaku di negara kita sekarang!


Hasni Abas ialah penggiat seni dan budaya. Beliau lulus ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera dan Sains Politik dari USM dan ijazah Sarjana Sastera dan UPM. Beliau telah menulis sejak tahun 1980-an.


Kuala Lumpur 

6 November 2021.

Friday, November 5, 2021

 Enakmen Kanun Jenayah Syriah yang paling pelik ...dalam sejarah... 


PAS PERLUKAN PERUBAHAN PARADIGMA


1. Dua hari lepas, kerajaan Kelantan PAS menguatkuasakan 24 peruntukan baharu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang antaranya melibatkan persetubuhan dengan mayat, sihir, dakwaan palsu, percubaan keluar Islam, memutarbelitkan ajaran Islam, dan persetubuhan dengan bukan manusia.


2. Reaksi pertama saya ialah apakah negeri ini pelik, rakyatnya pelik, atau pemimpinnya pelik? Apakah PAS memikirkan inilah caranya untuk menyelamatkan negeri yang ramai rakyatnya susah sekarang? 


3. Jika PAS mengutamakan pelaksanaan jenayah Islam, kenapa tidak diperjuangkan RUU 355 sementara berkuasa di peringat pusat? RUU 355 ini tentunya lebih meluas lagi pengunaannya di seluruh persekutuan dan melibatkan jenayah yang lebih kerap dilakukan berbanding dengan kesalahan bersetubuh dengan mayat atau bersetubuh dengan bukan manusia.


4. Sudah ditelitikah kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan itu sama ada bertentangan atau tidak dengan perlembagaan persekutuan, khususnya perbuatan unnatural sex itu? 


5. Tahukah pemimpin PAS, dalam kes Iki Putra, mahkamah persekutuan telah memutuskan mahkamah syariah tidak mempunyai bidang kuasa dalam kesalahan-kesalahan yang telahpun berada di bawah undang-undang persekutuan, termasuklah jenayah unnatural sex?  


6. Jika unnatural sex ini teruk di Kelantan, kenapakah setelah memerintah 31 tahun baharu tahun ini kesalahan jenayah ini diperkenalkan? 


7. Dalam memerintah Kelantan, PAS perlu tahu memilih prioriti. Rakyat hendakkan air paip bersih, peluang pekerjaan dan perniagaan serta kemudahan infrastruktur yang baik. 


8. Ini tidak, lain yang rakyat hendak, lain pula yang diberikan. Misalnya, rakyat dikenakan hukuman 6 bulan penjara atau denda RM1000 jika tidak menutup aurat. Bagaimana jika pakai seluar pendek, bagaimana jika pakai kain nampak lutut? Apakah itu dikenakan denda juga?


9. Enakmen Kanun Jenayah Syariah juga menyatakan menjadi satu kesalahan bagi mereka yang memutarbelitkan ajaran Islam. Apakah maksud memutar belitkan ajaran Islam itu? Apakah ia merujuk kepada ajaran sesat atau termasuk juga mereka yang selalu memberikan fatwa agama yang berbelit-belit?


10. Sementara kerajaan Kelantan boleh teruskan dengan pelaksanaan dan penguatkuasaan Enakmen yang telah diluluskan, baik juga kiranya pemimpin PAS menggunakan masa dan tenaga untuk mengatasi masalah air, kebersihan, masalah dadah dan pil kuda, mengatasi masalah ekonomi rakyat, membangunkan pelancongan, dan menggiatkan projek kraftangan tempatan. 


11. Kerajaan Kelantan juga perlu perjuangkan banyak lagi isu besar lain seperti isu rasuah, literasi rakyat, alam sekitar, dan kewangan negeri yang selalu defisit. Jika ini tidak kerajaan PAS perjuangkan, negeri akan terus mundur dan merosot. Dengan kadar pertumbuhan ekonomi sekarang, bayangkan apa yang akan berlaku dalam tempoh 10 tahun dari sekarang?


12. Mengulas tindakan kerajaan PAS Kelantan ini, kawan saya berkata “PAS laksanakan enakmen ini kerana ia tidak memerlukan modal. Modalnya air liur sahaja, mudah jual sebab melibatkan dosa pahala.” 


13. Kata seorang lagi kawan saya: Luckily, I notice that "stupidity" is not on the list.


Sesungguhnya PAS ini pelik dan memerlukan perubahan paradigma. Begitulah!