Thursday, December 9, 2021

JANGAN LA KATA NAJIB TU SALAH- OWHHH CAM TU- DULU KES TUDUH EDAR PIL KUDA PUNCA LETAK CALON MERATA YA...

GAMBAR NI MASA NAJIB ADA KUASA.....MAKA KITA SONDOL LAH NAJIB..BILA NAJIB DAH KENA...KAH...KAH...KAH...BATANG HIDUNG TAK JENGUK

 May be an image of 5 people and people standing

Tuan Ibrahim kata, seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Ada mahkamah akhirat selain mahkamah dunia, katanya. Maksudnya, jangan la kata Najib tu bersalah sehingga dibuktikan dia bersalah. Dah dua mahkamah kata Najib bersalah. Cuma satu lagi mahkamah yang Najib akan merayu.

Lupakah kita waktu Hadi Awang tuduh calon-calon Keadilan ada yang edar pil kuda dan sokong komunis? Dia gunakan alasan itu untuk Pas letak calon di kerusi-kerusi yang Keadilan bertanding. Waktu itu, siapa calon Keadilan yang didapati bersalah edar pil kuda atau sokong komunis? Mengapa Hadi buat tuduhan? Tidakkah bercanggah dengan apa yang Tuan Ibrahim katakan itu?
Kesimpulannya, lebai ni penjual agama!!
WFAUZDIN NS

Tuesday, December 7, 2021

 

Tengokkan saja spin team propa UMNO bila nak cover line.


LIYANA MARZUKI


Siap buat poster katanya RM400skp untuk Flat PKNS. Bersyukur je lah kata mereka. Ada la geng broker tanah, yang buat posting panjang2. Katanya tu rumah flat. Terima jelah RM200k tu dan pindah keluar.
Ni saya nak rebut. Laporan akhbar mengatakan bukan hanya penduduk rumah flat. Tapi rumah teres juga terkesan.
Ia mengatakan pampasan yang ditawarkan:
RM200,000 untuk rumah flat
RM400,000 untuk rumah teres.
Bahagi lah 500kps untuk rumah flat dan 1000kps untuk rumah teres, ia tetap RM400skp.
Berbanding cakap Annuar Muso suruh bayar ikut harga pasaran. Ikut Najib Razak harga pasaran ialah RM3000skp. Tanah ni lagi dekat dengan KLCC. Mungkin boleh jadi mahal lagi.
Makanya propaganda hanya rumah flat PKNS itu merupakan propaganda jahat menutup hipokrasi mereka dulu. Sekarang dah terlingkup.
Confirm ada rumah teres juga. Harga pasaran RM3000, yang penduduk dapat RM400.
Kampung Baru ke Kampung Sungai Baru, penduduknya tetap Melayu. Tak perlu ke pembelaan pejuang bangsa?
Bukan kah masa tahun 2019 dulu punya lah macam Rimau marahkan kerajaan. La ni macam kucing tersipu2 spin sana sini…
On a separate note, saya rasa orang Kampung Baru dah boleh senyum. Kalau ikut logik NR, confirm korang boleh dapat RM3000skp. Jangan diaorg kona baring lagi sudah πŸ˜…

 


 











Apa agaknya pendirian Ismail Sabri Yaakob mengenai Muafakat Nasional? Waktu dahulu kita tahu, masa MN ditubuhkan. Tetapi tidak selepas beliau memegang jawatan Perdana Menteri. Ertinya sejak jadi PM beliau agak sepi mengenai MN, khususnya pergolakan partinya dengan PAS berhubung soal Bersatu. Tidak ada komen – apa lagi kenyataan terbuka.

Ada yang percaya beliau tersepit (atau terperangkap untuk guna perkataan lebih lembut) antara Umno dengan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin. Tidak perlulah kita diperingatkan jawatan Perdana Menteri yang dipegang Muhyiddin diambil Ismail. Kita pun masih ingat mengapa Muhyiddin letak jawatan dan angkara siapa memaksa perletakan jawatan itu dilakukan.

Ramai pemerhati dan penganalisis politik sependapat apabila PAS memeluk Bersatu dan menggunakan lambang Perikatan Nasional dan melawan Umno-BN pada PRN Melaka bulan lalu ia merumitkan Ismail. Apa tidaknya kerana PAS dan Bersatu bersama parti Ismail mendirikan kerajaan persekutuan pimpinannya. Kata pemerhati dan penganalisis politik itu antara contoh keadaan serba salah Ismail. Tentu ada lagi contoh.

Oleh kerana saya bukan ahli nujum dan tidak punya gelok jampi Pak Belalang, saya tidak tahu apa yang Ismail fikirkan akan apa yang berlaku antara Umno, PAS, dan MN keseluruhannya.

Benar Ismail “hanya seorang Naib Presiden Umno lantas ‘memberi laluan’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden partinya untuk ulas, komen, dan cakap mengenai MN. Akan tetapi beliau adalah Perdana Menteri dan kata-kata beliau penting dan membawa kesan. Lagi pun dua Naib Presiden Umno yang lain Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid kerap menyuarakan pendapat, pandangan, dan pendirian masing-masing mengenai masalah MN. Terutama Khaled yang lantang mengkritik PAS dan Bersatu.

Sebelum ini kedengaran pendapat bahawa Ismail ‘ditugaskan’ Umno menjaga negara manakala parti dijaga Presiden dan juga Najib Razak bekas Presiden.

Hakikatnya Ismail memilih untuk memendam rasa dan seperti dikatakan tadi mengizinkan bos-bosnya dalam Umno bersuara mengenai isu yang diperkatakan ini. Sama ada ada beliau merestui apa yang dikatakan Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamad Hasan berhubung isu MN, saya ulangi – saya bukan ahli nujum.

Apa pun, bagi saya, hantaran Facebook terbaharu Zahid paling keras setakat ini. Presiden Umno itu merujuk kenyataan Presiden PAS yang mempersoalkan keikhlasan Umno menjayakan MN.

Abdul Hadi Awang membayangkan Umno sudah ‘lari’ daripada piagam MN apabila “mahu PAS dan mereka (Umno) sahaja dalam MN” dengan menolak Bersatu yang merupakan sekutu PAS dalam PN.

Respon Zahid: “Seseorang yang bergelar ulama harus mengikut ‘nas’ yang sahih bukan memanipulasi hukum mengikut selera politik untuk memperdagangkan agama demi mencapai objektif siasah”.

Cukup keras bukan? Sebelum ini musuh PAS kerap menuduh parti itu “menunggang dan memperdagangkan agama” untuk keuntungan politik. Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah pernah menuduh PAS macam “pelacur politik”.

Bagaimanapun apabila Zahid menggunakan istilah “memperdagangkan agama” ia sesuatu yang menyentakkan. Ini kerana beliau dilihat satu-satunya pemimpin Umno yang boleh menyatukan Umno dengan PAS. Malah MN dikatakan ilham beliau. Oleh itu ramai pemerhati yang beranggapan jika Zahid sendiri menyelar Hadi keadaan sememangnya amat buruk.

Seperti yang dijangka perang mulut Umno-PAS mencetus reaksi Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari. Beliau saya sifatkan hulubalang terbaharu Presiden PAS kerana kerap tampil mempertahankan Hadi dan melakukan serang balas.

Kali ini Fadhli berkata Umno tidak patut menggunakan keanggotaan Bersatu dalam Pakatan Harapan pada masa lalu sebagai alasan menolak parti itu menyertai MN. “Jika luka kerana Bersatu menjadi sebahagian daripada PH itu sangat besar untuk dilupakan kenapakah Umno sanggup menjadi sebahagian daripada kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dahulu?”

Ada logiknya apa yang beliau persoalkan itu. Jelas, beliau merujuk peranan Umno dalam dan selepas Langkah Sheraton pada Februari 2020. Langkah Sheraton ialah rampasan kuasa cara politik. Lalu, sebagai orang politik, Fadhli pasti tahu dalam bidang yang diceburinya itu tidak ada kawan mahupun lawan yang kekal. Yang kekal hanya kepentingan. Sama ketika PAS berbaik dan bermesra dengan DAP dalam Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat suatu masa dahulu.

Dalam konteks MN, pemimpin Umno yakin PAS faham akan sensitiviti soal hubungan Umno-Bersatu sama seperti Umno faham sensitiviti hubungan PAS–Amanah. Asal Bersatu ialah Umno dan parti itu ditubuhkan untuk “menghapuskan” Umno manakala asal Amanah adalah PAS dan ia ditubuh untuk menentang PAS.

Oleh itu, kata Timbalan Presiden Umno walaupun partinya turut berpendirian Amanah, PKR, serta Pejuang juga sebahagian ummah yang berkepentingan, Umno tidak pernah mempelawa parti-parti itu menyertai MN kerana “tidak mahu menyakiti hati PAS”. Maksudnya Umno menjaga sensitiviti PAS. Itu menurut Tok Mat.

Menarik kerana kini semua parti itu disebut dalam pertelingkahan Umno-PAS. Parti pimpinan Hadi pula turut menyenaraikan Putra yang ditubuhkan oleh orang lama, Ibrahim Ali. Kata Fadhli, PAS tidak bermasalah menerima Putra bersama parti-parti yang disebut Tok Mat masuk MN dengan syarat tertentu.

Saya tidak bercadang menggariskan syarat yang PAS tetapkan. Hanya ingin menjelaskan saya kata ini “perkembangan menarik” kerana nama parti-parti itu tidak pernah timbul sebelum ini.

Pun begitu (ini juga menarik) Ketua Pemuda PAS mengingatkan bahawa Umno dan PAS telah bersepakat untuk mengundang Bersatu ke dalam MN sebelum ini.

Imbas kembali laporan media 21 Ogos 2020 yang menyebut Zahid dan Hadi telah tandatangani surat mengundang Bersatu sertai MN. Ini berikutan keputusan yang dicapai pada mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden Umno dan PAS.

Bagaimanapun pada Perhimpunan Agung Umno 2020 yang diadakan pada Mac tahun ini, perwakilan sebulat suara memutuskan Umno tidak akan membentuk sebarang kerjasama politik dengan Bersatu. Kata Timbalan Presiden Umno, partinya terikat dengan pendirian itu – “jadi amatlah munasabah untuk realiti ini difahami dan diterima sebelum PAS mencadangkan keanggotaan baharu dalam MN”.

Kesimpulannya, apa yang kita tonton sekarang adalah permainan politik Umno dan PAS dan juga sedikit sebanyak Bersatu yang mengkagumkan dan memualkan pada masa yang sama. Tidak perlu tilik dengan gelok jampi Pak Belalang untuk tengok itu semua.

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Saturday, December 4, 2021

 NAJIB KATA ADA PIHAK LINDUNGI MAKLUMAT 1MDB? BETUL KE YB ?


1. Agaknya najib ni lupa apa dia buat masa dia berkuasa. Sepatutnya 1MDB ni kalau dia tak terlibat, dah lama jholow boleh ditahan.


2. Dalam kes laporan polis baru2 ini, agak mengkagumkan saya beliau sendiri pergi report polis. 


3. SEDANGKAN sewaktu satu dunia diantara 2015 ke 2016, pelbagai agensi melakukan siasatan dan pendakwaan.  APA NAJIB BUAT MASA TU? 


Menafikan berlaku kes2 fraud tersebut malah mempertahankan semua yg terlibat. 


4. Kita boleh imbau kembali tindakan2 beliau. Dari janji nak saman WSJ , mengganggu siasatan sprm dengan menukar pegawai sprm, membuang peguam negara , memansuhkan pasukan siasatan khas 1mdb, memecat ahli2 umno yg bersuara, tidak membenarkan soalan berkaitan 1mdb di parlimen, tidak mengambil saranan laporan PAC dan banyak lagi.... malah JASA telah menerbitkan buku khas menafikan segala fraud 1mdb.


5. Cuma kali ini, zeti telah diserang. Kes zeti ini simple. 


5.1 Berlaku sykt suami zeti yg hanya jadi salah seorang bod di company spore. Lama sebelum 1mdb ini pecah busuknya pada 2015. 


5.2 Saya rasa ramai penerima duit 1mdb sebelum 2015  ni pun  melihat tiada apa kesalahan pada 2009 . Apatah lagi 1mdb di terajui oleh PM dan kerajaan.  


5.3 Jadi, bagusnya dalam kes syarikat suami zeti ialah sebaik sahaja mengetahui pada 2015 dana diterima ini adalah dana fraud, mereka telah memulangkannya kpd CAD DAN MAS Spore. 


6. Najib cuba mengaitkan zeti. Menggunakan ketidakfahaman operasi Bank Negara berbeza dengan Bank Perdagangan dikalangan orang awam, maka najib cuba meraih sentimen kaitan dengan zeti.  


Najib cuba build up kes seolah2 dia ditipu jholow disebabkan maklumat disorok....oleh zeti. 


7.  Betul ke zeti atau Bank Negara menyorok maklumat?.  Tapi najib lupa satu perkara.


8. Pada  6 April 2016, Bank Negara telah mengutus surat rasmi memaklumkan siapakah pemilik Good Star Ltd (GSL) . Sebab kecoh masa itu dana 1mdb dari pinjaman sukuk Ambank telah dipindahkan kpd sykt ini bernilai usd 700 juta. SEMASA itu semua rakyat nak tahu sapa pemilik GSL!!! 


8.1 Surat ini diserahkan kpd ketua PAC sewaktu itu, Hassan Arrifin selaku pengerusi PAC parlimen yg  mengetuai sisatan Pac berkaitan 1mdb.


8.2 Apa yg berlaku ialah ARRIFIN telah menyorokkan surat itu dari  ahli Pac yg lain. 


JADI, KENAPA NAJIB TIDAK BERBUAT APA2 TINDAKAN BILA INI BERLAKU? WHY!!!!


9. Dan terbitan sukuk Ambank ini lah dimana jholow telah flip sukuk ini mendapat keuntungan beratus juta dengan menjualkannya semula kpd dana awam di Msia sprt Pekeso, kwsp dll. Dan sekelip mata keuntungan jholow buat beratus juta. 


10. Jadi apa motif zeti dedahkan pemilik GSL ni kpd pihak Pac yg dilantik najib kalau zeti terlibat sama ? Dan apa pula motif Hassan Arifin menyorokkan surat dari zeti ini dari diketahui ahli Pac?.


11. Jadi apa kaitan GSL dengan isu zeti? Sebab,  duit haram yg GSL buat dari sukuk ini lah yg di masukkan juga ke akaun syarikat yg salah seorang BOD nya adalah suami zeti.


Jadi tak logik motif jika zeti sendiri ingin mendedahkan siapa pemilik GSL jika zeti terlibat kerja haram najib bersama2 najib atau pun dikatakan menyembunyikan maklumat penting ini.


11.1 DAN silalah lihat kes pendakwaan ke atas Najib dan Arul Kandar yg sedang berlangsung di mahkamah. Ada 4 item yg najib arahkan pinda. Ianya berkaitan jholow dalam mesyuarat 1mdb, kes jualan sukuk ini kpd 2 syarikat di thailand dan spore , 2 akaun berbeza dan arahan memaksa meneruskan terbitan sukuk ini walaupun menderhaka arahan sultan terengganu. Inilah punca duit yg kononnya ada kaitan dgn sykt suami zeti menjadi bod. So apa yg najib nak sorok sehingga meminda laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1mdb ini? 


12.  Dan sewaktu itu, najib langsung tidak mengambil apa2 tindakan dr saranan PAC dan kes hassan arrifin menyorokkan surat dr zeti ini. 


Pada saya, beliau orang dah lemas... taik pun dia kalau boleh nak berpaut..dia akan paut juga. 


13. Jadi semasa najib berkuasa penuh, dia boleh sahaja mengambil tindakan tetapi apa pun tindakan dia tak ambil. Berjela2 kita boleh listkan. Malah pihak yg terlibat pun beliau lepaskan termasuk pegawai2 1mdb yg dikehendaki oleh Bank Negara dan Polis. Malah BOD 1 mdb termasuk arul diberi bonus dan jutaan rm. 


13.1 Lihat sahaja  apabila IPIC memaklumkan mereka tidak menerima dana bayaran 1mdb berbilion. Kes ini telah disahkan di mahkamah bahawa bayaran tersebut kepada Aabar palsu dalam pembelian ipp. Langsung tiada pihak berkuasa kita diarahkan ke Abu Dhabi atau ke ipic untuk dibuat siasatan bersama. 


14. Jadi, jangan lah nak main sentimen setakat laporan polis yg baru dibuat. Apa... sebab pak mail berkuasa maka berleluasa lah kluster2 mahkamah sprt najib ini buat perangai?.

Friday, December 3, 2021

 https://www.facebook.com/groups/412063112667921/permalink/1099889650551927/

Saturday, November 27, 2021

 Najib buat laporan polis.


Zaharin Mohd Yasin.....✍️


Najib Razak OKT dalam kes SRC buat laporan Polis minta pihak Polis apa yang dia katakan sebagai persembunyian fakta.


2. Laporan media telah mengatakan bahawa sebanyak RM700 juta telah dipindahkan ke akaun bank yang dikaitkan dengan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2013 hingga tahun 2017.


3. Persoalannya pemindahan itu berlaku di zaman siapa jadi Perdana Menteri?


4. Dan bukankah Najib Razak sendiri telah menubuhkan team siasatan terdiri berapa orang penting, saperti Peguam Negara, Ketua Polis Negara , Gabenor Bank Negara dan juga SPRM.. apa yang mereka siasat dan apa dapatan mereka dari siasatan?


5. Seperkara lagi bukankah CEO IMDB di lantikan Najib Razak terkenal dengan ilmu yang luas dalam hal ehwal akaun dan kewangan. Adakah mereka tidak mengesan akan aliran kewangan itu.


6. Kata dahulu ada pasukan audit yang melakukan audit termasuk audit negara sendiri terhadap IMDB, tak kan mereka tak jumpa ada aliran kewangan kepada pihak yang bukan berkepentingan.


7. Dengan laporan "Bahawa polis telah mengetahui mengenai perkara ini sejak tahun 2019 di bawah rejim kerajaan Pakatan Harapan tetapi masih menyiasat sehingga kini hampir penghujung tahun 2021," dakwa Najib lagi”


8. Ini memberi makna bahawa yang menyembunyikan fakta itu.. bukan Kerajaan Goverment Of The Day masa itu tetapi pasukan penyiasat yang dilantik oleh Najib Razak sendiri.


Ini pandangan saya.  Siapa agak yang mencadaNgan OKT Najib Razak buat laporan polis? Masa kejadian itu berlaku Jho Low masih berhubung dengan Najib Razak. Anak tiri dia masih berkawan dengan Jho Low.. - zmy


Sang Kelembai

Nov 27. 2021

Kuala Lumpur.

 Pagi ini saya telah diminta memberikan pendapat mengenai kenyataan Menteri Kewangan tidak akan membayar wang dari petroleum kpd Kerajaan Kelantan atas nama royalti - tetapi atas nama wang ihsan saja. 


Ekoran dari itu, Gerakan R akan menggerakkan semula aktiviti mereka. 


Berikut ada komen saya :


Royalti : Antara Telus, Syukur dan Tawar Menawar


1. Tuntutan royalti petroleum di era Pas menjadi sebahagian Kerajaan Pusat boleh dijayakan melalui kuasa tawar menawar antara menteri kabinet Pas dan Petronas serta Perdana Menteri.


Malangnya, hal ini tidak berlaku.


2. Ngo R sepatutnya terlebih dahulu mendesak anggota Kabinet dari Pas memainkan peranan mereka dgn bersungguh sungguh ketika Allah memberikan mereka peluang keemasan sekarang.


3. Pada masa sama, Kerajaan Kelantan mesti telus dan berterus terang dengan Rakyat Kelantan tentang penggunaan wang ihsan petroleum yg telah diterima.


Sehingga kini, rakyat jelata tidak mendapat apa apa maklumat bagaimana wang beratus ratus juta itu telah dibelanjakan.


Lebih menyedihkan, bila adanya perbelanjaan membeli kereta mewah utk anggota kerajaan ketika rakyat ternanti nanti utk melihat limpahan manafaat yg boleh dinikmati oleh rakyat biasa dari hasil khazanah bumi itu.


4. Ngo R wajar mendesak Kerajaan Negeri mendedahkan kpd rakyat semua perbelanjaan dari wang ihsan itu.


5. Kerajaan Kelantan juga mesti berani melantik juru audit luar untuk memeriksa akaun wang berkenaan dan kemudian membentangkannya kepada Rakyat Negeri Kelantan jika ia mengamalkan ketelusan dan jujur dgn rakyat.


6. Kerajaan Kelantan juga perlu mengambil kesempatan dari kedudukan yg ada untuk mengemaskan lagi tuntutan royalti itu.


Ini termasuk, berunding dengan Kerajaan Pas Terengganu untuk menentukan sempadan laut antara Kelantan dan Terengganu dan kemudian menggazetkannya.


Kedudukan sempadan laut ini nanti amat perlu untuk menentukan kejayaan sebahagian tuntutan Kelantan.


7. Terakhir, perjuangan tuntutan royalti turut dijayakan oleh banyak pihak, termasuk media dan sebahagian rakyat sendiri.


Antaranya, tuan tuan punya bot yg telah meminjamkan bot mereka untuk meninjau pelantar minyak yg ada di perairan Kelantan dan pasukan media yg ikut bersama.


Kejayaan mendapat ratusan juta wang petroleum, sekali pun atas nama wang ihsan, harus disyukuri. Antaranya, dengan meraikan mereka dan memberikan tanda peringatan sebagai satu cara penghargaan.


Sebaliknya, Kerajaan Negeri telah bersikap seperti tikus jatuh ke beras!


Datuk Husam Musa

26 Nov 2021