Thursday, May 19, 2022

 ~ APAKAH UNWAN TAREKAT AHMADIAH SERTA SIAPAKAH SEBENARNYA KELOMPOK MENGUBAH & MENUKAR TAREKAT INI? ~


Mufti Al-Anam dan Syeikh Al-Islam Sayyid Abdul Rahman bin Sulaiman Al-Ahdal RA menyatakan bahawa unwan (nisbah kerohanian) kepada Tarekat Sayyidi Ahmad bin Idris RA adalah sepertimana unwan Tarekat Al-Syadziliyyah, kerana suluk mereka adalah dengan melazimi tahlil, selawat keatas Rasul SAW, beristighfar, dan doa-doa serta ahzab yang mengandungi segala macam permohonan dan pergantungan (kepada Allah), merasakan kefakiran (iftiqar), berasa lemah (tadharru’) dan bergantung penuh dengan ketentuan Allah (idhtirar). Selain itu, tarekat ini sangat menekankan ittiba’ (mengikuti) Nabi SAW dan mencintai (mahabbah) Rasul SAW secara zahir dan batin pada setiap perkataan dan perbuatan.


Oleh yang demikian, di dalam tarbiyah tarekat ini berpegang teguh dengan Al-Quran dan Sunnah Rasul SAW sangat-sangat ditekankan kepada para pengikutnya. Sesuai dengan ungkapan Sayyidi Ahmad bin Idris RA di dalam Kitab Kunuz Al-Jawahir Al-Nuraniyyah dan diungkapkan juga pernyataan tersebut oleh Tuan Syeikh Hj. Ahmad bin Syeikh Muhammad Said Al-Linggi RA di dalam Kitab Pengantar Kepada Tarekat Ahmadiah: “Tarekatku berpegang kepada Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah SAW”. Sayyidi Syeikh Soleh bin Muhammad Al-Jaafari RA menyatakan di dalam kitabnya Dzakhirah Al-Muajjalah lil Arwah Al-Muattalah; daripada sumber Al-Quran & Sunnahlah terlahirnya hakikat-hakikat Muhammadiah, cahaya-cahaya Ahmadiah dan ilmu-ilmu ladunniah.


Sayyidi Syeikh Soleh Al-Jaafari RA di dalam kitabnya juga telah menjelaskan ciri-ciri orang yang menukar dan mengubah Tarekat Sayyidi Ahmad bin Idris RA. Orang-orang tersebut merupakan kelompok yang menyimpang daripada Al-Quran & Sunnah serta tidak berpegang dengannya. 


Merekalah sebenarnya perosak kepada manhaj Tarekat Sayyidi Ahmad bin Idris RA kerana meremehkan syariat dan hakikat, terpedaya dengan kasyaf-kasyaf serta perkara yang mencarik adat. Mereka inilah sebenarnya para penipu jalan tarekat tasawuf serta memperolok-olokkan manhaj serta unwan yang telah ditetapkan oleh pengasas tarekat. 


Maka fahamilah serta jauhkanlah diri kita daripada menimbulkan fitnah bahawa kumpulan-kumpulan tertentu sahaja memegang manhaj tulen. Sedangkan kayu ukurnya adalah sejauh mana para pengikut dari pelbagai cabang Tarekat Ahmadiah Muhammadiah itu berpegang dengan Kalam Ilahi dan Syariat Muhammadiah yang suci. 


Wallahu a’lam.

--

FB: https://www.facebook.com/assaidiyyah | Telegram: t.me/MadrasahAsSaidiyyah

Tuesday, May 17, 2022

 "Bijan Bapak Penyamun Negara"


*YANG MENYAMUN DIA(NAJIB), LEPASTU SALAHKAN ORANG LAIN, ITULAH DIA NAJIB KLEPTROKRAT*


*Selama 9 tahun dari 2009 hingga 2018...*


▪️ *Dialah PM*

▪️ *Dialah Menteri Kewangan*

▪️ *Dialah Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB*

▪️ *Dialah Pengasas 1MDB*

▪️ *Dialah berkuasa mutlak meluluskan sebarang pelaburan dan     komitmen kewangan 1MDB*

▪️ *Dialah berkuasa melantik semua Ahli Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah, Pengurusan Tinggi, Pegawai² Pelaburan & Kewangan, Penasihat, Syarikat² JuruAudit, Perunding² dan Peguam² 1MDB*


▪️ *Dia yang lantik Jho Low sebagai Penasihat Khas*

▪️ *Dia yang lantik Mohd Hazem sebagai CEO 1MDB*

▪️ *Dia yang lantik Shahrol Halmi sebagai CEO 1MDB*

▪️ *Dia yang lantik Arul Kanda sebagai CEO 1MDB*

▪️ *Dia yang lantik Jasmine Loo, Casey Tang, Terence Geh dan ramai lagi balaci² Jho Low dalam pengurusan 1MDB*

▪️ *Dia yang luluskan berpuluh bilion pinjaman oleh 1MDB*

▪️ *Dia yang luluskan deal dengan Petrosaudi Limited*

▪️ *Dia yang luluskan deal dengan Aabar*

▪️ *Dia yang deal dengan pegawai² Goldman Sachs*

.

▪️ *Dia yang approve bayaran berbilion kepada Goodstar Limited milik Jho Low*

▪️ *Dia yang approve bayaran berpuluh bilion kepada Aabar palsu*

▪️ *Dia yang lepaskan Jasmine Loo, Casey Tang dan lain² dari wanted list BNM*

▪️ *Dia yang halang penilaian semula aset pelaburan JV dengan Petrosaudi Ltd*

▪️ *Dia yang halang sesiapa pun untuk menyiasat berbilion duit SRC yang diseleweng ke Switzerland*

▪️ *Dia yang tidak peduli arahan BNM dan Lembaga Pengarah 1MDB supaya wang pelaburan yang dia bayar kepada Goodstar dibawa pulang ke Malaysia*

▪️ *Dia yang gagal buktikan 2.6 bilion adalah derma Arab*


▪️ *Dia yang menipu di Parlimen konon berbilion duit pelaburan Units Just Units telah ditunaikan dan berada di BSI Bank Singapura*

▪️ *Dia yang selama menjadi PM mengaku sesen pun duit 1MDB tidak hilang dan setiap sen telah diaudit.*

▪️ *Dia yang bubarkan Task Force untuk menyiasat kes 1MDB*

▪️ *Dia yang lantik dan tukar Pengerusi PAC*

▪️ *Dia yang tukar Ketua dan Pengarah² SPRM*

▪️ *Dia pecat Peguam Negara*

▪️ *Dia buat pengakuan² yang dinafikan oleh Gabenor BNM*

▪️ *Dia lantik Gabenor BNM baharu yang ikut telunjuk dia*


▪️ *Dia lantik Ketua Polis Negara yang gagal menyiapkan walau satu pun kes siasatan terhadap 1MDB*

▪️ *Dia lantik Apandi Ali Peguam Negara baharu yang lepaskan dia dari sebarang tuduhan*

▪️ *Dia lantik Dato Dzulkifli Ketua SPRM baharu yang bersekongkol dengan Peguam Negara untuk dedahkan hasil siasatan SPRM terhadap dia*

▪️ *Dia biarkan Jho Low dan balaci²nya bebas selama dia menjadi PM*

▪️ *Dia atur supaya CEO dan Pengarah SRC iaitu Nik Faisal dan Mohd Suboh terlepas dari siasatan PAC dan lari bersembunyi di luar negara.*


▪️ *Dia tangkap dan lokap individu dan peguam yang buat laporan polis terhadap dia berkaitan kes 1MDB*

▪️ *Dia tukar ganti 3 firma audit antarabangsa yang enggan manipulasi laporan audit 1MDB*


▪️ *Dia tolak laporan penyelewengan dana 1MDB oleh DOJ, MAS, FINMA, JAN dan PAC (luar dan dalam negara).*

▪️ *Dia hadiahkan pegawai² 1MDB yang ikut arahan dia dan Jho Low dengan gaji berjuta² atau jawatan² tinggi.*

▪️ *Dia tidak pernah ambil tindakan undang² maupun menyiasat walau seorang pun pegawai² lantikan dia yang didapati terlibat dalam skandal 1MDB.*


✅ *Panjang lagi kalau hendak disenaraikan kelibat sang Penyamun ini sepanjang 9 tahun tersebut, sehinggalah dia tumbang dan diheret ke mahkamah.*


✅ *Iaitu apa yang dia buat, tidak buat, halang dan tidak halang yang tidak selari dengan penafian dia konon dia tidak bersalah.*


✅ *Pokok pangkalnya, semasa dia berkuasa sebagai PM dan merancang penyelewengan berpuluh² bilion kewangan dan pelaburan bersama² dengan Jho Low, Riza Aziz, penyangak² Arab dan pegawai² lain, TIADA SEORANG PUN YANG DIA TANGKAP, SIASAT DAN DAKWA.*


*MEREKA SEMUA BEBAS DAN LEPAS DI ZAMAN NAJIB.*


*PENYANGAK² MULA LARI BERSEMBUNYI DI ZAMAN NAJIB.*


*TIADA SIAPA DIDAKWA DI ZAMAN NAJIB.*


*TIADA SESEN DUIT 1MDB HILANG KATA NAJIB DI ZAMAN NAJIB???.*


*Pada hari ini, Najib sudah mengaku berpuluh² bilion dana 1MDB dan SRC diseleweng dan Najib mendakwa dia tidak tahu, tidak sedar, tidak diberitahu dan dia mangsa penipuan.*


*Pada hari ini, Najib menyalahkan semua orang termasuk semua pegawai² lantikan dia sendiri, dari kerani dan office boy, hingga ke CEO, CFO, Syarikat² Audit, Peguam², Bankers dalam dan luar negara hinggalah ke Ahli² Lembaga Pengarah 1MDB pilihan dan lantikan 'hand-picked' atau orang² kepercayaan dia sendiri.*


*Setiausaha² dia sendiri seperti Dato Azlin dan Amhari pun dia salahkan.*


*SEMUA ORANG BERSALAH KECUALI DIRI DIA.*


*KECUALI DIA, ROSMAH DAN RIZA AZIZ*


*Contohnya dalam kes perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung ini. Dia salahkan Mohd Hazem pulak. Dia perli Mohd Hazem tidak tahu itu ini semasa disoal jawab di dalam mahkamah.*


*Bukankah dia sendiri yang berpuluh² kali sering beri jawapan tidak tahu bila disoal di dalam mahkamah?*


*Mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih*


*PIMPINAN BAPAK PENYAMUN NEGARA*

Friday, May 13, 2022

 Kononnya bertegur sapa dan shiok beraya bersama Keluarga Malaysia yang menetap di London. Inilah slogan "terpopular" dan paling laris diuar-uarkan sekarang oleh kerajaan Ismail sekarang. Ke sini "Keluarga Malaysia". Ke sana "Keluarga Malaysia". Bukan main kuat berkumandang slogan Keluarga Malaysia di sana sini bagaikan seruan azan dari masjid dan surau.


Bukan main gembira Perdana Menteri mengail publisiti dan main sedap makan dan bercuti dengan duit rakyat di negara asing sedangkan masalah di negara sendiri bertimbun-timbun dan rakyat hidup merempat. Harga barangan naik mendadak. Nilai Ringgit susut. Ekonomi masih belum pulih. Pelabur asing lari ke negara lain. Kadar pengangguran masih tinggi. Banjir kilat di sana sini. Kejap di KL kejap di Janda Baik...


Bukan main ghairah golongan T20 dapat beraya di London dan bersua muka dengan Perdana Menteri. Bukan main tebal muka mereka melaungkan slogan Keluarga Malaysia sedangkan mereka sendiri yang meninggalkan negara sendiri dan sanggup menjadi hamba di negara orang. Merekalah yang tidak membayar cukai dan hidup mewah dan kaya raya sedangkan rakyat marhaen yang lain hidup merana di negara sendiri tercungap-cungap mencari sedekah sesuap nasi. Kononnya itulah cinta patriotik...


KELUARGA MALAYSIA ❌️

KELUAR MALAYSIA ✅️


#KeluargaMalaysia #KeluargaMelayuKaya #KeluargaKeluarMalaysia #T20 #OrangKayangan #B40 #RakyatMarhaen

Saturday, May 7, 2022

 07/05/2022


RELEVAN KAH STRATEGI KHEMAH BESAR ATAU PROPAGANDA SESETENGAH INDIVIDU DEMI MEMANCING UNDI AKAR UMBI????


1- Pemilihan 2022 kini hangat dengan isu yang di popularkan oleh calon Timbalan Presiden berkait strategi gabungan membentuk "Khemah Besar" antara parti komponen pembangkang untuk menang PRU15 akan datang..


2- Jika di lihat pada pemilihan yang lepas wujud isu antara team Kartel dan Invoke sehingga akhirnya memberi kesan yang negatif terhadap kekuatan sokongan akar umbi..


3- Isu Kartel-Invoke ini lebih parah dengan wujudkan peristiwa pengkhianatan Timbalan Presiden ketika itu dan akhirnya menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan sebelum habis tempoh pentadbiran.. 


4- Kesan dari pada itu akar umbi berterusan rapuh dengan terus menerus dalam tomahan mengenai saki baki Kartel yang harus di selesaikan oleh pimpinan pusat sehingga wujud desakan dan tekanan termasuk kepada Presiden Parti DSAI sekali pon.. 


5- Kesan daripada itu, Pakatan Harapan terus menerus gagal mendapatkan undi sokongan yang jitu ketika berlangsung nya PRN di 3 negeri terhadap masyarakat dek kerana hilang keyakinan masyarakat terhadap parti gabungan yang di anggap huru-hara.. 


6- Kini sekali lagi, apabila Parti Keadilan berdepan Pemilihan Parti, maka wujud isu berkaitan gabungan parti komponen pembangkang iaitu "Khemah Besar" 


7- Isu gabungan parti politik ini bukan lah isu yang baru, bahkan sejarah melakar bahawa pernah berlaku gabungan antara parti politik untuk tubuh kerajaan yang kukuh dan menyakinkan..


8- Barisan Nasional juga pernah bentuk gabungan hampir 14 parti selama lebih 60 tahun untuk tubuh kerajaan dan sehingga ke hari ini, kerajaan sedia ada, juga terwujud dari gabungan parti politik..


9- Pada April 2008, wujud gabungan parti politik Pakatan Rakyat di antara parti pembangkang PKR, DAP dan PAS dalam merealisasikan matlamat mewujudkan satu lawan satu di ambang PRU12..


10- Gabungan Pakatan Rakyat yang pada mula nya wujud perseteruan politik antara PAS dan DAP dari segi idealogi dan hala tuju politik, namun kajian berbentuk kualitatif di jalan kan bagi mengenal pasti strategi yang di gunakan Pakatan Rakyat dalam mengekalkan kelestarian bersama akhirnya mencapai kejayaan terbesar dalam sejarah pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (2013)..


11- Pada 2018 ketika itu pasca PRU ke-14 juga sekali lagi parti pembangkang Malaysia mencipta sejarah dengan gabungan parti politik membentuk Pakatan Harapan yang akhirnya menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional yang telah memerintah lebih 60 tahun..


12- Isu pengkhianatan adalah tidak adil jika di hakimi terhadap sesebuah parti kerana ianya lebih kepada peribadi sesetengah individu.. 


13- Sungguh untuk bentuk sebuah gabungan yang besar, keluarga yang besar pasti ada sifat dan anasir negatif terhadap kejayaan seseorang mahu pon persaingan antara satu sama lain.. 


14- Sudah pasti apabila bentuk sebuah gabungan yang besar, sedikit rumit apabila berdepan dengan pelbagai idealogi yang harus di satu kan sebagai satu rumpun untuk bentuk sebuah gelombang yang kuat dan besar..


15- Apabila tertubuh nya sebuah gabungan juga pasti wujud konflik antara beberapa individu, sama lah seperti kata peribahasa melayu, "Dalam setandan kelapa, tidak lah semuanya elok, pasti ada yang komeng" 


16- Gabungan yang besar jika di nakhoda dengan betul dan kena pada cara nya, kapal yang kukuh dapat berlayar tanpa bergoncang usah kan risau gelora di lautan, gelombang tujuh beradik juga sanggup berdepan.. 


17- Seni tari politik ini seharusnya di perluaskan kepada kepelbagaian ahli, parti dan idealogi untuk bentuk suatu keputusan yang terbaik untuk jangka masa yang lama demi rakyat dan negara.. 


18- Jika berpolitik dengan cara Oligarki, sudah pasti akan wujud sifat "Yes Boss" tanpa dapat mengimbangi "check dan balance" dalam sebuah pentadbiran.. 


19- Jika kita selusuri kepada Sirah Islam itu sendiri, Rasullullah saw berdakwah menyebarkan Islam itu juga tidak melakukan secara seorang diri.. 


20- Sudah pasti di dalam kepelbagaian peristiwa dakwah Nabi saw, kita pernah mendengar kisah nya Umar Bin Khattab yang pernah berkeinginan membunuh Baginda Rasullullah saw dan akhirnya bersama Rasullullah dan duduk di benteng paling hadapan dalam menentangi musuh-musuh islam.. 


21- Kesimpulan nya, jelas matlamat politik yang sama dan ketokohan pemimpin mampu membentuk kelestarian kerjasama untuk menyakinkan masyarakat bahawa wujud kemampuan untuk tubuh dan tadbir sebuah kerajaan dan persoalan di sini, 


"APAKAH JAMINAN SIRI PENGKHIANATAN TIDAK AKAN BERULANG KEMBALI JIKA KHEMAH BESAR TIDAK DI WUJUDKAN"...?????


-HUJUNG PENA KEADILAN BACHANG DARAT-


#Pemilihan2022 #PKRBachangDarat #DssiPrihatin #CabangHangTuahJaya #MenyusurAkar #NadiRakyat


Wednesday, May 4, 2022

 LELAKI ITU...


Alhamdulillah,Allah sebaik-baik perancang


Ahmad Husam Baderudin telah mengesahkan beberapa perkara berkaitan AFIFFI AL AKITI dan telah menimbulkan beberapa persoalan baru


1.Ahmad Husam mengesahkan bermula minit ke 4:08 tentang identiti lelaki bertopi yang kelihatan asyik membuat aksi ala-ala menukul drum itu memang BENAR ialah AFIFFI AL AKITI dan tidak ada sesiapa yang memfitnah atau mencipta khabar angin untuk memburuk-burukkan imej dia dalam isu video tersebut


Saya mencabar sesiapa sahaja yang menuduh Zaharin Mohd Yasin atau saya mahupun sesiapa sahaja yang menyebar video itu memfitnah AFIFFI AL AKITI supaya anda membuat laporan polis supaya satu kertas siasatan boleh dibuka,jika tidak sila buat permohonan maaf kerana telah memfitnah kami secara terbuka,kalau tidak merangkaklah anda di Mahsyar nanti,saya tidak maafkan sikap su'u dzon anda terhadap saya


2.Ahmad Husam mendakwa lelaki bertopi yang dikenali sebagai AFIFFI AL AKITI hadir ke disko itu untuk aktiviti dakwah di dalam disko itu bersama isteri dan ahli keluarganya


Persoalannya,sepanjang rakaman video tersebut,tiada langsung bukti AFIFFI AL AKITI sedang melakukan aktiviti dakwah,malah jelas kelihatan dia sangat asyik dan leka berhibur sehingga mengajuk cara memukul drum mengikut rentak lagu yang berkumandang dengan asyik dan bersemangat


Kedua,adakah wanita di sebelah AFIFFI AL AKITI itu ialah isterinya atau wanita bukan mahram?Jika itu isterinya,kenapa tidak menutup aurat dan menayang sebahagian buah dada secara terbuka,adakah ianya dibenarkan oleh Islam versi AFIFFI AL AKITI?


Jika itu bukan isterinya tetapi wanita bukan mahram yang menemani AFIFFI AL AKITI malam itu,saya tiada apa-apa soalan sekadar tabik dia dengan ucapan "Steady le Pak Sheikh,ni baru anak jantan..."


Saya yakin jika benar aktiviti dakwah dilakukan oleh AFIFFI AL AKITI bersama isteri,ahli keluarganya atau bersama team dakwahnya maka saya MENCABAR SECARA TERBUKA rakaman versi pihak AFIFFI AL AKITI harus didedahkan kepada umum dan dia harus membuat laporan polis untuk mengelakkan dirinya terus difitnah


Secara logiknya apa sahaja aktiviti dakwah terutama di tempat-tempat yang boleh menimbulkan fitnah harus dilakukan bersama bukti video dan gambar bagi simpanan kumpulan dakwah itu untuk melindungi integriti mereka dan sebagai bukti mereka benar-benar berdakwah dan bukan berhibur bersama wanita bukan mahram dan di kelilingi pelbagai jenis arak 


Sekali lagi soalan saya, adakah ianya dibenarkan oleh Islam versi AFIFFI AL AKITI?


3.Ahmad Husam mendakwa kejadian AFIFFI AL AKITI di kelilingi beberapa orang wanita berpakaian separa bogel itu dan kelihatan sedang asyik dan khayal menikmati muzik dan kelihatan santai dan selesa itu sebenarnya ialah aktiviti dakwah yang dilakukan di disko luar negara


Pertamanya,kami tak peduli pun ia berlaku di dalam negara atau luar negara,yang penting kami nak kepastian lelaki bertopi yang kelihatan handal bermain drum itu AFIFFI AL AKITI atau tidak terlebih dahulu,hal lokasi bukan keutamaan


Sementelahan isu lokasi telah dibangkitkan maka kami menyangkal dakwaan Ahmad Husam itu dan mendakwa kejadian itu berlaku  di salah sebuah kelab malam/pub/lounge/disko di dalam negara


Secara asasnya,apabila hal lokasi telah bercanggah maka bukti dan fakta seperti bukti berada di luar negara,rakaman video atau sebarang bukti harus ditunjukkan di mahkamah atau sekurang-kurangnya dalam media sosial,maka kami mencabar Ahmad Husam atau AFIFFI AL AKITI atau sesiapa sahaja untuk mendedahkan bukti AFIFFI AL AKITI sedang berdakwah di disko luar negara


Buat masa ini,cukuplah persoalan-persoalan ini untuk dijawab terlebih dshulu,nanti kita


Azmeer Khalid 

4 Mei 2022

Saturday, April 30, 2022

 ANTARA FAKTA DAN AUTA

(Ziarah Kubur Pada Hari Raya)


1) Di antara hadis yang menjadi sandaran kepada keharusan menziarahi kubur pada hari raya adalah hadis berikut: 


Jabir bin Abdillah r.a meriwayatkan:


 كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Nabi shalallahu alaihi wasallam apabila pergi beraya (untuk solat) maka Baginda akan pergi dan balik melalui jalan berbeza” (HR Al-Bukhari, no.957)


Para ulama telah mensyarahkan hadis ini:

i. Imam Badruddin Al-Aini ketika mensyarahkan hadis ini dalam kitab beliau Umdatul  Qari, beliau menyenarai 20 hikmah Nabi melalui jalan yang berbeza, di antaranya:


لِيَزُورَ أَقَارِبَهُ الأَحْيَاءَ وَالْأَمْوَاتَ

“Untuk menziarahi kerabatnya yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia”

Hal yang sama disampaikan oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari. 


ii. Lebih jelas lagi, Imam Abi Al-Abbas Ahmad bin Muhammad Al-Qasthalani menyenaraikan 12 hikmah di antaranya:


لِيَزُورَ قُبُورَ أَقَارِبِهِ فِيْهِمَا

“Untuk menziarahi kubur kerabat Baginda pada kedua-dua jalan”

Hal yang sama dipersetujui oleh Imam Ibnu Allan Asy-Syafie dalam Dalilul Falihin dan Imam Al-Munawi dalam Faidhul Qodir.


Berdasarkan, huraian di atas dapat kita ketahui amalan kita ziarah kubur adalah termasuk dalam sunnah Nabi dan juga hikmah daripada amalan Nabi melalui jalan berbeza. Maka daripada itu juga, kita amalkan dengan tenang dan aman di Malaysia sejak turun temurun tanpa sebarang usaha mengelirukan umat Islam.


2) Selain itu, hadis lain yang menjadi sandaran kepada amalan ini ialah: 


مِنَ السُّنَّةِ زِيَارَةُ جَبَانَةُ الْمُسْلِمِيْنَ يَومِ الْعَيْدِ وَلَيْلَتِهِ

“Di antara sunnah Nabi shalallahu alaihi wasallam adalah berziarah ke kubur kaum muslimin pada siang hari dan malamnya” (HR Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra)


Saidina Ali bin Abi Talib jelas menyatakan menziarah kubur pada hari raya adalah termasuk dalam sunnah Nabi. Maka hendaklah kita beramal tanpa sebarang was-was.


3)   Oleh yang demikian, para ulama salafussoleh juga mengamalkan ziarah kubur pada hari raya seperti kenyataan berikut:


عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ. 

“Dari Atha’ bin Saib ia berkata: “Saya solat Subuh di masjid ini di hari raya ‘idilfitri, lalu bertemu Abu Abdirrahman dan Abdullah bin Ma’qil. Selepas kami solat hari raya, mereka keluar masjid dan saya juga keluar bersama mereka, menuju ke kuburan”  (Mushannaf Ibni Abi Syaibah, juz.2, ms.70)


4)   Demikianlah kefahaman para ulama sehingga mereka berpandangan amalan ziarah kubur pada hari raya adalah dibolehkan dan tidak timbul dakwaan bidaah dhalalah. Fatwa Al-Azhar Asy-Syarif telah menyatakan pendirian:


وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا 

“Dari sini kita mengetahui bahawa melakukan ziarah kubur oleh ramai orang setelah hari raya, jika tujuannya menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memohon rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya” (Fatawa Al-Azhar, juz.8, ms.391 dan Al-Fatawa Min Ahsan Al-Kalam, juz.1, ms.348)


5)   Secara umumnya, sekalipun tidak mempunyai hadis-hadis di atas maka keharusan menziarahi kubur adalah memadai dengan anjuran umum. Manakala, masyarakat Malaysia menziarahi kubur pada hari raya pula adalah kerana hari tersebut kebetulan dapat balik kampung dan berpeluang menziarahi kubur ibu bapa dan keluarga mereka. 


6)   Namun, ada mulut jahat kaum Wahhabi mempersoal kenapa tidak ziarah hari lain dan mendakwa kita telah mengkhususkan hanya pada hari raya. Maka kami jawab, mereka telah mencipta suatu prasangka, lalu menghukum umat Islam atas prasangka ciptaan mereka sendiri. Jelaslah, mereka adalah golongan yang gemar memperdaya umat Islam.


7)   Akhir kalam, saya harap dengan hujjah-hujjah di atas, kita dapat memperoleh ilmu baharu dan kefahaman yang benar.


Disediakan oleh:

Hafiz Al-Za'farani (HAZA)

Thursday, April 21, 2022

 ~ DASAR TAREKAT AL-AHMADIAH AL-MUHAMMADIAH ~


Telah berkata Syeikh Abdul Ghani Al-Jaafari RA: 


“Telah sedia diketahui dalam kalangan murid Sayyidi Ahmad bin Idris RA adalah mereka yang menerima Tarekat Syadziliyyah pada awalnya, seperti Al-Sayyid Muhammad Sirr Al-Khatm Al-Mirghani RA dan Al-Sayyid Muhammad Ali Al-Sanusi RA, dan Al-Sayyid Al-Majdzub RA. Dan ada pula dalam kalangan mereka yang menerima daripada Sayyidi Ahmad bin Idris RA Tarekat Al-Muhammadiah Al-Idrisiah, contohnya Al-Sayyid Ibrahim Al-Rasyidi RA. Masing-masing mendapat awrad daripada Sayyidi Ahmad pada awalnya kemudian mereka menerima awrad daripada Rasulullah ﷺ. 


Para Abna' Sayyidi Ahmad bin Idris RA kesemuanya, adalah para Syeikh yang mempunyai jalan tarekat yang dinamakan sempena dengan nama mereka dan jalan tarekat lain yang bercabang daripada tarekat asal mereka seperti Al-Dandarawiah, Al-Ismailiah dan Al-Salihiah yang terbit daripada (silsilah) Tarekat Al-Rasyidiah. Adapun imam kami, sang mujaddid, sang imam, (Syeikh Soleh bin Muhammad) Al-Jaafari RA, telah meletakkan asas-asas Tarekat Al-Jaafariyyah Al-Ahmadiah Al-Muhammadiah, yang merangkumi prinsip-prinsip agama dan ketetapan hukumnya berdasarkan ilmu. Kaedah-kaedah tarekatnya ialah Al-Quran dan Sunnah serta didikan rohani yang melahirkan semangat taṣawwuf dan merupakan manifestasi daripada hakikat kerohanian taṣawwuf yang tinggi, serta diterjemah dalam bentuk pengamalan, sesuai dengan sabda Junjungan yang mulia:


أَدَّبَنِى رَبِّى فَأَحْسَنَ تَأْدِيْبِى


[Yang bermaksud: "Tuhanku mendidiku dengan adab yang baik, maka Dia menjadikan pendidikanku menjadi sempurna" - Hadis Riwayat Ibnu Hibban]


Syeikh kami mendidik para pelajar dan murid-muridnya dengan kaedah bimbingan yang jelas dan membebaskan mereka daripada setiap bidaah tercela yang telah menyusup ke dalam bidang taṣawwuf. Halaqah zikir di Al-Azhar Al-Syarif telah dihadiri dan dikunjungi oleh para ulama dari seluruh negara Arab. Hari ini para pelajar Imam al-Jaafari RA tersebar ke serata pelosok Republik (Arab Mesir), di daerah, bandar, dan kampung di Sudan, bahkan di seluruh dunia Islam, dan halaqah zikir mereka berjalan di atas metodologi dan bimbingannya, kerana mereka mencontohi kaedah yang dicorakkan oleh Syeikh mereka, seperti semasa hayatnya.”


Di tempat lain Syeikh Abdul Ghani pernah berkata:


“Kaedah tarekat Syeikh Soleh bersatu dan bercampur dengan kaedah tarekat Sayyid Ahmad bin Idris RA, sehingga ajaran-ajarannya mengenai Tarekat Jaafariyyah tidak dapat dipisahkan dari ajaran-ajarannya tentang Tarekat Ahmadiah, kerana kedua-duanya berasal dari pelita (perlambangan kepada sumber ilmu) yang sama.”


Pesanan penting kepada para ikhwan:


Adalah penting bagi kita apabila membaca syair-syair ataupun kitab-kitab karangan Syeikh Soleh, kerana segala ajaran-ajaran yang bermutu tinggi dan kenyataan yang beliau sebutkan tentang Tarekat Al-Ahmadiah bolehlah dibaca\difahami  seperti sama dengan Tarekat Al-Jaafariyyah (Tambahan: Bahkan perkara yang sama turut terpakai kepada cabang-cabang Tarekat Al-Ahmadiah yang lainnya).


Wallahu a'lam.


[Dipetik dan dipinda daripada FB: https://www.facebook.com/lightoftheazhar]

_

FB: https://www.facebook.com/assaidiyyah | Telegram: t.me/MadrasahAsSaidiyyah