Saturday, June 17, 2023

 KENAPAKAH PEJABAT MUFTI KELANTAN KELUARKAN FATWA PAS TERKELUAR DARI FAHAMANAN METOD AQIDAH AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH (SESAT) PADA 1981 DAN SEHINGGA KINI TIADA PENARIKAN BALIK BERMAKNA FATWA PEJABAT MUFTI KELANTAN INI TIDAK PERNAH DIBATALKAN SAMA SEKALI OLEH MANA² MUFTI KELANTAN YG BARU DAN MANA² ULAMA DR PD PONDOK² NEGERI KELANTAN YG MASIH ADA TATAKAL INI..??


Jika mahu bercakap mengenai FATWA, maka bukan orang biasa yang boleh keluarkan fatwa kecuali hanya Pejabat Mufti. 


Berikut kami dedahkan isi kandungan Fatwa rasmi dari pejabat mufti kelantan sejak 1981, salinanya masih ada di pejabat Mufti Kelantan semasa. Dan Fatwa ini tidak pernah dibatalkan atau ditarik balik, sah hingga kini.


Isi Kandungan Surat2 & Fatwa tersebut adalah seperti berikut :- 


Pada masa akhir-akhir ini terdapat beberapa golongan umat islam yg telah mengeluarkan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat mengenai masalah agama yang sangat mengelirukan serta membawa kepada perbahasan dikalangan umat islam khasnya diNegeri Kelantan. Diantara masalah yang telah dikeluarkan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ialah seperti berikut :-


1). Tidak sah sembahyang dibelakang imam orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) 


2). Haram dimakan daging binatang sembelihan orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) kerana tidak sah sembelihannya. 


3). Terfasakh nikah diantara suami isteri orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) dengan orang bukan Barisan (UMNO- Barisan Nasional). 


4). Tidak sah akad nikah oleh iman dari golongan Barisan (UMNO- Barisan Nasional). 


5). Kena diperbarui nikah yang diaqadkan oleh imam dari Barisan (UMNO- Barisan Nasional). 


6). Tidak boleh ditanam mayat orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) diperkuburan Islam. 


7). Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) mati tidak boleh disembahyangkan keatasnya kerana murtad dan mereka juga tidak boleh sembahyangkan keatas mayat orang Pas. 


8. Orang Barisan (UMNO- Barisan Nasional) tak payah sembahyang,puasa,naik haji kerana tidak diterima oleh tuhan amalan itu daripada mereka. 


Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Pejabat Mufti Kerajaan Kelantan telah menerima banyak surat yang telah dihantar oleh orang ramai mengenai masalah fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat ini dan banyak menerima laporan mengenai kedudukan masyarakat islam dinegeri ini dari pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang disebarkan itu. 


Oleh kerana kesan daripada pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa ini sangat besar bahayanya kepada perpaduan umat islam maka jemaah ulama' telah mengadakan suatu mesyuarat khas yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Sohibul Al'Fadhilah Dato' Mufti Kerajaan Kelantan dan dihadiri oleh semua jamaah ulama' yang terdiri dari :- 


1). Yang Berbahagia Dato' Haji Ismail Bin Haji Yusoff - Timb.Mufti Kerajaan Kelantan. 


2). Al'Fahdil Tuan Hj Abd Aziz bin Hj.Abu Bakar 

Pondok Terusan,Pasir Tumbuh. 


3). Al'Fahdil Tuan Hj Abul Ghani bin Awang Chik 

- Pondok Kubang Bemban,Pasir Mas. 


4). Al'Fahdil Tuan Hj Mohamad bin Hj Yusoff 

- 383 Jalan Atas Banggol.Kota Baru. 


5). Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj Ismail 

- Maahad Muhammadi,Kota Baru. 


6). Al'Fahdil Tuan Hj Abdullah bin Hj.Abd Rahman 

- Pondok Lubuk Tapah,Pasir Mas. 


7). Al'Fahdil Tuan Hj Hasbullah bin Hj. Mohd Hassan 

- Iman Besat Masjid Muhammadi. 


8. Al'Fahdil Tuan Hj Hassan bin Hj.Idris 

- Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan (JASA) Lundang,Kota Baru.


Mesyuarat khas itu telah membahaskan perkara-perkara yang tersebut diperenggan 2 diatas serta juga ceramah-ceramah yang disalin ke dalam kaset-kaset atau pita rakaman berhubung dengan fatwa-fatwa atau pendapat-pendapat tersebut itu dan mengambil keputusan bahawa:- 


"SETELAH MEMBAHAS MENGENAI PERKARA-PERKARA TERSEBUT DENGAN BERALASAN KEPADA KITAB-KITAB TAFSIR DAN KITAB-KITAB TAUHID KARANGAN ULAMA' YANG MUKTABAR,MAKA DENGAN SEBULAT SUARA JAMAAH ULAMA' MEMBUAT KEPUTUSAN BAHAWA KELAPAN-LAPAN PERKARA YANG TERSEBUT ADALAH TIDAK BENAR DAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM,SERTA SANGAT MENDATANGKAN BAHAYA TERHADAP AQIDAH ISLAMIAH DAN PERPADUAN ORANG-ORANG ISLAM" 


Oleh yang demikian Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan memberi nasihat kepada orang ramai supaya jangan terkeliru dengan pendapat-pendapat atau fatwa-fatwa yang menyeleweng serta menyesatkan umat islam yang dibuat oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawap. 


Sekian dan diharap mendapat perhatian semua lapisan umat islam dinegeri ini. 


(Dato' Hj Wan Mohamed bin Yusuf ) 


b/p Yang Dipertua. 


Di Pejabat Agama Islam Kelantan,Kota Baru,


Pada 15 Jamadil Akhir 1401. 


(Sila rujuk Mufti kelantan semasa)


Miqdad Zakaria

Thursday, June 15, 2023

nasi lemak yg mak akk wat jual

 Mcm ni la rupa nasi lemak yg mak akk wat jual selama lbh 20 th dulu...x pernah x abis jualannya...duit jualan tu la..mak belikn akk mcm2..tq mak..luv mak dunia akhirat..๐Ÿ˜˜


Akk editkn utk yg nk resepi sambal bilis ni ya..smoga mnjadi pahala besar buat mak...insyaallah..


Bahan:

1 mangkuk ikan bilis(basuh..toskan dan goreng separuh garing)

*30-35 tangkai cili kering(potong n rebus/rendam air panas)

*1 biji bwng besar

*4 ulas bwng putih

*sedikit belacan(x nk pun x pe)

2@3 sudu mkn gula putih

2 sudu mkn gula merah

2 kpng asam keping

Garam n perasa


Cara:

Mesin bhn bertanda *

Tumis bahan mesin hingga garing

Masukkan gula putih,gula,merah,garam n perasa

Masukkan asam keping

Akhir skali masukkan ikan bilis dan klu suka blh masukkan bawang besar yg d hiris bulat..

Tips sambal sedap:cili mesti betul2 garing


RESEPI CAKOI LEMBUT

DAN MUDAH ๐Ÿฅ–๐Ÿ˜‹


BAHAN-BAHAN :


2 cawan tepung gandum

3/4 cawan air suam

1/2 sudu kecil yis

2 sudu besar gula

1 1/2 sudu besar minyak jagung

1/2 sudu kecil garam.


CARA MEMBUATNYA :


Masukkan gula dan yis

ke dalam air suam.

Kacau dan biarkan yis kembang. Lebih kurang 15 minit.


Satukan tepung, minyak jagung dan garam ke dalam bekas besar.


Masukkan yis yang telah kembang tadi ke dalam bekas tepung.


Uli adunan sehingga

tidak melekat di tangan dan menjadi doh.


Perap doh sehingga naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.


Tumbuk doh yang

telah kembang untuk mengeluarkan angin.


Canai doh secara memanjang. Tebal lebih kurang 1cm. Kemudian potong kecil-kecil secara melintang. Letakkan air

di bahagian tengah doh yang telah dipotong kecil dan lapik dua.


Perap doh sekejap lebih kurang 5 ke 10 minit supaya lebih kembang.


Tarik doh memanjang dan terus goreng dengan api sederhana kecil.


NOTA :

Jangan guna air yang terlalu panas untuk mengelakkan yis mati.

Uli lama untuk mendapatkan kuih yang lembut.

Boleh tambah sedikit baking powder dan soda bikarbonat jika suka.


RESEPI KUAH PANDAN UNTUK CAKOI

(ALA KAYA CAKOI )


BAHAN KUAH PANDAN UNTUK CAKOI :


1 1/2 sb tepung kastard


1 cawan susu segar (guna santan pun boleh)


3-4 sb susu pekat manis (kalau takde, letak gula pun ok)


sedikit pandan paste (kalau takde, letak air daun pandan tu je)


CARA MEMBUATNYA :


Masuk semuanya dalam periuk dan masak atas api sederhana.


Kacau selalu sehingga sedikit pekat (cam kaya tu la..sama je). Angkat dan sejukkan.


Sedia dihidangkan bersama kuih Cakoi Sedap Sangat anda !


Kredit : Empunya Resepi


SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

#ARUA


MEE JAWA


Resepi:


~1 kg daging...rebus hiris nipis..

~2 kg keledek...rebus..blend

~200 gm..udang kering *

~100 gm..udang pepai @ geragau kering..*

~2 labu bawang besar*

~10 ulas bawang putih*

~2 btg serai...hiris nipis*

~1 inci halia*

* semua blend

~2 senduk nasi cili blend..

~1 senduk nasi rempah kari..

~Gula melaka 2 ketul..

~Garam

~Minyak tuk menumis


Caranya:


1. Tumis bhn yg dah di blend...

2. Tambah cili blend..

3..Buh serbuk kari dg....biar hgg naik minyak..

4. Buh dg yg dah rebus...gaul bg mesra...dgn rempah dan cili..

5. Buh air rebusan dg..

6. Cincang gula melaka buh dlm

7.blend keledek rebus tuang dlm piuk hgg hbs..

8. Tambah garam..

Biar didih hgga minyak naik...siap


Hidang bersama:

Mee kuning

Tahu goreng

Taugeh x yah celur

Telor rebus

Daun bawang

Cili hijau

Bawang goreng


Kredit: Faridah Hanim

RESEPI SOTONG KANGKUNG


Bahan-bahan

1 pcs sotong kembang- direbus dan tos

2 ikat kangkung- dicelur

Kacang goreng- disangai dan ditumbuk kasar

Bijan- disangai


Bahan kuah sos

1 paket kecil taucu masin*

10 tangkai cili kering di potong2 dan di rebus*(dikisar bersama taucu)

1/2 cwn gula merah

2 sudu sos cili

2 sudu makan kicap manis

2 sudu makan sos tomato

1 sudu kicap pekat manis

5 sudu petis udang

1 sudu (b) tepung jagung- campur air sikit

3 cwn air


Cara-cara:


Untuk membuat sos,

1.sediakan periuk dan masukkan air

2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan biarkan mendidih.

3. Setelah itu masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan sos. masak hingga dpt kepekatan yg di kehendaki.Tutup api dan ketepikan.

4. Satukan sotong kembang yang telah dipotong kecil bersama kangkung ke dalam bekas.

5.Tuangkan sos td, taburkan kacang tumbuk serta bijan dan sedia utk di hidang.


Sos tu tk perlu letak garam,sebab taucu dh masin..kalau ada yg kurang dari segi rasa, tmbh2 la apa yg patut mcm gula, kalau kurang manis,rasa sos harus pedas manis.


Slmt mencuba


Airtangan dan gambar: Eniza M. Salim


Buek gulai masak lomak cili api tolo itik + pucuk ubi...tolo adik bg smlm, x berlengah terus buek gulai arini. Pg td keluar carik pucuk ubi.Gelimbing buluh x do jumpo laaa plak.Suko mkn tang tolo kuning eh cair laie. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Org nismilan masak gulai mmg x do guno bwg...


GULAI TELUR ITIK


Hanyo tumbuk lado api + kunyit hidup + garam kasar + sikit ikan bilih yo.Ni cagho omak sy masak. Kato eh kono tumbuk sikit ikan bilih kalo buek masak gulai tolo itik @ pun masak kari tolo.Pastu ketuk serai.. Bhn lainnya santan & asam koping. Masak gulai mcm biaso yo.

Masakkan santan + semuo bhn tumbuk tu. Bilo dah mendidih br masukkan tolo itik sebijik2. Jgn di godak2 kang abih pocah hancur besopai tolo tu kang. Tunggu tolo tu agak sikit masak keras br bole balikkannyo + apo2 sayur yg nak lotak dlmnyo. Sambil tu rajin2 timbo santan tu sambil kacau perlahan2 spy gulai tu elok lawa x pocah santan. Kang berkitil2 x lawa gulai tu. Last masukkan asam koping & perasokan asam garamnyo.


-WatieMekhtar


 #NegerisembilanKiNi

Sunday, June 4, 2023

PERBEDAAN WUDHUK SYARIAT DAN TERIKAT MENURUT SYEKH ABDUL QADIR AL JILANI

 ๐ŸชทAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

✨PERBEDAAN WUDHUK SYARIAT DAN TERIKAT MENURUT SYEKH  ABDUL QADIR AL JILANI
Syekh Abdul Qadir Al-Jilani menulis sebuah karya ilmiah yang diberi judul Sirrul Asrar (rahasia dibalik rahasia) dalam karyanya tersebut beliau mengulas tentang berbagai macam perbedaan ibadahnya ahli syariat dan ibadahnya ahli tarekat. Mulai dari perbedaan bersuci, solah, zakat, puasa, haji, dan lain sebagainya..

Perbedaan ibadah ahli syariat dan ahli tarekat oleh Syekh Abdul Qadir Al-Jilani diulas secara ringkas dan mudah untuk difahami, dan diantara ulasannya yaitu, perbedaan antara bersucinya ahli syariat dan ahli tarekat. Menurut penuturan Syekh Abdu Qadir Al-Jilani dalam karyanya Sirrul Asrar di fasal yang ketiga belas Juz, 1, Hlm. 102 bahwasannya bersuci itu ada dua bagian. Pertama, bersuci secara zahir. Kedua, bersuci secara batin.

Yang dimaksud bersuci secara zahir yaitu, bersuci dengan menggunakan air, seperti berwudhuk, mandi, dan mencuci pakaian yang kotor. Sedangkan bersuci secara batin yaitu, dengan bertaubat, talqin tarekat kepada mursyid, menyucikan hati dari segala penyakit hati, dan menjalankan suluk para ahli tarekat.

Secara garis besar perbedaan wudhu syariat dan wudhu tarekat, bahwa wudhuk syariat itu memakai air dengan tatacara, berniat, membasuh muka, membasuh kedua tangan, mengusap kepala, membasuh kedua kaki, dan tartib. Sedangkan wudhuk tarekat yaitu, mengerjakan perbuatan yang terpuji dan berakhlak mulia.

Apabila telah batal wudhuk syariat karana disebabkan keluar kotoran atau sesuatu yang najis, maka wajib baginya untuk berwudhuk kembali supaya ia suci kembali dan bisa melakukan berbagai rangkaian ibadah, seperti solah, membaca AlQuran dan lain sebagainya. Rasulullah SAW bersabda

ู„َุง ุตَู„َุงุฉَ ู„ِู…َู†ْ ู„َุง ูˆُุถُูˆْุกَ ู„َู‡ُ، ูˆَู„َุง ูˆُุถُูˆْุกَ ู„ِู…َู†ْ ู„َู…ْ ูŠَุฐْูƒُุฑِ ุงุณْู…َ ุงู„ู„ู‡ِ ุนَู„َูŠْู‡ِ.

Artinya, Tidak sah solah bagi orang yang tidak berwudluk, dan tidak ada (kesempurnaan) wudluk bagi orang yang tidak menyebut nama Allah padanya.Hadis Riwayat Ahmad

Dan Apabila telah batal wudh tarekat, yang disebabkan karana melakukan perbuatan tercela atau karana ahklaknya buruk, seperti, sombong, iri, dengki, ghibah, berbohong dan berkianat. Adapun ulasan berkianat itu lebih luas pengertiannya, seperti, kianatnya mata, kedua tangan, kedua kaki, dan kedua telinga, seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW,

ุงู„ْุนَูŠْู†َุงู†ِ ุชَุฒْู†ِูŠَุงู†ِ ูˆَุงู„ْูŠَุฏَุงู†ِ ุชَุฒْู†ِูŠَุงู†ِ ูˆَุงู„ุฑِّุฌْู„َุงู†ِ ุชَุฒْู†ِูŠَุงู†ِ ูˆَุงู„ْูَุฑْุฌُ ูŠَุฒْู†ِูŠ

Artinya, Kedua mata dapat berzina, kedua tangan dapat berzina, kedua kaki dapat melakukan zina dan kemaluan juga dapat berzina.
Hadis Riwayat Ahmad: 3717

Untuk memperbarui wudhuk tarekat yang sudah batal, maka harus memperbaruinya dengan bertaubat dari segala hal yang buruk yang pernah dilakukannya, merasa menyesal, dan beristighfar meminta ampunan kepada Allah subhanahu wata'ala..

Wudhuk syariat sewaktu waktu bisa batal karana sebab-sebab batalnya wudhuk yang telah kita ketahui bersama dalam ilmu syariat. Sedangkan wudhuk tarekat selamanya tidak akan batal, siang sampai malam terus bersambung selama ia masih hidup di dunia.

Dari pemaparan di atas kita dapat mengetahui bersama perbedaan antara wudhuknya ahli zahir atau ahli syariat, dan wudhuknya ahli batin atau ahli tarekat. Semoga bermanfaat. Wallahu A’lam Bissawab...
✨๐Ÿชท๐Ÿชท๐Ÿชท๐Ÿชท๐Ÿชท๐Ÿชท๐Ÿชท๐Ÿชท✨

Wednesday, May 24, 2023

 APA DISEBALIK FILEM ANWAR UNTOLD STORY DAN APA DISEBALIK KISAH EX ASP ALI BATCHA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA UNTOLD STORY


Aku terpanggil untuk komen mengenai apa yang UNTOLD STORY nya kerana watak watak penting disebalik tirai kes mata lebam Anwar ada lah watak yang sama dalam kes Ali Batcha Dari D9 Ke Tahanan Tanpa Bicara 


Sebelum Aku di tangkap bawah ordinan dharurat atas arahan KPN pada 22 Sept 1997...bau busuk rancangan konspirasi jahat tersebut telah sampai kepada Aku dengan tindak tanduk KPN RN dan KP Johor A.R


1...Aku di panggil mengadap A.R di Bukit Aman ,marahkan Aku kerana kejayaan operasi Khas Aku lead UTC tumpaskan kumpulan penjenayah di dalangi Dragon 9


Aku di tuduh ingin jadi Hero Johor dan Lagenda Johor..Aku di beri amaran akan di tukarkan keluar dan boleh di kenakan bawah undang undang dharurat TAHANAN TANPA BICARA


Hantu hantu KARTEL di gunakan sebarkan maklumat palsu Aku ada lah perompak,penyeludup senjata api,pembunuh dll...UNTOLD STORY CERITA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA


UNTOLD STORY ANWAR PULA

Semasa Anwar memangku tugas PM ,beliau telah tegaskan akan menggubal undang undang anti rasuah yang lebih ketat dan akan mengheret mereka yang terlibat rasuah termasuk menteri menteri ke mahkamah


Ini memanaskan punggung Pak Menteri yang rasuah

Kemudian timbul kisah rogol oleh seorang bekas ketua menteri sebuah negeri di selatan tanah air


Menambah panas lagi apabila Anwar menegur KPN hentikan berbalas balas hujah dalam media dengan seorang Menteri Wanita yang komplen polis tidak siasat kes kes penderaan suri rumah dalam kes keluarga


Tiba tiba keluar 50 DALIL KENAPA ANWAR TIDAK BOLEH JADI PM

maka antara PERENCAH  PENTING dalam dalil tersebut ia lah LIWAT


Apakah kerana cerita LIWAT itu sebenar nya yang hendak dijadikan asas penting Anwar tidak boleh jadi PM???


Atau ada agenda lain mereka mereka yang takut Anwar jadi PM kerana ikrar nya dalam memerangi rasuah yang melibatkan tokoh tokoh politik yang berkuasa???


OPS SOLIT GRIP  cerita liwat telah ada sebelum Anwar di angkat oleh PM jadi Timb PM lagi

Kalau itu lah punca nya kenapa PM pilih Anwar jadi Timb PM yang mengenepikan ada pemimpin umno yang jauh lebih senior dari Anwar


Di sini lah UNTOLD STORY nya...Aku tidak perlu menonton filem tersebut untuk mengulas sebegini 


Saperti kata Dr Danial beliau tidak akan menonton filem tersebut untuk mengulas apa di sebalik UNTOLD STORY kerana beliau telah begitu mengenali Anwar dan terlibat sama dalam perjuangan Anwar 


Usha untuk menghalang Anwar jadi PM bermula dari 50 DAlIL bukan kerana Anwar seorang peliwat


Sebab cerita liwat tersebut perlu di ada adakan ,kerana itu narative pertuduhan boleh berubah ubah,dari kondo belum dibena berapa kali ubah tarikh untuk sesuaikan pertuduhan


Kenapa team pendakwaan teruskan pendakwaan walaupun dari segi evidence dan fakta langsung tidak kukuh

Di sini letak kuasa KUASA TANGAN GHAIB ,yang mahukan LIWAT di olah supaya boleh di tuduh walaupun terlalu samar


Berbalik KES SEMBURIT tidak perlu pakar untuk mengesahkan video itu jelas dan tulin,lebih lebih lagi telah di sahkan oleh pakar forensik video itu tulin


Tetapi disebabkan pelaku nya telah team up dengan PM yang rival nya kini Anwar...maka Bapak Polisi No 1 pun istiharkan video itu walaupun tulin,tetapi pelaku nya SAMAR


Walaupun sparing partner mengaku dia yang laku kan bersama pelaku rival Anwar...muktamat nya datang dari Bapak Menteri No 1 yang kata SAMAR ,semua akur


Jika betul kes liwat itu lah punca nya Anwar tidak layak jadi PM ,maka perlu apa KPN lebamkan mata Anwar ???


Kenapa kes liwat tersebut tidak di ambil tindakan oleh KPN Tun Haniff Omar kerana kejadian yang dikatakan berlaku semasa zaman beliau KPN

Ini lah bukti kes liwat bukan asas utama untuk halang Anwar jadi PM


Disini letak nya untold story ,yang Anwar lebih tahu sebab nya KPN tersebut mengambil peluang belasah Anwar ..


KENAPA MUSUH MUSUH POLITIK ANWAR BEGITU TIDAK SENANG HATI DENGAN FILEM ANWAR UNTOLD STORY


Musuh musuh politik Anwar dan para para haters Anwar akan kupas dan hentam Anwar tidak layak jadi PM kerana terlibat liwat...


Filem Anwar untold story itu hanya cerita untuk bersihkan PMX dari kes liwat dan saja nak buruk burukan mantan PM4 juga mantan PM7


Pada Aku lah, kalau untold story itu memang datang dari Anwar ,dan cerita itu semua fitnah

Tidak ada RCI kes mata lebam,tidak ada kes KPN lebamkan mata Anwar semasa dalam tahanan, 


Tiada kaitan PM4 dengan KPN bersabit Anwar ditahan bawah kes liwat,ini semua rekaan...

Maka mereka semua boleh SAMAN

mereka semua berduit , boleh ambil peguam ternama

Cuma nak tanya sikit...ADA BERANNN???


Sayugia di ingatkan...walau berlautan kritik dibuat mengenai filem ini untuk mengatakan Anwar tidak layak jadi PM..

Hakikat nya Anwar TELAH JADI PM


Yang merunsingkan sekarang ia lah mereka mereka yang ada bau bau terlekat kes jana wibawa ,kes pandora papers dan lain lain spesis rasuah


Ini lah yang merisaukan kartel kartel dan mafia mafia ,sebagaimana Aku alami dahulu bila memerangi puak puak Mafia Dragon 9 yang cengkaman kuku nya mengikat kartel kartel dalam pasukan,

Maka untuk hapuskan Aku di sebarkan fitnah Aku perompak,pembunuh  penyeludup senjata api

Di guna kuasa Pak Menteri untuk Aku di PENJARA TANPA BICARA DAN DI BUANG KERJA


itu lah di sebalik FILEM ANWAR UNTOLD STORY dan CERITA ALI BATCHA DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA UNTOLD STORY


Ex ASP MOHD ALI AMIR BATCHA

# PAGE DARI D9 KE TAHANAN TANPA BICARA

#PERTUBUHAN KEBAJIKAN WIRA MALAYSIA

 Jika benar, segera disiasat.....

Skandal Rasuah ‘Big Ben’ Petronas-Petrofac kontrak RM399 juta, SPRM digesa siasat CEO Petronas


Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas lantikan PM 8 Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak dapat lari daripada kontroversi rasuah.


Datuk Tengku Muhammad jenis cakap tak serupa bikin. Di depan lain belakang lain.


CEO  Petronas pernah menggantung Syarikat Deleum Berhad menyertai tender di Petronas, termasuk anak syarikatnya dan Petroleum Arrangement Contractors (PAC) pada 26 Mac 2021 atas alasan rasuah yang telah merosakkan imej anak syarikatnya Petronas Carigali Sdn Bhd.


Namun pada 26 Oktober 2021 Deleum Bhd melalui anak syarikatnya Deleum Oilfield Services Sdn Bhd diberi kontrak pembekalan injap julangan gas dan peralatan pemasangan, aksesori dan servis daripada Petronas Carigali Sdn Bhd Petronas bagi aset di Sarawak dan Sabah sehingga Januari 2023.


Begitu ramai Pegawai Petronas di serbu SPRM dan didakwa  kerana rasuah namun jerung besar Petronas di depan mata terlepas. Pegawai kanan semua kaya-raya tetapi bawahan di penjara.


SKANDAL BIG BEN CEO PETRONAS


Susulan pendedahan The Corporate Secret  SKANDAL BIG BEN Tengku Muhammad Taufik bersama Petrofac SPRM digesa menyiasat Presiden/CEO Petronas itu.


Bagaimana CEO Petronas boleh beri projek RM399 juta kepada syarikat terkait rasuah antarabangsa?


Petronas dan Petrofac


Hampir RM400 juta duit negara dileburkan kepada syarikat Petrofac yang diputuskan bersalah kerana skandal rasuah di seluruh dunia.


Namun Petronas memberi layanan istimewa kepada Petrofac. Polisi Petronas terhadap vendor pengamal rasuah disampahkan sendiri oleh Petronas. Ini sangat memalukan.


Petrofac yang digantung dan disekat sejak 15 Mac 2021 dilarang menyertai tender atau kontrak baru di Emiriah Arab Bersatu susulan beberapa bulan selepas bekas eksekutif pembekal perkhidmatan medan minyak itu mengaku bersalah atas pertuduhan rasuah di Britain.


Cara Petrofac ialah lobi projek berbayar menggunakan rasuah.


Pada bulan Januari, eksekutif Petrofac mengaku bersalah atas tiga tuduhan rasuah yang diajukan oleh Pejabat Serious Fraud Office berkenaan pembayaran kepada ejen untuk mempengaruhi pemberian kontrak bernilai $3.3 bilion di Emiriah Arab Bersatu.


Bekas eksekutif itu mengaku bersalah atas 11 tuduhan lain pada tahun 2019 yang berkaitan dengan tuduhan rasuah di Iraq dan Arab Saudi.


Media antarabangsa melaporkan semua berita salah laku rasuah Petrofac ini ini di seluruh dunia.


– Serious Fraud Office secures third set of Petrofac bribery convictions

– Oil firm led by Tory donor investigated over alleged bribes in nine countries


PETROFAC BERI RASUAH KEPADA PRESIDEN / CEO PETRONAS


Selepas Serious Fraud Office (SFO) mengesahkan kes salah laku rasuah Petropac pada Oktober 2021 tetapi Tengku Muhammad Taufik CEO Petronas pula memberikan kontrak kepada syarikat yang melakukan rasuah di 14 buah negara ini dengan pemberian kontrak USD 96 juta (RM399 Juta) bagi membina loji gas darat baharu di negeri Sarawak. Petropac mengumumkannya pada 8 dan 9 Nov 2021.


Persoalan besar ialah bagaimana syarikat yang disabitkan dengan kesalahan rasuah serius sehingga di larang meneruskan operasi di UAE dan negara lain di dunia tetapi Petronas boleh memberikan projek bernilai hampir RM 400 juta kepada PETROFAC?


Jawapannya daripada sumber dalaman Petronas sendiri ialah SKANDAL BIG BEN Datuk Tengku Muhammad Taufik menerima rasuah layanan  istimewa di Big Ben London oleh Syarikat Petrofac!. Kereta mewah, wanita cantik, pemberian rumah nilai berjuta dan wang ratusan juta dari komisen projek. Ada beberapa pihak yang nampak pertemuan Tengku Muhammad Taufik dengan pengurusan Petrofac sebelum Petronas menandatangi kontrak bernilai hampir RM400 juta itu.


Jika tidak mana mungkin Tengku Muhammad Taufik berani memberi kelulusan kepada Petrofac yang bermasalah di negara-negara pengeluar minyak ini. Dakwaan yang sedang berlegar mengenai rasuah merosakkan nama Petronas dan negara.


Tan Sri Azam Baki Ketua Pesuruhjaya SPRM digesa menyiasat PETROFAC dan CEO PETRONAS bagaimana Tengku Muhammad Taufik boleh memberikan projek kepada syarikat bermasalah PETROFAC?


Petronas di bawah CEO Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin pernah menyekat Petropac pada tahun 2016 kerana skandal rasuah namun Tengku Muhammad Taufik sebagai Presiden /CEO memberi layanan istimewa kepada Petrofac.


Mengapa ‘Double Standard’? Petronas mempunyai polisi ketat terhadap kesalahan rasuah terutama syarikat yang terlibat rasuah dengan menggantung, menghalang dan menyekat syarikat menyertai tender dan mana-mana Petroleum Arrangement Contractors (PAC). Mengapa Petrofac terkecuali? Jika pemberian kontrak atas alasan Pelaburan ia memberi mesej salah tentang keseriusan melawan rasuah di Negara ini.


Petronas pernah menggantung beberapa syarikat sebelum ini namun mengapa tidak Petrofac? Apa penjelasan Petronas?


Petrofac kalah saman langar Paten lawan Kingtime International Ltd tapi Petronas sayang Petrofac


Ini belum mengambil kira isu saman Kingtime International Ltd terhadap Petrofac E&C Sdn Bhd atas penggunaan tidak sah dua paten Malaysia miliknya.


Kingtime menang kes Mahkamah Tinggi dan memutuskan Petrofac melanggar patennya. Petrofac merayu ke Mahkamah Rayuan dan  memutuskan menolak rayuan tersebut. Sekali lagi pada 19 Ogos 2020, Mahkamah Persekutuan sebulat suara  menolak permohonan kebenaran rayuan dan dengan itu mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi, memberikan kemenangan lagi kepada Kingtime International Ltd.


Hubungan Datuk Tengku Muhammad Taufik Petronas dengan Petrofac sangat istimewa. Petronas dah tahu Petropac ini penipu dan syarikat yang banyak melakukan kesalahan tetapi Datuk Tengku Muhammad Taufik Presiden dan CEO Kumpulan Petronoas tetap bersama Petrofac.


Datuk Tengku Muhammad Taufik CEO/Presiden Petronas merupakan budak ‘Abah Cow’ Muhyiddin. Beliau mesti disingkirkan daripada Petronas sebelum lebih banyak lagi dirembat daripada Petronas.


#adminpartikeadilanrakyatmalaysia 

#demirakyatuntukrakyat 

#MalaysiaMadani

Saturday, April 29, 2023

 Wah RM120,000 sahaja untuk 3bilik 2bilik air, Full Spec Lengkap Semua๐Ÿคฉ Sempena Promosi Gema Takbir Raya ini!! ✅Loan (Kami urus A-z) ✅Cash (bayaran 3-4kali) ✅Kwsp acc 2 .. 

Ada yang berminat ke tu?


๐ŸคฉAda lagi! Sempena Promosi ini juga anda akan mendapat 10 pilihan hadiah menarik untuk anda miliki๐ŸŽ‰


“Kempen Gema Takbir Raya๐ŸŽ‰”

1 KELUARGA 1 RUMAH 

" KONGSI DETIK INDAH BERSAMA " 


Untuk keterangan lanjut hubungi pegawai pemasaran kami sekarang ‼️


☎️010-3247422 ( office Ath Group )


๐Ÿ“žhttps://athgroupmarketing.wasap.my


๐Ÿ“žhttps://linktr.ee/athgroup_


www.binarumahmampumilik.com.my


#MASUKCUCIKAKIJAHBOSSKU #rumahmampumilikkelantan 

#binarumahatastanahsendiri

#rumahmurah

#rumah #binarumah #banglo #banglomurah #banglomewah #banloidaman #rumahmampumilik #ATHgroup #rumahkelantan #rumahterengganu #kelantan #kelate #terengganu #bachok #kualaterengganu #kemaman #paka #marang #baturakit #pasirputeh #machang #kotabharu #perak #pahang #bentong #bangunansapura

#payakeladitingkat3 #rumahmampumilikpahang #rumahperak #rumahidamanperak

Thursday, April 20, 2023

 Sebelum Nak Beli Lemang Di Tepi Jalan, Pastikan Anda Tahu 9 Tip Yang Peniaga Ini Kongsi!


1. Cari gerai lemang yang banyak kayu-kayu untuk dibakar


Sebabnya, dorang ni memang bakar lemang kat situ, dorang tak ‘wayang’ je bakar lemang. Sesetengah orang, dorang kukus lemang tempat lain, dan bawak mai ke gerai dorang dan layur je kat bara api.


2. Jangan pilih lemang yang terlalu besar dan lemang yang terlalu kecil


Ambil yang sedang-sedang, sebab yang besar tak semestinya dimasak dengan sempurna. Bila kita potong lemang tersebut, keliling lemang memang masak. Tapi bahagian tengah masih lagi dalam kondisi pulut.


3. Suruh tokey lemang belah dulu bahagian bawah lemang


Ini kerana, nak bakar lemang, orang akan pakai hipotesis, jika bahagian bawah lemang masak, maka bahagian atas lemang juga akan masak. Sesetengah orang jual lemang, dia akan belah bahagian atas. Lepas tu tunjuk kat costumer, dan kata lemang masak. Balik-balik, time potong, bahagian bawah tak masak lagi. Cian costumer.


4. Cuba minta diskaun kalau beli banyak


Kalau anda beli 3 batang, tak salah kan minta diskaun. Harga pun dah dekat RM50 dah. Tapi jangan la minta diskaun gila-gila. Kesian la kat dorang yang bakaq lemang siang malam tu. Ingat senang ke nak kawal api, mendidih ayaq mata oooo…


5. Jangan dan jangan, singgah gerai lemang yang gunakan pallet kayu sebagai kayu bahan bakar lemang


Sebabnya, gerai yang pakai pallet ni berbahaya masa bakar lemang tersebut. Kalau tuan-tuan semua perasan, pallet kayu ni jarang anai anai sentuh kan?


6. Masa pilih lemang yang dah masak, ambil lemang yang bahagian atasnya yakni ‘kepala’ yang dah kering


Bila kepala dah kering, kita boleh simpan lama sikit, paling kuat 2 hari. Dan walaupun kepala tersebut nampak kotor dan x elok, jangan buang! Bahagian tu yang paling sedap bagi sebatang lemang.


7. Kalau nak simpan lemang untuk 2-3 hari, ada caranya


Terbalikkan lemang ‘upside down’ dan biar dia berdiri. Sandar la kat mana-mana pun. Sebab minyak di bahagian atas sekali yang boleh buatkan dia basi. Okeh?


8. Sebelum korang beli lemang, pastikan bau dahulu ‘kepala’ lemang tersebut


Takut ada lemang yang dah 2 hari ke atas. Kalau dah basi, selalunya bau masam basi macam tu.


9. Hak sebagai pembeli, tapi dengan adab


Last sekali, sedikit pesanan kepada pembeli-pembeli sekalian. Anda sebagai pembeli ada hak-hak anda semasa membeli lemang. Namun, kena la jaga adab antara pembeli dan penjual.


Kredit: Maskulin