Friday, July 31, 2026

RCI

 Sejak semalam, ramai yang bukannya sibuk meneliti salah urus dalam Tabung Haji. Perkara pertama yang dicari ialah perkataan “sakau” dalam laporan RCI.


Tentulah perkataan “sakau” tidak digunakan. Ini laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja, bukannya teks ceramah politik.


Tetapi laporan itu merekodkan beberapa perkara serius yang menimbulkan persoalan besar tentang tadbir urus dan penggunaan wang dalam Tabung Haji.


Antara yang paling jelas ialah bonus istimewa berjumlah RM2.193 juta yang dibayar kepada beberapa pengarah, bekas pengarah dan pegawai dalam kumpulan TH Properties pada 2017 dan 2018.


RCI bersetuju bahawa pembayaran tersebut melanggar beberapa peruntukan Akta Syarikat 2016 kerana proses kelulusan yang ditetapkan tidak dipatuhi. Suruhanjaya kemudian mencadangkan supaya usaha dibuat untuk mendapatkan semula bonus berkenaan. (Perenggan 3.12.19 dan 3.12.28–3.12.29, ms. 102–106)


Laporan RCI turut merekodkan empat laporan polis yang dibuat selepas siasatan dalaman dimulakan oleh pengurusan baharu TH pada pertengahan 2018. (Perenggan 3.15.1, ms. 155)


Antaranya ialah dakwaan penggunaan wang Yayasan Tabung Haji yang menyalahi perlembagaan yayasan serta dakwaan salah nyataan dan penyembunyian maklumat dalam penjualan 95 peratus saham TH Indo Plantations yang dianggarkan bernilai AS$910 juta. (Perenggan 3.15.2–3.15.4, ms. 155–156)


Satu lagi laporan melibatkan dakwaan manipulasi laporan kesesuaian tanah sehingga sebuah syarikat berkaitan TH membeli ladang di Indonesia bernilai sekitar AS$58 juta. (Perenggan 3.15.5–3.15.7, ms. 156–157)


Laporan polis keempat pula dibuat berhubung dakwaan salah nyataan kepada Lembaga Pengarah bagi membolehkan TH mengisytiharkan hibah tinggi untuk tahun kewangan 2017. Ketika laporan RCI disediakan, siasatan polis telah dilengkapkan dan kertas siasatan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara. (Perenggan 3.15.8–3.15.10, ms. 157–158)


Beberapa laporan turut dibuat kepada SPRM.


Ia melibatkan dakwaan rasuah dalam pembelian Ladang Weida, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam penyewaan restoran, rasuah dalam kerja pengubahsuaian, pemalsuan dokumen pembekalan anak pokok getah serta penyelewengan dalam anak syarikat TH Properties. Menurut RCI, siasatan SPRM terhadap dakwaan tersebut masih berjalan ketika laporan itu disediakan. (Perenggan 3.15.21–3.15.22, ms. 163–164)


RCI berpandangan pihak berkuasa wajib mengambil tindakan tegas dan segera terhadap setiap laporan polis atau aduan tersebut. (Perenggan 3.15.11, ms. 159)


RCI juga menyenaraikan pelbagai pelaburan yang menyebabkan kerugian kepada TH dan anak-anak syarikatnya. Suruhanjaya berpandangan anggota Lembaga, pengarah anak syarikat, pihak pengurusan dan kakitangan yang terlibat patut dipertanggungjawabkan. (Perenggan 3.14.7, ms. 155)


Jadi, adakah RCI membuat keputusan bahawa seseorang telah “sakau” wang Tabung Haji?


Tidak. RCI bukan mahkamah jenayah dan tidak membuat keputusan bersalah terhadap mana-mana individu atas kesalahan mencuri atau rasuah.


Tetapi RCI memang mengesahkan bahawa pembayaran bonus tertentu melanggar Akta Syarikat dan mencadangkan wang itu diperoleh semula. RCI turut merekodkan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa, pemalsuan dokumen dan salah nyataan yang telah dibawa kepada polis serta SPRM.


Apa yang pasti, masalah Tabung Haji ketika itu bukan sekadar tersalah kira.


Ada kelemahan tadbir urus, pembayaran tanpa proses yang sah, keputusan pelaburan yang menyebabkan kerugian serta dakwaan penyelewengan yang cukup serius sehingga memerlukan campur tangan pihak berkuasa.


Kalau mahu berbahas, bahaskan perkara yang direkodkan oleh RCI. Jangan berpura-pura semua masalah itu tidak wujud hanya kerana Suruhanjaya tidak menggunakan bahasa ceramah politik.

Thursday, June 25, 2026

PUAD ZARKASHI SEKOLAHKAN PEMUDA UMNO 'JANGAN SEBUT SOAL KESETIAAN'

 Pertembungan terbuka antara Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dan Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros membuka satu lagi episod menarik dalam perjalanan politik UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. 


Apabila seorang pemimpin veteran yang pernah melalui jatuh bangun parti tampil mempertahankan rekod kesetiaannya, ia bukan lagi sekadar pertikaman lidah biasa, tetapi mencerminkan pertembungan pandangan mengenai makna sebenar kesetiaan dalam perjuangan politik. 


Bagi Puad, kesetiaan bukan bermaksud mengangguk kepada semua keputusan, sebaliknya keberanian menegur apabila melihat parti berada di landasan yang salah.


Dalam kenyataan yang sarat dengan sindiran, Puad mengingatkan bahawa beliau pernah mempertahankan UMNO ketika ramai memilih untuk menjauhkan diri. 


Beliau membangkitkan bagaimana dirinya terus berdiri mempertahankan parti selepas kekalahan PRU13 dan ketika BN tumbang pada PRU14, malah berdepan tindakan saman RM10 juta daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika bekas Perdana Menteri itu berada di puncak kuasa. 


Bagi Puad, sejarah perjuangan tidak boleh dipadam begitu sahaja oleh nasihat politik yang datang daripada generasi yang tidak melalui pengalaman getir tersebut.


Lebih tajam, Puad menegaskan bahawa beliau setia kepada perjuangan parti dan bukannya kepada individu tertentu. 


Kenyataan itu dilihat sebagai mesej yang cukup jelas kepada mereka yang menganggap disiplin parti bermaksud menutup mata terhadap segala kelemahan. 


Menurut beliau, apabila pemimpin menjadi "boneka", ahli parti mempunyai hak dan tanggungjawab untuk bersuara demi menyelamatkan perjuangan. 


Malah beliau menyifatkan sikap berdiam diri tanpa berfikir sebagai jalan yang boleh membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.


Ketika UMNO Johor sedang memasuki fasa paling kritikal menjelang PRN, kenyataan Puad dijangka terus menghangatkan perbincangan dalam kalangan ahli dan pemerhati politik. 


Dengan beliau turut memberi bayangan bakal melakukan "keberanian politik" pada hari penamaan calon nanti, tumpuan kini terarah kepada langkah seterusnya yang bakal diambil. 


Apa yang pasti, perdebatan mengenai kesetiaan, keberanian dan masa depan UMNO kini bukan lagi berlaku di belakang tabir, sebaliknya sudah menjadi perbualan terbuka yang semakin sukar untuk diabaikan.

Semua orang kata, termasuklah orang dalam Keluar Sekejap, dalam Ilham Center, semua kata bahawa dalam semua parti-parti gabungan, BN yang paling stabil. PKR yang jadi core PH sekarang ada dua kem, PN sekarang persaingan antara PAS dan Bersatu.


Hakikatnya BN, terutamanya UMNO, ada masalah. Dan masalah ini kita kena tarik dari era Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri, dan kemudiannya Ismail Sabri. Era pasca Langkah Sheraton.


Kalau kita masih ingat, pada tahun 2022 dulu—UMNO ada dua kem, iaitu kem PWTC (Zahid, Ahmad Maslan) dan kem Putrajaya (Ismail Sabri, H20, KJ). Dan pada masa itu, perebutan kuasa dalam parti telah menyebabkan UMNO cuma memenangi 26 kerusi sahaja, paling teruk dalam sejarah parti sejak ditubuhkan tahun 1946.


Fast forward ke sekarang, keadaan dah jadi terbalik. Zahid yang dulunya terbuang kini jadi Timbalan Perdana Menteri, dan geng Putrajaya yang dulu menteri kini terbuang.


Tapi dalam kes Johor, kem Hishamuddin memang sentiasa kuat, dengan orang-orang seperti Ahmad Maslan dan Puad Zakarshi yang sokong Zahid ada dalam parti ini.


Kalau kita masih ingat November 2022 selepas PRU15, siapakah orang pertama yang mendesak Zahid meletakkan jawatan? Dia adalah MB Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.


Onn Hafiz sedar yang di Johor, kem H20 lebih kuat dan kalau dia berterusan melayan orang-orang kem Zahid, akar umbi akan memberontak, sebab itu dia bergerak solo.


Namun selepas Puad Zakarshi keluar dari UMNO dan menyerang Onn dan UMNO Johor yang didakwa oleh Puad dikawal oleh 'bumbung hijau', soalan aku dan ramai pemerhati politik, apakah UMNO ni benar-benar bersatu macam apa yang dikata?


Puad boleh kata macam-macam, tapi ada juga desas-desus yang menyatakan dia berbuat begitu kerana anaknya tidak dicalonkan, dan dicantas oleh Onn.


Dan kalau kita tengok semalam pun, semasa pengumuman calon, terdapat unsur-unsur boikot dari UMNO pusat di mana Presiden tak datang, Setiausaha Agung pun tak datang dan menteri-menteri kabinet pun tak datang.


Maka apa yang dikata 'Rumah Bangsa' dan penyatuan itu nampak kosmetik sahaja, sedangkan perpecahan dalaman UMNO sejak era pasca Langkah Sheraton itu masih lagi ada.


Persoalan di sini, apakah Onn Hafiz terlalu yakin dengan 'Rumah Bangsa' ni sampai dia bubar DUN dan kini dilihat terasing kerana tak ada sokongan dari PWTC? Atau apakah ini satu 'gamble' yang akhirnya mengambil risiko memecahkan kembali UMNO pasca pilihan raya negeri Johor ini nanti?


17 hari sebelum PRN Johor

Credit Nami Cob Nobbler


Friday, June 12, 2026

Nur Muhammad

 *PENYAKSIAN ZAT KEPADA SIFAT* 

Dalam ilmu Ma'rifat = _Musyahadah Dzati ila Shifati_

Ini pembahasan paling dalam di jalan tasawuf. Pelan-pelan ya πŸ‘‡

*1. MAKSUDNYA 1 KALIMAT*

*"Zat menyaksikan Sifat-Nya sendiri"*  

= Allah yang memperkenalkan Diri-Nya kepada diri-Nya, melalui makhluk-Nya.

Kita ini cermin. Zat Allah itu Cahaya. Sifat Allah itu warna-warni di cermin itu.


 *2. BEDAH KATA DULU*

Istilah Arti dalam Ma'rifat

**ZAT** Dzat Allah yang Maha Esa. Gaib mutlak. Tidak bisa digambarkan. *“Laisa kamitslihi syai’un”*

**SIFAT** 20 Sifat Wajib Allah: Wujud, Qidam, Baqa, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Bashar, Kalam...dst

**PENYAKSIAN** Bukan lihat dengan mata. Tapi "merasakan" dan "mengakui" dengan hati

Jadi *Penyaksian Zat kepada Sifat* =  

*Dzat Allah menampakkan Sifat-sifat-Nya, lalu menyaksikan keindahan Sifat-Nya itu.*


 *3. PERUMPAMAAN BIAR GAMPANG*

Bayangkan *Matahari = ZAT*  

*Sinar & Panas = SIFAT*  

*Benda yang kena sinar = MAKHLUK*


1. Matahari tidak pernah berkurang karena menyinari.

2. Sinar itu bukan matahari, tapi dari matahari.

3. Kita bisa "menyaksikan matahari" lewat panas & cahayanya.


*Nah gitu Allah.*  

Zat-Nya tidak bisa kita lihat. Tapi Sifat-Nya: Ar-Rahman, Ar-Razzaq, Al-Hakim... itu kita saksikan setiap hari di alam.


*4. 3 TINGKATAN PENYAKSIAN ZAT KEPADA SIFAT*


Para Arifbillah bagi jadi urutan naik:

*1. SYUHUDUS SIFAT* 

Menyaksikan Sifat Allah di dalam makhluk  

Contoh: Lihat bayi → saksikan Sifat Al-Khaliq  

Lihat orang dermawan → saksikan Sifat Al-Karim  

*Kesimpulan:* "Semua kebaikan datang dari Sifat Allah"


*2. SYUHUDUL ASMA'* 

Menyaksikan Nama-nama Allah  

99 Asmaul Husna bukan sekedar hafalan. Tapi dirasakan.  

Lagi sakit → merasakan Asy-Syafi  

Lagi sempit → merasakan Al-Fattah  

*Kesimpulan:* "Nama itu pemiliknya"


*3. SYUHUDZ DZAT* 

Puncaknya. Menyaksikan bahwa semua Sifat itu kembali ke 1 Zat  

Di sini hamba "fana". Dia tidak lihat sifat, tidak lihat asma, tidak lihat makhluk.  

Yang ada hanya: *"Allah... Allah... Allah"*  

*QS. Ar-Rahman:27* _“Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan”_


*5. DALIL & KALAM ULAMA*


*QS. Al-Baqarah:115*  

_“Dan kepunyaan Allah-lah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap di situlah wajah Allah”_  

Itu penyaksian Zat lewat Sifat.


*Syekh Ibnu Arabi:*  

_“Alam ini adalah tajalli Sifat-sifat Allah. Allah rindu menyaksikan keindahan-Nya, maka Dia ciptakan cermin bernama alam dan manusia.”_


*Syekh Abdul Qadir Al-Jailani:*  

_“Barangsiapa mengenal Sifat, maka dia akan sampai kepada Dzat. Barangsiapa berhenti di Sifat, maka dia terhijab dari Dzat.”_


*6. HIKMAHNYA BUAT KITA*


Tujuan kita belajar ini bukan debat. Tapi biar:


1. *Tidak syirik khofi* → Nggak nyandarin rezeki ke bos, jodoh ke makelar, sembuh ke dokter. Semua itu cuma "tajalli Sifat Ar-Razzaq, Al-Wahhab, Asy-Syafi"

2. *Hati tenang* → Karena tahu semua yang terjadi adalah Sifat Allah: Al-Hakim, Al-Latif

3. *Cinta makin dalam* → Makin kenal Sifat Allah, makin cinta sama Zat-Nya

 *KESIMPULAN*


*Penyaksian Zat kepada Sifat* =  

*Allah menampakkan Sifat-sifat-Nya di alam, lalu Allah mengajak kita untuk "membaca" Sifat itu, agar kita sampai mengenal Zat-Nya.*


Kita bukan menyaksikan Zat. Karena Zat tidak bisa disaksikan.  

Tapi kita menyaksikan *bekas Zat* yaitu Sifat-Nya.


*Seperti kita tidak pernah lihat angin. Tapi kita menyaksikan gerak daun = bukti ada angin.*

Ini ilmu yang bikin hati tunduk. 

#mengenaldirituhan#penyaksianzatkesifat#tasawuff #mengaji #kajidiri 

Jom kita belajar mengenal Muhammad.


Apakah kamu akan kaget apabila Ayah mengatakan MUHAMMAD itu ada banyak bentuk dan rupanya? MUHAMMAD yg dimaksudkan disini adalah NUR MUHAMMAD.


Kenapa Ayah berkata begitu?


Ini jawapannya:-

Sesungguhnya MUHAMMAD itu duduknya di maqam SIFAT. Kalau lah MUHAMMAD itu duduk di maqam SIFAT, SIFAT itu ada banyak bentuk, rupa dan wajahnya. SIFAT itu berjirim dan berjisim.


Yg mana yg dikatakan MUHAMMAD yg banyak bentuk, rupa dan wajahnya?


Jawapanya:- Sekelian alam ini lah MUHAMMAD namanya. MUHAMMAD di sini adalah NUR MUHAMMAD. Segala sesuatu itu lah MUHAMMAD . Bagaimana pun bentuknya, rupanya, wajahnya atau namanya, semua itu lah MUHAMMAD.

Thursday, June 11, 2026

 PEMBESAR


Bersungguh2 parti keramat sebuah negeri mempertahankan Undang mereka. Undang yang secara tidak berperlembagaan, cuba menggulingkan Raja sendiri. Tetapi dihentikan oleh Kerajaan Negeri. 


Naratif war room yang dibawa:

“Undang itu sama taraf dengan Raja/ YamTuan Besar ya”. Diulam2 sampai lebam. 


Untuk justifikasikan penderhakaan Undang kepada Yamtuan. Cuba memandirkan Rakyat Negeri Sembilan. 


Sebab itu mari kita tusyen kan mereka melalui Undang-Undang Tubuh Negeri. 


*************


Perkara 7: Siapa tertinggi dalam Negeri? 


Dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan:


Perkara 7(1) jelas menyatakan:

Yang di-Pertuan Besar adalah Raja yang melaksanakan kuasa Perlembagaan

dan diberi keutamaan mengatasi semua orang lain dalam Negeri.


Perkara 7(3) pula menetapkan:

Hanya lelaki Melayu, beragama Islam, dan berketurunan Raja melalui nasab sah yakni Raja Radin ibni Raja Lenggang, boleh dilantik sebagai Yang di-Pertuan Besar.


Peruntukan ini jelas tunjukkan YDPB adalah orang nombor satu dalam negeri mengatasi orang lain dan berketurunan Raja sahaja yang boleh dilantik. 


********************


Bagaimana pula dengan Undang? 


Dalam UUT mereka dipanggil “Ruling Chief” 


Perkara 14 menyatakan 

Undang bagi wilayah Sungai Ujong, Jelebu, Johol dan Rembau hendaklah terdiri daripada individu yang dipilih secara sah menurut adat luak masing-masing.


Maknanya Undang ni bukan keturunan DiRaja ya. Pembesar biasa di dalam Luak yang siap boleh sertai parti politik sebelum dipilih menjadi Undang *wink*. 


Pelantikan dan pemecatan Undang walau boleh dibuat di peringkat Luak, namun perlu disahkan dalam Dewan Keadilan dan Undang (DKU) yang dipengerusikan oleh YamTuan Besar.


Kerana dialah Raja sebenar. 


***********


Saya tak paham bagaimana pemimpin dan penyokong Parti Keramat sebuah negeri boleh keliru antara pembesar dan Raja sendiri. 


Raja berketurunan Diraja. 

Dengan gelaran “Yang Dipertuan Besar” 


Undang tu hanya pembesar dengan gelaran: 


♦️Dato’ Klana Petra

♦️Dato’ Mendika Menteri Akhirulzaman

♦️Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan

♦️Dato’ Lela Maharaja


Sekolah mana mereka belajar semua Dato ini sama level dan taraf dengan Raja/ Yamtuan? Budak Form 1 tengok nama pun tahu ini hanya level pembesar. 


Ini sebenarnya helah nak menangkan Undang dalam pemecatan Yamtuan. 


**************


Berhati2lah kita mendengar naratif untuk justifikasikan penderhakaan kepada Raja2 Melayu. 


Dalam sejarah pun kita belajar, yang sering kali mengkhianati Raja bukan rakyat biasa tetapi pembesar istana. 


Mereka ini pembesar yang “beraja di mata, bersultan di hati”. Maka eloklah kita berhati2. 


Naratif war room mereka selepas pemecatan Raja dalam sidang media/ live FB, ialah untuk pertahankan Undang bukan pertahankan Raja sendiri. 


Mereka menyebelahi pembesar Negeri. Membuat persepsi Undang ini lebih atas dari YamTuan. 

Ini derhaka sekali! 


Berhati2 menerima dan berhati2lah menyambung naratif mereka. 


Kerana undang-undang negara juga jelas, cubaan menggulingkan Raja secara tidak sah bukan sekadar salah, tetapi boleh menjadi jenayah.

Saturday, June 6, 2026

 π—•π—œπ—Ÿπ—” 𝗒π—₯π—”π—‘π—š π—£π—’π—Ÿπ—œπ—§π—œπ—ž π— π—˜π—‘π—¨π—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—š π—žπ—₯π—œπ—¦π—œπ—¦ π—₯𝗔𝗝𝗔 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—¦π—˜π— π—•π—œπ—Ÿπ—”π—‘, π—¦π—˜π— π—¨π—” π——π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—šπ—šπ—”π—₯


1. Bila nampak kelibat Rais Yatim dan Chegubard bersama pihak yang mahu menabalkan Yamtuan Besar yang baru, saya kata, makin kusut dan rosaklah reputasi Raja dan Undang di Negeri Sembilan ni.


2. Kemudian Pemuda PAS pula sudah awal-awal lagi menguar-uarkan di FB bahawa Yamtuan Besar yang baru telah dimasyhurkan, sedangkan kedudukan Tuanku Muhriz masih kekal. Ini satu penderhakaan. 


3. Malah wartawan Harakahdaily kata, dia rasa berbangga dapat buat live streaming istiadat permasyhuran Yamtuan Besar yang baru.


4. Pendirian Kerajaan Persekutuan pula jelas kekal mengiktiraf Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar dan menegaskan bahawa sebarang proses perlucutan dan permasyhuran perlu mematuhi Perlembagaan Negeri Sembilan sesuai dengan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu.


5. Membuat permasyhuran di sebuah hotel di Melaka ketika pertikaian masih berlangsung hanya menambahkan kekeliruan dan menjejaskan kemuliaan institusi itu. 


6. Bagaimana boleh dimasyhurkan Yamtuan Besar yang baru jika Yamtuan Besar yang lama masih berada di atas takhta?


7. Undang memang mempunyai kuasa memilih atau menurunkan Yamtuan Besar, dan Menteri Besar tidak terlibat dalam membuat keputusan adat tersebut. 


8. Namun, Perlembagaan Negeri Sembilan mensyaratkan bahawa selepas keputusan dibuat, proklamasi hendaklah ditandatangani dan diumumkan oleh Undang DAN Menteri Besar. Proses inilah yang tidak dilalui dan kini menjadi pertikaian utama. Jadi, bagaimana boleh dikatakan takhta itu telah dikosongkan? Inilah 'jantung' kepada keseluruhan krisis ini.


9. Kenapa dilucutkan Yamtuan Besar tanpa apa-apa alasan? Jika ada alasan sekalipun, adakah alasan itu sah selari seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan?


10. Tentu sekali ramai 'pakar' sudah mengulas. Namun akhirnya, Mahkamah yang perlu menentukan sama ada kehendak Perlembagaan Negeri Sembilan telah dipatuhi atau tidak.


11. Pada jam 11 pagi hari yang sama, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan injunksi ad interim oleh Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang (DKU) terhadap enam pihak (Undang) berkaitan pertikaian ini. 


12. Antara lain, injunksi tersebut menghalang mereka daripada mengadakan sebarang mesyuarat atau sidang khas DKU, menghalang fungsi Setiausaha DKU diambil alih oleh pihak lain, dan menghalang usaha melucutkan jawatan Setiausaha DKU.


13. Peguam yang wakili Undang mendakwa Sidang Khas DKU berkaitan permasyhuran tetap sah kerana dibuat sebelum keputusan injunksi Mahkamah pada pukul 11 pagi. Namun dia lupa, Mahkamah juga memerintahkan agar status quo pentadbiran dikekalkan sama seperti sebelum 21 Mei. 


14. Jika bukan Setiausaha DKU, siapakah yang memanggil sidang khas semalam? Rais Yatimkah? Dan jika ia benar-benar Sidang Khas DKU, siapakah yang mempengerusikannya sedangkan Yang di-Pertuan Besar merupakan Pengerusi DKU yang sah manakala Undang hanyalah ahli-ahlinya?


15. Oleh kerana "Sidang Khas" itu tetap diteruskan, Setiausaha DKU mengumumkan akan memulakan prosiding menghina mahkamah (contempt of court) terhadap pihak terbabit kerana melanggar perintah injunksi.


16. Mahkamah memang tidak boleh campur tangan dalam keputusan adat yang diperuntukkan sebagai muktamad. Tetapi, Mahkamah mempunyai bidang kuasa sepenuhnya untuk menentukan sama ada Perlembagaan bertulis telah dipatuhi atau tidak.


17. Apabila orang politik seperti Chegubard, Rais Yatim, dan parti-parti tertentu yang kononnya pejuang Melayu menjadi batu api dalam krisis sebegini, yang rugi akhirnya ialah institusi diraja itu sendiri. 


18. Pada tahun 1993, Annuar Musa (ketika masih bersama UMNO) pernah terlibat menabalkan Sultan Kelantan baharu di bawah pokok di Ketereh. 


19.  Akhirnya nanti, jangan sampai nasib mereka yang ditunggangi menjadi sama seperti kes "abang belon" — dipergunakan, dipertontonkan, kemudian ditinggalkan begitu sahaja.


SEREMBAN: Ibu Soko Tua, Waris Perut Kampung Pulau, Luak Rembau, YM Rashimah Abu Bakar berkata, semua Anak Waris daripada Perut Biduanda Sedia Raja Kampung Pulau, Kampung Tengah, Kampung Tanjong dan Kampung Bukit menyatakan rasa dukacita dan kebimbangan terhadap proses permakluman serta pengiktirafan nama YM Dato Shahbandar Abdul Rahim Yassin sebagai YTM Undang Luak Rembau Ke-22 yang telah dinyatakan oleh Dewan Keadilan dan Undang (DKU) adalah tidak sah dari Aturan dan Hukum Adat di Luak Rembau.

Friday, June 5, 2026

 Tindakan empat Undang Luak Negeri Sembilan mengadakan sidang media bagi mengisytiharkan “pemecatan” Tuanku Muhriz bukan sekadar satu episod kecil dalam sejarah adat ia adalah satu gegaran politik dan institusi yang boleh menggoncang asas kepercayaan rakyat terhadap sistem beraja itu sendiri. Dalam negara yang sering melaungkan kestabilan dan keharmonian, perkembangan ini membuka pekung yang selama ini disembunyikan di sebalik protokol dan adat istiadat.


Persoalan utama bukan sekadar sama ada Tuanku Muhriz akan turun takhta atau tidak, tetapi apa sebenarnya yang sedang berlaku di sebalik tabir kuasa Negeri Sembilan. Adakah ini benar-benar keputusan berlandaskan adat, atau wujud percaturan tertentu yang cuba mengubah imbangan kuasa? Rakyat berhak tahu, kerana institusi diraja bukan milik eksklusif golongan elit ia adalah simbol kedaulatan negeri yang berkait rapat dengan maruah rakyat.


Lebih membimbangkan, cara pengumuman ini dibuat melalui sidang media memberi gambaran seolah-olah institusi adat kini mula bergerak seperti pemain politik moden. Ini bukan sahaja mencetuskan kekeliruan, malah membuka ruang kepada spekulasi bahawa keputusan sebesar ini mungkin dipengaruhi oleh tekanan tertentu. Jika benar, maka ia satu petanda berbahaya bahawa garis pemisah antara adat, politik, dan kepentingan peribadi semakin kabur.


Dalam sejarah Negeri Sembilan, Undang Luak mempunyai peranan penting dalam menentukan kepimpinan. Namun, kuasa itu datang bersama tanggungjawab besar iaitu memastikan keputusan dibuat dengan penuh kebijaksanaan, ketelusan, dan keadilan. Apabila keputusan drastik seperti “pemecatan” diumumkan tanpa penjelasan terperinci, ia hanya menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.


Rakyat kini berdepan dilema: siapa yang harus dipercayai? Di satu pihak, Tuanku Muhriz yang selama ini dilihat sebagai simbol kestabilan; di pihak lain, Undang Luak yang memegang kuasa adat. Pertembungan ini bukan sahaja mencabar legitimasi individu, tetapi juga menggugat keyakinan terhadap keseluruhan sistem.


Lebih tajam lagi, isu ini berpotensi mencetuskan perpecahan dalam kalangan rakyat. Dalam era media sosial, naratif boleh dimanipulasi dengan pantas, dan tanpa penjelasan rasmi yang jelas, spekulasi akan menjadi “kebenaran” bagi sesetengah pihak. Ini adalah resipi kepada ketidakstabilan sesuatu yang Malaysia tidak mampu hadapi dalam keadaan ekonomi dan sosial yang sudah pun mencabar.


Jika benar ada asas kukuh di sebalik tindakan ini, maka ia perlu didedahkan secara telus. Jika tidak, rakyat berhak mempersoalkan sama ada ini sekadar permainan kuasa yang dibungkus dengan nama adat. Institusi beraja tidak boleh dilihat sebagai medan percaturan kerana sekali kepercayaan itu runtuh, ia sukar untuk dibina semula.


Akhirnya, isu ini bukan sekadar tentang siapa duduk di takhta, tetapi tentang masa depan sistem yang selama ini dianggap suci dan tidak boleh dipersoalkan. Jika krisis ini tidak ditangani dengan bijak, ia mungkin menjadi titik perubahan yang akan dikenang sebagai permulaan kepada keruntuhan kepercayaan terhadap institusi tradisi negara.


Sumber berita: 

Berdasarkan laporan semasa mengenai sidang media Undang Luak Negeri Sembilan dan perkembangan isu Tuanku Muhriz.

Wednesday, June 3, 2026

 Johor: "Checkmate" Politik yang Memakan Diri?


Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 1 Jun 2026 bukan sekadar langkah pentadbiran, ia adalah satu perjudian besar. Bagi pihak yang mendesak pembubaran ini, ia dilihat sebagai jalan pintas untuk mendapatkan mandat baharu. Namun, di sebalik retorik kestabilan, keputusan ini seolah-olah meletakkan BN Johor dalam kedudukan yang sangat terdedah.


Strategi "Double-Kill" PMX


Jika benar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ke-16 ini akan dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU16), maka ia adalah satu 'checkmate' strategik oleh Perdana Menteri (PMX). Apabila pilihan raya berlangsung serentak, BN Johor tidak lagi boleh bergantung kepada "tentera bantuan" atau jentera pusat yang tertumpu di selatan sahaja. Fokus jentera BN akan terpecah ke seluruh negara, sekali gus melumpuhkan keupayaan mereka untuk mempertahankan kubu tradisi ini. Ini adalah strategi klasik memecahkan kekuatan lawan sebelum mereka sempat berkumpul semula.


"Team B" dan Keruntuhan UMNO dari Dalam


Keadaan bertambah parah dengan krisis dalaman UMNO yang semakin terbuka. Perpecahan antara kem atau "Team B" yang semakin lantang mencabar kepimpinan sedia ada bukan sahaja memecahkan suara, malah menghakis keyakinan akar umbi. Bagi Pakatan Harapan (PH), ini adalah peluang keemasan. Mereka tidak perlu bekerja keras untuk meruntuhkan tembok BN; UMNO sedang meruntuhkannya sendiri dari dalam.


Parti Alternatif sebagai "Spoiler"


Munculnya parti-parti alternatif atau "pihak ketiga" (seperti parti yang dipelopori bekas menteri) kini memainkan peranan sebagai spoiler yang paling berkesan. Kehadiran mereka memecahkan undi, terutamanya undi anak muda (Undi18) yang dahulunya mungkin cenderung kepada blok pembangkang (Perikatan Nasional). Dengan memecahkan undi di kawasan majoriti Melayu, ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada PH yang mempunyai sokongan pengundi bukan Melayu yang lebih padu. Ini adalah "strategi menelan" yang memberi manfaat pertambahan kerusi kepada PH di selatan.


Langkah terburu-buru BN Johor untuk membubarkan DUN hari ini mungkin merupakan titik permulaan kepada kejatuhan dominasi mereka. Jika BN terus bermain dengan sentimen nostalgia tanpa pembaharuan, mereka bukan sahaja akan kehilangan Johor, tetapi mungkin kehilangan relevansi dalam landskap politik Malaysia yang sedang berubah pantas.


Politik bukan lagi tentang siapa yang paling lama berkuasa, tetapi siapa yang mampu membaca langkah seterusnya. Dan buat masa ini, nampaknya "pencatur" di Putrajaya sedang mendahului beberapa langkah di hadapan.