Saturday, April 30, 2022

 ANTARA FAKTA DAN AUTA

(Ziarah Kubur Pada Hari Raya)


1) Di antara hadis yang menjadi sandaran kepada keharusan menziarahi kubur pada hari raya adalah hadis berikut: 


Jabir bin Abdillah r.a meriwayatkan:


 كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ يَوْمُ عِيدٍ خَالَفَ الطَّرِيقَ

“Nabi shalallahu alaihi wasallam apabila pergi beraya (untuk solat) maka Baginda akan pergi dan balik melalui jalan berbeza” (HR Al-Bukhari, no.957)


Para ulama telah mensyarahkan hadis ini:

i. Imam Badruddin Al-Aini ketika mensyarahkan hadis ini dalam kitab beliau Umdatul  Qari, beliau menyenarai 20 hikmah Nabi melalui jalan yang berbeza, di antaranya:


لِيَزُورَ أَقَارِبَهُ الأَحْيَاءَ وَالْأَمْوَاتَ

“Untuk menziarahi kerabatnya yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia”

Hal yang sama disampaikan oleh Imam Ibnu Hajar dalam kitabnya Fathul Bari. 


ii. Lebih jelas lagi, Imam Abi Al-Abbas Ahmad bin Muhammad Al-Qasthalani menyenaraikan 12 hikmah di antaranya:


لِيَزُورَ قُبُورَ أَقَارِبِهِ فِيْهِمَا

“Untuk menziarahi kubur kerabat Baginda pada kedua-dua jalan”

Hal yang sama dipersetujui oleh Imam Ibnu Allan Asy-Syafie dalam Dalilul Falihin dan Imam Al-Munawi dalam Faidhul Qodir.


Berdasarkan, huraian di atas dapat kita ketahui amalan kita ziarah kubur adalah termasuk dalam sunnah Nabi dan juga hikmah daripada amalan Nabi melalui jalan berbeza. Maka daripada itu juga, kita amalkan dengan tenang dan aman di Malaysia sejak turun temurun tanpa sebarang usaha mengelirukan umat Islam.


2) Selain itu, hadis lain yang menjadi sandaran kepada amalan ini ialah: 


مِنَ السُّنَّةِ زِيَارَةُ جَبَانَةُ الْمُسْلِمِيْنَ يَومِ الْعَيْدِ وَلَيْلَتِهِ

“Di antara sunnah Nabi shalallahu alaihi wasallam adalah berziarah ke kubur kaum muslimin pada siang hari dan malamnya” (HR Al-Baihaqi dalam Sunan Al-Kubra)


Saidina Ali bin Abi Talib jelas menyatakan menziarah kubur pada hari raya adalah termasuk dalam sunnah Nabi. Maka hendaklah kita beramal tanpa sebarang was-was.


3)   Oleh yang demikian, para ulama salafussoleh juga mengamalkan ziarah kubur pada hari raya seperti kenyataan berikut:


عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ. 

“Dari Atha’ bin Saib ia berkata: “Saya solat Subuh di masjid ini di hari raya ‘idilfitri, lalu bertemu Abu Abdirrahman dan Abdullah bin Ma’qil. Selepas kami solat hari raya, mereka keluar masjid dan saya juga keluar bersama mereka, menuju ke kuburan”  (Mushannaf Ibni Abi Syaibah, juz.2, ms.70)


4)   Demikianlah kefahaman para ulama sehingga mereka berpandangan amalan ziarah kubur pada hari raya adalah dibolehkan dan tidak timbul dakwaan bidaah dhalalah. Fatwa Al-Azhar Asy-Syarif telah menyatakan pendirian:


وَمِنْ هُنَا نَعْلَمُ أَنَّ زِيَارَةَ النَّاسِ لِلْمَقَابِرِ عَقِبَ صَلَاةِ الْعِيْدِ إِنْ كَانَتْ لِلْمَوْعِظَةِ وَتَذَكُّرِ مَنْ مَاتُوْا وَكَانُوْا مَعَهُمْ فِى الْأَعْيَادِ يُنَعَّمُوْنَ بِحَيَاتِهِمْ ، وَطَلَبِ الرَّحْمَةِ لَهُمْ بِالدُّعَاءِ فَلَا بَأْسَ بِذَلِكَ أَبَدًا 

“Dari sini kita mengetahui bahawa melakukan ziarah kubur oleh ramai orang setelah hari raya, jika tujuannya menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memohon rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya” (Fatawa Al-Azhar, juz.8, ms.391 dan Al-Fatawa Min Ahsan Al-Kalam, juz.1, ms.348)


5)   Secara umumnya, sekalipun tidak mempunyai hadis-hadis di atas maka keharusan menziarahi kubur adalah memadai dengan anjuran umum. Manakala, masyarakat Malaysia menziarahi kubur pada hari raya pula adalah kerana hari tersebut kebetulan dapat balik kampung dan berpeluang menziarahi kubur ibu bapa dan keluarga mereka. 


6)   Namun, ada mulut jahat kaum Wahhabi mempersoal kenapa tidak ziarah hari lain dan mendakwa kita telah mengkhususkan hanya pada hari raya. Maka kami jawab, mereka telah mencipta suatu prasangka, lalu menghukum umat Islam atas prasangka ciptaan mereka sendiri. Jelaslah, mereka adalah golongan yang gemar memperdaya umat Islam.


7)   Akhir kalam, saya harap dengan hujjah-hujjah di atas, kita dapat memperoleh ilmu baharu dan kefahaman yang benar.


Disediakan oleh:

Hafiz Al-Za'farani (HAZA)

Thursday, April 21, 2022

 ~ DASAR TAREKAT AL-AHMADIAH AL-MUHAMMADIAH ~


Telah berkata Syeikh Abdul Ghani Al-Jaafari RA: 


“Telah sedia diketahui dalam kalangan murid Sayyidi Ahmad bin Idris RA adalah mereka yang menerima Tarekat Syadziliyyah pada awalnya, seperti Al-Sayyid Muhammad Sirr Al-Khatm Al-Mirghani RA dan Al-Sayyid Muhammad Ali Al-Sanusi RA, dan Al-Sayyid Al-Majdzub RA. Dan ada pula dalam kalangan mereka yang menerima daripada Sayyidi Ahmad bin Idris RA Tarekat Al-Muhammadiah Al-Idrisiah, contohnya Al-Sayyid Ibrahim Al-Rasyidi RA. Masing-masing mendapat awrad daripada Sayyidi Ahmad pada awalnya kemudian mereka menerima awrad daripada Rasulullah ﷺ. 


Para Abna' Sayyidi Ahmad bin Idris RA kesemuanya, adalah para Syeikh yang mempunyai jalan tarekat yang dinamakan sempena dengan nama mereka dan jalan tarekat lain yang bercabang daripada tarekat asal mereka seperti Al-Dandarawiah, Al-Ismailiah dan Al-Salihiah yang terbit daripada (silsilah) Tarekat Al-Rasyidiah. Adapun imam kami, sang mujaddid, sang imam, (Syeikh Soleh bin Muhammad) Al-Jaafari RA, telah meletakkan asas-asas Tarekat Al-Jaafariyyah Al-Ahmadiah Al-Muhammadiah, yang merangkumi prinsip-prinsip agama dan ketetapan hukumnya berdasarkan ilmu. Kaedah-kaedah tarekatnya ialah Al-Quran dan Sunnah serta didikan rohani yang melahirkan semangat taṣawwuf dan merupakan manifestasi daripada hakikat kerohanian taṣawwuf yang tinggi, serta diterjemah dalam bentuk pengamalan, sesuai dengan sabda Junjungan yang mulia:


أَدَّبَنِى رَبِّى فَأَحْسَنَ تَأْدِيْبِى


[Yang bermaksud: "Tuhanku mendidiku dengan adab yang baik, maka Dia menjadikan pendidikanku menjadi sempurna" - Hadis Riwayat Ibnu Hibban]


Syeikh kami mendidik para pelajar dan murid-muridnya dengan kaedah bimbingan yang jelas dan membebaskan mereka daripada setiap bidaah tercela yang telah menyusup ke dalam bidang taṣawwuf. Halaqah zikir di Al-Azhar Al-Syarif telah dihadiri dan dikunjungi oleh para ulama dari seluruh negara Arab. Hari ini para pelajar Imam al-Jaafari RA tersebar ke serata pelosok Republik (Arab Mesir), di daerah, bandar, dan kampung di Sudan, bahkan di seluruh dunia Islam, dan halaqah zikir mereka berjalan di atas metodologi dan bimbingannya, kerana mereka mencontohi kaedah yang dicorakkan oleh Syeikh mereka, seperti semasa hayatnya.”


Di tempat lain Syeikh Abdul Ghani pernah berkata:


“Kaedah tarekat Syeikh Soleh bersatu dan bercampur dengan kaedah tarekat Sayyid Ahmad bin Idris RA, sehingga ajaran-ajarannya mengenai Tarekat Jaafariyyah tidak dapat dipisahkan dari ajaran-ajarannya tentang Tarekat Ahmadiah, kerana kedua-duanya berasal dari pelita (perlambangan kepada sumber ilmu) yang sama.”


Pesanan penting kepada para ikhwan:


Adalah penting bagi kita apabila membaca syair-syair ataupun kitab-kitab karangan Syeikh Soleh, kerana segala ajaran-ajaran yang bermutu tinggi dan kenyataan yang beliau sebutkan tentang Tarekat Al-Ahmadiah bolehlah dibaca\difahami  seperti sama dengan Tarekat Al-Jaafariyyah (Tambahan: Bahkan perkara yang sama turut terpakai kepada cabang-cabang Tarekat Al-Ahmadiah yang lainnya).


Wallahu a'lam.


[Dipetik dan dipinda daripada FB: https://www.facebook.com/lightoftheazhar]

_

FB: https://www.facebook.com/assaidiyyah | Telegram: t.me/MadrasahAsSaidiyyah

 ~AMALAN PADA SEPULUH MALAM TERAKHIR BULAN RAMADHAN~


Sohibul Fadilah Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang pertama, Almarhum Tuan Syeikh Hj. Ahmad B. Syeikh Hj. Muhammad Said B. Syeikh Hj. Jamaluddin Al-Linggi r.a di dalam kitabnya Majmuah Musammah Bi Tuhfat Al-Awthan Wal Ikhwan Fi Zikr Ba’dha Al-Azkar Wal Aurad Wal Ad‘iyah Allati Tata‘alliqu Bil Auqat Wal Azman telah mengemukakan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Anas B. Malik r.a : “Barangsiapa sembahyang ia pada malam Lailatulqadr akan Isyak dan Subuh berjemaah maka sungguhnya telah mengambil ia daripada malam Lailatuqadr dengan bahagian yang sempurna”.


Setengah daripada barang yang dibaca pada malam Lailatulqadr ialah :

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنَّا. اَللَّهُمَّ اِنِّا نَسْئَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ وَالْمُعَافَاةَ الدَّآئِمَةَ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْيَا وَالْاَخِرَةِ.

Dan

لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ سُبْحَانَ رَبِّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبِّ الْعَظِيْمِ.

tiga kali dan Ayat Al-Kursi. Oleh datang hadis padanya iaitu barangsiapa membaca ia akan Ayat Al-Kursi pada malam Lailatulqadr adalah ia terlebih kasih kepada Allah Ta’ala daripada bahawa mengkhatam ia akan Quran pada lainnya daripada segala malam.


Wallahua'lam.

Tuesday, April 19, 2022

 ~ ZIKRULLAH¹~


Zikrullah menjadi salah satu rukun yang kuat di dalam usaha untuk sampai kepada Tuhan yang Al-Haq. Malah ianya merupakan tonggak utama di dalam perjalanan ahli-ahli sufi. Al-Imam Ibnu Kathir berkata:


"Duduklah bersama-sama dengan golongan yang berzikir, bertahlil, bertahmid, bertasbih, bertakbir dan hanya bermohon kepada Allah pada waktu pagi dan petang sama ada mereka itu fakir, kaya, kuat atau lemah".


Tidak ada seorang pun yang akan sampai kepada Allah kecuali dengan berterusan melakukan zikir. Selaras dengan firman Allah: 


الَّذِيْنَ يَذْكُرُوْنَ اللّٰهَ قِيَامًا وَّقُعُوْدًا وَّعَلٰى جُنُوْبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُوْنَ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۚ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بَاطِلًاۚ سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ {١٩١}


Yang bermaksud: (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Surah Ãli-'Imran, 3:191)


Dalam amalan tasawuf, zikrullah sebenarnya mempengaruhi perjalanan rohaniah seseorang salik kepada Allah. Peningkatan pengalaman rohaniah sesuai dengan peningkatan zikrullah itu sendiri. Di dalam Tarekat Ahmadiah,  terdapat pelbagai amalan zikir. Amalan zikir yang paling utama ialah Aurad Tarekat Ahmadiah yang disusun oleh Al-Ustaz Sayyidi Ahmad bin Idris RA. Aurad ini merupakan zikir asasi yang perlu diamalkan secara konsisten. Malah mereka berpendapat, pencapaian rohani dalam perjalanan kesufian akan dapat dicapai apabila ada kesungguhan dan penglibatan seseorang dalam mengamalkan aurad ini. Aurad ini terdiri daripada empat jenis iaitu:


1. Fatihatul Aurad


Zikir asas yang pertama iaitu Fatihatul Aurad ini bermaksud "permulaan semua wirid". Zikir ini sangat digalakkan oleh Sayyidi Ahmad bin Idris RA untuk membacanya sebelum memulakan ibadat sembahyang. Ahli tarekat ini biasanya membacanya di permulaan majlis zikir, majlis hol dan majlis tolak bala. Lafaznya ialah: 


اَللَّهُمَّ اِنِّى اُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ  يَدَىْ كُلِّ نَفَسٍ وَلَمْحَةٍ وَطَرْفَةٍ يَطْرِفُ بِهَا اَهْلُ السَّمَوَاتِ وَأَهْلُ الأََرْضِ ❁ وَكُلِّ شَيْءٍ هُوَ فِىْ عِلْمِكَ كَائِنٌ أَوْ قَدْ كَانَ، اُقَدِّمُ إِلَيْكَ بَيْنَ يَدَىْ ذَلِكَ كُلِّهِ❁


[Ya Allah, sesungguhnya aku mempersembahkan kepada-Mu di hadapan setiap nafas dan setiap kerlipan pandangan dan setiap kerlipan yang mengerlip dengannya oleh penghuni segala langit dan penghuni bumi dan setiap sesuatu yang ada di dalam pengetahuan-Mu yang tetap ada atau sesungguhnya telah ada. Aku mempersembahkan kepada-Mu di hadapan semua itu]


2. Al-Tahlil 


Zikir ini adalah amalan paling utama yang sangat digalakkan kerana kelebihannya yang besar. Al-Tahlil ini adalah zikir utama dalam mana-mana majlis zikir, majlis hol, majlis tolak bala (doa selamat), dan selepas sembahyang fardhu dibaca tiga kali bersama [لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ]² yang dibaca sebanyak empat kali. Lafaznya ialah:


لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهَ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللَّهِ❁ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَ نَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللَّهِ❁


[Tiada tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah, pada setiap kerlipan mata dan nafas sebanyak bilangan luasnya ilmu Allah]


3. Al-Solawat Al-Azimiah 


Selawat ini adalah amalan utama bagi setiap ahli tarekat dan sangat digalakkan membacanya oleh Syeikh-Syeikh tarekat ini. Selawat ini dibaca sebagai zikir penutup bagi setiap sembahyang fardhu, majlis zikir, majlis hol, majlis Maulidur Rasul dan selepas sembahyang jenazah. Lafaznya ialah:


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُورِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيمِ ❁ الَّذِي مَلَأَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ الْعَظِيمِ ❁ وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ الْعَظِيمِ ❁ أَنْ تُصَلِّيَ عَلىٰ مَوْلَانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيمِ ❁ وَعَلىٰ آلِ نَبِيِّ اللهِ الْعَظِيمِ ❁ بِقَدْرِ عَظَمَةِ ذَاتِ اللهِ الْعَظِيمِ ❁ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِي عِلْمِ اللهِ الْعَظِيمِ ❁ صَلَاةً دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيمِ ❁ تَعْظِيمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلَانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ الْعَظِيمِ ❁ وَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَعَلىٰ آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ ❁ وَاجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوحِ وَالنَّفْسِ ❁ ظَاهِرًا وَبَاطِنًا ❁ يَقْظَةً وَمَنَامًا ❁ وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيعِ الْوُجُوهِ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ الْآخِرَةِ يَا عَظِيمُ ❁


[Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dengan cahaya Wajah Allah yang Maha Agung. Yang memenuhi segenap penjuru 'Arasy Allah yang Maha Besar. Dan tegak dengan-Nya segala 'alam, Allah yang Maha Agung. Semoga Engkau merahmati ke atas penghulu kami Muhammad yang mempunyai darjat yang maha besar. Dan (selawat yang sama dicurahkan) atas keluarga Nabi Allah yang Maha Besar. Dengan kadar kebesaran Zat Allah yang Maha Agung. Sebagai selawat yang berkekalan dengan kekalnya Zat Allah yang Maha Agung. Kerana membesarkan bagi hak wahai Tuan Penghulu kami, wahai Muhammad, wahai yang mempunyai akhlak yang maha agung. Dan Allah sejahterakan ke atasnya dan demikian juga ke atas keluarganya. (Ya Allah), himpunkanlah aku dan dia (Nabi Muhammad) sepertimana Engkau menghimpunkan di antara roh dan nafsu, zahir dan batin, dalam keadaan jaga dan tidur. Dan jadikanlah dia (Nabi Muhammad), Wahai Tuhan, roh bagi zatku dari segenap jalan di dunia sebelum akhirat, wahai Tuhan yang Maha Agung]


4. Al-Istighfar Al-Kabir 


Istighfar ini mempunyai kelebihan yang besar. Istighfar ini digalakkan membacanya sebelum memulakan mana-mana zikir dan dipermulaan zikir selepas sembahyang fardhu. Lafaznya ialah: 


أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ ❁ غَفَّارَ الذُّنُوبِ ذا الْجَلاَلِ وَالْأِكْرَامِ ❁ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيعِ الْمَعَاصِي كُلِّهَا وَالذُّنُوبِ وَالْآثَامِ ❁ وَمِنْ كُلِّ ذَنْبٍ أَذْنَبْتُهُ عَمْدًا وَخَطَئًا ظَاهِرًا وَبَاطِنًا ❁ قَوْلًا وَفِعْلًا ❁ فِي جَمِيعِ حَرَكَاتِي وَسَكَنَاتِي وَخَطَرَاتِي وَأَنْفَاسِي كُلِّهَا دَائِمًا أَبَدًا سَرْمَدًا ❁ مِنَ الذَّنْبِ الَّذِي أَعْلَمُ ❁ وَمِنَ الذَّنْبِ الَّذِي لَا أَعْلَمُ ❁ عَدَدَ مَا أَحَاطَ بِهِ الْعِلْمُ وَأَحْصَاهُ الْكِتَابُ ❁ وَخَطَّهُ الْقَلَمُ ❁ وَعَدَدَ مَا أَوْجَدَتْهُ الْقُدْرَةُ وَخَصَّصَتْهُ الْإِرَادَةُ ❁ وَمِدَادَ كَلِمَاتِ اللهِ كَمَا يَنْبَغِي لْجِلَالِ وَجْهِ رَبِّنَا وَجَمَالِهِ وَكَمَالِهِ ❁ وَكَمَا يُحِبُّ رَبُّنَا وَيَرْضَى ❁


[Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia, yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Dengan Sendirinya. Maha Mengampuni segala dosa, yang mempunyai sifat kebesaran dan kemuliaan. Aku bertaubat kepada-Nya dari segala maksiat, dosa dan kesalahan. Dan dari semua dosa yang telah aku lakukan secara sengaja atau tersalah, sama ada zahir  mahupun batin, (yang berbentuk) kata dan perbuatan, seluruh gerak geriku, diamku, lintasan hatiku dan nafsuku semuanya sentiasa berkekalan selama-lamanya. Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang tidak aku ketahui. Sebilangan apa yang diliputi dengannya oleh ilmu Allah dan dicatat di dalam kitab. Dan yang digariskan-Nya dan ditentukan-Nya oleh kehendak-Nya. Dan sebanyak dakwat kalimah Allah. Sepertimana layaknya sifat Jalal bagi Tuhan kami dan Jamal-Nya dan Kamal-Nya. Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai]. 

_

¹ Kertas Kerja "Tarekat Al-Ahmadiah Al-Idrisiah Al-Rasyidiah Al-Dandarawiah Dan Sejarahnya Di Negeri Sembilan"; oleh Almarhum Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadza bin Syeikh Hj. Ahmad (2012)


² Dikenali juga dengan Doa Al-Itqi

Monday, April 18, 2022

 >> BERITA > POLITIK >

 

*Anwar dedah ada bukti surat sokongan ketua parti bentuk kerajaan*


KHAIRIL ANWAR MOHD AMIN | | 19 April 2022


Anwar - Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID


PETALING JAYA - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau memiliki bukti surat sokongan ketua-ketua parti tertentu sewaktu mengumumkan pihaknya berjaya mendapatkan sokongan 'meyakinkan, kukuh dan kuat' bagi membentuk kembali kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2020.


Mengakui kegagalan beliau diangkat menjadi Perdana Menteri dalam dua situasi berbeza tahun itu menyebabkan kenyataan berkenaan dijadikan bahan sindiran banyak pihak, Anwar sebaliknya menjelaskan perkara itu tidak dapat direalisasikan disebabkan faktor prinsip.


Jelas Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu lagi, beliau kemudiannya membentangkan beberapa syarat prinsip penting yang harus dipenuhi ahli-ahli Parlimen parti lain setelah memperoleh angka sokongan majoriti diperlukan.


"Bila saya sebut sokongan convicing (meyakinkan), formidable (kukuh), walaupun diperolok-olokkan, itu berdasarkan surat ketua-ketua parti yang memang jumlahnya itu 'convincing dan formidable'.


"Itu dua tahun lalu. Saya masih pertahankan surat itu ada," katanya dalam temu bual bersama Sinar Harian, The Vibes dan Malaysiakini di pejabatnya di Bukit Gasing di sini pada Isnin.


Dalam satu sidang akhbar bertarikh 23 September 2020, Anwar bersama kepimpinan PH mengumumkan pihaknya berjaya mendapatkan sokongan 'meyakinkan, kukuh dan kuat' bagi membentuk kembali kerajaan PH, susulan kejatuhan kerajaan koalisi itu pada bulan tahun sama.


Anwar mendakwa, sokongan ahli Parlimen itu daripada pelbagai parti termasuk yang berpihak kerajaan sedia ada, namun enggan mendedahkan jumlah ahli Parlimen yang menyokongnya.


Dalam sidang akhbar itu, Anwar turut memberi bayangan kerajaan campuran yang bakal dibentuk terdiri kerajaan majoriti ahli Parlimen Melayu dan Islam, sekali gus mengundang spekulasi sokongan ahli Parlimen itu datangnya daripada UMNO dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Disyorkan artikel ini:

Propaganda kecurigaan Melayu luar bandar terhadap DAP masih menebal

‘Terima kasih sahkan Pas tiada hubungan dengan PH’

Kerajaan tak wajib bubar Parlimen jika MoU tamat: Anwar

Gandingan Ismail Sabri-Zahid bukti UMNO utama kepentingan negara

Bagaimanapun, usaha Anwar itu gagal kerana tidak dapat meyakinkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali gus mengundang keraguan banyak pihak terhadap perkara berkenaan.


Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan beliau kemudiannya membentangkan syarat prinsip yang harus dipatuhi oleh ahli-ahli Parlimen yang mahu menyokongnya dan bersedia bekerjasama dengan PH.


Antara syarat prinsip dikemukakan beliau adalah keperluan memenuhi dasar tidak boleh dikompromi seperti dasar perkauman sempit ditolak, rasuah ditolak, pematuhan tatakelola dan kepimpinan baik selain menetapkan tidak boleh mana-mana pihak menjatuhkan kerajaan 'ditengah-tengah' jalan sebagaimana berlaku terhadap kerajaan PH.


"Yang saya paling tak setuju adalah menjamin orang-orang yang terdakwa dan terkait dengan rasuah dilepaskan, itu saya tegas tidak bersedia walaupun ia mungkin bermakna saya tidak dapat menjadi Perdana Menteri.


"Perkara ini harus jelas kerana negara mesti selamat daripada kebobrokan, terutama terhadap kepimpinan yang mengaut kekayaan atau rasuah.


"Saya paling tidak bersedia untuk campur tangan urusan badan kehakiman yang semestinya bebas dan berwibawa kerana kita ada pengalaman dengan badan kehakiman dahulu lagi," katanya.


Berikutan itu, Anwar yang juga Pengerusi PH mengakui kegagalan sebilangan besar ahli Parlimen yang menyokongnya sebelum itu, mematuhi syarat-syarat prinsip ditetapkan beliau menyebabkan mereka kembali membuat keputusan pusingan U.


"Kalau disenangi pendirian saya, okay. Kalau tak boleh terima, tak sokong, itu masalah mereka. Syarat tu (saya kemukakan) dari awal perbincangan dengan saya langsung tidak berganjak daripadanya.


"Pokoknya begini, kerana syarat itulah saya gagal menjadi Perdana Menteri. Tapi saya tidak boleh khianat amanah rakyat," tegas Anwar.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/198690/BERITA/Politik/Anwar-dedah-ada-bukti-surat-sokongan-ketua-parti-bentuk-kerajaan

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Friday, April 15, 2022

 

Kenapa DAP Dijadikan Sasaran Serangan PASUmno


Kenapa DAP Dijadikan Sasaran Serangan PASUmno

S : Kenapa Dap dimusuhi oleh PasUmno?

J : Sesuatu perlu dilakukan untuk menutup sesuatu kelemahan.

S : Maksudnya?

J : Orang Melayu mesti dihasut dan ditakutkan dengan sesuatu perkara yg sensitif.

S : Perkara apa?

J : Islam terancam, hak Melayu ingin dihapuskan.

S : Kerana apa?

J : Menarik sokongan mereka utk kembali menyokong Umno.

S : Kenapa begitu?

J : Kerana berpuluh tahun Umno memerintah...mereka menjarah, menyamun, menjual tanah rizab Melayu, wang negara, aset negara, saham Bumiputra, rasuah dan sebagainya.

S : Maka?

J : Kambing hitam perlu dicipta untuk menutup kesalahan ini.

S : Maksudnya?

J : Rakyat perlu ditutup mata dari membicarakan soal ini. Gantikan dengan isu baru bagi menimbulkan ketakutan terhadap Dap.

S : Adakah Dap benar2 lawan Islam?

J : Tidak. Kalau lawan boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina Islam. Negara ada undang2 buat penghina islam.

S : Adakah Dap menolak hudud?

J : Mca, Gerakan, PBS, malah Umno sendiri pun menolak hudud. Bukan Dap saja.

S : Dap keras tentangannya?

J : Parti Gerakan membawa hudud ke mahkamah, pemimpin MCA mengadakan demo mengangkat sepanduk beramai2 menentang hudud. Dap menentang kerana ianya bertentangan dengan perlembagaan negara. Parti mana yg lebih keras tentangannya?

S : Dap menghina Nabi?

J : Berapa orang pemimpin Dap yg sudah didakwa menghina Nabi?

S : Dalam fb ramai Cina yg hina Nabi?

J : Pemimpin Dap ke tu? Kalau orang Melayu sokong Pas tapi dia mencuri, salah Pas juga ke?

S : Adakah Dap berlawan dgn Umno dan Pas?

J : Tidak. Dap hanya bertanding di kerusi yg ditandingi oleh MCA, MIC dan Gerakan.

S : Kalau Dap kalah....siapakah yg menang?

J: Sudah tentulah MCA, MIC ataupun Gerakan yg menang.

S : Dgn kemenangan MCA, MIC atau Gerakan...adakah menambahkan kerusi Melayu?

J : Sudah pasti tidak.

S : Habis tu....apa yg PASUmno dengki sgt?

J : Umno terutamanya tak boleh hidup tanpa KUASA. Bila takda kuasa mereka gelisah. Sumber kekayaan mereka terjejas.

S : Pas?

J : Pas hanya BARUA Umno saja. Tukang pacak bendera.

S: Klu menyalahi undang² perlembagaan kenape tidak haramkan DAP ?

Kredit to labu Labi

Tuesday, April 12, 2022

 

Resepi Kerabu Perut

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg perut lembu – dibersihkan,direbus dan di hiris nipis
  • kacang panjang secukupnya- dihiris halus
  • taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan
  • 1 bawang besar- hiris halus
  • 4 biji cili padi- dihiris halus
  • 2 biji limau nipis- ambil airnya
  • 1 biji tomato- hiris
  • Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus

BAHAN UNTUK DITUMBUK:

  • 1 sudu kerisik
  • 2 batang serai- hiris halus
  • 2 sudu udang kering- dibersihkan
  • 1/2 bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • 1 inci halia

CARA-CARA:

  1. Tumbuk semua bahan yang berkenaan hingga 3/4 hancur.
  2. Gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi..
  3. Gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.
  4. Masukkan bahan perasa..
  5. Siap untuk dihidang..

Resepi Kerabu Pucuk Paku + Kerang

BAHAN-BAHANNYA

  • 3 ikat pucuk paku (celur)
  • Segenggam tauge (celur)
  • 1kg kerang (rebus)
  • 6ulas bwg merah *
  • 4biji cili besar *
  • 2batang serai 10biji cili api *
  • 2cm belacan *
  • 2 sudu besar kerisik *
  • 1biji bawang besar (hiris)
  • Garam
  • Gula 

(Kisar bahan bertanda * )

CARA-CARA:

  1. Masukan semua bahan termasuk bahan kisar tadi. –
  2. Gaul bagi sebati dan boleh lah di makan


Resepi Kerabu Sotong Udang Kering

BAHAN-BAHAN:

  • 250 gm sotong
  • 30 gm udang kering – direndam dan dicincang halus
  • 50 gm bawang kecil – dihiris
  • 30 gm cili merah – dihiris
  • 1 helai daun limau purut – dihiris
  • 3 biji limau nipis – diambil jusnya
  • 10 gm daun bawang – dicincang
  • 20 gm kelapa parut – digoreng tanpa minyak
  • 10 gm garam
  • 20 gm gula

CARA-CARA:

  1. Sotong dipotong bulat dan dibersihkan.
  2. Rebus sotong sehingga masak dan toskan airnya.
  3. Dalam satu bekas, masukkan sotong rebus tadi bersama bawang, cili merah dan daun limau purut.
  4. Masukkan juga jus limau nipis, daun bawang, udang kering dan kelapa parut göreng.
  5. Bubuh garam dan gula. Kacau sebati kesemua bahan.
  6. Bolehlah hidangkan kerabu sotong udang kering ini sebagai pembuka selera.