Makalah:
HAQIQAT INSAN
(Kajian Tauhid, Tasawuf, dan Ma’rifatullah)
PENDAHULUAN
Maha suci Allah yang telah menciptakan Manusia sebagai insan yang paling sempurna dan paling mulia. Manusia diciptakan bukan hanya sekedar untuk hidup, tetapi untuk tujuan yang paling mulia yaitu mengenal Allah (ma’rifatullah). Dalam diri insan tersimpan rahasia besar yang menjadi jembatan antara makhluk dan Khalik.
Hal ini telah disebutkan Allah dalam Al Qur'an.
Allah berfirman:
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ
Artinya: “Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kebesaran) Kami di segenap penjuru (alam) dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa (Al-Qur’an) itu adalah benar. Tidakkah cukup bahwa Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu?” (Surah Fussilat ayat 53)
Berikut penjelasan tentang (haqiqat insan) yaitu rahasia hubungan antara Allah dan insan.
RAHASIA NAMA الله (“ALIF LĀM LĀM HĀ”) DALAM DIRI MANUSIA
. Makna Umum: Lafazh “Allah”
الله (Allāh) adalah nama bagi dzat yang mencakup seluruh Asmaul Husna.
Dalam tasawuf:
Lafazh ini bukan hanya sekedar nama saja,
Tapi isyarat hubungan langsung antara Tuhan dan hamba
BERIKUT RAHASIA SETIAP HURUF DALAM DIRI INSAN
- ALIF (ا) — ISYARAT DZĀT ALLAH
Maknanya :
Alif adalah tegak lurus → tidak bengkok
Ini Melambangkan: Tauhid, Keesaan Allah , Zat Yang Maha Esa.
Dalam diri manusia:
Alif = Ruh Ilahi
Dalilnya :
وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي
Artinya
Aku tiupkan rûḫ ku
(QS. Al-Hijr ayat : 29)
Maknanya: Dalam diri manusia ada “rahasia” dari Allah (ruh)
Isyarat: ➡️ Alif adalah asal (hakikat terdalam manusia)
B. LĀM PERTAMA (ل)
ISYARAT DARI SIFAT ALLAH (YAITU TURUNNYA TAJALLI)
Maknanya :
Lām melengkung → isyarat penurunan
Melambangkan:
- Tajalli (penampakan sifat Allah)
- Perjalanan dari Allah kepada makhluk
Dalam diri manusia:
Lām pertama ini = akal dan kesadaran
Tempat: Ilmu, Pemahaman, Kesadaran akan Allah.
Dalil:
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا
Artinya: “Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (segala sesuatu) seluruhnya.”
(QS. Al-Baqarah ayat : 31)
C. LĀM KEDUA (ل) — ISYARAT ASMA ALLAH (NAFS DAN PERJUANGAN )
Makna:
Pengulangan Lām → proses
Melambangkan:
Ujian, Hijab (penghalang), Perjalanan spiritual
Dalam diri manusia:
Lām kedua = nafs (jiwa)
Tempat: Syahwat, Ujian Ego
Dalil:
إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ
Artinya: sesungguhnya nafsu itu membawa kepada kejahatan.
(QS. Yusuf ayat : 53)
Ini adalah:
Medan jihad terbesar seorang salik
D. HĀ (ه) — ISYARAT AF'AL ALLAH
(KEMBALI KEPADA ALLAH)
Makna: Hā adalah huruf nafas (hembusan)
Melambangkan: Rahasia hidup, Nafas, Kembali kepada Allah.
Dalam dzikir: “HU” → هو (Dia)
Dalam diri manusia:
Hā = qalb (hati) dan sirr (rahasia terdalam)
Dalil:
وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Artinya: Dan didalam dirimu apakah tidak engkau perhatikan...? (QS. Adz-Dzariyat ayat : 21)
Makna: Di dalam dirimu ada jalan menuju Allah
Bagi ahlinya, kalimah ini bkn utk dipandang dgn mata kepala semata², tetapi direnung dgn mata batin yg telah luluh drpd dakwaan diri.
Jika masih ada rasa “aku memiliki”, maka hijab itu masih tebal/ kukuh. Selagi insan melihat dirinya berdiri sendiri, selagi itu dia belum membaca rahsia kewujudannya.
Sebab itu para arif berkata, manusia masih “buta huruf” selama dia belum mampu membaca kitab dirinya sendiri.
Tubuh ini bkn sekadar daging dan tulang, tetapi lembaran rahsia yg mengandungi isyarat tentang Yg Maha Wujud.
Mengenal diri bkn bererti memuja diri. Bkn juga mengangkat jasad menjadi Tuhan.
Itu faham yg tohor/cetek. Mengenal diri ialah melihat bhw diri yg disangka memiliki daya, kekuatan dan hidup itu sebenarnya tidak mempunyai apa².
Segala gerak hanyalah pinjaman. Segala nafas hanyalah limpahan.
Tatkala hijab mulai tersingkap, maka insan akan melihat bhw dirinya hanyalah bayang pd cermin Wujud Yg Esa.
Bayang tdk pernah berdiri sendiri. Jika tiada yg empunya bayang, maka lenyaplah seluruh gambaran.
Sebab itu dikatakan,
“Kenallah dirimu, nescaya engkau mengenal Tuhanmu.”
Bkn kerana diri itu Tuhan, tetapi kerana pada diri itulah terzahirnya tanda² ketuhanan. Seperti cermin yg memantulkan wajah, cermin bkn wajah, namun tanpa cermin, pantulan tidak terlihat.
Allah tidak berhimpun dlm jasad, tidak bercampur dgn makhluk, dan tidak menjadi manusia. Akan tetapi sifat²nya menzahirkan diri pada alam dan insan.
Dgn ilmunya manusia mengetahui. Dgn kekuasaannya manusia bergerak. Dgn hayatnya manusia hidup.
Semua itu menunjukkan bhw tiada sesuatu pun memiliki kewujudan secara mutlak selain Dia.
Bila seorg salik memandang dirinya masih “ada”, maka dia masih jauh. Tetapi apabila dirinya mulai lebur drpd dakwaan, maka yg tinggal hanyalah penyaksian terhadap segala perbuatan Allah yg sentiasa bekerja pada tiap denyut kehidupan.
Disitulah rahsia kalam,
“Insan itu rahsiaku, dan Aku rahsianya.”
Rahsia itu bkn pd rupa zahir, tetapi pd inti halus diri yg hidup dibalik rupa. Inti halus itulah yang sentiasa mencari asalnya.
Sebab itu hati manusia tidak pernah benar² tenang dgn dunia. Ada rindu yg tidak mampu dijelaskan oleh akal.
Ada kehampaan yg tidak mampu dipenuhi oleh makhluk. Kerana asal rahsia batin itu drpd tiupan rahsia Ilahi.
Apabila seseorg mulai tenggelam dlm sedar diperhati Allah, dia akan melihat seluruh alam ini seperti tubuh yg bergerak dgn 1 nyawa. Ombak bergerak kerananya. Angin bertiup kerananya. Hati berbolak - balik kerananya. Bahkan lintasan dlm qalbu juga tidak keluar drpd ilmunya.
Pada kedudukan berhajat mutlak ini, seorg arif tidak lagi sibuk menilai dirinya mulia atau hina. Dia melihat dirinya tidak memiliki apa² walau sebesar zarah. Yg wujud hanyalah limpahan nyata Allah yg sentiasa mengalir tanpa henti.
Maka insan kamil itu bkn manusia yg membesarkan dirinya, tetapi manusia yg lenyap keakuannya.
Lidahnya diam drpd dakwaan. Qalbunya penuh kehinaan diri.
Pandangannya hidup dgn penyaksian batin. Dia berjalan dibumi, tetapi rahsia batinnya sentiasa hadir bersama Allah.
Dia makan, tetapi melihat Allah yg memberi makan.
Dia bernafas, tetapi melihat Allah yg menghidupkan nafas.
Dia berbicara, tetapi sedar bahawa tiada daya berkata melainkan dgn izinnya.
Inilah makna halus bhw insan menjadi tempat memandang kesempurnaan sifat Allah. Bkn kerana insan itu Tuhan, tetapi kerana insan adalah cermin paling sempurna untuk menyaksikan limpahan sifat-sifanya dialam nyata.
Justeru itu, perjalanan makrifat bkn perjalanan mencari Tuhan dilangit yg jauh. Tetapi perjalanan menyingkap hijab diri yg palsu. Semakin hilang dakwaan diri, semakin nyata Wujudnya.
Akhirnya, yg tinggal bkn lagi “aku mengenal Allah”, tetapi lenyapnya aku didlm penyaksian bhw sejak awal hingga akhir.
Tidak pernah ada sesuatu selain Dia yg benar² Wujud.
No comments:
Post a Comment