20 SIFAT BAGI ALLAH - (dari segi ilmu makrifat)
Barang siapa mempelajari sifat 20 dengan bersungguh-sungguh, berserta faham akan maksud dan makna yang tersirat :______
"InsyaAllah.. dia akan dapat mengenal Allah swt dengan Nyata dan Terang."
"Diantara banyak-banyak cara dan diantaranya banyak-banyak kaedah, cara dan kaedah terbaik bagi mengenal Allah swt adalah dengan mempelajari sifat 20".
Allah tidak akan dapat dikenali melalui mata zahir, ianya dapat dikenali melalui mata hati dengan mempelajari sifat-sifatnya.
Sebelum sifat 20 dilanjutkan, Suka ingatkan disini bahawa :____ "Allah sebenarnya tidak bersifat dan Allah sebenarnya tidak boleh disifatkan."
ADAKAH ALLAH LAYAK UNTUK DI SIFAT² KAN?
Mana Mungkin Allah Bersifat :______
• Allah adalah suatu zat yang bukan Ain (bukan benda).
• Allah bukan barang, dan Allah bukan sesuatu.
• Allah adalah perkara yang tidak boleh disifatkan.
Sifat yang disifatkan dan sifat yang dinyatakan itu adalah :_____
• Semata-mata thamsil,
• Semata-mata misalan,
• Semata-mata usul,
• Semata-mata perumpamaan dan
• Semata-mata sekadar contoh bagi memudahkan faham.
APAKAH ASAS SIFAT 20?
Sifat 20 Berasaskan Kepada 4 Perkara:
1. Zat. (roh)
2. Sifat. (rupa)
3. Afa'al (perangai-perbuatan)
4. Asma' (nama)
APAKAH SIFAT ALLAH YANG 20 ITU?
1. Ujud = Ada
2. Qidam = sedia
3. Baqa' = kekal
4. Mukholafatuhu lilhawadis = bersalahan dengan yang baharu
5. Qiamuhu binafsih = berdiri sendiri
6. Wahdaniah = esa
7. Qudrat kuasa
8. Irodat = menghendaki
9. Ilmu mengetahui
10. Hayat = hidup
11. Sama' = mendengar
12. Basor = melihat
13. Kalam berkata-kata
14. Qodirun = maha berkuasa
15. Muridun = maha menghendaki
16. Alimun = maha mengetahui
17. Hayyun = maha hidup
18. Sami'un = maha mendengar
19. Basirun = maha melihat
20. Mutakallimun = maha berkata-kata
20 SIFAT ALLAH ITU TERBAHAGI KEPADA BERAPA BAHAGIAN?
20 Sifat-sifat Allah Terbahagi Kepada 4 Bahagian.
1. Bahagian Sifat Nafsiah
2. Bahagian Sifat Ma'ani
3. Bahagian Sifat Ma'nawiah
4. Bahagian Sifat Salbiah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bahagian Yang Empat Inilah
Yang Dikatakan Menjadi Intipati dan Isi Kepada Ilmu Mengenal Allah.
Keempat Bahagian Inilah
Nantinya Yang Akan Mengupas dan Yang Akan Menerjemahkan Sifat 20.
Barang Siapa Yang Berhajat Untuk Mengenal Allah, Perlu Diambil Perhatian Kepada Ke Empat-empat Bahagian Tersebut.
BERSAMBUNG......... Insyaallah.... ade masa Free
Masih perlu di ulang untuk terus ditanam didalam kesadaran awalmu.
Bahasa hanya penyampai sebuah Rasa yang disebabkan karena merasa berkewajiban untuk menyampaikan Pesan.
Namun.... Belum tentu pesan itu tepat pada sasaran sesuai dengan Apa yang diharapkan.
Merasa berkewajiban inilah yang masih menjadi penghalang.
Merasa adanya dirimu sebagai utusan.. adalah keangkuhan dan sekaligus penyukutuan akan wujudnya dgn wujud dirimu.
Sejenak kembali mengingat akan sifatnya.
Sifat Allah itu banyak dan tidak terhitung jumlahnya.
Dari yang tidak terhitung itu dihimpun menjadi 20 sifat ......
1. Wujud (Ada)
2. Qidam (Dahulu/Awal)
3. Baqa’ (Kekal)
4. Mukhalafatu lil hawaditsi (Berbeda dengan makhluk)
5. Qiyamuhu binafsihi (Berdiri sendiri)
6. Wahdaniyyah (Esa/Tunggal)
7. Qudrat (Kuasa)
8. Iradat (Berkehendak)
9. Ilmu (Mengetahui)
10. Hayat (Hidup)
11. Sama’ (Mendengar)
12. Bashar (Melihat)
13. Kalam (Berfirman)
14. Qadiran (Maha Kuasa)
15. Muridan (Maha Berkehendak)
16. Aliman (Maha Mengetahui)
17. Hayyan (Maha Hidup)
18. Sami’an (Maha Mendengar)
19. Bashiran (Maha Melihat)
20. Mutakalliman (Maha Berkata kata)
Dari 20 sifat itu dihimpun kembali menjadi 4 Sifat yaitu :
1. Nafsiyah
2. Salbiyah
3. Ma'ani
4. Ma'nawiyah
Dari 4 sifat ini dihimpun kembali menjadi 1 Sifat saja. Yaitu Nafsiyah..
Wujud itulah himpunan dari sifat sifat Allah yang tiada terbilang itu.
Itulah uraian dari sebuah ungkapan Rasa
La maujud bihaqqi illallah.. yang pada akhirnya tiada apapun selain Ada.
Dan yang ada ini adalah Dzat Allah dgn berbagai karakter dgn berbagai sifat dan tampilannya.
Pandanglah semua ini adalah Dzat Allah berataan, tiada yang lain lagi.
Leburlah dirimu dgn dzat Nya yang bernama Allah.
Maka didalam bibit yang ditanam pada zikir latifmu adalah Asmanya Allah Allah Allah.... terus menerus tidak boleh terputus dalam setiap detak jantungmu, dgn tujuan agar dirimu lebur dgn Allah Adanya.
---
Cobalah renungkan !!
Jika Allah telah menampakan wujud Dirinya pada Setiap sesuatu, apakah Engkau masih akan berbuat keji terhadap sesuatu yang tidak engkau sukai itu ?
Berbuat keji terhadap sesuatu yang tidak engkau sukai itu hakekatnya Engkau berbuat keji kepada Allah.
Maka bertaubatlah kepada Allah
Dengan masing masing tingkatan Taubatmu.
No comments:
Post a Comment